KELEMAHAN PEMIMPIN UMAT ISLAM DALAM ISU PALESTIN


Secara amnya, seluruh dunia telah menyaksikan kejahatan dan sifat kebinatangan Israel ke atas umat Islam di Palestin. Sejak tertegaknya negara haram tersebut pada 15 Mei 1948, pelbagai episod sedih melanda umat Islam di Palestin. Sudah ratusan ribu nyawa dan darah umat Islam di Palestin menjadi korban kekejaman tentera Zionis. Sudah kering air mata umat Islam di Palestin yang dipaksa dan yang terpaksa untuk ditumpahkan bagi meratapi sifat keji dan buas Israel yang tidak pernah mengenal erti belas kesihan dan nilai kemanusiaan. Dunia, terutamanya para pemimpin umat Islam yang khianat masih terus berpeluk tubuh sehingga ke saat ini tanpa melakukan apa-apa.

Jika adapun sebarang tindakan yang diambil, ia hanyalah sekadar kutukan dan kecaman yang dilontarkan kepada tindakan keji entiti haram Israel tersebut. Kerajaan sekular Malaysia juga nampaknya tidak terkecuali. Melihatkan jawapan dan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam isu Israel ini, ianya membuktikan tentang kekeliruan dan kecelaruan sikap yang diambil oleh kerajaan Malaysia.

Apakah cukup dengan sekadar mengeluarkan kenyataan penafian bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, maka kita merasakan ianya sesuatu yang wajar. Dan, apakah sudah memadai dengan kenyataan bahawa Malaysia telah memberi sokongan dari segi sosial, politik dan ekonomi kepada Palestin? Apakah itu sahaja bantuan yang diperlukan oleh umat Islam Palestin? Bagaimana dengan bantuan tentera? Persoalan utamanya adalah; apakah segala bentuk tindakan Malaysia itu sudah mampu untuk menghalang Israel daripada terus membunuh dan menumpahkan darah umat Islam di Palestin?

Ini menunjukkan bahawa para pemimpin sekular di Malaysia sudah melupai catatan emas kegemilangan Islam yang telah mencatatkan bagaimana kehebatan Khalifah Sayyidina Umar Al-Khattab membuka kota Palestin dengan tindakan jihad. Keberanian Salehuddin Al-Ayubi sehingga dapat mengambil kembali Palestin daripada tentera salib, juga dengan jalan jihad. Keteguhan Sultan Abdul Hamid II yang telah menunjukkan izzahnya sebagai pemimpin yang menjaga Islam dan umat Islam untuk tidak menyerahkan walau seinci tanah Palestin kepada kaum Yahudi. Lihatlah betapa jauhnya perbedaan kata-kata beliau jika kita ingin bandingkan dengan kata-kata Anifah.

Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah ini adalah milik umat Islam.

Sultan Abdul Hamid II

Umat ini telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah-darah mereka…Yahudi, simpan sahajalah harta mereka itu. Jika Khilafah telah dimusnahkan suatu hari nanti, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, selagi aku masih hidup, aku lebih rela tertusuknya pisau ke tubuhku ini daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islam. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selama kami masih hidup!” Begitulah jawaban tegas Khalifah Abdul Hamid II kepada Theodore Hertzel, pemimpin Zionis Yahudi yang menawarkan jutaan wang kepada beliau untuk membeli tanah Palestin dalam rangka untuk mendirikan negara Israel di bumi Palestin.

Persoalannya kini adalah, apakah kita masih mengharap pemimpin yang sedia ada pada hari untuk menyelesaikan isu Palestin? Hanya mereka yang bertakwa sahajalah yang mengetahui jawabannya.

Sumber: Kosmo 15/3/2012

Advertisements

MUNGKINKAH PALESTIN MENDAPAT HAKNYA SEMULA?


Kisah Palestin amat menyayat hati dan juga boleh membakar kesedaran kita betapa kuasa besar dunia baik Amerika Syarikat (AS) telah menafikan dan memperlambatkan tuntutan terhadap tanah airnya. Negara Israel dicipta oleh Pertu-buhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1948 dengan bantuan kuasa imperialis AS dan Eropah. Israel sebelum itu boleh ditempatkan ke negara seperti Uganda dan Argentina tetapi kelompok zionis Yahudi mahukan tanah Palestin yang konon-nya dalam kitab suci mereka ada tercatat di mana sebenarnya negeri Israel.

AS dan Eropah menghidupkan dan merealisasikan negara Israel kerana mempunyai kepentingan geo-politik strategik kerana di kawasan Dunia Arab sana ada minyak yang boleh mereka membelinya dengan mudah bagi menggerakkan ekonomi imperialisme. Rakyat Palestin tidak bersikap dungu melainkan sentiasa melawan dan selepas Perang Enam Hari 1967 keluasan tanah milik Palestin semakin kurang. Palestin melancarkan Intifada pada tahun 1987 dan 2000.

Israel dengan bantuan militer gagah dari AS meneruskan agenda menakluki tanah Palestin dan kini tanah milik Palestin di Gaza dan Tebing Barat telah banyak berkurangan. Terdapat 1.5 juta rakyat Palestin dibawah pendudukan Israel hidup sebagai rakyat kelas kedua.

Terdapar 4.7 juta rakyat Palestin berdaftar dengan PBB sebagai orang pelarian mengikut statistik 2010. Kesemua pelarian itu mahu pulang ke tanah air mereka tetapi Israel dengan bantuan militer AS setakat ini berjaya menafikan hak itu. Israel telah menjalankan banyak kerja-kerja gila seperti memasang tembok batu setinggi 20 kaki bagi memasung penempatan Palestin, sedangkan Israel di persada dunia melaung-laungkan bahawa orang Palestin adalah orang ganas.

Rakyat Palestin dibawah pendudukan yang sah telah dinafikan berinteraksi dengan dunia luar dan menghadkan seketat-ketatnya bilangan yang boleh ke negara jiran. Malah gerakan antarabangsa yang cuba membawa bantuan kemanusiaan akan diajar habis-habisan oleh pihak militer Israel. Begitu kejam sekali Israel ini. Bayangkan rakyat Palestin tidak sama sekali berputus-asa dan telah berjuang untuk menuntut tanah airnya melalui berbagai-bagai kaedah baik diplomasi, rundingan dan menyuara di PBB selama 6 dekad. Selama lebih dari 6 dekad tiada satu pun yang mendatangkan hasil. Semua Presiden AS sejak 1948 telah gagal dalam mencapai satu persepakatan damai yang berkekalan, sebaliknya berjaya memperbudakkan hampir semua pemimpin Arab mengikut telunjuknya.

Perdamaian Palestin-Israel Di Kaca Media

Media boleh mempengaruhi pandangan umum. Gambaran yang selalu di gembar-gemburkan oleh media Barat milik pemain korporat gergasi imperialisme ialah bagi mencapai perdamaian Israel-Palestin, rakyat Palestin mesti menjamin keselamatan bagi negera Israel dan pemimpin Israel sentiasa sulit untuk berbincang dengan pemimpin Palestin, kononnya pemimpin Israel sahaja berminat tetapi tidak bagi Palestin dalam mencari suatu perdamaian selama ini. Pemimpin Israel terlalu obses yang Palestin tidak mungkin boleh mendapat keselamatan dengan hadirnya Hamas, pemerintah demokratik dan mujahid bagi Jalur Gaza. Pada hal Israel telah banyak mengebom rakyat Palestin. Rakyat Palestin terpaksa melawan secara keras melalui militer untuk menyerang balik serangan Israel.

Ketika itu media dunia dimonopoli oleh BBC, CCN dan banyak lagi yang dikuasai oleh media pemerintah korup negara-negara Arab yang juga dikuasai oleh AS atau Eropah. Imej dan ketrampilan Palestin dilukiskan sebagai pengganas dan tidak suka pada perdamaian. Kini dengan hadirnya jalur luas internet, dunia tidak lagi termakan dengan berita-berita propaganda canggih yang dicernakan oleh media Barat itu.

Dalam konteks perkembangan ini Presiden Barrack Obama dalam satu ucapan yang bergaya dan berkuasa telah melontarkan satu pandangan bahawa bagi menyelesaikan krisis Palestin-Israel, rujukan rundingan harus dibuat pada persempadan 1967, yakni rujukan harus dibuat kepada berpuluh-puluh ketetapan PBB yang mendukung syarat-syarat seperti itu. Pendeknya beliau berucap bahawa Israel harus kembalikan semua tanah Palestin yang diduduki selepas Perang Enam Hari 1967 termasuk Jerusalem Timur. Penempatan baru terhadap tanah-tanah Palestin dalam rangka ‘Greater Israel’ harus juga ditinggalkan.

Bagaimanapun Benjamin Netanyahu menjadi orang pertama melenting yang cadangan Obama itu tidak mungkin boleh diguna pakai. Netanyahu membawa isu itu terus ke Obama dan berkongsi pada satu perjumpaan dengan kumpulan pelobi Yahudi berpengaruh di AS, AIPAC. Netanyahu mengulangi perkara yang sama iaitu Palestin harus menjamin keselamatan bagi Israel dan juga mahukan Hamas membuangkan prinsip atau pegangannya yang tidak mahu langsung mengiktiraf negeri Israel.

Netanyahu bertindak atau bersikap bagaikan Israel itu sebuah negeri yang berdaulat padahal ianya dicipta oleh PBB. la berkeras enggan melepaskan tanah jajahannya walaupun ia selaku perampas tanah Palestin. Hakikat ini telah disiarkan secara meluas oleh siaran Aljazeera di seluruh dunia.

Dahulu Netayahu pernah bengang semasa Hamas (Jalur Gaza) dan Al-Fatah (Tebing Barat) bergaduh. Dia berkata dengan siapa saya hendak berunding kerana kedua-duanya tidak bersatu. Kononnya Palestin yang penuh bermasalah, susah diajak berunding. Kali ini apabila Hamas dan Al-Fatah bersatu, Netanyahu bengang lagi dan berkata dia tidak mahu berunding dengan Palestin dan memaklumkan kepada dunia bahawa rujukan kepada persempadan 1967 tidak mungin boleh dipakai.

Mungkin ramai tidak mendapat maklumat bahawa Palestin selama 60 tahun begitu rindu akan satu perdamaian dan mereka selalu berusaha mencari perdamaian dan sebaliknya Israel sengaja mahu kekalkan status-quo lantaran ada sokongan dari AS yang mahu meneruskan rencana menguasai Dunia Arab. Tetapi Dunia Arab sedang dalam proses menuntut digniti dan melepaskan diri mereka daripada diperbudakkan oleh kuasa luar, khususnya AS dan Eropah. Pada September lalu, Palestin telah membawa isu meminta PBB mengiktiraf negara Palestin yang merangkum Jalur Gaza dan Tebing Barat. Obama tidak mahu memberi sokongan dengan usaha ini dan tergamak mengatakan bahawa inisiatif Palestin untuk membawa kesnya ke PBB tidak akan memberi sebarang kesan positif. Obama pun ada mengatakan bahawa hubungan keramat dan intim Israel-AS selama ini tetap kekal. Maka bolehkah AS berdiam diri dengan bantahan Netanyahu?

Mahukah Obama menerima risiko yang ia akan digambarkan sebagai pengkhianat kepada kewujudan Israel dan bakal kalah nanti dalam pertandingan calon Presiden AS bagi penggal kedua?

Israel adalah anak emas AS kerana seperti disebut awal tadi bahawa Israel menjadi entiti strategik di Dunia Arab bagi AS. Jawapannya Obama sekadar retorik saja dan tidak lebih daripada itu. Israel sebagai negara keganasan terhadap Palestin tidak mungkin dikecam oleh AS.

____________________________________________________________
Sumber: http://www.tarbawi.my – diaksess pada 7 Mac 2012: 3.45PM

MEMPERINGATI TOKOH MANGSA KEKEJAMAN ISRAEL


Sheikh Ahmed Yassin atau nama sebenarnya Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin adalah nama yang cukup besar dalam perjuangan jihad di jalan Allah. Terutama mempertahankan Palestin – bumi suci ketiga umat Islam. Beliau umpama pahlawan Islam silam.

Hanya 40 hari selepas kematian Sheikh Ahmed Yassin seorang lagi pemimpin pejuang Hamas, Dr. Abdul Aziz Rantisi (kiri) mengikuti jejak mati syahid dibedil roket rejim Yahudi seperti Sheikh Ahmed Yassin.


 

Moga nama besar itu menikmati apa yang dijanjikan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang mati; bahkan mereka itu orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (al-Baqarah: 154)

Sheikh Ahmad Yassin syahid pada 22 Mac 2004, tarikh yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa juga terutama rakyat Palestin.

Beliau adalah mangsa pembunuhan paling keji apabila ditembak dengan tiga bedilan roket dari helikopter Apache tentera Israel.

Peristiwa berdarah itu berlaku pada subuh hening sejurus Syeikh Ahmed Yassin keluar dari masjid setelah menunaikan solat Subuh.

Tindakan Israel itu memang cukup kejam kerana pemimpin Palestin itu hanya seorang tua yang lumpuh dan lemah. Pergerakannya hanya menggunakan kerusi roda selain mengalami pelbagai lagi keuzuran. Namun, pada Israel beliau dilihat sebagai ancaman kepada rejim zionis itu dan perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun.

Mengenang kembali peristiwa pembunuhan terkutuk itu, pasti ada yang mengalir air mata. Bagaimanapun, siapakah yang lebih mengalirkan air matanya setiap kali nama tokoh pejuang suci Islam ini disebut-sebut?

Sudah tentu mereka yang menyimpan kenangan sama-sama berjuang dengan Sheikh Ahmed Yassin.

Salah seorang daripada mereka ialah Ahli Parlimen yang juga Ahli Majlis Perundangan Palestin (PLC) – bertindak sebagai Pihak Berkuasa Palestin yang mempunyai 132 ahli yang dipilih dari Tebing Barat dan Gaza – Dr. Mohammed Shihab, 55.

Ketika ditemui Mega dalam kunjungannya ke Malaysia, baru-baru ini, Kelihatan wajah yang sayu apabila Mohammed diajukan mengenai hubungan dengan Sheikh Ahmed Yassin – pemimpin yang pengaruhnya sangat kuat terhadap seluruh umat Islam sehingga kini.

Dr. Mohammed adalah antara yang paling awal direkrut dalam satu gerakan jihad pertama, iaitu Hamas yang ditubuhkan oleh Sheikh Ahmed Yassin di Palestin untuk menentang rejim Israel.

“Saya dan allahyarham Sheikh (Ahmed Yassin) sama-sama berjuang. Cuma sudah rezeki dan takdir Allah, almarhum lebih dahulu masuk ke syurga Allah,” ujarnya.

Ini membuktikan Mohammed bukan calang-calang tokoh politik. Beliau sungguh bertuah kerana mempunyai kenangan yang hidup dan berjuang bersama-sama Sheikh Ahmed Yassin.

Dr. Mohammed berada di ibu negara sempena Festival Filem Palestin Kuala Lumpur (KLPFF) 2012 selama tiga hari yang berakhir pada 6 Februari lalu.

Festival itu telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mohammed yang berasal dari Bandar Gaza, Palestin ditemani dua lagi rakyat Gaza, iaitu Dr. Mahmoud Mohamad Alhirthani dan Dr. Fayik An Naouk yang kedua-duanya merupakan pensyarah di Universiti Al Aqsa, Gaza.

Dr. Mahmoud juga adalah Naib Pengerusi Persatuan Islam Jabalia Palestin bertindak sebagai penterjemah sepanjang mereka berada di Malaysia.

Menurutnya, Allah sahaja yang tahu azabnya tekanan perasaan yang mereka alami dalam hidup bagai di neraka dunia akibat 1,001 perbuatan kejam rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Tetapi semua tekanan dan air mata yang berlinang dengan sendirinya akan terhapus apabila kita berada dekat dengan almarhum Sheikh.

“Duduk bersama beliau dan mendengar nasihat serta pujukan beliau bagaikan seorang bapa yang memujuk anak-anaknya yang dalam kesedihan itu,” katanya.

Begitulah pentingnya peranan seorang pemimpin, apatah lagi seorang ulama, guru, seorang ayah seperti Sheikh Ahmed Yassin.

Sekalipun hanya berada dekat dengannya mampu membuatkan orang di sekeliling rasa tenteram dan selamat.

Namun mengimbas kembali sejarah perjuangan para pejuang muda Hamas itu, Mohammed berkata, sekembalinya dari Mesir setelah tamat pengajian dalam bidang farmasi, beliau terus menganggotai Gerakan Islam (Hamas).

“Bukan sahaja saya, malah ramai lagi yang pulang belajar dari Mesir, England dan lain-lain negara di dunia setelah bergelar doktor perubatan, pensyarah, peguam dan lain-lain jawatan terus menganggotai Hamas dengan Sheikh Ahmed Yassin sebagai mentor kami.

“Tugas utama kami ketika itu mengumpul senjata sebanyak mungkin bagi memperkuatkan lagi gerakan menentang Israel,” katanya.

Dilatih mengguna senjata

Walaupun serba kekurangan termasuk kesukaran mendapat bekalan senjata api, ia tidak melemahkan semangat juang para anggota Hamas.

Berbekalkan senjata yang ada, mereka giat berlatih dan mempelajari taktik-taktik peperangan melalui bekas anggota tentera Palestin yang pernah menganggotai gerakan pembebasan Palestin sebelum ini.

Sehinggalah ketika berlakunya detik dan tarikh hitam yang meragut nyawa pemimpin kesayangan, Sheikh Ahmed Yassin, Dr. Mohammed tidak berada di tempat kejadian.

Ketika itu, beliau berada di rumah. Berita itu diterima dengan hati yang remuk dan kesedihan yang tidak boleh diungkap melalui kata-kata.

Pemergian Allahyarham amat dirasai kerana beliau sangat akrab malah hubungan silaturrahim itu terjalin sebelum terbentuknya Hamas.

Sehinggakan Sheikh Ahmad Yassin ditahan dan dihukum penjara selama 13 tahun oleh Israel, Dr. Mohammed adalah satu-satunya individu yang mendapat kepercayaan sepasukan peguam untuk bertemu dan berbincang dengan Sheikh Ahmad Yassin di penjara.

“Para peguam meminta saya memujuk Sheikh Ahmed Yassin supaya bersetuju dengan usaha-usaha untuk membebaskan beliau daripada meringkuk dalam penjara.

“Beliau sudah tua dan dalam keadaan yang sangat lemah dan uzur. Maka adalah sangat zalim untuk orang yang dalam keadaan seperti ini dipenjara lalu pihak peguam merancang menjadikan keuzuran Sheikh Ahmed Yassin untuk layak menjalani rawatan dan berubat di luar negara.

“Mereka hendak memindahkan Sheikh ke mana-mana negara luar agar beliau tidak perlu ditahan dan dipenjara,” katanya.

Lalu Dr. Mohammed menemui Sheikh Ahmed Yassin dipenjara yang akhirnya menyaksikan beliau keluar dari penjara itu dengan muka yang kecewa dan hampa.

“Sheikh menolak bulat-bulat cadangan pihak peguam itu. Beliau enggan keluar dari penjara walau apa pun yang bakal terjadi dan saya sememangnya gagal walaupun puas memujuknya.

“Saya katakan beliau masih boleh memimpin para pengikutnya walaupun berada di luar negara sebagaimana kebanyakan para pemimpin dan pejuang Palestin sebelum ini,” katanya.

Sheikh Ahmed Yassin dengan tegas memberitahu beliau tidak akan sesekali meninggalkan Palestin, apatah lagi meninggalkan orang yang dipimpinnya.

“Bukan namanya seorang pemimpin yang sanggup meninggalkan rakyatnya ketika dirinya sangat diperlukan dan walaupun dipenjara namun saya tetap ingin berada bersama-sama dengan kamu semua di sini, di tanah air kita ini!

“Tidak akan saya tinggalkan kamu sekalipun kita sudah terpisah jasad dan nyawa,” katanya.

Demikianlah antara kata-kata yang tegas diungkapkan oleh Sheikh Ahmed Yassin kepada Mohammed.

_____________________

Sumber: http://n9kini.com/ (diakses pada jam 4:45pm 1-Mac-2012)

PEMIMPIN ARABLAH YANG MUSNAHKAN PALESTIN


kezaliman_israel-2.jpg
Kezaliman Rejim Yahudi seterusnya di bumi Palestin

Pada 7 Disember 2008, telah masuk hari yang ke 11 Israel menyerang bumi Palestin tanpa henti. Maklumat dari saluran media Barat, AP melaporkan, sejak serangan dilakukan pada 27 Disember lalu hingga saat artikel ini ditulis, Rejim Israel telah membunuh 585 orang rakyat Palestin termasuk 94 orang kanak-kanak, serta mencederakan 2,500 rakyat biasa .

Akibat serangan udara tentera Israel yang bertubi-tubi itu memusnahkan begitu banyak bangunan di Bandaraya Gaza serta Genting Gaza, mengakibatkan terputusnya bekalan air dan elektrik , manakala bekalan makanan semakin terdesak dan membimbangkan.

palestin-2.jpg
Keganasan Israel ke atas Palestin seterusnya

Serangan tentera Israel ini dilihat seperti tidak ada tindakbalas langsung dari pihak tentera Palestin , bahkan ia tak ubah seperti perlawanan bola sepak di mana hanya satu pasukan sahaja yang menyerang dan menyumbat gol tak henti-henti , sedangkan pihak lawan, walaupun kelihatan ada pemainnya tetapi tidak mampu mempertahankan serangan pasukan penyerang, apa lagi untuk menyumbat gol !

Ini terjadi ialah lantaran tidak ada bekalan senjata yang canggih untuk menyekat atau menyerang balik bagi pihak tentera Palestin. Pertama kemampuan membina senjata sendiri yang terhad untuk mengatasi senjata termoden pihak Israel. Kedua tidak ada bantuan senjata dari umat Islam khususnya umat Arab yang ada di sekeliling Palestin.

Bahkan jika ada senjata lama Amerika yang habis tempoh jaminan kualitinya, maka senjata itu tidak dibuang dengan percuma atau dimusnahkan begitu sahaja, namun segala senjata lama itu diberikan kepada pihak Israel untuk dilontarkan ke bumi Pelstin agar ia dapat membunuh beberapa orang Palestin, dengan ertinya senjata lama Amerika itu tidak membazir !

Begitu juga sekiranya pihak Pentagon di Amerika Syarikat ingin menguji senjata baru ciptaannya, maka senjata itu diunjukkan kepada tentera Israel untuk mengujinya terhadap rakyat Palestin, yang boleh dilihat secara terus oleh pihak tentera Rejim Yahudi itu samada ia berkesan untuk membunuh musuh seperti yang di programkan terhadap senjata berkenaan.

Yang mendukacitakan, bila setiap kali Israel menyerang di mana-mana saja bumi Palestin, semua pemimpin negara Arab membisu seribu bahasa, tak seorang pun yang bersuara mengutuk Israel, apa lagi untuk mengutuk negara pelindung Israel, iaitu Amerika Syarikat. Keadaan ini seolah-olah para pemimpin Arab sendirilah yang memusnahkan Kerajaan dan Rakyat Palestin.

Mengapa terjadi demikian? Saya pernah bertanya soalan yang sama kepada seorang sahabat saya di Jordan, iaitu salah satu negara Arab yang bersempadan dengan Israel . Nama sahabat saya ini ialah Freddie , seorang lelaki berbangsa Arab Jordan beragama Kristian. Beliau ialah seorang anggota tertinggi NASYO (Non Aligned Students And Youth Organization atau Pertubuhan Belia Dan Pelajar Negara-negara Berkecuali dianggotai oleh 105 buah negara) yang mewakili negara Jordan, pada bulan Ogos 1997 lalu, yang kebetulan saya juga salah seorang anggota Majlis Tertinggi NASYO mewakili Malaysia dan Asia Tenggara (1986 hingga sekarang).

Pada mulanya Freddie hanya menjawab dalam Bahasa Arab dengan cara ‘Lepas Batuk Di tangga’ sahaja dengan katanya; “Qad hadatha ma hadatha” ertinya“ Telah terjadi apa yang dah terjadi” sambil mengangkat bahu dua kali , kemudian terus menghembus asap rokok dan semakin merebahkan badannya disofa disatu sudut rehat sebuah restoran berhampiran Pusat Persidangan dipinggir Bandaraya Amman, semasa mesyuarat Ahli Majlis NASYO berhenti rehat untuk makan tengahari dan Solat Zohor .

Saya tidak jemu mengganggu Freddie dengan melontarkan pertanyaan lagi menggunakan Bahasa Pasar Arab “Ya’ni esy ya akhi…ya’ni esy..” (apa maksudmu saudaraku apa maksudmu) dan sambil menghembuskan asap rokoknya dengan panjang Freddie menjawab, “Qa-idul arab majnun” (Pemimpin Arab gila). Saya dapat merasakan teman saya dari NASYO Jordan itu amat kecewa dengan sikap para pemimpin negara Arab yang bersikap tidak mengambil tahu terhadap apa yang terjadi di Palestin itu.

Beliau tidak lagi mahu bercakap selepas itu, dan mula menutup mata pura-pura tidur bila saya bertanya lanjut apa maksudnya dia berkata pemimpin Arab gila . Tetapi saya tidak serik, terus mengasaknya dengan pertanyaan yang sama.

“a akhi, ayyu qa-idul arab, ayyu baladul arab? Olli ya akhi !” (Saudaraku pemimpin Arab yang mana satu.. dan dari negara mana? katakan kepada saya!) saya menekannya dengan suara tinggi , membuatkannya tersentak dan membetulkan duduknya dan tidak lagi bersandar separuh terlentang, serta mematikan rokoknya didalam bekas habuk rokok yang ada di atas meja di hadapan kami. Saya benar-benar berjaya membuat provokasi terhadap Freddie, dia mula naik marah, mukanya merah .

Dan perlu saya gambarkan , rupa dan rangka Freddie serta gerak-gerinya yang menampakkan seorang yang agresif, adalah hampir sama dengan pelakon Hollywood, Harrison Ford, cuma bezanya Freddie mempunyai warna biru gelap di kiri kanan pipinya tanda orang Arab yang bercukur. Lalu dengan suara yang tinggi Freddie meluahkan isihatinya menjawab soalan saya dengan kata;

“Kullu qa-idul arab ya akhi !..kulluhum mustawa wakulluhum yuhibbunalfulus wakulluhum ya’budun amerikiah ! wakulluhum syaitan ya akhi… !” (Semua pemimpin Arablah …semua mereka sama saja ..semua mereka gilakan wang dan semua mereka menyembah Amerika!…semua mereka itu syaitan!)… selepas berhenti sejenak untuk menarik nafas, Freddie menambah :

“Aktharuhum yuhibbunalkhamar..yuhibbunalmaisir..yuhibbunalnisa..alakullihal , asra-rihim fi yadi CIA..liajli zalik hum yakhafuna Amarikiyah abadan” (Kebanyakan mereka sukakan arak..sukakan judi..sukakan perempuan..pendek kata segala rahsia mereka berada dalam tangan CIA.. oleh kerana itu mereka jadi takut kepada Amerika buat selama-lamanya !)

Seorang penganut Kristian di Timur Tengah bukan sahaja begitu marahkan Israel dan Amerika yang sentiasa menzalimi rakyat Palestin , tetapi juga para pemimpin Arab yang tidak pernah membela bangsa yang sebangsa dan seagama dengan mereka itu. Seorang Pensyarah kami semasa di Nilam Puri ,Ustaz Mohammad Daud Iraqi (kini seorang ahli Exco Kerajaan Kelantan) pernah berkata kepada kelas kami satu hari dalam tahun 1972 dengan berkata: “Ada para cendikiawan Arab berkata, sekiranya Bangsa Arab bersatu, alamat kiamat akan tiba”.

Mendengar suara Freddie yang tinggi itu, Dr.Abdul Ghafuri , dari NASYO Iraq segera ke tempat berbual itu dengan bertanya apa yang berlaku dan saya menjelaskannya apa percakapan yang berlaku antara saya dan Freddie, dan Dr.Abdul Ghafuri tiba-tiba terdiam dan berlinang airmatanya seraya berkata;

“Muta- assif jiddan ya akhi Yazid …ana aqulu..bi i’maqi qalb, lahum uzunun walakinla yasmaun, ya’ni aswatu sya’bu falastini..walahum a’yunun walakinla yubsirun ya’ni mahadatha fi Falastin , walahum lisanun, walakinla yatakallamun sawa-un fi umami muttahidah au ghairiha…” (Dukacita wahai saudaraku Yazid…saya nyatakan ini dari lubuk hati saya sendiri, mereka punyai telinga tetapi mereka tidak mendengar segala rintihan rakyat Palestin…dan mereka punyai mata tetapi tidak melihat apa yang berlaku di Palesrtin, dan mereka punyai lidah tetapi mereka tidak bercakap , samada di PBB atau sebagainya…)

Untuk menghibur Dr.Abdul Ghafuri dan Freddie itu saya menambah “Nahnu fi malizi da-iman lifalastini” (Kami di Malaysia sentiasa menyokong Rakyat Palestin).

Sebenarnya Amerika , Britain dan beberapa negara Eropah yang bertanggungjawab mencipta satu penempatan kaum Yahudi yang berselerak di negara mereka masing-masing serta yang ada di seluruh dunia ke suatu tempat khusus yang mereka boleh mentadbir diri mereka sendiri. Akhirnya kaum Yahudi itu sendiri yang memilih mahu di tempatkan di kawasan berhampiran Masjidul Aqsa di Bumi Palestin, yang kononnya pada masa dahulu kala penduduk Yahudi pernah hidup di kawasan ini sebelum mereka dihalau keluar dari situ kerana kejahatan mereka sendiri.

Walaupun pemilihan untuk penempatan haram di bumi Palestin ini dibantah keras oleh seluruh negara Islam dan negara Arab, namun pihak Negara Barat tetap menyokong kehendak kaum Yahudi tersebut.

Pada tahun 1948, Amerika, Britain dan Perancis bersetuju dengan pemilihan tempat ini yang akhirnya diberikan nama Israel oleh mereka sendiri. Bila saja kaum Yahudi ini mula bertapak, mereka terus merangka Protokol untuk kelangsungan bangsa mereka itu dengan mencipta Fahaman Zionis yang mencipta fahaman halal dibunuh sesiapa saja untuk kepentingan dan keselamatan bangsa Yahudi terus hidup dan direstui oleh Tuhan mereka (kononnya).

Sejak itulah kaum Yahudi ini mula mengganas untuk memperluaskan lagi kawasan pendudukan haram mereka itu menghalau penduduk di Palestin itu untuk keluar dari tempat kediaman mereka secara kekerasan dan akhirnya ramai yang terpaksa tinggal dalam khemah pelarian.

Pada mulanya Amerika dan Britain memberi jaminan kepada dunia bahawa kaum Yahudi ini tidak akan mengganggu jiran-jiran mereka disekelilingnya. Tetapi jamainan itu hanayalah ‘Ibarat Menanam Tebu Dibibir Mulut’ sahaja , bagi mengelakkan bantahan umat Arab sewaktu awal penempatan itu. Sampai ke hari ini pun negara-negara Arab dan negara Umat Islam lainnya tidak mengiktiraf negara Israel ini, dan sebab itu ia dipanggil ‘Rejim Israel’ dan bukannya ‘Negara Israel’.

Amerika, yang ramai mempunyai cerdikpandai serta ahli koprat Yahudi yang besar-besar menguasai ekonomi mereka , kini terpaksa melindungi kaum Yahudi dan Israel kerana pengaruh politik para pemimpin Amerika itu berada dalam kocek kaum Yahudi di negara itu. Presiden Kennedy dan Robert Kennedy dibunuh kerana cuba menunjukkan simpati terhadap penderitaan Rakyat Palestin yang dizalimi oleh Israel. CIA digunakan oleh pentadbiran Amerika memerangkap para pemimpin Arab agar masuk ke dalam kocek Amerika! itu lah yang berlaku !.

___________________________________
Sumber: yazidothman.com

“TWO-STATE SOLUTION” HARAM DI SISI ISLAM


Sumber: artikel Sautun Nahdhah – Mykhilafah.com – http://mykhilafah.com/

Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku.

Sultan Abdul Hameed II - Pemimpin khilafah yang mempertahankan tanah Palestin hingga ke nafas terakhir

Tanah ini adalah milik umat Islam. Umat ini telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah-darah mereka…Yahudi, simpan sahajalah harta mereka itu. Jika Khilafah telah dimusnahkan suatu hari nanti, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya.

Akan tetapi, selagi aku masih hidup, aku lebih rela tertusuknya pisau ke tubuhku ini daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islam. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selama kami masih hidup!

Baca artikel berkaitan:

Theodore Hertzel - Pengasas Negara Yahudi

Begitulah jawaban tegas Khalifah Abdul Hameed II kepada Theodore Hertzel, pemimpin Zionis Yahudi yangmenawarkan jutaan wang kepada beliau untuk membeli tanah Palestin dalam rangka untuk mendirikan negara Israel di bumi Palestin.

Dicatatkan bahawa setidak-tidaknya sebanyak enam kali Theodore Hertzel mengunjungi Istambul, ibukota Khilafah Uthmaniyyah di Turki dalam usahanya untuk membolehkan Yahudi bertempat tinggal di Palestin. Jawaban dan keberanian Khalifah Abdul Hamid ini sangat berbeza dengan pemimpin yang ada saat ini apabila menjawab isu Palestin. Jika Sultan Abdul Hamid dahulu sanggup mati daripada mengkhianati Palestin dengan memberikannya kepada Yahudi, para pemimpin hari ini sebaliknya bermati-matian mengkhianati Palestin dan ingin memberikannya kepada golongan Zionis terlaknat itu.

Para pemimpin Arab dan dunia Islam lainnya, yang seharusnya berusaha untuk membebaskan Palestin, malah sebaliknya sejak dulu lagi terus-menerus mengkhianati Palestin untuk diserahkan kepada Yahudi. Dalam perkembangan terbaru di Malaysia, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam hebat oleh beberapa pihak, setelah mendakwa wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 26hb Januari 2012 tentang isu Palestin diputar belit oleh media pro kerajaan. Anwar semasa memberi amaran agar pihak-pihak terbabit tidak memutarbelit kenyataannya, menyiarkan semula wawancara tersebut di blognya:

In a recent interview with the Wall Street Journal, Mr. Anwar responded to the question of whether he would open diplomatic ties with Israel by stating his “support” for “efforts to protect the security of the state of Israel,” while at the same time backing the “legitimate rights of the Palestinians.” He stopped short of saying he would establish diplomatic relations between the two states – what he describes as a “tricky” issue – and stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognizing the aspirations of the Palestinians….“Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians” [http://anwaribrahimblog.com/2012/01/31/israel-dominates-the-debate-in-malaysia–again/].

Dalam menjawab tuduhan ke atasnya, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seterusnya menegaskan, “Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan PKR yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua-Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.Malahan dasar luar Malaysia juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua-Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (General Debate Of The 66th Session Of The United Nations General Assembly) [http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7828-israel-penjelasan-anwar].

Two-State Solution-Sebuah Pengkhianatan Yang Nyata

Apa yang dikatakan oleh Khalifah Abdul Hamid II akhirnya menjadi kenyataan di mana setelah runtuhnya Khilafah, Palestin berjaya diambil oleh Yahudi tanpa sebarang pembayaran. Sesungguhnya persoalan Palestin adalah satu diantara persoalan yang membelenggu umat Islam setelah lenyapnya institusi politik umat Islam yakni Daulah Khilafah yang dihapuskan oleh seorang pengkhianat dan musuh Islam, Mustafa Kamal Ataturklaknatullah. Sejak itu, negeri-negeri umat Islam tercerai-berai dan dipenuhi penderitaan, termasuklah Palestin. Setelah berpuluh tahun menduduki Palestin dengan membunuh dan mengusir ratusan ribu rakyat Palestin, di mana kejayaan Yahudi itu dikecapi antara lain adalah kerana pengkhianatan penguasa umat Islam itu sendiri, kini siri pengkhianatan ini berterusan lagi dengan penerimaan cadangan ‘penyelesaian dua-negara’ (two-state solution) di antara Palestin dan Israel.

Di dalam Islam, sekiranya Negara Islam berperang dengan negara kufur, memang dibenarkan untuk melakukan perjanjian damai yang dikenali sebagai gencatan senjata. Namun, perjanjian genjatan senjata mestilah dibatasi dengan tempoh waktu tertentu dan tidak boleh bersifat mutlak (selamanya). Ini kerana, memutlakkan waktu gencatan senjata bermakna melalaikan jihad atau dengan kata lain ia akan ‘menghapuskan’ hukum jihad dan ini diharamkan menurut syarak secara qat’ie.Apabila genjatan senjata atau perjanjian dengan orang-orang kafir yang tidak menduduki sejengkalpun tanah kita sahaja tidak dibolehkan kecuali dengan menentukan batas waktu tertentu, maka apatah lagi (minbab al-aula) membuat perjanjian dengan orang-orang kafir yang telah menduduki tanah–tanah kita seperti perjanjian damai dengan Israel atau two-state solution. Perjanjian seumpama ini merupakan suatu pengakuan terhadap pendudukan (perampasan) orang-orang kafir terhadaptanah kaum Muslimin dan ini adalah kemungkaran yang paling besar.

Jika ditelusuri sejarah Islam, kaum Muslimin memang pernah mengalami masa-masa pendudukan oleh puak kuffar, namun mereka menyelesaikan masalah ini sesuai dengan hukum Islam. Contohnya, apa yang terjadi pada Perang Salib, di mana waktu itu kaum Muslimin menandatangani beberapa perjanjian dengan beberapa orang Raja Kristian dan kesemua perjanjianyang dibuat itu hanya bersifat sementara sahaja seperti perjanjian Ramlah yang ditandatangani oleh Salahudin Al-Ayubi. Peristiwa memilukan yang menimpa kaum Muslimin yang mirip dengan realiti kita sekarang ini adalah apa yang berlaku di Andalusia (Sepanyol). Pihak gereja ketika itu mengumpulkan kekuatan untuk melawan kaum Muslimin dengan memanfaatkan faktor-faktor kelemahan dipihak kaum Muslimin, hingga akhirnya puak kuffar berjaya mengusir kaum Muslimin dari Andalusia. Pada waktu itu Abu Abdullah As-Saghir yang memang benar-benar kecil (pengecut) kerana pengkhianatannya, menandatangani perjanjian penyerahan Gharnathah (Granada). Meskipun pengkhianatan ini mendapat protes dari kaum Muslimin akan tetapi dia berkeras untuk menandatangani perjanjian tersebut. Setelah itu orang-orang kafir mengusir Abu Abdullah As-Saghir, lalu dia meninggalkan Andalusia diiringi cucuran air mata. Ibunya mencelanya dengan kata-kata pedas, kerana ibunya termasuk salah seorang yang tidak setuju dengan perjanjian tersebut, “Menangislah engkau seperti para wanita (untuk menangisi) kerajaan yang hilang. Engkau tidak menjaganya selayaknya penjagaan para kesatria”.

Bersetuju dengan two-state solution, selain haram secara nyata, juga merupakan satu kedangkalan berfikir yang nyata. Bagaimana mungkin bagi seseorang yang waras boleh menerima penyelesaian sebegini? Logikkah bagi seseorang tuan punya rumah untuk bersetuju berkongsi rumah dengan perompak yang merompak rumahnya, apatah lagi setelah si perompak membunuh ahli keluarganya? Sungguh termasuk perkara yang ma’lum min ad-din bi adh-dharurahbahawa ketika orang-orang kafir merampas walau sejengkalpuntanah kaum Muslimin, maka jihad menjadi fardhu ain ke atas setiap Muslim sehinggalah tanah tersebut kembali ke tangan kaum Muslimin. Inilah yang dituntut oleh Islam. Malah, umat mana pun yang mempunyai harga diri tidak akan membiarkan tanah negara mereka dirampas begitu sahaja oleh musuh. Sejarah telah membuktikan bahawa penduduk banyak negara berperang apabila negaranya dijajah sehinggalah penjajah dapat diusir dari negara tersebut atau mereka menemui ajal dalam mempertahankan negara mereka. Apatah lagi umat Islam yang mempunyai kemuliaan, di mana agama Islam yang suci ini mengharamkan umatnya dihina, dibunuh dan mengharamkan pula orang-orang kafir menduduki negeri-negeri kaum Muslimin, meskipun hanya sejengkal tanah!

Ada juga sebahagian kaum Muslimin yang menyifatkan perjanjian dengan Israel adalah umpama Perjanjian Hudaibiyah. Sungguh hal ini termasuk di dalam kebatilan yang nyata. Ini kerana Perjanjian Hudaibiyah tidak ada kena mengena dengan penyerahan tanah/wilayah Islam kepada puak kuffarsedangkan perjanjian damai dengan Israel adalah untuk menyerahkan tanah/wilayah Islam kepada kaum terkutuk itu. Two-state solution jelas menerima batas sempadan yang  telah ditetapkan pada tahun 1967 di mana hal ini bermaksud penerimaan atau keredhaan di atas pendudukan Yahudi di tanah Palestin. Sesungguhnya Israel adalah sebuah negara haram dan tidak boleh wujud di muka bumi ini. Satu-satunya perjanjian damai yang dibolehkan dengan kaum terlaknat itu adalah sekiranya mereka bersetuju untuk kembali menjadi ahlu dzimmah seperti di zaman Daulah Islam dahulu, dimana mereka wajib membayar jizyah dengan penuh ketundukan kepada Islam.

Penyelesaian Masalah Palestin Hanya Dengan Jihad Dan Khilafah

Sesungguhnya pengkhianatan para pemimpin umat Islam terhadap Palestin sudah tidak terkata lagi. Jangankan untuk membantu masalah Palestin, melindungi Masjid Al-Aqsa yang sedang menghadapi ancaman keruntuhan akibat pembinaan terowong di bawahnya pun tidak dilakukan oleh para penguasa umat Islam, termasuklahPihak Berkuasa Palestin itu sendiri. Padahal, mereka sedar bahawa Palestin adalah tanah suci ketiga umat Islam, selepas Makkah dan Madinah. Mereka menganggap seolah-olah persoalan ini tidak terlalu penting kerana yang lebih penting bagi mereka adalah mencipta‘perdamaian’ atau perjanjian damai dengan Israel. Para penguasa kaum Muslimin semuanya bacul dan tidak ada yang berani melawan Israel, meski hanya dengan kata-kata, tidak sebagaimana Khalifah Abdul Hamid II yang sanggup menggadaikan nyawanya demi mempertahankan tanah suci Islam itu. Apa yang ‘berani’ dikeluarkan oleh mulut pemimpin umat Islam sekarang hanyalah berupa sedikit kecaman terhadap Israel atau resolusi-resolusi kosong yang tidak bermakna, itupun dilakukan sekadar untuk menutupi pengkhianatan mereka terhadap Palestin di mata rakyat mereka.

Apa yang lebih parah dari itu, beberapa pemimpin Islammalah mengakui keberadaan Israel, baik secara langsung mahupun tidak langsung dan mendorong Pihak Berkuasa Palestin serta umat Islam yang lain untuk menerima two-state solution, yang bermakna mengakui kewujudan negara haram Israel.Sikap para pemimpin Arab dan para pemimpin dunia Islam lainnya pada umumnya tercermin pada OIC di mana merekasemuanya tidak setuju dengan langkah berjihad untuk membebaskan Palestin. Sebaliknya mereka menekan rakyat Palestinagar terus duduk semeja berunding dengan penjajahIsrael. Sungguh jijik apa yang mereka lakukan!

Sejauh ini, penyelesaian masalah Palestin banyak bersandar pada arahan Barat. Kuartet Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Russia dan PBB terus-menerus menyodorkan road map plan (peta jalan damai). Isi peta jalan damai ini berdiri atas tiga perkara yang harus dilalui dalam penyelesaian masalah Palestin. Tahap pertama (hingga Mei 2003), Palestin harus mengakhiri segala bentuk aktiviti ketenteraan, melakukan reformasi dan pilihan raya, manakala Israel harus menarik pasukannya dan membekukan pemukiman Yahudi di wilayah Palestin. Tahap kedua (Jun-Disember 2003) melibatkan pembentukan negara Palestin merdeka, termasuk di dalamnya adalah penganjuran konferens antarabangsa. Tahap ketiga (2004-2005) adalah penganjuran konferens antarabangsa kedua, kesepakatan status akhir dan penamatan konflik, kesepakatan mengenai perbatasan, penyelesaian masalah Jerusalem, pelarian dan pendudukan, serta dijalinnya normalisasi hubungan antara negara-negara Arab dan Israel. Sebelum ini, terdapat jugausulan perdamaian dalam bentuk Konferens Madrid (Oktober 1991) dan Perjanjian Oslo (September 1993). Namun semua itu tidak mendatangkan manfaat apapun bagi Palestin, kecuali krisis demi krisis yang terus memakan korban kaum Muslimin di sana.

Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa tidak mungkin krisis Palestin dapat diselesaikan melalui perundingan damai dengan Israel. Ini adalah kerana, perjanjian damai yang terjadi selama ini tidak pernah menyentuh persoalan dasar dari krisis yang berpanjangan ini. Tambahan lagi, puak kuffar Yahudi bukanlah jenis manusia yang patuh kepada perjanjian, malah sebaliknya mereka adalah kaum yang terkenal suka melanggar perjanjian sejak dari zaman para Nabi lagi. Dan secara hakikatnya, pangkal masalah Palestin sebenarnya adalah perampasan tanah Palestin oleh Israel dengan dukungan British, AS dan PBB. Jadi, bagaimana masalah akan dapat diselesaikan sekiranya kita mengharapkan si perampas untuk menyelesaikannya?

Selain meletakkan harapan kepada AS, para pemimpin Muslim yang khianat juga masih terus mengharapkan PBB untuk menyelesaikan masalah Palestin. Mereka seolah-olah orang yang buta dan pekak yang tidak mengetahui sejarah dan realiti bahawa PBB adalah sebuah badan kufur yang ditubuhkan untuk menghancurkan umat Islam. Apa sahaja resolusi yang ingin dikeluarkan oleh PBB ditentukan oleh sikap negara yang memiliki veto terutamanya AS. Sudah berapa banyak resolusi terhadap Israel yang gagalkerana diveto oleh AS, termasuklah resolusi terhadap Israel yang menyerang Gaza baru-baru ini yang telah mengorbankan lebih dari 1300 penduduk Gaza.Tercatat sejak tahun 1972 hingga tahun 2009, lebih dari 68 resolusi PBB yang berhubung dengan kewujudan Israel di Palestintelah diveto oleh Amerika. Justeru, suatu tindakan yang penuh sia-sia, malah haram dan berdosa sekiranya umat Islam mengharapkan bantuan kuffar AS dan PBB untuk menyelesaikan masalah Palestin.

Untuk menyelesaikan masalah Palestin, kita tidak boleh lari dari mesti memahami apakah sebenarnya “masalah” Palestin? Sesungguhnya masalah Palestin adalah “masalah tanah umat Islam yang dirampas oleh Yahudi”, inilah masalah Palestin! Justeru, penyelesaiannya adalah dengan mengambil balik tanah yang dirampas ini dengan jalan memerangi dan mengusir perampas keluar dari tanah suci ini. Sebarang perjanjian damai yang cuba dilakukan adalah  pengkhianatan kepada Palestin kerana ia ibarat berdamai dengan perompak dengan malah memberikan barang rompakan (barang milik kita) kepadanya. Sungguh hal ini adalah satu kemungkaran dan keharaman yang nyata! Umat Islam tidak ada pilihan lain selain mengusir Israel dari bumi Palestin. Para pemerintah Muslim wajib menghantar tentera untuk berjihad di bumi Palestin. Palestin hanya boleh dibebaskan dengan jihad fi sabilillah. Itulah yang telah dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab dan juga Salahuddin Al-Ayubi tatkala membebaskantanah suci itu dari puak kuffar. Tentera kaum Muslimin wajib berjihad melawan Israel dan mengusir mereka dengan penuh kehinaan dari bumi yang diberkati itu.

Dalam masa yang sama, oleh kerana kita mengetahui bahawa pemimpin yang sedia ada hanyalah para pengkhianat yang tidak akan menggerakkan tentera untuk ke Palestin, maka wajib bagi kaum Muslimin untuk membangun sebuah kekuatan alternatif yang bakal mengajar bukan sahaja Israel, malah negara-negarayang menjadi pelindung negara haram itu. Kekuatan alternatif itu tidak lain adalah Daulah Khilafah yang lenyap sejak 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924) yang InsyaAllah akan muncul semula atas usaha kita bersama. Negara inilah yang akan mempersatukan umat Islam seluruh dunia dan akan membebaskan Palestin, Masjid Al-Aqsa dan lain-lain tanah umat Islam yang dirampas oleh golongan imperialis.

Khatimah

Sungguh hinalah para pemimpin Islam yang ingin mempertahankan Yahudi melalui two-state solution, kerana sesungguhnya Rasulullah SAW telahpun menjanjikan kebinasaan kaum terlaknat itu dari muka bumi ini,

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Tidak akan datang hari Kiamat hingga kaum Muslimin memerangi Yahudi. Maka kaum Muslimin memerangi mereka hingga mereka bersembunyi di balik batu dan pepohonan. Namun batu dan pepohonan itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi ada di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia, kecuali pohon gharqad kerana ia adalah pohon orang Yahudi. [HR Muslim & Ahmad].

<< Sila Baca Artikel Berkaitan; POKOK GHARQAD DAN TEMBOK PEMISAH >>

Sesungguhnya para pemimpin yang ada sekarang tidak akan melakukan hal ini, justeru siapakah yang akan membenarkan hadis Rasulullah SAW dan memerangi Yahudi ini sekiranya bukan Khilafah dan tenteranya?

Wallahu a’lam.

ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN ERA KEBANGKITAN ISLAM – BAH. 4


Dari Bahagian 3

 – PALESTIN –

Polisi Ganas Kerajaan Israel

Kekacauan dan penindasan di tanah rakyat Palestin masih berlaku sehingga kini, yang mana dahulunya sewaktu pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa dan bangsa dapat hidup dengan aman dan selamat selama lebih kurang 400 tahun. Penyembelihan dan pembunuhan yang di­lakukan dengan penuh kejam yang berterusan sehingga ke hari ini, bermula apabila kawasan tersebut jatuh ke dalam dominasi British dan ditambah pula dengan keinginan untuk me­wujudkan negara Yahudi yang merdeka.

Pokok utama yang menerangkan apa yang sedang berlaku di sana adalah kerana tanah Palestin dianggap suci oleh tiga agama langit. Walau bagaimanapun, mereka yang mempertahankan pandangan Zionis telah melakukan polisi yang bertujuan untuk meng­hapuskan yang lain, berbanding untuk men­jadikan kawasan suci itu berada dalam ke­adaan aman dan bersatu-padu. Zionis ber­pendapat bahawa orang-orang Yahudi me­rupakan “bangsa terbaik”, yang telah dipilih oleh Tuhan dan semua manusia lain di dunia ini harus tunduk kepada mereka.

Bagi Zionis­me, kepercayaan kepada “tanah yang di­janjikan” adalah sama penting dengan ke­dudukan mereka sebagai “insan terpilih.” Berdasarkan kepada kepercayaan tersebut, orang-orang Yahudi mesti tinggal di kawasan tanah suci yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka. Kawasan ini yang bermula dari Sungai Nil ke Euph­rates, terdiri dari tanah-tanah milik rakyat Pa­lestin, dan Jerusalem pula terletak di tengah-tengah­nya. Zionisme percaya ba­hawa adalah menjadi hak asasi semula jadi rakyat Yahudi untuk tinggal di atas tanah yang di­janji­kan, dan segala macam bentuk kekejaman dan pe­nindasan boleh dilakukan untuk menghapuskan mana-mana pihak yang cuba menentang mereka. Kepercayaan dan pan­da­ngan terhadap perkauman menjadi sebab utama ke­pada ketidakadilan yang sedang berlaku di Palestin, dan juga kepada pem­bentukan polisi-polisi kejam dan penindasan yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Pales­tin.

Bagi orang-orang Yahu­di, penubuhan negara Yahudi merdeka di atas tanah milik rakyat Palestin merupakan satu misi suci. Matlamat penting yang lain adalah untuk terus mengekalkan kewujudan negara tersebut, yang mana telah dibuat ada Mei 1948. Berdasarkan kepada pemerintah kerajaan Israel, ia hanya boleh dijamin dengan me­nam­bahkan populasi mereka di dalam wilayah Palestin dan seterusnya meluaskan lagi kawasan pendudukan mereka. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, keseluruhan populasi Israel mesti diusir keluar dari tanah tersebut, ataupun dihapuskan sahaja. Sehingga kini sudah lebih separuh abad, negara Israel melakukan proses penghapusan jangka panjang rakyat Palestin, selaras dengan kepercayaan mereka.

Harus dijelaskan bahawa keinginan Yahudi untuk memiliki tanah air mereka sendiri adalah berjustifikasi sepenuhnya. Malah, wilayah Palestin merupakan bekas tanah air Yahudi suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, Zionisme merupakan ideologi terpesong yang menggunakan pelan-pelan agresif untuk mengambil-alih keseluruhan Palestin dan mengusir atau menghapuskan umat Islam Arab yang tinggal di dalamnya, dan melihat tiada apa yang salah dengan melakukan perkara-perkara tersebut. Inilah sebabnya mengapa pendekatan yang dilakukan bukan sahaja dikecam oleh umat Islam, tetapi juga oleh ramai orang-orang Israel, Yahudi dan Kristian.

Pengusiran Rakyat Palestin

Apabila Zionis bercadang untuk menubuhkan negara Yahudi merdeka di dalam wilayah Palestin, masalah pertama yang terpaksa mereka hadapi ialah kekecilan saiz populasi Yahudi yang tinggal di situ. Pada awal 1900-an, populasi Yahudi adalah kurang dari 10 peratus berbanding keseluruh populasi Palestin. Berdasarkan kepada perangkaan rasmi, dengan usaha Zionis, bilangan pendatang Yahudi, telah meningkat dari 100,000 orang pada 1920-an, kepada 232,000 orang pada 1930-an Pada tahun 1939, ada kira-kira 445,000 orang-orang Yahudi daripada populasi jumlah 1.5 juta. Bermula dengan 10 peratus daripada keseluruhan populasi dua dekad yang lalu, kini menjadi 30 peratus pada tahun 1939. Kawasan pendudukan Yahudi turut berkembang selaras dengan pertambahan populasinya. Pada tahun 1939, kawasan yang dimiliki oleh Yahudi telah berganda jika dibandingkan pada tahun 1920-an. Pada 1947, ada kira-kira 630,000 orang-orang Yahudi di Palestin dan 1.3 juta rakyat Palestin. Dalam proses pembahagian Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 29 November 1947 dan penubuhan kerajaan Israel pada 15 Mei 1948, rakyat Israel berjaya mendapat bahagian tanah Palestin yang cukup banyak. Kesan dari tekanan dan pembunuhan di kampung-kampung Palestin, bilangan rakyat Palestin yang tinggal di dalam kira-kira 500 buah bandar, pekan dan perkampungan jatuh dari 950,000 orang kepada 138,000 orang. Kebanyakan dari mereka telah dibunuh, dan yang lain telah diusir keluar. Kumpulan pengganas Zionis yang kemudiannya menjadi pasukan askar Israel telah menyerang perkampungan umat Islam pada waktu malam. Umat Islam ditembak, dan ke mana sahaja kumpulan ini pergi mereka pasti melakukan pembakaran dan kemusnahan. Dengan cara ini, kira-kira 400 buah perkampungan Palestin dilenyapkan dari peta pada tahun 1948 dan 1949. Harta milik rakyat Palestin yang ditinggalkan telah diambil-alih dengan menggunakan Undang-undang Harta Tidak Bertuan. Sehingga 1947, pemilikan tanah di Palestin oleh rakyat Yahudi adalah dalam 6%. Apabila negara Israel telah ditubuhkan, mereka merampas 90% daripada jumlah tanah.9 Penduduk Arab Palestin hanya ditinggalkan dengan dua kawasan yang berasingan, iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.


Bagi rakyat Palestin, perjalanan 15 minit ke tempat kerja atau melawat saudara terdekat di kem pelarian yang berhampiran adalah sesuatu yang dahsyat. Mereka akan diherdik dan didera secara fizikal oleh askar-askar Israel yang mengawal di pos-pos pemeriksaan di sepanjang jalan.

Seperti yang telah kita lihat, setiap kedatangan orang-orang Yahudi yang baru membawa maksud kekejaman, penindasan dan keganasan terhadap populasi umat Islam. Dalam usaha menempatkan pendatang yang baru, organisasi Zionis memaksa rakyat Palestin supaya meninggalkan tanah yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun. Joseph Weitz, yang manjadi ahli komiti perpindahan kerajaan Israel pada tahun 1948, menulis di dalam diarinya pada 20 Disember 1940: “Ia mesti jelas bahawa tiada tempat bagi kedua-dua pihak di dalam negara ini. Tiada pembangunan yang akan membawa kita lebih rapat kepada matlamat, untuk menjadi rakyat merdeka di dalam sebuah negara yang kecil ini. Selepas orang-orang Arab dipindahkan, negara ini akan terbuka luas untuk kita; jika orang-orang Arab terus tinggal, negara ini akan menjadi lebih sempit dan terbatas. Satu-satunya cara ialah dengan memindahkan orang-orang Arab dari sini ke negara-negara jiran, kesemua mereka. Tiada sebuah perkampungan ataupun sebuah suku kaum mesti dibiarkan wujud.” 10 Heilburn, pengerusi komiti untuk pilihan raya semula untuk jawatan Jeneral Shlomo Lahat, Datuk Bandar Tel Aviv, telah mengekspresikan pandangan Zionis terhadap rakyat Palestin seperti berikut: “Kita mesti membunuh seluruh rakyat Palestin, melainkan mereka bersetuju untuk hidup di sini sebagai hamba.” 11

Kawasan
Dalam Kem
Luar Kem
Jumlah
Jordan
238.188
1.050.009
1.288.197
Tebing Barat
131.705
358.707
517.412
Pinggir Gaza
362.626
320.934
683.560
Lubnan
175.747
170.417
346.164
Syria
83.311
253.997
337.308
Jumlah
991.577
2.181.064
3.172.641

Kem-kem Pelarian

Sehingga kini sebahagian besar umat Islam yang dipaksa keluar dari tempat yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun masih berada di kem-kem pelarian. Bilangan rakyat Palestin yang hidup di kem-kem pelarian, termasuklah juga di negara-negara jiran seperti Lebanon dan Jordan, berjumlah 3.5 juta orang.

Kebanyakan rakyat Palestin yang dipaksa keluar dari tanah air yang telah mereka diami selama beribu-ribu tahun, sedang berjuang untuk terus hidup di kem-kem pelarian. Angka terkini mereka yang berada di kem-kem pelarian adalah dalam 3.5 juta orang. Mereka yang berada di sana sering didera, ditindas dan dibom oleh Israel.

Keadaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di kem-kem tahanan dan di dalam wilayah yang diduduki Israel amat menyedihkan. Mereka menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki walaupun keperluan-keperluan asasi manusia. Mereka hanya dapat menikmati kemudahan elektrik dan air setakat apa yang dibenarkan oleh Israel, dan terpaksa berjalan berbatu-batu ke tempat kerja yang tidak lumayan untuk meneruskan kehidupan. Sehinggakan perjalanan yang hanya memakan masa selama 10-15 minit, untuk ke tempat kerja atau pun melawat saudara-mara di kem tahanan yang berdekatan, merupakan sesuatu yang sukar bagi rakyat Palestin. Mereka terpaksa melalui proses pemeriksaan identiti di tempat-tempat tertentu di jalan yang dilalui, dan turut didera secara lisan dan fizikal. Kadang-kala, tentera Israel menutup jalan-jalan atas sebab “keselamatan”, dan rakyat Palestin tidak dapat pergi ke tempat kerja, atau ke mana sahaja, walaupun ke hospital jika mereka sakit.


Di samping serangan-serangan Israel, rakyat Palestin juga bergelut dengan kepayahan ekonomi, kelaparan dan kemarau.

Di samping semua ini, mereka terus hidup dalam keadaan sentiasa dibayangi ketakutan untuk dibunuh, dicedera atau ditahan. Ini kerana mereka yang tinggal di kem-kem sering mengalami serangan bersenjata oleh kumpulan Yahudi fanatik yang tinggal di kawasan petempatan yang berhampiran, terutama sekali pada waktu malam.

Di dalam buku The Israe­li Connection yang ditulis oleh Benjamin Beit Hallahmi, se­orang profesor psikologi di Universiti Haifa Israel, telah menggambarkan keadaan umat Islam yang tinggal di Semenanjung Gaza dan pan­da­ngan orang-orang Israel terhadap mereka:

Pada 1986, populasi Gaza adalah seramai 525,000 dan kepadatannya pula ialah 2,150 per kilometer persegi (di Israel ia 186). Ke­banya­kan penduduk Gaza yang sudah cukup kuat, bermula kadang-kala pada usia lapan tahun, bekerja di Israel, pada gaji di bawah 40 peratus di bawah gaji orang-orang Israel. Mereka membayar cukai pendapatan – tanpa mendapat sebarang faedah, kerana mereka di anggap sebagai bukan pemastautin.

Dalam kesedaran orang-orang Israel, Gaza telah menjadi simbol ketidakupayaan dan kehinaan, tetapi tiada simpati untuk para penghuni Gaza, kerana mereka adalah musuh.12

Agak penting setakat ini untuk mempertimbangkan secara ringkas impresi rakyat Palestin-Amerika yang telah melawat kem-kem pelarian untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang keadaan di situ. Yasmine Subhi Ali, seorang pelajar perubatan, telah mengatakan seperti berikut di dalam lawatannya ke kem Shatila pada tahun 1999:

…melepasi banyak tinggalan-tinggalan yang musnah akibat perang saudara dan pencerobohan Israel di sepanjang perjalanan kami. Saya menjangka yang kami akan berhenti di beberapa pintu masuk yang menandakan jalan masuk ke kem apabila kami sampai di situ, tetapi saya tidak melihat seperti itu. Saya tidak perlu untuk berbuat demikian: perbezaan di antara kem dan kawasan persekitaran (yang bukannya tempat paling indah di bandar) amat ketara sehingga tidak boleh silap. Terdapat timbunan-timbunan sampah, bahan buangan, dan batu-batan yang memenuhi kedua-dua belah bahu jalan… Kedai-kedai yang sesak sekarang menghiasi jalanan, tetapi di antara kedai-kedai itu ada tanda-tanda ingatan yang masih kekal: bangunan-bangunan yang terdapat lubang-lubang yang ditembusi peluru, dan kesan-kesan bedilan…dan kawasan perkuburan yang mana (kami diberitahu) penghuni kem tidak dibenarkan untuk membina sebarang memorial atau batu nisan sekalipun.13

Genocide Terhadap Populasi Awam

Israel telah melaksanakan keganasan yang sungguh sistematik untuk menentang penduduk Palestin sejak ia mula-mula ditubuhkan lagi. Kebiasaannya, sasaran utama mereka adalah umat Islam yang tinggal di kawasan tersebut. Sekarang sudah lebih separuh abad, umat Islam Palestin dihalau dari rumah-rumah mereka tanpa sebarang justifikasi diajukan, dan telah ditembak dan diserang, melihat kediaman mereka dirobohkan dan tanah serta kebun dirampas, dan sentiasa dizalimi dan dikejami. Apa yang sedang berlaku kepada tanah rakyat Palestin mendedahkan genocide dahsyat yang dilakukan oleh kerajaan Israel.




Israel menyerang penduduk yang tidak bersenjata dengan menggunakan rifel automatik dan senjata-senjata berat..

Hanya sedikit sahaja serangan-serangan dan pengeboman-pengeboman ke atas wanita, orang muda dan kanak-kanak Palestin yang dilaporkan oleh media antarabangsa.

Di Palestin, 70 peratus populasi yang terdiri dari orang muda dan kanak-kanak telah mengalami pengalaman diusir, ditahan, dipenjara dan disembelih sejak pendudukan Israel pada 1948. Mereka telah dilayan sebagai rakyat kelas kedua di tanah air sendiri, dan telah belajar untuk menentang walaupun dalam keadaan yang amat sengsara. Separuh dari mereka yang terkorban di dalam Intifada yang bermula apabila Ariel Sharon melakukan lawatan provokatif ke Dome of the Rock pada Oktober 2000 adalah berumur bawah 16 tahun. 60 peratus dari mereka yang cedera pula kurang dari 18 tahun. Sekurang-kurangnya 5 orang kanak-kanak mati setiap hari di kawasan-kawasan yang terus berkonflik, dan lebih dari 10 orang cedera.

GAMBAR DARI ARKIB
Israel melakukan pembunuhan di hadapan mata dunia.

Seorang penulis jurnal Ruth Anderson menggambarkan imej-imej ketidakperikemanusiaan dari Intifada Aksa di dalam The Palestine Chronicle, yang diterbitkan di Palestin:

Tiada siapa pun yang menyebut tentang lelaki muda yang baru berkahwin yang keluar berdemonstrasi hanya untuk mati syahid meninggalkan isterinya sebagai balu. Tiada siapa pun yang menyebut tentang orang muda Palestin yang dihentak kepalanya oleh Israel dan lengannya dipatahkan sebelum disembelih dengan kejam. Tiada siapa pun yang menyebut tentang budak lelaki kecil berusia 8 tahun yang ditembak mati oleh askar Israel. Tiada siapa pun yang mengatakan bagaimana penduduk Yahudi yang dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata dan diberi semangat oleh kerajaan Barak, menyerang perkampungan Palestin dan mencabut pokok-pokok zaitun serta membunuh penduduk awam Palestin. Tiada siapa pun yang menyebut tentang bayi-bayi Palestin yang mati apabila rumah mereka dibom dalam serangan-serangan udara atau yang ditangkap di dalam serangan bertubi-tubi peluru Israel ketika mereka sedang enak dibuai mimpi. Semua orang tahu bahawa bayi-bayi itu tidak boleh melontar batu. Semua orang tahu kecuali Israel dan Amerika.14

Maklum balas dari Ehud Barak, perdana menteri ketika itu, terhadap senario kebinatangan yang berlaku di Palestin amat menarik sekali sebagai refleksi pandangan kerajaan Israel. Beliau dengan mudah berkata bahawa beliau tidak kisah bagaimana konflik di Gaza, Tebing Barat dan zon-zon lain akan berakhir dan segala macam cara yang digunakan untuk menentang rakyat Palestin adalah berasas. Beliau turut mengatakan bahawa beliau tidak berminat tentang berapa ramai rakyat Palestin yang mati, sebaliknya beliau hanya bimbangkan keselamatan rakyatnya sahaja.15

ISRAEL MENUMPAHKAN DARAH KANAK-KANAK


Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia berjalan di bumi untuk melakukan kerosakkan padanya, dan merosakkan tanam-tanaman dan haiwan ternakan. Allah tidak sukakan kebinasaan.
(Al-Baqarah, 2:205)

Respons dari E. Eytan, seorang jeneral dalam pasukan askar Israel, adalah lebih provokasi. Beliau menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menyesal terhadap apa yang telah dilakukan dan mereka bersedia menggunakan apa jua cara untuk menjaga keselamatan orang-orang mereka dan juga askar-askarnya. Beliau juga berkata bahawa arahan telah dikeluarkan kepada pasukan askar supaya menggunakan senjata untuk menentang penunjuk perasaan Palestin dan mereka mesti ditembak di kepala dan dada untuk menanam rasa takut kepada populasi Palestin.16

Kenyataan-kenyataan di atas yang datang dari orang-orang kuat Israel adalah penerangan munasabah paling jelas tentang mentaliti yang kejam ini. Perangkaan menunjukkan bahawa kebanyakan askar Israel telah menjalankan arahan yang diterima dengan berkesan sekali. Berdasarkan kepada laporan Pertubuhan Kesihatan Palestin, 34 peratus daripada lebih 400 orang yang dibunuh dalam Intifada Aqsa berumur bawah 18 tahun. Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting ialah 47 peratus daripada mereka yang mati tidak terlibat langsung di dalam demonstrasi atau pertempuran. 38 peratus daripada mereka yang tercedera di Tebing Barat telah ditembak dengan peluru hidup, dan 75 peratus telah ditembak di bahagian badan yang atas. Di Semenanjung Gaza, 40 peratus dicederakan oleh peluru hidup, dan 61 peratus daripada mereka ditembak di bahagian atas badan, atau dengan kata lain di bahagian dada. Jumlah keseluruhan mereka yang cedera melebihi 10,000 orang. Dalam 1,500 orang menderita kecacatan yang kekal. Hospital tempat mereka dirawat juga sering diserang. Secara total, 1,450 telah ditahan, dan 750 dari mereka masih berada di dalam penjara-penjara Israel.

Dalam 2,760 buah bangunan mengalami kerosakan teruk. Daripada bilangan tersebut, 773 merupakan rumah kediaman rakyat Palestin, 180 telah musnah sama sekali. Daripada bangunan yang musnah, 29 adalah masjid, 12 gereja dan 44 tempat mengambil air. 41 buah sekolah tidak boleh digunakan sama sekali, dan 4 daripadanya digunakan sebagai gudang askar Israel. Tiga puluh buah bangunan sekolah telah dibakar oleh askar Israel. Keadaan ini membawa kepada kerosakan yang dianggarkan bernilai $400,000.

 
Selama bertahun-tahun, pasukan askar Israel telah melakukan pembunuhan kejam ke atas mereka yang tidak bersenjata, termasuklah kanak-kanak, tanpa ada sebarang perasaan kasihan.

Akhir sekali, 45 pelajar telah dibunuh ketika berjalan pulang ke rumah sewaktu dua bulan pertama tercetusnya Intifada al-Aqsa.17

Semua fakta statistik ini merujuk kepada satu hakikat nyata: Kerajaan Israel terlibat dalam polisi penghapusan rakyat Palestin yang sungguh sistematik dan jelas. Perangkaan-perangkaan di atas menunjukkan bahawa askar Israel tidak menggunakan senjata mereka untuk menghapuskan ancaman kepada keselamatan penduduk awam, tetapi digunakan untuk membunuh dan mencederakan. Kebanyakan daripada kanak-kanak yang dibunuh dan dicacatkan telah ditembak di bahagian kepala atau dada, atau yang lain dari belakang. Adalah jelas bahawa tiada askar yang tujuannya hanya mahu menurut arahan akan menembak manusia di bahagian kepala atau dada, atau dari belakang apabila mereka melarikan diri.

Tidak ragu-ragu lagi bahawa tindakan keganasan menyerang penduduk awam oleh beberapa kumpulan radikal Palestin sebagai tentangan kepada penindasan Israel adalah tidak berjustifikasi, dan kami seharusnya mengutuknya. Serangan-serangan tersebut biasanya menjadi kritikan dunia secara besar-besaran dan lebih membawa keburukan dari kebaikan kepada pihak Palestin. Namun, harus diingat bahawa detik permulaan yang membawa kepada tercetusnya tindakan keganasan ini ialah pendudukan rakyat Israel. Sebelum 1967, dengan kata lain sebelum Israel menduduki wilayah Palestin, Israel tidak berhadapan dengan sebarang ancaman keganasan. Pendudukan Israel dan strategi “pembersihan etnik” telah melahirkan dan membenarkan kewujudan terorisme rakyat Palestin.

Namun demikian, umat Islam mesti bersikap seperti yang diarahkan oleh Allah dan dipandu oleh sunnah Nabi Muhammad s.a.w., di setiap waktu kehidupan mereka.

Taburan umur mereka yang dibunuh
Bilangan
%
Bahagian Tercedera
Bilangan
%
Bawah 15
60
14.9
Kepala dan tengkuk (termasuk 9 orang yang ditembak dari belakang)
154
41.8
16-18
75
18.7

Dada (termasuk 12 orang yang ditembak dari belakang)

Perut

117
31.8
19-29
176
43.8
Keseluruhan badan secara umum
32
8.7
30-39
50
12.4

Lengan

61
16.6
40-49
18
4.5
4
1.1
Atas 50
23
5.7
 
 

Jadual menunjukkan jumlah mereka yang terkorban sepanjang Intifada al-Aqsa, dan tempat mereka dicederakan. Ia jelas menunjukkan bahawa askar-askar Israel menjadikan kanak-kanak dan golongan muda sebagai sasaran, serta menembak lebih banyak di bahagian kepala dan dada bagi memastikan mereka terbunuh.

Ayat-ayat al-Quran menyeru manusia kepada etika keislaman. Melaluinya dunia akan menjadi tempat yang aman dan toleransi. Allah memerintahkan kita untuk memerintah dengan adil tanpa ada sebarang diskriminasi sesama manusia, untuk melindungi hak-hak manusia, tidak bertolak-ansur kepada kekejaman, menyokong pihak yang ditindas dengan kejam, dan menghulurkan tangan bagi membantu mereka yang memerlukan. Keadilan ini memerlukan seseorang untuk membuat keputusan dengan melindungi hak kedua-dua pihak, menganalisa peristiwa secara objektif, dan berfikiran tidak berat sebelah. Ia memerlukan keadilan, kejujuran, belas kasihan dan sayang-menyayangi.

Adalah jelas bahawa serangan-serangan tersebut seperti menentang penduduk awam tidak boleh dimaafkan. Seperti yang diterangkan di atas, cara tersebut tidak konsisten dengan ajaran Islam sama sekali. Apabila kita memeriksa ayat-ayat Al-Quran dan tingkah-laku Nabi Muhammad s.a.w., adalah jelas bahawa serangan terhadap penduduk awam bukan dari ajaran Islam. Sama ada semasa pembukaan Kota Makkah atau pun perang-perang yang lain, Baginda sangat berhati-hati melindungi hak-hak mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata, dan menghalang mereka dari dicederakan. Baginda mengingatkan orang-orang Mukmin tentang perkara ini dalam pelbagai peristiwa, dan mengarahkan mereka supaya “Mulakan perang dengan nama Allah dan untuk Allah. Jangan letakkan tangan ke atas orang tua yang hampir mati, ke atas wanita, kanak-kanak dan bayi. Berbuatlah baik, yang mana Allah mencintai meraka yang berbuat baik dan beramal soleh” (Hadith riwayat Muslim). Umat Islam menentang kezaliman dan barbarisme, penggunaan senjata yang tidak perlu, dan segala macam praktis yang tidak adil.



Sewaktu peristiwa yang tercetus disebabkan oleh tindakan Israel membuka terowong yang telah ditutup selama berkurun-kurun, Menteri Kewangan Palestin telah diserang oleh askar-askar Israel yang menggunakan kayu (atas kiri). Israel menggunakan bom, peluru dan belantan bagi menentang perjuangan suci rakyat Palestin yang telah berlangsung selama lebih separuh abad.

Di dalam segala perbincangan tentang serangan ke atas penduduk awam Israel, topik lain yang mesti dilihat ialah tentang pembunuhan diri dalam Islam. Sesetengah golongan terlampau salah faham tentang Islam, percaya bahawa agama yang damai ini membenarkan serangan berani mati; ia jauh dari kebenaran. Hakikat bahawa Islam melarang seseorang dari membunuh diri, adalah seperti mana ia melarang seseorang dari membunuh orang lain. Allah mengutuk dengan jelas tentang perihal membunuh diri di dalam ayat “jangan membunuh diri.” (An-Nisaa’, 29). Tidak kira apa jua sebabnya, Islam mengharamkan seseorang dari membunuh diri. Nabi Muhammad s.a.w. turut mencela seseorang yang membunuh diri di dalam satu hadith, memberitahu bahawa mereka yang mengambil tindakan ini akan menerima azab keras untuk selama-lamanya:

Sesiapa sahaja yang dengan sengaja terjun dari gunung dan membunuh diri sendiri, dia akan masuk Neraka dan jatuh di dalamnya dan kekal berada di dalamnya buat selama-lamanya; dan sesiapa yang meminum racun dan membunuh diri sendiri, dia akan membawa racun di tangannya dan meminumnya di dalam Neraka yang ia akan tinggal di dalamnya buat selama-lamanya; dan sesiapa yang membunuh diri dengan senjata besi, dia akan membawa senjata tersebut di tangan dan menikam-nikam perut dengannya di dalam Neraka tempat dia tinggal selama-lamanya. (Hadith riwayat Muslim)


Dunia sudah melihat apa yang sedang berlaku kepada Palestin selama lebih dari separuh abad. Penindasan yang kejam ini telah mendapat liputan akhbar-akhbar dari seluruh dunia setiap hari, dan dibaca pula oleh berbilion-bilion manusia.

Oleh itu, setiap umat Islam harus mengutuk insiden ini, yang menyulitkan lagi tindakan damai rakyat Palestin.

Haruslah diingat bahawa sebarang bentuk perjuangan yang diluar nilai-nilai Al-Quran – sebagai contoh, taktik “gerila” yang dicipta oleh ideologi komunis – adalah salah, dan tidak akan berjaya. Atas sebab ini, situasi semasa di Palestin mesti dipertimbangkan dengan berakal dan realistik, dan strategi baru yang konsisten dengan Al-Quran mesti diputuskan. Jika Palestin mahu melibatkan diri dalam perjuangan diplomasi dan budaya untuk menetang Israel, yang dari segi ketenteraan lebih berkuasa dari Palestin, berbanding jalan peperangan, ia bukan sahaja akan menjamin kejayaan yang lebih baik, malah akan mengakhiri penderitaan rakyat yang tidak bersalah.

Kesimpulan

Seseorang boleh berkata dengan lebih baik lagi, dan mengambil lebih banyak contoh tentang keadaan yang sedang berlaku di Palestin. Namun, apa yang tidak boleh kita lupa tanggungjawab setiap individu yang berkesedaran untuk berhadapan dengannya. Peristiwa di Palestin bukan hanya perang Arab-Israel. Ia mempunyai maksud yang lebih mendalam. Pertama sekali, umat Islam yang tanahnya telah dirampas sedang bergelut untuk mendapatkan keadilan. Tanah yang di­per­soalkan dianggap suci oleh keseluruhan dunia Islam. Rakyat Palestin menentang untuk meninggalkan Jerusalem, sebuah bandar kepunyaan dunia Islam. Inilah sebabnya mengapa setiap Mukmin mempunyai tugas untuk melancarkan peperangan idea terhadap ideologi-ideologi yang menyokong kepada penindasan berterusan di Palestin, dan juga turut berusaha mencari jalan penyelesaian.

Setiap mereka yang berkesedaran mesti memikirkan hakikat tersebut dan mencari jalan keluar. Seperti yang telah kami nyatakan di dalam bahagian lain di dalam buku ini, jalan keluarnya terletak pada usaha menyebarkan ajaran moral al-Quran kepada semua umat manusia di seluruh dunia. Ia satu-satunya cara untuk membawa kedamaian dan persaudaraan, sama ada di Palestin atau di negara-negara lain yang sedang mengalami peperangan dan konflik. Jika keadilan, kerjasama, kasih-sayang, cinta, sanggup berkorban dan saling bermaafan yang merupakan moral yang dituntut di dalam Al-Quran dapat menguasai dunia, kesannya dunia akan menjadi satu tempat yang adil, damai dan selamat.

Melalui ayat “Dan hendaklah ada di antara kamu se­golo­ngan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung” (Ali-Imran, 104), Allah menarik perhatian orang-orang yang beriman terhadap tugas yang mulia ini. Maka apa yang umat Islam perlu lakukan adalah hidup berdasarkan moral yang dapat menarik keredaan Allah, menerangkan kepada manusia lain, dan menyebarkan moral al-Quran ke serata pelusuk dunia.

Rujukan:

9- Ralph Schoenman, The Hidden History of Zionism, Veritass Press, 1998 ((emphasis added)
10- Weite Diary, A 24617, entry dated 20 December 1940, Central Zionist Archives, Jerusalem, pp. 1090-91 (emphasis added)
11- Ralph Schoenman, The Hidden History of Zionism, Veritass Press, 1998 (emphasis added)
12- Benjamin Beit Hallahmi, The Israeli Connection: Who Israel Arms and Why, Pantheon Books, 1987, p. 239 (emphasis added)
13- “It is Always Eid in Palestine” Yasmine Subhi Ali, http://www.alhewar.com/EidInPalestine.htm
14- Ruth Anderson, Intifada Al-Aqsa and American Propaganda, The Palestine Chronicle Online, http://www.palestinechronicle.com (emphasis added)
15- Fikret Ertan, Israil’in Emniyeti, (The Security of Israel), Zaman Gazetesi (Turkish Newspaper), 14 October 2000 (emphasis added)
16- Fikret Ertan, Israil’in Emniyeti, (The Security of Israel), Zaman Gazetesi (Turkish Newspaper), 14 October 2000
17- These figures cover the period from September 2000 to March 2001. They were compiled by the Palestinian HDIP Institute from information supplied by organizations working in the region, such as the Red Cross and the United Nations. See http://www.hdip.org

Sumber: harunyahya.com

%d bloggers like this: