NIKMAT SYURGA


NIKMAT SYURGA

Abu Hurairah r.a. berkata: Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu? Jawabnya: Dari Air. Kami bertanya: Beritakan tentang bangunan syurga! Jawabnya yang bermaksud:

Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za’faran, kerikilnya mutiara dan vakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: imam (pemimpin hakim) yang adil. Dan orang puasa ketika berbuka. Dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat di atas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman. Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya.

Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naungan yang memanjang terus). Dan di dalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia, bacalah kamu: Maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat pecut di dalam syurga lebih baik dari dunia seisinya. Bacalah ayat yang bermaksud: Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.

Ibn Abbas r.a. berkata: Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan za’faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum di lehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku maka hendaklah taat kepada Tuhanku.

Mujahid berkata: Bumi syuga dari perak dan tanahnya dari misik dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya di bawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar dengan duduk juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring.

Abu Hurairah r.a. berkata: Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan. Hai ahli syurga Allah akan menepati janjiNya kepada kamu. Mereka berkata: Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada zat Allah.

Anas bin Malik r.a. berkata: Jibril datang kepada Nabi s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril: Apakah cermin yang putih ini? Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada di hari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga umat-umat yang sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan nashara (Kristian) dan ada saat di hari Jumaat jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya pasti akan dihindarkannya dan hari Jumaat di kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari tambahan). Nabi s.a.w. bertanya: Apakah yaumul mazid itu? Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap hari Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para nabi dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada di duduki para siddikin suhada’ dan salihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon keredaanMu). Jawab Allah: Aku telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumahKu dan Aku muliakan kamu, kemudian Allah menampakkan kepada mereka, sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat, kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan kehormatan mereka.

Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: Berikan makan kepada para waliKu, maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hambaKu, maka diberi minuman yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman yang bermaksud: Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan permintaanmu. Jawab mereka. Kami minta redaMu, Kami minta redaMu, dua atau tiga kali. Dijawab oleh Allah: Aku reda kepadamu, bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima, maka

dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah, maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah, sehingga Allah menyuruh mereka: Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat, maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka, sehingga isteri-isteri mereka berkata: Kamu kini lebih elok dari yang biasa.

Abul-Laits berkata: Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihatNya. Dan erti nasihat kepadaNya, yakni melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya, tetapi kebanyakan ahli ilmu mengertikan: Melihat zat Allah tanpa perumpamaan.

Ikramah berkata: Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang umur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta setinggi Nabi Adam a.s. muda-muda yang masih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya di muka isterinya demikian pula di dadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya di wajah suaminya, dada dan betisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.

Dalam riwayat lain: Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: Seorang ahli kitab datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: Ya Abal-Qasim apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan munum? Jawab Nabi s.a.w.: Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangannya, seorang ahli syurga diberi kekuatan sertus orang dalam makan, minum dan jima’ (bersetubuh). Ia berkata: Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kotoran? Jawab Nabi s.a.w.: Hajat seseorang itu berupa peluh (keringat) yang berbau harum bagaikan kasturi.

Mu’tah bin Sumai mengenai firman Allah yang bermaksud: Thuba ialah pohon di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah di syurga, di dalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar, sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh di ata meja makannya dan dapat makan di sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali.

Dari Al’amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.

Ibn Abbas r.a. berkata: Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, lurus, tidak ada rambut di kepala, alis dan kelopak mata, sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s., enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.

Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang di jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum dan yang kedua Ud khuluha bisalamin aminin yang ketiga: Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta’malun. Dan yang keempat: Rufi’at ankumul ahzanu wal humum. Kelima: Albasakum alhuli wal hulal. Keenam: Zawwa jakum ul hurul iin. Ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a’yun wa antum fiha khalidun. Kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassdidiqin. Kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun. Kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu’dzil jiran. Ertinya:-

  1. Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu.
  2. Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman.
  3. Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.
  4. Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita.
  5. Kami memberimu pakaian dan perhiasan.
  6. Kami kahwinkan kamu dengan bidadari.
  7. Untukmu dalam syurga segala keinginan dn menyenangkan padangan matamu.
  8. Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin.
  9. Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya.
  10. Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.

Abul-Laits berkata: Sesiapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima macam:-

1.Menahan dari maksiat, kerana firman Allah yang bermaksud: Dan menahan nafsu dari maksiat maka syurga tempatnya.

2.Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.

3.Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan, sebab kemungkinan amal itulah yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga, firman Allah yang bermaksud: Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.

4.Cinta pada orang-orang yang salih dan bergaul pada mereka sebab mereka diharapkan syafa’atnya sebagaimana dalam hadis yang bermaksud: Perbanyaklah kawan, kerana tiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.

5.Memperbanyak doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah. Sebagaimana ahli nikmat berkata: Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan. Dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidk pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan di dunia dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia. Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang; Kamu cukup dengan itu tanpa roti? Jawabnya: Soya jadikan makan itu untuk syurga sedang kau jadikan untuk tandas, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke tandas, sedang makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai ke syurga.

Ibrahim bin Adham ketika akan masuk ke tempat pemandian, dilarang oleh penjaganya:

Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya, maka ia menangis dan berdoa: Ya Allah seorang untuk masuk ke rumah syaitan tidak diizinkan tanpa upah, maka bagaimana saya akan masuk ke tempat para nabi dan siddiqin tanpa upah?

Tersebut dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: Hai Anak Adam kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mahu membeli syurga dengan harga murah, ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan ringan, tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat.

Abu Hazim berkata: Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya di dunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, nescaya itu ringan dan sedikit di samping keselamatan dari neraka. Padahal kamu dapat masuk syurga hanya dengan meninggalkan satu persen dari kesukaanmu dan dapat selamat dari neraka dengan sabar menderita satu persen dari kesukaran.

Yahya bainMu’adz Arrazi berkata: Meninggalkan dunia berat, tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: Ya Allah masukkan ia ke syurga dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali, maka neraka berdoa: Ya Allah hindarkan ia dari neraka.

Semoga Allah menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami ke dalam syurga. Dan andaikan di dalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal di syurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Manusia semua akan berdiri di dekat neraka, kemudian mereka menyeberang di atas sirat (jambatan) di atas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang dan yang bagaikan kuda yang cepat larinya dan seperti lari orang dan ada yang bagaikan terbang burung dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan di atas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang di kanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk menyeret orang-orang, maka ada yang selamat dan ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: Robbi sallim sallim (Ya Tuhan selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk ke syurga maka ketika ia selamat dari sirat terbuka baginya di syurga, sehingga ia berdoa: Ya Tuhan tempatkan saya di sini. Jawab Tuhan: Kemungkinan jika aku beri padamu tempat itu lalu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak, demi kemuliaanMu. Maka ditempatkan di situ, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia merasa kerendahan tempat yang diberikan padanya, lalu ia berkata: Ya Tuhan tempatkanlah aku di situ, dijawab oleh Tuhan: Kemungkinan jika aku berikan kepadamu, kamu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak demi kemuliaanMu, kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya itu masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama, sehingga ditanya: Apakah kau tidak minta? Jawabnya: Soya sudah minta sehingga merasa malu, maka firman Allah: Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat di syurga.

Abdullah bin Mas’ud berkata: Nabi s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.

Dalam hadis: Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amalan perbuatannya ketika di dunia.

Firman Allah yang bermaksud:

Kami cipta mereka baru dan kami jadikan mereka tetap gadis, yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya untuk orang-orang ahli yamin.

__sumber: http://www.al-azim.com/masjid

Advertisements

CORETAN PENGISLAMAN ANELKA



Nicolas Anelka: Islam Memberikan Kedamaian dan Ketenangan Hidup

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan. Anelka dikenali sebagai penyerang yang sangat produktif dalam mencipta peluang dan menjaringkan gol ke gawang lawan. Pada saingan Liga Inggeris (British Primiership League / BPL) 2008-2009 lalu, Nicolas Anelka menjadi peledak gol terbanyak dengan 22 gol. Jumlah ini lebih banyak berbanding pasangan penyerangnya di Chelsea iaitu Didier Drogba.

Nicolas Anelka dan Didier Drogba

Nicolas Anelka dan Didier Drogba merupakan pasangan penyerang yang sangat ditakuti di liga Inggeris. Kedua-duanya dikenali sebagai penyerang yang kehausan gol. Anelka merupakan antara bintang bola sepak dunia. Di sebalik kegarangannya dalam meledakkan bola ke gawang lawan, Nicolas Anelka mempunyai sikap yang amat dingin dengan orang lain. Dia jarang tersenyum di atas padang. Kadang-kadang rakan-rakannya sering berasa serba salah jika mahu bercakap dengannya. Dirinya sangat fokus dalam permainan.

Di barisan hadapan The Blues (Chelsea), Anelka dikenali sebagai pemain yang amat tenang tetapi begitu garang di depan lawan. Dia juga seorang pemain yang tidak beremosi seperti dahulu lagi. Tidak seperti semasa dia bermain di Real Madrid, Liverpool, Manchester City, dan Arsenal. Ketika itu, lelaki kelahiran Versailles ini dikenali sebagai pemain bola sepak yang suka merajuk dan emosional.

Memeluk Islam

Kini Anelka sungguh berbeza. Anelka di kenali sebagai pemain yang tenang, tidak baran, dan tidak mempunyai masalah di dalam dan di luar padang lagi sejak bermain di Chelsea. Apa sebenarnya yang terjadi terhadap Anelka? Apa yang menyebabkan dirinya semakin bijak mengawal diri? Dalam temubual dengan sebuah media di Inggeris, ketika ditanya tentang perubahan sikapnya, Anelka menjawab dengan bersahaja.

‘Islam banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpukan perhatian dan mempunyai semangat yang tinggi. Saya berasa tenang menjadi seorang Muslim, sebuah agama yang amat tenang dan saya banyak belajar erti kehidpupan dari Islam,’  kata Abdul Salam Bilal Anelka, nama Muslimnya.

Franck Ribery

Sebelum ini Anelka menyembunyikan identiti keislamannya di khalayak awam. Tidak seperti rakannya Franck Ribery, pemain FC Bayern Munich yang berasal dari Perancis, yang selalu berdoa sebelum perlawanan bermula. Anelka mengambil pendirian untuk berdiam diri dan benar-benar menyembunyikan identiti Muslimnya.

”Bagi saya, agama adalah hal peribadi, tidak perlu dihebohkan kepada orang ramai,” terangnya. Namun sejak kebelakangan ini, ketika orang ramai sudah mengetahui identitinya sebagai seorang umat Islam, Nicolas Anelka tidak menafikannya.

Bilakah Anelka Memeluk Islam?

Perpindahannya ke kelab Turki, Fenerbahce, selepas berhijrah dari Manchester City pada tahun 2004, Anelka telah menerima hidayah untuk memeluk Islam. Pemain yang memiliki nama penuh Nicolas Sebastien Anelka ini mengumumkan secara rasmi bahawa dirinya telah menjadi seorang Muslim.

Dilahirkan di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, Anelka menghabiskan masa kecilnya di Trappes iaitu sebuah bandar kecil yang terletak di pinggiran barat Paris. Sebelum menjadi seorang Muslim, Anelka adalah seorang ateis (tidak beragama). Dia juga bukan seorang penganut agama Kristian seperti yang dianggap oleh sebahagian orang ramai. Anelka dulunya benar-benar tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Namun di waktu dirinya tidak beragama, Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim. Dari situlah Anelka mula tertarik dengan Islam. ”Saya sudah menjadi seorang Muslim sejak saya berusia 16 tahun,” katanya di dalam wawancara dengan sebuah majalah Arab, Super Magazine.

Dalam temuramah Anelka bersama majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan alasannya mengapa dia memilih Islam. Bagi Anelka, Islam adalah cara hidup yang paling sesuai dengan dirinya. ”Saya merasa selesa dan tenang dengan agama dan hidup saya ketika ini”.

Anelka semasa kanak-kanak

Menganut Islam, diakui penyerang Chelsea ini bahawa Islam banyak membawa perubahan positif di dalam hidupnya. Menurutnya, agama Islam menuntutnya untuk sentiasa bersikap rasional dan positif. Dan perkara inilah yang mempengaruhi sikap tenangnya ketika berada di atas padang. ”Islam banyak membantu saya untuk menjadi seorang yang tenang, fokus terhadap apa yang ingin dilakukan dan mempunyai semangat juang yang tinggi,” katanya.

Dalam wawancara yang dimuatkan di dalam majalah Match, majalah yang diterbitkan di Perancis, Anelka mendedahkan bahawa Islam adalah sumber kekuatannya di dalam mahupun di luar padang.

‘Saya menjalani karier dan kehidupan yang sukar sebelum ini. Saya mencari-cari kedamaian dan erti kehidupan. Dan akhirnya saya menemui Islam.’

Anelka berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Belgium, Barbara Tausia, pada 9 Jun 2007 di Marrakech, Maghribi. Anelka merancang untuk menetap di UAE selepas bersara nanti. Selain bermain bola sepak, Anelka juga meminati dan bermain tenis dan beliau juga pernah berlakon dalam filem berjudul ”Le boulet” sebagai pemain bola sepak bernama Nicolas.

Tetap Berpuasa

Sebagai seorang pemain bola sepak profesional dan penganut agama Islam yang taat, kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan tidak membebankan Anelka untuk tetap menjalankan aktivitinya di padang bola sepak. Seperti kebanyakan pemain bola sepak Muslim yang lain, Anelka tetap berusaha menjalankan ibadah puasa.

Dalam wawancara dengan majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan bahawa sebagai seorang Muslim yang taat, dia wajib menghormati bulan Ramadhan dengan menjalankan kewajipan puasa. ”Sebenarnya puasa bukanlah perkara yang sukar untuk dijalankan. Saya pernah melakukannya pada tahun-tahun yang lepas. Namun dalam beberapa kali Ramadhan, saya mengalami dua atau tiga kecederaan. Hanya sebab ini yang membuatkan saya tidak berpuasa.”

Bersyahadat di Fenerbache

Sejak menyatakan bahawa dirinya sudah memeluk agama Islam tahun 2004, Anelka telah mempunyai nama Islam iaitu Abdul Salam Bilal Anelka. Diyakini perpindahan Anelka kepada agama Islam ini berlaku ketika dia bermain bersama kelab gergasi Turki, Fenerbahce.

Anelka menyarung jersi Fenerbahce

Nama Anelka melonjak naik semenjak bermain untuk Arsenal. Kemudiannya Anelka berpindah ke Real Madrid tahun 1999 dengan nilai perpindahan 22.3 juta pound. Kemudian Anelka kembali lagi ke kelab asalnya, Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan sebanyak 20 juta pound.

Meskipun selesa di Paris, Anelka kembali ke Liga Perdana Inggeris untuk bermain dengan Liverpool dengan status pemain pinjaman. Selepas itu, dia berpindah ke Manchester City dengan nilai perpindahan 13 juta pound pada awal musim 2002-2003. Setelah bersama tiga musim dengan Manchester City, Anelka berpindah ke Fenerbahce. Di kelab Turki inilah, Anelka mengucapkan dua kalimah syahadat. Selepas itu Anelka kembali lagi ke Lige Perdana Inggeris. Anelka menyertai Bolton Wanderers yang membelinya dari Fenerbache dengan nilai perpindahan 7-8 juta pound. Kemudian pada musim 2008/2009, Anelka berpindah ke Chelsea dengan nilai 15 juta pound.

Biodata Anelka

Nama Penuh: Nicolas Sebastien Anelka
Nama Muslim: Abdul Salam Bilal Anelka
Tempat Lahir: Versailles, Perancis
Tarikh Lahir: 14 Mac 1979
Isteri: Barbara Tausia
Kelab Sekarang ini: Chelsea FC
Masuk Islam: 2004
Kerjaya Profesional:

1. Paris Saint-Germain/PSG (Perancis)
2. Arsenal (Inggeris)
3. Liverpool (Inggeris)
4. Real Madrid (Sepanyol)
5. Manchester City (Inggeris)
6. Fenerbahce (Turki)
7. Bolton Wonderes (Inggeris)

Sumber: http://siasahkini.blogspot.com

ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN ERA KEBANGKITAN ISLAM – BAH. 6


Dari Bahagian 5

TURKESTAN TIMUR

Kebuasan yang Disorokkan oleh kerajaan Komunis China

Spabila kita memperkatakan tentang ideologi-ideologi yang menyebarkan kesengsaraan di serata dunia, maka komunisme mendapat tempat paling atas. Dengan berdasarkan kepada idea-idea dua orang ahli falsafah Jerman, Karl Marx dan Friedrich Engels, sistem kepercayaan ini telah pun dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin yang kejam seperti Lenin, Stalin, dan Mao, dan seterusnya membawa kepada penyembelihan dan pembunuhan yang amat kejam sepanjang sejarah peradaban dunia.

Walaupun kita bersetuju bahawa rejim komunis telah tumbang dengan pecahnya Kesatuan Soviet, namun ideologi dan amalan komunisme sebenarnya masih terus wujud, sama ada secara terbuka mahupun sulit. Umat Islam Turki di Turkestan Timur masih terus berada di bawah penindasan Maoist Red China. Pencabulan hak asasi manusia di Turkestan Timur tidak boleh diabaikan sama sekali.

Kekejaman China di Turkestan Timur

Umat Islam Turki di Turkestan Timur yang dikenali sebagai Uighurs, telah hidup di bawah dominasi kerajaan China selama lebih kurang 250 tahun. China telah memberikan nama kepada wilayah Islam tersebut sebagai “Xinjiang” ataupun “tanah yang ditawan,” dan menganggapnya sebagai tanah milik mereka sendiri. Berikutan dengan pengambilalihan China oleh komunis pada tahun 1949 oleh Mao, pe­ninda­san yang berlaku di Turkestan Timur semakin menjadi-jadi. Rejim ko­mu­­nis mula melakukan penghapusan umat Islam yang enggan untuk diasi­mi­lasikan.

Bilangan umat Is­lam yang dibunuh amat mengejutkan. Di antara tahun 1949 dan 1952, 2.8 juta umat Islam mati, sama ada dibunuh oleh tentera China ataupun mati akibat kebuluran. Di antara tahun 1952 dan 1957, lebih 3.5 juta nyawa terkorban, kemudian 6.7 juta di antara 1958 dan 1960, dan kemudian di antara tahun 1961 dan 1965 pula, seramai 13.3 juta manusia mati.

Kaum Uighurs yang berjaya hidup pula berada di dalam penindasan dan penderaan. Pemerintah Turkestan Timur terkini iaitu Isa Yusuf Alptekin, yang banyak menghabiskan umurnya dalam buangan, telah menggambarkan situasi tersebut di dalam bukunya Dogu Turkistan Davasi (Hubungan Turkestan Timur) dan juga Unutulan Vatan Dogu Turkestan (Turkestan Timur: Tanah yang Dilupakan). Berdasarkan kepada buku-buku tersebut, penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Turkestan Timur tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku kepada umat Islam di Bosnia, ataupun majoriti kaum Albania oleh Serbia. “Hukuman” yang dikenakan oleh mahkamah China terhadap negara tersebut adalah terlampau kejam dan sangat tidak berperikemanusiaan. Ini termasuklah membakar manusia hidup-hidup, memukul manusia sehingga hampir mati dan kemudian membogelkan mereka dan membiarkan mati di dalam kesejukan salji. Malah ada juga yang diikat dengan lembu jantan pada kedua-dua belah kaki mereka untuk memisahkannya daripada badan.

Amalan Asimilasi yang Bertujuan Menghapuskan Budaya Secara Besar-besaran

Semenjak tahun 1949 lagi, rejim komunis telah mula merancang program penghapusan populasi umat Islam, dan telah memindahkan pendatang China ke kawasan tersebut dengan begitu sistematik sekali. Kesan daripada kempen ini yang dimulakan oleh kerajaan China pada 1953, begitu berkesan sekali. Pada tahun 1953, 75 peratus daripada keseluruhan populasi adalah umat Islam, dan hanya 6 peratus dikuasai oleh orang-orang China. Pada tahun 1982, nisbahnya telah berubah dengan menyaksikan penurunan populasi umat Islam kepada 53 peratus, manakala populasi China meningkat kepada 40 peratus. Berdasarkan bancian yang dilakukan pada 1990, populasi yang dilaporkan adalah 40 peratus umat Islam dan 53 peratus rakyat China, dengan itu telah mendedahkan dengan jelas proses pembersihan etnik yang sedang berlaku di wilayah tersebut.

Baru-baru ini, bangsa Uighurs telah ditempatkan di kawasan perkampungan, manakala orang-orang China dipindahkan ke bandar. Oleh itu, wujud beberapa buah bandar yang memiliki kira-kira 80 peratus orang-orang China. Ia bertujuan untuk menjadikan bandar yang majoritinya adalah rakyat China. Polisi kerajaan China yang menggalakkan perkahwinan campur di antara penduduk tempatan dengan orang-orang China juga menjadi sebahagian daripada polisi asimilasi tersebut.

UJIAN-UJIAN NUKLEAR KE ATAS UMAT ISLAM


Semenjak tahun 1964, China telah menjalankan 44 kali ujian nuklear ke atas Turkestan Timur yang telah mengakibatkan kematian seramai 210,000 orang dan menjadikan beribu yang lain mengalami penyakit-penyakit seperti kanser. Di samping itu, ribuan kanak-kanak telah dilahirkan cacat.

Kerajaan China turut menggunakan umat Islam Turkestan Timur sebagai bahan uji kaji program nuklearnya. Ujian tersebut bermula pada 16 Oktober 1964, dan kesannya, penduduk di kawasan tersebut telah mendapat penyakit-penyakit yang membawa maut, dan kira-kira 20,000 kanak-kanak cacat telah dilahirkan. Jumlah umat Islam yang terkorban di dalam ujian tersebut dianggarkan seramai 210,000 orang. Beribu yang lain telah mendapat kanser atau dibiarkan lumpuh.

Dari tahun 1964 sehingga kini, China telah meletupkan kira-kira 50 buah bom-bom atom dan hidrogen di Turkestan Timur. Ahli-ahli pakar dari Sweden telah mengukur gegaran yang berlaku disebabkan letupan bawah tanah pada tahun 1984 dan mencatatkan bacaan 6.8 pada skala Richter.

Punca Sebenar Kekejaman: Kebencian Terhadap Islam

Sebab utama yang membawa kepada penindasan rakyat Turkestan Timur oleh China adalah kerana mereka beragama Islam. Kerajaan komunis China melihat Islam sebagai halangan terbesar untuk mereka memantapkan penguasaan terhadap kawasan tersebut.

China telah menggunakan bermacam-macam bentuk penindasan untuk membuatkan mereka berpaling jauh dari agama. Puncak peristiwa ini berlaku ketika zaman pemerintahan diktator komunis Mao. Ketika itu, Revolusi Budaya sedang berlaku dari tahun 1966-76. Masjid-masjid diruntuhkan, ibadah secara beramai-ramai diharamkan, pengajaran Al-Quran dihalang, dan rakyat China yang berpindah dibenarkan untuk mengganggu umat Islam. Sekolah-sekolah digunakan untuk menyebarkan propaganda atheis. Segala bentuk komunikasi dikawal untuk membuatkan manusia lari dari agama. Mereka telah dilarang untuk mendengar ceramah-ceramah agama yang menyentuh tentang keimanan, dan pemimpin agama pula dilarang mengajar tentangnya. Namun demikian, di sebalik segala penindasan yang dilakukan, mereka masih berpegang teguh kepada tali Islam.21

Salah satu cara ugutan dan tekanan yang dilakukan masih terus dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan. Pendidikan universiti di kawasan tersebut telah diberikan kepada rakyat China, dan umat Islam yang belajar di universiti-universiti tersebut hanya membentuk 20 peratus sahaja daripada keseluruhan jumlah pelajar. Kemelesetan ekonomi turut menjadi faktor halangan yang membawa kepada rendahnya tahap pendidikan yang diterima oleh umat Islam di situ. Sekolah-sekolah yang diajar dalam bahasa China menikmati kemudahan-kemudahan yang canggih. Sebaliknya sekolah-sekolah Uighur berada dalam keadaan serba kekurangan. Pendidikan yang kononnya dianggap bersifat keagamaan yang diajar di sekolah-sekolah sebenarnya didirikan di atas fahaman ateisme.

Peristiwa penukaran abjad sebanyak 4 kali dalam tempoh 30 tahun merupakan sebahagian daripada polisi asimilasi yang ditujukan kepada umat Islam di sana. Meskipun Revolusi Budaya sedang berlaku, Mao tetap tidak mengubah skrip abjad China. Namun Mao menukar abjad Uighur daripada abjad Roman kepada abjad Cyrillic jenis Rusia. Selepas abjad itu digunakan buat beberapa ketika, ia ditukar semula kepada abjad Roman. Walau bagaimanapun, selepas itu ia ditukar menjadi skrip Arab untuk menghalang dari terbentuknya jambatan budaya dengan Turki. Kesannya, generasi-generasi di situ sukar untuk memahami di antara satu sama lain yang mana abjad mereka telah diubah berkali-kali.

Peranan Komunis China yang Anti-Islam di Timur Jauh

Penindasan berdarah yang dikenakan ke atas umat Islam Uighur Turki di Turkestan Timur masih belum reda sehingga kini. China telah menangkap golongan muda Uighur Turki yang menyuarakan penentangan mereka, dengan alasan mereka adalah musuh yang berpotensi di masa hadapan. Untuk melepaskan diri dari penganiayaan tersebut golongan muda telah melarikan diri ke gunung-gunung ataupun ke padang pasir.

Semenjak tahun 1996, berpuluh ribu remaja Uighur Turki telah ditahan di kem-kem yang mana di situ mereka telah dikenakan bermacam-macam jenis penderaan. Sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah melaporkan di dalam laporan rasminya bahawa para suspek telah dibawa ke khalayak ramai, dan mereka sama ada dikenakan hukuman berkerja berat ataupun dibunuh oleh skuad penembak di hadapan masyarakat awam. Mahkamah-mahkamah beroperasi di bawah arahan Parti Komunis. Mungkin apa yang lebih dahsyat ialah wanita-wanita mengandung dibawa lari dari rumah mereka. Selanjutnya kandungan mereka digugurkan secara paksa dengan menggunakan teknik yang tidak selamat. Manakala kanak-kanak yang dilahirkan melepasi kuota kerajaan dibunuh, dan harapan keluarga mereka tidak didengari dan dihiraukan.

DIDERA DI TANAH MEREKA SENDIRI

Selepas tahun 1949, rejim komunis Mao telah membunuh kira-kira 35 juta orang Uighur Turki. Sebilangan umat Islam telah dibakar hidup-hidup atau dipukul hampir mati dan kemudian diseret dan dibiarkan mati dalam salji. Yang lain diikat kepada lembu-lembu jantan dan kemudian anggota-anggota badan mereka diceraikan apabila lembu-lembu jantan itu bergerak pada arah yang berlainan. Tiada seorangpun yang dibenarkan untuk mengamalkan agama dengan bebas.
Hari ini, Red China masih mengikut dasar polisi Mao dan melakukan kekejaman yang sama. Tiada sebarang pertubuhan hak-hak asasi manusia yang dibenarkan hidup di Turkestan Timur. Kawalan komunikasi pula terletak sepenuhnya di dalam tangan China. Akibatnya umat Islam menderita teruk.
Dalam masa 2 tahun sahaja, iaitu dari 1995-1997, lebih dari 500,000 Uighur Turki telah ditahan tanpa sebab oleh pihak berkuasa China.
Sepanjang tempoh waktu yang sama juga, lebih dari 5,000 mati akibat penderaan oleh China, ataupun hilang begitu sahaja.

Peristiwa yang berlaku pada bulan Februari 1997 telah menambahkan lagi bilangan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan China. Pada satu malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan tahun itu, yang berlaku pada 4 Februari, lebih daripada 30 orang wanita yang pergi ke masjid untuk menyambut malam yang amat bermakna kepada umat Islam itu, telah dibelasah sewaktu mereka sedang membaca Al-Quran, dipukul oleh ahli-ahli militia China dan kemudian diseret ke ibu pejabat keselamatan. Penduduk tempatan telah pergi ke ibu pejabat dan merayu supaya wanita-wanita tersebut dibebaskan. Namun demikian, mayat tiga orang wanita yang mati akibat diseksa telah dilemparkan kepada mereka yang datang merayu itu. Kemudian, terjadilah pergaduhan di antara penduduk tempatan dengan orang-orang China.

Kira-kira 200 orang penduduk asal Turkestan Timur kehilangan nyawa di antara 4 dan 7 Februari, dan lebih 3,500 yang lain telah dipenjarakan di kem-kem. Pada pagi 8 Februari pula, penduduk yang berkumpul di masjid telah dihalang dari mengerjakan solat oleh pasukan keselamatan. Pergaduhan tercetus lagi, dan akibatnya bilangan mereka yang ditahan iaitu seramai 58,000 orang pada April-May 1996, tiba-tiba melonjak melebihi 70,000 orang. Kira-kira 100 orang penduduk yang masih muda telah dihukum mati secara terbuka. Manakala 5,000 orang Uighur Turki telah ditelanjangkan dan dipamerkan untuk tontonan umum di dalam kumpulan-kumpulan yang setiap satunya seramai kira-kira 50 orang.

Setelah mengetahui semua ini, maka kita patut memberi perhatian kerana rakyat Turkestan Timur masih tidak menerima sebarang sokongan daripada Barat sepertimana yang diharap-harapkan.

Kekejaman yang dikenakan oleh komunis China ke atas Uighur Turki di Turkestan Timur masih berlaku sehingga kini, dan ia akan terus berlaku selagi falsafah Darwin-materialis yang menjadi dalang di sebaliknya tidak dihapuskan dengan perkembangan saintifik. Tidak cukup dengan hanya membaca polisi-polisi yang tidak berperikemanusiaan di dada-dada akhbar, melihat gambar-gambar mangsa kekejaman, dan kemudian mengeluh. Langkah-langkah saintifik dan kebudayaan mesti diambil bagi menghancurkan ideologi yang membawa kepada penindasan itu, dan setiap mereka yang beriman mesti mengambil posisi masing-masing bagi melakukan perang intelektual.

Definisi rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang genocide sudah tepat terhadap apa yang sedang berlaku di Turkestan Timur yang dijajah oleh China itu. Namun, rakyat Turkestan Timur masih tidak mendapat sebarang perlindungan dari PBB. Kira-kira 25 juta umat Islam Turkestan Timur masih menderita disebabkan oleh penindasan China, dan dunia menutup mata atau terus memalingkan muka terhadap kekejaman ini. Terdapat beribu-ribu tahanan politik, dan banyak di antara mereka yang sudah “lenyap” dari penjara. Penderaan ke atas tahanan sudah menjadi satu perkara rutin.

Untuk menamatkan penganiayan di Timur Tengah, pertama sekali dunia mesti diberitahu tentang syarat-syarat perjanjian yang tidak menentu yang sedang berlaku di situ, dan kemudian sekatan antarabangsa mesti dikenakan supaya China dapat merasakan bahangnya. China sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai secara tersembunyi, dan rakyat Turkestan Timur yang ditindas kehilangan cara untuk membolehkan suara mereka didengari. Masyarakat dunia mesti bertindak secara bersama terhadap perkara yang perlu diberi perhatian penting ini.

Harus diingat bahawa punca kekejaman dan penganiayaan di Turkestan Timur terletak pada falsafah Komunis China yang bencikan agama. Perang yang tidak berperikemanusiaan yang dilancarkan terhadap manusia yang tidak berdaya adalah kesan daripada pemikiran materialistik dan komunis yang bersifat ateis. Para pemimpin komunis yang kejam sewaktu abad ke-20 telah me­ninggalkan suatu ideologi pembunuh dan kesannya berjuta nyawa terkorban. Turkestan Timur adalah contohnya. Satu-satunya cara yang boleh dilakukan untuk menyekat mimpi ngeri ini dari terus menghantui manusia adalah dengan melancarkan peperangan ideologi untuk menentang ideologi-ideologi atheis seperti komunisme. Penghapusan asas-asas ideologi komunis adalan langkah pertama untuk menamatkan penindasan komunis di muka bumi.

Seperti yang telah ditegaskan di awal bab buku ini, asas kepada komunisme ialah Darwinisme. Karl Marx, iaitu pengasas komunisme telah mendedikasikan bukunya Das Kapital kepada Darwin, iaitu seorang tokoh yang amat beliau sanjungi. Di dalam bukunya yang bertajuk Ever Since Darwin, seorang saintis pro-Marxis-evolusinis yang terkenal telah menulis:

…Marx dan Darwin adalah secocok, dan Marx memuja Darwin setinggi-tingginya… Darwin sesungguhnya seorang pejuang revolusi yang berhemah.22

Pemimpin komunis China, Mao telah berkata menerusi satu ucapannya, “Sosialisme China dibina dengan berasaskan Darwin dan teori evolusi,” maka dengan itu jelaslah dari mana beliau mendapat inspirasi terhadap kekejaman yang dilakukannya.23

Himpunan kenyataan ini yang telah mendedahkan asal-usul Marxisme dengan jelas memberitahu kita bahawa Darwinisme merupakan ideologi yang berselindung di sebalik praktis-praktis kejam yang dilaksanakan beberapa tahun dahulu di negara-negara seperti Rusia dan China, dan yang mana sehingga kini ia masih dilakukan terhadap orang-orang Chechen dan umat Islam di Turkestan Timur. (Untuk mengetahui lebih lanjut tentang saintifik Darwinisme dan kejatuhan ideologinya, rujuk bahagian apendiks tentang penipuan evolusi.)

______________________

Rujukan

21- Isa Yusuf Alptekin, Unutulan Vatan Doðu Turkistan, (East Turkistan: The Forgotten Land), Seha Publications, Istanbul 1999, p. 160
22- Stephen Jay Gould, Ever Since Darwin, W. W. Norton & Company, 1992, s. 26
23- K. Mehnert, Kampf um Mao’s Erbe, Deutsche Verlags-Anstalt, 1977 (emphasis added)

Sumber: http://harunyahya.com 

../Bersambung Ke Bahagian 7

KUMAN ANJING DAN KUCING


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing. Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria. Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengiut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Kuman enterobacter yang tidak merbahaya

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

  1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
  2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
  3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
  4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
  5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadis-Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Sumber: http://tranungkite.net

SEJARAH TAKWIM BULAN ISLAM HIJRAH


Assalamu’alaikum Wrt. Wbt.

Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya walau sedikit pun  keraguan atau kesesatan kecuali mereka yang menuntut ilmu tanpa berguru dengan yang hak. Selawat dan Salam ke atas Nabi kita dan Tuan kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.

Para pembaca yang budiman,

Kali ini mari kita membaca satu bahan yang saya ambil daripada artikel Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) di Berita Harian, Rabu, 24 Januari 2007 mengenai Takwim Bulan Islam Hijrah. Sebagai nota awalan, saya membuat sedikit nota pemerhatian saya dalam kotak [ ]. Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan bulan qamari dan disebut juga takwim atau kalendar Islam. Ia mengandungi 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.

Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Ka’b ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah S.A.W. Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun nama itu tidak lagi tepat sebagaimana yang kita alami sekarang. Contohnya Ramadhan yang berasal daripada al-Ramadha’ bermaksud sangat panas, tidak selalunya jatuh pada musim panas. Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun Jamad bermaksud beku.

Muharam pula dinamakan demikian kerana ia merupakan salah satu bulan yang diharamkan berperang dan Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam. Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh pada musim bunga (Rabi’) waktu nama tersebut diberikan. Rejab pula ertinya bulan yang dihormati, kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan peperangan, oleh itu ia termasuk di dalam salah satu bulan haram.

Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab berpecah dan bercabang untuk berperang setelah duduk diam pada bulan Rejab. Dinamakan bulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata syala (meng angkat). Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji).

Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari* [yakni siang hari] menurut syarak [dalam makna berpuasa] yang diberi definisi oleh fuqaha’ dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. [*syarak hanya memberi definisi ini kepada maksud berpuasa di siang hari untuk ini tetapi tidak kepada selainnya. Fuqaha’ masih menerima pakai bahawa permulaan perkiraan hari (satu hari penuh) selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya].

Pada zaman sekarang menurut [tamadun] orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dahulu. Walau bagaimanapun mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa tersebut. Umpamanya ialah tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma’il a.s. pada tahun 1855 S.M. dan tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur bersamaan dengan tahun 571 M.

Namun sejarah yang dicatatkan tidak mengikut kaedah yang tetap di kalangan seluruh bangsa Arab, mereka menulis mengikut cara masing-masing, iaitu mengikut perbezaan tempat tinggal, sama ada di utara atau di selatan, bahkan perbezaan menulis tarikh juga berbeza dengan adanya perbezaan qabilah. Oleh itu takwim qamari pada zaman jahiliyah bukanlah takwim yang boleh dipegang teguh untuk digunakan di dalam kehidupan manusia.

Selepas berdirinya negara Islam pada zaman Rasullullah S.A.W., tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi di dalamnya. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin dan akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun al-Wada’ iaitu tahun haji al-Wada’ atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Peristiwa semasa pemerintahan khalifah ‘Umar bin al-Khattab merupakan titik tolak perubahan takwim hijrah dimana khalifah ‘Umar telah mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.

Dalam perbincangan tersebut pendapat ‘Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam dan mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam. [Keputusan ini dibuat secara Ijmak para Sahabat si zaman tersebut, justeru, tidak lagi boleh dipertikaikan atau diubah melainkan dengan satu Ijmak pada zaman selepasnya].

Awal Muharam tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. diambil sebagai permulaan tarikh Islam sekalipun hijrah tidak bermula dan berakhir pada hari itu, kerana sebenarnya hijrah bermula pada akhir bulan Safar dan Baginda sampai ke pinggir Madinah pada hari Isnin Rabiulawal, kemudian masuk ke Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal.

Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat, sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya merupakan tahun kabisah.

Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali.

Untuk mengetahui tahun Hijrah pada tarikh tahun Masihi yang diketahui, kita hendaklah menolak 622 daripada tahun Masihi itu kerana tahun Hijrah bermula pada tahun 622 Masihi, iaitu pada hari Jumaat 16 Julai. Baki yang tinggal selepas itu ialah tahun Masihi yang telah berjalan sejak tahun Hijrah, kemudian kita darab dengan 33 dan natijahnya dibahagi pula dengan 32, kerana setiap 33 tahun Hijrah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Contohnya seperti berikut:

(2011-622)/32 x33 = 1432H

Apabila kita hendak mengetahui tahun Masihi yang bersamaan dengan tahun Hijrah yang kita telah ketahui, kita darab tahun Hijrah dengan 32 dan natijahnya dibahagi dengan 33 kemudian ditambah dengan 622. Contoh seperti berikut:

(1100×32/33) + 622 = 1688M

Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan sejarah penentuan takwim hijrah, nama saat, hari dan bulan dalam Islam, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 21 bagi artikel yang berkaitan dengan Takwim Hijrah.

Para pembaca yang dikasihi sekelian,

Akhir kalam, sebelum kita berhenti di sini di awal Muharram tahun 1432 Hijrah ini, marilah kita sama-sama menilai dan muhasabah kembali sekelian amalan kita terdahulu, baik di sepanjang tahun lepas, mahupun sebelumnya. Apakah kita telah berhijrah yakni istiqamah dalam membuat perubahan ke arah kebaikan, atau kita masih lagi dengan sikap kita yang alpa dan sambil lewa?

Hendaknya, semoga kita insaf akan segala kelalaian, kesilapan dan kesalahan kita dan senatiasa bermuhasabah dan memperbaiki diri kita! Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada lalai dan leka, juga daripada maksiat dan berdosa. Senantiasalah kita bertaubat kembali kepadaNya dan mengajak sekelian ahli keluarga serta masyarakat kita bersama-sama bertaubat kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat senantiasa memeriksa diri dan perbuatan mereka, kemudiannya memperbaiki diri, keluarga dan masyarakatnya, serta memastikan segalanya senantiasa berada di jalan yang lurus lagi diredhai Allah SWT.

Allahu Wa Rasuluhu A’lam.

Sumber: http://ahrasis.com/index.php?topic=158.0

DOA AWAL & AKHIR TAHUN


Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1432H jatuh pada 26 November 2011 (Sabtu) dan 1 Muharram 1433H jatuh pada 27 November 2011 (Ahad). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1432H) dan doa awal tahun (1433H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

HIJRAH SEBAGAI PERMULAAN TAKWIM ISLAM


Awal Muharam merupakan permulaan tahun baru dalam takwim Islam. Ianya merupakan hari kebesaran yang disambut meriah oleh umat Islam di Malaysia. Awal Muharam merupakan tarikh penting dalam Islam yang merakam banyak peristiwa Hijrah serta mengandungi banyak pengajaran dan pencapaian kecemerlangan sepanjang zaman. Image

Pemilihan penggunaan permulaan bulan Muharam sebagai bulan pertama dalam kalender Islam tidak berlaku ketika Rasulullah SAW masih hidup. Khalifah Umar Al-Khattab r.a adalah merupakan orang yang pertama memulakan penggunaan tarikh bulan-bulan Qamariah dengan penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah dijadikan sebagai permulaan taqwim Islam. Peristiwa tersebut berlaku ketika Baginda SAW sampai ke Quba pada 20 September 622M bersamaan dengan 8 Rabiulawal. Jika diteliti tarikh ini didapati 1 Muharram 0001H jatuh pada 6 Julai 622M (Jumaat).

Saidina Umar r.a sedar akan keperluan untuk menghitung bilangan bulan dalam tahun mengikut Islam, oleh kerana bulan-bulan dalam tahun sudahpun wujud sebelum kedatangan Islam. Cuma tidak ada bilangan bagi bulan ini mengikut tahun. Pada ketika itu setiap tahun hanya dikenali dengan sesuatu peristiwa penting sepertimana yang berlaku sewaktu kelahiran Nabi pada tahun dikenali dengan tahun Gajah kerana berlaku peristiwa Raja Abrahah yang telah menyerang Kaabah dengan tentera gajahnya. Khalifah Umar r.a mengalami kesukaran mengenai takwim khususnya dalam pengutusan surat kepada seluruh empayar Islam. Lantaran itu, beliau telah mengumpulkan para sahabat untuk mengkaji bagaimana untuk mengatasi masalah demikian. Hasil dari perjumpaan tersebut mereka telah mengenalpasti empat peristiwa agong yang penting yang patut dijadikan tanda perkiraan takwim Islam :

  1.  Hari Kelahiran Nabi SAW
  2.  Hari Perutusan Nabi SAW
  3. Penghijrahan Nabi SAW dari Mekah ke Madinah
  4. Tarikh kewafatan Nabi SAW

Selepas kajian rapi, didapati cadangan pertama dan kedua tidak boleh diterima kerana ketepatan kedua-dua tarikh tersebut tidak dapat dikenalpasti disebabkan terdapat beberapa tarikh yang berbeza dan sukar untuk dikenalpasti. Cadangan yang keempat juga tidak sesuai kerana ianya merupakan tarikh kewafatan Nabi Muahmmad SAW yang membawa kenangan yang pedih.

Akhirnya cadangan ketiga lebih sesuai iaitu peristiwa penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah. Tambahan pula peristiwa ini amat penting dan juga membawa pengertian besar dalam kehidupan kaum muslimin secara keseluruhannya. Menurut Saidina Umar r.a Hijrah merupakan sempadan diantara yang betul dan yang salah, diantara kebenaran dan kebatilan. Peristiwa Hijrah menjadi penting kerana dengan perjuangan serta pengorbanan, Islam mencapai kejayaan dan natijahnya hijrah merupakan sumber insprirasi sepanjang zaman.

Penghijrahan Baginda Nabi Muhammad SAW tidak boleh dianggap tindakan melarikan diri, malahan Nabi SAW berhijrah bukan atas dasar kehendaknya sendiri melainkan atas petunujuk dan perintah Ilahi.

 Pengorbanan dan komitmen kaum muslimin di Mekah atau di Madinah telah membawa kejayaan kepada Islam. Peristiwa hijrah adalah permulaan perubahan nasib umat Islam, maka sayugialah peristiwa hijrah dipilih sebagai tarikh perkiraan permulaan kalendar Islam.

Disediakan Oleh :

Bahagian Dakwah,

Jabatan Agama Islam Selangor

%d bloggers like this: