CAHAYA ISLAM BERSINAR DI KOREA SELATAN



Salam Doktor! Saya Ahnaf Abdul Qais dari Seoul, Korea. Boleh doktor datang ke sini untuk memenuhi jemputan kami sebagai penceramah? Komuniti masyarakat Malaysia di Korea akan mengadakan program kemuncak Demi al Aqsa pada Novemver 2011 ini? Begitulah di antara teks ringkas yang saya terima daripada saudara Ahnaf Qais, seorang jurutera Malaysia yang kini bekerja di Seoul, Korea Selatan.

Ini adalah kunjungan sulung saya ke Korea Selatan bagi memenuhi undangan ceramah di sana disamping membuat liputan mengenai perkembangan Islam di bumi Sonata ini.

Seoul, Ibu kota Korea Selatan yang merupakan kawasan metropolitan yang ke 2 besar di dunia.

Alhamdulillah, rancangan ini menjadi kenyataan apabia saya mula bermusafir dengan pesawat MH 67 ke Seoul dengan penerbangan yang mengambil masa selama 7 jam. Saya selamat mendarat di awal pagi pada jam 6.45 pagi dan agak teruja dengan kedinginan suhu paginya yang mencecah 5’C di kala musim sejuk sebenar belum pun menjelang tiba.

Seoul Central Mosque, Itaewon.

Setelah berehat buat seketika di penginapan yang disediakan, saya memulakan lawatan ke Korea ini dengan bersolat Jumaat di Seoul Central Mosque di Itewon. Subhanallah, masjid ini merupakan sebuah Pusat Islam dan masjid jamek yang besar lagi tersergam indah di atas sebuah bukit di tengah-tengah ibu kota Korea ini.

Saya terpaksa mencuri peluang masuk dengan berhimpit sebelum berjaya ke dalam dewan solat masjid kerana jemaah yang hadir telah pun memenuhi ruang solat sehingga melimpah ke bahagian luar masjid. Kelihatan khatib tempatan yang bernama Ustaz Sulaiman sedang berkhutbah dengan penuh bersemangat di dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Korea. Para Jemaah yang hadir kelihatan khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan.

Khutbah Jumaat di Seoul Central Mosque.

Jelas kelihatan bahawa mereka mempunyai asal latar-belakang yang berbeza, seolah-olah kami sedang berada di sebuah perhimpunan umat Islam antarabangsa. Selain daripada masyarakat tempatan dari Korea, ramai juga kelihatan orang-orang Islam yang berketurunan Pakistan, Bangladesh, Turki, Arab, Malaysia dan Indonesia. Selepas solat Jumaat, saya mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan masyarakat Islam di sini.

Saya juga bersempatan melawat Seoul Central Mosque dengan lebih dekat lagi. Pejabat operasinya nampak kemas dan kakitangannya sentiasa kelihatan mesra menyambut kedatangan tetamu dari dalam dan luar Negara. Kelihatan juga sebuah sekolah rendah Islam yang telah dibangunkan bagi memberikan pendidikan Islam secara khusus kepada anak-anak Muslim terletak di perkarangan kawasan masjid ini.

Majoriti penduduk Korea Selatan yang berjumlah seramai 48.8 juta orang ini secara rasminya tidak menganut sebarang agama. Manakala umat Islam pula adalah kaum yang begitu minoriti di sini. Namun begitu, syiar Islam semakin hari semakin terserlah perkembangannya. Pada setiap minggu dan bulan, semakin ramai rakyat Korea yang membuat keputusan untuk memilih Islam sebagai agama mereka.

Kini, penduduk beragama Islam di negara yang terkenal dengan produk ginseng itu dianggarkan mencecah kira-kira 140,000-150,000 orang termasuk pelajar dan pekerja yang menetap di situ. Daripada jumlah ini, kira-kira 35,000 orang adalah Muslim daripada kalangan rakyat tempatan Korea Selatan.

Perkembangan Islam di situ dapat dilihat dengan jelas apabila semakin banyak masjid dan surau dibina di beberapa penempatan penduduk Islam. Ia bukan hanya berfungsi sebagai tempat menunaikan solat, bahkan sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam. Apa yang jelas, dakwah yang dijalankan oleh imam dan pemimpin agama terdahulu dan sekarang terutamanya di kalangan rakyat tempatan telah berjaya menyedarkan masyarakat Korea untuk memilih agama Islam dengan rela hati.

Menurut sejarah, Islam telah mula bertapak di Korea sejak ratusan tahun dulu tetapi subur bercambah di antara tahun 1950-1953 yang lalu ketika negara itu berada di dalam kancah peperangan dan rakyatnya berada di dalam keadaan yang sangat miskin. Risalah Islam mula dibawa dan kemudiannya disebarkan oleh beberapa orang tentera dari battalion ketenteraan Turki yang bertugas di Korea.

Kini, penyebaran agama Islam di negara ginseng ini banyak dibantu oleh Korean Muslim Federation (Persekutuan Korea Muslim –KMF ) yang telah ditubuhkan bagi menangani kebajikan dan dakwah kepada masyarakat Islam setempat serta kepada rakyat Korea yang lainnya.

Seoul Central Mosque yang merupakan masjid yang pertama dibina di Korea Selatan iaitu pada 1976, telah dipilih oleh KMF sebagai pusat dakwah dan pusat pendidikan Islam kepada penduduk setempat di situ.

Pendakwah dari Turki yang memiliki BA, MA dan PhD dalam Bahasa Korea.

Saya sempat menemui saudara Dr Hussein Janj, pegawai eksekutif KMF yang berketurunan Turki yang memiliki ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran (PhD) di bidang bahasa Korea. Dr Hussein yang telah berdakwah selama 16 tahun di Korea menyatakan bahawa semakin hari semakin ramai rakyat Korea yang memilih Islam sebagai agama mereka. Saban hari dan di hujung minggu terutamanya, semakin ramai rakyat tempatan yang datang ke masjid untuk mempelajari Islam dengan lebih dekat dan kemudiannya memeluk Islam. Melalui kelas pengajian ‘What Is Islam? yang dijalankan di Seoul Central Mosque sahaja telah berjaya menarik kira-kira seramai 150 orang memeluk Islam pada setiap tahun.

Masjid Chongju.

Sehingga kini perkembangan Islam di Korea Selatan cukup membanggakan apabila 10 buah masjid, 40 buah surau dan lima buah Pusat Islam telah didirikan di seluruh negara. Di antara masjid yang ada di Korea Selatan ialah di Seoul (1976), Pusan (1979), Anyang (1986), Jeonju (1986), Ansan (2001), Incheon Bupyong (2004), Paju (2005), Pochean (2005) dan Gwangju (2005).

Masjid di Pusan.

Ada di antara surau-surau di negara itu yang dibina oleh para pekerja yang datang dari negara Arab, Pakistan dan Bangladesh tetapi ianya cukup bermakna kepada pembangunan Islam di negara Sonata ini.

Kekuatan umat Islam yang paling ketara ialah apabila setiap hari Jumaat, lebih 1,000 orang jemaah berhimpun menunaikan solat Jumaat di setiap masjid utama di seluruh Korea Selatan termasuklah rakyat asing dan pelajar-pelajar universiti yang datang dari negara luar.

KMF bukan hanya berperanan membimbing umat Islam, malah menyediakan perkhidmatan membekalkan daging lembu, kambing dan ayam untuk diedarkan di restoran yang menyajikan hidangan halal di seluruh Korea Selatan.

Kebanyakan daging lembu serta kambing yang dibekalkan oleh KMF biasanya diimport dari New Zealand dan Australia. Jadi masyarakat dan pelancong Islam tidak perlu merasa bimbang untuk mendapatkan makanan halal kerana KMF memainkan peranan mereka dengan baik.

Anggota Tentera korea yang memilih Islam sebagai agama.

Walaupun setakat ini Islam tidak disekat atau dihalang di sini, namun ianya mempunyai cabaran tersendiri termasuklah hijab bagi wanita yang bekerja, makanan halal dan pendidikan Islam untuk generasi anak-anak mereka.

Umumnya, rakyat Korea adalah masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi yang telah menjadi budaya kerja dan budaya hidup mereka. Rata-rata di kalangan mereka bekerja dengan penuh kesungguhan sejak awal pagi dan hanyalah pulang ke rumah menjelang lewat malam. Kesannya kini terbukti bahawa Korea Selatan begitu terkenal dengan kejayaan mereka yang telah menempah nama di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuklah teknologi, ekonomi, sukan dan lain-lain lagi.

Kadar bunuh diri tertinggi di dunia.

Namun begitu, kebanyakan rakyatnya jelas di dapati merasai kekosongan dari sudut rohaninya. Majoriti daripada mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak menganut sebarang agama. Sebagai contohnya, kadar membunuh diri di kalangan rakyat Korea adalah merupakan kadar yang tertinggi di dunia bersama Negara Jepun. Di sini, jelas kelihatan bahawa kemajuan dunia yang hebat tidak mempunyai apa-apa erti yang besar jauh apabila rohani masyarakatnyanya kosong daripada petunjuk Ilahi. Dengan berlalunya masa, cahaya Islam dilihat oleh masyarakat tempatan Korea semakin jelas mempunyai jawapan kepada erti kehebatan dan kecemerlangan kehidupan yang sebenar.

Cuba saksikan beberapa tayangan yang membuktikan betapa cahaya Islam semakin berkembang di bumi Sonata ini.

1. Anak muda Korea membaca al Quran

2. Islam di Korea

Semakin terbukti bahawa cahaya Islam kian mekar berkembang ke seluruh pelusuk alam dengan dakwah Islamiah yang disebarkan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar……

Salam perjuangan

Seoul yang sejuk tetapi hangat dengan perkembangan Islam.

__________________________________________________

Penghargaan:

  • Dr Hussein Janj, KMF Executive, Seoul Central Mosque, Itaewon, Seoul
  • En Abdullah Zawawi Tahir, Deputy Chief of Mission, Embassy of Malaysia, Seoul
  • Sdr Ahnaf Abdul Qais, Pengerusi ISMA Korea & komuniti Malaysia di Korea

Ditulis Oleh: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Sumber; http://www.islamituindah.my/

Advertisements

PELUK ISLAM MELALUI IKLAN


Gain Peace, sebuah organisasi dakwah di Chicago yang berdakwah dengan menggunakan papan iklan seperti berdakwah dengan cara memasang iklan di badan bas. Kegiatan yang mereka lakukan ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu meluaskan pandangan masyarakat Barat yang bersifat negatif kepada Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, 17 orang yang menyatakan ingin memeluk agama Islam.

Salah satu darinya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun mempunyai niat masuk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas.

“Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa itulah akhir dari petanda dimana saya harus melengkapi niat saya, ” kata Toole.

Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang lelaki memberinya sekeping brochure dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari brochure itu. “Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca,” Toole menceritakan.

“Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya,” sambung Toole sehingg akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan “Got Questions? Get Answers ” dan terus menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.

Setelah mendapatkan penjelasan dan berbincang dengan pihak GainPeace, Toole telah mengucap syahadat. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.

Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea yang bijak untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.

“Saya sangat berterima kasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam, “kata Toole.

GainPeace juga memberikan perkhidmatan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka boleh belajar apa saja mulai dari cara sembahyang, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

GainPeace Bus and Train Campaign, Chicago 2010 - Flickr Yahoo Photo GainPeace.com

Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. “Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahawa anda telah menemukan rumah yang benar, “tambah Toole.

Seperti diberitakan sebelum ini, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan soal jawab tentang Islam di bas-bas CTA mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago.

Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar $30,900 dollar AS sebagai kos pemasangan iklan 25 bas CTA yang melalui laluan di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamannya dikunjungi lebih dari 300,000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggeris, majalah The Message on Prophet Muhammad serta brocure dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.

Photobucket

Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan mesej dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap pelbagai maklumat tentang Islam, sehingga dapat membetulkan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.

Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cawangan di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menempelkan lebih dari 1,000 iklan soal jawab tentang Islam di stesen-stesen kereta api bawah tanah.

Kerana kempen dengan cara itu berjaya, bandar-bandar lain di AS dan Canada meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di bandar-bandar tersebut.

Flickr PhotoGainPeace Bus and Train Campaign, Chicago 2010

Sumber : www.isuhangat.net

SEMAKIN BANYAK GEREJA MENJADI MASJID DI EROPAH


Di Peace Street 20 Bolton, berdiri sebuah bangunan besar berkubah yang amat bermakana, yang lengkap dengan menara. Tempat itu ramai dikunjungi warga Bolton, terutama yang memeluk Islam, ribuan umat Islam hadir di tempat ini, melaksanakan untuk menunaikan solat Jumaat. Bangunan itu tidak lain adalah Masjid Zakariyya.(lihat peta di sini)

Sejarah berdirinya masjid ini, bukanlah kisah yang singkat. Kala itu antara tahun 1965 hingga 1967 umat Islam Bolton dan Balckburn belum memiliki tempat untuk melaksanakan solat. Untuk melakukan solat Jumaat, mereka melaksanakannya di The Aspinal, sebuah tempat menari yang digunakan di waktu malam, sedangkan siangnya di hari Jumaat, tempat itu dibersihkan para sukarelawan untuk dijadikan sebagai tempat melaksanakan solat Jumaat.

Kerana jumlah jama’ah semakin bertambah, maka diperlukan tempat yang lebih besar untuk beribadah. Dan bermulalah pencarian bangunan yang boleh digunakan sebagai masjid dan pusat islam. Pada tahun 1967, ada penawaran pembelian bangunan bekas gereja komuniti Metodis, yang terpaksa dijual kerana terbakar. Dengan dana sebesar 2750 pound sterling dari komuniti Muslim tempatan, akhirnya bangunan itu menjadi milik umat Islam. Bangunan itulah yang kini disebut Masjid Zakariyya itu.

Tidak hanya Masjid Zakariyya, beberapa masjid Inggeris pun memiliki kisah yang hampir sama dengan kisah masjid kebanggan Muslim Bolton itu, yakni sama-sama berasal dari gereja yang dijual, baik kerana kehilangan pengikut, atau kerana sebab lainnya. Berikut ini masjid-masjid yang dulunya merupakan gereja:

Masjid Jami’ London

Tempat ibadah ini juga dikenal dengan sebutan masjid Brick Lane, kerana posisinya di Brick Lane 52. Bangunan berdinding bata merah ini merupakan masjid terbesar di London, yang mampu menampung 4000 jama’ah. Walau demikian luas, masjid ini belum dapat menampung seluruh anggota jama’ah solat Jumaat, hingga sering kali jama’ah melebar ke jalan raya.

Masjid ini memiliki sejarah yang sangat unik dan panjang. Awalnya, bangunan yang didirikan sejak tahun 1743 ini adalah gereja Protestan. Dibangunkan oleh komuniti Huguenot, atau para pemeluk Protestan yang lari dari Prancis untuk menghindari kekejaman penganut Katolik. Akan tetapi, kerana jama’ahnya menurun, maka gereja ini dijual.

Di tahun 1809, bangunan ini digunakan masyarakat London untuk mempromosikan Kristen kepada para pemeluk Yahudi, dengan cara mengajarkan Kristen dengan akar ajaran Yahudi. Tapi, program ini juga gagal. Dan bangunan diambil oleh komuniti Metodis pada tahun 1819.

Komuniti Metodis cukup lama “memegang” gereja ini. Walau demikian, pada tahun 1897, tempat ini diambil oleh komuniti Ortodok Independen dan berbagi dengan Federasi Sinagog yang menempati lantai dua.

Tapi tahun 1960-an komuniti Yahudi menyusut, kerana mereka berpindah ke wilayah utara London, seperti Golders Green dan Hendon, sehingga bangunan ditutup sementara, dan hal itu berlanjut hingga tahun 1976. Setelah itu bangunan itu dibuka kembali, dengan nama barunya, Masjid Jami’ London.

Masjid Didsbury

Masjid Didsbury ini terletak di Burton Road, Didsbury Barat, Manchester. Bangunan yang digunakan sebelumnya merupakan bekas gereja komuniti Metodis, yang bernama Albert Park. Gedung ini tergolong bangunan kuno, kerana telah beroprasi sejak tahun 1883. Akan tetapi, pada tahun 1962 gereja ditutup, dan beralih menjadi masjid dan pusat islam. Masjid ini, kini mampu menampung 1000 jama’ah, dan yang bertanggung jawab sebagai imam dan khatib hingga kini adalah Syeikh Salim As Syaikhi.

Masjid Brent

Masjid Brent terletak di Chichele Road, London NW2, dengan kapasiti 450 orang, dan dipimpin oleh Syeikh Muhammad Sadeez. Awalnya, bangunan itu merupakan gereja. Hingga kini ciri bentuknya tidak banyak berubah. Hanya ditambah kubah kecil berwarna hijau di beberapa bagian bangunan dan puncak menara.


Masjid New Peckham

Masjid New Peckham didirikan oleh Syeikh Nadzim Al Kibrisi. Terletak berhampiran Burgess Park, tepatnya di London Selatan SE5. Kini masjid ini berada di bawah pengawasan Imam Muharrim Atlig dan Imam Hasan Bashri. Sebelumnya, masjid ini merupakan bekas gereja St Marks Cathedral.

Masjid Sentral Wembley

Masjid Sentral Wembley ini terletak di jantung kota Wembley, dekat dengan Wembley Park Station. Daerah ini memiliki komuniti Muslim yang besar dan banyak kedai-kedai Muslim yang berada di sekitarnya. Bangunan masjid ini sebelumnya juga merupakan bekas gereja. Walau sudah terpasang kubah di puncak menaranya, tapi ciri-ciri bangunan gereja masih nampak jelas. Dengan demikian, siapa saja yang melihatnya, akan mengetahui bahwa bangunan itu dulunya adalah gereja.

Selain masjid-masjid di atas, sebuah gereja bersejarah di Southend juga sudah dibeli oleh Masjid Jami’ Essex dengan harga 850 ribu pound sterling. Gereja itu dijual, kerana jama’ah berkurang, sehingga kegiatan peribadatan dipusatkan di Bournemouth Park Road. Gereja ini sudah tidak beroprasi sejak tahun 2006 yang lalu. Rancangan asal gereja akan dijadikan apartemen, tapi rancangan itu ditolak oleh Dewan Southend. Akhirnya, gereja kosong itu dibeli oleh komuniti Muslim yang tinggal di kota itu, yang juga sedang mencari tempat untuk melaksanakan ibadah.

Ketika itu jumlah komuniti ini mencapai 250 orang, “bekas gereja” itu merupakan tempat yang sesuai, kerana mampu menampung 300 jama’ah. Tidak banyak dilakukan perubahan pada bentuk bangunan yang telah berumur 100 tahun lebih itu, hanya perlu menambah tempat untuk berwudhu dan sebuah menara.


Sumber: http://mosques.muslimsinbritain.org

PERKEMBANGAN ISLAM DI DUNIA BARAT


PERKEMBANGAN Islam di dunia Barat kebelakangan ini agak pesat. Mengikut kajian, dalam setiap empat warga barat seorang daripadanya adalah Muslim. Bukanlah mustahil bahawa jumlah penduduk Muslim akan terus bertambah dan Islam akan menjadi agama terbesar di dunia suatu masa nanti.

Peningkatan terus menerus itu bukan kerana jumlah penduduk yang makin bertambah di negara-negara Muslim, tapi jumlah mereka yang memeluk Islam terus meningkat.

Ia merupakan satu fenomena yang menonjol terutama selepas serangan terhadap World Trade Center di New York pada 11 September 2001. Serangan ini yang dikutuk oleh setiap orang terutama umat Muslim, tiba-tiba telah mengarahkan perhatian orang (khususnya warga Barat) kepada Islam.

Orang di Barat selalu bercakap mengenai agama Islam, macam manakah Islam itu, apakah yang dikatakan al-Quran, kewajipan apakah yang harus dilaksanakan sebagai seorang Muslim, dan bagaimanakah kaum Muslim dituntut melaksanakan urusan dalam kehidupan hariannya.

Daya tarikan itu secara semula jadi mendorong peningkatan jumlah warga dunia yang berpaling kepada Islam.

Antara perkiraan umum yang terdengar pasca selepas peristiwa 11 September itu adalah: “Serangan ini akan mengubah era sejarah dunia.” Nyata ia telah mulai nampak kebenarannya.

Proses kembali kepada nilai-nilai agama dan spiritual yang dialami dunia sejak sekian lama telah mengubah wajah dunia dan berpaling kepada Islam.

Islam di barat berada pada titik perkembangan yang pesat. Ini dibuktikan oleh laporan-laporan tesis, tulisan sekitar Kedudukan Muslim di Eropah‘ dan Dialog antara masyarakat Eropah dan umat Muslim‘.

Suatu kisah yang ditayangkan oleh NTV News pada 20 Jun 2004 dengan judul Islam adalah agama yang berkembang pesat di Eropah membahas laporan yang dikeluarkan oleh Badan Perisikan Domestik Perancis.

Laporan tersebut menyatakan jumlah orang yang memeluk Islam di negara-negara Barat bertambah terutama pasca serangan 11 September. Di Perancis sahaja ia meningkat sebanyak 30,000 hingga 40,000 pada tahun 2009.

Jumlah umat Islam di Eropah akan meningkat menjadi 20 peratus menjelang tahun 2050 seperti yang dilaporkan oleh kajian mengenai Euro-Islam dalam jurnal Current History oleh William Finan. Pada ketika ini terdapat 72 juta orang Islam di Turki.

Perangkaan dan kajian menunjukkan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) seperti Britain, Sepanyol dan Belanda akan mempunyai penduduk Muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat.

Perangkaan tahun 2008 menunjukkan lima peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah terdiri daripada kalangan umat Islam.

Philip K. Hitti dalam bukunya Orang Arab: Sejarah Ringkas (The Arabs: A Short History) menukilkan seperti berikut: “Orang Islam Sepanyol mengarang salah satu daripada bab-bab yang gemilang dalam sejarah intelektual pada zaman pertengahan Eropah.

Di antara pertengahan abad kelapan dan permulaan abad ke-13, orang Arab merupakan pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Mereka merupakan perantaraan untuk memulih, menambah dan menyebarkan sains dan falsafah yang telah merubah pembaharuan di Eropah Barat.”

Pada tahun 2008 direkodkan Rusia mempunyai jumlah orang Islam paling ramai di Eropah, iaitu kira-kira 27.04 juta, Perancis (6.12 juta), Jerman (3.05 juta), Itali (2.4 juta), Belanda (890,000), Sepanyol (550,000), Belgium (380,000), Austria (300,000), Sweden (280,000) dan beberapa negara Eropah lainnya yang terus mencatatkan peningkatan jumlah umat Islam di sana.

Kebanyakan Muslim di Eropah terdapat di bandar-bandar besar seperti 25 peratus di Rotterdam dan 24 peratus di Amsterdam (Belanda), 20 peratus di Marseille (Perancis), 17 peratus di Brussels (Belgium), 16 peratus di Bradford (UK), dan 10 peratus di Paris, London dan Copenhagen.

Seorang sarjana falsafah dan pengajian Islam di Switzerland, Tariq Ramadan dalam tulisannya mengenai peningkatan jumlah umat Islam di Eropah berpendapat, Islam kini telah menjadi sebahagian daripada budaya benua itu.

Masyarakat Islam di Eropah bukan lagi pendatang yang kemudian kembali semula ke negara asal mereka, tetapi ia telah menjadi warganegara Eropah yang beragama Islam.

Sarjana Barat tersohor, John Esposito, yang merupakan Pengasas Majlis Persafahaman Islam – Kristian di Washington, Amerika Syarikat (AS) pula berpendapat, Islam bukan saja agama kedua terbesar secara global, tetapi juga agama kedua atau ketiga terbesar di Eropah dan Amerika.

Ini akan membuka peluang dan ruang lebih besar kepada Islam untuk berkembang pesat di seluruh dunia.

Organisasi Muslim di AS juga memang banyak. Antaranya:

  • Persatuann Masyarakat Islam Amerika pengganti Nation of Islam yang lebih dikenali sebagai Black Muslim.Persatuan Masyarakat Islam Amerika Utara pula adalah organisasi Muslim dan perseorangan untuk mewakili Islam.
  • Lingkaran Islam Amerika Utara adalah kelompok Islam yang tidak memandang kesukuan, terbuka bagi semua dan mandiri. Kelompok ini dibentuk oleh pendatang kulit putih dan Afro Amerika yang masuk Islam. Kelompok ini sedang pesat berkembang yang juga disebut sebagai Muslim muda.
  • American Society of Muslim Islamic Supreme Concil of America (Dewan Tertinggi Muslim Amerika) iaitu mewakili ramai Muslim AS. Tujuannya, menyediakan penyelesaian bagi Muslim AS yang berlandaskan hukum Islam dan bekerja keras untuk mengintegrasikan ajaran Islam dalam menyelesaikan isu-isu demi memelihara keyakinan Islam di tengah masyarakat sekular.

Menurut laporan Lembaga Kajian Pew 2007, dua pertiga Muslim AS adalah keturunan asing. Ada antara mereka berhijrah ke AS sejak tahun 1990. Sepertiga daripada Muslim AS adalah penduduk asli yang menganut Islam dan keturunan Afro Amerika.

Sementara itu, New York Times pada 2005 melaporkan lebih ramai orang dari negara-negara Muslim menjadi penduduk AS di mana hampir setiap tahun seramai 96,000 orang menganut Islam berbanding dua dekad sebelumnya.

Dalam pada itu, Pope Benedick XVI khuatir apabila 100,000 orang Jerman turut meninggalkan agama asal mereka untuk memeluk Islam setiap tahun. Lebih menyedihkan apabila cuma tinggal 0.04 peratus saja orang Kristian yang ke gereja setiap hujung minggu di seluruh dunia.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengadakan siri lawatan ke Eropah dan sempat bertemu Pope Benedick XVI bagi membincangkan persefahaman dan perdamaian antara umat Islam dan Kristian.

Sementara itu, penelitian juga mengungkapkan bahawa dengan meningkat jumlah Muslim di Eropah turut memberi kesan dengan kesedaran untuk menegakkan Islam lebih ketara di kalangan mahasiswa.

Menurut kajian akhbar Perancis Le Monde pada Oktober 2001, dibandingkan data yang dikumpulkan pada tahun 1994, ramai kaum Muslim terus melaksanakan solat, pergi ke masjid dan berpuasa. Kesedaran itu lebih menonjol di kalangan mahasiswa universiti.

Dalam satu laporan yang didasarkan pada media massa asing pada tahun 1999, majalah Turki Aktuel menyatakan: “Para peneliti Barat menganggarkan dalam 50 tahun ke hadapan Eropah akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam”.

Perkembangan Islam juga tercermin dalam perkembangan dialog antara agama baru-baru. Dialog-dialog itu dimulai dengan pernyataan bahawa tiga agama monoteisme (Islam, Yahudi, dan Nasrani) memiliki jejak awal yang sama dan dapat bertemu pada satu titik yang sama.

Dialog-dialog seperti itu amat berhasil membuahkan hubungan yang penting, khususnya antara umat Nasrani dan Muslim.

Dalam al-Quran, Allah SWT memberitahu bahawa kaum Muslim mengajak kaum Ahli Kitab (Nasrani dan Yahudi) untuk bersatu pada satu jejakan yang disepakati bersama. (rujuk surah ali-’Imran ayat 64).

Justeru, ketiga-tiga agama ini berada pada jejak yang sama, mereka semestinya bekerjasama untuk menghapuskan permusuhan, keganasan, peperangan, dan penderitaan yang diakibatkan oleh ideologi-ideologi anti agama.

PERKEMBANGAN ISLAM DI EROPAH


Selama 20 tahun terakhir, jumlah kaum Muslimin di dunia telah meningkat secara perlahan. Angka statistik tahun 1973 menunjukkan bahawa jumlah penduduk Muslimin dunia adalah 500 juta; sekarang, angka ini telah mencapai 1.5 bilion. Kini, setiap empat orang salah satunya adalah Muslim. Bukanlah mustahil bahawa jumlah penduduk Muslim akan terus bertambah dan Islam akan menjadi agama terbesar di dunia. Peningkatan yang terus-menerus ini bukan hanya dikarenakan jumlah penduduk yang terus bertambah di negara-negara Muslim, tapi juga jumlah orang-orang mualaf yang baru memeluk Islam yang terus meningkat, suatu fenomena yang menonjol, terutama setelah serangan terhadap World Trade Centre pada 11 September 2001. Serangan ini, yang dikutuk oleh setiap orang, terutama umat Muslim, tiba-tiba saja telah mengarahkan perhatian orang (khususnya warga Amerika) kepada Islam. Orang di Barat berbicara banyak tentang agama macam apakah Islam itu, apa yang dikatakan Al Qur’an, kewajiban apakah yang harus dilaksanakan sebagai seorang Muslim, dan bagaimana kaum Muslim dituntut melaksanakan urusan dalam kehidupannya. Ketertarikan ini secara alamiah telah mendorong peningkatan jumlah warga dunia yang berpaling kepada Islam. Demikianlah, perkiraan yang umum terdengar pasca peristiwa 11 September 2001 bahawa “serangan ini akan mengubah alur sejarah dunia”, dalam beberapa hal, telah mulai nampak kebenarannya. Proses kembali kepada nilai-nilai agama dan spiritual, yang dialami dunia sejak lama, telah menjadi keberpalingan kepada Islam.

Hal luar biasa yang sesungguhnya sedang terjadi dapat diamati ketika kita mempelajari perkembangan tentang kecenderungan ini, yang mulai kita ketahui melalui surat-surat kabar maupun berita-berita di televisi. Perkembangan ini, yang umumnya dilaporkan sekedar sebagai sebuah bagian dari pokok bahasan hari itu, sebenarnya adalah petunjuk sangat penting bahawa nilai-nilai ajaran Islam telah mulai tersebar sangat pesat di seluruh dunia. Di belahan dunia Islam lainnya, Islam berada pada titik perkembangan pesat di Eropah. Perkembangan ini telah menarik perhatian yang lebih besar di tahun-tahun belakangan, sebagaimana ditunjukkan oleh banyak tesis, laporan, dan tulisan seputar “kedudukan kaum Muslim di Eropah” dan “dialog antara masyarakat Eropah dan umat Muslim.” Beriringan dengan berbagai laporan akademis ini, media massa telah sering menyiarkan berita tentang Islam dan Muslim. Penyebab ketertarikan ini adalah perkembangan yang terus-menerus mengenai angka populasi Muslim di Eropah, dan peningkatan ini tidak dapat dianggap hanya disebabkan oleh imigrasi. Meskipun imigrasi dipastikan memberi pengaruh nyata pada pertumbuhan populasi umat Islam, namun banyak peneliti mengungkapkan bahawa permasalahan ini dikarenakan sebab lain: angka perpindahan agama yang tinggi. Suatu kisah yang ditayangkan NTV News pada tanggal 20 Juni 2004 dengan judul “Islam adalah agama yang berkembang paling pesat di Eropah” membahas laporan yang dikeluarkan oleh badan perisikan domestik Prancis. Laporan tersebut menyatakan bahawa jumlah orang mualaf yang memeluk Islam di negara-negara Barat semakin terus bertambah, terutama pasca peristiwa serangan 11 September. Misalnya, jumlah orang mualaf yang memeluk Islam di Prancis meningkat sebanyak 30 hingga 40 ribu di tahun lalu saja.

Gereja Katolik dan Perkembangan Islam

Gereja Katolik Roma, yang berpusat di kota Vatican, adalah salah satu organisasi yang mengikuti fenomena tentang kecenderungan perpindahan agama. Salah satu pokok bahasan dalam pertemuan bulan Oktober 1999 muktamar gereja Eropah, yang dihadiri oleh hampir seluruh pendeta Katolik, adalah kedudukan Gereja di milenium baru. Tema utama konferensi tersebut adalah tentang pertumbuhan pesat agama Islam di Eropah. The National Catholic Reporter melaporkan sejumlah orang garis keras menyatakan bahawa satu-satunya cara mencegah kaum Muslim mendapatkan kekuatan di Eropah adalah dengan berhenti bertoleransi terhadap Islam dan umat Islam; kalangan lain yang lebih objektif dan rasional menekankan kenyataan bahawa oleh karena kedua agama percaya pada satu Tuhan, sepatutnya tidak ada celah bagi perselisihan ataupun peratusgketaan di antara keduanya. Dalam satu sesi, Uskup Besar Karl Lehmann dari Jerman menegaskan bahawa terdapat lebih banyak kemajemukan internal dalam Islam daripada yang diketahui oleh banyak umat Nasrani, dan pernyataan-pernyataan radikal seputar Islam sesungguhnya tidak memiliki dasar.

Mempertimbangkan kedudukan kaum Muslim di saat menjelaskan kedudukan Gereja di milenium baru sangatlah tepat, mengingat pendataan tahun 1999 oleh PBB menunjukkan bahawa antara tahun 1989 dan 1998, jumlah penduduk Muslim Eropah meningkat lebih dari 100 peratus. Dilaporkan bahawa terdapat sekitar 13 juta umat Muslim tinggal di Eropah saat ini: 3,2 juta di Jerman, 2 juta di Inggris, 4-5 juta di Prancis, dan selebihnya tersebar di bagian Eropah lainnya, terutama di Balkan. Angka ini mewakili lebih dari 2% dari keseluruhan jumlah penduduk Eropah.

Kesadaran Beragama di Kalangan Muslim Meningkat di Eropah

Penelitian terkait juga mengungkap bahawa seiring dengan terus meningkatnya jumlah Muslim di Eropah, terdapat kesadaran yang semakin besar dalam menjalankan agama di kalangan para mahasiswa. Menurut survei yang dilakukan oleh surat kabar Prancis Le Monde di bulan Oktober 2001, dibandingkan data yang dikumpulkan di tahun 1994, banyak kaum Muslims terus melaksanakan sholat, pergi ke mesjid, dan berpuasa. Kesadaran ini terlihat lebih menonjol di kalangan mahasiswa universiti.

Dalam sebuah laporan yang didasarkan pada media masa asing di tahun 1999, majalah Turki Aktüel menyatakan, para peneliti Barat memperkirakan dalam 50 tahun ke depan Eropah akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam.

Islam adalah Bagian Tak Terpisahkan dari Eropahh

Bersamaan dengan kajian sosiologis dan demografis ini, kita juga tidak boleh melupakan bahawa Eropah tidak bersentuhan dengan Islam hanya baru-baru ini saja, akan tetapi Islam sesungguhnya merupakan bagian tak terpisahkan dari Eropah.

Eropah dan dunia Islam telah saling berhubungan dekat selama berabad-abad. Pertama, negara Andalusia (756-1492) di Semenanjung Iberia, dan kemudian selama masa Perang Salib (1095-1291), serta penguasaan wilayah Balkan oleh kekhalifahan Utsmaniyyah (1389) memungkinkan terjadinya hubungan timbal balik antara kedua masyarakat itu. Kini banyak pakar sejarah dan sosiologi menegaskan bahawa Islam adalah pemicu utama perpindahan Eropah dari gelapnya Abad Pertengahan menuju terang-benderangnya Masa Renaisans. Di masa ketika Eropah terbelakang di bidang kedokteran, astronomi, matematika, dan di banyak bidang lain, kaum Muslim memiliki perbendaharaan ilmu pengetahuan yang sangat luas dan kemampuan hebat dalam membangun.

Bersatu pada Pijakan Bersama: “Monoteisme”

Perkembangan Islam juga tercerminkan dalam perkembangan dialog antara-agama baru-baru ini. Dialog-dialog ini berawal dengan pernyataan bahawa tiga agama monoteisme (Islam, Yahudi, dan Nasrani) memiliki pijakan awal yang sama dan dapat bertemu pada satu titik yang sama. Dialog-dialog seperti ini telah sangat berhasil dan membuahkan kedekatan hubungan yang penting, khususnya antara umat Nasrani dan Muslim. Dalam Al Qur’an, Allah memberitahukan kepada kita bahawa kaum Muslim mengajak kaum Ahli Kitab (Nasrani dan Yahudi) untuk bersatu pada satu pijakan yang disepakati bersama:

Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” (QS. Ali ‘Imran, 3: 64)

Ketiga agama yang meyakini satu Tuhan tersebut memiliki keyakinan yang sama dan nilai-nilai moral yang sama. Percaya pada keberadaan dan keesaan Tuhan, malaikat, Nabi, Hari Akhir, Surga dan Neraka, adalah ajaran pokok keimanan mereka. Di samping itu, pengorbanan diri, kerendahan hati, cinta, berlapang dada, sikap menghormati, kasih sayang, kejujuran, menghindar dari berbuat zalim dan tidak adil, serta berperilaku mengikuti suara hati nurani semuanya adalah sifat-sifat akhak terpuji yang disepakati bersama. Jadi, karena ketiga agama ini berada pada pijakan yang sama, mereka wajib bekerja sama untuk menghapuskan permusuhan, peperangan, dan penderitaan yang diakibatkan oleh ideologi-ideologi antiagama. Ketika dilihat dari sudut pandang ini, dialog antar-agama memegang peran yang jauh lebih penting. Sejumlah seminar dan konferensi yang mempertemukan para wakil dari agama-agama ini, serta pesan perdamaian dan persaudaraan yang dihasilkannya, terus berlanjutan secara berkala sejak pertengahan tahun 1990-an.

Kabar Gembira tentang Datangnya Zaman Keemasan

Dengan mempertimbangkan semua fakta yang ada, terungkap bahawa terdapat suatu pergerakan kuat menuju Islam di banyak negara, dan Islam semakin menjadi pokok bahasan terpenting bagi dunia. Perkembangan ini menunjukkan bahawa dunia sedang bergerak menuju zaman yang sama sekali baru. Yaitu sebuah zaman yang di dalamnya, insya Allah, Islam akan memperoleh kedudukan penting dan ajaran akhlak Al Qur’an akan tersebar luas. Penting untuk dipahami, perkembangan yang sangat penting ini telah dikabarkan dalam Al Qur’an 14 abad yang lalu:

Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur’an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai. (QS. At Taubah, 9: 32-33)

Tersebarnya akhlak Islami adalah salah satu janji Allah kepada orang-orang yang beriman. Selain ayat-ayat ini, banyak hadits Nabi kita SAW menegaskan bahawa ajaran akhlak Al Qur’an akan meliputi dunia. Di masa-masa akhir menjelang berakhirnya dunia, umat manusia akan mengalami sebuah masa di mana kezaliman, ketidakadilan, kepalsuan, kecurangan, peperangan, permusuhan, peratusgketaan, dan keruntuhan akhlak merajalela.  Kemudian akan datang Zaman Keemasan, di mana tuntunan akhlak ini mulai tersebar luas di kalangan manusia bagaikan naiknya gelombang air laut pasang dan pada akhirnya meliputi seluruh dunia. Sejumlah hadits ini, juga ulasan para ulama mengenai hadits tersebut, dipaparkan sebagaimana berikut:

Selama [masa] ini, umatku akan menjalani kehidupan yang berkecukupan dan terbebas dari rasa was-was yang mereka belum pernah mengalami hal seperti itu. [Tanah] akan mengeluarkan panennya dan tidak akan menahan apa pun dan kekayaan di masa itu akan berlimpah. (Sunan Ibnu Majah)

… Penghuni langit dan bumi akan ridha. Bumi akan mengeluarkan semua yang tumbuh, dan langit akan menumpahkan hujan dalam jumlah berlimpah. Disebabkan seluruh kebaikan yang akan Allah curahkan kepada penduduk bumi, orang-orang yang masih hidup berharap bahawa mereka yang telah meninggal dunia dapat hidup kembali. (Muhkhtasar Tazkirah Qurtubi, h. 437)

Bumi akan berubah seperti penampan perak yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan … (Sunan Ibnu Majah)

Bumi akan diliputi oleh kesetaraan dan keadilan sebagaimana sebelumnya yang diliputi oleh penindasan dan kezaliman. (Abu Dawud)

Keadilan akan demikian  jaya sampai-sampai semua harta yang dirampas akan dikembalikan kepada pemiliknya; lebih jauh, sesuatu yang menjadi milik orang lain, sekalipun bila terselip di antara gigi-geligi seseorang, akan dikembalikan kepada pemiliknya… Keamanan meliputi seluruh Bumi dan bahkan segelintir perempuan bisa menunaikan haji tanpa diantar laki-laki.  (Ibn Hajar al Haitsami: Al Qawlul Mukhtasar fi `Alamatul Mahdi al Muntazar, h. 23)

Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, Zaman Keemasan akan merupakan suatu masa di mana keadilan, kemakmuran, keberlimpahan, kesejahteraan, rasa aman, perdamaian, dan persaudaraan akan menguasai kehidupan umat manusia, dan merupakan suatu zaman di mana manusia merasakan cinta, pengorbanan diri, lapang dada, kasih sayang, dan kesetiaan. Dalam hadits-haditsnya, Nabi kita SAW mengatakan bahawa masa yang diberkahi ini akan terjadi melalui perantara Imam Mahdi, yang akan datang di Akhir Zaman untuk menyelamatkan dunia dari kekacauan, ketidakadilan, dan kehancuran akhlak. Ia akan memusnahkan paham-paham yang tidak mengenal Tuhan dan menghentikan kezaliman yang merajalela. Selain itu, ia akan menegakkan agama seperti di masa Nabi kita SAW, menjadikan tuntunan akhlak Al Qur’an meliputi umat manusia, dan menegakkan perdamaian dan menebarkan kesejahteraan di seluruh dunia.

Kebangkitan Islam yang sedang dialami dunia saat ini, serta peranan Turki di era baru merupakan tanda-tanda penting bahawa masa yang dikabarkan dalam Al Qur’an dan dalam hadits Nabi kita sangatlah dekat. Besar harapan kita bahawa Allah akan memperkenankan kita menyaksikan masa yang penuh berkah ini.

Sumber artikel : harunyahya.com

 

%d bloggers like this: