• Assalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

    CURRENT MOON PHASE

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 65 other followers

  • KLIK PAUTAN

    • None
  • TERBARU DIMINATI

SAINTIS BUKTIKAN NABI MUSA MEMBELAH LAUT MERAH


Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah. Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?

Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’

Sabda Nabi SAW: ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata: Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)

Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu. Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

______________________________________

sumber: http://halimislam.blogspot.com

Advertisements

SAINTIS PERANCIS MEMELUK ISLAM SETELAH MENGKAJI MAYAT RAMSES II


Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mumia Ramesses II

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Prof. Dr. Maurice Bucaille

Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu. hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.




Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih.

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu.

Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firaun yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

Adakah masuk akal, di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” kata hatinya sendirian. Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:

Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”.  (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata:

Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini (muat turun di sini), Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

(sumber: http://fitrahworld.blogspot.com/)

MUKJIZAT NABI MUSA DAN SAINS ARKEOLOGI


Firman Allah;

وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ ﴿٥٠﴾

Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan.” [Al-Baqarah:50]

Nabi Allah Musa AS dikurniakan Allah sebanyak 9 mukjizat sebagaimana yang direkodkan dalam Al-Qur’an. Antara mukjizat yang dikurniakan itu ialah berupa tongkat yang boleh berubah menjadi ular dan membelah Laut Merah. Adapun bukanlah kuasa tongkat itu yang menyebabkan mukjizat dan bukan juga kuasa Nabi Musa, akan tetapi hakikatnya mukjizat itu didatangkan dari Allah SWT lalu disandarkan ke atas Nabi-Nya sebagai bukti kenabian.

Kisah Nabi Musa membelah Laut Merah untuk menyelamatkan kaumnya dari kezaliman Firaun (dikatakan Ramses II) bukan saja dicatatkan di dalam Al-Qur’an bahkan ada disebut di dalam Taurat orang Yahudi dan Perjanjian Lama (Old Testament) orang Kristian. Para saintis Barat sangat berminat untuk mengkaji peristiwa mukjizat ini dan beberapa teori telah dikemukakan sebagai membuktikan kebenaran mukjizat tersebut.

Jambatan Bawah Laut

Ron Wyatt, seorang ahli arkeologi amatur (bermakna beliau tidak menjalani sebarang disiplin ilmu arkeologi) yang telah membuat dakwaan menemukan tempat-tempat dan artifak seperti yang disebutkan di dalam Bible. Salah satu dakwaan beliau ialah tempat sebenar penyeberangan Laut Merah oleh Nabi Musa dan Bani Israel. Beliau membuat kenyataan dengan mengatakan kawasan sebenar berlaku peristiwa mukjizat tersebut adalah di Teluk Aqabah dan bukannya di Teluk Suez. (Baca Artikel Ini)

Dakwaan ini adalah kesimpulan beliau dari beberapa penemuan yang dilakukan ketika melakukan kajian di Timur Tengah. Antaranya ialah penemuan ‘the chariot wheel’ yang dikatakan adalah roda kereta kuda tentera Firaun (Ramses II). Beliau juga mendakwa kedudukan Gunung Sinai sebenar adalah di Arab Saudi iaitu di Jabal AL-Lawz kerana di sana terdapat beberapa penemuan yang selari dengan Bible seperti lukisan lembu Samiri di batu-batu, batu besar yang terbelah dua, dan lain-lain lagi.

Wyatt yang mengasaskan Wyatt Archaeological Research (WAR) telah menemukan satu penemuan yang mengejutkan ketika mengkaji Teluk Aqabah, tempat yang didakwanya sebagai tempat peristiwa tersebut. Beliau mendapati bahawa di Teluk Aqabah, terdapat satu kawasan yang airnya jauh lebih cetek dari sekeliling. Kawasan tersebut bermula dari Nuweiba, Mesir. Kelihatan di situ seolah-olah ada jambatan bawah laut yang menghubungkan antara Mesir dan pesisiran Arab Saudi.

Kawasan cetek ini lebih kurang 11 hingga 16 km lebar. Di kawasan yang dalam pula kedalamannya sehingga 3000 kaki di sebelah utara dan 5000 kaki di sebelah selatan. Walaubagaimana pun, Wyatt tidak pula memberi keterangan tentang bagaimana Nabi Musa AS membelah air laut.

Meskipun berjaya melaksanakan banyak penemuan, idea dan dakwaan beliau tidak diterima ahli arkeologi yang tulen. Dakwaan Wyatt dikatakan skeptikal kerana berat sebelah dengan melebihkan Bible dari kajian sains sebenar. Beliau juga melakukan ekskavasi secara tidak sah kerana disyaratkan seseorang itu mestilah sekurang-kurangnya memiliki BA(ijazah) dalam arkeologi. Hal ini menyebabkan dakwaan beliau langsung dicampak ke dalam tong sampah.

Pergerakan Kerak Bumi

Saintis berpendapat mungkin berlakunya pergerakan pada kerak Bumi ketika berlakunya peristiwa Nabi Musa AS membelah Laut Merah. Hal ini berikutan dengan kajian tentang rekahan pada kerak Bumi berhampiran laut di Ethiopia pada September 2005 yang merupakan rekahan yang terbesar sejak satelit digunakan untuk pemerhatian. Rekahan ini berpunca dari pergerakan plat tektonik Arab dan plat Afrika yang saling menjauhi lalu meregangkan kerak Bumi dan melebarkan lagi hujung selatan Laut Merah.

Pemerhatian ini dapat menjelaskan bagaimana plat Bumi terpisah dan bagaimana kerak yang baru terbentuk. Menurut kajian, pemisahan tersebut tidak berpunca dari gempa bumi pada tektonik akan tetapi ia berlaku kerana magma yang berada di bawah tanah mengalir ke tempat rekahan. Tim Wright, saintis dari University of Leeds mengatakan bahawa peningkatan magma pada plat mampu memisahkan benua Arab dan benua Afrika.

Sejak 30 juta tahun lalu, benua Afrika dan Arab telah sekian lama mengalami proses rekahan yang kini membentuk Laut Merah. Dalam tempoh yang lama tersebut, 298 km (186) lebar lekukan Afar (Afar depression) terbentuk. Wright mengatakan bahawa pergerakan plat yang sentiasa berlaku ini lebih kerap setelah munculnya rekahan. Secara puratanya, dua plat tersebut bergerak menjauhi satu sama lain kira-kira 2 cm setiap tahun.

Terumbu Karang Dan Tiupan Angin

Naum Volzinger, ahli matematik dari St. Petersburg, Russia dan Alexei Androsov dari Hamburg, Germany telah mengeluarkan kenyataan bahawa peristiwa Nabi Musa AS membelah Laut Merah adalah munasabah menurut sains dan tidak bercanggah dengan hukum fizik. Volzinger yang merupakan penyelidik di St. Petersburg’s Institute of Oceanology dan Androsov menggunakan sistem persamaan bezaan (differential equation) untuk menerangkan kemungkinan bagaimana air laut itu terbelah.

Teori mereka menyatakan bahawa terdapat terumbu karang di Laut Merah betul-betul pada tempat yang diseberangi Nabi Musa dan Bani Israil. Zaman dahulu kira-kira 1500 BC, terumbu karang ini masih elok dan lebih hampir dengan permukaan laut berbanding sekarang. Bible menyatakan bahawa ketika berlaku peristiwa itu, angin dari timur bertiup dengan kuat sepanjang malam. Berdasarkan kenyataan itu, mereka membuat persamaan yang mengambil kira kelajuan dan kekuatan angin sehingga mendedahkan dan mengeringkan terumbu karang ketika air surut serta tempoh masa sebelum air laut kembali ke keadaan asal dan kadar kelajuannya.

Menurut pengiraan, Volzinger mengatakan bahawa angin perlu bertiup pada 108 km sejam (67 batu sejam) dengan kelajuan yang sekata membolehkan terumbu karang terdedah di permukaan laut. Beliau menyatakan lagi penyeberangan sepanjang 7 km (4.2 batu) dengan seramai 600,000 orang Bani Israel itu memakan masa selama 4 jam dan setengah jam kemudian air laut kembali ke keadaan asal. Hasil penemuan ini meyakinkan beliau bahawa Tuhan mengatur alam ini tidak lari dari hukum fizik (sunnatullah).

Tiada Bukti Penemuan

Namun begitu, terdapat juga saintis yang menolak peristiwa terbelahnya Laut Merah. Dr Zahi Hawwas, pakar arkeologi Mesir menyatakan bahawa peristiwa ini cuma mitos semata kerana beliau tidak menemukan sebarang bukti ketika menjalankan ekskavasi di utara Sinai. Menurutnya, meskipun perkara ini boleh mengecewakan orang ramai, sebagai ahli arkeologi beliau perlu menyatakan kebenaran.

Beliau juga berteori, sekiranya peristiwa tersebut benar-benar berlaku, maka seharusnya peristiwa Ramses II dan seluruh bala tenteranya ditenggelami Laut Merah direkodkan di dalam dokumen kerajaan Mesir Kuno kerana hal ini merupakan krisis yang besar terhadap kerajaan Mesir. Akan tetapi tiada sebarang dokumen yang ditemui yang merakamkan perkara ini.

Penutup

Petikan tulisan Sayyid Ahmad Khan, Muslim modernis di India,

For truth cannot contradict truth: therefore there cannot be any discrepancy between the truth of God (of the Qurâan) and of science. Further, the word of God and the work of God (as we get to know it better by the advance of science) cannot contradict each other or be at variance.

Kebenaran itu tidak saling bercanggah: Dengan itu, pastinya tiada sebarang percanggahan antara kebenaran dari Tuhan (Al-Qur’an) dan sains. Justeru, adalah mustahil berlaku percanggahan dan pertentangan antara perkataan Tuhan (Al-Qur’an) dan kerja Tuhan (sains).

Wallahua’lam.

Rujukan:

1. ABC News – Scientists Explain Red Sea Parting and Other Miracles
2. Study : Red Sea Parting Possible
3. MSNBC – Scientists: Earthquakes causing Red Sea to part
4. National Geographic -Red Sea Region Parting in Massive Split
5. Herald Tribune – Did the Red Sea part? No evidence, archaeologists say
6. WAR Inc – Research : The Red Sea Crossing Site

PENEMUAN KENDERAAN FIRAUN YANG TENGGELAM DI LAUT MERAH?


Seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt pada akhir tahun 1988 silam mendakwa bahawa dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam dilautan tersebut ketika digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.

Menurut pengakuannya,selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuatkan tekaan bahawa sisa2 tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.

Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.

Selain itu, keadaan bentuk roda juga dapat dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi2-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita dongeng belaka. Diantara beberapa bangkai kereta tadi,ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas. Diandaikan itulah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh raja mereka, Firaun.

Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas,

Pada bahagian peta yang didalam bulatan merah itulah ,menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi laut Merah. Lokasi penyeberangan mereka dikatakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Anggaran jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah dianggarkan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan berapa kekuatan yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, apatahlagi menurut sejarah, pengikut Nabi Musa pada ketika itu adalah berjumlah ribuan orang? (menurut tulisan lain anggaran jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut pengiraan secara sains, anggaran keperluan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa pengiraan,setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! Sungguh luar biasa dan mengagumkan, Allah Maha Besar.

Secara ilmiah seharusnya roda tersebut telahpun hancur karena usianya yang telah terlalu tua. Namun jika Allah menghendaki, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku dan ianya akan dilindungi sebagaimana mayat firaun yang terawet dan masih elok ketika ditemukan untuk menjadi pengajaran bagi manusia tentang kewujudan dan kebesaran Allah SWT. WaAllahhu ‘alam.

%d bloggers like this: