• SELAMAT DATANG

    Asalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 68 other subscribers
  • KLIK PAUTAN

RAMADHAN PAHALA BERGANDA KEAMPUNAN TERBUKA


Kehidupan kita di dunia ini tidak bererti sekiranya kita tidak mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah S.W.T dan lebih tidak bererti lagi jika segala kesalahan, keterlanjuran dan dosa-dosa yang kita lakukan tidak mendapat keampunan dari Allah SWT. maka, sebagai orang yang beriman kita dituntut agar sentiasa memohan keampunan kepada Allah di atas segala dosa yang telah kita lakukan samada dosa kecil mahupun dosa besar. Sesungguhnya bagi orang yang tidak memohon keampunan kepada Allah dengan menangguh-nangguhkannya atau melambat-lambatkan tindakan tersebut, mereka dianggap sebagai orang yang angkuh dan sombong dengan Allah SWT.

Maka bersempena bulan Ramadan yang penuh dengan keampunan dan sebagai orang yang beriman kita sentiasa mengharapkan keredhaan dan rahmat dari Allah S.W.T. Kerana itulah, kita dituntut agar mempertingkatkan amal bagi memperolehi keredhaan tersebut, terutama dengan memperbanyakkan amal ibadah di samping dikerjakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Hari ini merupakan bulan untuk kita umat Islam menunaikan ibadah puasa, kita berpuasa dengan penuh kesabaran dan ikhlas kerana Allah semata-mata mengharapkan keampunan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Begitu juga, bersamanya kita mengharapkan agar digandakan pahala, dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka dan hidup kita dijauhi dari godaan syaitan.

Sabda Rasulullah SAW:

 Image

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: apabila telah tiba bulan Ramadan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai.”

 (Hadis riwayat Ahmad)

Kedatangan bulan Ramadhan amat digeruni dan ditakuti oleh syaitan kerana pada bulan ini Allah tidak membenarkannya menghasut serta menggoda manusia melakukan kejahatan dan maksiat. Pada bulan ini syaitan akan dirantai dan dibelenggu. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W. menjelaskan dalam hadis baginda:

Image

Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai”.

 (Hadis riwayat Ahmad)

Mencari keredhaan dan keampunan Allah S.W.T adalah merupakan amalan harian hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa, mereka tidak jemu dan berputus asa melakukannya kerana mereka yakin bahawa Allah akan mengurniakan kepada mereka keredhaan dan keampunan diatas segala dosa-dosa yang telah dilakukan selagi mana mereka terus memohon.

Justeru, Allah S.W.T yang bersifat Maha Pemurah dan Maha Pengampun tidak akan keberatan memberi keredhaan dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang meminta dan memohan dirinya.

Salah satu hikmah diwajibkan kita berpuasa adalah untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”

Berdasarkan firman Allah tersebut, membawa maksud kepada kita bahawa kesan dari ibadah puasa bagi orang yang beriman ialah bertambah ketakwaan Mereka kepada Allah. Justeru, setelah kita melaksanakan ibadah puasa, adakah bertambah ketakwaan kita atau semakin berkurang?. Atau adakah jiwa kita semakin bersemangat untuk memperbanyakkan amal ibadah atau jiwa kita semakin lalai dan meringan-ringankan tuntutan ibadah?.

Adalah sungguh bijak bagi kita merebut segala peluang yang Allah sediakan pada bulan Ramadan ini, daripada kita mensia-siakannya. Kerana kita belum pasti lagi sama ada kita berpeluang atau tidak untuk terus bersama dengan Ramadan pada tahun hadapan. Kerana sesungguhnya Allah telah menyediakan dalam bulan Ramadan ini satu malam yang nilai keberkatan dan ganjaran pahalanya pada malam tersebut lebih baik dari seribu bulan. Firman Allah dalam surah al-Qadr:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥﴾

Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?, malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!.”

Asbabun Nuzul ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid Rahimahullah dikatakan Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang kisah seorang lelaki dari bani Israel yang telah menggunakan kekuatan senjatanya dan kemahirannya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas kehebatannya lalu Allah menurunkan ayat tersebut.

Dalam riwayat yang lain pula, dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut tentang kisah empat orang bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka. Lalu Jibril A.S datang memberitahu kepada Rasulullah S.A.W bahawa Allah S.W.T menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril AS berkata kepada Rasulullah S.A.W ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan, ini menjadikan Rasulullah S.A.W dan para sahabat amat gembira dengan perkhabaran Jibril tersebut.

Dari surah al-Qadr tersebut dapatlah kita fahami bahawa besar kelebihannya bagi orang yang beribadah pada malam Lailatul Qadar. Amalan yang dikerjakan pada malam tersebut digandakan. Samada salat yang kita kerjakan, bacaan al-Quran atau zikrullah yang kita ucapkan serta amalan-amalan lain digandakan oleh Allah S.W.T. Kerana itulah, bagi mendapatkan malam tersebut Rasulullah S.A.W mempertingkatkan dengan melakukan ibadah pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadan dan bukan hanya setakat bagi dirinya sahaja malahan Baginda menyuruh ahli keluarganya bangun bersama-sama untuk beribadah.

Image

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Orang yang tekun beribadah semata-mata untuk menemui malam Lailatul Qadar pasti akan mendapat rahmat yang telah dijanjikan Allah S.W.T terutama dengan melakukan amalan seperti berikut:

  1. Menghayati malam tersebut dengan memperbanyakkan beribadah seperti mengerjakan salat sunat, membaca Al-Quran, berzikir, beriktikaf, berdoa dan sebagainya.
  2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan beribadah serta dikerjakan semata-mata kerana Allah S.W.T dengan mengharapkan rahmat dan keampunan-Nya.
  3. Dalam kita melaksanakan ibadah di malam Lailatul Qadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dengan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya.
  4. Perbanyakkan berdoa terutama doa khusus untuk malam Lailatul Qadar. Iaitu sepertimana yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah R.A.

Image

Maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W seandainya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang patut saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa berikut: “Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan sentiasa memberi keampunan di atas kesalahan hamba-Mu oleh itu maafkanlah segala kesalahanku.”

(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Marilah sama-sama kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan penuh rasa kecintaan dan kerinduan. Kita juga perlu membuat persediaan dan persiapan samaada dari segi jasmani dan rohani supaya Ramadhan yang disambut itu benar-benar dapat dihayati segala kelebihan dan keistimewaannya. sebagai seorang Islam kita sawajarnya merebut dan mendapatkan segala peluang keemasan dan keistimewaannya yang terdapat di dalam bulan tersebut yang terdiri daripada tawaran pahala yang berlipat kali ganda serta anugerah Lailatul Qadar dan keampunan dari segala dosa dan kesalahan.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Image

Maksudnya : “Barang siap merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka”.

 (Hadis riwayat Ahmad)

Allah S.W.T. sangat menyayangi hamba-hambaNya dan ruang rahmat ini perlu direbut dengan petunjuk Allah S.W.T,

إِنَّ هَـٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا ﴿٩﴾

Maksudnya: “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”

(Surah al-Isra’ ayat : 9)

Semoga kita terus mendapat hidayah dan pahala berganda di bulan yang mulia ini, Wallahua’lam.

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor.

LAILATUL QADAR – MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN


Mukaddimmah

Sepuluh akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.

Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t dalam surah Al-Qadr.

 إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥﴾

Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar.

Sebab Turun Surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut, maksudnya:

Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya.

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya:

Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.

Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan.

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Pendapat yang terkuat mengikut para ulama’ bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka’ab katanya, “Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.

Daripada Riwayat Mu’awiyah: bahawa Nabi SAW telah bersabda dalam malam lailatu qadar iaitu malam ke -27

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa Khusus di Malam Lailatul Qadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut”

Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

  • Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
  • Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  • Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatul Qadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

PUASA TINGKATKAN INTEGRITI DIRI


Sempena bulan Ramadan yang berkat ini, seluruh umat Islam di pelosok dunia menunaikan ibadah puasa yang wajib secara serentak. Ini bermakna pada siang hari hampir keseluruhan umat Islam di dunia menahan lapar, menjaga adab-adab puasa dan pada waktu malam pula melakukan pelbagai ibadah sunat bagi penambahbaikan kualiti puasa wajib itu.
Berdasarkan sambutan menyeluruh umat Islam itu, maka adalah jelas bahawa program puasa adalah perancangan tahunan luar biasa yang ditetapkan Allah SWT bagi mentransformasikan akhlak manusia. Inilah keberkatan dan keistimewaan bulan Ramadan.Allah SWT menetapkan piawaian kualiti puasa bahawa natijah dan objektif puasa ialah mewujudkan manusia yang bertakwa (al-Baqarah: 183).
Ketika mengulas lanjut natijah puasa ini, Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW memberi peringatan dalam sebuah hadith,

“Terdapat orang Islam berpuasa tetapi hasilnya hanyalah lapar dan dahaga, serta terdapat juga mereka mengadakan qiamullail tetapi apa yang diperoleh hanyalah semata-mata berjaga malam”. (riwayat Tabrani).

Persoalan besar timbul mengapa terdapat umat Islam yang berpuasa tetapi gagal mencapai natijah yang ditetapkan. Menurut Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin menyatakan faktor nafsu memainkan peranan besar dalam membangunkan taraf kemanusiaan. Nafsu ini mempengaruhi tingkah laku dan akhlak manusia.

Menurut Imam Ghazali, dalam diri manusia pada dasarnya terdapat tiga jenis nafsu. Pertama, nafsu ammarah: iaitu mempunyai kecenderungan melakukan kejahatan. Nafsu ini juga dikenali sebagai nafsu binatang. Kedua, Lawwamah: perjuangan jiwa yang wujud kecenderungan untuk membuat pertimbangan baik dan buruk. Ketiga, Mutmainnah: jiwa yang telah menemui rentak positif dan berusaha memperkukuhkan unsur positif sebagai budaya hidup kerana nyata memberi kebahagiaan kepada manusia.

Menurut Teori Hiraki Maslow, tingkah laku manusia dipengaruhi bagi memenuhi kehendak nafsu kendiri yang selalu bergerak-gerak. Nafsu ini sentiasa bergerak dari bawah bermula memenuhi keperluan fisiologi (keperluan asas kehidupan), ketenteraman hidup, mendapat kasih sayang, penghargaan diri dan kemuncaknya ialah penyempurnaan kendiri mutlak.

Penyempurnaan kendiri yang tidak ada penghujung inilah yang menyebabkan manusia hilang kawalan, menjadi rakus, tamak haloba dan akhirnya menyumbangkan kepada kejatuhan integriti manusia kepada tahap kemanusiaan yang paling jijik.

Kecelaruan nafsu yang membawa kerakusan kendiri menghasilkan natijah manusia yang tidak beradab. Manusia yang tidak beradab inilah menjadi punca penularan gejala sosial seperti makan rasuah, menyalahguna kuasa, penagihan dadah, Aids, berzina, mengaku sebagai Tuhan atau Rasul Allah, orang jahil mengeluarkan fatwa, orang jahil mentafsir al-Quran, hadis sesuka hati dan pelbagai perbuatan negatif lain.
Pada dasarnya manusia yang tidak beradab ini adalah manusia palsu kerana telah hilang akidah, hilang sifat kemanusiaan, tidak bertamadun, dan menggugat kesucian Islam.Kita amat bimbang kecemerlangan dan kegemilangan negara tergugat jika orang seperti ini dipilih menjadi pemimpin, mengetuai organisasi, diberi jawatan, diberi amanah, dinaikkan pangkat dan sebagainya.

Dengan demikian langkah kerajaan untuk memperhebatkan kempen integriti adalah amat wajar. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, integriti bermaksud kejujuran, keadaan sempurna dan utuh. Terdapat perkaitan yang kuat antara integriti dengan takwa. Berdasarkan takrif integriti, ternyata integriti adalah sebahagian daripada ciri-ciri takwa kerana ia termasuk dalam sifat-sifat terpuji dalam Islam. Untuk mencapai natijah manusia yang bertakwa dan berintegriti bukanlah perkara mudah. Ia tidak boleh dihasilkan melalui teori, berkursus, berseminar, bengkel atau persidangan semata-mata. Ia memerlukan tekad dan kesungguhan manusia itu sendiri iaitu melakukan jihad melawan nafsu yang menjadi musuh utama manusia.

Jihad mempunyai pengertian yang luas. Jihad secara bahasa bermakna mengerahkan tenaga yang maksimum untuk menghapuskan musuh. Menurut Said al-Buti, jihad ialah usaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan akidah, membina masyarakat Islam dan mempertahankan Islam.

Bulan Ramadan adalah bulan jihad. Allah memberi masa selama sebulan untuk kita berpuasa dan berjihad yang dikira cukup menewaskan nafsu (ammarah, lawwamah) dan memantapkan nafsu mutmainnah.

Berdasarkan pengajaran al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w, jihad memantapkan nafsu mutmainnah memerlukan pelaksanaan disiplin puasa yang ketat seperti berikut:

  • Berniat secara ikhlas,
  • Memelihara adab-adab dan perkara yang membatalkan puasa,
  • Menghidupkan ibadah pada waktu malam (qiamullail),
  • Banyak membaca al-Quran dan memahaminya,
  • Banyak bersedekah,
  • Banyak bermujahadah seperti beriktikaf, berzikir dan bertaubat,
  • Makan makanan dan rezeki halal; dan
  • Kurangkan makan dan tidak membazir.

Berdasarkan besar peranan jihad melawan nafsu ini, maka terdapat ulama mengatakan bahwa jihad nafsu adalah jihad utama yang menjadi penggerak membangunkan tamadun ummah dan keamanan dunia.

Dengan demikian jika kita gagal mengambil kesempatan untuk membuat perubahan dan transformasi akhlak dalam bulan yang mulia ini, maka puasa yang diamalkan silih berganti pada setiap tahun tidak memberi apa-apa kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.Manusia adalah sebaik-baik makhluk kejadian Allah dan pada prinsipnya bersifat bersedia untuk menerima perubahan. Sempurna kedatangan bulan Ramadan yang berkat ini, maka marilah kita mengerahkan anak-anak dan keluarga kita mengambil peluang untuk berjihad melawan nafsu bagi menentukan kita menjadi manusia yang bertakwa, berintegriti, beradab dan kekal dengan sifat-sifat kemanusiaan.

Oleh: GHAFANI AWANG TEH
Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

http://www.islam.gov.my/puasa-tingkatkan-integriti-ghafani-awang-teh-panel-penulis-jakim

KOLEKSI CERAMAH TAZKIRAH RAMADHAN


1)            Ustaz Azizan Abd Rahman – Puasa Orang Bodoh [Ramadhan 1429]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?ytkmmwwf4dy

2)            Tuan Guru Harun Din – Taman Melewar [18 Ramadhan 1430]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?tgnyjtndiwk

3)            Ustaz Dr Badrul Amin – Amaniah [25 Ramadhan 1430]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?egk0mnajmht

4)            Ustaz Yussaine Yahya – Addiniyyah [20 Ramadhan 1430]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?jkayjtyrz0d

5)            Ustaz Ismail Kamus – Amaniah – Malam Raya [29 Ramadhan 1430]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?q1jm111ezen

6)            Ustaz Mohd Irwan – Permasalahan Fidyah Dan Puasa Ganti

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?m2uwdzty2j4

7)            Ustaz Raihan Mohd Noor – Qada` Fidyah Puasa

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?mmgzmdhmmdt

8)            Ustaz Wan Jie Hussin – Puasa

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?1nkdmyfhzzm

9)            Ustaz Kazim Elias – Penghayatan Ramadhan

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?inny15nhmzr

10)         Ustaz Wan Ji Husin – Sunnah Hari Raya

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?mgvwzmzfmdfmwnn

11)         Ustaz Sallehuddin Nasir – Nahkoda – Titik Titik Hitam [10 Ramadhan 1430]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?o0zz1zyym2ultj2

12)         Tuan Guru Ghazali Hasbullah – Ad Diniyyah [Ramadhan 1429]

Muat Turun mp3 : http://www.4shared.com/audio/y3n35jBC

13)         Ustaz Sharil Long – Nurul Mutaqin – [Ramadhan 1429]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?oukumlztdmuwjlg

14)         Ustaz Sidek Noor – Kelebihan Jihad [Ramadhan 1429]

Muat Tueun mp3 : http://www.mediafire.com/?qo9e91nodoq8mnn

15)         Ustaz Ahmad Bukhari – Puasa Orang Awam [12.07.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?mukzdytzwwj

16)         Ustaz Ahmad Bukhari – Puasa Orang Khawas [29.07.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?bvtknskg7k161f1

17)         Ustaz Ramli Abu Bakar – Ramadhan Pertama Dan Terakhir [30.07.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?tphbbb777regtw6

18)         Ustaz Abdul Aziz Arof – Syahru Ramadhan [02.08.10] TERHANGAT

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?zobh3yngvxam2nx

19)         Ustaz Ahmad Bukhari – Kemulian Ramadhan [09.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?1efbxme3fcdmsav

20)         Ramadhan 1431 – Dr Azhar Yaakob – Zahirkan Ramadhan [12.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?dg52l5bbzv7emav

Masjid Sg Tua

21)         Ramadhan 1431 – Ustaz Amran Arifin – 3 Keistimewaan Orang Berpuasa [13.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?y5krvcbk9ktehve

Masjid al Amaniah

22)         Ramadhan 1431 – Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man [15.08.10]

Tajuk Tazkirah : Awal Ramadhan –  Surau Nurul Mutaqin

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?1vlvcelzr043ga9

23)         Ramadhan 1431 – Ustaz Sidek Noor – Orang Yang Menolak Tazkirah [16.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?qg62v6arzujqojs

Surau Ad Diniyyah

24)         07 Ramadhan 1431 – Ust Sidek Noor – Kelebihan Tazkirah Di Bulan Ramadhan [17.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?39esxju2za0cuqu

Surau Nurul Mutaqin

25)         09 Ramadhan 1431 – Ustaz Halim Din – Penyakit Ketika Datangnya Hari Raya [19.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?1dgk2bbtg3xt8t9

Masjid Amaniah

26)         10 Ramadhan 1431 – Ustaz Syahrul Akbar – Fadhilat Menjamu Berbuka Puasa Ramadhan

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?nesubna5a0ethda

Masjid Amaniah [20.08.10]

27)         11 Ramadhan 1431 – Forum Subuh Ramadhan – Kekuatan Ibadah [21.08.10]*********

Ustaz Ridhuan Mohd Nor , Ustaz Nik Abduh Nik Abd Nik Aziz , YB Mohd Nor Hamzah

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?t3np17uitbcad92

Surau Ad Diniyyah

28)         11 Ramadhan 1431 – Ustaz Mohd Zaki – Nuzul Al-Quran [21.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?9rlgevbmlllkbks

Masjid Amaniah

29)         11 Ramadhan 1431 – Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz – Kekuatan Ibadah Solat [21.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?uzg2f4ygdq6qwra

30)         12 Ramadhan 1431 – Ustaz Jais Kamus – Tarbiyah Ramadhan [22.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?43i5wniceaos2pf

Masjid Amaniah

31)         13. Ramadhan 1431 – Ustaz Nazmi Abd Karim – Smack Down 2 [23.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?na795zxvdevg18a

Surau Ad Diniyyah

32)         Ramadhan 1429 – Ustaz Nazmi Abd Karim – Smack Down 1 [2008]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?kc511cd5akfthok

33)         14 Ramadhan 1431 – Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man [24.08.10]

Tajuk : Pertengahan Ramadhan

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?usl093kxfk7l7w4

34)         15 Ramadhan 1431 – Ustaz Sidek Noor – Ihya Ramadhan Sabar [25.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?m9n8x897q8zz1mh

35)         16 Ramadhan 1431 – Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad – Pesanan Jibril [26.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?ggbrz847mzl6tyt

36)         17 Ramadhan 1431 – Ustaz Zulkifli Ahmad – Dunia Satu Penipuan [27.08.10] *

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?9od1xylat7mlxgc

37)         18 Ramadhan 1431 – Ustaz Idris Ahmad – Antara Yang Hak Dan Batil [28.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?hnt4tby5ocl0unv

38)         19 Ramadhan 1431 – Ustaz Hanafi Rahman – Di Buka Pintu Langit [29.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?ucnte7ajce3lxed

Masjid Amaniah

39)         21 Ramadhan 1431 – Ustaz Sharil Long – Bebaskan Dari Belenggu Hawa Nafsu [31.08.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?6s1xrh7x6rlgljd

40)         21 Ramadhan 1431 – Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man [31.08.10]

Kuliah Dhuha – Kelayakan Mendapat Syafaat Nabi

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?pcg09fbxz26gq3i

41)         25 Ramadhan 1431 – Ustaz Mohd Zaki – Lailatul Qadar atau Laitul Kamdar [04.09.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?e80dmycrpyeimpp

Surau Ad Diniyyah

42)         26 Ramadhan 1431 – Ustaz Azizan Abd Rahman – Kemuncak Ramadhan [05.09.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?bzbcmf3luorup6v

Masjid Sg Tua

43)         26 Ramadhan 1431 – Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man – Yakin Dengan Janji Allah [05.09.10]

Muat Turun mp3 : http://www.4shared.com/audio/o22kZ-AN

44)         26 Ramadhan 1431 – Ustaz Nasrudin Haji Ahmad – Pengertian Ramadhan [05.09.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?465zajmuzwjzm4j

45)         26 Ramadhan 1431 – Ustaz Yussaine Yahya – [05.09.10]

Tajuk Kuliah : Jadikan Harta Dan Pangkat Modal Ke Syurga

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?4iw6zr14xklwox8

46)         27 Ramadhan 1431 – Ustaz Syarhan Humaizi – Sejauh Mana Kita Berdoa Dalam Ramadhan

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?q50h39xpe08ypjp

Masjid Amaniah [06.09.10]

47)         28 Ramadhan 1431 – Ustaz Nurul Khalil – Malam Penentuan [07.09.10]

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?ew4zdwmowk638yc

Masjid Sg Tua – Dari Pendang Kedah Pondok Tertua Di Nusantara

48)         Ustaz Azizan Abd Rahman – Kemuncak Ramadhan [05.09.10] TERHANGAT

Muat Turun mp3 : http://www.mediafire.com/?bzbcmf3luorup6v

Masjid Sg Tua – Dari Pendang Kedah Pondok Tertua Di Nusantara

KEBERKATAN MAKAN SAHUR


BERSAHUR untuk berpuasa termasuk sunnah Nabi Muhammad saw. Sahur bermaksud makanan atau santapan yang diberkati. Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: Rasulullah saw bersabda:

Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma.

Rasulullah menganjurkan supaya makan sahur melalui sabdanya bermaksud:

Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada berkat.

Termasuk sunnah Rasulullah ialah mengakhirkan sahur. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda maksudnya: “Makan sahurlah pada akhir malam.”

Diterangkan pula, Rasulullah biasanya makan sahur kemudian terus keluar untuk bersolat. Hikmah sahur dan fadilat mengakhirkannya disebut oleh Rasulullah antara lainnya:

  • Ia mempunyai unsur berkat. Makanan apa pun yang mengandungi berkat akan membantu seseorang dalam mentaati perintah Allah;
  • Untuk membezakan antara puasa yang dijalankan dengan puasa ahlil kitab.

Perkara ini dijelaskan dalam sebuah hadis sahih yang bersumber daripada Amru Ibnu bahawa sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan puasa ahlil kitab ialah pada makan sahurnya.”; dan

  • Untuk membantu puasa itu sendiri seperti dijelaskan hadis yang bersumber daripada Ibnu Abbas dan diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud: “Mintalah bantuan makan sahur untuk mengatasi puasa pada siang hari. Dan mintalah bantuan istirahat sebentar pada siang hari agar kuat menjalani ibadah pada malam harinya.”

Dianjurkan bersahur bukan bererti makan sebanyak-banyaknya. Apa yang penting untuk mendapatkan fadilat serta sunnahnya, walaupun dengan makan sedikit.

Dalam hadis Jabir ditegaskan bahawa Rasulullah pernah bersabda maksudnya:

Barang siapa yang akan puasa hendaklah dia makan sahur, sekali pun hanya sedikit.

Ulama turut membahaskan bilakah waktu yang paling afdal untuk bersahur.

Daripada hadis, ulama membuat kesimpulan bahawa adalah lebih afdal melewat-lewatkan sahur hingga betul-betul hampir masuk waktu fajar.

Imam al-Baihaqi melalui sanad sahih menyebut “adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad itu orang yang menyegerakan berbuka puasa dan melewat-lewatkan sahur.”

Nabi juga pernah bersabda, maksudnya: “Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambat-lambatkan sahur.”

Sebenarnya waktu bersahur itu adalah luas bermula dari waktu malam hari hingga masuk waktu fajar dan yang lebih afdal ialah ketika waktu Subuh hampir masuk.

Satu daripada amalan umat Islam di Malaysia ialah berhenti makan lebih kurang 10 minit sebelum azan Subuh yang disebut sebagai Imsak.

Kebanyakan daripada kita cukup berhati-hati supaya tidak melewati waktu Imsak untuk memastikan tiada sisa makanan dalam mulut.

Berkaitan dengan waktu Imsak, sebenarnya ada satu hadis yang menunjukkan adanya amalan itu.

Anas meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit: “Kami telah bersahur bersama-sama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk mengerjakan solat. Aku (Anas) bertanya, berapa lama tempoh antara azan dengan sahur itu? Zaid menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran.”

Hadis itu menjelaskan bahawa Nabi Muhammad berhenti makan sahur dalam kadar masa anggaran jika dibaca ayat-ayat al-Quran itu untuk 50 ayat.

_____________________________________________
Petikan dan Sumber:
Berita Harian 14 Oktober 2004

13 KESILAPAN DALAM BERPUASA


Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat

Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama

Tidak menjaga batas-batas aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.

5. Semakin cepat marah

Sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa

Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun

Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja

Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda;

Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan

Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;

Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl:43)

Dan Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya.” (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, Tarawih ala kadar

Solat secara ‘ekspress’; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur’an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma’ninah (tenang) ketika ruku’, sujud, bangun dari ruku’ dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma’ninah dalam solatnya; “Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat.” (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;

Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga

Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur’an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur

Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW;

Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,”Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?”   Jawab Nabi:Ya abal Hasan!  Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.

Sumber: “Puasa Bersama Rasulullah”, karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.

FADILAT MEMBACA AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ

(Yaitu) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).” [QS. Al-Baqarah : 185]

Dari ayat diatas dapat diambil banyak pelajaran. Diantaranya adalah bahwa Allah SWT berkenan menurunkan Kitab yang mulia pada bulan yang mulia dan dengan tujuan yang sangat mulia. Al-Qur’an bukan buku cerita, meskipun di dalamnya terdapat banyak cerita. Ia juga bukan buku sastra, meskipun keindahan bahasanya tidak tertandingi oleh ahli bahasa manapun. Ia juga bukan buku sains, meskipun di dalamnya terdapat banyak ayat yang berbicara tentang ilmu pengetahuan.

Ayat di atas menjelaskan tiga fungsi diturunkannya Al-Qur’an, yaitu :

  1. Petunjuk bagi semua manusia dalam menjalani hidupnya agar mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
  2. Penjelas dan argumen yang kuat bagi orang yang memahami dan mengkajinya.
  3. Pedoman untuk menbedakan antara yang halal dan yang haram  serta antara yang haq dan yang bathil.

Kemuliaan Al-Qur’an terletak pada segala hal yang berkaitan dengannya, seperti : membacanya, mendengarkannya, menghafalnya, mentadabburi (merenungkan)nya, mengamalkannya, mendakwahkannya dan sebagainya. Semua amalan tersebut adalah kebajikan yang berpahala besar di sisi Allah. Selain itu, kemuliaan Al- Qur’an juga terletak pada fungsinya, yakni sebagai kitabul hidayah (kitab petunjuk).

Diriwayatkan oleh Sa’id bin Jubair bahwa Ibnu Abbas ra berkata,

Al-Qur’an diturunkan pada bulan Ramadhan (secara utuh/sekaligus) dari Lauh Mahfud menuju langit dunia lalu ditempatkan di Baitul ’Izzah (rumah kemuliaan). Selanjutnya Al-Qur’an diturunkan (secara bertahap) kepada Rasulullah SAW, selama 23 tahun untuk menjawab kehidupan manusia.

Setelah mengetahui kemuliaannya, maka seharusnya seorang muslim mengisi hari-harinya di bulan Ramadhan dengan berinteraksi secara penuh bersama Al-Qur’an. Bahkan untuk menanamkan kecintaan kepada Al-Qur’an secara utuh serta untuk menggali sebanyak mungkin ilmu tentang Al-Qur’an, seorang muslim – secara individu maupun bersama orang lain – dapat melakukan kajian secara komprehensip terhadap Al-Qur’an.

Di antara amalan yang berkaitan dengan al-Quran yang digallakkan di sepanhang bulan ramadhan ialah:

1. Tadarus dan Tadabbur Al-Quran.

Membaca Al Qur’an adalah amal yang diperintahkan untuk dilakukan setiap muslim setiap hari dan lebih ditekankan lagi pada bulan Ramadhan. Hal tersebut karena Ramadhan adalah bulan diturunkannya Al-Qur’an dan pada setiap Ramadhan malaikat Jibril as senantiasa datang kepada Rasulullah saw untuk bertadarrus Al-Qur’an bersamanya. Dan membaca Al-Qur’an adalah aktifitas yang senantiasa menguntungkan sebagaimana firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ ﴿٢٩﴾

Artinya : “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.” (QS. Fathir: 29)

Allah berfirman:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا ﴿٢٤﴾

Artinya : “Maka apakah mereka tidak mentadabburi Al-Quran ataukah hati mereka terkunci“ (QS. Muhammad : 24)

2. Tahsin Tilawah.

Telah dijelaskan di atas, bahwa tilawah atau tartil Al-Qur’an meruapakan ibadah yang bernilai pahala tinggi. Berikut ini ayat Al-Qur’an dan sebagian kecil dari hadits Rasulullah saw yang menjelaskan urgensi tilawah Al-Qur’an dengan baik dan benar:

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا ﴿٣٠﴾

Artinya : “Rasul berkata, ‘Ya Rabbi, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Qur’an ini sesuatu yang tidak diacuhkan (sesuatu yang diabaikan)”. (QS. Al-Furqan : 30)

Rasulullah saw bersabda, “Bacalah Al-quran karena sesungguhnya Al-quran itu datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya“. ( HR. Muslim)

Dalam sabdanya yang lain, “Orang yang membaca Al-Qur’an dengan mahir akan bersama para malaikat yang mulia. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an dengan terbata-bata serta berat dalam membacanya, maka ia akan mendapatkan dua pahala “. (HR. Bukhari dan Muslim)

Juga, Rasulullah Saw bersabda: “Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Quran maka dia mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan, ‘Alif Laam Miim adalah satu huruf, namun (yang aku maksud) ialah Alif satu huruf, Laam satu huruf, dan Miim satu huruf”. (HR.Tirmidzi)

Di sini dapat dijelaskan bahwa pahala yang didapat dari membaca Al-Qur’an ditentukan oleh kuantitas dan kualitasnya, disamping keikhlasan hati dan perhatian terhadap adab-adab tilawah pada saat membacanya.

3. Berinteraksi dengan Al-Qur’an.

Apa yang seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin terhadap Al-Qur’an utamanya di bulan Ramadhan? Secara garis besar dapat dirinci sebagai berikut :

  • menjaga keimanan kepadanya agar mendapat bimbingan
  • membaca dan mendengarkannya agar mendapatkan pahala
  • mentadabburinya agar mendapatkan ilmu
  • berkomitmen untuk melaksanakan perintahnya dan
  • meninggalkan larangannya agar mendapat berkah dari kehidupan

Hal-hal diatas tidak hanya dilaksanakan selama bulan Ramadhan saja. Tetapi seharusnya menjadi amalan rutin setiap muslim atau yang lazim disebut wirid qur’ani.

 Penulis :  Ust. Farid Dhofir, Lc, MSi

___________________________________________

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesungguhnya  tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Rasulullah s.a.w telah bersabda bermaksud:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib) bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran.

Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud “Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh”

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : Daripada Ibnu Umar r.a berkata “Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Pahala Membaca al-Quran

Dari Ibn Mas’ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim ‘ satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda,  “Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai”

Kesimpulan

1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala

2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala

3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) = Cuba kira sendiri …

*dipetik dari kitab Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid dan Disertai makna  karangan Ustaz Mahadi Dahlan oleh Pustaka Haji Majid

___________________________________
Diolah dari sumber:
1) http://e-taalim.jais.gov.my/
2) http://www.quranpoin.com/