PENDAPAT ULAMA TENTANG RASM UTHMANI


Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

ALLAH SWT telah memberi jaminan untuk menjaga al-Quran melalui firmannya yang bermaksud:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ ﴿٩﴾

Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Zikr (al-Quran) dan Kamilah yang menjaganya. (Surah al-Hijr: 9)

Ulama menafsirkan penjagaan ini terbahagi kepada dua iaitu di dalam dada para hafiz dan dalam helaian mushaf.

Apabila ditanya kepada Imam Malik apakah boleh ditulis mushaf mengikut ejaan semasa? Beliau menjawab mesti ditulis mengikut apa yang ditulis oleh penulis wahyu di zaman Rasulullah SAW.

Imam Malik juga menyatakan bahawa al-Quran ditulis mengikut pendengaran para sahabat ra dari bacaan Rasulullah SAW. Dua petikan kata-kata Imam Malik di atas adalah bukti yang kuat kepada kita bahawa penulisan Rasm Uthmani adalah pilihan utama kepada umat Islam dan wajib dikekalkan.

Bagi menguatkan lagi hujah tersebut Imam Ahmad Ibn Hambal menjelaskan haram menyalahi rasm al-Quran walaupun pada alif atau wau. Penulis wahyu di kalangan para sahabat menulis al-Quran di bawah pengawasan Rasulullah SAW bukan mengikut selera mereka bagaimana hendak menulis setiap perkataan al-Quran.

Proses penulisan di hadapan Rasulullah SAW dan dibaca semula selepas menulis adalah bukti ia adalah tauqifi. Ulama bersepakat menjadikan mushaf yang dihantar oleh Uthman Ibn Affan ke kota Islam iaitu Mekah, Basrah, Kufah, Syam dan Madinah adalah satu rukun dalam menilai kesahihan qiraat.

Penilaian qiraat untuk diterima pakai sama ada mutawatirah dan boleh dibaca dalam sembahyang mestilah memenuhi tiga rukun iaitu sanad yang sahih, menepati bahasa arab dan menepati rasm mushaf.

Menepati rasm mushaf bermaksud qiraat yang dinilai mestilah sama dengan perkataan yang tertulis dalam mushaf Uthmani. Jika berlainan, qiraat tersebut ditolak dan tidak dibenarkan membacanya dalam sembahyang.

Sheikh Ali Dabba’ melalui kitabnya Samir al-Talibin, telah menyenarai lebih daripada 10 pandangan ulama bahawa wajib menulis al-Quran dengan rasm Uthmani.

Antaranya adalah pendapat al-Ustaz Abdul Rahman Ibn al-Qadhi al-Maghribiy yang menyatakan: Tidak harus mengikuti selain Rasm Uthmani, jangan membuat alasan dengan berkata sesungguhnya orang awam tidak mengetahui tulisan mushaf dan akan berlaku kesalahan bacaan jika ditulis dengan Rasm Uthmani atau memberi alasan-alasan yang lain.

Ini semua adalah tidak benar kerana sesiapa yang tidak mengetahui Rasm Uthmani, wajib kepada mereka mempelajarinya sebelum membaca al-Quran. Jika mereka lakukan selain itu sesungguhnya telah menyalahi ijmak.

Hukumnya telah diketahui dan segala alasan tidak menggunakan Rasm Uthmani adalah tertolak kerana menyalahi ijmak. Kerosakan sebegini telah menyerap di kalangan umat Islam sekarang ini, justeru hendaklah menjaganya untuk maslahah diri dan umat.

Sumber: Bicara Agama Utusan Malaysia (16 Mac 2011)

Advertisements

KHALID IBN AL-WALID – PEDANG ALLAH


Siapa lagi kalau bukan manusia hebat bernama Khalid Ibn Al-Walid yang digelar Pahlawan Pedang Allah. Dia adalah pedang dari pedang-pedang Allah!

Insan bergelar ‘Saifullah’ ini bukan sahaja hebat dalam ilmu mempertahankan diri dan taktik ketenteraannya, tetapi seorang insan yang sangat teguh imannya dan kental semangat juangnya disamping mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dalam memastikan kemenangan selalu berada di pihak tentera islam pada setiap kali peperangan yang dipimpin olehnya.

Bermula dengan penentangan yang cukup keras terhadap Nabi Muhammad saw dan islam. Dengan ketangkasan dan kecekapan berkudanya beliau memimpin tentera Quraisy mengalahkan tentera islam dalam Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah. Khalid terus memusuhi islam sehingga tahun ke 6 Hijrah dimana selepas itu dia mula menerima cahaya kebenaran islam lalu memeluk agama islam.

Khalid menyertai Perang Muktah dimana 3000 orang tentera islam melawan 200,000 orang tentera Rom.Perang yang menyaksikan gugurnya panglima tentera islam bernama Zaid Bin Harithah yang juga anak angkat Nabi Muhammad saw. Selepas ditikam dengan tombak di dadanya Panji-Panji Nabi Muhammad saw diserahkan kepada Jaafar bin Abu Talib. Bila tangan kanan Jaafar putus ditetak, dia pun melepaskan senjata ditangan kirinya lalu memegang Panji-Panji Nabi Muhammad saw di tangan kirinya. Bila tangan kirinya pula ditetak, dia mengepit Panji-Panji itu dengan kedua lengannya yang telah putus itu sambil berkata :

“Panji-panji Nabi Muhammad ini lebih berharga daripada nyawa saya!”, selepas itu datang seorang tentera Rom dari arah belakang lalu menetak Jaafar sehingga badannya terbelah dua, namun panji panji itu berjaya diselamatkan dari tangan musuh oleh Abdullah bin Rawahah setelah tentera Rom itu dibunuh oleh Khalid Al-Walid. Abdullah juga akhirnya syahid dan panji-panji Nabi Muhammad saw dipegang oleh Thabit bin Arqad.

Setelah 3 orang panglima islam tiga serangkai gugur syahid, maka panji-panji perang beralih ke tangan Khalid Al-Walid pula lalu bermulalah era kegemilangan dan kehebatan Pahlawan Pedang Allah ini dalam memimpin hampir 100 siri peperangan selepas itu untuk menegakkan syiar islam dan kalimah tauhid yang suci di muka bumi ini!

Setelah kewafatan Rasulullah saw, Khalid Al-Walid ditugaskan oleh Khalifah Abu Bakar r.a untuk membenteras gejala murtad dan nabi palsu.

Beliau pernah mengalahkan nabi palsu iaitu Musailamah al-kazab.Taman Syurga Musailamah yang menjadi tempat berlindungnya kumpulan pengikut ajaran sesat itu bertukar menjadi taman maut. Seramai 12,000 orang tentera Musailamah terbunuh manakala 600 orang tentera islam gugur syahid.Musailamah maut setelah direjam oleh lembing Wahsyi, tentera islam yang sebelum keislamannya pernah membunuh Saidina Hamzah r.a dalam perang Uhud dengan cara yang sama! Wahsyi telah berjihad dengan sepenuh jiwa dan raganya disamping ingin menebus kesalahannya yang lalu ketika dia masih belum memeluk islam.

Sewaktu ingin berperang dengan tentera Parsi, tentera islam dibawah pimpinan Khalid Al-Walid sukar mendapat bekalan air setelah semua kawasan sumber air dikepung oleh musuh.Tentera Parsi dibawah pimpinan Panglima Hurmuz sengaja tidak menyerang kerana mereka mahu melihat tentera islam mati kehausan tanpa menggunakan senjata. Disaat genting itulah Pahlawan Pedang Allah ini meminta Ibnu Abbas mendirikan solat hajat kepada Allah swt minta hujan. Doa Ibnu Abbas diaminkan oleh 20,000 orang tentera islam di makbulkan Allah.Cuaca yang cerah dan panas tiba-tiba redup lalu hujan pun turun dengan lebat selepas itu! Sehinggakan lembah tempat sumber air yang dikepung musuh menjadi banjir.Musuh menjadi kelam kabut malah ada yang mati lepas selepas itu.

Selepas itu Khalid mengutus sepucuk surat kepada Panglima Parsi yang berbunyi :

“Kepada semua tentera Parsi. Peluklah agama islam, nescaya kalian akan selamat ataupun pilihlah hak sebagai zimmah (kafir yang dilindung) dengan membayar jizyah (cukai perlindungan). Sekiranyan kalian enggan, jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkan diri sendiri kerana kami datang dengan tentera yang menyintai mati sebagaimana kalian mencintai hidup”

Hurmuz sangat marah dan begitu sombong kerana tidak mahu menerima cahaya kebenaran islam, malah telah menggantung sebilah pedang ke leher utusan Khalid sebagai balasan kepada surat itu.Selepas itu Panglima tentera Parsi , Hurmuz yang sombong , kebal dan tidak pernah tewas di medan tempur itu akhirnya telah tewas oleh tetakan mata pedang Saifullah di medan perang! Selepas itu panglima tentera Parsi bernama Rustam juga mati terjatuh kedalam sungai Dajlah ketika sedang bertarung dengan Khalid dalam siri pertempuran kedua dengan tentera Parsi, hampir 30,000 orang tentera musuh terbunuh. Dalam siri peperangan ketiga, panglima Parsi Indrazaghur dan dan Bahman melarikan diri dari medan perang ketika melihat amukan dan asakan tentera islam yang begitu hebat hingga tentera musuh berundur ke tebing sungai Tigris dan Euprates! Ada tentera musuh yang sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan diri!

Antara bait puisi yang ditulis oleh bekas tentera islam yang cedera dan dihantar pulang oleh Khalid iaitu Abu Makran Aswad dalam menceritakan kehebatan tentera islam di medan tempur berbunyi:

Kami tempuhi hari-hari di Allais dengan gempita,
Singa-singa jantan bertempur gagah,
Belum pernah aku menyaksikan perang
dasyat seperti itu,
Antara tokoh tokoh terbesar,
Kami membunuh tujuh puluh ribu,
Saki-baki yang hancur menjadi tawanan..

Dia pernah meminum racun yang sangat bisa dari tangan musuh untuk membuktikan keimanan dan tawakkalnya kepada Allah SWT dan sebagai satu cara dakwah dengan berkata bahawa racun itu tidak mampu berbuat apa-apa kecuali dengan izin Allah SWT, benar seperti apa yang dikatakan oleh Khalid, tidak ada apa-apa mudharat yang menimpa keatas dirinya selepas meminumnya membuatkan pemilik racun itu, Ibnu Baqilah tercengang kehairanan, namun Ibnu Baqilah masih belum menerima cahaya hidayah islam.

Satu lagi peperangan di Firadh, tentera yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid telah berjaya membunuh paling ramai musuh. Kata ahli sejarah Tarikh al-Tabari :

“Seramai 100,000 orang tentera musyrikin terbunuh.Inilah pertempuran yang membunuh paling ramai musuh”.

Peperangan Yarmuk, iaitu peperangan tentera islam menentang Tentera Rom, setelah Khalid Al-Walid berjaya menundukkan Kekuasaan Parsi benar-benar menguji kekuatan emosi dan spiritual panglima agung ini.

Dalam Perang Yarmuk, tentera islam seramai 40,000 orang mampu mengalahkan tentera musuh sebanyak 6 kali ganda iaitu seramai 240,000 dimana seramai 50,000 tentera musuh maut manakala hanya 3000 orang sahaja dari tentera islam yang mati syahid.

Sebelum perang bermula, tampil seorang pahlawan dari tentera Rom yang bernama Gergorius mencabar Khalid berlawan satu lawan satu dengannya.Cabaran itu disahut oleh Khalid.Ketika mereka berhenti rehat seketika, maka terjadilah dialog antara mereka seperti dibawah :

Gergorius : saya mahu bertanya kepada saudara.

Khalid : silakan.

Gergorius : benarkah saudara mendapat gelaran pahlawan pedang Allah ?

Khalid : benar.

Gergorius : benarkah Tuhan turun dari langit dengan membawa sebilah pedang lalu diserahkan kepada saudara?

Khalid : tidak benar !

Gergorius : mengapa saudara digelar pahlawan pedang Allah?

Khalid : Tuhan mengutus seorang nabi dikalangan kami.Pada mulanya, saya juga menentang Nabi Muhammad, tetapi kemudian saya mendapat petunjuk daripada Tuhan lalu menjadi penyokong setia baginda. Pada suatu hari, Nabi Muhammad berkata saya adalah sebilah pedang daripada pedang-pedang Tuhan yang terhunus kepada kaum musyrik.

Baginda berdoa kepada Tuhan supaya saya menang dalam peperangan menegakkan agamanya.Kemudian saya diberi gelaran Pedang Allah. Sejak itu saya bersikap keras terhadap mereka yang menentang islam.

Gergorius: Apa yang saudara seru kepada manusia semasa menjalankan tugas?

Khalid : saya menyeru supaya mereka mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Gergorius: Sekiranya hari ini ada orang menerima seruan saudara dan memilih tawaran menerima islam, apakah taraf kedudukan orang itu dikalangan saudara sekalian?

Khalid : Kedudukannya setaraf dengan kami tanpa mengira sama ada orang itu mulia, hina, miskin atau kaya.

Gergorius : Apakah orang yang baru memeluk agama saudara pada hari ini mendapat pahala dan kedudukan yang sama dengan saudara?

Khalid : mereka lebih mulia daripada kami.
Gergorius : mengapa?

Khalid : Kami hidup pada zaman Nabi dapat melihat mukjizat baginda.Kami menyaksikan sendiri dengan keajaibannya.Ada juga yang tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad dan belum pernah menyaksikan mukjizat baginda, namun mereka tetap menerima agama kami dengan jujur dan ikhlas, maka mereka lebih mulia dari kami.

Gergorius : Demi Tuhan, saya menyahut seruan saudara.Saya mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Khalid terkejut bercampur gembira.Muka mereka berseri dan bercahaya-cahaya.Mereka terus bersalam-salaman .Kejadian tersebut berlaku sekelip mata di medan tempur dan kedua-dua belah pasukan tentera terpegun seketika!, Maha Suci Allah yang memilih siapa sahaja dari hambanya untuk menerima cahaya hidayah.

Peristiwa di atas menimbulkan kemarahan Theodore, Panglima besar Rom yang juga merupakan adik kepada Maharaja Rom, Hercules.Tentera Rom ketika itu berjumlah 240,000 orang; 80,000 orang tentera berkuda dimana terdapat 100 ekor gajah di kalangan mereka, 80,000 orang tentera berjalan kaki dan 80,000 orang tentera yang kakinya dirantai!

Kecerdasan emosi dan spiritual Khalid Al-Walid terserlah ketika menghadapi ujian getir ketika tentera islam ingin bertempur dengan tentera Rom. Utusan dari khalifah sampai membawa dua berita.Berita pertama ialah berkaitan dengan kewafatan Khalifah Abu Bakar pada 23 jamadilakhir bersamaan 13 hijrah. Berita kedua ialah perlantikan Khalifah islam kedua iaitu Khalifah Umar sekaligus memecat Khalid sebagai Ketua Panglima tentera Islam dan digantikan oleh panglima Abu Ubaidah bin Jarah. Khalid tidak pun merasa sedih atau merajuk dengan keputusan itu. Setelah bermesyuarat dengan Abu Ubaidah, mereka merahsiakan dulu kedua-dua perkara tersebut dari pengetahuan tentera islam, malah Abu Ubaidah menyerahkan tanggungjawab memimpin tentera islam kepada Khalid buat sementara waktu sehingga peperangan selesai. Akhlak dan keperibadian Khalid yang tinggi menyebabkan Abu Ubaidah menangis!. Kata Abu Ubaidah :

“saya malu menerima jawatan itu kerana ada yang lebih layak daripada saya di kalangan kita. Jawatan bukannya lambang kemegahan, tetapi tanggungjawab. Sekiranya tidak mampu ditunaikan, ia menjadi tanggungjawab di dunia dan akhirat. Saya berasa tidak layak memegang jawatan yang penting itu”

Khalid memimpin 40,000 orang tentera islam menewaskan 240,000 tentera Rom. 50,000 orang tentera Rom mati dan hanya 3,000 orang tentera islam yang gugur syahid.Panglima Gergorius gugur syahid setelah dibunuh oleh bekas rakannya Panglima Theodore manakala Panglima Theodore pula maut ditangan Khalid, Pahlawan Pedang Allah!

Kekalahan tentera Rom kepada tentera islam amat mengejutkan dan memalukan Maharaja Rom iaitu Maharaja Hercules.Bila ditanya sebab-sebab kekalahan mereka, seorang tentera Rom menjawab :

“Tuanku, tentera kita berperang dengan satu kaum yang berpuasa di siang hari dan beramal ibadat pada waktu malam.Mereka berpegang teguh pada janji, saling berkasih sayang sesama mereka bagaikan saudara. Mereka sentiasa mengerjakan kebaikan dan tidak melakukan kemungkaran. Tentera kita pula suka minum arak, melakukan zina, selalu mungkir janji, suka berbuat jahat, dan melakukan kezaliman. Disebabkan itulah kita kalah”

Hari hari terakhir Khalid dihabiskan di Syam(Syiria).Sewaktu beliau sakit tenat, beliau berkata :

“umur saya sekarang 58 tahun.Saya sudah menyertai lebih dari 100 peperangan. Saya terlibat secara langsung dalam peperangan besar seperti perang Muktah, berperang dengan Parsi, melawan tentera Rom di Yarmuk, merebut Damsyik dari Rom, menakluki Mesir dan menawan Baitul Maqdis dari kuasa Kristian.”

“Saya bercita-cita mahu mati syahid, tetapi mengapa saya masih hidup? impian saya untuk mati syahid tidak tercapai, saya tidak mahu mati di atas katil begini, hanya orang pengecut saja yang mati begini” kata Khalid dengan nada penuh kesayuan.Air matanya mengalir membasahi pipinya.

“Saya tidak mahu mati diatas katil, saya mahu mati di medang perang!” Pahlawan Pedang Allah itu terus merintih hiba.

Tiba-Tiba Abu Zanad berkata untuk menenangkan Khalid Al-Walid:

“Saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh”.

“Mengapa?” Tanya Khalid.

“Nabi Muhammad mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan pedang Allah.Baginda juga mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan.Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir.Saudara juga tidak boleh tewas dalam peprangan kerana doa Nabi Muhammad dimakbulkan Tuhan” kata Abu Zanad dengan lembut. Khalid terdiam dengan kata-kata itu.

Akhirnya pahlawan pedang Allah itu menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan hajatnya untuk syahid tidak kesampaian. Pemergiannya diratapi oleh seluruh umat islam.

Kata Adi bin hatim :

“Pemergian Khalid adalah satu kehilangan besar kepada umat islam.Nama Khalid bin Al-Walid dapat mengalahkan musuhnya sebelum peperangan bermula!”

MAZHAB BANTU MEMAHAMI AGAMA


SOALAN:
Apakah maksud sebenar mazhab dan apakah kepentingan kita mengikut sesuatu mazhab?

JAWAPAN:

MAZHAB menurut kamus dewan adalah: “Cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam”. (Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm: 1010).

Mazhab adalah berasal daripada bahasa arab, yang bermaksud kecenderungan dalam sesuatu perkara. Soalan sebegini sudah acap kali orang bertanya.

Bila baca soalan sebegini dan sebelum ini ada juga yang bertanya soalan yang seumpama dengan ini lantas apa yang terlintas di benak saya, adakah kita lebih hebat daripada Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali sehingga sudah tidak mahu berpegang kepada mazhab?

Saya tidak salahkan yang bertanya, tetapi saya yakin pertanyaan ini adalah sebagai landasan mendapat penjelasan yang betul dalam persoalan yang dimusykilkan.

Kepentingan bermazhab adalah bagi membolehkan kita mengamalkan agama dengan faham yang sebenarnya. Sebabnya, kita tidak mampu dan kebanyakan kita tidak layak kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berijtihad. Para ulama yang muktabar telah memudahkan kita memahami Islam dengan lebih mudah.

Contohnya hadis berkaitan wuduk dalam sahih al-Bukhari dalam kitab bersuci, wuduk, di bawah tajuk ini adalah 75 bab dan 105 hadis, di dalam kitab al-Ghusl (mandi) terdapat 29 bab dan 44 hadis.

Kadang-kadang dalam satu bab ada ada dua tiga mungkin lebih lagi. Mungkin juga di antara hadis-hadis itu pada zahirnya macam bertentangan tetapi hakikatnya tidak. Semua ini orang awam boleh faham ke untuk menghasilkan hukum?

Tidak semudah yang disangka. Memang Islam itu mudah, tapi tidaklah sampai dimudah-mudahkan Islam itu.

Pandangan peribadi saya adalah lebih baik orang awam di negara ini berpegang kepada satu mazhab, iaitu mazhab Syafie, yang menjadi pegangan majoriti penduduk dunia.

Saya juga mengagumi dan menghormati mazhab-mazhab yang lain. Tetapi negara ini kita sudah serasi dan menjadi pegangan untuk kian lama.

Silibus fiqh di sekolah dan universiti juga bermazhab Syafie. Oleh sebab itu, saya berani mengatakan mazhab Syafie telah menjadi mazhab rasmi masyarakat yang beragama Islam di negara ini.

Keadaan umat Islam semakin bercelaru dengan berbagai aliran dan pemikiran selepas kewafatan Rasululah SAW. Terutama pada zaman Saidina Ali yang muncul berbagai-bagai fahaman seperti aliran Khawarij, Mu’tazilah dan Syiah dan macam-macam ajaran yang membingungkan hala tuju manusia.

Oleh kerana terdapat berbagai aliran ini, tepatlah al-hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Imam al-Thabarani: “Bahawa pada akhir zaman, umat ku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang dapat memasuki syurga manakala yang lain terjun ke dalam neraka. Maka sahabatnya pun bertanya, siapakah golongan yang satu tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)”.

ASWJ adalah mereka yang mengikut sunnah Rasululah dan juga sunnah sahabat-sahabat Baginda serta sunnah umat zaman Tabiin (Zaman 300 tahun selepas Rasulullah). Keempat-empat Imam ASWJ iaitu Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Al-Shafiei dan Imam Hambali tersebut hidup pada zaman tabiin yakni lingkungan 300 tahun selepas Rasulullah SAW.

Mendalami Ilmu

Imam Hanafi lahir pada 80 hijrah dan Imam Malik lahir pada tahun 93 hijrah dalam kurun yang pertama lagi. Imam Al-Syafie lahir pada pada 150 hijrah dan Imam Hambali lahir pada 164 hijrah.

Semua mereka terkenal dengan sifat-sifat terpuji dan terkenal dengan ketokohan mereka dalam bidang ilmu. Seawal usia mereka telah menghafal al-Quran, selesai menghafal al-Quran mereka akan mendalami ilmu hadis serta ilmu tafsir, disusuli dengan ilmu fiqh dan tauhid.

Mereka sanggup berehlah ribuan batu untuk mendapatkan ilmu, sanggup mengharung perit maung dalam mencari ilmu. Sepanjang riwayat hidup mereka kita akan dengar yang baik-baik, yang indahnya mereka adalah ulama yang jujur dalam menegakkan kebenaran demi Allah SWT dan Rasul-Nya.

Perjuangan mereka jujur ijtihad mereka juga semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Keempat-empat Imam tersebut juga boleh mengistinbatkan hukum selain dari al-Quran dan al-hadis. Selain itu, keempat-empat mereka juga mempunyai kitab rujukan pada anak murid dan umum.

Seperti Imam Hanafi yang mempunyai kitab al-hadis yang bernama Al Wasit, Imam Malik dalam kitab Al-Muwattha, Imam Al-Shafie dalam kitab Al-Uum dan Al-Imam Hambali (Ahmad bin Hambal).

(Mazhab bagi keluarga Ibn Tamiyah di mana bapanya adalah ulama bermazhab Hambali) dalam kitab al-Hadis yang terkenal yang bernama Al-Musnad yang merangkumi 35,000 hadis di dalamnya.

Keempat-empat Imam tersebut apabila memberi fatwa atau berijtihad atau mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Kalau ada mana-mana pihak yang mengikuti salah satu daripada empat mazhab tersebut, ertinya mereka juga telah mengikut al-Quran dan al-hadis.

Cuma sebagai orang awam yang tidak tahu ayat al-Quran dan al-hadis mana yang diterima pakai. Kerana itu digelar muqalidin atau pengikut.

Memang sudah menjadi sunnatullah sejak Nabi Adam sehingga pada akhir zaman, orang yang jahil tentang ilmu Islam lebih ramai daripada orang alim. Walaupun sebenarnya ramai yang ingin menjadi alim.

Begitu juga dalam ilmu pengetahuan, sedikit sahaja yang berilmu tetapi yang jahil amat ramai. Dalam pada itu patutkah diminta pendapat orang awam mengkaji dan menggali sendiri al-Quran dan hadis?

Tidak munasabah meminta mereka berijtihad sendiri kepada al-Quran dan hadis. Oleh yang demikian berpegang kepada satu mazhab yang muktabar seperti mazhab Syafie adalah lebih baik dan lebih selamat.

Ini kerana kita akan seragam dalam penghayatan dan pengamalan serta mengelakkan pertelingkahan antara satu sama lain.

Sumber: Bicara Agama Utusan

DOA SETELAH TASYAHUD AKHIR SEBELUM SALAM


55 -اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

55. “Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.” [70]

56 -اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ. اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

56. “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah Almasih Dajjal. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dan sesudah mati. Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari perbuatan dosa dan kerugian.” [71]

57 – اَللَّهُمَّ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمًا كَثِيْرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِيْ مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِيْ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

57. “Ya Allah! Sesungguhnya aku banyak menganiaya diriku, dan tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Oleh karena itu, ampunilah dosa-dosaku dan berilah rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” [72]

58 – لَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

58. “Ya Allah! Ampunilah aku akan (dosaku) yang aku lewatkan dan yang aku akhirkan, apa yang aku rahasiakan dan yang kutampakkan, yang aku lakukan secara berlebihan, serta apa yang Engkau lebih mengetahui dari pada aku, Engkau yang mendahulukan dan mengakhirkan, tidak ada Ilah yang berhak disembah kecuali Engkau. [73]

59 – اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

59. “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk menyebut namaMu, syukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu.” [74]

60 – اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ

60. “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.” [75]

61 – اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

61. “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.” [76]

62 – اَللَّهُمَّ بِعِلْمِكَ الْغَيْبَ وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ أَحْيِنِيْ مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْرًا لِيْ، وَتَوَفَّنِيْ إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْرًا لِيْ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فِي الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، وَأَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الرِّضَا وَالْغَضَبِ، وَأَسْأَلُكَ الْقَصْدَ فِي الْغِنَى وَالْفَقْرِ، وَأَسْأَلُكَ نَعِيْمًا لاَ يَنْفَدُ، وَأَسْأَلُكَ قُرَّةَ عَيْنٍ لاَ يَنْقَطِعُ، وَأَسْأَلُكَ الرِّضَا بَعْدَ الْقَضَاءِ، وَأَسْأَلُكَ بَرْدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ، وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ فِيْ غَيْرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ وَلاَ فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ، اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ اْلإِيْمَانِ وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِيْنَ

62. “Ya Allah, dengan ilmuMu atas yang gaib dan dengan kemahakuasa-anMu atas seluruh makhluk, perpanjanglah hidupku, bila Engkau mengetahui bahwa kehidupan selanjutnya lebih baik bagiku. Dan matikan aku dengan segera, bila Engkau mengetahui bahwa kematian lebih baik bagiku. Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu agar aku takut kepadaMu dalam keadaan sembunyi (sepi) atau ramai. Aku mohon kepadaMu, agar dapat berpegang dengan kalimat hak di waktu rela atau marah. Aku minta kepadaMu, agar aku bisa melaksanakan kesederhanaan dalam keadaan kaya atau fakir, aku mohon kepadaMu agar diberi nikmat yang tidak habis dan aku minta kepadaMu, agar diberi penyejuk mata yang tak putus. Aku mohon kepadaMu agar aku dapat rela setelah qadhaMu (turun pada kehidupanku). Aku mohon kepadaMu kehidupan yang menyenangkan setelah aku meninggal dunia. Aku mohon kepadaMu kenikmatan memandang wajahMu (di Surga), rindu bertemu denganMu tanpa penderitaan yang membahayakan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan keimanan dan jadikanlah kami sebagai penunjuk jalan (lurus) yang memperoleh bimbingan dariMu.” [77]

63 – اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ يَا اَللهُ بِأَنَّكَ الْوَاحِدُ اْلأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، أَنْ تَغْفِرَ لِيْ ذُنُوْبِيْ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

63. “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu, ya Allah! Dengan bersaksi bahwa Engkau adalah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Tunggal tidak membutuhkan sesuatu, tapi segala sesuatu butuh kepadaMu, tidak beranak dan tidak diperanakkan (tidak punya ibu dan bapak), tidak ada seorang pun yang menyamaiMu, aku mohon kepadaMu agar mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” [78]

64 – اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ، الْمَنَّانُ، يَا بَدِيْعَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ، يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

64. “Ya Allah! Aku mohon kepadaMu. Sesungguhnya bagiMu segala pujian, tiada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Engkau Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiMu, Maha Pemberi nikmat, Pencipta langit dan bumi tanpa contoh sebelumnya. Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Pemurah, wahai Tuhan Yang Hidup, wahai Tuhan yang mengurusi segala sesuatu, sesungguhnya aku mohon kepadaMu agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung kepadaMu dari siksa Neraka.” [79]

65 – اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ بِأَنِّيْ أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ اْلأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

65. “Ya Allah, aku mohon kepadaMu dengan bersaksi, bahwa Engkau adalah Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Engkau, Maha Esa, tidak membutuhkan sesuatu tapi segala sesuatu butuh kepadaMu, tidak beranak dan tidak diperanakkan, tidak seorang pun yang menyamaiNya, (sesungguhnya aku mohon kepadaMu).” [80]

———————————

  • [70] HR. Al-Bukhari 2/102 dan Muslim 1/412. Lafazh hadits ini dalam riwayat Muslim.
  • [71] HR. Al-Bukhari 1/202 dan Muslim 1/412.
  • [72] HR. Al-Bukhari 8/168 dan Muslim 4/2078.
  • [73] HR. Muslim 1/534.
  • [74] HR. Abu Dawud 2/86 dan An-Nasai 3/53. Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih Abi Dawud, 1/284.
  • [75] HR. Al-Bukhari dalam Fathul Baari 6/35.
  • [76] HR. Abu Dawud dan lihat di Shahih Ibnu Majah 2/328.
  • [77] HR. An-Nasai 3/54-55 dan Ahmad 4/364. Dinya-takan oleh Al-Albani shahih dalam Shahih An-Nasai 1/281.
  • [78] HR. An-Nasai, lafazh hadits menurut riwayatnya 3/52 dan Ahmad 4/338. Dinyatakan Al-Albani shahih dalam Shahih An-Nasai 1/280.
  • [79] HR. Seluruh penyusun As-Sunan. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/329.
  • [80] HR. Abu Dawud 2/62. At-Tirmidzi 5/515, Ibnu Majah 2/1267, Ahmad 5/360, lihat Shahih Ibnu Majah 2/329 dan Shahih At-Tirmidzi 3/163.

KELEBIHAN MEMBACA AL-Q’URAN


KELEBIHAN MEMBACA AL-QUR’AN

Al-Quran adalah Kalamullah yang Qadim, sebaik-baik di dunia mahupun di akhirat. Orang yang meninggalkannya kerana sombong, maka Allah SWT menghancurkannya. Barangsiapa mencari petunjuk selain Al-Qur’an, maka Allah SWT menyesatkannya.Menghafaz Al-Quran hukumnya fardhu kifayah ke atas umat dan haram meluputkan bilangan ayatnya yang tersedia serta juga jangan sekali-kali mengubah dan menyelewengkan ayat-ayatnya. Jika sudah menghafaznya lalu lupa, maka berdosa. Begitu juga mengajar Al-Quran adalah merupakan fardhu kifayah yang sebaik-baik taqarrub kepada Allah dan sebaik-baik amal soleh. Di dalam satu hadith soheh dari Rasulillah SAW yang bermaksud;

Sebaik-baik kamu orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

Imam At-Tarmizi meriwayatkan dari mengatakan Abi Sa’id Al-Khudri sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Firman Ar-Rabb (Allah SWT) ‘Azzawajalla”:

Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan Al-Quran kerana mengingatiKu dan kerana meminta padaku, nescaya Aku akan berikan selebih-lebih baik daripada semua orang yang meminta padaKu. Dan kelebihan Kalam Allah itu ke atas semua Kalam seperti kelebihan Allah ke atas makhlukNya.

Oleh kerana itu, barangsiapa dikurniakan Al-Quran, maka dia dikurniakan selebih-lebih baik nikmat dan ajalnya. Adalah merupakan paling layak dengan keselamatan yang sedikit pun tiada kecacatan dan sentiasa menerangi manusia. Padahal rasa hasad (dengki dan cemburu seseorang itu) akan orang yang diberikan nikmat harta, lalu di menginfakkan pada jalan Allah. Kebenaran bagi sabda Nabi SAW:

Tiada rasa hasad (dengki) kecuali pada dua perkara: iaitu seseorang yang Allah berikan Al-Quran, lalu dia mendirikan (membaca) ketika malam dan siang: (seterusnya yang kedua) seorang yang Allah berikan harta, lalu dia menginfakkan ketika malam dan siang.

Imam At-Tarmizi, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad meriwayatkan daripada satu hadith yang bermaksud:

Barangsiapa membaca Al-Quran, lalu menzahirkannya (menyatakannya), dan dia menghalalkan yang dihalalkan serta mengharamkan yang diharamkan, nescaya Allah masukkannya ke Syurga, dan juga dia boleh memberikan syafaat pada 10 ahli keluarganya yang ditimpa neraka.

As-Syaikhan meriwayatkan dari Nabi SAW yang bahawasanya beliau bersabda:

Perumpamaan orang beriman yan membaca Al-Quran seumpama sebiji buah yang sejenis dengan limau yang baik rasanya dan baunya juga baik. Perumpamaan orang beriman yang tidak membaca Al-Quran seumpama buah tamar yang baik rasanya dan tiada kedapatan baunya. Perumpamaan orang keji yang membaca Al-Qur’an seumpama tumbuh-tumbuhan yang harum baunya, tetapi baik baunya dan makananya basi. (Dan akhir sekali) bagi perumpamaan oran keji yang tidak membaca Al-Qur’an seumpama labu pahit yang basi makanannya dan tidak terkedapatan baunya.

Dan sabdanya lagi:

Barangsiapa yang telah membaca Al-Qur’an satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu ganjaran pahala. Dan satu ganjaran menyamai 10 bandingan. Tidak aku katakana alif, lam, mim itu satu huruf; akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”]- Riwayat Imam At-Tarmizi dan beliau mengatakan hadith ini Hasan dan Soheh.

Dan sabdanya lagi:

Dikatakan bagi yang membaca Al-Quran, nescaya bacalah, lembutkan bacaanmu dan bacalah dengan tertil (elok dan betul), sebagaimana engkau tertilkan (elokkan dan betulkan) di dunia, maka bahawasanya martabat di sisi akhir ayat yang engkau membacanya.

Nabi SAW sentiasa memberi ransangan yang dhaif (lemah) bacaannya. Baginda suka mengubatinya dan mengira juga 2 ganjaran pahala. Satu ganjaran pahala bagi yang dia mencubanya dan payah membacanya. Satu ganjaran lagi adalah kerana dia membaca. Maka sabda baginda: [“Bagi yang mahir dengan Al-Quran beserta 1 pelayaran yang semulia-mulianya lagi sebaik-baiknya. Dan bagi orang yang membaca Al-Quran serta gagap yang dia itu menerima kepayahan, nescaya baginya 2 ganjaran pahala]- Riwayat Syaikhan .

Kelebihan juga bacaan Al-Qur’an bagi orang yang membanyakkan tempat agar ada kebaikan pada tempat-tempat tersebut. Dimana sabda Nabi SAW: [Rumah yang dibaca padanya Al-Qur’an, nescaya keluar melihat bagi ahli langit sebagaimana keluar melihat bagi ahli bintang bagi ahli bumi]. Ia diriwayatka oleh Imam Baihaqi daripada hadith ‘Aesyah RA dan diriwwayatkan oleh daripada hadith Anas RA:

Terangilah rumah-rumah kamu dengan sembahyang dan membaca Al-Quran.

Riwayat oleh Al-Bizdar daripada hadith Anas:

Bahawasanya rumah yang dibaca padanya Al-Quran banyak kebaikannya, dan rumah yang tidak dibaca padanya, nescaya kurang baiknya.

Beberapa dalil yang dapat dipaparkankan di sini adalah memberi makna yang amat luas buat kita semua. Al-Qur’an ini bukan sekadar dibaca, tetapi perlu diamalkan kehendak ayat yang dibaca. Dengan ini, memahami isi kandungan Al-Qur’an tersebut untuk direalisasikan dan dipraktikalkan adalah juga menjadi tuntutan. Kalau hanya dibaca sudah tentu banyak kelebihan yang dapat sebagaimana dalil yang saya nyatakan tadi. Jadi apatah lagi kita memahami, mengkaji dan direalisasikan maknanya secara praktikal.

Perlu diingat akhir zaman ini ramai golongan umat Islam yang membaca Al-Qur’an, tetapi ramai yang tidak mengamalkan isi kandungan Al-Qur’an itu sendiri. Apapun kita perlu sentiasa mendampingi para ‘Alim Ulama’ supaya kita dapat memahami dengan lebih jelas ajaran Islam itu sendiri dengan adanya sumber rujukan utama bagi umat Islam ini iaitu Al-Qur’an.

Jika tidak dapat berdamping selalu dengan ulama pun cukuplah dengan mengambil intipati hasil karya para Ulama’ ini. Ibarat satu pepatah daripada Imam Hassan Al-Basri: Jikalau tidak kerana Ulama’ nescaya jadilah manusia umpama binatang. Dari itu, saya harap semua pihak baik apapun kerjanya, samada ahli sains, jurutera, ahli kaji bintang, atau apa-apapun mestilah berpaksikan untuk menuju dan mencari keredhaan Allah SWT. Dan untuk mencari keredhaan Allah itu mestilah dengan jalan apa yang Rasulullah SAW bawakan dengan bersama mukjizatnya yang paling besar iaitu Al-Qur’anul Karim.

Wa’allahu’alam.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, kami paparkan sedikit kisah peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Mafhum Firman Allah S.W.T.:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١﴾

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk

(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

o Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

o Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

o Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

o Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

o Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

o Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

o Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

o Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

o Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

o Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

o Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

o Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

o Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj

( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T:  Ya Muhammad.

Rasulullah:  Labbaika.

Allah S.W.T: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.

Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Sumber: Al-Azim.com

RUKUN ISLAM


RUKUN ISLAM

عن أبي عـبد الرحمن عبد الله بن عـمر بـن الخطاب رضي الله عـنهما ، قـال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسـلم يقـول : بـني الإسـلام على خـمـس : شـهـادة أن لا إلـه إلا الله وأن محمد رسول الله ، وإقامة الصلاة ، وإيـتـاء الـزكـاة ، وحـج البيت ، وصـوم رمضان

Dari Abu Abdirrahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khathab radhiallahu ‘anhuma berkata : saya mendengar Rasulullah bersabda: “Islam didirikan diatas lima perkara yaitu bersaksi bahwa tiada sesembahan yang berhak disembah secara benar kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan berpuasa pada bulan ramadhan”.

[Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16]

Abul ‘Abbas Al-Qurtubi berkata : “Lima hal tersebut menjadi asas agama Islam dan landasan tegaknya Islam. Lima hal tersebut diatas disebut secara khusus tanpa menyebutkan Jihad (Padahal Jihad adalah membela agama dan mengalahkan penentang-penentang yang kafir) Karena kelima hal tersebut merupakan kewajiban yang abadi, sedangkan jihad merupakan salah satu fardhu kifayah, sehingga pada ketika tertentu, boleh menjadi tidak wajib.Pada beberapa riwayat disebutkan, Haji lebih dahulu dari Puasa Romadhon. Hal ini adalah keraguan perawi. Wallahu A’lam (Imam Muhyidin An Nawawi dalam mensyarah hadits ini berkata, “Demikian dalam riwayat ini, Haji disebutkan lebih dahulu dari puasa. Hal ini sekedar tertib dalam menyebutkan, bukan dalam hal hukumnya, karena puasa ramadhon diwajibkan sebelum kewajiban haji. Dalam riwayat lain disebutkan puasa disebutkan lebih dahulu daripada haji”) Oleh karena itu, Ibnu Umar ketika mendengar seseorang mendahulukan menyebut haji daripada puasa, ia melarangnya lalu ia mendahulukan menyebut puasa daripada haji. Ia berkata : “Begitulah yang aku dengar dari Rosululloh ”Pada salah satu riwayat Ibnu ‘Umar disebutkan “Islam didirikan atas pengakuan bahawa engkau menyembah Allah dan mengingkari sesembahan selain-Nya dan melaksanakan Sholat….” Pada riwayat lain disebutkan : seorang laki-laki berkata kepada Ibnu ‘Umar, “Bolehkah kami berperang ” Ia menjawab: “Aku mendengar Rosulullah bersabda, “Islam didirikan atas lima hal ….” Hadits ini merupakan dasar yang sangat utama guna mengetahui agama dan apa yang menjadi landasannya. Hadits ini telah mencakup apa yang menjadi rukun-rukun agama.

Sumber Hadits Arba’in An-Nawawi
Dengan Syarah Ibnu Daqiqil ‘Ied

%d bloggers like this: