GAY ANCAM KEHIDUPAN FITRAH MANUSIA


Gay Ancam Kehidupan Fitrah Manusia
Mohamad A’sim bin Ismail
Pegawai Penyelidik

Isu tentang seorang paderi gay berasal dari Malaysia ingin membuat satu resepsi perkahwinan sejenis di tanahair setelah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan beliau di New York, Amerika Syarikat menjadi bualan khalayak ramai. Apa yang menarik resepsi perkahwinan sejenis ini ingin dilakukan dalam negara Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah Muslim, dalam masyarakat majmuk yang mengamalkan aliran agama, budaya yang menolak gay apatah lagi perkahwinan sejenis. Walaupun perkara ini melibatkan seorang yang bukan Muslim tetapi kegairahannya untuk menonjolkan kehidupan gay beliau secara terang-terangan dalam kehidupan masyarakat perlu dipandang serius oleh kita sebagai umat Islam. Ini kerana penerimaan secara terbuka pengikutnya di Malaysia sudah tentu memberi kesan secara langsung atau tidak kepada umat Islam di tanahair. Dengan pelbagai hujah seperti kerana kasih sayang, keadilan, toleransi, hak asasi manusia yang ditafsir secara melencong, golongan ini boleh mempengaruhi ramai di kalangan umat Islam yang boleh bersimpati, bahkan terjebak ke dalam gejala negatif ini serta bangga dengan perlakuan mereka.

Kita perlu memahami bahawa kehidupan dan perkahwinan gay sendiri merupakan satu aliran minoriti di Barat dan bukan menjadi dokongan masyarakat majoriti mereka. Bahkan dalam tahun 1988 Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Bill Clinton telah menandatangani satu Akta Perlindungan Perkahwinan yang mentakrifkan perkahwinan di sisi undang-undang ialah ikatan yang sah di antara lelaki dan wanita sebagai suami dan isteri. Di negara Amerika Syarikat iaitu sebuah negara republik berperlembagaan persekutuan yang mengandungi 50 buah negeri, hanya sepuluh buah negeri sahaja yang tidak menghalang perkahwinan sejenis berbanding negeri-negeri baki yang lain.

Di Malaysia, perundangan negara telah jelas termaktub bahawa hubungan gay atau homoseks adalah satu kesalahan samada di sisi perundangan sivil atau pun syariah. Dalam perundangan sivil kesalahan ini adalah mengikut Seksyen 377A iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii melalui dubur. Hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat. Dalam perundangan syariah seperti Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), kesalahan ini adalah di bawah Seksyen 25 liwat iaitu mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Dalam aspek melangsungkan perkahwinan bagi bukan Islam di Malaysia, mereka tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Sebarang perkahwinan yang diupacarakan tetapi tidak mengikut di bawah akta ini adalah satu perkahwinan yang tidak sah. Perlu dimaklumi bahawa upacara perkahwinan yang disebut di bawah akta ini ialah upacara perkahwinan yang sah mengikut undang-undang, agama, adat atau kelaziman masyarakat. Jadi perkahwinan sejenis bukan daripada norma dan adat masyarakat Malaysia.

Bagi umat Islam, ulama telah mendefinisikan perkahwinan dengan jelas. Perkahwinan dari segi bahasa bermaksud berkumpul, bercampur atau bercantum. Pada maksud syarak pula ialah akad yang menghalalkan persetubuhan atau hubungan kelamin di antara lelaki dan perempuan pada lafaz yang diucapkan yang membawa maksud nikah dengan mengikut peraturan serta syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Umat Islam yang ingin berkahwin perlu mengikut undang-undang Syariah dan bukan Undang-undang Sivil. Undang-undang Syariah diperjelaskan dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri.

Perkahwinan dalam Islam merupakan satu institusi yang memenuhi keperluan fitrah manusia. Berkahwin merupakan satu Sunnah. Nabi SAW sendiri bersabda

Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan daripada golonganku. (Riwayat Ibnu Majah).

Tujuan asas perkahwinan mengikut syariah ialah untuk menghalalkan perhubungan kelamin di antara seorang lelaki dan wanita. Ia juga bertujuan untuk menghasilkan zuriat manusia demi meramaikan umat. Sabda Nabi SAW

Hendaklah kamu berkahwin. Sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang banyak di hadapan umat-umat yang lain pada hari kiamat. (Riwayat al-Baihaqi).

Jika kita lihat kepada proses penambahan umat manusia, tidak dapat tidak ia memerlukan percantuman sperma lelaki dan wanita. Maka perkahwinan sejenis golongan gay terang-terangan telah menolak fitrah kejadian manusia dengan menghalang proses kesinambungan zuriat manusia.

Apabila kita melihat kepada Syariah Islam itu sendiri, amalan gay atau homoseks sudah pun berlaku khasnya pada zaman nabi Luth a.s. Ia merupakan perkara haram dan suatu yang dikeji. Dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu? Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): Datangkanlah kepada kami azab daripada Allah (yang Engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar. Nabi Luth berdoa dengan berkata:”Wahai Tuhanku! tolonglah akan daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)!” (Al-Ankabut: 29-30).

Umat nabi Luth a.s. yang mendatangi kaum lelaki sejenis akhirnya ditimpa bala bencana yang amat dahsyat akibat perbuatan mereka.

Oleh itu usaha yang boleh menonjolkan gay di negara kita atas sebarang alasan atau yang dicetuskan oleh golongan yang mengaku sebagai cendiakawan sekalipun maka masyarakat perlu menongkah aliran ini secara bersungguh-sungguh kerana sistem gay yang songang itu bukan daripada budaya dan sistem nilai hidup masyarakat majmuk negara kita. Bahkan gay melanggar hukum Syarak yang memelihara fitrah kejadian manusia.

Sumber: http://www.ikim.gov.my

BLACK METAL MENGANCAM AKIDAH


Black Metal adalah satu gejala yang sedang merebak dalam masyarakat Malaysia, khususnya di kalangan remaja di beberapa buah negeri di sebelah Utara Semenanjung Malaysia. Gejala ini ada kaitan dengan pengaruh internet, filem, muzik dan sebagainya merupakan anasir-anasir yang memberi makanan jiwa dan menusuk masuk ke dalam hati nurani mereka sehingga dapat dihayati dengan sepenuhnya. Hal ini menjadi lebih hebat lagi dengan gejala lain yang menyertai muzik dan tarian tersebut iaitu pemujaan syaitan, penolakan agama, memenuhi segala pemikiran dan fantasi dengan segala unsur negetif dan pesif, mati kubur, mayat dan sebagainya yang menjadi amalan iblis dan syaitan.  Hal ini lebih berjaya mengisi kekosongan jiwa dan idealisme anak-anak muda dan memberi mereka kepuasan dan hiburan lebih daripada pengaruh nilai murni dan agama serta moral yang dalam konteks para remaja, juga golongan pelajar tidak dapat memenuhi keperluan mereka.

Boleh jadi kita bertanya dengan kehairanan, kenapa pengajaran agama dan moral sepatutnya dapat mengisi mental dan hati nurani para pelajar, juga remaja tiba-tiba mengalami kegagalan dan kelesuan.  Perkara ini mestilah memerlukan perhatian serius, dimana para pengkaji dan juga para guru, ibu bapa, masyarakat dan juga semua pemimpin di semua peringkat mungkin dapat menoleh kebelakang melihat dimanakah silapnya sehingga nilai murni dan didikan Islam yang yang dibawa melalui kurikulum al-Quran tidak dapat dihayati serta dihadamkan oleh jiwa anak-anak remaja Islam yang berbangsa Melayu yang dikenali sebagai keturun Islam sejak turun-temurun.  Hal mestilah setiap dari kita mesti merasa terpanggil dalam menangani gejala Black Metal yang sememangnya boleh mengancam akidah umat Islam khususnya dikalangan anak-anak muda Islam di negara kita Malaysia.

Menurut satu risalah yang disebarkan, kumpulan Black Metal ini mewajibkan setiap dari pengikutnya melupakan rukun Islam yang lima perkara, iaitu mengucap Dua Kalimah Syahadah, mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan. Sebaliknya mereka mestilah berpegang kepada lima rukun baru yang mengatakan menyembah Allah itu adalah karut marut.

Empat lagi rukun kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka “We Are Satan” (Kamilah Setan) ialah jangan sembahyang, kitab al-Quran itu karut, membakar naskhah-naskhah al-Quran dan membakar atau memijak kain atau pakaian sembahyang.

Selain mengandungi lima rukun yang menghina Islam itu, risalah berkenaan turut mengandungi peraturan mengangkat sumpah untuk menganggotai kumpulan tersebut.  Antara peraturan yang dinyatakan ialah sebelum menjadi pengikut, seseorang itu harus melafazkan “Kami menyeru dengan nama Iblis bahawa kami sudah pun murtad’.  Mereka kemudian harus menyebut lima rukun kumpulan itu (sebagaimana di atas). Bahagian hadapan risalah itu pula memaparkan lukisan seorang lelaki berambut panjang dalam keadaan bogel dan di atasnya tertera tulisan “Black Metal”. Pada muka surat kedua pula terdapat bintang berbucu lima dengan di dalamnya dilukiskan lambang salib.  Di setiap bucu bintang itu terdapat tulisan dipercayai lambang tertentu dalam masyarakat Yahudi.

Pada muka surat ketiga pula terdapat lima rukun kumpulan itu manakala mukasurat keempat ayat sebelum upecara dan senarai nama ahli kumpulan itu.  Pada muka surat terakhir pula terdapat tulisan dalam bentuk mengerikan tertera ‘ As the sky turns black’ (apa bila langit berubah menjadi hitam) dengan lukisan berbucu lima.

Cabang Lain Dalam Aliran Metal

Black Metal juga adalah cabang muzik Metal yang paling tinggi, keras dan ganas dalam muzik underground (liar).  Rentak muzik keras, sebutan sukar difahami dan lirik berbagai pemujaan pelbagai nama syaitan, anti ketuhanan dan keagamaan, bunuh diri seks bebas, dianjurkan dalam lagu Black Metal yang disebarkan keseluruh dunia termasuk Malaysia.  Tidak cukup dengan muzik, pemuzik dan pengikutnya dikehendaki mengisytiharkan diri murtad, melakukan ritual memuja syaitan, membakar kitab suci al-Quran dan memberontak terhadap sistem kemanusiaan dan perundangan.

Cabang lain dalam aliran Metal adalah Death Metal iaitu rentak muzik yang tidak jauh bezanya daripada Bleck Metal, tetapi memfokoskan tema kehidupan seperti kecewa, putus asa, pemberontakan, kematian dan alam kubur. Biasanya lirik Death Metal menceritakan sesuatu topik dengan penuh perasaan, dalam bentuk penceritaan yang mendalam.  Doom Metal pula menampilkan lirik berbentuk melankolik untuk melafazkan kekecewaan dalam hidup seperti putus cinta dan pilih kasih.  Dark Metal pula banyak mengisahkan alam ghaib (mirip Death Metal) seperti ilmu sihir, mitos, kepercayaan tertentu dan mistik.

Isacaarum adalah kumpulan Grindcore Metal band dari Czech Republic.- salah satu cabang Black Metal

Grindcore Metal adalah lagu metal untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan menentang sistem pentadbiran dan dasar setempat atau keadaan alam dan persekitaran. Liriknya terus terang menyuarakan tentangan terhadap penyelewengan politik, dan kerosakan alam persekitaran.  Tema bagi Industrial Metal mirip kepada Grindcire Metal, tetapi menggunakan kesan bunyi khas kepada lagu seperti latar belakang bunyi kilang atau mesin tertentu.

Cabang lain dalam aliran Metal ialah Thrash, Speed dan Heavy Metal yang mengungkap pelbagai tema lebih meluas. Heavy Metal di Malaysia dikatakan bermula sejak tahun 80-an dan sudah diterima dan sudah diterima masyarakat setempat atau diistilahkan pengikut underground sebagai sudah memasuki ‘main stream’ (aliran utama). Manakala Thrash Speed dan Metal yang berbentuk laju dan kuat dengan penggunaan dram dan kesan bunyi gitar, masih dikelaskan sebagai muzik underground.

Perspektif Islam Berkenaan Isu Ini

Isu Black Metal menjadi suatu perbincangan hangat masyarakat dewasa ini.  Ia sebenarnya bukanlah perkara baru sekiranya kita memahami teras budaya hedonisme yang lama berkembang subur dalam masyarakat Barat.  Hedonisme adalah budaya yang lahir daripada asas sekularisme yang menolak dominasi fahaman agama dalam kehidupan manusia.  Hedonisme  yang berasal dari istilah Greek, Hedone, bermaksud pleasure ( keseronokan / kelazatan ) atau happiness (kegembiraan ) ialah kebaikan.

Menurut Dr. Yusof al-Qardawi, walaupun golongan Hippies yang pada awalnya muncul sebagai kumpulan anti-sosial kerana bosan dengan kebuntuan peribadi, akibat gangguan pemodenan dan pembangunan, mereka telah sesat dalam gejala-gejala tidak bermoral seperti arak, seks bebas, dadah dan lain-lain sehingga ke peringkat menolak agama. Dalam mencari erti dan hakikat individu, mereka menganggap agama adalah penghalang kepada kepuasan hidup yang seharusnya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Kawalan norma dan undang-undang agama ditentang dengan berbagai-bagai cara oleh mereka yang menganggap hawa nafsu sebagai tuhan sembahan mereka.

Tradisi gila yang diamalkan oleh golongan ini akhirnya menemukan khayalan-khayalan yang menjurus kepada pemujaan syaitan. Inilah perkara yang cuba diulangi oleh sebahagian remaja Muslim yang sudah kehilangan arah dalam masyarakat kini.

Al-Quran secara umumnya mengaitkan hedonisme dengan kehidupan yang mementingkan keduniaan dan hawa nafsu sehingga lupa kepada perintah Allah. Merek lazimnya keras hati, sombong, melakukan maksiat, zalim dan kuat berangan-angan.  Perilaku seperti ini mencapai kemuncaknya apbila mereka berdepan dengan persoalan akidah dan kepercayaan.  Allah telah mengingatkan bahawa terdapat kecenderungan manusia menjadikan hawa nafsu dan keseronokan sebagai sembahan, di mana Al-Quran bertanya, yang bermaksud: “Tidakkah kamu melihat mereka yang mengambil nyawa hawa nafsu sebagai Tuhan mereka?”

Sindiran ini sekaligus memperingatkan umat manusia bahawa hawa nafsu yang diperkudakan oleh syaitan beroperasi besar dalam menggantikan peranan Tuhan dalam kehidupan mereka.  Islam tidak menafikan secara mutlak kewujudan hawa nafsu sebagai sifat semulajadi manusia bahkan ia memperakui sebagai unsur kejadian manusia yang unik.  Kejadian hawa nafsu yang dipertimbangkan oleh wahyu dan akal menjadikan manusia mempunyai kedudukan dan peranan yang berbeza dengan sifat syaitan dan malaikat yang hanya mempunyai dua pola yng bertentangan iaitu buruk dan baik.

Jesteru bagi menjamin kemenangan kebaikan ke atas kejahatan, Islam menganjurkan pengawalan dan alternatif terhadap aktiviti hawa nafsu. Pengawalan Islam terhadap gejala negatif ini amat dititikberatkan sehingga Nabi sejak remaja lagi telah dikawal oleh Allah daripada menghampiri pesta kaum Quraisy yang diadakan di Kota Mekah. Baginda diriwayatkan tertidur dengan nyenyak sebelum berupaya pergi ke pesta tersebut.

Islam tidak hanya mengharamkn sesuatu maksiat tertentu sahaja bahkan turut menutup arah dan punca ke arah berlakunya kemungkaran berkenaan. Sebagai contoh, Al-Quran secara jelas menegah daripada menghampiri zina kerana menyedari perkara itu pasti berlaku sekiranya ruang-ruang ke arahnya dibuka dengan luas.

Sesuai dengan Islam yang bersifat meraikan fitrah manusia, agama ini memberikan kelonggaran ke atas beberapa hiburan yang dapat memberikan manfaaat kepada manusia dalam menjalankan kehidupannya dengan sempurna.  Sebagai contoh, lagu-lagu memuja Ilahi, keindahan alam dan meniupkan semangat untuk maju dan berjaya dalam kehidupan dan perjuangan amat digalakkan.  Promosi terhadap unsur-unsur hiburan yang murni inilah yang seharusnya menjadi arus perdana dalam masyarakat; bukannya hiburan yang mewenangkan pemujaan hawa nafsu dan keuntungan material semata-mata.

Persoalannya, memadaikah pengawalan daripada satu pihak sahaja sedangkan pihak-pihak lain mnyepikan diri malah ada yang menyokong ruang-ruang ke arah kepesatan budaya hedonisme ini?

Hanya peribadi besar dan dokongan secara kolektif sahaja yang mampu menunjukkan keunggulan pendakwah dalam melaksanakan tugas amal makruf dan nahi mungkar yang menjadi prasyarat kepada kejayaan sebuah umat yang terbaik.  Masyarakat amat berharap supaya sesuatu dapat dilakukan dalam membenteras fahaman hedonisme yang kini kembali semula ke puncaknya.

Rumusan, walau apa pun keadaan gejala yang dihadapi oleh ummat Islam ini, maka mereka semua mestilah merasa terpanggil dalam memberi sumbangan untuk mengembalikan semula golongan individu yang terlibat, terjerumus ke lembah yang membawa kepada tekeluar dari akidah Islam ini khususnya dari kalangan golongan remaja Islam yang berbangsa Melayu, kerana persoalan ini adalah persoalan agama Islam dan bangsa Melayu.

Di antara langkah-langkah yang perlu diambil dalam membendung gejala ini ialah:

i- Para ibu bapa mestilah mengambil berat tentang aktiviti harian juga pergaulan anak-anaka mereka.  Di samping itu para ibu bapa juga mestilah menunjukkan suri tauladan yang terbaik untuk anak-anak mereka dengan mempamerkan iltizam yang tinggi terhadap nilai hidup Islam, seperti melakukan ibadah, juga amal soleh seperti istiqamah dalam melaksanakan solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan serta melakukan amalan-amalan murni lain.  Perkara ini penting kerana ibu bapa merupakan pendidik pertama kepada anak-anak. Dalam satu hadis Rasulullah s. a. w. bersabda:

مَا مِنْ مَوْلُوْدٍ اِﻻَّ يُوْ لَدُ عَليٰ الْفِطْرَةِ فَاَبَوَا هُ يُهَوِّدَانِهِ اَوْ يُنَصِّرَانِهِ اَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Ertinya: Bagi setiap indivi pula, mereka mestilah amanah terhadap diri sendiri, iaitu dengan menunaikan segala amanah dan tanggungjawab terhadap diri seperti melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berbentuk keduniaan dan juga ilmu-ilmu keagamaan yang dapat menjadi benteng dari terjerumus kelembah yang tidak sihat yang dibenci Allah Ta’ala.  Amanah terhadap diri sendiri juga termasuklah memilih kawan-kawan yang baik yang boleh membantu seseorang itu mencapai kebaikan dan kejayaan. Kerana kawan merupakan orang yang akan mempengaruhi temannya sama ada ke arah perkara baik atau tidak baik.

ii- Seterusnya semua lapisan masyarakat Islam juga mestilah memainkan peranan masing-masing dalam menangani gejala yang boleh mengancam akidah umat Islam.Bermula dari keluarga, masyarakat kempung penguasa daerah dan negeri, lebih-lebih lagi penguasa agama juga kerajaan mestilah menangani masalah ini dengan serius termasuklah dengan menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang telah sedia ada atau menggubal undang-undang baru demi menjamin anak-anak muda dan remaja Islam di negara ini dari terus hanyut dengan dakyah-dakyah Yahudi dan Kristian yang membawa kepada terkeluarnya dari agama Islam (murtad).

Mudah-mudahan di antara kita umat Islam ini salang memperingati antara satu sama lain, Insya Allah syiar Islam terus maju berkembang di muka bumi Allah ini, juga akidah Islam pula sentiasa bertapak kukuh dihati setiap penganutnya. Firman Allah s. w. t. di dalam al-Quran: “Tidak dilahirkan seseorang anak itu kecuali dalam keadaan putih bersih ( tidak berdosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan mencorak anak itu sama ada dengan agama Yahudi, Nasara (Kristian) atau Majusi”.

.وَالْعَصْرِ اِنَّ اْلاِِنْسَانَ لَفِيْ خُسْرٍ. اِلا َّالَّذِيْنَ اۤمَنُوْا وَعَمِلوالصَّالِحَاتِ .وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Maksudnya: Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan kerugian, kecuali hanya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan orang-orang yang sentiasa berpesan-pesan dengan perkara kebenaran dan kesabaran.

Sumber: Blog Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir – http://pmram.org

MENTARBIYAH PEMUDA PUNK ACHEH


Kena RendamDalam Sungai


DENGAN mengenakan pakaian seragam polis, 65 pemuda punk itu berjalan dalam tiga barisan lurus. Mereka bergerak menuju ke dataran Kompleks Sekolah Polisi Negara (SPN) Seulawah di Aceh Besar, Sumatera, Indonesia.

Melangkah penuh disiplin, mereka kemudian duduk bagi mengikuti sesi kaunseling membina jati diri yang dikelolakan oleh Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU). Di situ, mereka tidak dilayan sebagai pesalah sebaliknya digelar pelatih memandangkan mereka dikehendaki mengikuti sebuah modul pemulihan akhlak dan jati diri dalam tempoh tertentu.

Pada sesi itu, beberapa remaja kelihatan menundukkan kepala sambil mengesat air mata. Selama 10 hari mengikuti kem motivasi diri itu, mereka diajar menguruskan kehidupan dengan lebih baik yang semestinya berteraskan agama Islam. Sama ada terpaksa atau atas kerelaan sendiri, rata-rata komuniti punk Aceh itu mengaku menyesal atas kealpaan mereka selama ini.

Pada 10 Disember lalu, 65 remaja dan belia punk itu ditahan ketika mereka menghadiri konsert punk di Banda Aceh. Golongan punk umumnya tidak diterima oleh masyarakat Aceh. Malah, lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang di wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah itu apatah lagi membuat rambut tercacak.

Rantai Anjing

Semasa ditahan, kesemua mereka didapati memiliki elemen budaya liar punk. Kebanyakan mereka mempunyai tatu di badan, bertindik, memakai gelang anjing, berbaju compang-camping, berseluar ketat dan berambut trojan. Budaya sebegitu sememangnya tiada toleransi di Banda Aceh. Sejurus ditahan, mereka dikurung di dalam sebuah lokap. Pakaian, subang tindik dan rantai anjing mereka dibuang.

Selepas itu, kepala lelaki punk itu dicukur sehingga botak, manakala rambut perempuan dipotong pendek seperti polis wanita. Pelatih lelaki juga diarahkan mandi beramai-ramai di dalam sungai. Daripada 65 orang yang ditahan, 30 daripadanya berasal dari Aceh manakala selebihnya datang dari wilayah lain di Indonesia seperti Lampung, Palembang, Jambi, Batam, Riau, Sumatera Barat, Jakarta, Bali dan Jawa Barat.

Pemuda punk yang telah dibotakkan kepala direndam di sebatang sungai di Banda Aceh bagi membersihkan diri mereka.

Seorang remaja punk yang dikenali sebagai Riyan berkata, latihan membina jiwa yang dijalaninya di SPN sangat berguna.

Banyak perkara yang diajar kepada kami terutamanya mengenai disiplin dan peranan kami sebagai anggota masyarakat. “Secara peribadi, kini saya merasakan saya mampu untuk mengatur hidup dengan lebih baik. Lebih penting lagi, kami dididik untuk mendirikan solat lima waktu.


Pendapat Riyan itu disokong rakannya, M. Fauzi berkata.

Selain disiplin, kami didedahkan dengan latihan fizikal untuk menjaga kecergasan tubuh. “Saya juga menghargai usaha kumpulan ulama yang datang ke sini untuk memberi kefahaman akidah kepada kami.

Selain suapan rohani dan jasmani, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari. Hasil pemeriksaan mendapati tiga pelatih mempunyai gejala hepatitis dan seorang disahkan positif penyakit itu.

“Jika ada pelatih yang tidak sihat, dia akan dikecualikan daripada mengikuti aktiviti fizikal,” kata Fauzi lagi.

Syariah

Seorang pelatih perempuan, dikenali sebagai Sarah, 18, memberitahu, sepanjang berada di kem tersebut, dia menjadi lebih berdisiplin dan mendapat banyak pengetahuan agama. Dia yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah berkata, pengaruh kawan telah mengheretnya kepada budaya punk.

“Saya sedar saya silap. Selepas keluar dari sini, saya mahu ke sekolah dan berazam menjadi anak yang baik,” ujarnya.

Walaupun SPN bertujuan mendidik kumpulan yang telah rosak akhlak, masih ada pihak di Indonesia yang menganggap penahanan itu sebagai satu pencabulan hak asasi manusia. Bagaimanapun, Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf mempertahankan tindakan tersebut.

“Mereka terbabit dalam gaya hidup yang bertentangan dengan undang-undang syariah yang dilaksanakan di Aceh. “Didikan disiplin, akidah dan moral ini merupakan keprihatinan kerajaan tempatan dan bukannya pencabulan hak asasi manusia,” jelas Irwandi.

Menurut beliau, lebih 700 pengikut punk tinggal di Aceh. Mereka biasanya makan dan tidur di tepi jalan atau di tempat letak kenderaan.

RIAK sedih remaja punk apabila rambutnya dipotong pendek oleh pihak berkuasa.

Mereka tidak mempunyai pekerjaan bahkan tidak mendapat pendidikan di sekolah agama mahupun sekolah biasa.

“Walaupun itu hak mereka, kerajaan perlu memikirkan masa depan mereka. “Bolehkah mereka sekadar menjadi punk ketika muda? Bagaimana jika mereka gagal mendapat pekerjaan? Apa akan jadi pada mereka pada masa akan datang?” tanya Irwandi.

Selepas tempoh latihan di SPN tamat, pihak berkuasa akan membantu pelatih terbabit mencari pekerjaan yang sesuai. Mereka juga diberi biasiswa bagi meneruskan persekolahan.

Wajar

“Kami menahan mereka bukan disebabkan cara mereka berpakaian. Islam tidak melarang umatnya berpakaian seperti kumpulan punk.“Ramai juga yang mengaitkan penahanan ini dengan undang-undang syariah di Aceh tetapi ia sebenarnya tiada kaitan langsung,” kata Irwandi.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah. Malah, mahkamah syariah Aceh mempunyai bidang kuasa yang berbeza berbanding mahkamah syariah yang terdapat di wilayah lain.

PEMUDA bertatu dididik supaya mendirikan solat secara teratur.

Bukan untuk menzalimi, katanya lagi, undang-undang syariah dianggap

“Perundangan syariah memang wajar dilaksanakan bukan sahaja di Aceh tetapi di seluruh Indonesia kerana 95 peratus penduduknya beragama Islam. “Bahkan, Indonesia adalah negara yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia,” kata Ketua Komuniti Masyarakat Aceh Malaysia, Mansur Usman.

Mansur yang sudah 28 tahun berhijrah ke Malaysia menyifatkan penahanan komuniti punk baru-baru ini sebagai wajar.

Punk adalah budaya liar yang mengancam sosiobudaya masyarakat Aceh. Sebelum pengaruhnya terus menular, ia perlu disekat. “Sekurang-kurangnya kehidupan mereka masih boleh dibetulkan dan menjadi pengajaran kepada orang lain,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.pelengkap ke arah kesempurnaan Islam.

Menurut peniaga makanan, Fida, 38, masyarakat Aceh menerima baik pelaksanaan undang-undang tersebut.

“Sebelum ini, gadis bebas memakai pakaian ketat dan tidak bertudung, begitu juga pergaulan lelaki dan perempuan. Namun, sekarang keadaan berubah.“Mereka patuh kepada undang-undang kerana enggan dimalukan di khalayak umum,” katanya yang pulang ke Aceh setahun sekali.

Sumber: http://utusanharian.com/2011/12/25/kena-rendam-dalam-sungai/

KENAPA APRIL FOOLS HARAM??


Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan?

Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku ‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?’ (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam. Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan. Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol.

Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil. Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan.

Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam. Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah.

Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan demikian bujuk tentera Salib. Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini.

Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar. Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan.

Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus. Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai The Aprils Fool Day. Bagi umat Islam , April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol.

Granada, Sepanyol - tempat berlakunya tragedi pembantaian umat islam semasa perang salib pada 1hb April 1487 Masihi.

Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam. April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan Umat Islam sangat tidak boleh merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; Umat Islam banyak yang  melatah dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut. Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib. Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada.

Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka. Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah. Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.” Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa The April Fool Day itu dipopularkan dengan ritual yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira. “Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas”katanya.

Ingatlah amaran Rasullullah SAW seperti dalam sabdanya;

Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” – [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sumber: http://www.eramuslim.com

HANYA 14 FEBRUARI UNTUK BERKASIH SAYANG?


Setahun telah berlalu. Kini Februari muncul kembali………… Begitu senikata lagu alunan kumpulan Alleycats. Lagu yang menjadi siulan golongan muda-mudi. Namun terdapat satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh mereka pada bulan ini . Tarikh 14 Februari hari yang amat dinanti khususnya mereka yang asyik bercinta. 14 Februari diwar-warkan sebagai hari berkasih sayang.

Valentine Days yang diraikan diumpamakan berkasih sayang teruna dan dara. Maka penjual-penjual bunga mempromosi jualan bunga ros sebagai hadiah kepada pasangan-pasangan masing-masing sebagai tanda cinta dan kasih sayang.

Persoalannya, apakah luahan kasih sayang itu perlu diterjemahkan secara bermusim? Apakah ia terhad kepada luahan kasih sayang seorang pemuda kepada pasangan hingga melanggar batas-batas syarak. Apa yang lebih menyedihkan, golongan muda-mudi Islam menyambutnya tanpa mengetahui asal usul valentine day itu. Adakah ia sekadar budaya atau telah melampau batas akidah.

Valentine Days atau hari Kekasih ini merupakan ritual agama kristian. Terdapat tiga versi pengkisahan sejarahnya yang boleh disimpulkan bahawa sambutan yang diraikan oleh muda-mudi Islam tanpa batas dan membuta tuli boleh merosakkan akidah. Pasangan kekasih adakalanya meraikan Hari Kekasih ini di pub, disko dan hotel yang berakhir di bilik-bilik hingga berlakunya zina yang kononnya sebagai tanda cinta kepada pasangan yang mereka sayangi.

Valentine diambil dari nama seorang paderi yang begitu berpengaruh di zaman pemerintahan ratu dari Sepanyol. Versi pertama menceritakan bahawa Valentino adalah orang terpenting Ratu Isabella yang berjasa menumpaskan Kerajaan Islam Kordoba, Sepanyol. Ratu Isabella dan seluruh rakyat menganggap dia sebagai kekasih lalu 14 Februari itu diraikan sebagai tanda kemenangan dalam menyembelih dan menumpaskan umat Islam serta memadamkan cahaya Islam di Sepanyol.

Versi kedua menceritakan bahawa sebelum kejayaan menumpaskan Islam, Valentino dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertamanya beragama Islam dan kekasih keduanya beragama kristian.Memandangkan ia berlainan agama, maka ia terpaksa melupakan kekasihnya yang Islam dan menumpukan kepada kekasih kedua yang berfahaman Protestan.Apabila beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam, Maka ratu Isabella bertanya kepadanya apakah bentuk ganjaran yang ingin dikurniakan atas kejayaan itu.Lantas Valentino menyatakan keinginan untuk mengahwini kekasihnya yang berfahaman protestan. Permintaan itu menimbulkan kemarahan Ratu Isabella kerana beliau berfahaman katholik sedangkan kekasihnya protestan. Tambahan pula beliau merupakan seorang paderi yang sememangnya tidak boleh berkahwin. Atas kemurkaan inilah, beliau dipenjarakan tetapi sebagai mengenangkan jasanya maka 14 Februari dianggap sebagai hari Kekasih

Versi ketiga pula menceritakan bahawa ia adalah memperingati kematian tragis seorang paderi iaitu ST Valentine yang dibunuh oleh raja Claudius !! kerana mengahwini ramai askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah menjadi tentera.

Jelaslah, menyambut Valentine Day amat bertentangan dengan Islam. Malah sesiapa di kalangan umat Islam yang meraikannya samalah seperti ia meraikan perjuangan seorang paderi yang telah berjaya meruntuhkan Islam di bumi Sepanyol. Kita juga seolah-olah mengiktiraf perilaku seorang kasanova yang mengheret dua kekasih dalam satu masa dalam percintaan terlarang.

Apabila kita meraikan ritual agama lain, maka samalah seperti kita meredhainya dan ia dikira menyekutukan Allah (syirik) sedangkan syirik merupakan dosa yang tidak terampun.

Tema Hari Kekasih adalah kasih sayang. Namun wajarkah sebagai umat Islam, kita menumpahkan kasih sayang berlebih-lebihan kepada pasangan sedangkan kia ada kekasih yang kekal abadi iaitu Allah Taala. Kemudian diikuti Rasulullah SAW dan seterusnya kedua ibubapa yang membesarkan kita.Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat siapakah yang terselamat di akhirat kelak. Maka Nabi bersabda: ”Mereka itu adalah golongan yang menuruti perjalananku dan perjalanan para sahabatku”.

Dalam meletakkan cinta yang sewajarnya juga, Islam meletakkan cinta insan yang agung hanya kepada Penciptanya iaitu Allah Taala. Islam tidak menolak naluri semulajadi manusia yang ingin bercinta, dicintai atau berkasih, namun ia hendaklah dalam batasan tertentu dan tidak melebihi cinta pada Penciptanya.

Lebih dari itu, galakkan bercinta dan berkasih sayang itu hendaklah sepanjang masa dan bukan terhad kepada tempoh tertentu. Tanda cinta kita kepada Allah dan Rasul ialah dengan mematuhi segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangannya dalam setiap keadaan.

Terdapat tiga tanda untuk mendapat kemanisan iman iaitu:

  1. Cinta kepada Allah dan Rasulullah lebih dari seisi dunia
  2. Kasih dan benci sesuatu kerana Allah
  3. Terlalu takut kepada kekufuran serta cukup takut dilontar ke dalam api neraka.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada persidangan 23 Jan 2006 telah memutuskan seperti berikut: ”

Amalan meraikan Valentine Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam” – Fatwa yang sama juga dikeluarkan Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Selangor yang telah bersidang pada 21 Februari 2006.

Kesimpulannya, marilah kita renungkan firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 120 yang bermaksud:

Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau(Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).

Waallahu A’lam

Disediakan Oleh :

Nordin bin Bayadi
Unit Penerangan dan Penerbitan
Bahagian Dakwah, JAIS

HUKUMAN MATI UNTUK PENGIKUT KAUM NABI LUT


“Tiada undang-undang terhadap gay – Polis”, itulah tajuk yang memenuhi ruang Utusan Malaysia pada 2 Januari lepas. Menurut Pegawai Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah, siasatan pelaku seks songsang adalah mengikut Seksyen 377 Kanun Kesesakan kerana meliwat. “Bagaimanapun, amat sukar kedua-dua individu yang melakukan seks luar tabii itu untuk tampil memberi keterangan yang menyebabkan pihak berkuasa tidak boleh membawanya ke muka pengadilan. Ini berlaku kerana kedua-dua pelaku seks songsang itu melakukannya secara rela tanpa paksaan. Biasanya, dalam serbuan yang dibuat, individu terlibat mengakui ada aktiviti seks yang dilakukan berdasarkan kondom-kondom basah yang ditemui tetapi enggan memberi keterangan ketika dalam siasatan,” kata Razali. Polis mengenal pasti empat kelab gay yang berselindung di sebalik pusat urut di sekitar ibu negara.

Namun, apa yang lebih memburukkan adalah, pusat aktiviti kumpulan pengamal seks songsang atau kelab gay di negara ini dikesan bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan kerana dipercayai ‘dilindungi’ golongan orang kenamaan (VIP), ujar Razali. Seperti ‘tidak boleh disentuh’, agensi penguatkuasa turut berhadapan cabaran menjalankan operasi di lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan aktiviti seks songsang [UM 02/01/11]. Dalam perkembangan yang berkaitan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan gay berisiko tinggi terdedah kepada penyakit berjangkit seperti AIDS dan penyakit kelamin walaupun mereka mengambil langkah pencegahan. Menurutnya, pengamal seks songsang perlu sedar tentang perkara berkenaan dan menjauhi kegiatan tidak bermoral itu bagi mengelakkan diri dijangkiti penyakit-penyakit berkenaan. Penularan kegiatan seks songsang bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang terjebak dengan perlakuan tidak bermoral itu, malah ia turut merosakkan masyarakat. “Apabila semakin ramai yang menerima budaya tersebut maka tentunya masyarakat yang terbentuk adalah masyarakat yang pincang moralnya,” jelasnya [UM 30/12/10].

Gay dan AIDS

Sebelum membincangkan masalah gay yang dilaporkan semakin serius di Malaysia, perkaitan antara gay dan AIDS haruslah dituntaskan terlebih dahulu. Masalah HIV/AIDS sebenarnya bukanlah sekadar masalah kesihatan (medis), namun juga masalah perilaku. Sebab berdasarkan banyak kajian, telah terbukti bahawa penyebab terbesar penularan HIV/AIDS adalah kelakuan seks bebas. Lebih-lebih lagi jika ditelusuri sejarah, HIV/AIDS pertama kalinya memang ditemui di kalangan gay San Fransisco pada tahun 1978. Seterusnya penyakit ini menular hingga ke seluruh penjuru dunia terutama melalui aktiviti seks bebas seperti lesbianisme, gay, biseksual, dan transgender. Inilah bukti bahawa HIV/AIDS tidak dapat dianggap sebagai masalah kesihatan semata-mata tetapi juga terkait rapat dengan masalah gaya hidup (life style) pada hari ini. Dengan perumusan masalah seperti ini, maka penyelesaiannya menjadi jelas dan terarah. Dengan kata lain, untuk mencegah atau menghapuskan HIV/AIDS, ia mestilah ditanggapi bukan dengan sekadar mencegah dan mengubati HIV/AIDS sebagai satu masalah kesihatan, melainkan mesti disertai dengan usaha menghapuskan segala aktiviti seks menyimpang yang menyebabkan menularnya HIV/AIDS melalui gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender.

 

Tiada undang-undang Malaysia terhadap amalan gay? Tetapi Islam menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka, sepertimana Allah SWT menimpakan bala kepada pengikut kaum Nabi Luth A.S.

Dari satu sudut, memanglah Islam memandang HIV/AIDS sebagai satu masalah kesihatan kerana ia adalah sejenis penyakit dan sifatnya amat berbahaya (dharar) yang boleh menyebabkan lumpuhnya sistem kekebalan badan. Bagi sesiapa yang telah diserang oleh penyakit ini, maka pelbagai penyakit lainnya akan mudah menjangkiti si pesakit yang biasanya akan berakhir dengan kematian. Islam adalah agama yang melarang terjadinya bahaya (dharar) pada umat manusia. Rasulullah SAW bersabda, “laa dharara wa laa dhiraara fi al-islam” (tidak boleh menimpakan bahaya pada diri sendiri dan juga bahaya bagi orang lain dalam Islam”) [HR Ibnu Majah no 2340, Ahmad 1/133]. Namun dari sudut yang lain, Islam juga memandang HIV/AIDS sebagai suatu masalah perilaku, kerana sebahagian besar kes HIV/AIDS adalah bermula dan tersebar melalui kelakuan seks bebas dan menyimpang seperti gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender. Semua perilaku ini adalah perbuatan jijik dan tercela dalam pandangan Islam. Semuanya merupakan kelakuan yang wajib dihukum (uqubat) dengan keras [Imam Al-Ajiri, Dzamm Al-Liwat, Kaherah: Maktabah Al-Qur’an, 1990, hal. 22; Mahran Nuri, Fahisyah al-Liwat, hal. 2; Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 18-20].

Penyelesaian Islam dalam masalah ini adalah berbeza dengan penyelesaian model sekular dalam sistem demokrasi yang ada sekarang di mana model sekular hanya memandang HIV/AIDS sebagai masalah kesihatan, bukannya masalah perilaku. Maka penyelesaian yang diberikan oleh undang-undang sekular hanya menjurus kepada persoalan kesihatan semata-mata. Antaranya adalah dengan menasihati pasangan yang ingin berzina agar tidak menukar-nukar pasangan, memakai kondom semasa ingin berzina, mengagihkan jarum suntikan yang telah disteril, mengadakan kempen dan iklan akan bahayanya AIDS dan seumpamanya. Sedangkan dalam masa yang sama undang-undang sekular membenarkan dan membiarkan perilaku seks bebas seperti gay, lesbianisme, biseksual dan transgender berleluasa. Perilaku bebas gaya haiwan ini dianggap ‘tidak ada masalah’ dan tidak perlu dihukum dan jika perlu dihukum sekalipun, cukuplah sekadar hukuman yang amat minima yang tidak pernah menakutkan pelakunya. Jelas sekali bahawa kesemua penyelesaian ini adalah penyelesaian yang dangkal dan bodoh selain tidak syar’i.

Ia adalah ‘dangkal’ kerana penyelesaian yang diberikan hanyalah menyentuh aspek permukaan yang tampak sahaja tanpa melihat masalahnya dengan mendalam dan hakiki iaitu masalah yang berpunca dari nilai-nilai kehidupan dan cara hidup (way of life) yang lahir dari amalan kebebasan di bawah sistem demokrasi yang membenarkan pergaulan tanpa batas antara lelaki dan wanita. Penyelesaian ini adalah ‘bodoh’ kerana ia sebenarnya semakin memerosotkan martabat manusia hingga setara dengan binatang ternak malah lebih buruk. Aktiviti syaitan seperti zina, gay, lesbianisme, biseksual dan transgender ini hanya dianggap sebagai ‘masalah moral’ dan tidak pernah ditangani oleh pihak berkuasa dengan cara Islam padahal semua perilaku jijik ini hakikatnya mempertuhankan hawa nafsu dan membunuh akal yang sihat. Bukankah ini suatu kebodohan? Firman Allah SWT,

Terangkanlah kepadaKu tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kalian dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kalian mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu)” [TMQ al-Furqan (25):43-44].

Oleh yang demikian, melihat HIV/AIDS hanya sebagai masalah kesihatan tanpa menyelesaikan masalah kegiatan seks bebas yang menjadi puncanya, adalah penyelesaian yang amat dangkal dan hanya membawa kebuntuan. Sayang sekali, penyelesaian karut inilah yang justeru diambil, baik oleh pemerintah mahupun pelbagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia. Penyelesaian ini sebenarnya hanya merupakan strategi import dari kaum kafir penjajah yang berpemikiran sekular-liberal yang diambil oleh pemimpin dan pihak berkuasa, yang mana tolok ukur mereka dalam menyelesaikan masalah ini ditunjangkan kepada “hak asasi manusia”, bukannya kepada Islam. Kerana itulah, tidak wujudnya hukuman ke atas golongan terlaknat ini, atau hukuman tidak boleh dijatuhkan ke atas golongan ini kerana ia ‘bertentangan dengan hak asasi manusia’ disebabkan perbuatan itu dilakukan oleh mereka secara sukarela atau suka sama suka. Pemerintah lebih berusaha mengatasi ‘masalah yang timbul darinya’ yakni penyakit HIV/AIDS, bukannya berusaha untuk membendung kegiatan terkutuk itu sendiri. Oleh itu, apa sahaja strategi dan kempen yang dijalankan untuk mengatasi masalah HIV/AIDS tidak akan menyelesaikan masalah ini malah akan menjadi sebuah kedangkalan dan kebodohan kerana tidak diselesaikan menurut Islam.

Selama mana HIV/AIDS hanya dipandang sebagai masalah kesihatan dan masalah seks songsang hanya dipandang sebagai sebuah isu moral tanpa ada usaha untuk membendung pergaulan bebas dan kegiatan seks bebas (yang menjadi puncanya), maka apa pun strategi dan langkah yang diambil akan pasti menemui kegagalan. Setiap penyimpangan perbuatan manusia, sekiranya tidak diselesaikan dengan hukum Allah, maka sudah pasti tidak akan pernah menemui keberhasilan, tetapi hanya akan menghasilkan kegagalan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT,

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, walhal (hukum) siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin” [TMQ al-Ma’idah (5):50].

Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan (di dunia) dan azab yang pedih (di akhirat)” [TMQ an-Nur (24):63].

Hukuman Ke Atas Perilaku Seks Menyimpang

Sesungguhnya ajaran Islam tentang kehidupan sangat berbeza dengan ajaran hidup liar yang dibawa oleh demokrasi. Menurut ajaran demokrasi, kebebasan individu adalah suatu yang amat suci dan mesti dihormati oleh setiap orang, termasuk negara. Manusia bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak ‘mengganggu orang lain’. Justeru, perlakuan seks bebas yang dilakukan secara suka sama suka adalah tidak salah kerana ini merupakan hak setiap individu yang tidak boleh diganggu-gugat oleh individu lain. Hubungan seks songsang seperti gay, lesbianisme, biseksual dan transgender adalah dibenarkan atas nama hak asasi manusia (HAM) dan merupakan sebahagian dari kebebasan individu yang mesti dihormati dan dijaga oleh negara. Inilah ajaran demokrasi. Manakala ajaran Islam sungguh amat bertentangan dengan semua ini. Islam bukan sekadar mengharamkan zina, gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender, malah pelakunya dianggap sebagai telah melakukan al-jarimah (kejahatan) dan wajib dikenakan uqubat (hukuman) [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 8-10].

‘Lesbianisme’ di dalam kitab-kitab fiqh disebut dengan istilah as-sahaq atau al-musahaqah. Ia bererti hubungan seksual yang terjadi di antara sesama wanita. Tidak ada khilaf (perselisihan) di kalangan fuqaha’ bahawa lesbianisme hukumnya adalah haram. Keharamannya antara lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “as-sahaq zina an-nisaa’ bainahunna” (lesbianisme adalah [bagaikan] zina di antara sesama wanita) [HR Thabrani, dalam al-Mu’jam al-Kabir, 22/63, Sa’ud al-Utaibi, Al-Mausu’ah Al-Jina’iyah al-Islamiyah, hal. 452]. Menurut Imam Dzahabi, lesbianisme merupakan dosa besar (al-kaba’ir) [Dzahabi, Az-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir, 2/235]. Namun hukuman untuk lesbianisme tidak seperti hukuman zina (yakni hudud), melainkan hukuman ta’zir, iaitu hukuman yang tidak dijelaskan oleh nas secara khusus. Jenis dan kadar hukumannya diserahkan kepada Khalifah atau qadhi (hakim). Ta’zir ini bentuknya boleh berupa hukuman sebat, penjara, publikasi (tasyhir) dan sebagainya [Sa’ud al-Utaibi, Al-Mausu’ah Al-Jina’iyah al-Islamiyah, hal. 452; Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 9].

‘Gay’ atau homoseksual dikenal dengan istilah liwat. Imam Ibnu Qudamah mengatakan bahawa, telah sepakat (ijma’) seluruh ulama’ mengenai haramnya homoseksual (ajma’a ahlul ‘ilmi ‘ala tahrim al-liwat) [Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 12/348]. Sabda Nabi SAW,

Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut” [HR Ahmad, No 3908].

Hukuman untuk gay adalah hukuman mati dan tidak ada khilafiyah di antara para fuqaha’ termasuklah di antara para shahabat Nabi SAW mengenainya. Ini seperti dinyatakan oleh Qadhi Iyadh dalam kitabnya Al-Syifa’. Sabda Nabi SAW,

Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah keduanya (peliwat dan yang diliwat).” [HR Al-Khamsah, kecuali an-Nasa’i].

Namun, dalam pelaksanaan hukuman bunuh tersebut, para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat mengenai tatacara (uslub) hukuman mati ke atas golongan gay ini. Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay mesti dibakar dengan api hingga mati. Menurut Ibnu Abbas ra, mesti dicari bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, lalu dihumbankan si gay tadi dengan kepala ke bawah dan setelah jatuh ke tanah, dilempari dengan batu. Menurut Umar bin Al-Khattab ra dan Utsman bin Affan ra, golongan gay dihukum mati dengan cara dihempapkan dinding tembok kepadanya hingga mati. Meskipun para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat tentang uslub pelaksanaan hukuman, namun semuanya sepakat bahawa golongan gay ini wajib dihukum mati [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 21].

‘Biseksual’ adalah perbuatan zina jika dilakukan dengan lain jenis. Jika dilakukan dengan sesama jenis (sesama lelaki), ia adalah tergolong homoseksual dan jika dilakukan di antara sesama jenis (sesama wanita) ia adalah tergolong lesbianisme. Kesemuanya adalah perbuatan maksiat dan haram di sisi Islam. Hukuman ke atas kesalahannya adalah mengikut jenis kesalahan tersebut. Sekiranya tergolong zina, hukumnya adalah rejam (dilempar batu hingga mati) jika pelakunya muhsan (sudah menikah) dan disebat seratus kali jika pelakunya bukan muhsan. Jika tergolong homoseksual, hukumannya adalah mati dan jika tergolong lesbianisme, hukumannya adalah ta’zir sebagaimana dibincangkan di atas.

‘Transgender’ adalah perbuatan yang menyerupai lain jenis, baik dalam berbicara, berbusana, mahupun dalam bertingkahlaku, termasuklah di dalam aktiviti seksual. Islam mengharamkan perbuatan menyerupai lain jenis sebagaimana hadis Nabi SAW yang melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai lelaki-laki [HR Ahmad, 1/227 & 339]. Manakala dari segi hukumannya, jika seseorang transgender itu sekadar berbicara atau berbusana menyerupai lawan jenis, maka hukumannya adalah diusir dari pemukiman atau perkampungannya. Nabi SAW telah melaknat orang-orang pondan (mukhannats) dari kalangan lelaki dan orang-orang bapuk (mutarajjilat) dari kalangan perempuan. Nabi SAW bersabda, “akhrijuuhum min buyutikum” (usirlah mereka dari rumah-rumah kalian). Maka Nabi SAW pernah mengusir si fulan dan Umar ra juga pernah mengusir si fulan” [HR Bukhari no 5886 dan 6834, lihat Imam Syaukani, Nailul Authar, hal. 1306]. Jika golongan transgender ini melakukan hubungan seksual, maka hukumannya disesuaikan dengan faktanya. Jika hubungan seksual terjadi di antara sesama lelaki, maka dijatuhkan hukuman sebagaimana homoseksual. Jika terjadi di antara sesama wanita, maka dijatuhkan hukuman sebagaimana lesbianisme. Jika hubungan seksual dilakukan dengan lain jenis, maka dijatuhkan hukuman zina.

Di dalam Islam memang dikenal golongan khunsa yakni orang yang mempunyai dua alat kelamin dan kewujudan serta kedudukan mereka diakui dalam fiqh Islam. Namun mereka sama sekali berbeza dengan golongan transgender kerana golongan transgender adalah golongan yang mempunyai alat kelamin yang sempurna, bukannya dua alat kelamin, tetapi mereka berperilaku menyerupai lawan jenisnya. Sedangkan golongan khunsa adalah golongan yang semulajadinya lahir dengan memiliki dua alat kelamin. Bagi golongan khunsa ini, terdapat beberapa hukum fiqh yang khusus mengenai mereka.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Wujudnya golongan pelaku seks songsang ini adalah kerana adanya amalan kebebasan di bawah sistem demokrasi. Sistem kufur ini sememangnya akan membenarkan segala aktiviti maksiat lahir dan merajalela manakala semua aktiviti keIslaman akan dihalang habis-habisan. Walaupun ada usaha dari pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini, namun ternyata usaha mereka menemui kegagalan demi kegagalan kerana sesungguhnya mereka berusaha memperbaiki kerosakan manusia (dengan mengambil jalan) melalui sistem yang juga rosak. Mereka umpama masuk ke lubang najis untuk membersihkan najis dengan (juga) menggunakan najis. Sampai bilakah pihak berkuasa dan pihak pemerintah ini akan sedar bahawa sistem demokrasi dengan undang-undang buatan manusia yang mereka amalkan selama ini tidak pernah dapat menyelesaikan masalah, malah sebaliknya semakin banyak menimbulkan masalah dan kerosakan kepada manusia. Cubalah pihak berkuasa ini berfikir sedikit, gay manakah yang akan berani menonjolkan diri atau ingin terus melakukan perbuatan jijik dan terlaknat mereka itu jika dicampakkan mereka satu demi satu dari tingkat tertinggi KLCC sebagai hukuman Allah ke atas mereka? Namun, hukum Allah ini tidak akan akan dapat dilaksanakan selagi mana tidak adanya Daulah Khilafah yang menaungi kita semua. Wallahu a’lam.

Ehsan: mykhilafah.com – mengembalikan kehidupan islam

%d bloggers like this: