• SELAMAT DATANG

    Asalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 68 other subscribers
  • KLIK PAUTAN

MENGAPA YAHUDI MENGGALI DI BAWAH MASJID AL-AQSA


Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan

Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa.

Pertama. Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.

Penggalian yang merosakkan asas binaan masjid Al-Aqsa

Penggalian yang merosakkan asas binaan masjid Al-Aqsa

Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah masjid)

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.

Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.

Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung “Dome Of The Rock. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid ” Dome of the rock” sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Dome Of The Rock

Ini merupakan cara Zionis. Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Artikel Bangunan Masjid Al-Aqsa yang Sebenarnya, mengungkap penipuan Zionis

Bangunan Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya

Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa

Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Lambang Knight Templar yang digunakan

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Tuhan Ra

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan

Tuhan Osiris (gambar duduk)

di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal?

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Gambaran Temple of Solomon oleh pelukis

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.

Replika Solomon's Temple

Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.

Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.
(sumber)

MISTERI TABUT AS-SAKINAH


Sumber: MacJay.net

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 248 :

Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Pengkaji Barat dan Yahudi telah lama tercari-cari lokasi tabut yang hilang ini. Jika pembaca pernah menonton filem arahan pengarah Steven Spielberg (berbangsa Yahudi), Indiana Jones Raiders Of The Lost Ark, mungkin pembaca akan mendapat sedikit gambaran berkenaan Tabut as-Sakinah ini. Namun, kandungan Ark of Covenant dalam filem buatan tangan Yahudi Zionis ini tidak boleh sama sekali diambil sebagai pengetahuan atau kepercayaan. Filem terbitan George Lucas (juga Yahudi) ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Yahudi sudah lama  tercari-cari atau setidak-tidaknya berminat dengan khazanah yang tidak ternilai ini. Bagi pembaca yang belum tahu berkenaan Tabut as-Sakinah bolehlah rujuk di sini [artikel ini sempat diulangsiar sebelum blog Holywar Efairy dinyahkan oleh pihak ketiga].  KANDUNGAN TABUT AS-SAKINAH
Apakah sebenarnya yang terdapat di dalam Tabut as-Sakinah ini? Dari sisipan ayat Al-Quran di atas, di dalam tabut ini mungkin terdapat sesuatu yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa a.s semasa Nabi Musa a.s ‘bertemu’ Allah SWT di Bukit Sinai.

Di dalam Kitab Keluaran (Exodus) juga ada disebutkan tentang hal ini.

Berfirmanlah Tuhan kepada Musa :
“Tuliskanlah segala firman ini, sebab berdasarkan firman ini telah Kuadakan perjanjian dengan engkau dan dengan Israel.” 34:27
Dan Musa ada di sana bersama-sama dengan Tuhan, selama empat puluh hari empat puluh malam lamanya, tidak makan roti dan tidak minum air, dan ia menuliskan pada loh itu segala perkataan perjanjian, yakni Kesepuluh
Firman. 34:28
Ketika Musa turun dari gunung Sinai–kedua loh hukum Allah ada di tangan Musa ketika ia turun dari gunung itu – tidaklah ia tahu, bahwa kulit mukanya bercahaya oleh karena ia telah berbicara dengan Tuhan. 34:29
Diambilnyalah loh hukum Allah dan ditaruhnya ke dalam tabut, dikenakannyalah kayu pengusung pada tabut itu dan diletakkannya tutup pendamaian di atas tabut itu. 40:20
Dibawanyalah tabut itu ke dalam Kemah Suci, digantungkannyalah tabir penudung dan dipasangnya sebagai penudung di depan tabut hukum Allah – seperti yang diperintahkan Tuhan kepada Musa. 40:21
Berdasarkan ayat-ayat ini, apa yang boleh dikatakan terkandung di dalam tabut ini adalah dua loh yang tertulis di atasnya 10 Perjanjian. 10 Perjanjian ini ditulis oleh Nabi Musa as atas perintah Tuhan ketika Nabi Musa as ‘bertemu’ dengan Tuhan di Bukit Tursina (Sinai).  BENARKAH TABUT AS-SAKINAH DI NUSANTARA? Tabut as-Sakinah dikatakan tersimpan dibeberapa buah lokasi. Di antaranya ialah Nusantara, Jerusalem, Ethiopia, Zimbabwe, Mesir, Gunung Nebo/Nabu di tebing sungai Jordan, Perancis, England, Ireland dan beberapa lokasi lagi. Di antara kesemua lokasi ini, teori yang mengatakan bahawa tabut tersimpan di Nusantara adalah yang paling lemah. Kebanyakan pihak yang berpegang pada teori ini berpaksi pada beberapa sebab utama :

1. Tabut as-Sakinah ini dikatakan telah hilang dalam perjalanan ke tanah canaan (The Promised Land). Jika dilihat daripada sudut ‘Zion Bumi Mala‘ teori ini mengatakan bahawa The Promised Land itu sebenarnya adalah hujung dunia yakni Nusantara.

2. Mengambil fakta daripada ‘cakap-cakap‘ bahawa Tabut as-Sakinah tersembunyi di Indonesia yang sering dibincangkan di alam siber.

3. Ada pihak yang salah tafsir maklumat yang diterjemahkan oleh Google Translate. Mereka cuba copy dan kemudian paste-kan pada Google Translate maklumat berkenaan Tabut as-Sakinah ini dari Wikipedia. Umum sudah mengetahui ‘kehebatan’ Google Translate dalam menterjemahkan maksud sesuatu dokumen. Betapa hebatnya terjemahan Google ini, hinggakan bahasa Inggeris yang masih boleh difahami oleh si pembaca, apabila diterjemah ke dalam bahasa ibunda, terus hilang kebolehfahamannya. Dibawah ini saya sediakan satu contoh : 

“The ETHIOPHIAN Orthodox Church claims to possess the Ark of the Covenant or tabot in Axum. The object is now kept under guard in a treasury near the Church of Our Lady Mary of Zion, and used occasionally in ritual processions.[6] But versions of the Aksum tabot are kept in every ETHIOPHIAN church, each with its own dedication to a particular saint, most popularly Mary, George and Michael[7].”

“The Kebra Nagast is ETHIOPHIA’S greatest national document, composed to legitimise the new royal line established in 1270 by claiming its descent from Menelik I, the son of King Solomon and the Queen of Sheba, and contains a reference to the Ark of the Covenant being brought to ETHIOPHIA by Menelik. However, recent scholarship suggests that that reference is a later interpolation: many important manuscripts later than the thirteenth century make no reference to it, and it only became a core element of ETHIOPHIAN beliefs in the seventeenth century. It has been plausibly suggested that the claim that the Aksum tabot is the real Ark of the Covenant results from misunderstandings between the ETHIOPHIANS and their Portuguese allies following the defeat of Arab invasions in the sixteenth century – misunderstandings which were gratefully exploited and developed by the ETHIOPHIAN church[7].” (wikipedia)

Apabila anda menggunakan Google Translate untuk melakukan terjemahan, ia akan jadi seperti dibawah :

“Gereja Ortodoks ETHIOPHIA yang klaim untuk memiliki Ark dari Perjanjian atau tabot di Axum. Objek sekarang disimpan di bawah penjagaan di dekat perbendaharaan Jemaat kami Lady Maria Sion, dan kadang-kadang digunakan dalam upacara processions. [6] Tetapi versi dari Aksum tabot disimpan di setiap ETHIOPHIA gereja, masing-masing dengan dedikasi sendiri ke santo tertentu, paling terkenal dan populer dengan Maria, dan George Michael [7].”“Yang Kebra Nagast terbesar di INDONESIA adalah dokumen nasional, yang terdiri untuk legitimise royal baris baru didirikan di 1270 oleh para mengklaim keturunan dari Menelik I, putra Raja Sulaiman dan Ratu dari Sheba, dan berisi referensi ke Ark dari Perjanjian yang dibawa ke INDONESIA oleh Menelik. Namun, baru-baru ini menunjukkan bahwa beasiswa merupakan referensi yang kemudian interpolasi: banyak penting Mushaf lebih lambat dari tiga abad tidak membuat referensi untuk itu, dan hanya menjadi unsur inti dari ETHIOPHIA kepercayaan di abad ketujuh. Ia telah plausibly mengemukakan bahwa klaim bahwa Aksum tabot adalah nyata Ark dari Perjanjian hasil dari kesalahpahaman antara ETHIOPHIANS Portugis dan sekutu mereka mengikuti kekalahan di Arab invasi pada abad keenambelas – kesalahpahaman terima kasih yang dieksploitasi dan dikembangkan oleh ETHIOPHIA gereja [7].”

Kita lihat terjemahannya :

ETHIOPHIAN menjadi ETHIOPHIA
ETHIOPHIA’S menjadi INDONESIA?
ETHIOPHIA menjadi INDONESIA?
EUTHOPHIANS menjadi EUTHOPIANS

Nah, masalahnya terletak pada ‘tetapan‘ Google Translate. Google Translate atau lebih tepat lagi individu yang memprogamkannya tersalah dalam menterjemahkan ETHIOPHIA’S dan ETHIOPHIA hinggakan  ia menjadi INDONESIA. Ethiopia adalah Habsyah. Dari mana datangnya Indonesia? Sedarkah anda jika anda cuba membuat terjemahan dari bahasa Arab atau Inggeris ke dalam bahasa Melayu, kadangkala ia akan diterjemah ke dalam bahasa Indonesia. Saya pasti ada pihak yang mungkin sedikit taksub dengan ‘kehebatan/kebangkitan sebelah Timur‘ akan terus membuat andaian bahawa Tabut as-Sakinah memang berada di Nusantara. 

PENAFIAN LOKASI TABUT DI ETHIOPIA DAN KEBARANGKALIAN DI JERUSALEM 

Banyak juga pengkaji yang menolak kewujudan tabut di Ethiophia. Kisah itu tidak lain sekadar dongengan para penganut Kristian Ortodok di Ethiophia untuk menaikkan saham mereka. Secara peribadi, saya juga tidak menyokong dakwaan ini atas beberapa sebab: 1. Hanya Bani Levi yang dibenarkan menyentuh dan membawa tabut. Setahu kita keturunan Nabi Harun ini tidak pergi ke Sabak ataupun Ethiophia. Bagaimana Raja Menelik membawanya pulang?  2. Jika benar ada beberapa pendeta Bani Levi datang ke Sabak bersama-sama Raja Menelik I, mengapa keturunan mereka iaitu para paderi di Ethiophia hari ini berkulit gelap belaka?

3. Tabut dipercayai penuh keramat dan kekuasaan oleh Bani Israil. Mustahil mudah-mudah saja mereka akan melepaskan tabut ke tangan bangsa asing. Tambahan pula Zionis (memerintah Israel kini) menganggap bahawa semua bangsa selain Yahudi seperti binatang)

4. Tabut sudah ada tempat paling sesuai iaitu bait suci Haikal Sulaiman. Apa manfaatnya dibawa keluar daripada tempat itu? 

5. Agama mereka yang mendakwa bahawa keturunan Menelik sudah menjadi agama Kristian Ortodoks ataupun sekurang-kurangnya ‘berbau Kristian‘. Walhal Tabut as-Sakinah bergelumang dengan agama Yahudi. Hal ini memungkinkan segala cerita yang dikisahkan di Axum dan sekitarnya itu datangnya selepas kelahiran agama Kristian, bukannya sejak zaman Nabi Sulaiman.

Bangsa Yahudi pada hari ini seperti tidak ambil pusing dengan teori yang mengatakan bahawa tabut berada di Ethiophia. Tidakkah pembaca berasa pelik? Walhal tabut ini telah menjadi salah satu tujuan hidup mereka. Mereka percaya tabut bakal membawa mereka untuk menguasai dunia dan menewaskan umat Islam. Di sini nampaklah bahawa, Yahudi pada hari ini memang tahu Tabut as-Sakinah sebenarnya tidak berada di Ethiopia Jika tidak, pastilah ejen-ejen sulit Israel sudah lama menceroboh bangunan di Axum, Ethiophia (Habsyah) itu. Satu-satunya tempat yang menjadi impian bangsa Yahudi-Zionis (Israel) adalah tanah Palestin atau lebih tepat lagi Masjid Al-Aqsa. Kita tahu bahawa Yahudi sedang bersiap sedia untuk membina Haikal Sulaiman (Solomon’s Temple) di atas tapak runtuhan Masjid al-Aqsa. 
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW yakni umat akhir zaman, apa yang penting ialah supaya kita berpegang teguh pada sabda Baginda :  “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.” (HR Imam Muslim dari Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan lain-lain. Kisah yg mutawatir dan disaksikan lebih dari 100,000 jema’ah Haji)

KEISTIMEWAAN MASJIDIL HARAM, MASJID AN-NABAWI DAN MASJIDIL AQSA


Keistimewaan Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil Aqsa

Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu ‘alaihi Wasallam sabdanya:

Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid (yang berikut): Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul (Masjidi an-Nabawi di Madinah) dan Masjidil Aqsa di Palestin.” Hadis Al-Bukhari

Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu ‘alaihi Wasallam telah bersabda;

Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram.”

Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud; Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain.”

Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.

Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut iaitu :-

Ertinya :

Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu ‘alaihi Wasallam bersabda;

Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang (dengan syarat) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang (waktu) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih) dari sifat munafik.

Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.

Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,

Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi (di Madinah) pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa (di Palestin) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain (kecuali Masjidil Haram dam Masjidil Nabawi).

Di samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah mengakui bahawa Masjid Quba’ adalah sebuah masjid yang dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinya serta sembahyang di dalamnya.

Abdullah bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan “adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'” dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba’ setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.

Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya “satu sembahyang di dalam masjid Quba’ diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah.”

TEMBOK AL-BURAQ


Tembok al-Buraq merupakan salah satu bahagian dari dinding atau tembok sebelah barat Masjid Al-Aqsa yang terletak di antara Pintu Magharibah (di sebelah selatan) dan Madrasah Tankaziah (Mahkamah Syariah – di sebelah utara). Panjang Tembok al-Buraq ialah 50 meter, manakala ketinggiannya ialah kurang dari 20 meter. Ia dikenali sebagai Dinding Atau Tembok Al-Buraq kerana Nabi Muhammad SAW pernah mengikat Buraq padanya dalam peristiwa isra’ dan mi’raj.

Pada pertengahan awal kurun ke-19 M, Yahudi mendakwa bahawa di bawah Tembok Al-Buraq terdapat sebuah batu besar yang mengembalikan sejarahnya kepada zaman Rom. Mereka mendakwa, ia merupakan saki-baki binaan kuil mereka yang kedua dan merupakan dinding barat bagi kuil tersebut. Yahudi menjadikan tembok tersebut sebagai tempat menangis atau meratap di atas kehilangan kerajaan Yahudi. Disebabkan itulah Yahudi menamakan tembok tersebut sebagai Tembok Tangisan atau ratapan.

Di bawah pemerintahan Kerajaan Islam di Al-Quds, kaum Yahudi dibenarkan untuk menziarahi tembok tersebut atas dasar toleransi agama. Namun penduduk Al-Quds mula membantah setelah Zionis membawa trompet dan peralatan-peralatan ibadat mereka serta mahu menukarkan tembok tersebut sebagai gereja Yahudi. Usaha tersebut mendapat bantuan pihak berkuasa penjajah Britain di Bandar Al-Quds.

Ini menyebabkan berlakunya revolusi yang dikenali sebagai Revolusi Al-Buraq, ia berlaku pada tahun 1929. Peristiwa tersebut menyebabkan Yahudi terpaksa menangguhkan usaha menyahudikan kawasan tersebut sehinggalah Al-Quds jatuh ke tangan penjajah Yahudi Zionis pada tahun 1967 serta menguasai tembok tersebut sepenuhnya dan Pintu Magharibah yang berdekatan dengannya. Mereka telah membuang semua kesan-kesan sejarah Islam di tembok tersebut dan merobohkan Medan Magharibah yang bersambung dengannya serta menukarkan medan tersebut sebagai tempat ibadat mereka.
Sejak peristiwa tu, Zionis telah mengambil alih sepenuhnya Tembok Al-Buraq dan kawasan yang berhadapan dengannya. Mereka juga mengali sekitar dan bawah masjid al-Aqsa untuk membuat terowong-terowong. Usaha tersebut dikenali sebagai Al-Hasymunaim. Terowong tersebut bermula dari Medan Al-Buraq di sebelah selatan sehinggalah ke Pintu Al-Ghawanimah di sebelah utara. Darinya dipecahkan terowong-terowong lain seperti terowong yang memanjang ke arah selatan sehingga ke kawasan Salwan yang terletak di sebelah selatan Masjid Al-Aqsa.

Sesetengah terowong dibina sehingga ke kawasan bawah medan atau kawasan lapang Masjid Al-Aqsa dan dindingnya. Pihak penjajah Zionis telah membuang bukit kecil yang berada di jalan ke Pintu Al-Magharibah untuk meluaskan Medan Al-Buraq yang meliputi kawasan selatan tembok yang terletak di selatan pintu tersebut. Sebuah jejantas besi dibina di medan Al-Buraq menghubungi pintu tersebut dan ia membolehkan pihak Yahudi memasukkan sebilangan besar tentera Yahudi pada bila-bila masa sahaja yang bertujuan untuk menguasai Masjid Al-Aqsa.

Semua rancangan yang dibuat oleh Yahudi seperti menguasai Tembok Al-Buraq, Medan Al-Buraq, mengali terowong-terowong, membuang bukit kecil di jalan ke Pintu Al-Magharibah dan selainnya merupakan rancangan untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa kepada dua bahagian iaitu bahagian kaum Muslimin dan bahagian Yahudi untuk membina gereja mereka. Jejantas dibina oleh Yahudi yang terus bersambung ke Bab Al-Magharibah adalah bertujuan memudahkan mereka memasukkan tentera mereka ke dalam Masjid Al-Aqsa sekiranya keadaan memerlukan.