RAHSIA ASTANA, KHAZAKSTAN


Astana, Kazakhstan
Astana adalah bandar pertama yang dibina pada abad ke-21 dan ia menunjukkan kepada kita, siapa  yang mengetuai dunia sekarang ini. Bandar ini diilhamkan dan diinspirasikan oleh seorang lelaki yang bernama Nursultan Nazarbayev, Presiden Kazakhstan. Projek yang disokong oleh berbilion dollar, bandar ini dibina asalnya dari kawasan yang terpencil. Hasilnya adalah menakjubkan. Bandar bersenibina futuristik, mendukung ‘New World Order‘ bertuhankan Matahari. Inilah agama purba yang semakin berani menonjolkan diri dewasa ini. Bandar ini masih dalam pembinaan yang berskala besar, tetapi bangunan yang telah berdiri memberikan gambaran tentang misi Nazarbayev itu.

The Pyramid of Peace


Diilhamkan oleh arkitek terkemuka Britain, Lord Norman Foster, piramid gergasi ini adalah bangunan ganjil yang hadir di tengah-tengah bandar ini. Bangunan ini adalah simbolik untuk “penolakan untuk keganasan” dan “untuk menyatukan agama-agama di dunia”.
Norman Foster berkata bahawa bangunan itu tidak mewakili mana-mana agama dan ini akan memudahkan penyatuan semua agama. Tetapi realitinya, piramid adalah sebuah kuil bagi agama kuno pagan. Iaitu agama yang menyembah Matahari. Pemandangan dan senibina di dalam bangunan ini menunjukkan simbolik-simbolik yang benar-benar mengejutkan. Mari kita jelajah bangunan ini.

Bentuk Piramid

“Penerimaan piramid sebagai satu lambang adalah sebagai doktrin rahsia dan penubuhan ini juga sebagai satu cabang penyebaran idea”-Manly P. Hall, Secret Teachings of All Ages.
Novus Ordo Seclorum = New Order untuk Zaman
Seperti yang dikatakan oleh Manly P. Hall, piramid adalah simbol utama yang menjadi misteri tamadun purba. Mereka agung dalam kesederhanaan, itulah sifat mereka yang membingungkan orang ramai. Para elit yang mengamalkan ilmu ghaib, adalah pewaris tamadun dan kepercayaan purba  ini menggunakan piramid sebagai simbol kuasa di dalam dunia moden.
Capstone (Batu atau penjuru teratas pada bahagian piramid) yang tidak wujud menggambarkan tuhan wujud di dalam alam semesta serta dalam setiap manusia. Satu lagi maksud simbol capstone yang hilang adalah menunjukkan dunia yang belum mencapai pemerintahan yang diinginkan (New World Order). Dikatakan bahawa capstone dari Piramid Besar akan dikembalikan apabila datangnya Dajjal yang membawa New World Order. Puncak piramid itu digambarkan sebagai kekuasaan yang tiada tandingnya mewakili Dajjal yang mereka sembah selama ini.

Berikut adalah piramid-piramid yang terdapat di seluruh dunia, yang mewakili golongan elit berkuasa keatas rakyat jelata.

Memphis Arena

Opera House (Basement)

Apabila memasuki piramid ini di aras tanah (basement), kawasan di dalamnya agak gelap. Terdapatnya opera di ruangan bawah tanah yang mana boleh menempatkan penonton yang ramai.

Underground Opera House
Walaupun gelap, imej besar matahari merangkumi hampir keseluruhan ruangan siling.

Bahagian Tengah

Mengelilingi Meja Matahari
Di sebelah kanan tingkat atas ruangan opera adalah di tengah-tengah piramid. Ruangan ini dijadikan bilik mesyuarat untuk persidangan antara pemimpin -pemimpin agama di dunia ini. Cuba kita renung dan fikir sejenak terhadap simbol-simbol yang wujud di sini. Anda mempunyai pemimpin agama dari seluruh dunia duduk berbincang di kawasan yang berpaksikan tuhan matahari, membincangkan bagaimana untuk menyelesaikan perbezaan antara agama mereka untuk mencapai ‘Zaman Baru’ yang akan datang. Simbolik di sini adalah terang-terangan. Semua ini adalah teologi semata-mata untuk menjauhkan manusia dari kepercayaan agama.

Ruangan tengah ini adalah lebih bercahaya daripada ruangan opera, yang mewakili kemajuan ke arah pencahayaan. Imej matahari di tengah-tengah meja bulat adalah betul-betul di atas matahari dari siling ruangan opera.

Mesyuarat Antara Agama

Jika anda pernah membaca artikel lain mengenai New World Order, Freemason ataupun illuminati di laman web ini, anda mungkin menyedari matlamat New World Order. Salah satu tujuan besar mereka adalah menggantikan semua agama kepada satu bentuk agama neo-paganisme tanpa disedari oleh orang ramai. Inilah yang mereka titik beratkan di dalam mesyuarat. Bandar Astana adalah benar-benar sebuah bandar New World Order.

Puncak Piramid

Puncak piramid ini dihiasi dengan gambaran syurga. Kawasan ini adalah bulat, berkaca dan diterangi cahaya matahari. Imej merpati putih dipersembahkan di dalam kaca, yang mewakili kedamaian, ini adalah simbolik kepada penyatuan kerajaan-kerajaan dunia dan agama di New World Order. Puncak piramid adalah mewakili pencapaian illuminati dan individu pada peringkat tertinggi dunia.Lihatlah siling di puncak piramid (gambar bawah)

Model matahari makin bersinar apabila disimbah cahaya matahari. Bahagian piramid ini (merangkumi semua bahagian yang dibincangkan di atas) menunjukkan wawasan Illuminati terhadap dunia ini.
Di dalam Golden Globe, kita akan menemui “objek” yang membingungkan kita. Objek tersebut adalah segi tiga emas dengan cop tangan presiden Nazarbayev. Kenapa? Secara jujur saya ​​tidak tahu. Apa yang boleh saya katakan ialah objek tersebut kelihatan seperti di dalam filem Total Recall.

Bata Composition

Bata Composition adalah Globe yang ditandatangani oleh wakil-wakil dari 17 agama di dunia. Ya, sekali lagi, bercakap tentang penyatuan semua agama adalah menjadi satu matlamat untuk mencapai agenda mereka.

Pilar Masonic

Dua tiang dan terdapat satu lagi tiang di tengahnya tetapi jauh sedikit jaraknya. Adakah di sini terdapat simbol-simbol Masonic?
Ya, tiang emas berkembar ini mewakili dua rukun Mason iaitu Boas dan Jachin. Saya tidak mahu menghuraikan lebih lanjut tentang simboli ini keseluruhannya, tetapi kami boleh menganggap bahawa Nazarbayev adalah “Menerima Misi Freemason ini”.

Kediaman Presiden

Istana Presiden ini terletak di hujung laluan istiadat yang bermula dari menara Bayterek. Sebuah kubah besar dibina di atas istana itu, yang mewakili prinsip-prinsip wanita, yang bertentangan dengan menara Bayterek yang berbentuk ‘lelaki’. Rancangan dan senibina ini wujud dalam hampir semua bandar-bandar terkemuka seperti Washington dan Paris.

Pusat Hiburan Khan Shatyry (Khemah Terbesar di Dunia)

Banguna pelik ini sekali lagi direka oleh Sir Norman Foster (beliau pada dasarnya mereka keseluruhan bandar). Di dalam khemah tersebut terdapat satu kawasan yang lebih besar daripada 10 stadium bola sepak, akan menjadi bandar di dalam taman, pusat membeli-belah dan hiburan. Kawasan ini juga dihiasi dengan jalan-jalan yang berbatu, sungai yang boleh dilalui oleh perahu, minigolf, pantai buatan dan resort. Struktur ini dibuat untuk kelihatan seperti khemah, yang setanding dengan Kuil Sulaiman.

Tempat-tempat ibadat bergerak (mudah-alih), yang terdiri daripada khemah-khemah, telah digunakan oleh orang-orang Yahudi pada zaman alkitabiah.

Akan Datang di Astana

Astana masih lagi dalam pembinaan, tetapi terdapat beberapa projek yang benar-benar luar biasa. Berikut adalah sebahagian dari projek mereka.

Central Market
Direka oleh Norman Foster.

All-Seeing Eye Stadium (bukan nama rasmi)

Kesimpulan

Sebagai ahli elit dunia yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan untuk menyatukan dunia dalam satu kerajaan yang mereka cipta, mereka menyebarkan simbol sebagai lambang kekuasaan mereka. Hakikatnya penduduk dunia tidak tahu mengenai struktur-struktur yang mewakili golongan elit ini. Inilah sebabnya mengapa rancangan mereka terus berjalan tanpa dipersoalkan dan tanpa disedari. 
Manley P. Hall menulis pada 1918

“Apabila berlakunya rusuhan, manusia diperintah oleh pemimpin yang jahil, institusi keagamaan runtuh, akan wujudnya pemerintahan baru ini yang dipimpin oleh pemimpin yaang jahat yang berselindung di sebalik kebaikan.

Kedengaran amat baik bukan?

BAGAIMANA MALAIKAT MENCABUT NYAWA


Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S”.

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata. “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”

 Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan o! leh lida h orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnnya dari arah lain.”

Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu.

Maka berkata tangan : “Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini menusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata : “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata : “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin ini dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata, maka berkata mata : “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikatku, tulis Asmaku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.”

Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A : “Roh itu menuju ketujuh tempat :

  • Roh para Nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
  • Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus
  • Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
  • Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  • Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  • Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  • Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka.

 Wallahu A’lam

MUHAMAD BIN IDRIS – IMAM SYAFIE


Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik. Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Iraq, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan. Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau. Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu Sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan
Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’. Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.” Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.” “Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?” Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.” “Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu. Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar-Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.

Dipetik dari laman web darul nu’man

PERSIAPAN MINDA UNTUK RAMADHAN


Mukadimmah

Bulan Ramadhan semakin hampir. Dinanti-nanti oleh mereka yang merindukan kelebihan beramal di dalamnya. Ditangisi oleh para syaitan kerana bulan tersebut Allah akan mengampunkan segala dosa bagi mereka yang bertaubat dan memohon keampunan. Rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a bersabda yang bermaksud:

“Ketika tibanya malam pertama dari bulan Ramadhan, seluruh syaitan akan dibelenggu dan seluruh jin yang derhaka akan diikat. Semua pintu neraka ditutup dan tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Semua pintu Syurga dibuka hingga tidak ada satu pun pintu yang tertutup. Diseru,” Wahai orang yang mencari kebaikan! Datang ke sini! Wahai orang yang mencari keburukan! Jauhkanlah dirimu. Allah membebaskan ramai manusia daripada api neraka. Perkara tersebut berlaku setiap malam”

Sabda Rasulullah lagi;

Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. Pada bulan itu, Allah membuka pintu-pintu langit, menutup pintu-pintu neraka dan membelenggu segala Syaitan. Di dalamnya, Allah memiliki satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikan malam itu, maka dia sememangnya telah diharamkan (daripada kebaikannya). ( Riwayat al-Nasa’i dan al-Baihaqi daripada Abu Hurairah r.a)

Minda kita perlu difokuskan kepada Ibadah Puasa yang akan kita lalui tidak berapa lama lagi supaya semua aktiviti ibadah puasa kita dapat berjalan dengan lancar. Di antara persiapan minda yang boleh kita lakukan ialah seperti berikut:-

1. Gembira Dengan Kehadiran Bulan Ramadhan

Kita perlu merasa gembira dengan kehadiran bulan Ramadan kerana bulan ramadahan hanya sekali dalam setahun. Apatah lagi kita belum pasti lagi dapat bertemu dengan bulan ramdhan yang akan datang. Kelebihan bulan ramadhan cukup banyak seperti di dalam hadith yang dinyatakan sebelum ini bahawa Allah akan membuka segala pintu syurga dan menutup semua pintu neraka. Syurga merupakan kemuncak segala kenikmatan kepada manusia kerana di dalamnyalah kita nanti akan dapat memandang wajah Allah yang selama ini kita sembah.
Balasan amal kebaikan ibadah juga dilipatgandakan seperti di dalam sebuah hadith  yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi dikatakan bahawa amalan sunat pada bulan ramadhan bernilai seperti amalan wajib senilai 70 amalan wajib diluar ramadhan.

2. Bersedia Mengadapi Segala Ujian

Bulan Ramadhan merupakan bulan ujian. Ujian kepada hati, ujian kepada pancaindera dan juga ujian kepada seluruh anggota badan. Ramadhan menguji keikhlasan hati untuk melakukan ibadah puasa. Tidak ada orang yang tahu jika seseorang itu makan ditempat sunyi atau minum tatkala mengambil wuduk. Jika berpuasa kerana ia menjadi adat, atau sekadar mengikut-ikut orang lain berpuasa , ia hanya menyiksakan jiwa kerana nak makan takut orang tahu kesannya seperti sendawa atau mulut berbau sambal. Nak berpuasa perut pula terasa lapar dan kerongkong pula terasa haus. Hanya orang yang benar-benar ikhlas akan dapat mengharungi ibadah yang mencabar ini.

Ujian kepada pancaindera pula setiap perbuatan akan dinilai pahala atau dosa. Jika perbuatan mata memelihara aripada memandang perkara yang haram pasti pahalanya besar dan pahala puasanya bernilai. Jika sebaliknya maka dosa dan pahala puasa juga dibimbangi tidak mendapat apa-apa pahala.

Ujian kepada anggota badan pula ialah badan akan merasa panas dan meletihkan. Apatah lagi kepada mereka yang baru mula belajar berpuasa atau pada minggu pertama puasa Ramadhan. Penyesuaian diri perlu dilakukan dengan mengikut peraturan puasa iaitu dengan melewatkan makan sahur dan menyegerakan berbuka puasa dengan makan kurma yang telah diakui khasiat dan kelebihannya.

3. Kita perlu yakin bahawa syurga dan neraka itu benar-benar telah tersedia sebagai balasan amal manusia dan jin.

Beriman dengan perkara ghaib sangatlah penting. Syurga dan Neraka adalah salah satu perkara ghaib yang perlu diimani. Bukankah asal usul kita dari Nabi Adam?. Bukankah nabi Adam diturunkan dari syurga? Bukankah nabi diperlihatkan syurga dan neraka sewaktu baginda dimikrajkan ?. Ini membuktikan bahawa memang di sana adanya syurga dan neraka yang sedang menanti bakal penghuninya. Lantas itulah Allah memberitahu kita bahawa pada bulan Ramadhan ini ditutup semua pintu neraka dan dibuka semua pintu syurga.

4. Menambahkan ilmu berkaitan mengerjakan ibadah puasa.

Melakukan amal ibadah memerlukan ilmu pengetahuan mengenainya. Tanpa ilmu pengetahuan atau dalam erti kata lain taklid membuta tuli sangat merugikan kita. Sudahlah penat tetapi tidak mendapat apa-apa ganjaran malahan mendapat celaan. Ilmu yang perlu diketahui  atau dipelajari ialah meliputi segala aspek berkaitan puasa dan juga kelebihan bulan ramadhan. Mengapa masih timbul pertanyaan yang sama setiap kali menjelang ramadhan seperti mengorek telinga atau hidung, adakah membatalkan puasa? Terlewat mandi wajib setelah terbit fajar(masuk waktu subuh), adakah sah puasa? Pertanyaan-pertanyaan seperti ini seringkali dikemukakan kepada para ustaz dan juga pendakwah. Dapatkan buku-buku atau cd berkaitan dengan ibadah puasa dan bulan ramadhan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

 

5. Mengelak tanggapan bahawa puasa menjadikan kita lemah.

Sejarah membuktikan bahawa umat Islam dizaman rasulullah menjadi kuat dengan berpuasa. Mengapa mereka boleh menjadi kuat dengan berpuasa sedangkan perut-perut mereka kosong. Kenyang bukanlah disebabkan makan. Makan adalah salah satu sebab sahaja terjadinya kenyang. Ada orang kenyang hanya dengan membaca Al-Quran. Ada orang boleh kenyang dengan berzikir kepada Allah. Sedangkan kenyang menyebabkan badan menjadi malas, mata menjadi mengantuk dan hilang daya tumpuan. Dengan mengosongkan perut, tenaga yang biasa digunakan untuk menghadamkan makanan akan digunakan untuk anggota lain seperti berfikir.

Persiapan jiwa perlu juga dilakukan bagi menempuh ujian selama sebulan ini. Ibadah puasa adalah untuk membentuk jiwa yang bertaqwa. Justeru itu dimana dan bagaimana kita ingin memulakan tarbiah Ramadhan ini? Melakukan ibadah di dalam bulan Ramadhan akan diberi ganjaran yang berlipatkali ganda. Apakah kita sanggup melepaskan bulan ibadah ini tanpa memenuhi kehidupan kita dengan amal ibadah? Kita perlu memulakan ibadah-ibadah sunat sebelum bulan ramadahan bagi membiasakan diri kita dengan amalan tersebut supaya diwaktu kita berlapar dan dahaga, kita tetap masih bersemangat dan istiqamah dalam beribadah. Ibadah yang boleh dilakukan mulai sekarang ialah;

1. Memperbanyakkan Taubat.

Kita perlu bertaubat setiap hari supaya diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang mencabar sekarang ini. Ia juga untuk membersihkan hati selain mendapat ketenangan hakiki. Terlalu banyak kelebihan bertaubat , ganjaran diakhirat mahupun habuan didunia. Bertaubat boleh menyembuhkan penyakit dan juga mendatangkan rezeki dari Allah. (sila rujuk buku-buku berkaitan kelebihan bertaubat)

2. Membiasakan Membaca al-Quran

Diantara ibadah utama di dalam bulan ramadhan ialah dengan bertadarus atau membaca al-Quran. Membiasakan diri membaca al-Quran di luar bulan Ramadhan akan memudahkan lagi kita melakukannya di dalam bulan Ramadhan. Satu huruf al-Quran bersamaan dengan 10 ganjaran jika dibaca di luar Ramadhan. Jika dibaca di dalam bulan Ramadhan, pahalanya akan berlipatkali ganda.Jika al-Quran dibaca di dalam solat, pahalanya akan menjadi lebih besar nilainya. Justeru itulah mengapa banyak surau dan masjid melantik imam dikalangan para huffaz(tahfiz al-Quran) untuk mengimami solat tarawikh di dalam bulan ramadhan,kerana pahala solat dan pahala mendengar bacaan al-Quran cukup besar.

3. Membiasakan diri dengan zikrullah

Zikrullah atau berzikir mengingati Allah bukan terhad kepada membilang tasbih ditikar sembahyang. Mengingati ALlah boleh dilakukan secara berdiri, duduk atau berbaring. Ia boleh dilakukan dengan sebutan secara nyaring atau secara perlahan atau sekadar merenung kebesaran Allah, mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan,sabar dan redha dengan segala ujian hidup dan sebagainya. Orang yang disibukkan dengan amalan berzikir, pasti akan terhalang dari melakukan maksiat dan dosa-dosa kecil.

4. Melakukan ibadah qiamullail

Amalan qiamullail merupakan amalan orang-orang terdahulu dikalangan para solihin. Ia merupakan sumber kekuatan umat Islam yang semakin ditinggalkan. Justeru itu marilah kita bersama-sama menghidupkan semula amalan qiamullail (bangun ditengah malam untuk beribadah). Melakukan ibadah qiamullail di dalam bulan ramadhan adalah lebih mudah kerana kita boleh menunaikannya sebelum bersahur.

5. Memperbaiki niat agar Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik.

Kita perlu berazam dengan sesungguh hati, supaya memanfaatkan bulan Ramadhan kali ini dengan segala amal ibadah yang telah kita ketahui dan pelajari semenjak kita akil baligh lagi. Umat Islam sekarang ini bukan tidak tahu untuk beramal, tetapi lebih dipengaruhi oleh hawa nafsu dan sifat malas untuk beribadah kerana merasa boleh hidup seribu tahun lagi. Ingatlah bahawa masa adala modal kita untuk bekalan ke akhirat. setiap detik dan saat yang kita tinggalkan hanya akan menambah kerugian jiga tidak diisi dengan amalan yang sepatutnya yang telah diajar oleh Rasulullah kepada diri kita.

Semoga dengan bingkisan tips di atas, marilah kita membuat persediaan jiwa bagi menghadapi satu bulan yang penuh barakah dan pahala bonus dari Allah s.w.t.

________________________________________
Sumber: http://e-taalim.jais.gov.my/

SEJARAH MASJIDIL HARAM


إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَالَمِينَ ﴿٩٦﴾

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. – Al- Imran, ayat 96.

Sejarah Ka’bah

Dikenali juga dengan nama Baitullahil Haram iaitu sebuah binaan batu yang tertua sekali di dunia yang dibina untuk tujuan ibadat. Kaabah adalah Kiblat bagi umat Islam menunaikan ibadah terutama ibadah solat. Tidak sah solat jika tidak menghadapkan wajah ke arah Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam. Ka’bah adalah bangunan suci Muslimin yang terletak di kota Mekkah di dalam Masjidil Haram. ia merupakan bangunan yang dijadikan patokan arah kiblat atau arah solat bagi umat Islam di seluruh dunia. Selain itu,ia merupakan bangunan yang wajib dikunjungi atau diziarahi ketika musim haji dan umrah.

Ka’bah berbentuk bangunan kubus yang berukuran 12 x 10 x 15 meter . Ka’bah disebut juga dengan nama Baitallah atau Baitul Atiq (rumah tua) yang dibangunkan pada masa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail setelah Nabi Ismail berada di Mekkah atas perintah Allah.

Jika kita rujuk Al-Qur’an surah Ibrahim ayat 37 yang berbunyi:

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ ﴿٣٧﴾

Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezeki mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.

Ka’bah telah wujud sewaktu Nabi Ibrahim AS menempatkan isterinya Hajar dan bayi Ismail di lokasi tersebut. Jadi Ka’bah telah ada sebelum Nabi Ibrahim.


Ketika Nabi saw berusia 30 tahun,saat itu beliau belum diangkat menjadi rasul.Bangunan ini dibina kembali akibat banjir yang melanda kota Mekkah pada ketika itu. Sempat terjadi perselisihan faham antara ketua suku atau kabilah ketika hendak meletakkan kembali Hajar Aswad.Namun berkat hikmah Rasulullah, perselisihan itu berjaya diselesaikan tanpa kekerasan dan pertumpahan darah.

Pada zaman Jahiliyyah sebelum diangkatnya Rasulullah saw menjadi Nabi sampai perpindahannya ke kota Madinah, ka’bah penuh dikelilingi dengan patung – patung yang merupakan Tuhan bangsa Arab padahal Nabi Ibrahim as yang merupakan nenek moyang bangsa Arab mengajarkan tidak boleh mempersekutukan Allah, tidak boleh menyembah Tuhan selain Allah yang satu, tidak ada yang menyerupaiNya dan tidak beranak dan diperanakkan.

Setelah pembebasan kota Makkah, Ka’bah akhirnya dibersihkan dari patung – patung tanpa kekerasan dan tanpa pertumpahan darah.

Selepas itu, bangunan ini diuruskan dan dipelihara oleh Bani Sya’ibah sebagai pemegang kunci ka’bah dan pemerintahan serta pelayaran haji diatur oleh pemerintahan yang adil iaitu pemerintahan khalifah Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Muawwiyah bin Abu Sufyan, Dinasti Ummayyah, Dinasti Abbasiyyah, dan Dinasti Usmaniyah Turki.

Pada zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as, Stuktur asa bangunan Ka’bah terdiri atas dua pintu dan pintunya terletak diatas tanah, tidak seperti sekarang yang pintunya terletak agak tinggi. Namun ketika Renovasi Ka’bah akibat bencana banjir ketika Rasulullah saw berusia 30 tahun,bangunan ka’bah dibuat hanya satu pintu serta ada bahagian ka’bah yang tidak dimasukkan ke dalam bangunan ka’bah yang dinamakan Hijir Ismail (lihat gambar)yang diberi tanda setengah lingkaran pada salah satu sisi ka’bah.Ketika itu pintunya dibuat tinggi letaknya supaya hanya suku Quraisy yang boleh memasukinya.

RekaBentuk Kaabah

Bentuk dan pembinaan Kaabah sungguh istimewa. Tingginya 15 meter/49.22 kaki. Bentuknya hampir-hampir 4 persegi, mempunyai 4 penjuru:

      Keterangan :

  1. Hajarul Aswad
  2. Pintu Kaabah
  3.  Mizab atau Pancur Emas
  4. Syazarwan (konkrit kaki kaabah)
  5.  Hijir Ismail
  6. Multazam
  7.  Maqam Nabi Ibrahim a.s.
  8. Rukun (penjuru) Hajarul Aswad
  9. Rukun (penjuru)Yamani
  10.  Rukun (penjuru) Syami
  11.  Rukun Iraqi
  12. Kiswah Kaabah
  13.  Garis Mula Tawaf

* Penjuru Hajarul Aswad yang menghala ketimur, kedudukan Hajarul Aswad dari lantai lebihkurang 1.5 meter.

* Penjuru Iraqi, menghala ke Pihak negeri Iraq. Jaraknya dari penjuru Hajarul Aswad lebih kurang 12 meter/39.37 kaki. Di sinilah terletaknya pintu Kaabah dan Multazam.

* Penjuru Syami, menghala ke negeri Syam, jaraknya dari penjuru iraqi lebih kurang 11 meter/36.1 kaki dan di sinilah terletaknya Hijir Ismail. Hijir Ismail adalah sebahagian dari Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Maka tidak sah tawaf melalui sebelah dalam Hijir Ismail kerana ia sebahagian dari Kaabah.

* Penjuru Yamani, iaitu penjuru yang menghala ke negeri Yaman. Jaraknya dari Penjuru Syami lebih kurang 12 meter/41.02 kaki, dan Jaraknya ke Penjuru Hajarul Aswad 10.25 meter/33.63 kaki.

Pembinaan dan Pembaikpulih

Diriwayatkan bahawa Kaabah dibina beberapa kali sehingga kehari ini. Dibina oleh malaikat sebelum Nabi Adam as, iaitu daripada permata Yaquut merah. Kemudian diangkat ke langit pada banjir besar yang melanda Makkah. Kata-kata ini disokong oleh firman Allah:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿١٢٧﴾

Dan (ingatlah) tatkala Ibrahim meninggikan (membina) dasar Baitullah berserta Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya engkaulahyang maha mendengar lagi maha mengetahui,” – surah al-Baqarah, ayat 127.

Sendi itu diangkat menunjukkan bahawa sendi, iaitu asasnya sudah pun ada (dibina), jadi Baitulllah al-haram sudah pun ada sebelum Ibrahim as dan Ibrahim membinanya semula di atas asas itu. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Adam telah mengerjakan haji sebanyak 40 kali dari India ke Makkah berjalan kaki, kekallah ia tawaf Kaabah itu, begitu juga diikuti oleh anaknya hingga pada hari berlakunya banjir, lalu Allah angkatkan ke langit kempat.

Diriwayatkan bahawa Allah membina di langit sebuah rumah yang dikenali sebagai Baitul Makmur. Dia menyuruh malaikat supaya tawaf sekelilingnya, kemudian Dia menyuruh malaikat di bumi supaya membina sebuah rumah di bumi mengikut ukurannya dan bentuknya, dan mereka hendaklah tawaf sebagaimana ahli langit tawaf Baitul Makmur.

Sebenarnya Nabi Ibrahim tidak tahu di mana ia harus membinanya, lalu Allah memberitahu kepadanya tempatnya dengan angin yang bertiup. Angin tadi menyapu sekeliling rumah itu, lalu Ibrahim membinanya di tapak asal.Dalam doa Ibrahim as, ada dalil yang menunjukkan bahawa dia membina binaan itu di atas asas yang terdahulu sebagaimana firman Allah:

Rabbanaa taqabbal minna – surah al-Baqarah, ayat 127.

‘Taqabbal minna’ bermaksud “terimalah daripada kami (amalan kami).”Ada perbezaan di antara lafaz ‘qabul’ dan ‘taqabbul’ dalam bahasa Arab. Lafaz ‘taqabbul’ dibina atas takalluf atau susah payah; digunakan apabila sesuatu perkara yang dibuat itu ada kekurangan yang mana tidak layak diterima amalan itu melainkan melalui jalan kemurahan Allah.Berbeza dengan lafaz ‘qabul’.

Lafaz ini tidak ada makna seperti lafaz ‘taqabbul’. Seandainya Ibrahim as membina asasnya sebagaimana binaannya, nescaya kerjanya menjadi lengkap dan sempurna, tiada lagi kekurangan, dan dia tidak berdoa dengan lafaz ‘taqabbul’, sebaliknya dengan lafaz ‘qabul’.

Pemilihan lafaz ‘taqabbul’ ini sebagai pengiktirafan daripada Ibrahim as sendiri dan juga anaknya Ismail as mengenai kekurangan dalam pekerjaan itu. Dia tahu bahawa bukan dia atau Ismail yang membina binaan Kaabah itu dari awal, dia hanya mengangkat sendi-sendinya. Dibina oleh Quraisy sebelum kebangkitan Nabi Muhammad saw dan Rasul sendiri hadir bersama mereka ketika pembinaan berkenaan.

Tatkala mereka ingin meletakkan Hajarul Aswad, mereka berbalah-balahan di antara satu sama lain, siapa atau puak mana yang diberikan kemuliaan untuk meletakkan batu berkenaan ke tempat asalnya. Mereka kemudian bersetuju untuk melantik orang yang mula-mula sekali ke Masjidil Haram. Kebetulan Nabi Muhammad saw adalah orang yang pertama masuk.

Dengan kepintaran Baginda saw, disuruhnya puak yang bertelagah itu menyediakan satu bentangan kain, kemudian meletakkan batu itu di tengah-tengahnya.Masing-masing ketua setiap suku kaum memegang bucu kain itu dan dibawa ke tempat letaknya, kemudian Nabi Muhammad saw sendiri mengambil Hajarul Aswad dan meletakkan di tempatnya.

Dibina oleh Abdullah bin Az-Zubair ra., iaitu binaan yang kekal sampai ke hari ini. Selepas Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail, membina Rumah itu, Allah mengarahkannya supaya menyeru manusia datang bersembahyang di situ, lalu Nabi Ibrahim berkata:

“Wahai Tuhanku, suaraku tidak sampai (untuk menyeru semua manusia).” Allah berfirman: “Hendaklah kau azan dan Aku menyampaikannya.”

Nabi Ibrahim terus naik ke Bukit Safa dan menyeru:

Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa sesungguhnya Tuhanmu telah membina sebuah rumah dan mewajibkan ke atas kamu haji ke Baitul ‘Atiq, maka hendaklah kamu menyahut seruan Tuhan kamu itu, dan kerjakanlah haji di Baitullah al-haram supaya dengannya Dia akan memberikan kamu pahala dan menjauhkan kamu daripada api neraka. Lalu ia berkata: Labbaikallahumma labbaik’.

Golongan pertama yang menyahut seruan itu ialah ahli Yaman (penduduk Yaman), merekalah yang paling banyak mengerjakan haji. Setiap yang mempunyai niat buruk terhadap rumah itu, pasti Allah akan membinasakannya. Lihatlah kepada tentera bergajah Abrahah yang ingin meruntuhkan Kaabah, Allah menghantar ke atas mereka burung ababil yang melontari mereka dengan batu daripada neraka lalu hancurlah mereka seumpama daun yang dimakan ulat.

Sesungguhnya Nabi Ibrahim mengangkat sendi rumah itu bersama Ismail. Adapun sendinya memang sudah pun ada. Faktor alam sekelilinglah yang menutup atau melitupi sendi ini, lalu Allah zahirkan pada Ibrahim ketika awalnya ketika Ismail masih bayi.Selepas Ismail meningkat usianya sehingga boleh membantu ayahnya, Allah memerintahkan Ibrahim mengangkat sendi-sendi tadi.

Sesungguhnya Ibrahim telah mengetahui (dengan petunjuk Allah) tanah wadia atau lembah yang khusus padanya ada Baitullah. Seandainya ia tidak mengetahui dengan tepat kedudukan Rumah Allah di tanah itu, kenapa pula Nabi Ibrahim datang bersama Hajar dan anaknya lalu meninggalkan mereka di situ, sambil berdoa sebagaimana dalam firman-Nya:

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman dekat Rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati,” – surah Ibrahim, ayat 37.

Kata Nabi Ibrahim itu menunjukkan bahawa kewujudan Rumah Allah itu sudah pun diketahui ketika ia hendak menempatkan isteri dan anaknya di situ. Akan tetapi tempat kedudukan Rumah itu tidak diketahui oleh Ibrahim. Ini adalah peringkat pertama bagi hubungan Ibrahim dengan Rumah berkenaan.Kemudian datang peringkat kedua, iaitu Allah menerangkan kepada Ibrahim kedudukan rumah itu. Firman Allah:

وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَن لَّا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ ﴿٢٦﴾

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu dan sucikanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).- (Surah al-Hajj, ayat 26)

Kemudian Allah berfirman selepas daripada itu:

Sucikanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).- (Surah al-Hajj, ayat 26)

Kerja ini tidaklah terlalu rumit bagi Ibrahim melakukannya seorang diri kerana hanya menyapu pasir dan batu kecil yang menutupi asas binaannya.Sebab itulah Ismail tidak mengambil peranan menolongnya pada peringkat ini. Lagipun, Baginda masih kecil ketika itu. Kemudian datang marhalah ketiga yang mana perlu kepada bantuan. Ketika ini Ismail sudah membesar yang mencapai peringkat boleh menolong bapanya. Pada marhalah ini, Ismail muncul sebagai pembantu Nabi Ibrahim dalam mengangkat sendi binaan. Maka turunlah ayat yang bermaksud:

Dan (ingatlah) tatkala Ibrahim meninggikan (membina) dasar Baitullah bersertaIsmail (seraya berdoa): Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami),sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui” – surahal-Baqarah, ayat 127.

Ayat ini menunjukkan penyertaan Ismail dalam doa itu menandakan bahawa Ismail sudah pun dalam usia yang ia tahu ia turut serta dalam beribadat kepada Tuhan yang ia minta perkenan. Rumah Allah yang pertama dibina di atas muka bumi ini ialah rumah yang disambung binaannya oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail. Allah berfirman bermaksud:

Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia,” – surah Ali Imran, ayat 96.

Selagi rumah itu dijadikan untuk manusia, maka secara automatik yang meletakkannya (yang membinanya) adalah bukan daripada golongan manusia. Sesungguhnya Rumah Allah itu dibangunkan untuk tujuan ibadat kepada Allah. Allah yang memilih tempatnya dan mengkhabarkan kepada malaikat akan batas-batasnya. Sebab itulah ayat ini datang dengan ayat pasif, tidak disebutkan siapa pembinanya (faa-‘il dalam bahasa Arabnya). Pembuatnya tidak disebutkan sebagai lambang pembinanya adalah ghaib, iaitu Allah, yang melaksanakannya juga di alam ghaib, iaitu malaikat.

Apabila kita melihat kepada perkataan ‘An-Naas’ dalam ayat itu, kita akan dapati bahawa ia mencakupi semua individu manusia, dari Adam hinggalah ke hari kiamat. Tetapi, mungkin dipersoalkan, kenapakah permulaan itu bermula dari zaman Ibrahim, bukan daripada Adam lagi? Bukankah Adam juga manusia dan termasuk dalam perkataan ‘An-Naas’ seperti dalam ayat itu. Sebagaimana yang disebutkan di atas bahawa sesungguhnya Kaabah dibina oleh malaikat sebelum Nabi Adam as. Ibnu Kathir dalam tafsirnya memetik hadis daripada sahih Muslim, daripada Abu Dzar berkata:

“Aku telah bertanya Rasulullah saw mengenai masjid yang pertama sekali dibina dibumi, lalu Baginda menjawab: Masjidil-Haram. Aku berkata: Kemudian apa? Masjidil-Aqsa, kata Baginda. Aku bertanya lagi: Berapa jarak masa antara kedua-duanya? Rasulullah menjawab: 40 tahun, kemudian tanah/bumi ini dijadikan untukmu sebagai masjid, maka di mana saja kamu berada, hendaklah kamu solat.”

Mujahid berkata: Saling berbangga-bangga antara orang Islam dan orang Yahudi. Yahudi berkata: Baitulmaqdis lebih agung dan lebih mulia daripada Kaabah kerana ia tempat yang pernah didatangi oleh nabi-nabi dan ia terletak di tempat yang suci.

Orang Islam berkata: Bahkan Kaabah lebih afdhal, lalu turunlah ayat daripada surah Ali Imran ini. Kata Mujahid lagi, Allah telah mencipta tempat asas rumah itu 2000 tahun sebelum diciptakan mana-mana makhluk di atas muka bumi ini dan sendinya sudah pun ada di lapisan bawah bumi yang ketujuh. Ada pun Masjidil Aqsa dibina oleh Nabi Sulaiman a.s sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh An-Nasaei dengan isnad yang sahih daripada Abdullah bin Amru.

Timbul kemusykilan di sini kerana jarak masa di antara Nabi Ibrahim dan Nabi Sulaiman agak panjang. Ada yang mengatakan lebih daripada 1,000 tahun. Sudah tentu ini ada percanggahan di antara dua hadis tadi. Bagi menjawab persoalan ini, kita ambil satu riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Sulaiman hanya memperbaharui saja asas yang dibina oleh orang lain sebagaimana ada riwayat yang mengatakan bahawa orang pertama membina Rumah Allah itu ialah Adam. Maka tidak mustahil ada daripada anaknya yang membina Baitulmaqdis selepas 40 tahun Kaabah dibina. Kemungkinan juga ia dibina oleh malaikat selepas ia membina Kaabah di Makkah dengan izin Allah. Semua itu adalah mungkin, hanya Allah yang lebih mengetahui.

Baitullah terletak di Makkah seperti yang disebut dalam ayat daripada surah Ali Imran bahawa Rumah itu di Bakkah. Bakkah mengikut Al-Qurthubi ialah kawasan letaknya asas Baitullah itu manakala Makkah ialah negeri Makkah seluruhnya. Jadilah Kaabah sekarang kiblat umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah salah satu lambang penyatuan umat Islam seluruh dunia. Bahkan, umat sebelum Nabi Muhammad saw juga berjalan bersama nabi mereka ke arah mentauhidkan Allah yang Esa. Lihatlah peristiwa Nabi Ibrahim ketika saat akhir Baginda sebelum meninggal dunia. Dipanggil semua anak cucunya (Ismail, Ishak, Yaakub dan lain-lain) dan diberikan wasiat untuk mereka.Bukannya harta dan wang ringgit tetapi dengan pesanan:

Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu matikecuali dalam memeluk agama Islam,” – surah al-Baqarah, ayat 132.

Begitu juga tatkala Yaakub hendak meninggal dunia, Baginda bertanya kepada anaknya apa yang akan disembah mereka selepas Baginda meninggal dunia. Lalu mereka semua menjawab:

Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail, Yaakub, Ishak, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya.” surah al-Baqarah, ayat 133.

Akan tetapi, daripada keturunan inilah juga munculnya Yahuda (anak Yaakub) yang akhirnya namanya diambil sebagai satu agama, iaitu Yahudi. Dari keturunan ini jugalah lahirnya agama Nasrani yang menyeleweng lagi sesat. Alangkah baiknya andainya mereka semua kembali kepada agama asal nenek moyang mereka sebagaimana pengakuan mereka dulu. Tahun 64H

Zaman Khalifah Abdullah Ibnu Zubair, membinanya kembali sebagaimana plan yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Syaidatina A’isyah r.ah.

Dalam tahun 74H  – Zaman Abdul Malik bin Marwan mengubahnya kembali, membuang tangga kayu yang telah dibina oleh Abdullah ibnu Zaubair, setelah beliau mendengar hadith daripada Rasulullah ketika mengunjungi kaabah bagi melakukan umrah, beliau sungguh menyesal.

Dalam tahun 1039H Sultan Murad Khan – 2 bahagian dinding Kaabah di timur dan barat telah runtuh kerana banjir besar. Hal ini berlaku pada 20 Sya’aban 10 Hijrah bersamaan 3 April 1620 Masehi.

Dalam tahun 1996 – Kaabah diubahsuai binaannya sehingga sekarang dengan bentuk yang berbeza dengan bangunan yang dibina oleh Abdullah ibnu Zubair mahupun Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Yang tetap hanyalah Kedudukan Hajarul Aswad sahaja.

Hajar Aswad

Hajar Aswad merupakan batu yang dalam agama Islam dipercayai berasal dari syurga. Yang pertama kali meletakkan Hajar Aswad adalah Nabi Ibrahim as. Dahulu kala batu ini memiliki sinar yang terang dan dapat menerangi seluruh jazirah Arab. Namun semakin lama sinarnya semangkin malap dan hingga akhirnya sekarang berwarna hitam. Batu ini memiliki aroma wangi yang unik. Sehingga kini, batu Hajar Aswad tersebut diletakkan di sisi luar Ka’bah sehingga mudah bagi seseorang untuk menciumnya. Mencium Hajar Aswad adalah Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama – kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang – orang musyrik. Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat.

Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam ” . Riwayat Ahmad dan Turmizi

Pada awal tahun gajah, Abrahan Alasyram penguasa Yaman yang berasal dari Habsyah atau Ethiopia, membangunkan gereja besar bertujuan untuk menghancurkan Ka’bah dan memindahkan Hajar Aswad supaya dapat mengikat bangsa Arab untuk melakukan Haji ke Sana. Abrahah kemudian mengeluarkan perintah supaya penyerangan terhadap Mekkah dan dipimpin olehnya dengan pasukan gajah untuk menghancurkan Ka’bah. Beberapa suku Arab menghalang pasukan Abrahah, tetapi pasukan gajah tidak dapat dikalahkan.

Abrahah telah mengirimkan utusan kepada penduduk kota Mekkah bahawa mereka tidak akan bertempur dengan jika mereka tidak menghalang penghancuran Ka’bah. Abdul Muthalib,ketua suku Quraisy, mengatakan bahawa ia akan mempertahankan hak-hak miliknya, tetapi Allah akan mempertahankan rumah-Nya, Ka’bah.Hari berikutnya, ketika Abrahah bersiap untuk masuk ke dalam kota, kelihatan burung-burung yang membawa batu-batu kecil dan melemparkannya ke pasukan Ethiopia. Kesannya semua orang telah terbunuh. Kejadian ini diabadikan Allah dalam surah Al-Fil.

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ ﴿١﴾

(1) Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ ﴿٢﴾

(2) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ ﴿٣﴾

(3) Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan;

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ ﴿٤﴾

(4) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ ﴿٥﴾

(5) Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Makam Ibrahim

Makam Ibrahim bukan kubur Nabi Ibrahim sebagaimana banyak orang berpendapat. Makam Ibrahim merupakan bangunan kecil terletak di sebelah timur Ka’bah. Di dalam bangunan tersebut terdapat batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan Hajar Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di saat beliau membangun Ka’bah bersama sama puteranya Nabi Ismail. Dari zaman dahulu batu itu sangat terpelihara, dan sekarang ini sudah ditutup dengan kaca berbentuk kubbah kecil. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim yang panjangnya 27 cm, lebarnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat orang ramai.

Multazam

Multazam terletak antara Hajar Aswad dan pintu Ka’bah berjarak kurang lebih 2 meter. Dinamakan Multazam kerana dilazimkan bagi setiap muslim untuk berdoa di tempat itu. Setiap doa dibacakan di tempat itu sangat diijabah atau dikabulkan. Maka disunahkan berdoa sambil menempelkan tangan, dada dan pipi ke Multazam sesuai dengan hadis Nabi saw yang diriwayatkan sunan Ibnu Majah dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash.

Akhir kata,semoga artikel “Ka’bah” ini boleh membawa mangfaat, menyejukan hati dan menambahkan semangat kita dalam mengenal dan mencintai rumah Allah S.A.W

TEMBOK AL-BURAQ


Tembok al-Buraq merupakan salah satu bahagian dari dinding atau tembok sebelah barat Masjid Al-Aqsa yang terletak di antara Pintu Magharibah (di sebelah selatan) dan Madrasah Tankaziah (Mahkamah Syariah – di sebelah utara). Panjang Tembok al-Buraq ialah 50 meter, manakala ketinggiannya ialah kurang dari 20 meter. Ia dikenali sebagai Dinding Atau Tembok Al-Buraq kerana Nabi Muhammad SAW pernah mengikat Buraq padanya dalam peristiwa isra’ dan mi’raj.

Pada pertengahan awal kurun ke-19 M, Yahudi mendakwa bahawa di bawah Tembok Al-Buraq terdapat sebuah batu besar yang mengembalikan sejarahnya kepada zaman Rom. Mereka mendakwa, ia merupakan saki-baki binaan kuil mereka yang kedua dan merupakan dinding barat bagi kuil tersebut. Yahudi menjadikan tembok tersebut sebagai tempat menangis atau meratap di atas kehilangan kerajaan Yahudi. Disebabkan itulah Yahudi menamakan tembok tersebut sebagai Tembok Tangisan atau ratapan.

Di bawah pemerintahan Kerajaan Islam di Al-Quds, kaum Yahudi dibenarkan untuk menziarahi tembok tersebut atas dasar toleransi agama. Namun penduduk Al-Quds mula membantah setelah Zionis membawa trompet dan peralatan-peralatan ibadat mereka serta mahu menukarkan tembok tersebut sebagai gereja Yahudi. Usaha tersebut mendapat bantuan pihak berkuasa penjajah Britain di Bandar Al-Quds.

Ini menyebabkan berlakunya revolusi yang dikenali sebagai Revolusi Al-Buraq, ia berlaku pada tahun 1929. Peristiwa tersebut menyebabkan Yahudi terpaksa menangguhkan usaha menyahudikan kawasan tersebut sehinggalah Al-Quds jatuh ke tangan penjajah Yahudi Zionis pada tahun 1967 serta menguasai tembok tersebut sepenuhnya dan Pintu Magharibah yang berdekatan dengannya. Mereka telah membuang semua kesan-kesan sejarah Islam di tembok tersebut dan merobohkan Medan Magharibah yang bersambung dengannya serta menukarkan medan tersebut sebagai tempat ibadat mereka.
Sejak peristiwa tu, Zionis telah mengambil alih sepenuhnya Tembok Al-Buraq dan kawasan yang berhadapan dengannya. Mereka juga mengali sekitar dan bawah masjid al-Aqsa untuk membuat terowong-terowong. Usaha tersebut dikenali sebagai Al-Hasymunaim. Terowong tersebut bermula dari Medan Al-Buraq di sebelah selatan sehinggalah ke Pintu Al-Ghawanimah di sebelah utara. Darinya dipecahkan terowong-terowong lain seperti terowong yang memanjang ke arah selatan sehingga ke kawasan Salwan yang terletak di sebelah selatan Masjid Al-Aqsa.

Sesetengah terowong dibina sehingga ke kawasan bawah medan atau kawasan lapang Masjid Al-Aqsa dan dindingnya. Pihak penjajah Zionis telah membuang bukit kecil yang berada di jalan ke Pintu Al-Magharibah untuk meluaskan Medan Al-Buraq yang meliputi kawasan selatan tembok yang terletak di selatan pintu tersebut. Sebuah jejantas besi dibina di medan Al-Buraq menghubungi pintu tersebut dan ia membolehkan pihak Yahudi memasukkan sebilangan besar tentera Yahudi pada bila-bila masa sahaja yang bertujuan untuk menguasai Masjid Al-Aqsa.

Semua rancangan yang dibuat oleh Yahudi seperti menguasai Tembok Al-Buraq, Medan Al-Buraq, mengali terowong-terowong, membuang bukit kecil di jalan ke Pintu Al-Magharibah dan selainnya merupakan rancangan untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa kepada dua bahagian iaitu bahagian kaum Muslimin dan bahagian Yahudi untuk membina gereja mereka. Jejantas dibina oleh Yahudi yang terus bersambung ke Bab Al-Magharibah adalah bertujuan memudahkan mereka memasukkan tentera mereka ke dalam Masjid Al-Aqsa sekiranya keadaan memerlukan.

HAJI ABDUR RAHMAN LIMBONG (TOK LIMBONG)


KELAHIRAN

Haji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang ulama memiliki peribadi yang sangat menarik dan warak. Beliau juga seorang ulama pejuang menentang penjajah di Terengganu yang sangat disegani. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Abdul Qadir. Sumber sejarah menerangkan bahawa ayahanda beliau berasal dari keturunan Patani. Tarikh kelahiran Haji Abdul Rahman Limbong sebenarnya tidak dapat dipastikan. Tapi dari sekian banyak maklumat dan rujukan dapat dipastikan beliau dilahirkan sekitar tahun 1285H/1868M.

Semasa kecilnya, seperti kanak-kanak lain, beliau dihantar oleh ayahandanya untuk mendalami pengajian agama Dan sememangnya di zamannya, perkembangan Islam cukup pesat. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika beliau sejak kecil lagi sudah menerima pendidikan agama. Ada sumber-sumber yang menjelaskan bahawa sejak kecil lagi beliau menghabiskan masa bersama-sama bapa saudara beliau iaitu Haji Tun Muhammad Zain di Makkah. Setelah dewasa, beliau dibawa semula kembali ke Terengganu. Kepesatan perkembangan pondok-pondok pengajian yang begitu banyak di zaman itu mendorong beliau untuk mendalami lagi pengajian agama.

Di antara pondok-pondok yang terdapat di jajahan Terengganu, pondok Tokku Palohlah yang terkenal serta menjadi tumpuan para pelajar. Timbullah keinganan beliau untuk mengaji di pondok Tokku Paloh. Sebelum itu, sebagai persiapan ke pondok Tokku Paloh, beliau terlebih dahulu berguru kepada Tuan Guru Haji Yaakob Paya Bunga dalam pelajaran nahu saraf dan feqah. Dan beliau dikatakan hanya mengambil masa selama kira-kira dua bulan sahaja untuk menguasai pelajaran tersebut.

Dikatakan juga bahawa Haji Abdul Rahman Limbong sebagai seorang murid yang agak luar biasa kecerdasan akalnya. Sehingga dengan itu beliau mampu untuk mengajar murid-murid Haji Yaakob Paya Bunga yang lain. Dan sememangnya sejak kecil lagi telah terlihat pada diri beliau tanda-tanda yang beliau akan menjadi seorang tokoh yang terkenal dalam sejarah.

Haji Abdur Rahman Limbong

Haji Abdur Rahman Limbong

Setelah tamat mengaji kepada Haji Yaakob Paya Bunga, beliau mengaji pula kepada Haji Wan Musa. Dengan ilmu yang telah diperolehi dari Haji Yaakob Paya Bunga dan Haji Wan Musa, barulah beliau mula untuk merapatkan diri dengan pondok pengajian Tokku Paloh. Untuk pergi ke pondok pengajian Tokku Paloh dari tempat kediaman beliau, terpaksalah beliau berulang alik menaiki perahu. Semuanya ini dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketabahan demi mendalami lagi pengetahuan agama. Hal yang semacam inilah yang dilalui oleh para ulama di zaman beliau sebelum mereka terkenal sebagai seorang ulama terkemuka.

Pada peringkat awal pengajian beliau dengan Tokku Paloh, beliau hanya menjadi khadam kepada Tokku Paloh. Beliau bertugas sebagai menyapu halaman rumah, membersihkan surau, menyediakan kayu api, mengisi air di kolah surau dan sebagainya. Dan sememangnya cara sedemikian dilalui oleh kebanyakan para ulama sufi demi peningkatan rohani. Melalui pendidikan seperti inilah akhirnya mereka menjadi tokoh-tokoh terkemuka di zaman mereka. Dan ini juga merupakan salah satu proses pendidikan tasauf demi untuk melahirkan manusia yang benar-benar bertaqwa.

Lama kelamaan, kelakuan beliau akhirnya diketahui oleh Tokku Paloh. Timbul rasa kasih Tokku Paloh terhadap beliau kerana kesungguhannya untuk belajar. Dan akhirnya beliau diterima menjadi murid kepada Tokku Paloh dan belajar bersama-sama pelajar-pelajar lain.

Haji Abdul Rahman Limbong mempunyai kecekapan yang agak luar biasa. Dalam masa yang singkat sahaja beliau dapat telah menguasai segala pelajaran yang diajarkan. Di samping itu beliau terkenal sebagai seorang yang sangat menghormati guru. Segala suruhan serta arahan guru-gurunya, dilaksanakan serta dipatuhi dengan segera. Apabila berhadapan dengan tuan gurunya, Tokku Paloh, beliau tidak pernah untuk mengangkat muka, betapalah pula untuk bertentangan mata. Kerana semuanya ini merupakan adab-adab dalam berguru sebagaimana yang telah diterangkan dengan panjang lebar oleh Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin.

Oleh kerana beliau boleh dikatakan di antara murid Tokku Paloh yang terpintar serta baik akhlaknya, maka tidak hairanlah mengapa Tokku Paloh begitu sayang dan kasih terhadap beliau. Tokku Paloh semacam mengharapkan Haji Abdul Rahman Limbong sebagai pengganti beliau selepas beliau meninggal dunia. Dan akhirnya ternyata bahawa Haji Abdul Rahman Limbong mewarisi kepimpinan serta perjuangan yang dilaksanakan oleh Tokku Paloh.

Oleh kerana beliau menjadi khadam kepada Tokku Paloh, membuat kerja yang berbagai-bagai, maka kuranglah masa beliau untuk dapat menghadiri majlis pengajian ilmu. Oleh kerana itu beliau hanya mendengar pengajian di tepi kolah sambil menatap kitab yang digunakan oleh Tokku Paloh. Hal ini dilakukan tanpa disedari oleh sesiapa pun. Dan apabila selesai sahaja pengajian, beliau menyembunyikan kitabnya di celah-celah atau surau. Ini menunjukkan yang yang beliau tidak mahu diketahui turut sama-sama belajar dengan murid-murid Tokku Paloh yang lain.

Oleh kerana Tokku Paloh memimpin tarekat Naqsyabandiyah, maka dengan tidak secara langsung Haji Abdul Rahman Limbong juga turut mengamalkan tarekat tersebut. Tarekat Naqsyabandiyah boleh juga dikatakan sebagai satu tarekat yang cukup terkenal serta banyak diamalkan dari dahulu sehinggalah ke hari ini. Di gugusan Kepulauan Melayu, tarekat Naqsyabandiyah boleh dikatakan memenuhi pondok-pondok pengajian di masa itu. Dan oleh kerana itu, peranan tarekat ini cukup besar sekali dalam pembentukan masyarakat Islam di sebelah sini.

Hasil dari pengajian tasauf serta amalan tarekat Naqsyabandiyah, lahirlah pada diri beliau sifat-sifat yang terpuji seperti zuhud, merendah diri, berakhlak tinggi dan sebagainya. Di antara sikap beliau ialah tidak suka menonjolkan diri walaupun beliau boleh dikatakan sebagai murid yang terpintar di antara murid-murid yang lain. Oleh kerana itu kita dapat difahamkan bahawa beliau lebih suka mengasingkan diri dari murid-murid Tokku Paloh yang lain. Beliau juga dikatakan mengulangkaji segala pelajaran secara bersendirian. Keadaan seumpama ini adalah melambangkan keperibadian seorang yang layak menjadi tokoh di tengah masyarakat. Sebab itu tidak hairan mengapa orang yang seumpama ini tetap menjadi ikutan serta tumpuan orang ramai.

Sifat Peribadi Yang Menarik

Sebenarnya, sejak kecil lagi telah terlihat sifat serta peribadi beliau yang terkenal warak, bersopan-santun, merendah diri, tenang hati dan sebagainya. Ini semuanya hasil didikan Tokku Paloh yang bertindak sebagai guru beliau. Demikianlah beliau menjalani alam pendidikan pondok sehingga akhirnya menjadi seorang ulama serta pemimpin yang berjuang ke tengah masyarakat. Kealiman beliau dalam bidang agama serta kesungguhan beliau mengamalkan tarekat Naqsyabandiyah, sehingga menyebabkan beliau mempunyai keperibadian yang cukup baik.

Haji Abdul Rahman Limbong memanglah diakui sebagai seorang yang sangat mengasihi kanak-kanak serta memuliakan orang-orang miskin serta anak-anak yatim. Lebih dari itu, beliau sanggup merendahkan diri dengan mencuci air kencing kanak-kanak yang sering datang ke surau beliau. Inilah satu sikap yang perlu ada kepada seorang pemimpin, iaitu perlu menunjukkan contoh serta teladan kepada mereka yang berada di bawah pimpinan mereka. Keadaan seumpama ini bukan menurunkan darjat mereka, bahkan akan menyebakan bertambahnya kepercayaan orang ramai terhadap mereka.

Di antara sikap Haji Abdul Rahman Limbong ialah suka sekali menolong orang yang sedang berada dalam kesusahan. Di samping itu beliau juga terkenal kuat beribadah kepada Allah SWT. Sementara pada siang harinya digunakan untuk mengajar murid-murid yang datang kepada beliau. Atas dasar inilah maka sebahagian orang menganggap beliau sebagai salah seorang Wali Allah serta mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam masyarakat. Kebaikan serta kesolehan beliau terkenal oleh seluruh rakyat Terengganu.

Oleh kerana kebaikan serta kesolehan beliau terkenal di seluruh Terengganu, ramailah orang yang datang ke rumah beliau untuk berziarah serta meminta nasihat atau minta untuk diselesaikan masalah yang timbul. Segala masalah yang didatangkan kepada beliau tidaklah pernah beliau hampakan, malah sedaya upaya beliau cuba menyelesaikannya. Ini dengan sendirinya menambahkan lagi kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadap beliau.

Suatu hal yang istimewa mengenai peribadi beliau ialah sikap warak beliau. Beliau amat menghalusi tiap-tiap perkara yang haram dan subahat, terutama dalam soal makan dan minum. Ini mungkin beliau berpegang kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang di antara lain menyebut bahawa hati manusia itu ditempah oleh makan dan minum. Apabila makanan dan minuman itu mengandungi perkara subahat, sudah tentu ianya akan dengan sendirinya merubah sikap serta peribadi seseorang. Dan atas dasar inilah maka beliau amat menjaga makan dan minum beliau serta hal-hal yang lainnya.

Mereka yang mengenali serta pernah bersama-sama beliau menyebutkan bahawa beliau tidak pernah singgah atau makan dan minum di kedai. Kerana lazimnya makan dan minum di kedai dengan sendirinya menjatuhkan kewibawaan seseorang pemimpin masyarakat. Umumnya diketahui bahawa di kedai-kedai selalu belaku perkara-perkara yang mungkar. Oleh kerana itu tidak hairanlah mengapa beliau tidak mahu singgah apatah lagi makan minum di kedai.

Seorang ulama serta pejuang di tengah masyarakat, sudah tentu merupakan orang yang sanggup mengorbankan kepentingannya demi perjuangan yang didukungnya. Lebih dari itu kebendaan bukanlah menjadi tujuan serta harapan dalam perjuangan. Apa yang menjadi harapan bagi mereka ialah untuk semata-mata membangunkan syariat Allah bertapak kukuh di atas muka bumi. Oleh kerana itu tidaklah hairan mengapa Haji Abdul Rahman Limbong tidak pernah sekali-kali meletakkan kebendaan sebagai suatu perkara yang penting.

Ini dapat diteliti berdasarkan kepada kehidupan rumahtangga beliau yang memang agak sederhana sekali. Tidak terdapat apa-apa perhiasan yang berharga di dalam rumah beliau kecuali barang-barang yang dianggap perlu dalam kehidupan. Seorang ahli tarekat apatah lagi seorang syeikh tarekat, sudah tentu tidak mahu keadaan rumahnya itu bersarang dengan bentuk-bentuk keduniaan. Kerana kehidupan yang agak mewah dengan sendirinya akanmenyebabkan penghuninya lalai serta berat dalam mengerjakan amal ibadah. Ini dapat diperhatikan jika kita mengikuti pengajian-pengajian tasauf yang amat menitikberatkan persoalan ini. Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. sendiri pun berulangkali menerangkan bahawa kehidupan dunia ini serta segala macam perhiasan dunia ini merupakan penipuan kepada manusia yang hidup di atas muka bumi.

Haji Abdul Rahman Limbong memang sentiasa mengenakan pakaian yang melambangkan ciri-ciri keIslaman. Oleh kerana itu beliau sentiasa memakai baju Melayu atau jubah putih serta memakai serban. Ke mana-mana pun beliau sentiasa memakai terompah yang diperbuat sendiri atau pun dibeli dari orang lain. Kewarakkan beliau nampak jelas dengan sikap beliau yang tidak suka sama sekali memakai kasut yang diperbuat di kedai apatah lagi yang diperbuat oleh orang kafir. Lebih hebat lagi, apabila beliau berjalan melalui perkampungan orang-orang kafir, beliau akan menyamak kaki beliau.

Sebagai seorang ulama yang warak lagi taat kepada Allah SWT dan di samping sebagai seorang masyaikh tarekat Naqsyabandiyah, beliau amat kuat menjaga syariat. Ketelitian beliau dalam menjaga syariat dapat dilihat berdasarkan kepada kehidupan beliau sendiri. Tidak pernah sama sekali beliau bertentangan mata dengan kaum wanita walaupun dengan murid-murid beliau sendiri. Beliau juga akan menundukkan pandangan serta menyisihkan diri apabila bertembung dengan kaum wanita.

Sebagaimana guru-guru serta ulama pondok yang lain, beliau juga mempunyai dua khadam yang secara sukarela menolong beliau menyelesaikan tugas-tugas di rumah. Kedua-dua mereka ialah Haji Hussin bin Muhammad dan Haji Ali Yaakob. Mereka mendakwa bahawa mereka sama sekali tidak pernah melihat isteri Haji Abdul Rahman Limbong. Mereka berdua hanya dibenarkan mengangkat air untu kegunaan beliau setakat di hadapan pintu sahaja. Setelah mereka berdua pergi, isteri beliau akan membawa air itu masuk ke dalam rumah.

Demikian keterangan bagaimana kuatnya beliau menjaga syariat. Isteri beliau akan sentiasa mengenakan pakaian jilbab apabila keluar rumah bersama beliau kerana sesuatu urusan. Di kampung beliau sendiri, diadakan sekatan tempat permandian di antara kaum lelaki dan kaum wanita. Peraturan ini sengaja beliau adakan bertujuan tidak berlaku fitnah apabila lelaki dan wanita bercampur-gaul.

Keramat dan Kewaliannya

Sebenarnya, bakat kepimpinan serta keistimewaan yang ada pada beliau itu sudah pun kelihatan sejak beliau masih lagi berguru kepada Tokku Paloh. Beliau suka beruzlah (mengasingkan diri) daripada murid-murid Tokku Paloh yang lain. Seringkali beliau berulang-alik dari rumahnya ke pondok dengan bersendirian, walaupun jarak di antara rumahnya dengan pondok pengajian Tokku Paloh agak jauh. Keadaan beliau yang begini menimbulkan kehairanan di kalangan orang-orang yang sering memerhatikan segala kelakuan beliau.

Diceritakan bahawa ada tiga orang lelaki telah mengintai kelakuan Haji Abdul Rahman Limbong yang boleh menhilangkan diri dari pandangan manusia. Ketiga-tiga lelaki tersebut memanjat pokok kelapa di tepi sungai tempat beliau menyeberang sungai. Timbul kehairanan di hati mereka kerana di tepi sungai tersebut tidak pun terdapat perahu, rakit atau sebagainya.

Haji Abdul Rahman Limbong kelihatan duduk berselimut di atas batu yang agak besar di tepi sungai. Tiba-tiba sahaja beliau hilang dari pandangan dan sudah berada di tebing seberang sungai tersebut. Ini adalah beberapa keramat yang Allah SWT izinkan terjadi kepada beliau.

Mengikut cerita yang lain pula, Haji Abdul Rahman Limbong juga dipercayai tidak basah apabila ditimpa hujan walaupun cuma berterendak. Keadaan yang sama dikatakan pernah dialami oleh seorang mudridnya yang berteduh di dalam jubah beliau semasa mereka bersama di dalam perahu menghilir sungai, manakala orang lain yang menjadi pengayuh basah ditimpa hujan.

Suka Mengembara

Selain mengajar, Haji Abdul Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri. Soal kewangan untuk mengembara tidak sukar baginya kerana di mana tempat beliau berpijak, ada saja penduduk yang mahu menjadi muridnya. Pengembaraan yang dekat dengan Terengganu di antaranya ialah Beserah, Kuantan, kedua-duanya dalam Pahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan lain-lain.

Negeri-negeri seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas, Jambi, Riau dan Brunei. Di negeri-negeri seberang laut itu juga terdapat murid-murid Haji Abdul Rahman Limbong.

Pengembaraan beliau ke negeri-negeri tersebut mempunyai kisah yang panjang, tetapi yang dapat diungkapkan di sini ialah tentang di Sambas dan Kepulauan Riau saja. Dalam pelayaran di laut, Haji Abdul Rahman Limbong menggunakan perahu buatan orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan.

Penjajahan & Campur Tangan Inggeris

Haji Abdul Rahman Limbong juga dikatakan sebagai seorang tuan guru yang sama masyhurnya dengan Tokku Paloh di masa itu. Oleh kerana itu, tidaklah begitu menghairankan jika Haji Abdul Rahman Limbong mendapat sambutan yang baik dari orang ramai yang mengenali beliau. Syed Sagof merpakan murid kesayaangan Haji Abdul Rahman Limbong. Bahkan lebih dari itu, beliau sentiasa mengharapkan bahawa suatu masa kelak Syed Sagof akan menggantikan beliau untuk meneruskan perjuangan yang beliau dukung selama ini.

Untuk itu, mereka merasakan perlu ada penentangan terhadap pihak penjajah Inggeris yang mana tujuan utama mereka turut campur tangan dalam pemerintahan ialah untuk menghancur serta meleburkan syariat Islam. Pihak penjajah telah sedikit demi sedikit menanamkan perasaan bencikan agama kepada golongan atasan serta rakyat sekeliannya. Ini dilakukan oleh mereka dengan membawakan bentuk kehidupan mewah serta pendidikan yang secara terang-terangan bertentangan dengan cara hidup beragama.

Para ulama serta tuan guru-tuan guru yang mempunyai jiwa cintakan agama telah bangkit menyeru rakyat untuk melakukan penentangan terhadap pihak penjajah Inggeris. Sungguh pun begitu, pada peringkat awal penentangan itu dilakukan bukan dengan bentuk senjata. Tetapi akhirnya terpaksalah mereka bengkit menentang menggunakan senjata setelah penentangan secara perlahan tidak berjaya memadamkan pengaruh penjajah yang semakin hari semakin meningkat.

Sebenarnya, kemasukan pihak penjajah dalam pentadbiran negeri-negeri Tanah Melayu bertujuan untuk menyerapkan unsur-unsur kehidupan dan kebudayaan mereka ke dalam kehidupan orang-orang Melayu yang pada ketika itu kuat berpegang dengan agama. Kita tidak hairan mengapa kehadiran mereka tidak disukai oleh rakyat. Tambahan pula kehadiran mereka ke negeri-negeri sebelah timur adalah sebagai lanjutan dari Peperangan Salib yang berlaku selama beberpa abad.

Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.

Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri. Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris.

Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama. Dari riwayat ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu Islam di Hulu Terengganu dalam tahun 1920 lagi, di bawah bimbingan Haji Abdur Rahman Limbong, sudah kenal jati diri, kenal terhadap haknya, kenal terhadap tanah air, dan kenal terhadap bangsa sendiri.

Setelah menggunakan berbagai tipu helah maka pihak Inggeris telah berjaya turut campur tangan dalam pemerintahan kerajaan Terengganu yang pada asalnya berasaskan perundangan Islam. Pihak penjajah sengaja mengenepikan perundangan Islam, sebaliknya menampilkan undang-undang ciptaaan mereka sendrri. Di samping itu mereka juga telah membawa unsur-unsur kehidupan serta kebudayaan mereka yang akhirnya berjaya mengubah akhlak serta kehidupan umat Islam sehingga ke hari ini.

Para ulama yang mempunyai jiwa cintakan agama memberi kesedaran kepada umat agar kembali semula kepada ajaran Islam. Tetapi seruan mereka hanya mendapat perhatian di kalangan rakyat berbanding dengan golongan atasan. Sementara itu, peraturan-peratauran yang dikenakan oeleh pihak penjajah Inggeris cuba mnekan kehidupan masyaraat yang kebanyakkannya terdiri dari kaum tani yang miskin.

Lama kelamaan pihak penjajah mula meragui Haji Abdul Rahman Limbong serta menganggap beliau sebagai merbahaya kerana dikatakan menghasut rakyat untuk menentang kerajaan. Sungguhpun demikian, pihak Inggeris tidak berani mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau. Ini mungkin disebabkan bahawa apa yang beliau lakukan tidak menampakkan apa-apa kesalahan.

Di samping itu terdapat seorang tokoh ulama yang turut menyeru rakyat menentang pihak penjajah. Beliau ialah Haji Musa bin Abdul Ghani Minangkabau. Beliau telah menebut kepaa rakyat bahawa barangsiapa yang membayar pas menebas pas menebas (cukai) dan hasil-hasil tanah akan termasuk golongan kafir. Beliau juga berkata, ”Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum syarak, Nabi tidak mengaku umatnya.”

Penentangan 21 Mei 1928

Akhirnya berlakulah peristiwa penentangan rakyat Terengganu terhadap pihak penjajah. Puncak kebangkitan rakyat menentang kerajaan ini ialah pada 21 Mei 1928. Kebangkitan 1928 melibatkan konflik berdarah, apabila perkumpulan dan kemaraan petani telah ditentang oleh pihak kerajaan di Ulu Telemong.

Pemberontakan Menentang Campurtangan Inggeris yang diketuai oleh Tok Limbong

Dalam perkara ini Haji Abdul Rahman Limbong disalahkan sebagai orang yang bertanggungjawab menimbulkan pemberontakan dan penentangan ini. Oleh kerana itu, pihak penjajah meneluarkan ancaman untuk menangkap beliau. Untuk meredakan suasana yang berlaku, maka Haji Abdul Rahman Lombong menyerah diri di Istana Maziah. Tidak ada seprang pun yang berani mendekati beliau semasa berada di istna tersebut. Beliau menafikan tuduhan yang mengatakan bahawa beliaulah yang menjadi punca berlkunya penetangan rakyat terhadap pihak penjajah.

Atas tuduhan tersebut, Haji Abdul Rahman Limbong dihadapkan ke perbicaraan mahkamah. Perbicaraan tersebut dibuat di padang dan disaksikan oleh pegawai Inggeris serta orang ramai. Kebetulan pula kerusi yang beliau duduki itu menghadap ke arah kiblat, maka beliau terus menerus bersolat sepanjang majlis perbicaraan tersebut berjalan.

Akhirnya keputusan diambil oleh pihak Inggeris yang mana Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri ke Makkah. Sebelum itu terdapat pihak-pihak yang mensyorkan supaya beliau dibuang negeri ke China. Tetapi akhirnya keputusan diambil bahawa beliau dibuang negeri ke Makkah. Dan sememangnya haji Abdul Rahman Limbong sendiri bercadang untuk menghabiskan sisa-sisa umurnya ke Makkah.

Pembuangan Di Makkah & Wafatnya

Sungguhpun beliau telah dibuang ke Makkah, namun pengajaran dan perjuangan yang beliau bangunkan masih tetap utuh. Beliau masih tetap mengajar walaupun berada di Makkah. Ramai murid-murid beliau yang menyambung semula pengajian kepada beliau di Makkah ataupun menemui beliau sewaktu menunaikan ibadah haji.

Umat Islam Terengganu menunggu ketibaan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong yang menyerah diri kepada Sultan Sulaiman untuk dihukum buang negeri ke Makkah.

Sewaktu beliau di Makkah, pernah beliau meminta kebenaran untuk pulang sebentar ke Terengganu. Tetapi malangnya permintaan beliau ditolak dengan alasan bahawa beliau nanti akan menimbulkan semangat kepada rakyat Terengganu. Akhirnya, setelah sekian lama beliau berkhidmat mengajar berbagai pengetahuan tentang agama di Makkah, maka beliau pun dijemput oleh Allah SWT untuk mangadapNya. Beliau meninggal dunia pada 14 Jamadilakhir 1348 (1929) kerana menghidap penyakit di dalam perut. Dengan itu berakhirlah perjuangan seorang ulama yang berpengaruh serta pengajarannya cukup ketara di dalam kehidupan masyarakat Islam Terengganu sehinggalah ke hari ini.

Surat Perisytiharan Buang Negeri

Demikianlah beliau yang dengan ketokohannya menjadi seorang ulama, dapat menjadi contoh serta teladan kepada generasi para ulama selepas beliau. Dan tidak sepatutnya para ulama hanya mendiamkan diri tanpa membuar sesuatu untuk kepentingan agama. Sepatutnya hendaklah diketahui, bahawa perjuangan yang dilaksanakan oleh Haji Abdul Rahman Limbong ialah untuk menegakkan kesucian agama dari pengaruh-pengaruh Barat yang menjejaskan keimanan umat Islam di waktu itu.

Susunan:
M.A.Uswah, Sandakan,

Rujukan:

  1. Ringkasan Riwayat 11 Tokoh-Tokoh Sufi susunan Hamizan Hussin, terbitan Bismi Publishers, 1993.
  2. Ulama Terengganu, Suatu Sorotan suntingan Muhammad Abu Bakar, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1991.
  3.  Haji Abdur Rahman Limbong, Ulama dan Pahlawan Melayu tulisan Wan Mohd Shaghir Abdullah, Utusan Malaysia, 2007.
%d bloggers like this: