CAHAYA ISLAM BERSINAR DI KOREA SELATAN



Salam Doktor! Saya Ahnaf Abdul Qais dari Seoul, Korea. Boleh doktor datang ke sini untuk memenuhi jemputan kami sebagai penceramah? Komuniti masyarakat Malaysia di Korea akan mengadakan program kemuncak Demi al Aqsa pada Novemver 2011 ini? Begitulah di antara teks ringkas yang saya terima daripada saudara Ahnaf Qais, seorang jurutera Malaysia yang kini bekerja di Seoul, Korea Selatan.

Ini adalah kunjungan sulung saya ke Korea Selatan bagi memenuhi undangan ceramah di sana disamping membuat liputan mengenai perkembangan Islam di bumi Sonata ini.

Seoul, Ibu kota Korea Selatan yang merupakan kawasan metropolitan yang ke 2 besar di dunia.

Alhamdulillah, rancangan ini menjadi kenyataan apabia saya mula bermusafir dengan pesawat MH 67 ke Seoul dengan penerbangan yang mengambil masa selama 7 jam. Saya selamat mendarat di awal pagi pada jam 6.45 pagi dan agak teruja dengan kedinginan suhu paginya yang mencecah 5’C di kala musim sejuk sebenar belum pun menjelang tiba.

Seoul Central Mosque, Itaewon.

Setelah berehat buat seketika di penginapan yang disediakan, saya memulakan lawatan ke Korea ini dengan bersolat Jumaat di Seoul Central Mosque di Itewon. Subhanallah, masjid ini merupakan sebuah Pusat Islam dan masjid jamek yang besar lagi tersergam indah di atas sebuah bukit di tengah-tengah ibu kota Korea ini.

Saya terpaksa mencuri peluang masuk dengan berhimpit sebelum berjaya ke dalam dewan solat masjid kerana jemaah yang hadir telah pun memenuhi ruang solat sehingga melimpah ke bahagian luar masjid. Kelihatan khatib tempatan yang bernama Ustaz Sulaiman sedang berkhutbah dengan penuh bersemangat di dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Korea. Para Jemaah yang hadir kelihatan khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan.

Khutbah Jumaat di Seoul Central Mosque.

Jelas kelihatan bahawa mereka mempunyai asal latar-belakang yang berbeza, seolah-olah kami sedang berada di sebuah perhimpunan umat Islam antarabangsa. Selain daripada masyarakat tempatan dari Korea, ramai juga kelihatan orang-orang Islam yang berketurunan Pakistan, Bangladesh, Turki, Arab, Malaysia dan Indonesia. Selepas solat Jumaat, saya mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan masyarakat Islam di sini.

Saya juga bersempatan melawat Seoul Central Mosque dengan lebih dekat lagi. Pejabat operasinya nampak kemas dan kakitangannya sentiasa kelihatan mesra menyambut kedatangan tetamu dari dalam dan luar Negara. Kelihatan juga sebuah sekolah rendah Islam yang telah dibangunkan bagi memberikan pendidikan Islam secara khusus kepada anak-anak Muslim terletak di perkarangan kawasan masjid ini.

Majoriti penduduk Korea Selatan yang berjumlah seramai 48.8 juta orang ini secara rasminya tidak menganut sebarang agama. Manakala umat Islam pula adalah kaum yang begitu minoriti di sini. Namun begitu, syiar Islam semakin hari semakin terserlah perkembangannya. Pada setiap minggu dan bulan, semakin ramai rakyat Korea yang membuat keputusan untuk memilih Islam sebagai agama mereka.

Kini, penduduk beragama Islam di negara yang terkenal dengan produk ginseng itu dianggarkan mencecah kira-kira 140,000-150,000 orang termasuk pelajar dan pekerja yang menetap di situ. Daripada jumlah ini, kira-kira 35,000 orang adalah Muslim daripada kalangan rakyat tempatan Korea Selatan.

Perkembangan Islam di situ dapat dilihat dengan jelas apabila semakin banyak masjid dan surau dibina di beberapa penempatan penduduk Islam. Ia bukan hanya berfungsi sebagai tempat menunaikan solat, bahkan sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam. Apa yang jelas, dakwah yang dijalankan oleh imam dan pemimpin agama terdahulu dan sekarang terutamanya di kalangan rakyat tempatan telah berjaya menyedarkan masyarakat Korea untuk memilih agama Islam dengan rela hati.

Menurut sejarah, Islam telah mula bertapak di Korea sejak ratusan tahun dulu tetapi subur bercambah di antara tahun 1950-1953 yang lalu ketika negara itu berada di dalam kancah peperangan dan rakyatnya berada di dalam keadaan yang sangat miskin. Risalah Islam mula dibawa dan kemudiannya disebarkan oleh beberapa orang tentera dari battalion ketenteraan Turki yang bertugas di Korea.

Kini, penyebaran agama Islam di negara ginseng ini banyak dibantu oleh Korean Muslim Federation (Persekutuan Korea Muslim –KMF ) yang telah ditubuhkan bagi menangani kebajikan dan dakwah kepada masyarakat Islam setempat serta kepada rakyat Korea yang lainnya.

Seoul Central Mosque yang merupakan masjid yang pertama dibina di Korea Selatan iaitu pada 1976, telah dipilih oleh KMF sebagai pusat dakwah dan pusat pendidikan Islam kepada penduduk setempat di situ.

Pendakwah dari Turki yang memiliki BA, MA dan PhD dalam Bahasa Korea.

Saya sempat menemui saudara Dr Hussein Janj, pegawai eksekutif KMF yang berketurunan Turki yang memiliki ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran (PhD) di bidang bahasa Korea. Dr Hussein yang telah berdakwah selama 16 tahun di Korea menyatakan bahawa semakin hari semakin ramai rakyat Korea yang memilih Islam sebagai agama mereka. Saban hari dan di hujung minggu terutamanya, semakin ramai rakyat tempatan yang datang ke masjid untuk mempelajari Islam dengan lebih dekat dan kemudiannya memeluk Islam. Melalui kelas pengajian ‘What Is Islam? yang dijalankan di Seoul Central Mosque sahaja telah berjaya menarik kira-kira seramai 150 orang memeluk Islam pada setiap tahun.

Masjid Chongju.

Sehingga kini perkembangan Islam di Korea Selatan cukup membanggakan apabila 10 buah masjid, 40 buah surau dan lima buah Pusat Islam telah didirikan di seluruh negara. Di antara masjid yang ada di Korea Selatan ialah di Seoul (1976), Pusan (1979), Anyang (1986), Jeonju (1986), Ansan (2001), Incheon Bupyong (2004), Paju (2005), Pochean (2005) dan Gwangju (2005).

Masjid di Pusan.

Ada di antara surau-surau di negara itu yang dibina oleh para pekerja yang datang dari negara Arab, Pakistan dan Bangladesh tetapi ianya cukup bermakna kepada pembangunan Islam di negara Sonata ini.

Kekuatan umat Islam yang paling ketara ialah apabila setiap hari Jumaat, lebih 1,000 orang jemaah berhimpun menunaikan solat Jumaat di setiap masjid utama di seluruh Korea Selatan termasuklah rakyat asing dan pelajar-pelajar universiti yang datang dari negara luar.

KMF bukan hanya berperanan membimbing umat Islam, malah menyediakan perkhidmatan membekalkan daging lembu, kambing dan ayam untuk diedarkan di restoran yang menyajikan hidangan halal di seluruh Korea Selatan.

Kebanyakan daging lembu serta kambing yang dibekalkan oleh KMF biasanya diimport dari New Zealand dan Australia. Jadi masyarakat dan pelancong Islam tidak perlu merasa bimbang untuk mendapatkan makanan halal kerana KMF memainkan peranan mereka dengan baik.

Anggota Tentera korea yang memilih Islam sebagai agama.

Walaupun setakat ini Islam tidak disekat atau dihalang di sini, namun ianya mempunyai cabaran tersendiri termasuklah hijab bagi wanita yang bekerja, makanan halal dan pendidikan Islam untuk generasi anak-anak mereka.

Umumnya, rakyat Korea adalah masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi yang telah menjadi budaya kerja dan budaya hidup mereka. Rata-rata di kalangan mereka bekerja dengan penuh kesungguhan sejak awal pagi dan hanyalah pulang ke rumah menjelang lewat malam. Kesannya kini terbukti bahawa Korea Selatan begitu terkenal dengan kejayaan mereka yang telah menempah nama di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuklah teknologi, ekonomi, sukan dan lain-lain lagi.

Kadar bunuh diri tertinggi di dunia.

Namun begitu, kebanyakan rakyatnya jelas di dapati merasai kekosongan dari sudut rohaninya. Majoriti daripada mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak menganut sebarang agama. Sebagai contohnya, kadar membunuh diri di kalangan rakyat Korea adalah merupakan kadar yang tertinggi di dunia bersama Negara Jepun. Di sini, jelas kelihatan bahawa kemajuan dunia yang hebat tidak mempunyai apa-apa erti yang besar jauh apabila rohani masyarakatnyanya kosong daripada petunjuk Ilahi. Dengan berlalunya masa, cahaya Islam dilihat oleh masyarakat tempatan Korea semakin jelas mempunyai jawapan kepada erti kehebatan dan kecemerlangan kehidupan yang sebenar.

Cuba saksikan beberapa tayangan yang membuktikan betapa cahaya Islam semakin berkembang di bumi Sonata ini.

1. Anak muda Korea membaca al Quran

2. Islam di Korea

Semakin terbukti bahawa cahaya Islam kian mekar berkembang ke seluruh pelusuk alam dengan dakwah Islamiah yang disebarkan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar……

Salam perjuangan

Seoul yang sejuk tetapi hangat dengan perkembangan Islam.

__________________________________________________

Penghargaan:

  • Dr Hussein Janj, KMF Executive, Seoul Central Mosque, Itaewon, Seoul
  • En Abdullah Zawawi Tahir, Deputy Chief of Mission, Embassy of Malaysia, Seoul
  • Sdr Ahnaf Abdul Qais, Pengerusi ISMA Korea & komuniti Malaysia di Korea

Ditulis Oleh: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Sumber; http://www.islamituindah.my/

PERUNTUH MASJID BABRI MEMELUK ISLAM


BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ‘suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.

Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan “Ram! Ram!” sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas ‘kejahatan’ beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

Kuasa Allah

Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia ‘baru’ yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.

“Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.

“Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan,” ujarnya sayu.

Susunan SITI AINIZA KAMSARI
dipetik dari Utusan Online

PELUK ISLAM MELALUI IKLAN


Gain Peace, sebuah organisasi dakwah di Chicago yang berdakwah dengan menggunakan papan iklan seperti berdakwah dengan cara memasang iklan di badan bas. Kegiatan yang mereka lakukan ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu meluaskan pandangan masyarakat Barat yang bersifat negatif kepada Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, 17 orang yang menyatakan ingin memeluk agama Islam.

Salah satu darinya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun mempunyai niat masuk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas.

“Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa itulah akhir dari petanda dimana saya harus melengkapi niat saya, ” kata Toole.

Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang lelaki memberinya sekeping brochure dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari brochure itu. “Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca,” Toole menceritakan.

“Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya,” sambung Toole sehingg akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan “Got Questions? Get Answers ” dan terus menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.

Setelah mendapatkan penjelasan dan berbincang dengan pihak GainPeace, Toole telah mengucap syahadat. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.

Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea yang bijak untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.

“Saya sangat berterima kasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam, “kata Toole.

GainPeace juga memberikan perkhidmatan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka boleh belajar apa saja mulai dari cara sembahyang, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

GainPeace Bus and Train Campaign, Chicago 2010 - Flickr Yahoo Photo GainPeace.com

Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. “Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahawa anda telah menemukan rumah yang benar, “tambah Toole.

Seperti diberitakan sebelum ini, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan soal jawab tentang Islam di bas-bas CTA mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago.

Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar $30,900 dollar AS sebagai kos pemasangan iklan 25 bas CTA yang melalui laluan di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamannya dikunjungi lebih dari 300,000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggeris, majalah The Message on Prophet Muhammad serta brocure dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.

Photobucket

Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan mesej dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap pelbagai maklumat tentang Islam, sehingga dapat membetulkan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.

Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cawangan di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menempelkan lebih dari 1,000 iklan soal jawab tentang Islam di stesen-stesen kereta api bawah tanah.

Kerana kempen dengan cara itu berjaya, bandar-bandar lain di AS dan Canada meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di bandar-bandar tersebut.

Flickr PhotoGainPeace Bus and Train Campaign, Chicago 2010

Sumber : www.isuhangat.net

MENGAPA MEREKA MEMILIH ISLAM?


Dr. Murad Hofmann

Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960  beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco.

Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.

Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”

Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.

Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”

Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/

Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)

Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical Dileep KumarMusic dari Trinity College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock  serta muzik Hindu klasik dalam muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.

Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.

Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, “Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.”

Rujukan:http://www.arabnews.com/?page=1§ion=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=kingdom.jpg&category=Kingdom

Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)

Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987.  Pada asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.

Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.

Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).

Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm

Jang (Bangsa China)

Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf Islam Online bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir Jang(babi). Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.

Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.

Artikel : Dr Danial Zainal Abidin

Sumber artikel: One Ummah.net

CORETAN PENGISLAMAN ANELKA



Nicolas Anelka: Islam Memberikan Kedamaian dan Ketenangan Hidup

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan. Anelka dikenali sebagai penyerang yang sangat produktif dalam mencipta peluang dan menjaringkan gol ke gawang lawan. Pada saingan Liga Inggeris (British Primiership League / BPL) 2008-2009 lalu, Nicolas Anelka menjadi peledak gol terbanyak dengan 22 gol. Jumlah ini lebih banyak berbanding pasangan penyerangnya di Chelsea iaitu Didier Drogba.

Nicolas Anelka dan Didier Drogba

Nicolas Anelka dan Didier Drogba merupakan pasangan penyerang yang sangat ditakuti di liga Inggeris. Kedua-duanya dikenali sebagai penyerang yang kehausan gol. Anelka merupakan antara bintang bola sepak dunia. Di sebalik kegarangannya dalam meledakkan bola ke gawang lawan, Nicolas Anelka mempunyai sikap yang amat dingin dengan orang lain. Dia jarang tersenyum di atas padang. Kadang-kadang rakan-rakannya sering berasa serba salah jika mahu bercakap dengannya. Dirinya sangat fokus dalam permainan.

Di barisan hadapan The Blues (Chelsea), Anelka dikenali sebagai pemain yang amat tenang tetapi begitu garang di depan lawan. Dia juga seorang pemain yang tidak beremosi seperti dahulu lagi. Tidak seperti semasa dia bermain di Real Madrid, Liverpool, Manchester City, dan Arsenal. Ketika itu, lelaki kelahiran Versailles ini dikenali sebagai pemain bola sepak yang suka merajuk dan emosional.

Memeluk Islam

Kini Anelka sungguh berbeza. Anelka di kenali sebagai pemain yang tenang, tidak baran, dan tidak mempunyai masalah di dalam dan di luar padang lagi sejak bermain di Chelsea. Apa sebenarnya yang terjadi terhadap Anelka? Apa yang menyebabkan dirinya semakin bijak mengawal diri? Dalam temubual dengan sebuah media di Inggeris, ketika ditanya tentang perubahan sikapnya, Anelka menjawab dengan bersahaja.

‘Islam banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpukan perhatian dan mempunyai semangat yang tinggi. Saya berasa tenang menjadi seorang Muslim, sebuah agama yang amat tenang dan saya banyak belajar erti kehidpupan dari Islam,’  kata Abdul Salam Bilal Anelka, nama Muslimnya.

Franck Ribery

Sebelum ini Anelka menyembunyikan identiti keislamannya di khalayak awam. Tidak seperti rakannya Franck Ribery, pemain FC Bayern Munich yang berasal dari Perancis, yang selalu berdoa sebelum perlawanan bermula. Anelka mengambil pendirian untuk berdiam diri dan benar-benar menyembunyikan identiti Muslimnya.

”Bagi saya, agama adalah hal peribadi, tidak perlu dihebohkan kepada orang ramai,” terangnya. Namun sejak kebelakangan ini, ketika orang ramai sudah mengetahui identitinya sebagai seorang umat Islam, Nicolas Anelka tidak menafikannya.

Bilakah Anelka Memeluk Islam?

Perpindahannya ke kelab Turki, Fenerbahce, selepas berhijrah dari Manchester City pada tahun 2004, Anelka telah menerima hidayah untuk memeluk Islam. Pemain yang memiliki nama penuh Nicolas Sebastien Anelka ini mengumumkan secara rasmi bahawa dirinya telah menjadi seorang Muslim.

Dilahirkan di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, Anelka menghabiskan masa kecilnya di Trappes iaitu sebuah bandar kecil yang terletak di pinggiran barat Paris. Sebelum menjadi seorang Muslim, Anelka adalah seorang ateis (tidak beragama). Dia juga bukan seorang penganut agama Kristian seperti yang dianggap oleh sebahagian orang ramai. Anelka dulunya benar-benar tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Namun di waktu dirinya tidak beragama, Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim. Dari situlah Anelka mula tertarik dengan Islam. ”Saya sudah menjadi seorang Muslim sejak saya berusia 16 tahun,” katanya di dalam wawancara dengan sebuah majalah Arab, Super Magazine.

Dalam temuramah Anelka bersama majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan alasannya mengapa dia memilih Islam. Bagi Anelka, Islam adalah cara hidup yang paling sesuai dengan dirinya. ”Saya merasa selesa dan tenang dengan agama dan hidup saya ketika ini”.

Anelka semasa kanak-kanak

Menganut Islam, diakui penyerang Chelsea ini bahawa Islam banyak membawa perubahan positif di dalam hidupnya. Menurutnya, agama Islam menuntutnya untuk sentiasa bersikap rasional dan positif. Dan perkara inilah yang mempengaruhi sikap tenangnya ketika berada di atas padang. ”Islam banyak membantu saya untuk menjadi seorang yang tenang, fokus terhadap apa yang ingin dilakukan dan mempunyai semangat juang yang tinggi,” katanya.

Dalam wawancara yang dimuatkan di dalam majalah Match, majalah yang diterbitkan di Perancis, Anelka mendedahkan bahawa Islam adalah sumber kekuatannya di dalam mahupun di luar padang.

‘Saya menjalani karier dan kehidupan yang sukar sebelum ini. Saya mencari-cari kedamaian dan erti kehidupan. Dan akhirnya saya menemui Islam.’

Anelka berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Belgium, Barbara Tausia, pada 9 Jun 2007 di Marrakech, Maghribi. Anelka merancang untuk menetap di UAE selepas bersara nanti. Selain bermain bola sepak, Anelka juga meminati dan bermain tenis dan beliau juga pernah berlakon dalam filem berjudul ”Le boulet” sebagai pemain bola sepak bernama Nicolas.

Tetap Berpuasa

Sebagai seorang pemain bola sepak profesional dan penganut agama Islam yang taat, kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan tidak membebankan Anelka untuk tetap menjalankan aktivitinya di padang bola sepak. Seperti kebanyakan pemain bola sepak Muslim yang lain, Anelka tetap berusaha menjalankan ibadah puasa.

Dalam wawancara dengan majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan bahawa sebagai seorang Muslim yang taat, dia wajib menghormati bulan Ramadhan dengan menjalankan kewajipan puasa. ”Sebenarnya puasa bukanlah perkara yang sukar untuk dijalankan. Saya pernah melakukannya pada tahun-tahun yang lepas. Namun dalam beberapa kali Ramadhan, saya mengalami dua atau tiga kecederaan. Hanya sebab ini yang membuatkan saya tidak berpuasa.”

Bersyahadat di Fenerbache

Sejak menyatakan bahawa dirinya sudah memeluk agama Islam tahun 2004, Anelka telah mempunyai nama Islam iaitu Abdul Salam Bilal Anelka. Diyakini perpindahan Anelka kepada agama Islam ini berlaku ketika dia bermain bersama kelab gergasi Turki, Fenerbahce.

Anelka menyarung jersi Fenerbahce

Nama Anelka melonjak naik semenjak bermain untuk Arsenal. Kemudiannya Anelka berpindah ke Real Madrid tahun 1999 dengan nilai perpindahan 22.3 juta pound. Kemudian Anelka kembali lagi ke kelab asalnya, Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan sebanyak 20 juta pound.

Meskipun selesa di Paris, Anelka kembali ke Liga Perdana Inggeris untuk bermain dengan Liverpool dengan status pemain pinjaman. Selepas itu, dia berpindah ke Manchester City dengan nilai perpindahan 13 juta pound pada awal musim 2002-2003. Setelah bersama tiga musim dengan Manchester City, Anelka berpindah ke Fenerbahce. Di kelab Turki inilah, Anelka mengucapkan dua kalimah syahadat. Selepas itu Anelka kembali lagi ke Lige Perdana Inggeris. Anelka menyertai Bolton Wanderers yang membelinya dari Fenerbache dengan nilai perpindahan 7-8 juta pound. Kemudian pada musim 2008/2009, Anelka berpindah ke Chelsea dengan nilai 15 juta pound.

Biodata Anelka

Nama Penuh: Nicolas Sebastien Anelka
Nama Muslim: Abdul Salam Bilal Anelka
Tempat Lahir: Versailles, Perancis
Tarikh Lahir: 14 Mac 1979
Isteri: Barbara Tausia
Kelab Sekarang ini: Chelsea FC
Masuk Islam: 2004
Kerjaya Profesional:

1. Paris Saint-Germain/PSG (Perancis)
2. Arsenal (Inggeris)
3. Liverpool (Inggeris)
4. Real Madrid (Sepanyol)
5. Manchester City (Inggeris)
6. Fenerbahce (Turki)
7. Bolton Wonderes (Inggeris)

Sumber: http://siasahkini.blogspot.com

PROFESSOR JEFFERY LANG TEMUI HIDAYAH MELALUI AL-QURAN


Professor Jeffrey Lang, Temui Hidayah melalui al-Quran

“Saya pernah berkata, saya tidak percaya kewujudan Tuhan! Namun al-Quran telah merubah pegangan dan pendirian saya. Di bilik solat itu saya bersyahadat tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.”

Perjalanan setiap insan di muka bumi Allah ini berbeza-beza. Seperti Prof Jeffrey Lang, kisah pengislamannya agak unik dan menarik untuk dikongsikan. Professor Matematik ini mendapat Hidayah melalui perantaraan mahasiswa bimbingannya di kampus University of San Francisco, AS. Ketika itu dia telah dihadiahkan sebuah kitab al-Quran yang diakuinya sebagai sebuah kitab suci yang sangat mengagumkan.

Suatu hari, secara tidak sengaja dia telah menemui sebuah ruang kecil di tingkat bawah gereja di kampusnya. Setelah diamati, dia mendapati ruang kecil itu sebenarnya digunakan oleh para mahasiswanya yang beragama Islam untuk menunaikan waktu solat lima waktu. Tambah menarik, di ruang yang sama juga Prof Jeffrey Lang telah bersyahadat buat kali pertama. Ikuti kisah selengkapnya.

Prof Dr Jeffrey Lang bertugas sebagai pensyarah dan penyelidik dalam bidang matematik di Universiti Kansas, salah sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga penganut fahaman Katolik Roma di Bridgeport, Connecticut pada 30 Januari tahun 1954.

Kemudian dia mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah beraliran Katolik Roma di tempat kelahirannya.

“Hampir 18 tahun lamanya saya menghabiskan masa kecil saya di sekolah yang berlatar belakangkan ajaran Katolik. Namun, saya belum menemukan jalan untuk menyelesaikan masalah yang selama ini saya hadapi. Terutamanya persoalan tentang Tuhan dan philosophy ajaran Kristian,” tuturnya ringkas.

Jeffrey, dalam catatan hariannya banyak mengisahkan tentang perjalanannya mencari Islam.

“Seperti kebanyakan anak-anak kecil dengan penuh keceriaan. Bezanya, tika itu saya sudah mulai banyak bertanya tentang nilai-nilai kehidupan, politik, sosial dan keagamaan. Bahkan saya sering bertengkar dan bertikam lidah dengan ramai orang terutamanya ketua gereja Katolik,” ungkapnya.

Beranjak ke usia remaja, pendirian Prof Jeffrey mulai berubah. Akuinya lagi, dia sudah mula tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

“Jika Tuhan itu ada, dan punyai belas kasihan dan kasih sayang, mengapa terdapat pelbagai penderitaan di atas muka bumi ini? Mengapa kita tidak dimasukkan terus ke dalam syurga? Dan mengapa dia menciptakan setiap manusia itu dengan pelbagai penderitaan?.” Selama bertahun-tahun pertanyaan itu terus menghantui fikirannya.

Bertemu Mahasiswa Muslim

Persoalan yang terbuku akhirnya terlerai setelah Prof Jeffrey temui jawapannya di kota San Francisco. Ceritanya bermula ketika dia dilantik sebagai salah seorang pembantu pensyarah di Jabatan Matematik, Universiti San Francisco. Pertanyaan tentang wujudnya Tuhan terjawab setelah dia menemui beberapa orang mahasiswa yang beragama Islam.

“Ketika pertama kali saya menyampaikan kuliah di Universiti San Francisco, saya telah bertemu dengan seorang mahasiswa Muslim yang mengambil subjek matematik. Kami menjadi semakin akrab, begitu juga dengan keluarganya. Ketika itu, ‘agama’ belum lagi menjadi topik perbincangan kami. Sehinggalah sampai satu saat, saya dihadiahkan sebuah kitab suci al-Quran,” ceritanya lagi.

Mahmoud Qadeel, jejaka kelahiran Arab Saudi ini telah membuka mata Prof Jeffrey untuk mengenali Islam. Menariknya, setiap perbincagan mereka banyak berkisarkan tentang sains dan teknologi.

“Kami pernah berdiskusi tentang ilmu kedoktoran, dan dia dapat menjawab dengan sempurna sekali. Penguasaan bahasa Inggerisnya juga hebat,” ceritanya kagum.

Hadiah al-Quran

“Ketika majlis perpisahan, semua pensyarah dan mahasiswa diwajibkan hadir. Waktu itu, saya sangat terkejut apabila Mahmoud menghadiahkan saya sebuah al-Quran dan beberapa buah buku agama. Atas inisiatif sendiri, saya cuba mempelajari isi al-Quran tersebut. Bahkan buku-buku agama yang diberikannya itu juga saya baca sehingga habis.”

“Saya begitu kagum dengan al-Quran, dua juz pertama dari al-Quran berjaya membuatkan saya seperti ‘dipukau’. Saban malam, saya terus dihimpit dengan pelbagai pertanyaan, namun saya berjaya menemui jawapannya pada keesokan harinya. Seakan ada yang membaca fikiran saya dan menulisnya di setiap baris al-Quran,” ujar Jeffrey lagi.

Bersyahadah di Surau Kampus

“Sekitar tahun 80-an belum ramai lagi pelajar Muslim yang melanjutkan pelajaran di Universiti San Francisco. Berpeluang bertemu dengan mahasiswa beragama Islam, merupakan sesuatu yang istimewa dan mengejutkan,” akui Prof Jeffrey.

“Ada cerita menarik tatkala saya sedang menulusuri kampus, secara tak diduga saya telah menemui sebuah ruang kecil di tingkat bawah gereja. Rupa-rupanya ruang tersebut digunakan oleh beberapa mahasiswa Muslim untuk menunaikan solat lima waktu,” ceritanya lagi.

Tika itu, benak fikirannya terus disesakkan dengan pelbagai pertanyaan dan perasaan ingin tahu. Dia segera melangkah masuk ke dalam ruang solat tersebut. Waktu itu para mahasiswa sedang bersiap untuk menunaikan solat zohor dan dia juga diajak untuk berjemaah bersama. Dia berdiri di belakang mereka, lalu mengikuti setiap gerakannya. Air matanya menitis perlahan membasahi pipi.

“Kami berdiskusi tentang masalah agama. Saya utarakan semua pertanyaan yang selama ini terbuku dalam kepala. Sungguh luar biasa, saya benar-benar terkejut dengan penjelasan yang diberikan oleh mereka. Masuk akal dan mudah untuk diterima dan difahami. Ternyata jawapannya ada dalam ajaran Islam,” tuturnya.

“Lebih istimewa, melangkahnya aku dari ruang bilik itu, aku sudah pun mengucapkan dua kalimah syahadah!,” tutur Prof Jeffrey jujur.

Kenapa Kita Solat Ayah?

Prof Jeffrey tidak pernah meninggalkan solat lima waktu, bahkan ibadah yang wajib ini memberikan ketenteraman jiwa yang sangat luar biasa. Akuinya lagi, solat Subuh merupakan ritual yang sangat indah dalam Islam, dan dia dapat merasakan kesan yang mendalam dari solat Subuh. Suatu hari anak perempuannya Jameelah bertanya, “Ayah, mengapa kita harus solat?”

“Saya benar-benar tersentak dengan pertanyaan itu. Saya tidak menyangka dengan pertanyaan itu. Saya tidak menyangka anak kecil yang baru berusia lapan tahun itu boleh bertanya tentang solat. Ikutkan hati, mahu sahaja saya menerangkan padanya tentang kelebihan dan kenikmatan solat. Tapi adakah anak kecil itu mampu mengerti? Akhirnya saya menjelaskan padanya bahawa solat itu perintah Allah,” terang Professor.

“Tapi ayah, apa yang boleh kita peroleh dengan menunaikan solat?”

“Anakku, ia begitu sulit untuk kamu fahami. Suatu hari nanti, jika kamu sudah istiqamah dengan solat lima waktu, ayah yakin kamu pasti akan dapat jawapannya,” terang Prof Jeffrey bijak.

“Apakah solat mampu membuatkan kita rasa bahagia ayah?” tanya si kecil Jameelah.

“Sayangku, solat merupakan salah satu penawar penenang jiwa. Sekali kita bersentuhan dengan kasih sayang Allah di dalam solat, maka itulah kenikmatan yang luar biasa. Bahkan segala keletihan bekerja itu hilang selepas ayah menunaikan solat anakku..” jelasnya lagi meyakinkan si anak.

Prof Jeffrey Lang juga telah dilantik sebagai Pembangun Persatuan Mahasiswa Islam, dan ia bertujuan untuk menghubungkan pelajar Muslim ini dengan universiti. Bukan itu sahaja, dia turut diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek agama Islam kepada pelajar.

Sumber: One Ummat.net

MALCOLM X DAN ISLAM


Di mana-mana sahaja di pelosok dunia, terdapat cahaya-cahaya perjuangan Islam yang dibawa oleh insan-insan yang telah diberi hidayah oleh Allah swt. Tidak kira sama ada mereka orang Arab atau tidak, namun jika mereka memahami hakikat Islam yang sebenar, mereka akan merasai kehebatan cara hidup beragama Islam yang indah dan syumul.

Malcolm X

Kisah hidup Malik el- Shabbaz menjadi pengajaran kepada kita bagaimana teguhnya memperjuangkan kebenaran, melawan taghut kebatilan dan penyelewengan, serta kembali kepada ajaran Islam yang suci dan bebas daripada unsur Jahiliah.

Kehidupan Awal

El Hajj Malik el Shabazz, atau lebih dikenali sebagai Malcolm X di kalangan masyarakat bukan Muslim Amerika. Dilahirkan sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska pada 19 May 1925. Beliau adalah anak keempat daripada lapan kepada pasangan Reverend Earl Little, seorang pendakwah Kristian, dan Louise, seorang wanita West Indies.

Ibu bapa Malcolm X

Ayahnya telah dibunuh oleh pelampau kulit putih. Disebabkan latarbelakang warna kulitnya, Malcolm terpaksa menanggung kebencian pelampau kulit putih yang sangsi dengan asalnya, sama seperti yang ditanggung oleh ayahnya sebelum dia dibunuh. Kesukaran hidup dalam arus perkauman yang menekan ditambah pula dengan kekurangan harta dan bimbingan ibubapa, Malcolm Little tenggelam dalam dunia jenayah dan dosa. Beliau terlibat dalam aktiviti haram yang akhirnya mengakibatkannya beliau ditangkap pada 12 Januari 1946 dan dipenjarakan di Massachusetts State Prison di Charlestown bermula pada 27 Febuari 1946.

Islam Mengubah Hidupnya

Hidupnya berubah setelah saudara kandungnya memperkenalkannya kepada ajaran yang dibawa oleh Elijah Muhammad. Elijah, pemimpin Nation of Islam (NOI), memperkenalkan mesej yang cuba membawa golongan Kulit Hitam di US keluar daripada penindasan perkauman dan juga mentaliti bahawa warna kulit mereka dan bangsa mereka adalah faktor yang memberi mereka status yang hina dalam sistem sosial Amerika. Malcolm membuat keputusan untuk memeluk Islam dan menganuti doktrin itu.

Elijah Muhammad

Nation Of Islam
Enam aspek dalam doktrin Nation of Islam, yang diperjuangkan oleh Elijah Muhammad.

  1. Islam ialah agama sebenar untuk golongan kulit hitam manakala Kristian pula agama untuk musuh iaitu kulit putih.
  2. Kepercayaan bahawa Allah sebenarnya seorang kulit hitam dan orang kulit hitam itu tuhan.
  3. Kulit hitam ialah golongan terpilih yang penciptaannya dan asalnya berasaskan kebenaran.
  4. Golongan kulit putih sebenarnya syaitan.
  5. Pengasingan sosial dan politik daripada golongan kulit putih ialah keutamaan yang suci dan mulia.
  6. Keperluan perpaduan kaum dan dalam Islam di seluruh dunia adalah bertentangan dengan tanggapan yang dicipta oleh Euro-America, beliau berpandangan bahawa semua penduduk negara membangun ditakdirkan untuk bersatu kerana mereka semua berasal dari golongan Kaum Asal (Original People).

Kehidupannya Bersama NOI

Sejurus selepas menyertai Nation of Islam (NOI), Malcolm Little menukar namanya kepada Malcolm X dan menjadi seorang penganut yang begitu gigih dan bersemangat memperjuangkan falsafah Elijah Muhammad itu. Kekentalan usahanya berdakwah telah membawanya ke segenap ceruk komuniti kulit hitam di US.

Kegiatan Malcolm bagi pihak NOI tersebut menimbulkan suasana yang cukup hangat di US pada penghujung 50an dan awal 60an. Ini kerana pada ketika itu di US, gerakan-gerakan hak asasi sedang bersungguh-sungguh untuk menghentikan semua polisi berbaur perkauman dalam kehidupan dan masyarakat Amerika.

Malcolm begitu lantang mengisytiharkan kepada Kulit Hitam bahawa “Kulit Putih dan Kulit Hitam tidak boleh hidup bersama-sama dan sebarang usaha untuk bersatu-padu akan membawa kerugian besar kepada Kulit Hitam”. Media golongan liberal Kulit Putih seperti The New York Times, The Chicago Tribune telah mengecam Malcolm X dengan label-label seperti “penghasut” dan “pencetus masalah.

Pidato Malcolm X sentiasa mendapat sambutan

Hijrah Malcolm X

Pada November 1963, berikutan pembunuhan Presiden John F Kennedy, Malcolm telah mengeluarkan satu kenyataan yang akhirnya memisahkan dirinya dan Elijah Muhammad.

Beliau dilaporkan dalam satu akhbar US sebagai menyifatkan pembunuhan Presiden itu adalah contoh jelas satu balasan terhadap dosa mereka (masyarakat US) sendiri selama ini (frasa asal: chickens coming home to roost). Bagi Malcolm, masyarakat US ialah masyarakat yang kejam dan kekejaman mereka telah lama ditujukan kepada golongan Kulit Hitam. Kepincangan ini tidak perlu dinafikan lagi kerana hinggakan Presiden sendiri boleh menjadi sasaran pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan.

Malcolm telah digantung keahlian selama 90 hari sebagai hukuman dan puak konservatif yang membenci cara kerja Malcolm melihat hukuman itu sebagai peluang untuk terus menjatuhkannya.

Masa hadapan Malcolm bersama NOI hampir berkubur kerana Elijah sendiri semakin sangsi dengan kesetiaan Malcolm. Ini ditambah lagi apabila rakan-rakan Elijah di Chicago, yang jelas memusuhi Malcolm, mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jurang perselisihan dua inspanidu ini.

Pada perspektif seorang penganut Islam, perkembangan ini menjadi asas kepada kemunculan Malcolm yang baru. Dalam erti kata lain, perselisihan ini membuatkan Malcolm memikirkan dan menilai kembali keseluruhan falsafah perjuangan NOI. Beberapa perubahan besar dalam diri Malcolm berlaku ketika krisis ini berlangsung.

Hidayah Ketika Haji

Selepas berpisah dengan Elijah, Malcolm menukar namanya kepada Malik el Shabazz. Gelaran El Hajj ditambah setelah beliau kembali daripada perjalanan menunaikan Haji di Makkah.

Malik Shabazz juga telah memilih aliran Sunni Islam sebagai pegangannya. Dengan memilih Sunni, beliau menjadi seorang yang lantang mengkritik bekas ketua dan ajarannya. Dalam beberapa pertemuan umum seluruh US, beliau mengaku mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam ajaran NOI.

19 April 1964, Malcolm menyempurnakan umrahnya dengan tawaf kaabah, minum air zam zam di Telaga Zam Zam dan berulang-alik dari Safa ke Marwah. Ketika ini Malcolm lihat manusia semuanya adalah sama rata dan mula yakin bahawa hanya Islam yang dapat mengatasi masalah perkauman.

Perpaduan antara pelbagai warna kulit di Mekah memberi kesan kepada Malcolm X

Bertitik tolak daripada pengembaraannya ke Makkah di mana beliau memerhatikan perpaduan pemimpin-pemimpin Muslim, Malik Shabazz mula membentuk imej baru dalam dunia Islam.

Kesannya, beliau mula memperkenalkan dengan lebih jelas pegangan ortodoks Islam yang sahih di US. Perubahan Malcolm X menjadi pemimpin Muslim ortodoks ini turut menjadi mangkin kepada kelahiran pelbagai pertubuhan Muslim Afrika-Amerika.
Era awal 1960an menjadi satu titik penting dalam sejarah Islam kerana pada masa inilah Sunni ortodoks muncul di khalayak menerusi masjid Malik Shabazz di Harlem dan pelajar muslim antarabangsa mula menubuhkan persatuan-persatuan pelajar Muslim. Perkembangan dua elemen inilah yang menjadi asas kepada apa yang wujud pada hari ini.

Pembunuhan Malcolm X

Pada 21 Febuari 1965, di Manhattan’s Audubon Ballroom ketika hendak memulakan ucapan berlaku satu kekecohan dan seorang lelaki menjerit “Keluarkan tangan kau dari poket aku! Jangan mengganggu poket aku!”. Beliau ditembak di dada ketika cuba menenangkan kekecohan itu bersama pengawal peribadinya.

Fahaman Yang Sahih

Beliau seorang yang berani, seorang pemidato yang berkarisma dan sangat fasih. Beliau adalah contoh seorang manusia yang bersungguh-sungguh untuk membawa dirinya keluar daripada belenggu kemiskinan dan kemunduran ilmu, dua masalah utama yang telah meletakkan masyarakat Kulit Hitam US di kelompok terendah masyarakat.

Beliau seorang Afrika-Amerika yang telah melontar dirinya ke barisan hadapan untuk menentang ketidak adilan masyarakat Kulit Putih dengan caranya sendiri yang akhirnya telah membawanya menerokai siapa dirinya. Beliau seorang yang cukup bijak untuk menerima kesilapannya seperti yang ditonjolkan ketika beliau meninggalkan NOI setelah beliau mula sedar pergerakan itu berprinsipkan perkauman semata-mata Malcolm X, semua orang kulit hitam di Amerika Syarikat mengenali beliau kerana perjuangannya.

Surat Malcolm X ketika sedang mengerjakan Haji

Ketika beliau berada di Makkah, Al-Hajj Malik El-Shabazz menulis surat kepada penolong setianya yang berada di Harlem.

“Never have I witnessed such sincere hospitality and overwhelming spirit of true brotherhood as is practiced by people of all colors and races here in this ancient Holy Land, the home of Abraham, Muhammad and all the other Prophets of the Holy Scriptures. For the past week, I have been utterly speechless and spellbound by the graciousness I see displayed all around me by people of all colors.

“I have been blessed to visit the Holy City of Mecca, I have made my seven circuits around the Ka’ba, led by a young Mutawaf named Muhammad, I drank water from the well of the Zam Zam. I ran seven times back and forth between the hills of Mt. Al-Safa and Al Marwah. I have prayed in the ancient city of Mina, and I have prayed on Mt. Arafat.”

“There were tens of thousands of pilgrims, from all over the world. They were of all colors, from blue-eyed blondes to black-skinned Africans. But we were all participating in the same ritual, displaying a spirit of unity and brotherhood that my experiences in America had led me to believe never could exist between the white and non-white.”


“America needs to understand Islam, because this is the one religion that erases from its society the race problem. Throughout my travels in the Muslim world, I have met, talked to, and even eaten with people who in America would have been considered white – but the white attitude was removed from their minds by the religion of Islam. I have never before seen sincere and true brotherhood practiced by all colors together, irrespective of their color.”

“You may be shocked by these words coming from me. But on this pilgrimage, what I have seen, and experienced, has forced me to rearrange much of my thought-patterns previously held, and to toss aside some of my previous conclusions. This was not too difficult for me. Despite my firm convictions, I have always been a man who tries to face facts, and to accept the reality of life as new experience and new knowledge unfolds it. I have always kept an open mind, which is necessary to the flexibility that must go hand in hand with every form of intelligent search for truth.”

“During the past eleven days here in the Muslim world, I have eaten from the same plate, drunk from the same glass, and slept on the same rug – while praying to the same God – with fellow Muslims, whose eyes were the bluest of blue, whose hair was the blondest of blond, and whose skin was the whitest of white. And in the words and in the deeds of the white Muslims, I felt the same sincerity that I felt among the black African Muslims of Nigeria, Sudan and Ghana.”

“We were truly all the same (brothers) – because their belief in one God had removed the white from their minds, the white from their behavior, and the white from their attitude.”

“I could see from this, that perhaps if white Americans could accept the Oneness of God, then perhaps, too, they could accept in reality the Oneness of Man – and cease to measure, and hinder, and harm others in terms of their ‘differences’ in color.”

“With racism plaguing America like an incurable cancer, the so-called ‘Christian’ white American heart should be more receptive to a proven solution to such a destructive problem. Perhaps it could be in time to save America from imminent disaster – the same destruction brought upon Germany by racism that eventually destroyed the Germans themselves.”

“Each hour here in the Holy Land enables me to have greater spiritual insights into what is happening in America between black and white. The American Negro never can be blamed for his racial animosities – he is only reacting to four hundred years of the conscious racism of the American whites. But as racism leads America up the suicide path, I do believe, from the experiences that I have had with them, that the whites of the younger generation, in the colleges and universities, will see the handwriting on the walls and many of them will turn to the spiritual path of truth – the only way left to America to ward off the disaster that racism inevitably must lead to.”

“Never have I been so highly honored. Never have I been made to feel more humble and unworthy. Who would believe the blessings that have been heaped upon an American Negro? A few nights ago, a man who would be called in America a white man, a United Nations diplomat, an ambassador, a companion of kings, gave me his hotel suite, his bed. Never would I have even thought of dreaming that I would ever be a recipient of such honors – honors that in America would be bestowed upon a King – not a Negro.”

“All praise is due to Allah, the Lord of all the Worlds.

Sincerely,

Al-Hajj Malik El-Shabazz (Malcolm X)
(From the AUTOBIOGRAPHY OF MALCOLM X with assistance from Alex Haley, the author of ROOTS)
(sumber)

%d bloggers like this: