• Assalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

    CURRENT MOON PHASE

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 65 other followers

  • KLIK PAUTAN

    • None
  • TERBARU DIMINATI

BERTADABBUR DENGAN AL-QURAN


Oleh MOHD. HISHAMUDDIN MANSOR

NABI Muhamad SAW merupakan utusan Allah SWT yang menjadi rahmat kepada sekalian alam. Firman Allah:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ ﴿١٠٧﴾

 Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (al-Anbiyaa’: 107).

Dalam menyeru manusia mentauhidkan Allah, baginda Rasulullah telah dibekalkan sebuah kitab yang menjadi sebesar-besar mukjizat kepadanya iaitu al-Quran.

Kitab terakhir ini mengandungi pertunjuk dan pengajaran yang sedikit pun tidak terdapat keraguan, apatah lagi kesalahan. Firman Allah:

ذَ‌ٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa (al-Baqarah: 2).

Mukjizat al-Quran sungguh berbeza dengan mukjizat Rasulullah kerana mukjizat-mukjizat tersebut hanya boleh disaksikan oleh mereka yang hidup di zaman baginda sahaja. Sedangkan al-Quran boleh dilihat sehingga ke akhir zaman.

Di dalamnya terkandung pelbagai rahsia yang tersembunyi dan hikmah yang boleh dikaji, diselidiki dan diterokai oleh umat manusia bagi mencari kebenaran sehingga ke hari kiamat.

Membaca al-Quran dan bertadabbur dengannya menjadikan hati yang keras bertukar lembut. Ramai tokoh-tokoh manusia yang pada awalnya menolak Islam akhirnya beriman kepada Allah setelah mendengar, membaca dan mengkaji al-Quran.

Sebagai contoh di zaman Rasulullah antara mereka ialah Saidina Umar al-Khattab manakala di zaman moden pula ialah Malcolm X, Mike Tyson dan ramai lagi.

Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Jibril melalui dua peringkat. Peringkat pertama al-Quran diturunkan sekali gus dari Luh Mahfuz (langit ketujuh) ke Baitul Izzah (di langit dunia) pada malam Lailatul Qadar iaitu malam yang penuh keberkatan di bulan Ramadan.

Peringkat kedua al-Quran diturunkan dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Jibril secara beransur-ansur selama 23 tahun. Oleh kerana Allah yang menurunkan al-Quran, maka Dia jugalah yang berhak menjaga dan memelihara kesucian kitab ini daripada dicemari oleh pengubahsuaian manusia.

Hal ini dijelaskan oleh Allah:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ ﴿٩﴾

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya (al-Hijr: 9)

Buktinya dari dulu sehingga sekarang dan sampai hari kiamat, tidak ada seorang manusia yang sanggup mencipta satu ayat yang setanding dengan al-Quran.

Sedangkan jika dilihat dari sudut sejarah ketika al-Quran diturunkan kepada Rasulullah, masyarakat Arab jahiliah cukup mahir dalam mengarang sajak dan juga bersyair.

Biar pun begitu mereka tidak sanggup membuat satu ayat yang setanding dan setara dengan al-Quran.

Maka benarlah firman Allah:

وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٢٣﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ ﴿٢٤﴾

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir (al-Baqarah: 23-24).

Berdasarkan ayat ini jika manusia masih berdegil dan tidak mahu beriman dengan apa yang terkandung di dalam al-Quran maka bersiap sedialah dengan azab neraka di akhirat.

_________________________________________________________
Sumber: Bicara Agama Utusan Malaysia, 26/07/2011

PEMBUKUAN DAN SISTEM BARIS AL-QURAN


(-MENJAWAB GOLONGAN YANG MEMPERTIKAIKAN SISTEM BARIS AL-QURAN-)

Baru-baru ini, sesetengah golongan menimbulkan isu mengenai al-Quran berbaris dan al-Quran tidak berbaris. Pada masa yang sama golongan ini mempersoalkan ketulenan al-Quran berbaris dengan melemparkan tohmahan tidak berasas bahawa al-Quran berbaris itu sudah diseleweng. Sungguh keras tohmahan itu, ia juga satu fitnah. Sungguh cetek juga pengetahuan golongan itu terhadap realiti.

Al-Quran berusia 1400 tahun, tidak mempunyai baris

Isu ini ditimbulkan oleh golongan kafir yang cuba mencari kesalahan Al-Quran. Malangnya ada segelintir umat Islam yang terpengaruh dengan hal ini. Golongan ini, mungkin tidak tahu dua jenis realiti. Satu, realiti sejarah dan satu lagi ialah ‘realiti sebab’.

Al-Quran masih lagi di catatkan di atas kulit kayu di Afrika

Realiti Sejarah (Mengapa Disusun)

Naskah Al-Quran lama tanpa baris. Bolehkah anda membacanya?

Dari sudut sejarah penyusunan ayat-ayat al-Quran, ia tidak perlu diterangkan secara panjang lebar di sini kerana umum yang celik sejarah Islam sudah mengetahui sejarah penyusunan itu dan mengapa ia dilakukan. Penyusunan al-Quran dibuat untuk memudahkan umat Islam membaca dan menghafal. Bagaimanapun, kita hanya imbas sedikit mengenai sejarah penyusunan al-Quran sebagai maklumat kepada yang belum mengenali sejarah penyusunan mushaf al-Quran.

Ketika zaman kewahyuan dan kenabian Rasulullah, ayat-ayat wahyu yang diturunkan telah ditulis oleh para sahabat terutama Ali, Muawiyah, `Ubai bin K`ab dan Zaid bin Thabit,. Ayat-ayat suci itu pula ditulis di atas pelepah kurma, kulit binatang dan sebagainya. Ia ditulis bagi memudahkan umat pada ketika itu untuk membaca dan menghafal ayat-ayat yang diturunkan. Malah, ayat-ayat itu ditulis di hadapan Rasulullah sendiri oleh para sahabat, lazimnya pada ketika selepas wahyu diturunkan. Proses serupa itu berlarutan sehingga sejarah kewahyuan tamat apabila baginda wafat.

Walaupun belum ditulis secara mushaf (bahasa mudahnya ialah dalam bentuk buku), al-Quran sebenarnya sudah sedia mushaf dalam ingatan umat Islam (para sahabat yang taat) ketika itu. Selepas kewafatan Rasulullah, ayat-ayat ini dikumpul semasa zaman khalifah-rasyidin.

Kerja pengumpulan dan merekodkan al-Quran dalam bentuk tulisan secara serius bermula ketika zaman kekhalifahan Abu Bakar yang begitu garang memerangi golongan murtad. Perang melawan golongan murtad juga menyebabkan sebilangan besar umat Islam yang menghafal al-Quran telah terkorban.

Kebimbangan terhadap bilangan penghafal al-Quran yang semakin berkurangan (ramai gugur syahid dalam memerangi golongan murtad) menyebabkan Umaryang risau dengan perkembangan itu telah berjumpa dengan Abu Bakar. Umar mencadangkan supaya al-Quran ditulis dan disusun dalam bentuk buku kerana para hafiz sudah ramai terkorban.

Mushaf Al-Quran Lama

Abu Bakar pada mulanya menolak cadangan itu. Namun selepas khuatir melihat bilangan para penghafal yang ramai terkorban, maka difikir semula terhadap cadangan itu selepas beberapa kali dipujuk Umar. Abu Bakar kemudian bertemu Zaid bin Sabeit (Zaid adalah antara tahfiz terawal sejak tahun-tahun kenabian Rasulullah) dan menceritakan kebimbangannya kepada Zaid mengenai kemungkinan satu masa nanti sudah tiada lagi umat yang mengingati ayat-ayat al-Quran.

Quran kemudian ditulis di atas lembaran-lembaran dan diserah kepada Abu Bakar, kemudian pada tahun 13H iaitu setelah mangkat Abu Bakar, lembaran itu diserahkan pula kepada Umar. Sesudah mangkat Umar, diserahkan pula kepada anaknya iaitu Hafsah. Kemudian semasa kekhalifahan Uthman, lembaran itu diambil semula daripada Hafsah. Demikian serba ringkas mengenai sejarah penyusunan mushaf. Jika ingin mengetahui lebih terperinci mengenai sejarah penyusunan al-Quran, sila rujuk bahan yang berkaitan.

Bermula zaman khalifah Uthman, timbul pula masalah pembacaan al-Quran dalam pelbagai dialek Arab ketika itu. Maka, tiba masanya supaya al-Quran disusun sebutan dialeknya supaya tepat mengikut cara sebutan lidah Rasulullah dalam dialek Quraisy. Ia kerana al-Quran diturunkan kepada Rasulullah dan diucapkan baginda dalam sebutan ‘asal’ mengikut lidah Rasulullah semasa ayat-ayat itu diturunkan. Rasulullah adalah ‘penerima wahyu al-Quran’, sedarlah realiti ini.

Sebutan asal di sini pula bermaksud sebutan ayat suci seperti yang disebut oleh Rasulullah dalam dialek Quraisy kerana Rasulullah adalah seorang Arab dari kelompok Quraisy. Maka, kaedah sebutan (dialek) al-Quran dibuat mengikut cara ia disebut oleh Rasulullah, setiap perkataan perlu mengikut lenggok lidah Rasulullah dalam dialek Quraisy, ia perlu, kerana begitulah bunyinya (dari segi dialek) ketika ayat al-Quran keluar dari mulut Rasulullah semasa disampaikan Jibrail.

Realiti Sebab (Mengapa Mempunyai Baris)

Baris dapat mewujudkan sebutan yang seragam di seluruh dunia

Jika seseorang mempelajari hukum bahasa, dia sudah tentu tahu apa itu ‘fonetik’ atau ‘phonetic’ atau bahasa mudahnya ialah sistem ejaan mengikut bunyi dialek yang menggunakan simbol tertentu bagi mewakilkan ‘bunyi asal’ sesuatu perkataan itu. Sistem simbol bagi mewakilkan ‘sesuatu bunyi tepat’ itu juga harus dipelajari supaya ia boleh disebut dengan tepat mengikut dialek asalnya.

Baris-baris (fatahah, kasroh, dommah) dan simbol-simbol (sukun, syaddah dan sebagainya) diletakkan dalam mushaf bagi memberi penekanan ‘tone’ kepada sesuatu perkataan supaya ia tepat dengan dialek seperti yang diucapkan Rasulullah mengikut lidah dialek Quraisy. Ia juga bagi mewujudkan sebutan yang seragam, tidak pelbagai, iaitu sebutan bagi sesuatu ayat atau perkataan itu tepat dari segi sebutan dan maknanya.

Perletakan baris juga adalah untuk membantu bacaan supaya sebutan itu tepat dari segi dialek dan cara yang sepatutnya ia disebut. Sebelum mushaf diletakkan baris, al-Quran disebut, dilafaz dan dibaca dalam pelbagai dialek Arab. Namun selepas baris-baris diletakkan, ia membantu pembacaan supaya sebutannya menjadi standard mengikut dialek yang disebut oleh Rasulullah, seperti dilafaz oleh nabi semasa wahyu itu diturunkan.

Namun kalau kita merenung realiti ‘proses belajar’ membaca al-Quran, kita akan dapati bahawa orang Arab sendiri perlu belajar mengenal baris sebelum dapat membaca al-Quran dengan betul. Ini realiti. Walaupun al-Quran itu dalam bahasa Arab, namun orang Arab sendiri perlu belajar mengenal baris, perlu belajar mengeja mengikut baris, perlu mengenal hukum-hukum bacaan, perlu belajar tajwid sebelum dapat membaca al-Quran dengan betul. Ini juga realiti.

Baris itulah yang membezakan bahasa Arab dengan bahasa al-Quran.

Ia juga bagi menjaga kesucian al-Quran itu sendiri. Orang Arab juga ada yang Kristian, tidak semua Islam. Jika orang Arab tidak perlu belajar membaca al-Quran, maka orang Arab beragama Kristian juga akan dapat memahami maksud al-Quran dengan mudah. Tapi, perkara ini (orang Arab Kristian membaca al-Quran dan mentafsir sesuka hati) akan dapat dikawal sekiranya diletakkan baris. Ini bemakna, orang Arab juga perlu belajar membaca al-Quran, perlu mengenal baris, perlu mengenal simbol dan perlu tahu setiap tone dalam menyebut sesuatu perkataan al-Quran bagi mendapatkan maksud yang tepat.

Semasa saya masih belajar (dalam negara), saya ada mengenali seorang pensyarah berbangsa Arab (rakyat Mesir) dan beberapa kali berkunjung ke rumahnya di kawasan kampus. Saya pernah berkata kepada pensyarah itu: “Senang ya orang Arab, tak perlu susah-susah belajar mengenal baris untuk belajar al-Quran.”

Tapi pensyarah saya balas:

eh.. orang Arab pun kena belajar kenal baris. kalau tak kenal baris, macam mana nak baca al-Quran?  Baris itulah yang membezakan bahasa Arab dengan bahasa al-Quran.

“cuba kamu pergi di bilik hujung itu (sambil menunjukkan jari). Cuba kamu dengar apa yang isteri saya sedang buat bersama anak saya,” kata pensyarah itu yang fasih berbahasa Melayu kerana sudah lebih 8 tahun mengajar di universiti tempatan tempat saya belajar dulu.

Saya pun pergi ke bilik hujung di rumah pensyarah saya itu dengan izinnya sendiri, saya dengar:
“.. Sa fataha, sa. Jim fataha, ja. Ha fataha, ha. Qho fataha, qho….” saya dengar isteri pensyarah sedang mengajar anaknya mengeja mengenal baris.

Jawapan balas daripada pensyarah dan pengalaman itu buat saya tersedar satu realiti, realiti terhadap kepentingan baris itu sendiri. Baris itulah yang membezakan bahasa Arab dengan bahasa al-Quran. Baris itu diletakkan bagi memelihara kesucian al-Quran itu sendiri. Ia adalah ciri unik dalam menjaga kesucian al-Quran.

Jika ada lagi yang masih semberono mengatakan al-Quran berbaris itu tidak tulen, dan mengatakan al-Quran yang asal itu tidak berbaris, maka fikir semula.

Al-Quran diturunkan secara lisan, bukan secara bertulisan. Maka di mana asasnya dakwaan pihak berkenaan mengenai al-Quran itu asalnya tiada baris sedangkan al-Quran itu diturunkan secara lisan, jika secara lisan, dari mana wujud pertikaian barisnya?

Al-Quran diletakkan baris bagi menjadikan sesuatu perkataan atau ayat itu mengikut cara sebutan yang diucapkan Rasulullah sepertimana ia diturunkan dan dilafazkan semasa Jibrail melakukan tugasnya menurunkan wahyu kepada baginda. Ia juga bagi memudahkan bacaan dalam sebutan yang betul, seterusnya memudahkan proses menghafal.

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ ﴿٩﴾

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”  (Quran, al-Hijr: 9)

Jika ada yang mempertikai baris al-Quran, cuba fikir semula dengan waras. Al-Quran itu dibukukan (mushaf) dengan baris-baris supaya mudah dibaca dan dihafal serta sebagai usaha dijauhkan dari tangan-tangan kafir yang sentiasa mahu mengubah isi kandungannya bagi menyesatkan akidah Islam. Juga supaya muncul generasi tahfiz, adalah lebih baik belajar menghafal al-Quran daripada mempertikaikan barisnya.

Golongan yang mempertikai baris al-Quran itu pula, adakah mereka hafal al-Quran? Atau sekadar tahu mempertikai dan hanya merujuk terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu sahaja? Jika merujuk terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu, memang benarlah al-Quran itu tiada baris, kerana bahasa Melayu memang tiada baris. Tetapi bahasa al-Quran diletakkan baris bagi menjaga ketulenan dan kesuciannya, ia juga bagi membezakannya dengan bahasa Arab yang difahami semua bangsa Arab tidak kira Arab Muslim atau Arab kafir. Jika diletakkan baris, ia hanya boleh dibaca oleh orang Islam yang tahu membacanya selepas belajar cara membacanya.

Bahasa al-Quran diletakkan baris bagi menjaga ketulenan dan kesuciannya.

Kepada golongan yang mempertikai baris al-Quran, nasihat di sini ialah berkawanlah dengan semua orang, jangan taksub dengan fahaman sendiri yang sempit. Berkawanlah dengan semua orang supaya akan dapat banyak pengetahuan berguna, seperti pengalaman yang saya ceritakan tadi. Mohon maaf jika saya tersilap dalam menyampaikan maksud artikel ini. jika ada yang masih belum jelas, rujuklah kepada mereka yang lebih berilmu dalam hal ini. Saya hanya sekadar menyampaikan mengikut sudut pandangan yang saya fahami. Allah lebih mengetahui terhadap segala perancangan-Nya dalam memelihara agama-Nya.

_________________________________
Sumber: halaqah.net

THE QURAN ON HUMAN EMBRYONIC DEVELOPMENT


In the Holy Quran, God speaks about the stages of man’s embryonic development:

 We created man from an extract of clay.  Then We made him as a drop in a place of settlement, firmly fixed.  Then We made the drop into an alaqah (leech, suspended thing, and blood clot), then We made the alaqah into a mudghah (chewed substance)… 1 (Quran, 23:12-14)

Literally, the Arabic word alaqah has three meanings: (1) leech, (2) suspended thing, and (3) blood clot.

In comparing a leech to an embryo in the alaqah stage, we find similarity between the two2 as we can see in figure 1.  Also, the embryo at this stage obtains nourishment from the blood of the mother, similar to the leech, which feeds on the blood of others.3

Figure 1

Figure 1: Drawings illustrating the similarities in appearance between a leech and a human embryo at the alaqah stage. (Leech drawing from Human Development as Described in the Quran and Sunnah, Moore and others, p. 37, modified from Integrated Principles of Zoology, Hickman and others.  Embryo drawing from The Developing Human, Moore and Persaud, 5th ed., p. 73.)

The second meaning of the word alaqah is “suspended thing.”  This is what we can see in figures 2 and 3, the suspension of the embryo, during the alaqah stage, in the womb of the mother.

Figure 2: We can see in this diagram the suspension of an embryo during the alaqah stage in the womb (uterus) of the mother. (The Developing Human, Moore and Persaud, 5th ed., p. 66.)  (Click on the image to enlarge it.)

Figure 2  (Click here to enlarge)

   
Figure 3: In this photomicrograph, we can see the suspension of an embryo (marked B) during the alaqah stage (about 15 days old) in the womb of the mother.  The actual size of the embryo is about 0.6 mm. (The Developing Human, Moore, 3rd ed., p. 66, from Histology, Leeson and Leeson.)

Figure 3

The third meaning of the word alaqah is “blood clot.”  We find that the external appearance of the embryo and its sacs during the alaqah stage is similar to that of a blood clot.  This is due to the presence of relatively large amounts of blood present in the embryo during this stage4 (see figure 4).  Also during this stage, the blood in the embryo does not circulate until the end of the third week.5  Thus, the embryo at this stage is like a clot of blood.

Figure 4: Diagram of the primitive cardiovascular system in an embryo during the alaqah stage.  The external appearance of the embryo and its sacs is similar to that of a blood clot, due to the presence of relatively large amounts of blood present in the embryo. (The Developing Human, Moore, 5th ed., p. 65.)  (Click on the image to enlarge it.) Figure 4  (Click here to enlarge)

So the three meanings of the word alaqah correspond accurately to the descriptions of the embryo at the alaqah stage.

The next stage mentioned in the verse is the mudghah stage.  The Arabic word mudghah means “chewed substance.”  If one were to take a piece of gum and chew it in his or her mouth and then compare it with an embryo at the mudghah stage, we would conclude that the embryo at the mudghah stage acquires the appearance of a chewed substance.  This is because of the somites at the back of the embryo that “somewhat resemble teethmarks in a chewed substance.”6 (see figures 5 and 6).

Figure 5: Photograph of an embryo at the mudghah stage (28 days old).  The embryo at this stage acquires the appearance of a chewed substance, because the somites at the back of the embryo somewhat resemble teeth marks in a chewed substance.  The actual size of the embryo is 4 mm. (The Developing Human, Moore and Persaud, 5th ed., p. 82, from Professor Hideo Nishimura, Kyoto University, Kyoto, Japan.) Figure 5
   
Figure 6: When comparing the appearance of an embryo at the mudghah stage with a piece of gum that has been chewed, we find similarity between the two.
A) Drawing of an embryo at the mudghah stage.  We can see here the somites at the back of the embryo that look like teeth marks. (The Developing Human, Moore and Persaud, 5th ed., p. 79.)
B) Photograph of a piece of gum that has been chewed.
(Click on the image to enlarge it.)
Figure 6  (Click here to enlarge)

How could Muhammad  have possibly known all this 1400 years ago, when scientists have only recently discovered this using advanced equipment and powerful microscopes which did not exist at that time?  Hamm and Leeuwenhoek were the first scientists to observe human sperm cells (spermatozoa) using an improved microscope in 1677 (more than 1000 years after Muhammad ).  They mistakenly thought that the sperm cell contained a miniature preformed human being that grew when it was deposited in the female genital tract.7

Professor Emeritus Keith L. Moore8 is one of the world’s most prominent scientists in the fields of anatomy and embryology and is the author of the book entitled The Developing Human, which has been translated into eight languages.  This book is a scientific reference work and was chosen by a special committee in the United States as the best book authored by one person.  Dr. Keith Moore is Professor Emeritus of Anatomy and Cell Biology at the University of Toronto, Toronto, Canada.  There, he was Associate Dean of Basic Sciences at the Faculty of Medicine and for 8 years was the Chairman of the Department of Anatomy.  In 1984, he received the most distinguished award presented in the field of anatomy in Canada, the J.C.B. Grant Award from the Canadian Association of Anatomists.  He has directed many international associations, such as the Canadian and American Association of Anatomists and the Council of the Union of Biological Sciences.

In 1981, during the Seventh Medical Conference in Dammam, Saudi Arabia, Professor Moore said: “It has been a great pleasure for me to help clarify statements in the Quran about human development.  It is clear to me that these statements must have come to Muhammad from God, because almost all of this knowledge was not discovered until many centuries later.  This proves to me that Muhammad must have been a messenger of God.”9  (To view the RealPlayer video of this comment click here Video Clip).

Consequently, Professor Moore was asked the following question: “Does this mean that you believe that the Quran is the word of God?”  He replied: “I find no difficulty in accepting this.”10

During one conference, Professor Moore stated: “….Because the staging of human embryos is complex, owing to the continuous process of change during development, it is proposed that a new system of classification could be developed using the terms mentioned in the Quran and Sunnah (what Muhammad  said, did, or approved of).  The proposed system is simple, comprehensive, and conforms with present embryological knowledge.  The intensive studies of the Quran and hadeeth (reliably transmitted reports by the Prophet Muhammad’s  companions of what he said, did, or approved of) in the last four years have revealed a system for classifying human embryos that is amazing since it was recorded in the seventh century A.D.  Although Aristotle, the founder of the science of embryology, realized that chick embryos developed in stages from his studies of hen’s eggs in the fourth century B.C., he did not give any details about these stages.  As far as it is known from the history of embryology, little was known about the staging and classification of human embryos until the twentieth century.  For this reason, the descriptions of the human embryo in the Quran cannot be based on scientific knowledge in the seventh century.  The only reasonable conclusion is: these descriptions were revealed to Muhammad from God.  He could not have known such details because he was an illiterate man with absolutely no scientific training.”11  (View the RealPlayer video of this comment Video Clip).

Footnotes:

(1) Please note that what is between these special brackets  …  in this web site is only a translation of the meaning of the Quran.  It is not the Quran itself, which is in Arabic.

(2) The Developing Human, Moore and Persaud, 5th ed., p. 8.

(3) Human Development as Described in the Quran and Sunnah, Moore and others, p. 36.

(4) Human Development as Described in the Quran and Sunnah, Moore and others, pp. 37-38.

(5) The Developing Human, Moore and Persaud, 5th ed., p. 65.

(6) The Developing Human, Moore and Persaud, 5th ed., p. 8.

(7) The Developing Human, Moore and Persaud, 5th ed., p. 9.

(8) Note: The occupations of all the scientists mentioned in this web site were last updated in 1997. 

(9) The reference for this saying is This is the Truth (videotape).  For a copy of this videotape, please visit this page

(10) This is the Truth (videotape). 

(11) This is the Truth (videotape).  For a copy, see footnote no. 9. 

The source of this article is www.islam-guide.com

KEBENARAN ALQURAN DAN FAKTA SAINS MODEN


“Dan jika kamu sangsi terhadap kitab yang kami turunkan keatas hamba kami, perbuatkanlah sebuah surah yang seumpamanya dan panggillah pemimpin pemimpin kamu yang bukan Allah jika kamu benar.apabila tidak kamu perbuat dan tak kamu lakukan,maka takutlah neraka yang kayu apinya terdiri daripada manusia dan batu disediakan bagi orang orang kafir.” Surah a l baqarah ayat 23&24

Apakah kamu tidak berfikir disekitar kejadian diri kamu”?

“Dia ( Allah ) yang tiada tuhan selain diri nya mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata dan Dia yang sangat pengasih lagi penyayang surah Al Hashar

“Allah Yang Maha Suci Ialah Tuhan Yang Menjadikan Berpasang Pasang Segala Galanya Daripada Apa Yang Ujud Di Bumi Dan Apa Yang Mereka ( Manusia ) Tidak Mengetahuinya” Surah Yassin ayat 36

Tiga petikan ayat diatas adalah sebahagian dari wahyu wahyu Allah yang diungkapkan mealui lidah Rasul Nya Muhammad s.a.w dan diabadikan dalam Alquran yang terpelihara sehingga hari Kiamat mengenai rahsia rahsia kejadian alam dan manusia dari awal kejadian alam dan manusia yang sebahagianya berjaya dibuktikan melalui perkembangan ilmu terutamanya ilmu sains,dan sebahagiannya kekal menjadi rahsia yang diluar pencapaian akal manusia.

“Katakan Olih Mu Ya Muhammad Bahawa Roh Itu Adalah Rahsia Daripada Tuhanku Dan Kamu Tidak Diberikan Pengetahuan Mengenainya Melainkan Sedikit Sekali”Surah Al Isra ayat 85.

Namun demikian ALLAH tidak melarang manusia membuat kajian mengenai roh tetapi kebenaran apa yang manusia sangka sangkakan tidak semestinya benar disisi pengetahuan ALLAH. Malah ramai ulamak ulamak terdahulu telah cuba menulis mengenai disekitar kejadian roh diantaranya yang termasyur ialah seperti Ibnul Qayyum melalui bukunya Ar Ruh.Pengetahuan yang sedikit inilah yang ditulis orang atau yang bakal dijumpai olih kajian kajian ilmu angkasa manusia dimasa sekarang dan zaman akan datang.Sekelumit pengetahuan yang telah dirungkai olih pengetahuan moden manusia telah pun membuatkan kita terpinga pinga dan disana lebih banyak lagi yang tidak kita ketahui.Semakin banyak yang didedaahkan olih kepintaran manusia moden semakin banyak yang perlu dirungkaikan.

Roh tidak memerlukan jasad untuk ia terus ujud..Malah ia tidak bolih berada dalam jasad yang rosak umpamanya jasad yang organ utamanya seperti jantung tidak berfungsi.Dalam keadaan ketiadaan jasad ia masih terus ujud dan berkumunikasi dalam cara yang berlainan dari kebiasaan yang semasa ia berada didalam jasad.Apa yang dihidangkan melalui pembacaan atau dipertontonkan melalui fiksyen media elektronik tika ini adalah khayalan yang separuh benar bertujuan untuk memudahkan otak manusia memahami mengenai sesuatu yang berada diluar pemikiran otak untuk memahaminya.Kerana keperbatasan fungsi otak inilah juga ALLAH berfirman

“Katakan Olih Mu Ya Muhammad Bahawa Roh Itu Adalah Rahsia Daripada Tuhanku Dan Kamu Tidak Diberikan Pengettahuan Mengenainya Melainkan Sedikit Sekali“Surah Al Isra ayat 85.

Cuma apa yang bolih dipercayai mengenai pertemuan dengan roh melalui mereka yang berkemahiran dan diizinkan ALLAH untuk berbuat demikian menkhabarkan mereka berjumpa dengan roh si anu dalam bentuk jasadnya adalah kerana apabila roh berada dalam sesuatu bentuk jasad maka ianya berada dalam bentuk acuan jasadnya dahulu.Umpama jika kita masukkan tanah liat dalam tabung berbentuk naga,apabila acuan nya kita musnahkan tanah liat itu akan kekal berbentuk naga Cuma ianya bukanlah dalam sifatnya yang asal semasa ia berada dalam acuannya.

ALLAH YANG MENGAMBIL JIWA ( ROH MANUSIA ) KETIA MATINYA DAN KETIKA TIDURNYA SEBELUM MATINYA.LALU DITAHAN NYA JIWA ( ROH )YANG TELAH MATI SERTA DILEPASKAN NYA JIWA ( ROH ) YANG LAIN SAMPAI KE JANJI YANG DITENTUKAN.SESUNGGUHNYA HAL ITU MENJADI BUKTI BAGI KAUM YANG BERFIKIR Az Zumar ayat 42.

Jasad pula amat memerlukan roh untuk ia terus hidup dan berfungsi.Jasad yang gagah dan sempurna dan amat bijak sekali otaknya,tanpa kehadiran roh ia tidak berguna.Bahkan roh akan segera keluar dari jasad yang mempunyai organ yang rosak dan tidak bolih berfungsi umpama jantung yang berhenti berfungsi.Jasad tanpa kehadiran roh akan segera reput dan musnah dan kembali kepada kejadian asalnya dari tanah.

”Hai Manusia’jika Kamu Dalam Keraguan Tentang Kebangkitan ( Dari Kubur) Bahawasanya Kami Telah Menjadikan Kamu Dari Tanah, Kemudian Dari Setitis Mani,Kemudian Dari Segumpal Darah ( Sesuatu Yang Melekat )Kemudian Dari Segumpal Daging Yang Sempurna Keadaannya Dan Yang Tidak Sempurna (cacat) Agar Kami Jelaskan Kepada Kamu” Surah Al Hajj.

“Kemudian Air Mani Itu Kami Jadikan Sesuatu Yang Melekat,Lalu Kami Jadikan Sesuatu Yang Melekat Itu Segumpal Daging Dan Segumpal Daging Itu Kami Jadikan Tulang Belulang Lalu Tulang Belulang Itu Kami Bungkus Dengan Daging Dan Kemudian Kami Jadikan Dia Makhlok Yang (Berbentuk) Lain.Maka .Maha Suci Allah Pencipta Yang Paling Baik. Surah Al Mukminun.

Mengenai keujudan roh dan alam ghaib saintis moden mengelar ilmu mengenainya dengan nama METAPHYSIC.Meta berasal dari perkataan Greek yang membawa maksud “disebalik”.Dan untuk mengambarkan keujudan roh didalam kajian sains moden ia dipanggil METAFIZIK.

Saintis moden bagaimanapun menyandarkan kepercayaan mereka mengenai keujudan alam roh ini kepada kajian kajian lampau yang dipelupori olih ahli ahli falsafah barat seperti Aristotel.Dan falsafah ini dikembangkan kemudiannya pada kurun ke 17 olih René Descartes, Baruch Spinoza, Nicolas Malebranche, dan G. W. von Leibniz.Dan seterusnya olih Immanuel Kant’s pada kurun ke 18 yang mengelarkan ilmu ghaib sebagai “KEAJAIBAN ILMU METAFIZIK”.Ia kemuadianya dikembangkan olih ahli metafizik Jerman seperti J. G. Fichte, Friedrich von Schelling, dan G. W. F. Hegel..Walaubagaimana pun pada abad ke 19 ia telah diubahsuai dengan menukarkan istilahnya kepada ilmu logic positif atau dinamakan ilmu permahatian positif dan menafikan deklarasi ilmu metafizik.

Kini banyak universiti terkemuka barat menyediakan kursus kursus diperingkat doctor falsafat dalam jurusan apa yang dipanggil kursus ilmu ghaib yang antara subjek utama mereka adalah mengenai kujudan roh.Dan falkulti mereka dikenali sebagai kesustaraan ilmu liberal untuk mengambarkan betapa mereka juga mengiktiraf ilmu ghaib.Diantara fokus utama pengajian ini ialah kajian mengenai keajiban alam semesta dan kaitan mengenai keujudan Tuhan.Namun pada masa yang sama mereka menolak kepada kepercyaan kepada sebarang kepercayaan berugama

Begitulah Al Quran telah menerangkan dengan jelas mengenai keujudan alam ghaib seperti keujudan roh,alam kubur dan akhirat.Al Quran menceritakan dengan berulang ulang mengenai keujudan syaitan,maalaikat,syurga dan neraka.Bahkan kepercayaan kepada alam ghaib menjadi rukun wajib kepada umat islam.Mengingkarinya bereti mengkafirkan ALLAH dan dan tidak termasuk dalam kelompok ugama Islam.

“Wahai Orang Orang Yang Beriman,Allah Turunkan Kepada Rasul Nya ,Serta Kitab Yang Allah Turunkan Sebelumnya.Sesiapa Yang Kafir Kepada Allah,Malaikat Malaikat Nya,Rasul Rasul Nya Dan Hari Kemudian ( Akhirat ) Maka Sesungguhnya Orang Itu Dalam Kesesesatan Yang Jauh ( nyata ) Surah Al Nisa’ ayatt 136.

Telah banyak kajian sains moden mengenai unsur unsur yang membentuk jasad manusia yang telah terlebih dahulu di ceritakan ALLAH DI dalam ALQURAN semenjak 1500 tahun yang lampau. Terutamanya mengenai keujudan unsur “berpasang pasang” yang telah ditemui dalam penyelidikaan biologi dan fizik.Bermula dengan “pasangan lelaki dan perempuan”,benih lelaki ( air mani) dan ovum perempuan yang memungkinkan pembentukan manusia yang baru..Jasad manusia itu sendiri mempunyai unsure organ yang berpasang pasang telah membenarkan apa yang ALLAH perjelaskan untuk tahap pemikiran umat dizaman kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.Dan unsur berpasang pasang ini berlanjutan sehingga kedalam pembentukan sel sel yang membentuk jasad itu sendiri.

Dan kemuncak dari penemuan sains moden diberitakan jasad manusia berkemungkinan berasal dari sepasang jirim dari angkasa lepas yang berhubung kait dengan pembentukkan alam semesta.itu sendiri.Inilah kehebatan Al Quran yang dinyatakan ALLAH sebagai sumber panduan yang relevan sepanjang zaman.

Seorang ahli falsafah dari kelima masehi menyatakan “Bahawa asal usul alam ini ialah daripada “udara”daripada udara yang bergerak-gerak melahirkan sautu udra yang nipis dan seterusnya mengujudkan api,daripada udara yang tumpat kemudiannya terjadi angin dan awan kemudian bila awan ini bertambah pada dan tebal maka disana ujud pula hujan ( air ) daripada hujan atau air inilah terjadinya tanah dan bilamana tanah ini bertambah padat dan padu lahir pula batu kemudian dari rangkaian rangkaian setiap anasir yang telah terjadi menurut tertibnya terbentuklah bumi,planet planet dan bulan,matahari dan seluruh alam cakerawala.”

Firman ALLAH “Dan KAMI telah jadikan tiap tiap yang hidup itu dari air,tidakkah kamu percaya” Alambiya’ ayat 30.

“Maha Suci Tuhan Yang Telah Menciptakan Pasangan Pasangan Semuanya Baik Dari Apa Yang Ditumbuhkanolih Bumi Dan Dari Diri Mereka Maupun Dari Apa Apa Yang Mereka Tidak Ketahui” Surah Yasin ayat 36.

Al Quran juga telah membayangkan mengenai bagaimana terjadinya perbezaan jantina lelaki dan perempuan pada sesuatu kelahiran.Saintis moden berpendapat terbentuknya gender lelaki dalam sesuatu pensenywaan sperma dan ovum adalah dipengaruhi olih tindakbalas horman yang terjadi semasa aktiviti seks berlangsung.Tindakbalas hormon ini pula banyak dipengaruhi olih tindakbalas letrik dan rembesan rembesan kimia dalam otak manusia.Mereka berpendapat gender lelaki terbentuk apabila hormon pasangan lelaki berada dalam keaan stabil dan aktif semasa sperma yang pertama dilepaskan dan berjaya mensenyawakan ovum.Sebaliknya jika jika tindakbalas elektrik dalam otak pasangan lelaki tidak stabil berbanding dengan pasangan perempuan gender perempuan akan terbentuk.Al Quran telah menjelaskan fenomina ini melalui ayat dibawah.

“Dan Bahawasanya Dia Lah Yang Menciptakan Berpasang Pasangan Laki Laki Dan Perempuan Dari Air Mani Apabila Dipancarkan.“Surah An Najm ayat 45-46

Saintis menyatakan manusia dijadikan dari dua unsur buangan yang terdapat diangkasa lepas iaitu hydrogen ( air ) dan helium.Kedua unsur ini merupakan bahan buangan dari bintang bintang yang telah mati.

Penerokaan manusia keangkasa lepas telah banyak membongkar rahsia kejadian bumi dan segala unsur kehidupan didalamnya.Para saintis angkasa lepas menyatakan kejadian bumi dan seluruh isinya termasuk manusia itu sendiri berasal dari unsur unsur kejadian alam semesta bahkan keujudan bumi itu sendiri masih baharu sekita 4.5 bilion tahun sedangkan kejadian alam semesta itu sendiri lebih lama dari itu.Malah bulan yang berada sekita 400 ribu km dari bumi berasal dari sepihan bumi.Mereka berpendapat segala unsur kejadian bintang,astroid,komet terjadi 2 unsur gas iaitu hidrogen dan helium yang berpusar.Dari unsur gas akibat dari kepanasan melampau dan medan elekrik yang sangat kuat telah membentuk karbon,oksigen dan seterusnya menjadi logam.

“Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan dia(langit itu masih merupakan)asap,lalu dia berkata kepadanya dan kepda bumi.Datanglah kamu keduanya menurut perintah KU dengan suka hati atau terpaksa.Keduanya menjawab “Kami datang dengan suka hati{“-Alfushilat

Dan apakah orang orang kafir itu tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu.Kemudian KAMI pisahkan antara keduanya.Dan daripada air KAMI jadikansegala sesuatu yang hidup.Maka mengapakah mereka tiada beriman -Alambiyak.

 

Mimpi Dan Pengembaraan Roh.

Roh dalam jasad adalah umpama seekor burung didalam sangkar.Segala pergerakannya adalah bergantung kepada pergerakkan sangkar.Sesekali ia dapat lepas dari dalam sangkar namun  ia tidak dapat terbang jauh kerana kakinya terikat kepada sangkarnya.Dalam hal ini roh yang masih belum sampai waktunya berhijrah sepenuhnya kealam roh ia masih bolih merawang jauh semasa jasad sedang berihat ( tidor ).

Semasa roh merawang ia seperti dihubungkan dengan tali ghaib yang tertambat pada kakinya dan apabila disentap ia dengan segera kembali mendapatkan jasadnya.

Allah Yang Mengambil Jiwa ( Roh Manusia ) Ketia Matinya Dan Ketika Tidurnya Sebelum Matinya.Lalu Ditahan Nya Jiwa ( Roh )Yang Telah Mati Serta Dilepaskan Nya Jiwa ( Roh ) Yang Lain Sampai Ke Janji Yang Ditentukan.Sesungguhnya Hal Itu Menjadi Bukti Bagi Kaum Yang Berfikir Az Zumar ayat 42.

Segala aktiviti semasa pengembaraa roh dicatitkan olih otak manusia melalui sistem otak yang paling kompleks yang menghampiri  kepada logikal  “kepercayaan dan ketidak kepercayaan”.Inilah yang dinamakan mimpi.

Penyelidikkan sain menyatakan “otak yang bermimpi adalah terlukis dari apa yang digelar “declarative memory system”termasuklah informasi yang sedang dipelajari”.

Penyelikan sains juga menyatakan “chemistry” otak berubah secara radikal apabila sebahgian dari otak teraktif semasa tidur dan sebahagian yang lain tidak aktif.Apabila kita terjaga bahaginn apa yang dipanggil “neurutransmitters” membolihkan kita meningati memori jangka pendik

Saintis juga percaya bahagian otak manusia yang terlibat dalam menyimpan dan memproses aktiviti aktiviti semasa tidur dan mimpi dipanggil “hippocampus” yang terletak dibahagian tengah otak yang antara fungsi terpentingnya ialah menyimpan memori jangka panjang.

Manakala didalam Islam mimpi dibahagikan kepada 3 katagori

1.Mimpi yang benar

2.Mimpi yang didorong olih kemahuan peribadi atau nafsu

3.Mimpi yang datang dari syaitan.

Malah didalam Islam sendiri terdapat pakar pakar pentafsir mimpi diantaranya yang termasyur ialah Muhammad Ibnu Sirin yang hidup sekitar 654 selepas hijrah.Selain pakar pentafsir mimpi beliau juga adalah perawi hadis terutamanya bersumber dari Abu Hurairah dan Anas Ibnu Malik.Berikut adalah antara tafsiran mimpi yang ditafsirkan olih Ibnu Sirin

ULAR -Musuh dalam selimut.Jika mimpi ular didalam rumah membawa maksud :musuh wanita atau saudara mara.

HARIMAU – orang yang bodoh

Melihat seorang yang kaya berjalan sambil menyanyi -Anda akan kehilangan maruah diri.Jika anda seorang yang miskin anda akan jadi gila.

Permaidani – Mewakili kekayaan dunia Tetapi jika anda bermimpi permaidaini yang digulong ia melambangkan kematian atau diberhentikan kerja.

Bermimpi membuang air kecil membawa maksud saudara mara yang sakit akan sembuh atau jika anda banyak hutang ia akan dilangsaikan atau jika anda orang kaya anda akan jatuh miskin.

Mimpi bercerai adalah membawa maksud kemewahan.

Dikatakan orang “mimpi adalah mainan tidor” membawa maksud adakalanya semasa pengembaraan roh ia kadangkalanya diperdayakan olih jin dan syaitan dan adakalanya ia terlepas dari diekori olih syaitan dan jin yang memang berkeliaran dialam ghaib.Dalam hal ini bisa terjadi dua kemungkinan.Apa apa yang dialami atau ditemui olih roh bolih sahaja mengandungi kebenaran atau kepalsuan.

Mimpi mimpi mengembara ke satu daerah yang amat jauh dari lokasi jasad berada adalah menghampiri kebenaran  kerana roh bolih mengembara sepantas cahaya apabila ianya terlepas dari kurungan jasad.

Namun disana ada lagi tafsiran dari ulamak ulamak yang mengatakan apabila jasad sedang tidur ruh tidaklah keluar dari jasad secara total sebaliknya ia akan keluar memanjang dari rongga hidung tanpa terputus dari tempat asalnya dalam jasad.Umpama sumbu pelita  pelita didalam kegelapan malam yang cahaya terangnya bersumber dari sumbu pelita jua.Dan apabila jasad dikejutkan roh segera mendapatkan jasadnya.

Ahli sains moden pada abad ke 19 dan 20 telah memperdebatkan mengenai keujudan roh dan kaitannya dengan keujudan manusia dan alam semesta.Malah sesetengah dari mereka telah membenamkan teori evolusi Darwins dengan lebih berkesan.

Umpamanya ungkapan olih Dr Kenneth R Miller seorang ahli biologi dalam bukunya “FINDINGS DARWINS GOD”.Beliau mengatakan “mengkaji keujudan roh dari sudut sains adalah sia sia kerana keujudannya tidak bolih diselidiki menggunakan ilmu fizik”.Segala yang kita ketahui mengenai sains biologi menyatakan kehidupan adalah merupaka fenomina fizik dan kamesteri olih itu keujudan roh yang mewarnai kehidupan ini tidak sesuai diselidiki dengan sains moden.Walaubagaimanapun jika anda  mengaitkan roh dengan sesuatu yang lain contohnya jelmaan kerohanian anda sebagai individu yang dinamakan manusia,maka teologi ini berpaksi kepada asas yang kukuh”.Bahkan apabila ditanya orang “sebagai seorang ahli sains apakah pendapat anda mengenai roh” beliau menjawab “tiada apa yang bolih saya  katakan mengenai roh kerana ia bukanlah idea ahli sains”

Pendapat beliau membenarkan firman ALLAH

“Katakan Olih Mu Ya Muhammad Bahawa Roh Itu Adalah Rahsia Daripada Tuhanku Dan Kamu Tidak Diberikan Pengettahuan Mengenainya Melainkan Sedikit Sekali”Surah Al Isra ayat 85.

Kemudian sesuatu yang menarik untuk kita perhatikan ialah mengenai  masa dan kepantasan roh bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.Telah dijelaskan sebelum ini bahawa roh apabila berada diluar jasad ia mampu bergerak tanpa batasan namun disana dialam ghaib atau alam roh masih ada batasan atau had kepada kelajuan yang dibenarkan. Dialam nyata manusia sering mengukur  kelajuan pergerakkan jasad berdasarkam km sejam,kelajuan bunyi dan yang paling laju dikira berdasarkan pada kelajuan cahaya.Kelajuan cahaya adalah dalam lingkungan 300,000 km sesaat.Dengan jarak 150 juta km cahaya matahari mengambil masa selama 8 minit untuk sampai ke bumi.Teori sains angkasalepas pada abad ini tidak lagi berbicara mengenai kelajuan caya jika mereka ingin meneroka ke alam angkasa lepas yang maha luas dan mereka kini sedang mencari jalan bagaimanakah untuk mengembara melebihi kelajuan cahaya.Dan perkara ini telah pun dikaji dizaman Albert Einstein.Namun sehingga kini ia belum dibuktikan selain dari apa yang cuba dipapparkan melalui fiksyen sains.

Dalam soal ini elok kita kembali merenung apa yang dinukilkan dalam AL Quran mengenai peristiwa isra’ mikraj Rasulullah saw.

“Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”ayat 1 surah al-Isra’

Isra’ membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha

Sesungguhnya jika diambilkira teknologi sains masakini perjalanan yang ditempoh olih Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjik Al Aqsa bolih diterima sekiranya baginda diterbangkan selaju  kelajuan cahaya kerana jarak diantara Masjidil Haram ke Masjil Al qsa adalah dam sekitar 1232 km dan dengan jarak sejauh itu ia bolih dicapai dengan dengan mudah dengan hanya menaiki pelancar pesawat angkasalepas  discovery yang mampu terbang sehingga 1000km sejam.

Manakala mikraj yang ditempuh olih baginda malah lebih jauh lagi jadi apakah jenis pengangkutan yang bolih bergerak sepantas itu.Di titik inilah para ilmuan islam berdebat mengenai apakah Rasulullah melalui peristiwa israq dan mikraj dengan jasad dan roh ataupun dengan roh sahaja.Ada juga ilmuan islam menyatakan Rasulullah melauinya melalui mimpi yang diutarakan olih ibnu ishaq yang memetik apa yang diriwayatkan olih Syaditana  Aisyah yang perkara ini diragui olih ramai kalangan ulamak termasuklah imam Al Bukhari.Malah pada masa Rasulullah menceritakan kepada sahabat sahabat baginda mengenai perjalanannya mereka tidak mempercayainya kecuali Syaidina Abu Bakar As Sidiq. Kerana jarak perjalan dari Mekah pada masa itu memakan masa selama 40 hari dengan menaiki unta.Dan dalam persoalan ini pendapat ulamak ulamak yang lebih muktabar ialah Rasulullah melakukan perjalan itu dengan roh dan jasad.

Namun seperkara yang perlu difikirkan ialah seperti yang diutarakan diatas roh tanpa terikat kepada jasad mampu bergerak sepantas kerdipan mata mengikut tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang.Dan seperkara lagi roh tidak mampu mengembaraa sendirian melewati alam roh tanpa ada penunjuk arah kerana apa yang dikatakan alam ghaib itu amat luas. Sepertimana diriwayatka ketika Rasulullah berada dirumah Syaidina Jaafar bin Abi Talib ketika tiba tiba banginda mendongak kelangit seraya menjawab salam lalu ditanya olih para sahabat baginda berkata aku menjawab salam roh syaidina Jaffar yang terbang diiringi malaikat mengadap ALLAH.Fahamlah para sahabat  Jaafar bin A bi Talib telah terkorban dimedan  perang melawan tentera Byzantinum.Selain itu terlalu banyak riwayat yang menyatakan selepas roh berpisah dari jasad ia akan dipandu malaikat naik ke langit untuk seketika sebelum dikembalikan ke kuburnya untuk menjawab soalan kubur.

Penulis berpendapat apa yang dipanggil “sidratul muntaha” adalah sautu tempat yang teramat jauh dari alam bumi yang didiami manusia.Suatu alam yang tidak sanggup malaikat Jibril menghampirinya sepertimana yang diriwayatkan olih kitab kitab sahih yaknini apabila Jibril meninggalkan RasulALLAH bersendirian mengadap ZAT YANG MAHA AGUNG.

Mari kita cuba cuba mencongak jarak yang terpaksa ditempuhi olih Rasullullah mengikut kiraaan sais angkasa yang meneropong alam semesta melalui kanta berkuasa tinggi yang termampu dicapai olih ilmu sains angkasa moden.

Seperti yang kita semua ketahui BUMI tempat tinggal manusia termasuk dalam kelumpuk alam apa yang dipanggil “galaksi matahari”.Ia membawa maksud semua planet2 atau satelit2 yang mengelilingi matahari adalah termaksud dalam kelompok ini.Sehingga kini hanya 9 planet yang biasa ditulis orang mengenai planet2 yang mengelilingi matahari.Namun kajian angkasa lepas moden berjaya menemui lebih banyak lagi planet2 yang melepasi PLUTO yang dikesan sebagai keluarga matahari.Antaranya yang terbaharu ialah planet yang dinamakan “setna” yang ditemui pada tahun 2003 yang jaraknya adalah 13 billion km dari bumi.Ia mengambil masa 10 ribu tahun untuk membuat satu pusingan mengelilingi matahari. Sedangkan bumi mengambil masa selama 360 hari untuk membuat satu pusingan.

Planet Setna

Malah menurut pakar2 angkasa lepas jarak yang perlu ditempuh olih manusia untuk keluar dari alam keluarga matahari, manusia harus mengembara sejauh 8 trillion km.

Perhatikan firman ALLAH ini

وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

“Dan mereka meminta kepadamu disegerakan azab, dan Allah sekali kali tidak menyalahi janjiNya. Dan sesungguhnya satu hari disisi Tuhanmu adalah seperti 1000 TAHUN dari apa yang kamu hitung.” (QS. 22 Al Hajj 47)

يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu masa yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu as sajaddah 32:5

ayat 1-4 surah al-Ma’arij menerangkan tentang masa di hari Akhirat. satu hari di hari Akhirat bersamaan 50000 tahun

Surah as-Sajjadah ayat 5 pula menerangkan tentang hari yang menurut kiraan manusia.

surah al-hajj ayat 47 pula menunjukkan satu hari di sisi Allah sama dengan 1000 tahun.

Kemudian kita tinjau pula angaran umur bumi mengikut kiraan ahli sains angkasa.Mereka mengatakan bumi mula terbentuk sekitar 4.5 billion tahun yang lampau.Bermakna manusia harus mengembara selama berbillion  tahun untuk sampai ke  destinasi apa yang dipanggil alam akhirat.Dimana para maalaikat dan Jibril dengan kepantasannya melewati kepantasan cahaya  sendiri mengambil masa 50 ribu tahun untuk mengadap ke hadrat ALLAH..

Bayangkan dengan kepantasan pesawat manusia buat masa ini yang belum mampu mengatasi kepantasan maalaikat.Kita mungkin terpaksa mengembara berjuta atau berbillion tahun untuk sampai ke alam yang satu lagi.

Seperti yang dibentangkan diatas manusia harus mengembara sejauh 13 billion kilometer hanya untuk sampai ke planet yang masih lagi  berada dalam lingkungan matahari kita.

Dan kita belum lagi keluar dari lingkungan bima sakti dimana galaksi matahari kita berada.Sedang digalaksi ini sahaja terdapat beratus ribu atau juta  yang berupa galksi matahari yang lain.Diberitakan di galaksi bimasakti sahaja terdapat lebih 200 bilion bintang.Keluarga matahari kita hanyalah kelihatan seperti sebutir pasir ditengah2 lautan bintang yang terdapat dalam galaksi bimasakti.

Kemudian di luar bima sakti terdapat beratus ribu  lagi seperti bima sakti yang membentuk lautan bintang bintang yang tidak terhitung olih manusia.

bima sakti dimana bumi galaksi matahari berada.

 

Saintis angkasa lepas menanggarkan ada beribu ribu lagi planet,satelit ( bulan )komet dan astroid .mengelilingi bumi pada jarak yang amat jauh.Antara komet yang paling popular adalah komet hailey yang  atau lebih dikenali sebagai bintang berekor. Apakah ini komet hailey yang menghampiri bumi setiap 75 tahun?

Untuk semua fenomena ini ALLAH telah menukilkan dalam AL quran mengenai keluhan para jin dan syaitan yang cuba mencuri rahsia dari langit untuk kegunaan tukang2 nujum dan ahli sihir yang mempunyai kepakaran menguasai  makhluk jin yang mngeluh mengenai keujudan meteor2 dan komet sebagai semjata yang menghambat mereka turun semula kebumi.

Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
[10] `Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?

WaAllahu’alam..

%d bloggers like this: