• SELAMAT DATANG

    Asalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 68 other subscribers
  • KLIK PAUTAN

PERMAINAN (GAMES) YANG MENGHINA ISLAM (BAH.-1)


A M A R A N

Jika terbeli mana-mana permainan game ini, ibu bapa dinasihati  supaya memulangkan cakera padat itu kepadaPejabat Agama kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.


DevilMay Cry yang menghina Islam

1) DevilMay Cry

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah. Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah. Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Hassan Mahmud Al-Hafiz

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

Pintu Kaabah yang ditojolkan sebagai Pintu terakhir untuk menemui ketua syaitan

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu) “wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan”

Dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Di akhir babak, karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit di dalam bible.

“Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy”.
Kalimah Allah pada ‘Pintu’ di dalam Permainan tersebut

Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan, di dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.

Berita mengenai permainan ini dirampas:

Permainan Undying Dirampas Kerana Hina Islam

Perisian permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.
Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh mempengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

3) Zack And Wiki

Luahan dari seorang gamer Wii:

Sebagai seorang gamer Wii, saya melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, “Allahu Akbar”, dan kemudian meniru cara doa. Pelik dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain.

Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a “common Islamic phrase” from Zack & Wiki: Quest for Barbaros’ Treasure on the Wii. The phrase’s removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is “Allahu akbar” (“God is most Great”), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants’ attention after it appeared in a promotional video for the game.
A Capcom representative told CAIR, “We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public.”

“We appreciated Capcom’s willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company’s swift response.

4) Prince Of Persia


Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita bermain game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan apa yang mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Di dalam game ini kita mesti menembak askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita menembak askar tersebut, kita boleh dengar askar yang terkena tembakan menjerit “ALLAHUAKBAR” dan “JIHADD”.

6) Stronghold Crusader

Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.

Lihatlah bagaimana kalimah Allah ini telah dijadikan corak lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

Jika kita tidak teliti, kita tidak menyedari kalimah Allah SWT ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasrani untuk menyesatkan dan mempermainkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

8.) Resident Evil 4

Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama “Los Illuminados”. Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.

Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut

Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

Zoom pada pintu tersebut.

Perasan tak apa yang tidak kena dengan gambar di atas?
Kalau nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madinah. Macam mana boleh ada di dalam game ni?
Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan. Lihat gambar di bawah ini.


Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Di harap semua umat islam menjauhkan dari permainan video ini dan permainan video-video yang lainnya kerana ini boleh melekakan umat Islam. Ternyata musuh islam cuba memerangi Umat islam dari segenap sudut.

Bersambung di Bahagian 2

Sumber: http://xlawsknowledges.blogspot.com

HIKMAT DIWAJIBKAN PENYEMBELIHAN HAIWAN


حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣﴾

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) menilik nasib dengan anak panah, (menilik nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Surah Al-Maidah; Ayat 3

Kajian Oleh Pakar Jerman

Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini telah dikaji oleh pakar Jerman.

Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Institut Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.
Kajian itu bertajuk, ‘Kajian mengesan kesakitan mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu dan kambing’. Beliau menyimpulkan kaedah Islam adalah yang terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Renjatan Elektrik digunakan untuk mematikan babi di barat

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat terhadap haiwan. Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas.

Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam melalui potongan urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP). Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.


Contoh ujian electroencephalograph (gambar bawah)
dan electrocardiogram (gambar atas)


Hasil Ujian Sembelihan Menurut Cara Islam

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau selepas pisau memotong urat leher terbabit.

Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Hasil Ujian Tembakan CBP Cara Barat

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat tinggi pada haiwan itu.

Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Lembu yang Tidak Disembelih Punca Penularan Wabak Lembu Gila.

Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.

Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

Cara Islam Adalah Yang Terbaik

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.
Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.

Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit. Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.

Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.

Saraf Tunjang Tidak Terjejas Semasa Penyembelihan Dan Kebaikannya

Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.

Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.

Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.

_________________________________________
Sumber: http://zharifalimin.blogspot.com

SEKULARISME ANCAMAN UTAMA AKIDAH UMAT ISLAM


SEKULARISME ANCAMAN UTAMA AKIDAH UMAT ISLAM
Sumber: Suara Kebangkitan (mykhilafah.com)

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ ﴿٤٤﴾ 

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.- (Surah Al-Maidah, Ayat 44)

Mukadimmah

Rentetan dari pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis Thanksgiving Dinner yang diadakan oleh Gereja Methodist Damansara Utama pada awal Ogos lepas, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengeluarkan titah dan melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri Selangor [UM 11/10/11].

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari

Pensyarah UIAM, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, yang memberi komen tentang kewajaran titah Sultan Selangor itu telah dikelar hebat oleh banyak pihak dan terbaru beliau telah dipanggil oleh polis untuk disoalsiasat. Terkait dengan perkembangan isu akidah umat Islam ini, satu himpunan sejuta umat (HIMPUN) akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober, bertemakan ‘Selamatkan Akidah Umat Islam’.

Pengerusi Bersama HIMPUN, Dr. Yusri Mohamed yang merupakan bekas Presiden ABIM menyatakan, sudah lebih 1000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersetuju untuk menyertai perhimpunan tersebut. Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagaimanapun telah menyatakan pendirian rasmi untuk tidak hadir. Perhimpunan yang dikatakan tidak mempunyai motif politik ini, walaupun dipuji namun menimbulkan pelbagai tandatanya khususnya kerana mendapat kelulusan (permit) polis. Ini kerana, umum mengetahui bahawa PDRM tidak akan mengeluarkan sebarang permit atau berkompromi dengan mana-mana perhimpunan yang ‘tidak serasi’ dengan kehendak kerajaan.

Dalam pada kita membincangkan tentang usaha pemurtadan umat Islam oleh puak Kristian yang kita tidak nafikan akan kewujudannya, namun ada satu perkara lain yang jauh lebih membahayakan akidah umat Islam, tidak disedari dan tidak dibincangkan oleh sebahagian besar kaum Muslimin. Perkara tersebut adalah ‘sekularisme’. Sekularisme yang berasal dari ideologi (mabda’) Kapitalisme adalah satu bentuk ajaran yang memisahkan agama dari kehidupan (faslu deen ‘anil hayah). Ideologi Kapitalisme adalah ideologi kufur yang tertegak atas dasar pemisahan agama dari kehidupan. Idea pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme) ini menjadi akidah kepada ideologi ini, sekaligus sebagai qiyadah fikriyah (kepemimpinan berfikir) serta qa’idah fikriyah (kaedah berpikir)nya. Berlandaskan qa’idah fikriyah ini, penganut akidah ini berpendapat bahawa manusia berhak membuat peraturan (undang-undang) hidupnya sendiri.

Mereka mempertahankan kebebasan manusia yang terdiri dari kebebasan berakidah/beragama (freedom of religion), kebebasan berpendapat (freedom of opinion), kebebasan hak milik (freedom of ownership) dan kebebasan bertingkahlaku (personal freedom). Dari kebebasan hak milik ini lahirlah sistem ekonomi kapitalis, yang termasuk perkara paling menonjol dalam mabda’ (ideologi) ini atau yang dihasilkan oleh akidah mabda’ ini. Kerana itu, mabda’ tersebut dinamakan mabda’ kapitalisme, sebuah nama yang diambil dari aspek yang paling menonjol darinya. Demokrasi yang dianut oleh mabda’ ini, berasal dari pandangannya bahawa manusia berhak membuat peraturan (undang-undang).

Menurut mereka, rakyat adalah sumber kekuasaan dan rakyatlah yang membuat undang-undang (melalui wakilnya). Rakyat jugalah yang menggaji ketua negara untuk menjalankan undang-undang yang telah dibuatnya. Rakyat berhak mencabut kembali kekuasaan itu dari ketua negara, sekaligus menggantikannya termasuklah merubah undang-undang sesuai dengan kehendaknya.

Kelahiran mabda’ ini bermula pada saat kaisar (caeser) dan raja-raja di Eropah dan Rusia menjadikan agama sebagai alat untuk memeras, menganiaya dan menghisap darah rakyat. Para pemuka agama waktu itu dijadikan perisai untuk mencapai keinginan mereka. Maka timbulah pergolakan sengit yang kemudian membawa kebangkitan bagi para ahli falsafah dan cendekiawan. Sebahagian mereka mengingkari adanya agama secara mutlak sedangkan yang lainnya mengakui adanya agama, tetapi menyeru agar dipisahkan dari kehidupan dunia. Akhirnya pendapat majoriti dari kalangan ahli falsafah dan cendekiawan itu cenderung memilih idea yang memisahkan agama dari kehidupan, yang kemudian menghasilkan usaha pemisahan antara agama dengan Negara.

Kemudian, disepakati pula pendapat untuk tidak mempermasalahkan agama, dilihat dari segi apakah diakui atau ditolak. Fokus masalahnya adalah agama itu harus dipisahkan dari kehidupan. Idea ini dianggap sebagai kompromi (jalan tengah) antara pemuka agama yang menghendaki segala sesuatu itu harus tunduk kepada mereka, atas nama agama, dengan ahli falsafah dan cendekiawan yang mengingkari agama dan dominasi para pemuka agama. Oleh itu, idea sekularisme sama sekali tidak mengingkari adanya agama, namun dalam masa yang sama tidak memberikan agama sebarang peranan dalam menyelesaikan masalah-masalah kehidupan. Apa yang mereka lakukan adalah memisahkan agama dari kehidupan. Berdasarkan hal ini, maka akidah yang dianut oleh Barat secara keseluruhannya adalah sekularisme, yakni pemisahan agama dari kehidupan. Akidah ini merupakan qa’idah fikriyah yang menjadi landasan bagi setiap pemikiran di mana di atas dasar inilah ditentukan setiap arah pemikiran manusia dan arah pandangan hidupnya. Berdasarkan hal (pemisahan) inilah, pelbagai masalah hidup diselesaikan. Ideologi ini dijadikan sebagai qiyadah fikriyah yang dikembang dan disebarluaskan oleh Barat ke seluruh dunia.

Bagaimana Sekularisme Mengancam Akidah

Idea faslu deen ‘anil hayah (pemisahan agama dari kehidupan) adalah idea kufur kerana Islam sama sekali tidak memisahkan agama dari kehidupan. Idea ini dibawa dan dikembangkan oleh Barat ke dunia Islam setelah mereka mula menjajah Negara Islam. Setelah berjaya menakluk negeri-negeri umat Islam (termasuk Malaysia) penjajah kuffar Barat terus menancapkan sistem pemerintahan sekular mereka di setiap wilayah umat Islam. Sistem dan undang-undang Islam yang sedia ada dibuang lalu diganti dengan sistem dan undang-undang mereka yang dikenali sebagai sistem demokrasi.

Lord Reid - Pengasas Undang-Undang Kuffar Di Tanah Melayu

Barat lalu melantik ejen mereka dari kalangan penguasa Muslim dan mengajar penguasa ini memerintah dengan cara membuat undang-undang sendiri, sesuai dengan kaedah berfikir mereka yang memisahkan agama dari kehidupan. Maka para penguasa yang telah terbius dengan pemikiran kufur ini pun mula memerintah dengan cara yang diajar oleh Barat dan terus meninggalkan Islam dari pemerintahan. Inilah yang berlaku dari satu generasi ke satu generasi di mana pemerintahan negara umat Islam, walaupun telah merdeka dari penjajah, namun terus-menerus dikuasai oleh puak sekular sehinggalah ke hari ini.

Kita semua tahu bahawa sisi penting dari ajaran Islam adalah yang berkaitan dengan aktiviti penguasa (yang sedang memerintah) berhubung dengan penerapan hukum (undang-undang) di dalam Negara. Menerapkan hukum Allah di dalam pemerintahan adalah suatu yang wajib secara qath’ie (pasti/tegas). Allah SWT berfirman,

Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang yang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].

Pembahasan dan pemahaman yang benar tentang ayat ini amat penting untuk diketahui memandangkan seseorang itu boleh keluar dari akidah Islam (menjadi kafir) atas sebab tidak berhukum dengan hukum Allah. Lantas, siapakah golongan yang terkena ayat ini dan dalam keadaan apakah ia boleh menjadi kafir?

Sesungguhnya kata “yahkum” (berhukum) pada ayat tersebut serta ayat lain (seperti surah 5:45 dan 5:47) adalah mencakupi siapa sahaja yang memiliki otoriti dan kekuasaan untuk memutuskan suatu masalah (hukum) dan menerapkannya baik sebagai ketua negara atau para menteri atau orang-orang yang memperoleh kuasa dari mereka untuk memutuskan suatu masalah. Dengan kata lain, setiap orang yang memiliki otoriti untuk memutuskan dan menerapkan suatu hukum, maka ia termasuk ke dalam pengertian “yahkum” dalam ayat di atas. Oleh yang demikian, siapa sahaja yang memutuskan dan menerapkan suatu hukum dengan cara yang tidak diizinkan oleh Allah, maka ini bermakna dia telah berhukum dengan selain hukum yang diturunkan oleh Allah, baik kerana kebodohannya atau kerana kesengajaannya. Apabila seseorang itu telah berhukum dengan selain yang diturunkan oleh Allah dengan rasa redha, puas dan tanpa rasa bersalah serta membenarkan apa yang dilakukannya, maka jelas dia telah keluar dari Islam (kafir) berdasarkan ayat di atas.

Sebagai contoh, keharaman riba adalah suatu yang qath’ie berdasarkan sumber dan maknanya yang qath’ie. Bila ada seseorang penguasa yang membuat undang-undang yang membolehkan riba, maka dia sebenarnya telah mengambil selain syariat Allah serta menerapkan hukum selain yang diturunkan oleh Allah dan menghalalkan apa yang jelas diharamkan oleh Allah. Apabila dia mengakui bahawa dialah yang membuat undang-undang tersebut, menerapkannnya dan mempertahankan penerapannya serta redha dan puas dengan penerapannya, maka dia telah dengan jelas mengukuhkan kekufurannya.

Masalah ini bukanlah masalah ijtihadi (yang perlu diijtihadkan) akan tetapi ia adalah kefahaman yang secara langsung boleh diambil dari nas ayat di atas. Sama sahaja kedudukannya sama ada pemerintah tersebut menghalalkan riba, arak, judi, zina, murtad, meniadakan hukum potong tangan (hudud) atau menggantikan hudud dengan undang-undang yang lain dan seumpamanya, maka kesemua ini bermaksud bahawa pemerintah tersebut tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan dan dengan jelas termasuk dalam ayat di atas.

Dalam hal ini, perlu dibezakan di antara orang yang melakukan riba tetapi meyakini bahawa riba tersebut haram, dengan orang yang melakukan riba tetapi meyakini bahawa riba tersebut tidak haram. Orang yang pertama hanya dinilai pelaku maksiat manakala orang kedua telah jatuh kafir. Ini kerana, orang pertama masih mengakui kesahihan hukum syarak meskipun menyeleweng sedangkan orang kedua mengingkari hukum syarak yang qath’ie yang termasuk dalam hal ma’lum min ad-deen bi ad-dharurah (suatu yang maklum secara pasti di dalam agama).

Manakala bagi para penguasa yang membuat undang-undang dengan meninggalkan hukum syarak yang qath’ie dengan keyakinan bahawa hukum tersebut lebih baik dari hukum Allah, maka dia sesungguhnya telah jatuh kafir tanpa perlu ditakwil lagi. Sama jugalah kedudukan anggota-anggota legislatif yang membuat undang-undang yang bertentangan dengan hukum syarak yang meyakini bahawa undang-undang tersebut lebih baik dari hukum Allah, maka sesungguhnya mereka telah jatuh kafir tanpa perlu ditakwil lagi. Allah SWT berfirman,

Tidakkah kamu melihat orang-orang yang mengaku dirinya beriman dengan apa yang diturunkan kepadamu dan yang telah diturunkan sebelummu. Mereka hendak berhukum kepada taghut padahal mereka telah diperintahkan mengkufurinya. Dan syaitan itu ingin menyesatkan mereka sejauh-jauhnya. [TMQ an-Nisa’ (4):60].

FirmanNya lagi,

Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan”
[TMQ an-Nisa’ (4):65].

Selain golongan penguasa dan legislatif sebagai pemegang otoriti untuk menerapkan hukum, dari sudut rakyat, walaupun rakyat bukanlah orang yang berkuasa untuk menerapkan hukum, namun sama sahaja dari segi bahaya ancaman akidah yang wujud. Di dalam Surah at-Taubah (9) ayat 31, Allah SWT telah mengingatkan kita tentang kerosakan akidah golongan Yahudi dan Nasara,

Mereka menjadikan rahib-rahib dan pendeta-pendeta mereka sebagai Tuhan selain Allah.

Ketika Rasulullah SAW ditanya bagaimanakah mereka menjadikannya sebagai Tuhan, baginda menjawab,

Mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, lalu mereka (orang bawahan) mentaatinya”. Sedarlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah!

Terdapat begitu banyak persoalan yang kalian tidak hiraukan atau kalian menganggapnya remeh, namun sebenarnya ia merupakan persoalan yang besar yang boleh mengeluarkan kalian dari akidah Islam, tanpa kalian sedari. Lihatlah pada hari ini, apakah penguasa-penguasa kalian telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah? Demi Allah, mereka sebenarnya telah dan sedang berbuat demikian!!! Namun berapa ramai di kalangan kalian yang terus mentaati penguasa ini dengan menganggap perkara tersebut sebagai ‘tiada apa-apa’. Sedarlah wahai mereka yang berakal, sekiranya kalian mentaati (atau tidak mengingkari) mereka, bererti kalian telah menjadikan mereka sebagai Tuhan-Tuhan selain Allah yang bermaksud kalian telah mensyirikkan Allah…nauzubillahi min zalik!!!

Ketahuilah wahai kaum Muslimin bahawa para penguasa kalian itulah yang merupakan ‘kepala’ kemungkaran. Sistem yang mereka terapkan adalah sumber kepada segala kemungkaran. Rasulullah SAW berpesan kepada kita,

Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu (hendaklah ia mengubahnya) dengan lisannya, jika tidak mampu, dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman. [HR Muslim].

Di dalam riwayat lain disebut,

Dan di luar itu sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun.

Justeru, apabila seorang Muslim itu lemah untuk merubah dengan tangannya, maka ia tidak boleh lemah untuk merubah dengan lisan dan hatinya. Apabila dia tidak pernah membenci kemungkaran yang dilakukan oleh penguasa dan tidak pula mengingkarinya di dalam hati, maka sudah tidak ada lagi sedikitpun keimanan dalam dirinya, dengan kata lain hatinya telah dipenuhi kekufuran. Justeru, fikirkanlah wahai insan yang masih boleh berfikir, apakah kalian hanya pasrah atau malah kalian redha dan berpuas hati dengan penguasa dan sistem kufur yang diterapkan sekarang tanpa ada sedikitpun perasaan atau usaha untuk merubahnya? Betapa bahayanya akidah kalian sekiranya kalian terus berdiam diri (redha dan puas) dengan sistem kufur yang diterapkan oleh para penguasa sekarang. Inilah perkara yang kalian anggap sebagai remeh tetapi ia sebenarnya memberi kesan yang cukup besar kepada akidah kalian.

Khatimah

Sedarlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah, bahawa ancaman kristianisasi tidaklah sehebat ancaman sekularisasi yang ternyata boleh merosakkan akidah dengan dampak yang lebih besar. Selain sekularisme, ancaman liberalisme dan pluralisme juga sama bahayanya. Berbeza dengan kristianisasi, ancaman sekularisme, liberalisme dan pluralisme merupakan senjata ampuh puak kuffar Barat dalam menggelincirkan akidah umat Islam tanpa disedari oleh umat Islam itu sendiri. Justeru, bersihkan dan sucikanlah diri-diri kalian, masyarakat kalian serta para penguasa kalian dari segala bahaya penyesatan akidah sekularisme, liberalisme dan juga pluralisme yang jauh lebih berbahaya dari kristianisasi.

Yakinlah wahai kaum Muslimin bahawa hal ini tidak akan dapat dilakukan kecuali sekiranya kalian kembali kepada akidah dan syariat Islam yang sebenar yang didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Yakinlah bahawa Perlembagaan kufur Lord Reid, undang-undang dan mahkamah syariah yang ada pada hari ini tidak akan dapat menyelamatkan akidah umat Islam, malah semua inilah yang menjadi perosak akidah umat Islam kerana di dalamnya terdapat hukum selain hukum yang diturunkan oleh Allah. Yakinlah bahawa tidak akan tertegak syariat Islam secara hakiki tanpa dihancurkan sistem kufur yang ada hari ini dari akar umbinya, lalu digantikan dengan sistem Islam (sistem Khilafah) dengan memberikan kekuasaan kepada seorang Khalifah yang beriman dan bertakwa kepada Allah dan Hari Akhir yang akan menerapkan hukum sebagaimana yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla. Dengan penerapan hukum Allah sahajalah, maka akidah pemimpin dan rakyat akan sentiasa terpelihara, Insya Allah.

AMERIKA DAN SATANISME – BAH. 2 (AKHIR)


Sambungan dari Amerika Dan Satanisme (Bah. 1)

Plan burung hantu di US Capitol

Setiap orang pernah mendengar perkataan ”Wise as an Owl…” (bijaksana seperti burung hantu). Tetapi tahukah anda dari manakah asalnya frasa ini? Frasa ini berasal dari ”goddess of wisdom” yang juga digambarkan sebagai seekor burung hantu.

Athena sinonim dengan burung hantu

Anda boleh cuba mencari “owl symbol” di enjin pencarian laman web, maka anda akan dapati bermacam macam referensi untuk owl sebagai simbol dari Athena. Untuk pengetahuan, nama saintifik untuk burung hantu adalah ”Athene Noctua”. Mungkin juga anda pernah menonton filem-filem yang menampilkan dewi Athena dengan burung hantu sebagai binatang peliharaannya. Duit syiling orang Greek juga memaparkan wajah Athena dan burung hantu. Sehinggakan duit syiling ini dikenali sebagai owl coin.

Owl Coin

Tukang sihir King Arthur, iaitu Merlin, selalu digambarkan dengan burung hantu pada bahunya. Burung hantu adalah simbol yang tidak ada gantinya untuk kepandaian dan kebijaksanaan. Athena juga di panggil sebagai Simiramas di dalam kebudayaan bangsa lain dan Athena juga di kenali dengan nama Ishtar dan Isis.

Isis ”Goddess of Towers”

Isis dikenal sebagai ”goddess of Towers” (a master builder) dan juga ”goddess of wisdom” sehinggakan burung hantu juga mempunyai kaitan dengan Isis.

Pengaruh Burung Hantu di Amerika

Jika anda mengunjungi Washington DC melalui Google Earth, jangan terkejut jika anda melihat dengan jelas beberapa bangunan dan senibina-senibina yang bercirikan paganism seperti patung-patung burung hantu, syaitan, dewa-dewa pagan, Satanism dan lain-lain. Amerika mengadoptasikan simbol-simbol ini dari agama mesir purba.

Simbol Pagan di Capitol City

Senibina di bahagian timur Capitol City

Perhatikan simbol burung hantu tergambar di sana. Adakah Uncle Sam telah merancang dari awal lagi untuk menjadikan Washington DC sebagai pusat ‘kebijaksanaan’ yang memerintah dunia.

Upacara Memuja Syaitan

Upacara ini melibatkan pembakaran yang di panggil Dull Care, sebagai simbolik melepaskan beban dan tanggungjawab yang ingin dihilangkan sementara waktu. Lebih dari 100 Bohemians mengambil bahagian dalam upacara ini sebagai pemimpin upacara, pembantu, pembawa obor, pembawa ornament, dan tukang perahu.

Selepas upacara penyampaian pidato-pidato yang hebat dari kalangan mereka, mereka sebenarnya menunggu sehingga upacara ‘api’ ini dimulakan. Semua Bohemians harus meminta nasihat dari ‘the night owl’ ” O thou, great symbol of all mortal wisdom, Owl of Bohemia, we do beseech thee, grant us counsel” mengikuti suara pemimpin upacara.

Cahaya akan terpancar di sekitar kepala patung burung hantu, dan kemudian burung besar itu akan menunjukan ‘hikmat’nya. Pemimpin upacara akan menyalakan api pada tompokan kayu pengorbanan dengan menggunakan api dari Lamp of Fellowship, yang terletak berhampiran dengan ”Altar of Bohemia” di bahagian bawah kuil.

(Sumber William Domhoff, The Progressive, January 1981 “Bohemian Bigwigs Perpetuate Canaanite Cult”)


Close up menampakkan tulang hasil pembakaran.

Helmut Schmidt memberikan pidato (1991)

Dalam autobiografi Helmut Schmidt, ”Men and Powers, a Political Retrospective” beliau berkata, bahawa dia merupakan salah seorang anggota dari Council of Foreign Relations, Trilateral Commission dan Bilderberg Group. Dia juga menegaskan bahawa dia aktif dalam merangka dan mencapai matlamat pemerintahan dunia baru (New World Order). Dalam buku yang sama Schimdt mengakui terdapat pertemuan setiap tahun pada musim panas yang di hadiri oleh pemimpin-pemimpin dunia. Dia juga berbicara mengenai grove dan ritual yang sama di jerman, namun bohemian grove adalah tempat kegemarannya.

National Press Club

National Press Club (NPC) diasaskan pada tahun 1980 di Washington DC tidak lama selepas tertubuhnya Bohemian Club di west coast. Anggotanya terdiri dari ‘newsmakers’ reporter, termasuk 17 presiden Amerika Syarikat. Presiden AS seperti Carter dan Reagen pernah mengumumkan pencalonan mereka sebagai presiden di grove. Simbol NPC ini banyak bercirikan illuminati.

Sekilas Fakta Mengenai Bohemian Grove (BG)

  1. Project Manhatan, Apollo, Area 51 dan sebagainya dirancang di BG
  2. Secara berkala pemimpin Russia dan USA bertemu di BG
  3. Semua presiden Amerika adalah pendukung New World Order (NWO) dan anggota Bohemian Club (BC) kecuali John F.Kennedy (dipilih pada apex triangle piramid)
  4. Semua organisasi NWO, bertemu di BG setiap tahun disertai oleh pemimpin-pemimpin Eropah, AS dan negara-negara besar lainnya.
  5. BC bukan untuk AS sahaja tetapi mewakili skala yang lebih besar menguasai dunia.
  6. Ritual lain di dalam BC adalah pesta sex homosexual. Seluruh anggota BC adalah lelaki. Hanya terdapat satu wanita di dalam BG iaitu patung.
  7. Presiden Amerika ‘dipilih’ di BG bukannya di dalam pilihanraya.

Sebenarnya kta sedang ditipu hidup-hidup oleh golongan elit ini melalui pelbagai medium terutamanya media. Sedarlah umat Islam sekalian. Jangan bersubahat walaupun sedikit

Bukti-Bukti Amerika Dikuasai Oleh Satanisme




____________________________________
Sumber: http://siezwo.blogspot.com

PENGHAYATAN AKIDAH DALAM MELAKSANAKAN IBADAT HAJI


Oleh: Dr. Abdul Rahman Mahmod, UKM
Majalah Sinar Rohani Keluaran November-Disember 2007.
Setiap ibadat yang disyariatkan oleh Allah s.w.t kepada hambanya mempunyai dua sudut utama iaitu sudut akidah dan sudut syariat. Oleh itu penghayatan terhadap ibadah yang dilakukan hendaklah bertolak daripada keimanan yang sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Sementara untuk memastikan ibadat itu sah dan diterima oleh Allah maka ia hendaklah dilaksanakan dengan sempurna sebagaimana yang di tetapkan oleh syarak. Hasil daripada penghayatan terhadap kedua-dua unsur ini akan menghasilkan insan muslim yang cemerlang.

Gambaran pertautan antara akidah dan syariat diibaratkan oleh al-Quran sebagai sebatang pokok yang teguh dan kuat dengan dahan-dahannya yang banyak dan mantap. Pokok yang subur dan mantap ini kemudiannya akan mengeluarkan buah-buah yang banyak. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ibrahim ayat 24-25 yang bermaksud: Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah seumpama sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Gabungan antara akidah dan syariat atau iman dan Islam adalah merupakan hakikat agama yang sempurna. Kerana seseorang manusia yang hanya mempunyai keimanan tanpa melaksanakan tuntutan Islam seumpama sebiji benih yang kering dan tidak hidup. Begitu juga seseorang yang melaksanakan tuntutan Islam tanpa iman seperti sebatang pokok yang tidak berguna dan tidak mampu bertahan lama.
Semua jenis ibadat yang dilaksanakan oleh seseorang Muslim merupakan bukti keimanan dan pada masa yang sama ibadat itu akan memperkasakan lagi keimanan yang telah tertanam di dalam hati sanubari. Oleh itu, perlu kita fahami bahawa ibadat yang kita lakukan tidak terhenti kepada gerakan luaran sahaja sebagaimana yang dapat kita saksikan. Namun, ia memerlukan kepada keimanan yang tertanam di dalam jiwa. Keimanan itu akan membuahkan keikhlasan dan keikhlasan itulah yang akan melahirkan tingkah laku yang sempurna dan akhlak yang mulia, sama ada dalam hubungan dengan Allah s.w.t. atau hubungan sesama manusia. Hakikat ini dapat kita lihat dalam firman Allah s.w.t. dalam surah al-‘Asr ayat 1-3: Demi Masa!, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Pada hari ini kita melihat persoalan akidah dalam jiwa umat Islam semakin malap. Dalam keadaan tertentu ia diketepikan oleh kesibukan urusan dunia harian. Maka dengan itu akidah tidak berfungsi lagi dalam kehidupan manusia. Sungguhpun akidah dalam jiwa umat ini masih hidup dan bangkit dalam keadaan tertentu namun ia tidak mampu bartahan lama dan ia akan kembali layu dan terlena dengan dibuai mimpi. Perumpamaan akidah umat Islam hari ini seperti seorang yang sedang sakit. Ia yakin bahawa penderitaannya tidak akan berakhir kecuali dengan menelan ubat yang pahit. Namun ia tidak mempunyai semangat dan kesungguhan untuk mengambil dan menelan ubat yang pasti boleh menghapuskan penderitaannya. Penghayatan akidah yang seumpama ini tentunya tidak akan mampu membangkitkan mereka yang tidur dan tidak akan berupaya mengerakkan sesuatu.
Sementara sebilangan umat Islam yang lain memiliki akidah yang hidup, namun ia separuh lumpuh. Akidahnya hanya mampu menguasai beberapa tidakan tertentu sahaja. Contohnya mereka sangat mengawal dan menjaga hubungan dengan manusia. Semua amanah dan tanggung jawab dilaksanakan dengan baik dan sempurna, tetapi mereka tidak menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. Ada juga sebilangan yang lain yang sangat menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. seperti sembahyang berjamaah dan banyak amalan sunat, sedang mereka tidak menjaga hubungan dengan sesama manusia. Hati mereka dipenuhi rasa benci dan dengki kepada saudara Islam yang lain. Golongan ini akan sanggup untuk menggadaikan agama untuk kepentingan dunia.

Golongan yang benar-benar menghayati akidah Islam adalah mereka yang fana’ dalam melaksanakan tuntutan akidah dan menjiwai perlaksanaan tuntutan syariat Islam. Kehidupan mereka seumpama akidah yang telah dijelmakan di alam nyata. Lihatlah kepada Rasulullah s.a.w. yang disifatkan sebagai al-Quran yang bergerak. Mereka inilah yang disifatkan oleh al-Quran dalam surah al-Nur ayat 37 yang bermaksud: Orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Dalam pelaksanaan ibadat haji, tuntutan penghayatan terhadap akidah dan pelaksanaan syariat dapat dilihat dengan jelas. Perhatikan kenapa Islam mewajibkan kita menunaikan ibadat haji di satu tempat secara beramai-ramai dengan menggunakan pakaian yang sama? Pasti ada suatu rahsia yang dikehendaki oleh syarak dengan pengsyariatan ibadat ini.
Prof. Dr. Abdullah Draz telah membuat satu analisis mengenai persoalan ini dalam bukunya yang bertajuk “Penelitian Terhadap Islam” bahawa pensyariatan ibadat haji merupakan simbol kesatuan umat Islam. Menurut beliau kesatuan umat Islam berpaksikan kestuan akidan dan kesatuan syariat. Mereka mengabdikan diri kepada Tuhan yang Esa dan berpandukan kitab yang sama.

Umat Islam pada hari ini berada di seluruh pelusuk dunia. Mereka yang menganut Islam terdiri dari berbagai bangsa dan warna kulit. Mereka juga memiliki adat resam dan budaya yang berbeza. Semuanya perlu disatukan dibawah satu naungan dan perlu saling mengenali antara satu sama lain. Perhimpunan ini akan dapat melahirkan persaudaraan dan toleransi serta menghapuskan perbezaan warna kulit dan bahasa. Oleh itu, untuk merealisasikan hakikat ini Allah s.w.t. menjadikan penghubung kepada seluruh umat Islam di dunia dengan berhimpun di satu tempat pada setiap tahun untuk menyembah Allah s.w.t. berpandukan kepada Syariat itu. Tempat yang paling sesuai untuk menyatukan umat Islam ialah di rumah Allah.
Di negara masing-masing mereka disatukan di rumah Allah iaitu masjid dan surau. Dalam bulan haji seluruh umat Islam disatukan di rumah Allah yang sentiasa dirindui oleh setiap orang yang beriman sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Ibrahim ayat 37 yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

Dengan pelaksanaan ibadat haji, umat Islam akan merasai kesatuan akidah, syariat dan tanah air sekalipun mereka berlainan bangsa dan bahasa. Bila mereka pulang ke negara masing-masing mereka akan mengingati bahawa mereka adalah umat yang sama dibawah naungan agama Islam. Kesatuan umat Islam tidak boleh dipisahkan oleh sempadan daerah atau negara. Mereka adalah saudara seagama dalam apa jua keadaan sama ada susah atau senang.

AMERIKA DAN SATANISME (BAH. 1)


Pernah anda bayangkan jika pemimpin Negara, CEO, penggubal undang-undang adalah terdiri dari kalangan penyembah syaitan? Mungkin kita bayangkan pemimpin agama hanya terdiri dari 2 kumpulan iaitu yang teguh dan patuh dengan agamanya ataupun yang sekular. Sebenarnya terdapat begitu ramai pemimpin tertinggi Amerika adalah terdiri dari penyembah syaitan, dan ramai yang sudi menjadi pengikutnya. Anda tidak percaya. Saya akan dedahkannya di sini.

Golongan ini telah dikawal oleh syaitan melalui Occult (Okultisme). Komuniti ini adalah sangat rahsia dan tidak pernah di dedahkan di media-media utama.

Pemujaan di Bohemian Grove

Illuminati, New World Order, Mason, Bohemian Club adalah sebahagian dari kelompok penyembah syaitan ini. Terdapat ritual pagan yang dilangsungkan di Bohemian Grove di mana telah dilangsungkan acara Cremation of Care Ceremony iaitu mengorbankan seorang anak dengan cara di bakar hidup-hidup. Upacara ini di lakukan secara rutin setiap tahun dan pernah dihadiri oleh Presiden Bush, Bill Clinton, Richard Nixon, Jimmy Carter, Colin Power, Hendry Kissinger dan banyak lagi pemimpin-pemimpin yang terkenal.

Pada upacara ini, mereka menyembah sebuah patung burung hantu raksasa setinggi 40 kaki (gambar di atas). David Rockefeller juga adalah salah seorang dari anggota bohemian club. Arnold Schwarzenegger juga pernah menghadiri pertemuan-pertemuan ini.

Sekilas Mengenai Bohemian Grove

Lokasi Bohemian Grove


Ronald Reagan, Glenn T. Seaborg dan Richard Nixon di Bohemian Grove

  1. Dibentuk tahun 1872 oleh 5 orang warga Amerika. Kelab ini terletak 75 batu di luar San Fransisco.
  2. Bohemian Grove ini merangkumi kawasan seluas 2700 ekar.
  3. Motto: “Weaving spiders come not here”, diambil dari salah satu ungkapan Shakespeare yang berarti, tinggalkan ‘dirty business’mu di luar dan jangan bawanya kedalam.
  4. Aada sekitar 1.500 VIP waiting list yang telah membayar sebanyak $2500 untuk “initiation fee” ditambah yuran tahunan sebanyak $600. Nilai sebanyak $3100 untuk tahun pertama tidak lah mahal jika dibandingkan dengan pendapatan mereka, namun peluang untuk menjadi anggota ini sangatlah terhad dan sukar. Hanya orang yang dipercayai boleh menjadi anggota Bohemin Grove. Seorang ahli yang menganggotai kelab selama 40 tahun lebih dapat menjadi pemilih untuk memilih seorang anggota baru.
  5. Keluarga Bush mempunyai generasi ke 3 yang menjadi anggota kelab
  6. Grove ini dipenuhi dengan patung pagan berpusatkan sebuah patung burung hantu yang juga di sebut “Moloch

Motto Bohemian Club

Moloch telah dipuja sejak dahulu kala lagi



Gambaran Penyembahan Moloch

Pada hari sabtu pertama perkemahan, ritual Cremation of Care di laksanakan sebelum makan malam. Ritual ini dimulakan dengan diiringi oleh suatu kumpulan lelaki berjubah merah dengan kepala tertutup, beberapa orang menyayikan lagu-lagu penguburan sementara terdapat beberapa orang lain yang membawa obor. Sebuah peti terbuka berisi tubuh yang di tutup dengan kain tipis dan kayu di bawa pada majlis tersebut.

G. William Domhoff

Menurut G. William Domhoff penulis The Bohemian Grove and Other Retreats. Ritual ini memberi simbolik bahawa semua minat dan penderitaan yang perlu ditanggung dalam kehidupan seharian, sehinggalah ini perlu di bakar.

Mary Moore seorang aktivis dari Sonoma Country yang menjumpai jaringan kwahlian dan kelab Bohemian Grove, yang juga salah seorang daripada orang yang merancang melakukan demonstrasi di luar grove sejak 1980. Beliau telah memuat senarai panjang dan lengkap dari semua pidato-pidato yang diberikan oleh tokoh-tokoh penting selama bertahun-tahun, diantarnya pidato Dick Cheney pada tahun 1991 ”Defense Problems of the 21st Century” di laman web beliau.

Diantara Ahli kelab Bohemian Grove

  1. Both George Bushes
  2. Ronald Reagan
  3. Henry Kissinger
  4. Richard Nixon
  5. Casper Weinberger
  6. Dick Cheney
  7. Malcom Forbes
  8. Colin Powell
  9. Helmut Schmidt
  10. Stephen Bechtel (Bechtel Corp.)
  11. James Baker
  12. Jerry Cole
  13. David Rockefeller
  14. Newt Gingrich
  15. Tom Johnson (President of CNN and former publisher of LA Times.)
  16. William Randolph Hearst Jr.
  17. Jack Howard
  18. Charles Scripps (Of the Scripps-Howard Newspaper publishers)
  19. Walter Cronkite (On the CBS board of management)

Dan juga CEO-CEO terkemuka dan ahli perniagaan. Kebanyakan mereka adalah bersifat konservatif dari California dan 99% berkulit putih.

Bohemian Club adalah sebuah organisasi dianggotai orang terkenal dan kaya yang diadakan 2 minggu setiap tahun. Kumpulan rahsia ini tidak mendapat perhatian dari media masa dan wartawan. Setiap tahun, dianggarkan sekitar 1,500 orang menghadiri perjumpaan ini. Mereka terdiri daripada CEO berpengaruh di dunia, pemerintah, orang yang terlibat dalam ekonomi dan kewangan dunia, industri, dan pemilik media masa berkumpul untuk mendengar pidato dan pelan masa hadapan. Mereka juga mengadakan upacara Druid-like di hadapan patung, lengkap dengan pakaian, api, mantera dan ritual-ritual lainnya.

Lambang Bohemian Club

Untuk membantu kita meyakini fakta di atas, cuba lihat apa yang terdapat pada wang kertas $1 di bawah.

Itu adalah illustrasi burung hantu yang bersembunyi di antara gambar-gambar di atas helaian $1. Tetapi mengapa burung hantu digunakan sebagai simbol? Bukankah itu hanya menggambarkan seekor burung? Setiap Negara memiliki burung kebangsaan yang digunakan pada bendera atau lambang Negara.

Dewi Iblis Lilith Dilambangkan Sebagai Burung Hantu

Burung hantu adalah burung yang aktif pada waktu malam. Ia menangkap mangsanya dengan menggunakan cakarnya yang kuat. Burung hantu juga dilambangkan sebagai sesuatu yang pandai, melambangkan ilmu hitam, shamanisme dan bulan juga sering menjadi kaitan dengan burung hantu. Burung hantu memiliki sifat ingin tahu akan segala sesuatu tetapi mereka akan menunggu dengan tenang sehingga tepat waktunya untuk mencapai tujuan mereka.

Beberapa mentera digunakan ketika menyembah Lilith yang menjadi perantara untuk berhubung dengan Arcana. Dua organisasi yang menyembah Lilith adalah Ordo Antichristianus Illuminati dan Order of Phosphorus. Penulis Joshua Seraphim menulis tiga buah buku mengenai Lilith dalam tulisan-tulisannya yang berjudul ”Rite of Lilith”, ”Confessionis ex Lilitu” dan ”Lamentations of Lilith”.

Lambang Order of Phosphorus

Lilith muncul sebagai succubus dalam karya De Arte Magica oleh Aleister Crowley (gambar di bawah) . Lilith juga adalah nama kepada anak pertama Crowley iaitu Ma Ahathoor Hecate Sappho Jezebel Lilith Crowley. Yang juga sering diperkenalkan sebagai babilon dalam tulisan Thelemic.

Aleister Crowley

Dalam sebuah upacara Thelemic yang berdasarkan upacara jerman kuno, mereka mempersembahkan apa yang di sebut Invocation of Lilith (peringatan: artikel Invocation of Lilith ini mengandungi cara memanggil syaitan). Dalam upacara ini, Lilith dihubungkan melalui Burung Hantu.

Lilith yang sinonim dengan burung hantu

Lilith dalam mitologi kafir adalah isteri pertama Adam. Dia sebagaimana Adam, diciptakan dari tanah. Dalam mitologi kafir kuno, Hawa adalah ciptaan setelah Lilith yang diciptakan dari tulang rusuk Adam ketika dia sedang tidur. Anomaly ini sangat pelik kerana syaitan mahu kita percaya bahawa telah wujud wanita sebelum Hawa diciptakan.

Dalam lagenda semitic, Lilith digambarkan memiliki sifat yang suka mengigit Adam dan meminum darahnya. Dia sama sekali tidak patuh kepada Adam dan ingin memiliki kuasa yang lebih dari Adam. Lilith mengkhufuri Allah dan dia kemudiannya terbang dan di buang ke padang pasir yang menjadi tempat tinggal barunya. Lilith juga digambarkan sebagai ular bersayap dan burung hantu yang membunuh bayi dan juga menyeksa lelaki yang tidur bersendirian pada waktu malam.

Dalam mitologi moden, Lilith adalah symbol feminisme bagi para wanita wanita yang mahukan kebebasan seperti mahukan kesamarataan hak-hak jantina. Dia bukan hanya sebuah simbol kekuasan wanita tetapi juga simbol utama dari nafsu yang wujud di dalam perempuan. Dia juga merupakan satu simbol dari kematian.

“Lilith digambarkan sebagai ular bersayap dan juga suara burung hantu yang MEMBUNUH BAYI”


Pemimpin ritual Bohemian Grove sedang mengorbankan manusia diiringi teriakan kasakitan melalui pembesar suara agar dapat didengar oleh semua yang hadir

Pada tahun 2006 sebuah karya occult oleh Donald Tyson (beliau terlibat dalam upacara di Bohemian grove) yang berjudul Liber Lilith memberikan perincian mengenai rahsia kosmologi dari ’Mother Of Harlots’ dan ’Spawn of all nightbreed monster Lilith’. Buku ini diselamatkan dari perpustakaan Dr. Dee di Mortlake pada tahun 1580an.

Sebagaimana Lilith adalah dewi iblis Bohemian Grove, demikian juga dengan Baphomet (anak dari Lucifer dan Lilith) dewa iblis bagi Freemansory.

Baphomet

Dapatkah anda menghubungkait antara Freemansory dan Bohemian Grove? Dalam dunia moden Luciferianisme, Lilith lebih dianggap sebagai pendamping Lucifer yang diperkenalkan dalam figure babilon. Lilith diciptakan dari lumpur dan debu, yang juga dikenali dengan nama Queen of Sucubi. Lilith melahirkan seorang anak androgynous (memiliki ciri-ciri lelaki dan wanita) yang di panggil “Baphomet”atau juga “Goat of Mendes” hasil dari hubungan dengan Lucifer. Baphomet juga dikenali dalam kalangan Luciferianism sebagai ”God of Witches”.

Bohemian Grove Berakar Dari Luciferianism

Tulisan Michael Ford, ”The Foundation of the Luciferian Path” berpendapat bahwa Lilith membentuk Luciferian Trinity yang mengandungi Lilith, Samael, dan Kain. Lilith disini dikenali sebagai dewi sihir, pemegang watak dark feminime dan juga dikenali sebagai dewi Hecate.

Hecate

Dan apa pula kaitan Hecate dengan gambar di bawah? Anda ada jawapannya?

______________________________
Bersambung ke bahagian 2.

MENGENAI RIBA DAN PERBEZAANNYA DENGAN PERNIAGAAN


1. Maksud Riba’.

– Pada bahasa ialah bertambah atau subur.
– Pada Syarak ialah aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya.

2. Riba’ terbahagi kepada tiga bahagian :-

a) Riba’ Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang.
Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain (berlainan kualiti dan jenis).

b) Riba’ Al-Yad – riba’ yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis aqad jualbeli.
Contohnya : Seseorang yang beraqad sebanyak RM 100.00 tetapi apabila diluar aqad dibayar RM 105.00.

c) Riba’ Al-Nasi’ah – riba’ yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya.
Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik RM 120.00

3. Dalil-dalil pengharaman riba’

– Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ” (Surah Al – Baqarah – Ayat 275)

– Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.” (Surah Ali Imran – Ayat 130)

– Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :

Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “ (Riwayat Muslim)

4. Hikmah diharamkan riba’

  • Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin, fikirannya bertambah bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat dibayar.
  • Pihak yang memakan riba’ akan bertambah kaya dan senang.
  • Riba’ akan mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja.
  • Riba boleh merenggangkan merosakkan perhubungan di antara orang kaya pemakan riba’ dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat dan negara timbullah di sana-sini rompakan, pembunuhan dan sebagainya.

5. Syarat-syarat penjualan barang-barang untuk mengelakkan riba’ :-

– Barang yang sama jenis:-

a) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.
b) Hendaklah sama dengan tunai.
c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

– Barang yang tidak sama jenis:-

a) hendaklah dengan tunai.
b) hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

6. Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang dan sebagainya tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijualbeli sebagaimana dalam persetujuan antara kedua pihak.

________________

Orang Pagan Arab tidak membezakan antara riba & perniagaan malah menganggap bahawa riba adalah satu perniagaan. Segala lebihan dari pulangan yang dipinjamkan kepada si peminjam dianggap halal kerana ia adalah atas persetujuan bersama. INI ADALAH SALAH.

Al Quran telah menolak perbandingan yang tidak tepat ini dengan mengistiharkan yangg perniagaan dan riba adalah sebenarnya berbeza. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT ;

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٧٥﴾

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. – (Surah Al-Baqarah, Ayat 275)

Mengapa Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan RIBA. Ini kerana terdapat perbezaan asas di antara dua lebihan yang diperolehi darpda kegiatan tersebut.

  1. KEUNTUNGAN merupakan ganjaran bagi khidmat yang dilakukan.KEUNTUNGAN menggalakkan perniagaan dan perdagangan.
  2. RIBA merupakan pendapatan yg diperolehi tanpa usaha yang tiada kaitan dengan ganjaran khidmat yg diberikan.RIBA pula memusnahkan perniagaan melalui penindasan.

Antara fakta lain yg penting yg membezakan antara perniagaan & RIBA adalah seperti berikut;

  • Dalam perniagaan, keuntungan diperolehi melalui inisiatif yg kuat dan sudah pasti hasil yg diperolehi datangnya dari proses PENCIPTAAN NILAI yang jelas.
  • RIBA sebenarnya menghalang proses penciptaan nilai atau proses produktif.

Secara mudahnya, perniagaan menuntut pemodal berusaha agar mendapat keuntungan atas apa yg diniagakan manakala, RIBA itu menjadikan pemodal pasif dan mengharapkan pelaburannya akan menjana lebihan atas usaha orang lain yg ditindas.
Insyaallah semoga mendapat kefahaman dan keterangan dari tulisan diatas sebagai panduan.

Sumber rujukan:

Doktrin Ekonomi Islam;AFZAL-UR-RAHMAN, Jilid 3 DBP1994
Rujukan Kitab – Kitab Matla’al Badrain – Syeikh Daud Fattani