KENALI SIMBOL SYAITAN : THE FACE OF FREEMASONRY


______________________________________________

Syaitan yang bermaksud ” I Love U, Satan”

Codex Magica

______________________________________________

Di dalam buku CODEX MAGICA susunan Texe Marrs telah menerangkan berkaitan tiga versi isyarat “Tanduk Syaitan” seperti gambar di atas ini. Ketiga-tiga isyarat ini merupakan SIMBOL yang sering dipertonjolkan oleh kebanyakkan masyarakat dunia sebagai suatu isyarat komunikasi tanpa lisan. Merujuk kepada pencipta bahasa-bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak iaitu Helen Keller, simbol ini dicipta untuk membawa maksud “I love U”. Sehingga sekarang, isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat yang UNIVERSAL untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan “AKU CINTA KAMU”.

Namun begitu, hasil analisa Texe Marrs di dalam buku Codex Magica yang dikarang olehnya telah mendedahkan suatu tanda yang jelas bahawa simbol ini sebenarnya digunakan oleh golongan-golongan tertentu sebagai menunjukkan sifat “PENYEMBAHAN” dan rasa kecintaan kepada unsur-unsur KESYAITANAN. Beliau menyimpulkan bahawa simbol ini sebagai membawa maksud “I LOVE U, SATAN”.

Walaupun Hellen Keller dikenali sebagai penyumbang besar kepada terciptanya bahasa isyarat tangan bagi orang bisu dan pekak tetapi latar belakangnya banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan tentang tujuannya. Para penyelidik konspirasi cuba menyimpulkan bahawa isyarat “I love U” yang dicipta oleh Hellen sebenarnya adalah adaptasi dari isyarat yang berunsurkan kesyaitanan. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada satu kenyataan beliau di dalam bukunya yang bertajuk ‘Light in My Darkness’ yang diterbitkan pada 1927. Dalam buku tersebut beliau amat mengkagumi pandangan-pandangan “Emanuel Swedenborg” di mana falsafah Swedenborg telah dijadikan pegangan untuk mencapai visi hidupnya. Beliau merupakan seorang ahli akademik dari Sweden yang amat meminati amalan-amalan mistik dan kerohanian yang bercorak kefalsafahan agama. Di kalangan ahli-ahli sejarah, Emanuel diakui seorang yang amat fanatik dengan unsur-unsur tahyul, mistik dan kesyaitanan.

Syaitan mengayakan ‘I Love U’

———————————————————————————–

Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Muzik

Jika diamati pada kulit album OzzFest yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Ozzy Osborne jelas menunjukkan gambar syaitan sedang memberikan isyarat ‘I Love U’ ciptaan Helen Keller. Manakala pada kulit album Holy Diver yang dinyanyikan oleh DIO menunjukkan seekor syaitan membuat simbol TANDUK SYAITAN ketika memukul seorang paderi yang jatuh di dalam laut. Namun begitu, syukur kepada Allah S.W.T di Malaysia isyarat Tanduk Syaitan hanya popular di kalangan peminat muzik Rock dan tidak diamalkan oleh orang-oran awam mahu pun golongan pentadbir atau ahli politik.

Syaitan memukul paderi sambil mengayakan simbol Tanduk Syaitan

Aksi adiwira mengayakan simbol Tanduk Syaitan

———————————————————

Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Filem

Siri kartun popular yang difelemkan iaitu Spiderman juga mempamerkan simbol TANDUK SYAITAN di dalam lagak aksi-aksinya. Watak adiwira yang dicipta oleh Stanley Martin Lieber atau lebih dikenali sebagai Stanley Lee ini mula bertapak di persada antarabangsa pada 1962. Beliau merupakan seorang berbangsa Yahudi.

Oleh itu, sudah pastilah beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menerapkan simbol-simbol yang bersifat KEYAHUDIAN dalam kartunnya. Apabila watak hero komik ini dibaca dan ditonton oleh kanak-kanak maka sudah tentulah segala perilaku aksi watak tersebut mudah sahaja ditiru oleh mereka.

Tapi sayang, masyarakat dunia umumnya dan orang Islam khususnya dibuai dengan dogengan adiwira ciptaan YAHUDI yang hanya memikirkan bagaimana untuk mengoyahkan keimanan dan ketauhidan dalam jiwa kita. Adakah kita rela pada suatu hari kelak, anak-anak kita meniru simbol atau tingkah laku adiwira sama ada secara sedar atau di bawah sedar? Tepuk dada, tanyalah hati….

Klip video ini akan mendedahkan secara ringkas SIMBOL dan WAJAH sebenar Freemason dalam kehidupan seharian….

_______________________________________________
Sumber: apanamadotcom.wordpress.com

AMERIKA DAN SATANISME – BAH. 2 (AKHIR)


Sambungan dari Amerika Dan Satanisme (Bah. 1)

Plan burung hantu di US Capitol

Setiap orang pernah mendengar perkataan ”Wise as an Owl…” (bijaksana seperti burung hantu). Tetapi tahukah anda dari manakah asalnya frasa ini? Frasa ini berasal dari ”goddess of wisdom” yang juga digambarkan sebagai seekor burung hantu.

Athena sinonim dengan burung hantu

Anda boleh cuba mencari “owl symbol” di enjin pencarian laman web, maka anda akan dapati bermacam macam referensi untuk owl sebagai simbol dari Athena. Untuk pengetahuan, nama saintifik untuk burung hantu adalah ”Athene Noctua”. Mungkin juga anda pernah menonton filem-filem yang menampilkan dewi Athena dengan burung hantu sebagai binatang peliharaannya. Duit syiling orang Greek juga memaparkan wajah Athena dan burung hantu. Sehinggakan duit syiling ini dikenali sebagai owl coin.

Owl Coin

Tukang sihir King Arthur, iaitu Merlin, selalu digambarkan dengan burung hantu pada bahunya. Burung hantu adalah simbol yang tidak ada gantinya untuk kepandaian dan kebijaksanaan. Athena juga di panggil sebagai Simiramas di dalam kebudayaan bangsa lain dan Athena juga di kenali dengan nama Ishtar dan Isis.

Isis ”Goddess of Towers”

Isis dikenal sebagai ”goddess of Towers” (a master builder) dan juga ”goddess of wisdom” sehinggakan burung hantu juga mempunyai kaitan dengan Isis.

Pengaruh Burung Hantu di Amerika

Jika anda mengunjungi Washington DC melalui Google Earth, jangan terkejut jika anda melihat dengan jelas beberapa bangunan dan senibina-senibina yang bercirikan paganism seperti patung-patung burung hantu, syaitan, dewa-dewa pagan, Satanism dan lain-lain. Amerika mengadoptasikan simbol-simbol ini dari agama mesir purba.

Simbol Pagan di Capitol City

Senibina di bahagian timur Capitol City

Perhatikan simbol burung hantu tergambar di sana. Adakah Uncle Sam telah merancang dari awal lagi untuk menjadikan Washington DC sebagai pusat ‘kebijaksanaan’ yang memerintah dunia.

Upacara Memuja Syaitan

Upacara ini melibatkan pembakaran yang di panggil Dull Care, sebagai simbolik melepaskan beban dan tanggungjawab yang ingin dihilangkan sementara waktu. Lebih dari 100 Bohemians mengambil bahagian dalam upacara ini sebagai pemimpin upacara, pembantu, pembawa obor, pembawa ornament, dan tukang perahu.

Selepas upacara penyampaian pidato-pidato yang hebat dari kalangan mereka, mereka sebenarnya menunggu sehingga upacara ‘api’ ini dimulakan. Semua Bohemians harus meminta nasihat dari ‘the night owl’ ” O thou, great symbol of all mortal wisdom, Owl of Bohemia, we do beseech thee, grant us counsel” mengikuti suara pemimpin upacara.

Cahaya akan terpancar di sekitar kepala patung burung hantu, dan kemudian burung besar itu akan menunjukan ‘hikmat’nya. Pemimpin upacara akan menyalakan api pada tompokan kayu pengorbanan dengan menggunakan api dari Lamp of Fellowship, yang terletak berhampiran dengan ”Altar of Bohemia” di bahagian bawah kuil.

(Sumber William Domhoff, The Progressive, January 1981 “Bohemian Bigwigs Perpetuate Canaanite Cult”)


Close up menampakkan tulang hasil pembakaran.

Helmut Schmidt memberikan pidato (1991)

Dalam autobiografi Helmut Schmidt, ”Men and Powers, a Political Retrospective” beliau berkata, bahawa dia merupakan salah seorang anggota dari Council of Foreign Relations, Trilateral Commission dan Bilderberg Group. Dia juga menegaskan bahawa dia aktif dalam merangka dan mencapai matlamat pemerintahan dunia baru (New World Order). Dalam buku yang sama Schimdt mengakui terdapat pertemuan setiap tahun pada musim panas yang di hadiri oleh pemimpin-pemimpin dunia. Dia juga berbicara mengenai grove dan ritual yang sama di jerman, namun bohemian grove adalah tempat kegemarannya.

National Press Club

National Press Club (NPC) diasaskan pada tahun 1980 di Washington DC tidak lama selepas tertubuhnya Bohemian Club di west coast. Anggotanya terdiri dari ‘newsmakers’ reporter, termasuk 17 presiden Amerika Syarikat. Presiden AS seperti Carter dan Reagen pernah mengumumkan pencalonan mereka sebagai presiden di grove. Simbol NPC ini banyak bercirikan illuminati.

Sekilas Fakta Mengenai Bohemian Grove (BG)

  1. Project Manhatan, Apollo, Area 51 dan sebagainya dirancang di BG
  2. Secara berkala pemimpin Russia dan USA bertemu di BG
  3. Semua presiden Amerika adalah pendukung New World Order (NWO) dan anggota Bohemian Club (BC) kecuali John F.Kennedy (dipilih pada apex triangle piramid)
  4. Semua organisasi NWO, bertemu di BG setiap tahun disertai oleh pemimpin-pemimpin Eropah, AS dan negara-negara besar lainnya.
  5. BC bukan untuk AS sahaja tetapi mewakili skala yang lebih besar menguasai dunia.
  6. Ritual lain di dalam BC adalah pesta sex homosexual. Seluruh anggota BC adalah lelaki. Hanya terdapat satu wanita di dalam BG iaitu patung.
  7. Presiden Amerika ‘dipilih’ di BG bukannya di dalam pilihanraya.

Sebenarnya kta sedang ditipu hidup-hidup oleh golongan elit ini melalui pelbagai medium terutamanya media. Sedarlah umat Islam sekalian. Jangan bersubahat walaupun sedikit

Bukti-Bukti Amerika Dikuasai Oleh Satanisme




____________________________________
Sumber: http://siezwo.blogspot.com

AMERIKA DAN SATANISME (BAH. 1)


Pernah anda bayangkan jika pemimpin Negara, CEO, penggubal undang-undang adalah terdiri dari kalangan penyembah syaitan? Mungkin kita bayangkan pemimpin agama hanya terdiri dari 2 kumpulan iaitu yang teguh dan patuh dengan agamanya ataupun yang sekular. Sebenarnya terdapat begitu ramai pemimpin tertinggi Amerika adalah terdiri dari penyembah syaitan, dan ramai yang sudi menjadi pengikutnya. Anda tidak percaya. Saya akan dedahkannya di sini.

Golongan ini telah dikawal oleh syaitan melalui Occult (Okultisme). Komuniti ini adalah sangat rahsia dan tidak pernah di dedahkan di media-media utama.

Pemujaan di Bohemian Grove

Illuminati, New World Order, Mason, Bohemian Club adalah sebahagian dari kelompok penyembah syaitan ini. Terdapat ritual pagan yang dilangsungkan di Bohemian Grove di mana telah dilangsungkan acara Cremation of Care Ceremony iaitu mengorbankan seorang anak dengan cara di bakar hidup-hidup. Upacara ini di lakukan secara rutin setiap tahun dan pernah dihadiri oleh Presiden Bush, Bill Clinton, Richard Nixon, Jimmy Carter, Colin Power, Hendry Kissinger dan banyak lagi pemimpin-pemimpin yang terkenal.

Pada upacara ini, mereka menyembah sebuah patung burung hantu raksasa setinggi 40 kaki (gambar di atas). David Rockefeller juga adalah salah seorang dari anggota bohemian club. Arnold Schwarzenegger juga pernah menghadiri pertemuan-pertemuan ini.

Sekilas Mengenai Bohemian Grove

Lokasi Bohemian Grove


Ronald Reagan, Glenn T. Seaborg dan Richard Nixon di Bohemian Grove

  1. Dibentuk tahun 1872 oleh 5 orang warga Amerika. Kelab ini terletak 75 batu di luar San Fransisco.
  2. Bohemian Grove ini merangkumi kawasan seluas 2700 ekar.
  3. Motto: “Weaving spiders come not here”, diambil dari salah satu ungkapan Shakespeare yang berarti, tinggalkan ‘dirty business’mu di luar dan jangan bawanya kedalam.
  4. Aada sekitar 1.500 VIP waiting list yang telah membayar sebanyak $2500 untuk “initiation fee” ditambah yuran tahunan sebanyak $600. Nilai sebanyak $3100 untuk tahun pertama tidak lah mahal jika dibandingkan dengan pendapatan mereka, namun peluang untuk menjadi anggota ini sangatlah terhad dan sukar. Hanya orang yang dipercayai boleh menjadi anggota Bohemin Grove. Seorang ahli yang menganggotai kelab selama 40 tahun lebih dapat menjadi pemilih untuk memilih seorang anggota baru.
  5. Keluarga Bush mempunyai generasi ke 3 yang menjadi anggota kelab
  6. Grove ini dipenuhi dengan patung pagan berpusatkan sebuah patung burung hantu yang juga di sebut “Moloch

Motto Bohemian Club

Moloch telah dipuja sejak dahulu kala lagi



Gambaran Penyembahan Moloch

Pada hari sabtu pertama perkemahan, ritual Cremation of Care di laksanakan sebelum makan malam. Ritual ini dimulakan dengan diiringi oleh suatu kumpulan lelaki berjubah merah dengan kepala tertutup, beberapa orang menyayikan lagu-lagu penguburan sementara terdapat beberapa orang lain yang membawa obor. Sebuah peti terbuka berisi tubuh yang di tutup dengan kain tipis dan kayu di bawa pada majlis tersebut.

G. William Domhoff

Menurut G. William Domhoff penulis The Bohemian Grove and Other Retreats. Ritual ini memberi simbolik bahawa semua minat dan penderitaan yang perlu ditanggung dalam kehidupan seharian, sehinggalah ini perlu di bakar.

Mary Moore seorang aktivis dari Sonoma Country yang menjumpai jaringan kwahlian dan kelab Bohemian Grove, yang juga salah seorang daripada orang yang merancang melakukan demonstrasi di luar grove sejak 1980. Beliau telah memuat senarai panjang dan lengkap dari semua pidato-pidato yang diberikan oleh tokoh-tokoh penting selama bertahun-tahun, diantarnya pidato Dick Cheney pada tahun 1991 ”Defense Problems of the 21st Century” di laman web beliau.

Diantara Ahli kelab Bohemian Grove

  1. Both George Bushes
  2. Ronald Reagan
  3. Henry Kissinger
  4. Richard Nixon
  5. Casper Weinberger
  6. Dick Cheney
  7. Malcom Forbes
  8. Colin Powell
  9. Helmut Schmidt
  10. Stephen Bechtel (Bechtel Corp.)
  11. James Baker
  12. Jerry Cole
  13. David Rockefeller
  14. Newt Gingrich
  15. Tom Johnson (President of CNN and former publisher of LA Times.)
  16. William Randolph Hearst Jr.
  17. Jack Howard
  18. Charles Scripps (Of the Scripps-Howard Newspaper publishers)
  19. Walter Cronkite (On the CBS board of management)

Dan juga CEO-CEO terkemuka dan ahli perniagaan. Kebanyakan mereka adalah bersifat konservatif dari California dan 99% berkulit putih.

Bohemian Club adalah sebuah organisasi dianggotai orang terkenal dan kaya yang diadakan 2 minggu setiap tahun. Kumpulan rahsia ini tidak mendapat perhatian dari media masa dan wartawan. Setiap tahun, dianggarkan sekitar 1,500 orang menghadiri perjumpaan ini. Mereka terdiri daripada CEO berpengaruh di dunia, pemerintah, orang yang terlibat dalam ekonomi dan kewangan dunia, industri, dan pemilik media masa berkumpul untuk mendengar pidato dan pelan masa hadapan. Mereka juga mengadakan upacara Druid-like di hadapan patung, lengkap dengan pakaian, api, mantera dan ritual-ritual lainnya.

Lambang Bohemian Club

Untuk membantu kita meyakini fakta di atas, cuba lihat apa yang terdapat pada wang kertas $1 di bawah.

Itu adalah illustrasi burung hantu yang bersembunyi di antara gambar-gambar di atas helaian $1. Tetapi mengapa burung hantu digunakan sebagai simbol? Bukankah itu hanya menggambarkan seekor burung? Setiap Negara memiliki burung kebangsaan yang digunakan pada bendera atau lambang Negara.

Dewi Iblis Lilith Dilambangkan Sebagai Burung Hantu

Burung hantu adalah burung yang aktif pada waktu malam. Ia menangkap mangsanya dengan menggunakan cakarnya yang kuat. Burung hantu juga dilambangkan sebagai sesuatu yang pandai, melambangkan ilmu hitam, shamanisme dan bulan juga sering menjadi kaitan dengan burung hantu. Burung hantu memiliki sifat ingin tahu akan segala sesuatu tetapi mereka akan menunggu dengan tenang sehingga tepat waktunya untuk mencapai tujuan mereka.

Beberapa mentera digunakan ketika menyembah Lilith yang menjadi perantara untuk berhubung dengan Arcana. Dua organisasi yang menyembah Lilith adalah Ordo Antichristianus Illuminati dan Order of Phosphorus. Penulis Joshua Seraphim menulis tiga buah buku mengenai Lilith dalam tulisan-tulisannya yang berjudul ”Rite of Lilith”, ”Confessionis ex Lilitu” dan ”Lamentations of Lilith”.

Lambang Order of Phosphorus

Lilith muncul sebagai succubus dalam karya De Arte Magica oleh Aleister Crowley (gambar di bawah) . Lilith juga adalah nama kepada anak pertama Crowley iaitu Ma Ahathoor Hecate Sappho Jezebel Lilith Crowley. Yang juga sering diperkenalkan sebagai babilon dalam tulisan Thelemic.

Aleister Crowley

Dalam sebuah upacara Thelemic yang berdasarkan upacara jerman kuno, mereka mempersembahkan apa yang di sebut Invocation of Lilith (peringatan: artikel Invocation of Lilith ini mengandungi cara memanggil syaitan). Dalam upacara ini, Lilith dihubungkan melalui Burung Hantu.

Lilith yang sinonim dengan burung hantu

Lilith dalam mitologi kafir adalah isteri pertama Adam. Dia sebagaimana Adam, diciptakan dari tanah. Dalam mitologi kafir kuno, Hawa adalah ciptaan setelah Lilith yang diciptakan dari tulang rusuk Adam ketika dia sedang tidur. Anomaly ini sangat pelik kerana syaitan mahu kita percaya bahawa telah wujud wanita sebelum Hawa diciptakan.

Dalam lagenda semitic, Lilith digambarkan memiliki sifat yang suka mengigit Adam dan meminum darahnya. Dia sama sekali tidak patuh kepada Adam dan ingin memiliki kuasa yang lebih dari Adam. Lilith mengkhufuri Allah dan dia kemudiannya terbang dan di buang ke padang pasir yang menjadi tempat tinggal barunya. Lilith juga digambarkan sebagai ular bersayap dan burung hantu yang membunuh bayi dan juga menyeksa lelaki yang tidur bersendirian pada waktu malam.

Dalam mitologi moden, Lilith adalah symbol feminisme bagi para wanita wanita yang mahukan kebebasan seperti mahukan kesamarataan hak-hak jantina. Dia bukan hanya sebuah simbol kekuasan wanita tetapi juga simbol utama dari nafsu yang wujud di dalam perempuan. Dia juga merupakan satu simbol dari kematian.

“Lilith digambarkan sebagai ular bersayap dan juga suara burung hantu yang MEMBUNUH BAYI”


Pemimpin ritual Bohemian Grove sedang mengorbankan manusia diiringi teriakan kasakitan melalui pembesar suara agar dapat didengar oleh semua yang hadir

Pada tahun 2006 sebuah karya occult oleh Donald Tyson (beliau terlibat dalam upacara di Bohemian grove) yang berjudul Liber Lilith memberikan perincian mengenai rahsia kosmologi dari ’Mother Of Harlots’ dan ’Spawn of all nightbreed monster Lilith’. Buku ini diselamatkan dari perpustakaan Dr. Dee di Mortlake pada tahun 1580an.

Sebagaimana Lilith adalah dewi iblis Bohemian Grove, demikian juga dengan Baphomet (anak dari Lucifer dan Lilith) dewa iblis bagi Freemansory.

Baphomet

Dapatkah anda menghubungkait antara Freemansory dan Bohemian Grove? Dalam dunia moden Luciferianisme, Lilith lebih dianggap sebagai pendamping Lucifer yang diperkenalkan dalam figure babilon. Lilith diciptakan dari lumpur dan debu, yang juga dikenali dengan nama Queen of Sucubi. Lilith melahirkan seorang anak androgynous (memiliki ciri-ciri lelaki dan wanita) yang di panggil “Baphomet”atau juga “Goat of Mendes” hasil dari hubungan dengan Lucifer. Baphomet juga dikenali dalam kalangan Luciferianism sebagai ”God of Witches”.

Bohemian Grove Berakar Dari Luciferianism

Tulisan Michael Ford, ”The Foundation of the Luciferian Path” berpendapat bahwa Lilith membentuk Luciferian Trinity yang mengandungi Lilith, Samael, dan Kain. Lilith disini dikenali sebagai dewi sihir, pemegang watak dark feminime dan juga dikenali sebagai dewi Hecate.

Hecate

Dan apa pula kaitan Hecate dengan gambar di bawah? Anda ada jawapannya?

______________________________
Bersambung ke bahagian 2.

SEJARAH PERKEMBANGAN PEMUJA SYAITAN


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ ۚ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢١﴾

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui – (Surah An-Nur, Ayat 21)


Satanisme secara umumnya dikenali sebagai penyembahan syaitan dan menjadikannya sebagai tuhan. Selain menolak Allah, semua agama dan nilai keagamaan, gerakan jahat ini memiliki ajaran melaksanakan perkara-perkara yang dianggap berdosa oleh agama lain. Satanisme juga menerima syaitan, lambang kejahatan, sebagai pemimpin dan pembimbing dalam hidup mereka.

Sejarah Satanisme
Kaum Satanis, iaitu para pengikut ajaran Satanisme, wujud dan melaksanakan kegiatan mereka pada setiap tahap sejarah dan dalam setiap peradaban, dari Mesir kuno sampai ke Yunani kuno, serta sejak abad pertengahan sehigga ke hari ini. Di antara abad ke-14 dan ke-16, para tukang sihir dan orang yang menolak agama sama-sama memuja syaitan. Pada tahun 1880-an, di Perancis, British, Jerman, dan sekaligus di negara-negara lain di Eropah dan Amerika, Satanisme dilakukan di dalam kumpulan dan tersebar di kalangan orang yang tidak mempunyai keyakinan agama.

Penyembahan syaitan dari tamadun kuno ini terus berlanjutan sehingga abad ke-19, bermula dari tradisi Satanisme tradisional, kini aliran sesat ini berpecah dalam kumpulan kecil. Upacara kejam yang dilakukan oleh tukang sihir dan orang-orang yang tidak bertuhan, mengorbankan anak dan orang dewasa kepada syaitan, perayaan Misa Hitam dan upacara Satanisme tradisional yang lainnya telah diwariskan secara diam-diam dan tersembunyi secara turun temurun.

Video upacara Black Mass (Misa Hitam) di bawah;

Lambang Satanisme tradisional yang terpenting adalah dewa Rom kuno Baphomet (anak kepada Iblis/Lucifer). Pada waktu itu, Baphomet menjadi lambang memuja syaitan. Para sejarawan yang mengkaji asal-usul tubuh seperti manusia yang berkepala kambing ini telah menemui beberapa petunjuk penting tentang kegiatan Satanis.

Baphomet yang berada dalam lingkungan Pentagram

Lambang Satanis kedua terpenting adalah Pentagram, iaitu bintang bersegi lima di dalam lingkaran. Yang menariknya, ada dua kumpulan dan pertubuhan rahsia di samping para Satanis yang menggunakan Baphomet dan pentagram sebagai lambang. Yang pertama adalah kumpulan Kesatria Biara Jerusalem (Knight Templars), iaitu kumpulan yang dituduh oleh Gereja Katolik sebagai penyembah syaitan, dan kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 1311. Kumpulan lain adalah kumpulan Mason yang telah bertahun-tahun lamanya menapak dengan kukuh di dalam setiap negara secara rahsia dan upacara ritualnya agak pelik.

Seperti yang kita tahu, hiburan kini sedang dikuasai oleh pengamal-pengamal sihir ini. Kebanyakan artis luar negara membawa masej, imej dan budaya yang pelik tetapi sinonim dengan kepercayaan hitam mereka.


Baphomet menjadi ikon bagi selebriti barat

Banyak sejarawan yang mengkaji kaitan antara Knight Templars dan Mason, mereka percaya bahawa terdapat hubungan antara Knight Templars dengan kumpulan Mason. Selepas Knight Templars dihalang bergerak oleh Gereja, mereka meneruskan misi dan kepercayaannya secara rahsia dan akhirnya berubah menjadi fahaman Mason.

Kumpalan ini bersifat sangat rahsia, mempunyai susunan organisasi, dengan anggotanya terdiri dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Leo Taxil, yang pernah menjadi seorang Mason, namun telah keluar dari kumpulan itu, mengatakan bahawa para Mason amat menghormati Baphomet dan mereka sering mengadakan upacara yang menyerupai cara-cara penyembahan syaitan. Kenyataan lain yang menimbulkan banyak kecurigaan adalah bahawa ramai pengikut Satanisme yang kemudiannya menjadi anggota organisasi Mason.

Leo Taxil

Kini, para satanis telah meninggalkan upacara dan markasnya yang rahsia itu, untuk keluar ke jalan-jalan. Para Satanis bergiat dengan aktif di setiap negara untuk menyebarkan ajaran dan ideologinya di dalam buku-buku, rancangan telivisyen, dan juga di Internet dalam usaha mempengaruhi orang ramai. Satanis memaparkan imej yang sama walaupun di mana mereka berada. Cara berpakaian, cara penyembahan, cara berkomunikasi, senibina dan ciri lainnya menunjukkan bahawa Satanisme bukanlah gerakan biasa yang dipenuhi para penganggur, tetapi sebuah organisasi yang bersandarksn pada landasan kepercayaan.

Satanisme dan Materialisme

Pada dasarnya aliran Satanisme dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Teistik dan Atheistik. Aliran teistik atau dikenali sebagai Satanisme Tradisional, adalah suatu bentuk kepercayaan yang menganggap bahawa Syaitan sebagai dewa, sedangkan aliran Atheistik adalah satu kepercayaan yang tidak menganggap adanya Tuhan ataupun Dewa untuk disembah, melainkan mereka menggunakan “Syaitan” sebagai simbol pada diri manusia, sebagai simbol keduniawian dan keserakahan, atau dengan kata lain mereka boleh dikatakan menyembah diri mereka sendiri. Salah satu Aliran Satanisme Atheistik yang terkenal adalah Gereja Syaitan (The Church of Satan) yang ditubuhkan oleh Anton Szandor LaVey (Anton LaVey). Aliran ini dikenali dan disebut sebagai aliran LaVeyan.

Anton Szandor LaVey

Kini kaum Satanis terdiri dari golongan atheis (tidak mengakui adanya Tuhan). Mereka juga materialistik, maksudnya mereka hanya percaya kepada kewujudan objek yang boleh dilihat. Mereka tidak mempercayai adanya Tuhan dan semua makhluk ghaib. Oleh sebab itu, kaum Satanis tidak percaya kewujudan syaitan sebagai makhluk yang nyata. Meskipun disebut sebagai penyembah syaitan, mereka tidak mengakui adanya syaitan. Bagi Satanis, syaitan hanyalah lambang yang menyatakan permusuhan mereka terhadap agama dan kekerasan hati mereka. Anton Lavey menulis buku The Satanic Bible pada tahun 1969.

Dalam sebuah artikel yang bertajuk “Pengantar Satanisme” yang diterbitkan Gereja Syaitan, ada dinyatakan bahawa Satanis sebenarnya terdiri dari golongan ateis.

Satanisme adalah sebuah agama yang tidak mempercayai Tuhan dan menganut fahaman tidak ada yang perlu ditakuti selain dari akibat tindakan kita. Kaum Satanis tidak percaya adanya Tuhan, malaikat, syurga, neraka, iblis, syaitan, roh jahat, roh baik, jin, atau makhluk ghaib yang jahat. Satanisme bersifat ateis dan Otodeis (menyembah diri sendiri). Satanisme adalah materialis dan Satanisme adalah berlawanan dengan agama. (Vexen Crabtree, “A Description of Satanisme”)

Secara ringkasnya, ini adalah hasil falsafah kebendaan dan tak mempercayai Tuhan yang telah tersebar sejak abad ke-19. Satanisme menyandarkan diri mereka pada teori yang dianggap ilmiah, iaitu Teori Evolusi Darwin.

Muzik dan Filem Satanisme.

Satanisme tampil dalam pelbagai cara dan bentuk, salah satunya adalah melalui filem dan muzik. Banyak filem yang menceritakan secara terbuka ungkapan ritual satanisme, senibina, simbol-simbol serta kisah dark forces. Filem popular seperti Friday The 13th, The Crow, Devils Advocate, Interview With The Vampire dan juga cerita bersiri The X-Files mengandungi kisah dimana syaitan, satanisme atau black magik menjadi bahagian yang penting dalam filem. Dikatakan pada tahun 1968, Anton Szandor La Vey pernah menjadi penasihat teknikal untuk filem Rosemarys Baby yang telah mempopularkan satanisme.

Dalam industri muzik ada banyak sekali contoh muzik yang mengandungi unsur satanisme, contohnya:

  1. Lagu dari Ozzy Osbourne “Anggur baik tetapi Wiski lebih baik, bunuh diri adalah satu-satunya jalan keluar”
  2. Lagu dari David Bowie (majalah Rolling Stone) mengatakan Rock akan sering menjadi muzik syaitan
  3. Lagu dari Stairway to Heaven jika di pasang dan didengar secara terbalik akan memunculkan syair pemujaan syaitan.
  4. Lagu dari Metallica dalam lagu berjudul The Prince menyatakan mereka tidak takut unruk masuk neraka dan tidak peduli akan nimat syurga.
  5. Pink Floyd menulis lagu Lucifer Sam dengan lirik “Lucifer Sam selalu duduk di sisimu, selalu dekat denganmu“.
  6. Pada tahun 1992, Red Hot Chilli Peppers ketika menerima anugerah MTV Awards berucap, “Pertama-tama kami ingin berterima kasih kepada Syaitan.”
  7. Marilyn Manson, dalam salah satu ucapannya pada majalah Spin edisi Ogos 1996. “Saya berharap akan dikenang sebagai orang yang mengakhiri sejarah Kekristianan, Manson tidak teragak-agak mengoyak Bible dan menghina Jesus.”
  8. Di antara band-band metal ketika ini, terdapat beberapa band yang sesat dan tidak menyembunyikan kepercayaannya terhadap kekuasaan syaitan. Band-band tersebut menjual jiwanya untuk para syaitan demi untuk mendapatkan kemasyhuran dan kekayaan. Band yang beraliran Black Metal merupakan aliran metal yang paling banyak mempunyai Band Metal-Satanis.

10 Band Penganut Satanisme Yang Popular


1. Acheron

Band yang ditubuhkan pada tahun 1998, dan dibentuk oleh Paderi Vincent Crowley di Tampa, Florida. Selepas itu dia bergabung dengan Peter H. Gilmore, Magister Gereja Syaitan.

Band ini mengeluarkan album pertama yang berjudul “Messe Noir” pada tahun 1988. Album ini dibuat khusus dalam edisi terhad 7-inci. Acheron ini hanya dikeluarkan sebanyak 666 naskhah (666 adalah angka syaitan bagi mereka).

Pada tahun 1991, band ini membuat dunia tercengang dengan menerbitkan album kedua mereka yang berjudul Rites of the Black Mass (1991). Setiap lagu dalam album tersebut mengandungi ayat-ayat yang terdapat dalam injil hitam (Satanic Bible) dan menggunakan intro bergaya Gothik dan gitar solo yang membuat lagu-lagu tersebut seolah-olah dari dunia ‘Kegelapan’. Lagu-lagu mereka berdasarkan falsafah ‘Satanis’.

2. Angelcorpse

Band yang dibentuk pada tahun 1995 oleh Pete Helmkamp iaitu bekas anggota band Order dari Chaos. Angelcorpse berasal dari Kansas City, tetapi mereka berpindah ke Tampa Florida (yang merupakan daerah penganut Satanisme) di Amerika. Muzik mereka bertemakan Anti-Christ dan peperangan. Pada tahun 1995 dan 2007 Band ini melakukan lawatan ke Eropah untuk mendukung band-band beraliran satanisme yang ada.

Pete Helmkamp telah menulis di dalam bukunya yang berjudul ‘The Conqueror Manifesto.’ menurutnya, perkara-perkara yang mendukung “In the spirit of Crowley ‘s” dan pandangan tentang “Anti-christ” adalah merupakan kebenaran.


3. Cradle Of Filth

Band ketiga adalah band Cradle Of Filth. Berasal dari Britain dan dibentuk pada tahun 1992, dengan penyanyi utama Dani Filth. Merupakan Band yang sangat sinonim dengan sihir, mitologi, dan perkara-perkara yang jahat. Selain menyanyikan alunan muzik Black Metal, aliran ini juga memainkan aliran Dark Metal dan Death Metal, vampyric Metal dan Satan Metal dan Symphonic Black Metal.


4. Dimmu Borgir

Band Black Metal yang berasal dari Oslo, Norway, dibentuk pada tahun 1993. Dibentuk oleh Shagrath, Silenoz, dan Tjodalv. Band ini pertama kali menerbitkan album Inn i evighetens mørke pada tahun 1994.

Band ini sering memainkan aliran lagu Symphonic Black Metal, Black Metal, Ritual Black Metal, dan Deathy Metal. Tema-tema yang dibangkitkan di dalam lirik lagu-lagunya hampir sama dengan Cradle Of Filth, iaitu tentang pemujaan kepada Syaitan, Ritual, dan Peperangan.


5. Arch Goat

Arch Goat dibentuk di Finland. Album Pertama mereka dilancarkan pada tahun 1992 yang bertajuk “Jesus Spawn”. Sebuah album yang di dalamnya penuh dengan penghinaan kepada Tuhan Kristian. Style dan gaya Band ini mirip dengan Angelcorpse, iaitu anti Christ dan banyak bermain Filosophy Satanis. Band ini juga kadang-kadang memainkan muzik Ritual.

6. Blasphemy

Band Satanis keenam adalah band Black Metal yang berasal dari Kanada, ditubuhkan di daerah Burnaby tahun 1984 diberikan nama Blasphemy. Penampilan pertama mereka adalah di dalam album “Blood upon the Altar” pada tahun 1989, merupakan album yang mengandungi penghinaan kepada Tuhan. Band ini juga pernah melakukan jelajah ke Jerman “Fuck Christ”. Dalam syair-syairnya, Band ini banyak menggunakan tema-tema yang berkaitan dengan paganisme, mitologis dan lirik-lirik Anti Christ.


7. Behemoth

Behemoth adalah band Black Metal yang berasal dari Poland. Ditubuhkan pada tahun 1991. Band ini memainkan muzik dengan tema-tema Satanis, Ritual, dan pemujaan kepada Berhala. Band ini juga memainkan aliran musik Death Metal, ada juga yang menyebutnya sebagai Black Metal, Avantgrade Metal, Pagan Metal. Namun aliran yang sebenarnya dari band ini masih diragukan kerana band ini lebih suka tidak dilabelkan dalam genre apa pun.


8. Arch Enemy

Band kelapan adalah band Melodic Death Metal yang berasal dari Sweden. Band ini bernama Arch Enemy. Band ini mengeluarkan album pertamanya pada tahun 1996 berjudul “Black Earth”. Setiap track pada albumnya penuh dengan Melodi Gitar yang digabung dengan suara volkalis perempuan, Angela Gossow. Lirik di dalam lagu-lagunya adalah mengenai Kiamat dan Anti Christ. Selain itu, ahli band ini berasal dari para bekas Pemain band metal seperti dari band Carcass dan Yohanes Liva.


9. Beherit

Beherit merupakan band yang dibentuk di Finland pada tahun 1989. Band ini bermaksud “syaitan” dalam Bahasa Syria. Muzik mereka bertemakan kebiadapan, Anti Christ, neraka, dan penghinaan. Band ini terkenal kerana gaya ambient yang dimainkan ahlinya. Band ini juga memainkan aliran Deathcore dan Black Metal.

10. Burzum

Band terakhir adalah Burzum, merupakan band Black Metal yang dibentuk oleh Varg Vikernes pada tahun 1991 di Bergen, Norway. Merupakan sebuah band yang sangat gemar kepada peperangan dan kehancuran. Selain itu, band ini juga sering membuat lagu yang bertemakan anti Chirst.

Pada tahun 1993 Vokalis Burzum, Varg dijatuhi hukuman kerana melakukan pembunuhan dan didapati bersalah kerana cuba untuk membakar gereja di Norway.

sumber : http://unikversiti.blogspot.com

%d bloggers like this: