SEJARAH EMAS UMAT ISLAM DI BAWAH NAUNGAN KHILAFAH


Artikel Suara Kebangkitan Mykhilafah.com

Sejarah perjuangan dan kegemilangan umat Islam dalam pentas peradaban dunia berlangsung sangat lama iaitu sekitar 13 abad, yang bermula sejak zaman kepemimpinan Rasulullah SAW di Madinah (622-632M), sehinggalah tumbangnya Kekhilafahan Turki Uthmani pada tanggal 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924). Kejayaan Muhammad SAW dalam membangun peradaban Islam yang tiada taranya dalam sejarah dicapai dalam jangka waktu 23 tahun di mana 13 tahun darinya merupakan langkah persiapan ketika zaman Makkah (Makkiyyah) dan 10 tahun terakhir ketika di zaman Madinah (Madaniyah). 23 tahun ini merupakan rentang waktu yang kurang dari satu generasi, dimana bagindaSAW telah berhasil memegang kekuasaan atas bangsa-bangsa yang jauh lebih tua peradabannya saat itu khususnya Rom dan Parsi. Hal ini sudah tidak dapat diperdebatkan lagi baik di kalangan kaum Muslimin mahupun non-Muslim.

Begitu juga kejayaan Islam di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin yang sudah terpateri kukuh dalam lipatan emas sejarah keagungan Islam sehingga ke hari ini. Di abad Rasulullah SAW dan Khulafa’ ar-Rasyidin inilah agama Allah telah diterapkan dengan sempurna dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, yang membenarkan

Firman Allah,

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ

Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Akur edhai Islam itu sebagai agama kamu” [TMQ al-Ma’idah (5):3].

Generasi di masa itu merupakan generasi terbaik sebagaimana dikehendaki oleh Allah SWT,

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿١١٠﴾

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munka, dan beriman kepada Allah” [TMQ Ali Imran (3):110].

Kegemilangan Islam ini diteruskan lagi di era kekhilafahan selepas Khulafa’ ar-Rasyidin dan hal ini turut terbungkus indah dalam sejarah Islam. Namun malangnya, banyak dari bungkusan emas sejarah Islam ini telah dicemari oleh tangan-tangan kotor dari Barat yang hasad dan dengki melihat keagungan kandungannya. Mereka berusaha merubah dan mencemari kandungannya dengan lumpur dan najis dan setelah itu bungkusan inilalu dipersembahkan oleh Barat kepada umat Islam. Sebahagian umat Islam menerimanya dengan pasrah, tanpa dapat lagi melihat kilauankeindahannya dan tanpa mahu membersihkan kekotorannya. Maka, terpalitlah umat Islam dengan kekotoran yang sama. Sautun Nahdhah kali ini Insya Allahcuba membersihkan sedikit debu yang meliputi bungkusan emas ini agar ternampak sedikit sinar keindahannya oleh mereka yang mempunyai penglihatan.

Zaman Khilafah Umayyah (661-750M)

Zaman kekhilafahan Umayyah berlangsung selama lebih kurang 90 tahun. Beberapa orang Khalifah terkenal Bani Umayyah antaranya adalah Muawiyah bin Abi Sufyan (661-680M), Abdul Malik bin Marwan (685-705M), Al-Walid bin Abdul Malik (705-715M), Umar bin Abdul Aziz (717-720M) dan Hasyim bin Abdul Malik (724-743M). Awal Daulah Umayyah lebih difokuskan kepada peluasan wilayah kekuasaan. Pengembangan wilayah yang terhenti sejenak pada masa Khalifah Utsman dan Ali dilanjutkan kembali oleh Daulah Umayyah. Pada zaman Muawiyah, Tunisia ditakluki. Di sebelah Timur, Muawiyah berjaya menguasai daerah Khurasan sehinggalah ke sungai Oxus dan Afghanistan sampai ke Kabul. Angkatan lautnya melakukan serangan ke ibukota Bizantium, Konstantinopel. Pengembangan wilayah ke Timur yang dilakukan Muawiyah kemudian diteruskan oleh Khalifah Abdul Malik. Sang Khalifah mengirim tentera menyeberangi sungai Oxus dan berhasil menundukkan Bukhara, Khawarizm, Ferghana dan Samarkand. Tenteranya malah sampai ke India dan dapat menguasai Balukhistan, Sind dan daerah Punjab sampai ke Maltan.

Gibraltar (Jabal Tariq).

Tentera Sepanyol dapat dikalahkan. Dengan demikian, wilayah Sepanyol menjadi sasaran futuhat selanjutnya. Ibukota Sepanyol, Cordova, dengan cepatnya dapat dikuasai. Menyusul setelah itu kota-kota lain seperti Seville, Elvira dan Toledo yang akhirnya dijadikan ibukota Sepanyol yang baru setelah jatuhnya Cordova. Pasukan Islam memperoleh kemenangan dengan mudah kerana mendapat dukungan dari rakyat tempatan yang sejak lama menderita akibat kekejaman penguasanya.

Pada zaman Umar bin Abdul Aziz, serangan dilakukan ke Perancis melalui pegunungan Pyranees. Serangan ini dipimpin oleh Aburrahman bin Abdullah Al-Ghafiqi yang menyerang Bordeaux dan Poitiers. Dari sana beliau cuba menyerang Tours. Namun, dalam peperangan yang terjadi di luar kota Tours, Al-Ghafiqi terbunuh dan tenteranya mundur kembali ke Sepanyol. Disamping daerah-daerah tersebut, pulau-pulau yang terdapat di Laut Mediterranean juga jatuh ke tangan Islam pada zaman Bani Umayyah.

Dengan keberhasilan futuhat ke beberapa wilayah, baik di Timur mahupun Barat, wilayah kekuasaan Islam di zaman Bani Umayyah ini semakin meluas. Wilayah-wilayahnya meliputi Sepanyol, Afrika Utara, Syria, Palestin, Jazirah Arab, Irak, sebahagian Asia Kecil, Parsi dan Afghanistan, termasuk wilayah yang sekarang dikenali sebagai Pakistan, Uzbekserta Kyrgyz di Asia Tengah.Disamping futuhat, Bani Umayyah juga banyak berjasa dalam pengembangan bahasa Arab sehingga menjadi bahasa pengantar dunia (lingua franca), sekaligus menjadi bahasa diplomatik antarabangsa diantara Barat dan Timur bahkan berkembang menjadi bahasa pertuturansehinggalah ke zaman renaissance. Kemajuan tradisi intelektual dan ilmu pengetahuan pada zaman Daulah Umayyah di Andalusia dirasakan oleh masyarakat Eropah.

Dalam bidang ekonomi, Islam telah menguasai dunia perdagangan sejak permulaan Daulah Umayyah (661-750M) lagi dimana pesisiran lautan Hindi sampai ke Lembah Sind, terjalin kesatuan wilayah yang luas dari Timur ke Barat yang membentuk laluan dagang yang lancar di dataran antara China dengan dunia Barat yang dikenali sebagai Jalan Sutera (silk road) yang terkenal. Kemudian, terbuka pula jalur perdagangan melalui Teluk Parsi dan Teluk Eden yang menghubungkannya dengan kota-kota dagang di sepanjang pesisir Benua Eropah. Ini menyebabkan keperluan Eropah pada saat itu amat tergantung kepada kegiatan dagang di dalam wilayah Islam.

Zaman Khilafah Abbasiyah (750-1258M)

Zaman kekhilafahan Abbasiyah berlangsung selama 508 tahun, suatu rentang waktu yang cukup lama dalam sesebuah peradaban. Tidak seperti pada zaman Umayyah, zaman awal Daulah Abbasiyah lebih difokuskan kepada pembinaan peradaban dan kebudayaan Islam berbanding peluasan wilayah. Fakta sejarah mencatat bahawazamanDaulah Abbasiyah merupakan zamanpencapaian cemerlang dunia Islam dalam bidang sains, teknologi dan pelbagai jenis keilmuan. Pada saat itu, dua pertiga bahagian dunia dikuasai oleh Kekhilafahan Islam. Zaman sepuluh Khalifah pertama dari Daulah Abbasiyah merupakan masa keemasan peradaban Islam dimana Baghdad mengalami kemajuan ilmu pengetahuan yang sangat pesat. Secara politik, para Khalifah benar-benar merupakan tokoh yang kuat dan Khilafah menjadi pusat kekuasaan politik dan agama sekaligus. Di sisi lain, kemakmuran masyarakat mencapai tingkat tertinggi. Puncak pencapaian kemajuan peradaban Islam terjadi pada masa pemerintahan Harun Al-Rasyid (786-809M) di mana banyak pusat pengajian dan perpustakaan yang besar didirikan. Harun Al-Rasyid juga menggunakan kekayaan yang banyak untuk dimanfaatkan bagi keperluan sosial. Hospital, lembaga pendidikan dan perubatan serta farmasi didirikan. Pada masa itu terdapat paling tidak sekitar 800 orang doktor. Pada masa inilah Negara Islam (Khilafah) menempatkan dirinya sebagai negara terkuat yang tak dapat ditandingi, jauh meninggalkan negara-negara yang masih tenggelam dalam kegelapan selama berabad-abad. Pada saat itu terjadiletusan kemajuan di berbagai bidang keilmuan yang telah melahirkan berbagai karya ilmiah yang luar biasa.

Pada masa pemerintahan Abbasiyah inilah lahirnya para imam mazhab fiqh yang empat iaitu Imam Abu Hanifah (700-767M), Imam Malik (713-795M), Imam Syafi’i (767-820M) dan Imam Ahmad bin Hanbal (780-855M), para imam mazhab yang hebat dan terukir indah namanya hingga ke hari ini dengan sumbangan yang luarbiasa di dalam fiqh Islam.Prestasi yang gemilang sebagai implikasi dari ketamadunan Daulah Abbasiyah juga jelas terlihat dengan lahirnya para ilmuwan Muslim yang masyhur dan berkaliber di peringkat antarabangsa seperti Al-Biruni (fizik dan perubatan), Jabir bin Hayyan dalam ilmu kimia, Al-Khawarizmi dalam ilmu matematik, Al-Farazi, Al-Fargani, Al-Bitruji (astronomi), Abu Ali Al-Hasan bin Haythami dalam bidang kejuruteraan dan optik, Ibnu Sina (Avicenna) yang dikenali sebagai BapaIlmu Kedokteran Moden, Ibnu Khaldun (sejarahdan sosiologi), Al-Razi (guru Ibnu Sina)dalam bidang kimia dan perubatan yang telah menghasilkan 224 judul buku, Al-Battani (Al-Batenius), seorang ahli astronomi, Al Ya’qubi, seorang ahli geografi, sejarawan dan pengembara, Al-Buzjani (Abul Wafa) yang mengembangkan beberapa teori penting di bidang matematik (geometri dan trigonometri) dan ramai lagi dengan karya-karya mereka yang hebat. Selain itu, pada masa ini, Islam telah memberikan sumbangan besar kepada dunia dalam bentuk tiga alat penting iaitu kertas, kompas dan bahan letupan (gunpowder).

Pendek kata, bermula dari dunia Islamlah ilmu pengetahuan mengalami cetusan (penyebaran dan penularan) dan pengembangan ke dunia Barat yang sebelumnya diliputi oleh zaman gelap (dark ages) sehingga mendorong munculnya zaman renaissance dan enlightenment (pencerahan) di Eropah selepas itu.Menurut George Barton, ketika dunia Barat sudah mula matangdan merasakan perlunya ilmu pengetahuan yang lebih mendalam, perhatiannya yang utamatidak lagi ditujukan kepada sumber-sumber Yunani, tetapi kepada sumber-sumber Arab (Islam).Sebelum Islam datang, menurut Gustav Le Bon, Eropah berada dalam keadaan kegelapan, tidak satupun bidang ilmu yang maju bahkan mereka lebih percaya kepada perkara yang karut-marut (tahyul). Sebuah kisah menarik pernah terjadi pada zaman Daulah Abbasiyah pada waktu kepemimpinan Harun Al-Rasyid, tatkala beliau mengirimkan jam sebagai hadiah kepada Charlemagne seorang penguasa di Eropah. Penunjuk waktu yang setiap detiknya berbunyi telah dianggap oleh pihak gereja sebagai mengandungi jin, sehingga mereka merasa takut dengannya.

Kemunduran Eropah pada zaman pertengahan (abad 9M) bukanlah hanya pada aspek intelektual, bahkan jugadalam aspek fizikal. Hal ini sebagaimana digambarkan oleh William Draper, “Pada zaman itu, ibukota pemerintahan Islam di Cordova merupakan kota paling bertamadun di Eropah. Terdapat 113,000 buah rumah, 21 kota pertahanan, 70 perpustakaan serta masjid-masjid dan istana yang banyak. Cordova menjadi masyhur di seluruh dunia, dimana jalannya berturap dan diterangi dengan lampu-lampu sementara keadaan di London 7 abad sesudah itu (yakni abad 15M), satu lampu umumpun tidak ada. Di Paris berabad-abad sesudah zaman Cordova, orang yang melangkahi ambang pintunya pada saat hujan, melangkah sampai mata kakinya terbenam ke dalam lumpur”.

Pada pertengahan abad ke-9M, peradaban Islam telah meliputi seluruh Sepanyol. Islam masuk ke Sepanyol setelah Abdurrahman ad-Dakhil (756M) berhasil membangunkan pemerintahan yang berpusat di Andalusia.Melalui Sepanyol, Sicily dan Perancis Selatan yang berada di bawah pemerintahan Islam, peradaban Islam memasuki Eropah. Bahasa Arab menjadi bahasa antarabangsa yang digunakan oleh pelbagai bangsa di dunia. Baghdad di Timur dan Cordova di Barat menjadi dua kota raksasa Islam yang menerangi dunia dengan cahaya yang bergemerlapan.

Semaraknya pengembangan teknologi dan ilmu pengetahuan di dunia Islam dimanifestasikan dengan banyaknya perpustakaan yang terdapat di kota-kota di wilayah Islam yang jumlahnya amat mengagumkan. Sejarah mencatat bahawa perpustakaan di Cordova pada abad ke 10mempunyai lebih 600,000 jilid buku. Perpustakaan Darul Hikmah di Kaherah mempunyai 2,000,000 jilid buku. Perpustakaan Al-Hakim di Andalusia pulamemiliki pelbagai buku dalam 40 bilik di mana setiap bilik tersebutterdapat 18,000 jilid buku. Di perpustakaan Abudal Daulah di Shiraz (Iran Selatan) pula, buku-bukunya memenuhi 360 buah bilik. Sementara ratusan tahun sesudahnya (abad 15M), menurut catatan Ensiklopedia Katolik, perpustakaan Gereja Canterbury yang merupakan perpustakaan dunia Barat yang paling kaya saat itu, jumlah bukunya tidak melebihi 1,800 jilid sahaja. Dari pusat-pusat peradaban Islam yang meliputi Baghdad, Damsyik, Cordova, Sevilla, Granada dan Istanbul inilah, sumbangan besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan peradaban moden di dunia Barat diasaskan.

Zaman Khilafah Utsmaniyyah Dan Runtuhnya Khilafah

Pasca berakhirnya kekuasaan Daulah Abbasiyah, kepemimpinan Islam diteruskan dengan KhilafahDaulah Uthmaniyah. Daulah Uthmaniyah yang selama lebih dari enam abad kekuasaannya (1299-1924M),telah dipimpin oleh 36 orang sultan, sebelum akhirnya runtuh dan terpecah menjadi beberapa negara kecil. Pada zamanKhilafah Uthmaniyyah, sejarawan sepakat bahawa zaman Khalifah Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566M) merupakan zaman kejayaan dan kebesaran yang pada masanya Negara Khilafah terlalu jauh meninggalkan negara-negara Eropahbaik di bidang teknologi, militer, sains, politik dan sebagainya.Kesultanan ini menjadi pusat interaksi antara Barat dan Timur selama lebih kurang enam abad kewujudannya. Pada puncak kekuasaannya, Khilafah Uthmaniyyah terbahagi kepada 29 wilayah dengan Konstantinopel (sekarang Istanbul) sebagai ibukotanya. Pada abad ke-16 dan ke-17, Khilafah Uthmaniyyah menjadi salah satu kekuatan utama dunia dengan armada lautnya yang terbesar dan terkuat. Pendek kata, kekuasaan dan kekuatan Khilafah Uthmaniyyah cukup digeruni dan dihormati kawan dan lawan.

Namun sayangnya, kekuatan Khilafah terkikis secara perlahan-lahan pada abad ke-19, sehingga mengalami kemunduran dan seterusnya runtuh pada abad ke-20. Musuh-musuh Islam telah mengambil waktu selama lebih dari satu abad untuk melepaskan ikatan ideologi Islam dari tubuh umat Islam dan Negara Islam, yang pada akhirnya, pada tanggal 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924M), kuffar Barat, melalui Mustafa Kamal Attaturk laknatullah, yang merupakan ejen British,telah berjaya meruntuhkan Daulah Khilafah dan menggantikannya dengan Republik Turki sekular. Sejak itu, berakhirlah sebuah pemerintahan Islam dan sebuah institusi politik yang selama ini menjaga Islam dan umatnya dan sejak itu jugalah, bermulanya penderitaan umat Islam di bawah penguasa sekular dan sistem pemerintahan kufuryang diterapkan ke atas mereka.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Jika kita mengamati sejarah, sesungguhnya faktor utama kekalahan dan melemahnya umat Islam bukanlah terletak pada kekuatan musuh-musuh Islam, tetapi lebih disebabkan oleh kelemahan umat Islam itu sendiri kerana telah meninggalkan ajaran Islam. Setelah pemikiran Islam ditinggalkan dan digantikan dengan pemikiran kufur Barat, ia bukan sekadar menjatuhkan umat Islam dari kedudukannya yang tinggi, malah telah turut meruntuhkan sebuah Daulah Islam yang telah dibina dengan kukuh sejak sekian lama. Akal yang jernih menjelaskan kepada kita bahawasegala kemenangan, kemajuan dan kemuliaan yang dikecapi oleh umat Islam selama lebih dari 13 abad, adalah kerana umat Islam berada dan bersatu di bawah naungan pemerintahan Islam(Khilafah). Walaupun ada segelintir dari Khalifah yang tergelincir dari jalan yang lurus, namun mereka tetap menerapkan Islam di dalam pemerintahan dan tidak menggantikannya dengan sistem dan undang-undang kufur, tidak sebagaimana pemerintah Muslim yang paling ‘baik’ pada hari ini, yang memerintah dengan sistem dan undang-undang kufur. Justeru, tidak ada cara lain untuk mengembalikan semula keagungan sejarah Islam, kecuali dengan berusaha mengembalikan semula Negara Islam (Khilafah) yang telah runtuh ini.Inilah yang sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia dan Insya Allah dengan usaha yang bersungguh-sungguh dari setiap Mukmin yang ikhlas, Khilafah akan tegak kembali dengan izin Allah dalam masa yang terdekat ini.Amin ya Rabbal Alamin.

Advertisements

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB KRW


BIOGRAFI

Saidina Ali Abi Thalib  KaramaAllahu Wajhah (KRW) (Arab: علي بن أبي طالب‎) ialah khalifah terakhir Islam daripada Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah.

Saidina Ali KRW dilahirkan di Makkah pada tahun 598M. Bapa Saidina Ali KRW, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., beliau merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.

Ali dilahirkan dari ibu yang bernama Fatimah binti Asad, dimana Asad merupakan anak dari Hasyim, sehingga menjadikan Ali, merupakan keturunan Hasyim dari sisi bapa dan ibu. Kelahiran Ali bin Abi Thalib banyak memberi hiburan kepada Nabi SAW kerana beliau tidak punya anak laki-laki. Uzur dan faqirnya keluarga Abu Thalib memberi kesempatan bagi Nabi SAW bersama isteri beliau Khadijah untuk mengasuh Ali dan menjadikannya putra angkat. Ini secara tidak langsung, membalas jasa  Abu Thalib yang telah mengasuh Nabi sejak beliau kecil hingga dewasa, Sejak kecil lagi, Ali sudah bersama dengan Nabi Muhammad s.a.w.

PERBEZAAN PANDANGAN MENGENAI PERIBADI SAIDINA ALI

Syi’ah

Syi’ah berpendapat bahwa Ali adalah khalifah yang berhak menggantikan Nabi Muhammad, dan sudah ditunjuk oleh Beliau atas perintah Allah di Ghadir Khum. Syi’ah meninggikan kedudukan Ali atas Sahabat Nabi yang lain, seperti Abu Bakar dan Umar bin Khattab.

Syi’ah selalu menambahkan nama Ali bin Abi Thalib dengan Alayhi Salam (AS) atau semoga Allah melimpahkan keselamatan dan kesejahteraan.

Sunni

Sebagian Sunni yaitu mereka yang menjadi anggota Bani Umayyah dan para pendukungnya memandang Ali sama dengan Sahabat Nabi yang lain. Sunni menambahkan nama Ali dengan Radhiyallahu Anhu (RA) atau semoga Allah melimpahkan Ridha (ke-suka-an)nya. Tambahan ini sama sebagaimana yang juga diberikan kepada Sahabat Nabi yang lain.

Sufi

Sufi menambahkan nama Ali bin Abi Thalib dengan Karramallahu Wajhah (KRW) atau semoga Allah me-mulia-kan wajahnya. Doa kaum Sufi ini sangat unik, berdasar riwayat bahwa beliau tidak suka menggunakan wajahnya untuk melihat hal-hal buruk bahkan yang kurang sopan sekalipun. Dibuktikan dalam sebagian riwayat bahwa beliau tidak suka memandang ke bawah bila sedang berhubungan intim dengan istri. Sedangkan riwayat-riwayat lain menyebutkan dalam banyak pertempuran (duel-tanding), bila pakaian musuh terbuka bagian bawah terkena sobekan pedang beliau, maka Ali enggan meneruskan duel hingga musuhnya lebih dulu memperbaiki pakaiannya.

Ali bin Abi Thalib dianggap oleh kaum Sufi sebagai Imam dalam ilmu al-hikmah (divine wisdom) dan futuwwah (spiritual warriorship). Dari beliau munculah cabang-cabang tarekat (thoriqoh) atau spiritual-brotherhood. Hampir seluruh pendiri tarekat Sufi, adalah keturunan beliau sesuai dengan catatan nasab yang resmi mereka miliki. Seperti pada tarekat Qadiriyah dengan pendirinya Syekh Abdul Qadir Jaelani, yang merupakan keturunan langsung dari Ali melalui anaknya Hasan bin Ali seperti yang tercantum dalam kitab manaqib Syekh Abdul Qadir Jilani (karya Syekh Ja’far Barzanji) dan banyak kitab-kitab lainnya.

MEMELUK ISLAM

Beliau telah memeluk Islam ketika berumur 8 tahun dan merupakan kanak-kanak yang mula-mula sekali memeluk Islam. Setengah riwayat menyatakan bahawa beliaulah yang paling dahulu Islam dari Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. Saiyidina Ali Bin Abu Talib termasuk ahli keluarga Rasulullah S.A.W. sendiri kerana beliau adalah anak saudara baginda yang membesar dalam asuhan dan pemeliharaan Nabi S.A.W. Saiyidina Ali R.A. dilahirkan dalam Kaabah, kiblat yang menjadi kerinduan ummat Islam. Mula-mula yang dilihatnya ialah Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah sedang sembahyang. Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk Islam tanpa lebih dahulu mendapat izin ayahnya, Ali R.A. menjawab, “Apa perlunya aku bermesyuarah dengan ayah demi untuk mengabdi kepada Allah?

KETIKA REMAJA

Abu Talib, bapa saudara Rasul adalah seorang yang miskin lagi susah hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud untuk meringankan beban Abu Talib itulah atas fikiran. Nabi S.A.W., Saiyidina Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Ja’afar menjadi tanggungannya sedang Rasul sendiri mengambil Ali. Dengan hal demikian tumbuhlah Ali Bin Abu Talib sebagai seorang pemuda di tengah-tengah keluarga Rasulullah dan langsung memperoleh asuhan dan baginda. Saiyidina Ali R.A. banyak mengambil tabi’at Nabi S.A.W. dan beliaulah yang terdekat sekali hubungannya dengan Rasulullah serta yang paling dicintainya.

Demikian akrabnya Saiyidina Ali R.A. dengan Rasulullah S.A.W. hinggakan beliau hampir-hampir tidak pernah berpisah sejengkal pun dari Rasulullah S.A.W. baik di waktu suka mahupun di waktu susah. Pergorbanannya terhadap Islam dan Rasulnya adalah demikian besar sekali dan akan selamanya menjadi contoh keutamaan yang tiada bandingannya dalam sejarah ummat Islam.

PERISTIWA HIJRAH

Tatkala Rasulullah S.A.W. melakukan hijrah ke Madinah di atas penintah Allah S.W.T. bagi menyelamatkan dirinya dari rencana pihak musyrikin Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada Saiyidina Ali R.A. ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada malam yang sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya sekali namun Saiyidina Ali R.A. sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati, telah menyanggupi tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira, kerana beliau mengerti bahawa berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk menebus seorang Rasul. Bahkan beliau juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya itu akan merupakan pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya di kemudian hari. 

Setelah Rasulullah S.A.W. selamat sampai ke Madinah, tidak lama kemudiannya tibalah pula rombongan Saiyidina Ali R.A. Apakala ramai kaum Muhajinin sampai di kota Madinah itu, Rasullullah S.A.W. telah mempersaudarakan antana golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Tetapi anihnya dalam hubungan ini Rasulullah tidak mempersaudarakan Saiyidina Ali R.A. dengan sesiapapun juga, hanya baginda berkata kepada Saiyidina Ali, demikian sabdanya, “Wahai Ali, engkau adalah saudaraku di dunia dan saudaraku juga di Akhirat.” Demikian jelaslah bahawa baginda telah mempersaudarakan Saiyidina Ali dengan diri baginda sendiri. Kesayangan Rasulullah S.A.W. terbukti dengan menjodohkan Saiyidina Ali R.A. dengan puteri yang paling disayanginya iaitu Fatimah AzZahrah, seorang wanita yang paling utama di syurga, padahal sebelum itu Fatimah sudah pernah dilamar oleh Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tetapi Rasul menolaknya dengan lemah lembut dan dengan cara yang bijaksana.

KELUARGA SAIDINA ALI

Isteri pertama yang dikahwini oleh Ali ra ialah Fatimah binti Rasulullah saw selepas Peperangan Badar. Hasil perkahwinan itu lahirlah Hasan dan Husin. Ada pendapat yang mengatakan bahawa seorang lagi iaitu Muhsin tetapi telah meninggal dunia sewaktu masih kecil. Fatimah turut melahirkan Zainab al-Kubra dan Ummu Kalthum. Ummu Kalthum inilah yang dikahwini oleh Omar ibn al-Khattab ra yang telah dijelaskan sebelum ini. Ali tidak berkahwin lain selepas Fatimah sehinggalah Fatimah meninggal dunia iaitu setelah enam bulan kewafatan Rasulullah saw. Selepas kewafatan Fatimah, beliau banyak berkahwin. Antaranya ada yang meninggal dunia sewaktu hidup dengan beliau dan ada juga yang diceraikannya. Empat orang daripadanya meninggal dunia. Ini akan dijelaskan kelak.

Antara isteri-isteri beliau ialah Ummu al-Banin binti Haram. Haram ialah al-Mahl ibn Khalid ibn Rabiah ibn Ka’b ibn Amir ibn Kilab. Hasil perkahwinannya dengan Ali, beliau melahirkan al-Abbas, Jaafar, Abdullah dan Osman. Mereka semua terbunuh bersama saudara-saudara mereka iaitu al-Husin di Karbala. Mereka tidak dapat menandingi al-Husin dari segi ketokohan selain al-Abbas.

Isteri beliau yang lain pula ialah Layla binti Mas’ud ibn Khalid ibn Malik daripada Bani Tamim. Hasil perkahwinan ini lahirlah Ubaidillah dan Abu Bakr. Menurut Hisham ibn Kalbiy, Ubaidillah dan Abu Bakr turut terbunuh di Karbala. al-Waqidi pula menyangka bahawa Ubaidillah telah dibunuh oleh al-Mokhtar ibn Abu Ubaid pada Peperangan al-Dar.

Isteri beliau yang seterusnya ialah Asma’ binti Umays al-Khatha’miyah. Hasil perkahwinan ini lahirlah Yahya dan Muhammad al-Asghar. Ini menurut pendapat al-Kalabiy, tetapi al-Waqidi pula berpendapat bahawa beliau telah melahirkan Yahya dan Awn. al-Waqidi menjelaskan lagi bahawa Muhammad al-Asghar adalah daripada anak salah seorang hambanya

Isteri beliau yang lain pula ialah Ummu Habibah binti Zam’ah ibn Bahriy ibn Abd ibn Alqamah. Ummu Habibah adalah hamba yang telah ditawan oleh Khalid yang berbangsa Tughlub sewaktu Khalid menguasai Ayn al-Tamr. Dia telah melahirkan Omar dan Ruqayyah.

Isteri beliau yang lain ialah Ummu Sa’id binti Urwah ibn Mas’ud ibn Mughith ibn Malik al-Thaqafiy. Beliau melahirkan Ummu al-Hasan dan Ramlah al-Kubra.

Isteri beliau yang lain pula ialah anak perempuan Amru al-Qays ibn Adiy ibn Jabir ibn Ka’b ibn Alim ibn Kalb al-Kalbiyah. Beliau melahirkan anak yang bernama Jariyah yang turut bersama-sama Ali ke masjid. Pada ketika itu dia masih kecil. Ada orang bertanyakan kepadanya, “Siapakah saudara-saudaramu?” Dia menjawab “Wak! wak!” iaitu Bani Kalb.

Isteri beliau seterusnya ialah Amamah binti Abu al-As ibn al-Rabi’ ibn Abd Shams ibn Abd Manaf ibn Qusay dan ibunya Zainab binti Rasulullah saw. Dialah yang didukung oleh Rasulullah saw ketika baginda sedang bersembahyang. Apabila baginda berdiri, dia didokongnya dan apabila baginda sujud, diletakkannya. Amamah telah melahirkan Muhammad al-Awsat. Isteri Muhammad al-Awsat ialah Khawlah binti Ja’far ibn Qays ibn Musalmah ibn Ubaid ibn Tha’labah ibn Yarbu’ ibn Thalabah ibn al-Du’alli ibn Hanifah ibn Lajim ibn Sa’b ibn Ali ibn Bakr ibn Wail yang pernah ditawan oleh Khalid pada zaman al-Siddiq dalam Peperangan al-Riddah. Khawlah berasal dari Bani Hanifah. Selepas ditawan dia diberikan kepada Ali ibn Abi Talib ra. Dia melahirkan Muhammad al-Akbar. Selepas Khawlah dimerdekakan, dia berkahwin dengan Muhammad al-Awsat.

Puak Syiah telah mendakwa bahawa Muhammad al-Akbar memiliki sifat-sifat imam dan maksum. Walaubagaimanapun sebenarnya beliau adalah sebahagian daripada pemimpin kaum muslimin sahaja. Tetapi beliau tidak maksum dan begitu juga bapanya. Malah orang yang lebih baik daripada bapanya dari kalangan Khulafa’ al-Rasyidin juga tidak bersifat maksum. Begitulah sepertimana yang ditetapkan. Wallahua’lam.

Ali mempunyai ramai anak daripada 4 orang isterinya dan 19 orang gundik. Oleh sebab itu, kebanyakan anak itu tidak dapat dipastikan nama ibu-ibu mereka. Antara anak ibu-ibu yang dikenali ialah Ummu Hani, Maimunah, Zainab al-Sughra, Ramlah al-Kubra, Ummu Kalthum al-Sughra, Fatimah, Amamah, Khadijah, Ummu al-Kiram, Ummu Ja’far, Ummu Salmah dan Jamanah.

Menurut ibn Jarir, semua anak Ali berjumlah 14 orang lelaki dan 17 orang perempuan. al-Waqidi berkata bahawa keturunan Ali dikira daripada lima orang iaitu al-Hasan, al-Husin, Muhammad (ibn al-Hanafiyah dan al-Abbas ibn) al-Kalabiyah dan Omar ibn al-Tughlubiyyah rah.

KEBERANIAN

Sebagai seorang yang gagah berani dan sahabat yang paling disayangi baginda Rasul, Saiyidina Ali R.A. tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana peperangan baik besar mahupun kecil yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Beliau telah melakukan peranan yang penting dalam Peperangan Badar yang terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang pemuda yang gagah dan tampan masih dalam lingkungan 20an  lagi. Dalam peperangan itulah buat pertama kalinya Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saiyidina Ali R.A. dimana beliau telah menjalankan tugasnya dalam peperangan tersebut dengan cemerlang sekali. Setelah peperangan tamat para sahabat tidak menemui Nabi S.A.W. di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-tanya itu tiba-tiba muncul Rasulullah S.A.W. bersama Saiyidina Ali R.A. seraya baginda bersabda, “Saya sebenarnya ada di belakang kalian sedikit kerana merawati perut Ali yang luka.” Dari peristiwa ini dapatlah dilihat betapa besarnya kecintaan baginda tenhadap Saiyidina Ali R.A. dan bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali R.A. dalam menegakkan kemuliaan Agama Islam.

Dalam apa jua peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W., Saiyidina Ali R.A. tetap berada di samping baginda. Pada suatu ketika iaitu dalam Perang Tabuk, tiba-tiba Rasulullah S.A.W. tidak membenarkan Saiyidina Ali R.A. untuk menyertai baginda hingga sikap Rasulullah S.A.W. itu telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam serta kaum munafik konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali R.A. Jika tidak demikian masakan baginda menegahnya menyertai perang. Sebagai seorang yang benar dan mencintai kebenaran Saiyidina Ali R.A. kurang berasa senang mendengar desas-desus yang kurang menyenangkan itu lantas beliau terus menjumpai Rasul untuk meminta penjelasan. Sebagai menghilangkan keraguan beliau itu, Rasul lalu bersabda kepadanya, “Tidakkah engkau rela hai Ali, kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa ?” Mendengankan kata-kata Rasulullah s.a.w yang menyejukkan jiwanya itu maka barulah puas Saiyidina Ali R.A.

Perkataan Rasul itu terang memperlihatkan betapa besarnya kecintaan dan penghormatan baginda terhadap dirinya.

Dalam Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi sukar dapat ditakluki oleh angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali R.A. telah memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam gagal untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan pengepungan beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya Rasulullah S.A.W. bersabda “Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan esok pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah dan RasulNya”.

Sekelian panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar dirinya akan diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita hendak mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh Allah dan RasulNya. Pada  keesokan harinya, setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah S.A.W. lantas mencari-cari Saiyidina Ali R.A. Nyatalah bahawa Saiyidina Ali R.A. tidak ada di situ kenana ketika itu Ali R.A. mengidap sakit mata. Kemudian bersabdalah Rasul “Panggillah Ali ke mari menjumpai saya“, Saiyidina Ali R.A. yang sedang sakit kedua matanya itu lalu datang mengadap Rasulullah S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada mata beliau yang sakit itu. Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau. Kemudian Rasul pun menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All R.A. Maka benteng  Khaibar yang sudah berhari-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat dikalahkan  di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu Talib R.A.

Satu lagi peperangan di mana Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memperlihatkan kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa ialah tatkala berlakunya Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara pihak Islam dengan angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari puak-puak Arab yang lain serta orang-orang Yahudi. Orang-orang Islam telah menggali parit-parit yang digelarkan Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai jalan untuk membendung kemaraan pihak musuh danipada memasukinya. Jumlah pihak musuh adalah kira-kira 10,000 orang tetapi mereka tidak dapat masuk kerana tenhalang oleh parit-parit. Namun begitu mereka terus mengepung kota itu selama 15 hari lamanya. Kemudian Allah S.W.T. turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tak kelihatan memukul dan menerbangkan khemah-khemah serta alat perang musuh sehingga mereka pun mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan.

Semasa peperangan inilah diriwayatkan bahawa beberapa pahlawan musyrik Quraisy telah dapat menyeberangi parit dengan mengenderai kuda. Di antara mereka ialah Amru Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal dan Dhiraar Ibnul Khattab. Apakala mereka itu telah berada di seberang parit, tiba-tiba Amru Bin Wid telah bertempik meminta lawan untuk beradu kekuatan dengan pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar seraya berkata, “Siapa di antara kalian yang berani berlawan  denagan aku, silakan! Cabaran itu lantas disambut oleh Saiyidma Ali R.A. yang kemudiannya terus meminta izin dari Rasulullah S.A.W. untuk melawan pahlawan musyrik itu. Kata Ali R.A., “Saya akan melawan dia, ya Nabi Allah, Izinkanlah saya. Tetapi Rasulullah S.A.W. telah menahannya dengan sabdanya, “Duduklah engkau hai Ali! Tidakkah engkau tahu dia Amru.

Amru kemudian minta lawan lagi berulang-ulang hingga dua kali. Setiap ia mencabar, Saiyidina Ali R.A. telah berdiri menyahutnya tetapi Rasulullah senantiasa menyuruhnya duduk sambil mengingatkan bahawa lawannya itu bukan padannya kenana Amru itu memang terkenal gagah lagi perkasa. Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap juga mengatakan, “Sekalipun dia itu Amru, hai Nabi Allah, saya tidak takut melawannya. Izinkanlah saya menemuinya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. mengizinkannya untuk melawan musuh yang keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih berpengalaman dari dirinya itu. Sebelum Saiyidina Ali R.A. pergi mendapatkan musuhnya yang menanti itu, Rasulullah S.A.W. telah membekalnya dengan pedangnya lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah S.W.T. untuk keselamatan Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A.

Tidak lama kemudian tampillah Saiyidina Ali R.A. ke hadapan. Manakala Amru melihatnya dia tidak dapat mengenalinya kerana muka dan kepala Saiyidina Ali R.A. bertopeng besi lalu ditanyainya:

Siapa engkau, hai pahlawan?

Jawapnya, “Ali!

Tanya Amru lagi, “Ali, anak Abdul Manaf?

Jawab Ali R.A. “Ali, anak Abu Talib”

Mendengar nama itu Amru enggan hendak melawannya seraya katanya untuk memperkecilkan kehandalan Ali R.A. “Wahai anak saudaraku! Lebih baik orang lain sahaja engkau suruh melawan aku. Panggillah paman-pamanmu yang lebih kuat danipadamu. Aku benci menumpahkan darahmu, kerana aku memandang ayahmu seorang sahabat baikku”.

Saiyidina Ali R.A. lalu menjawab, “Tetapi aku, demi Allah, tak benci menumpahkan darahmu”. Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi marahlah Amru dan mulalah ia hendak menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali R.A. lalu benkata, “Macamana aku hendak bertempur denganmu padahal engkau di atas kuda. Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah”.

Mendengar itu Amru telah menghambur dari kudanya, dihunusnya pedangnya itu dan untuk menunjukkan garangnya ditetak kudanya dicencangnya mukanya supaya tak boleh lari. Kemudian ía mara ke hadapan mendapatkan Saiyidina Ali R.A. yang disambut pula olehnya dengan mengacukan perisainya yang dibuat daripada kulit. Amru telah menetaknya, perisainya tersiat sedang pedangnya pula melekat di situ dan mengenai kepala Saiyidina Ali R.A. Maka Saiyidina Ali R.A. pun membalas menetak bahu Amru. Ia lalu tersungkur rebah serta mati di situ juga. Saiyidina Ali R.A. lantas memekikkan takbir, “Allahu Akbar yang disambut pula dengan pekikan takbir yang bengemuruh di angkasa oleh kaum Muslimin yang menyasikannya, sebagai tanda kesyukunan di atas kemenangannya. Dan dengan kematian Amru itu kawan-kawannya yang lain bertempiaran lari mengundurkan diri.

TUGAS-TUGAS KHAS DARI RASULULLAH

Rasulullah S.A.W. selalu memilih Saiyidina Ali R.A. untuk diberikan tugas dalam pekerjaan-pekerjaan yang amat berat, yang memerlukan keberanian yang luarbiasa serta ketabahan yang besar. Pada suatu masa, Rasulullah S.A.W. telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke negeri Yaman untuk melaksanakan tugas sebagai pemenintah dan mubaligh Islam di negeri itu. Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak berjaya memperoleh hasil yang diharapkan walaupun setelah bekerja bertungkus lumus. Kemudian Rasulullah S.A.W. pun mengutus pula Saiyidina Ali R.A. untuk menggantikan tempat Khalid Bin Walid sebagai mubaligh dan pemenintah di sana. Demi apakala penduduk Yaman mendengar bahawa Saiyidina Ali R.A. yang telah mereka kenal Sebagai Harimau Padang Pasir itu ditugaskan sebagai pemerintah yang baru maka bersegeralah mereka berkumpul hingga akhirnya Saiyidina Ali R.A. dapat melakukan sembahyang subuh bersama-sama mereka itu.

Setelah selesai sembahyang subuh, Saiyidina Ali R.A. pun membacakan surat dakwah di hadapan para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum Hamdan sekeliannya memeluk Islam pada hari itu. Dalam laporan yang dikirimkan oleh beliau kepada Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ali R.A. telah mengisahkan peristiwa yang telah terjadi itu. Setelah Rasul S.A.W. membaca laporan tersebut segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai tanda syukur atas kejadian itu senaya bersabda, “Sejahteralah penduduk Hamdan.

Selaku pemerintah dan mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali R.A. juga telah diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasul S.A.W., “Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup mengenai hal pengadilan ini”.

Mendengar perkataan Saiyidina Ali R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu dada beliau dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda, “Ya Allah, bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan”. Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad S.A.W. itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. mahupun di zaman Saiyidina Umar Al Khattab R.A. selalulah Saiyidina Ali R.A. diajak bermesyuarah dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan memutuskan sesuatu keputusan sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali R.A. diajaknya berunding.

KETIKA RASULULLAH WAFAT

Demikianlah beberapa kisah riwayat tentang peranan yang pernah dilakukan oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib di zaman hidupnya Rasulullah S.A.W. Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, Saiyidina Ali R.A. tidak mempunyai kesempatan untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan Muhajirin dan Ansar di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq sebagai Khalifah. Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan jenazah Rasulullah S.A.W. Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama sekali tidak menghiraukan permesyuaratan yang berlangsung di Balai Bani Saidah itu kerana beliau sibuk dengan tugas-tugas pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W. serta mententeramkan sekelian keluarga Rasul S.A.W.

KETIKA ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH

Permesyuaratan di Balai Bani Saidah hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang kacau tetapi akhirnya dapat ditenteramkan dengan terpilihnya Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah pertama sesudah Rasulullah S.A.W. Pada mulanya Saiyidina Ali R.A. enggan memberikan persetujuannya terhadap pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq R.A. sebagai Khalifah, bukan kerana benci atau kurang senang terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A. bahkan kerana rasa hati beliau yang sedang remuk redam disebabkan hilangnya Rasulullah S.A.W.  Enam bulan kemudian setelah isteri beliau iaitu Siti Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap pengangkatan Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun selaku pemerintah ummat yang agung, tidak pernah meninggalkan Saiyidina Ali R.A. di dalam permesyuaratan penting.

KETIKA UMAR MENJADI KHALIFAH

Apakala Saiyidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah yang kedua, Saiyidina Ali R.A. tetap memperoleh kemuliaan dan penghormatan dan Saiyidina Umar R.A. sepertimana yang dinikmatinya semasa pemenintah Abu Bakar R.A. Walaupun diketahui bahawa Umar Al Khattab terkenal sebagai sahabat yang sangat ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda sering minta bantuan kepada Saiyidina Ali R.A. di dalam menyelesaikan beberapa hal yang sulit-sulit bahkan pernah diriwayatkan orang bahawa Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tidak suka merundingkan soal-soal yang sulit tanpa dihadiri oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib.

KETIKA UTHMAN MENJADI KHALIFAH

Setelah wafat Saiyidina Umar Al Khattab jawatan Khalifah akhirnya jatuh pula ke tangan Saiyidina Uthman Bin Affa’n R.A. Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap memberikan persetujuannya serta ketaatannya kepada Khalifah Uthman R.A. sekalipun dirinya juga bercita-cita agar terpilih sebagai Khalifah. Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Uthman yang berlebih-lebihan terhadap kaum kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan Saiyidina Ali R.A. dalam beberapa hal berubah terhadap Khalifah. Bahkan sebahagian danipada penduduk melihat seolah-olah terdapat keretakan dalam hubungan antara dua tokoh besar itu. Keadaan inilah yang menyebabkan setengah-setengah pihak yang memusuhi Saiyidina Ali R.A. menuduh Saiyidina Ali R.A. terlibat dalam pembunuhan Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Padahal yang sebenarnya Saiyidina Ali R.A. sama sekali tidak bertanggungjawab dalam perkara yang terjadi ke atas Khalifah Uthman R.A. Bahkan beliaulah sahabat yang paling mengambil berat terhadap keselamatan Khalifah. Ketika rumah Khalifah Uthman R.A. dikepung oleh puak pemberontak, Saiyidina Ali R.A. segera mengirim puteranya Saiyidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan Khalifah. Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya untuk menawarkan bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali R.A. mendengar khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul anaknya Hasan R.A. serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Saiyidina Uthman R.A.

MENJADI KHALIFAH

Saiyidina Ali R.A. akhinnya telah dipilih kemudiannya sebagai Khalifah selepas kewafatan Khalifah Uthman R.A. sedang ketika itu sebahagian besar para sahabat Rasulullah S.A.W. sudah berselerak di pelusok kota-kota di seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di Madinah hanya sebahagian kecil sahaja.

Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.

Setelah jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka baharulah Saiyidina Ali R.A. cuba bemtindak untuk membawa garis politik seperti yang pernah dijalankan oleh Rasulullah S.A.W.,  Khalifah Abu Bakar R.A. dan Khalifah Umar Al Khattab R.A. Tetapi keadaan masyarakat dan ummat sudah jauh berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang diakibatkan oleh perluasan takluk Islam. Cita-cita Saiyidina Ali R.A. untuk membawa kembali dasar pemerintahan ummat sebagaimana zaman Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakan R.A. dan Umar R.A. telah menghadapi rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati dengan Saiyidina Uthman R.A. yang menuduhnya bentanggungjawab dalam penistiwa pembunuhan itu.

Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf’ul Kadzib 216-217)

Disebabkan adanya golongan yang keras menentang sikapnya itu seperti Muawiyah Bin Abu Sufyan dan pembantunya Amru Bin Al As maka tenjadilah satu penbalahan yang sengit antara dua golongan itu.  Satu pertelingkahan yang panjang yang mengakibatkan pertumpahan darah di antana sesama ummat Islam. Muawiyah berkeras enggan mengakui Saiyidina Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah serta menuntut baginda mengenakan hukuman tenhadap orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Saiyidina Uthman R.A. Sedang Saiyidina Ali R.A. pula terlebih dahulu telah memecat Muawiyah sebagai gabenor Syam dan juga tokoh-tokoh yang pernah dilantik oleh Khalifah Uthman R.A. atas dasar kekeluargaan. Akibatnya maka berlakulah peperangan yang berpanjangan antara pihak Khalifah Ali R.A. dengan pihak penyokong Muawiyah Bin Abu Sufyan yang terdiri dari penduduk negeri Syam. Kesudahan dari perbalahan yang panjang itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib akhirnya telah mati terbunuh oleh pengikut golongan Khawarij.

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RA


Biografi

Uthman bin Affan (Arab,عثمان بن عفان ) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai (syura).

Nama beliau sebenarnya ialah Uthman bin ‘Affan bin Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika baginda Nabi Muhammad SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummayah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau digelarkan dengan gelaran “al-Ghani“. Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1,000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saidina Uthman telah membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma.

Saidina Uthman bin Affan ra adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap wara’. Tengah malamnya tak pernah disia-siakan. Beliau memanfaatkan waktu itu untuk mengaji Al-Quran dan setiap tahun beliau menunaikan ibadah haji. Bila sedang berzikir dari matanya mengalir air mata haru. Beliau selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan kepentingan umat, dermawan dan penuh belas kasihan. Khalifah Uthman telah melaksanakan hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habsyah, dan yang kedua ke Madinah.

Perjalanan ke Islam

Era sebelum Islam memerintah, orang Arab menyembah berhala dan hidup dalam keadaan jahiliyyah seperti menanam anak perempuan hidup-hidup dan menumpahkan darah yang jumlahnya bukan sedikit walaupun tanpa alasan. Semangat perkauman antara kabilah sangat kuat, dan menjadikan tuan menghina dan menzalimi hamba mereka. Perempuan diperlakukan dengan kejam, dianggap sebagai objek pemuas nafsu lelaki. Mereka semata-mata untuk melahirkan anak dan kegunaan pribadi.

Sebagai pemuda yang penuh denga kekuatan, `Uthman bin Affan menjelajah ke banyak tempat untuk berdagan. Kerana itu dia mendapat kesempatan untuk mengenali berbagai orang dari berbagai bangsa dan untuk belajar banyak tentang pelbagai kepercayaan lain, yang berbeza darinya. Pandangannya tentang berhala dan gaya hidup orang Arab berubah ketika dia mengetahui tentang Kristian dan Yahudi.

Satu hari ketika `Uthman bin Affan kembali ke Mekah setelah selesai berdagang, dan ketika itu orang berbicara tentang Muhammad bin Abdullah. Seluruh kota nampaknya berada dalam kekacauan kerana Muhammad memperkenalkan dirinya sebagai Rasulullah kepada semua orang di seru untuk menyembah hanya satu tuhan yakni Allah yang layak disembah dan tidak harus dikaitkan dengan apapun. Muhammad meminta mereka untuk meninggalkan kebiasaan menyembah semua berhala dan beribadah kepada Allah saja. Meskipun Arab mengetahui Allah, dakwah Muhammad nampaknya aneh, kerana mereka telah sejak lama menyembah tuhan lain selain Allah.

`Uthman bin Affan mengetahui tentang Muhammad dengan sangat baik. Muhammad adalah seorang yang luar biasa yang sangat baik kepribadiannya. Walaupun dia tidak segera menerima kepercayaan Islam, ia tidak menentang Muhammad atau Islam seperti yang di lakukan oleh pemimpin Quraisy. Dia ingat akan pengalaman yang di perolehi dalam perjalanannya berdagang, dia mendengar cendekiawan Kristian dan Yahudi berbicara tentang kedatangan Nabi akhir di tanah Arab. Apabila `Uthman bin Affan mendengar tentang nabi akhir dari Kristian dan orang-orang Yahudi, ia berharap bahwa nabi yang mereka cakapkan akan memimpin Arab ke dalam jalan terang dan lurus. Dia berfikir tentang apa yang Kristian dan Yahudi bicarakan dan akhirnya dia memutuskan untuk mengunjungi salah satu temannya, Abu Bakar, untuk mengetahui tentang kepercayaan baru ini. Dia tahu bahwa Abu Bakar telah menerima Islam dan dia sangat rapat dengan Muhammad. Abu Bakar menjelaskan banyak hal tentang Islam. Dia mengatakan bahawa orang Islam diminta untuk beribadah kepada Allah saja dan untuk melepaskan dari menyembah tuhan palsu atau berhala. Kemudian Abu Bakr mengundang dia untuk memeluk agama Islam. `Uthman bin Affan merasa bahwa Islam adalah agama yang benar dari Allah dan segera masuk Islam atas undangan Abu Bakar. Setelah itu, `Uthman bin Affan bertemu Nabi dan menyatakan bahwa dia menerima Islam.

Beliau digelarkan sebagai “Zunnurain” yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua orang puteri Rasulullah iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum. Setelah Ruqayyah meninggal dunia, Rasulullah SAW telah menikahkan beliau dengan puteri Baginda iaitu Ummi Kalthum. Uthman berkahwin sebanyak tujuh kali selepas kematian Ummi Kalthum dan seluruh anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinya yang terakhir ialah Nailah binti Furaifisha.

Detik-Detik Pemilihan Menjadi Khalifah

Sesudah wafatnya Khalifah Umar maka kumpulan enam sahabat itu, yang terdiri daripada Uthman ibn Affan, Ali ibn Abi Talib, Saad bin Abi Waqqas, Zubeir bin al-Awam, dan Abdul Rahman bin Auf mengadakan mesyuarat tanpa kehadiran Talhah bin Ubaidillah, kerana beliau berada di luar Madinah.mesyurat diadakan dirumah al-Mansur bin Mukhramah atas nama sebuah Majlis yang dikenali sebagai”Majlis Syura”, dan berlansung dalam tempoh waktu yang panjang tanpa keputusan yang muktamad.

Untuk mengatasi kebuntuan ini maka Abdul Rahman bin Auf menarik diri dengan rela. Zubeir dan Saad bagaimanapun, masing-masing mencalonkan Uthman dan Ali, lalu keputusan belum tercapai sehingga malam yang ketiga sesudah wafat Saidina Umar. Abdul Rahman mengambil langkah terakhir dengan memilih Saidina Uthman, dan demikian, secara majoriti bersesuaian dengan wasiat Khalifah Umar, Saidina Uthman terpilih sebagai khalifah yang baru. Selepas itu, para sahabat tadi melahirkan ikrar kesetiaan melalui “bai’ah”, dengan meletakkan tangan setiap orang di atas tangan Uthman ibn Affan, dengan jemaah muslimin yamg lain memberi sokongan atas pemilihan itu. Manakala, Talhah adalah seorang anggota “Majlis Syura” dan juga salah seorang golongan “al-Asyaratu’l Mubasyarah”, akan tetapi beliau tidak dapat mengambil bahagian dalam pencalonan kerana berada di luar Madinah.

Sifat Dermawan

Dalam tahun kesembilan hijrah, Nabi mendapat berita bahwa Rom sedang merancang untuk memusnahkan Negara Islam yang baru muncul. Nabi seterusnya mengarahkan kaum kaum Muslimin untuk melengkapi diri mereka dengan persiapan perang. Tetapi persediaan menjadi sukar kerana pada tahun itu, kaum Muslimin nampaknya kekurangan sumber tanaman, dan mereka sedang menghadapi musim panas yang sangat panas. Mereka tidak memiliki kelengkapan yang cukup seperti tentera, kerana sebahagian besar Muslimin terdiri dari golongan yang miskin. Situasi ini tidak menghentikan Nabi SAW. Baginda mendesak para sahabat mempersiapkan diri untuk berperang. Setiap sahabat mencuba segala yang terbaik untuk memperkuatkan pasukan Muslimin. Perempuan menjual perhiasan emas dan permata yang mereke miliki untuk membantu persiapan perang.

Walaupun ratusan sahabat yang siap untuk masuk ke medan perang, mereka kekurangan banyak perkara yang diperlukan untuk berperang, seperti kuda, unta, dan bahkan pedang. Nabi mengatakan kepada mereka bahawa ini adalah persoalan yang hidup atau mati untuk negara Islam yang baru. Nabi lantas membuat pengumuman yang jelas: “Barangsiapa yang menyediakan kelengkapan untuk para prajurit, akan diampuni segala dosa oleh Allah.”

Uthman bin Affan saat mendengar ucapan Rasulullah SAW, dia menyiapkan dua ratus unta berpelana untuk melakukan perjalanan ke As-Sham, dan mereka semua disiapkan dengan 200 auns emas sebagai sumbangan. Dia menyumbangkan 1000 dinar dan meletakkannya ke atas riba Nabi. Lagi dan lagi `Uthman bin Affan sampai ia memberi sumbangan dengan menambah 900 unta dan 100 kuda, selain wang yang diberikan. Melihat kedermawanan `Uthman bin Affan, Nabi membuat pernyataan berikut:” Dari pada hari ini, tidak akan ada apa yang akan membayakan `Uthman bin Affan walaupun apa yang dilakukannya.”

Kepimpinan Dan Sejarah Pentadbiran

Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan Khalifah Uthman selama 12 tahun kepada dua bahagian iaitu pertamanya zaman atau tahap keamanan dan keagungan Islam, manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman “Fitnatul-Kubra” iaitu zaman fitnah.

Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam

Kegemilangan pemerintahan khalifah uthman bermula dengan pembukaan dan penawanan wilayah-wilayah baru yang terletak di Antalia dan Asia kecil sebelah barat. Wilayah yang lain berjaya di tawan oleh Cyprus, Afghanistan, Samarkand, Tasykent, Khurasan, dan Tabrastan di sebelah Timur dan Timur Laut, sementara Libya, algeria, Tunisia dan Maghribi yang terletak di sebelah bahagian Utara Afrika turut ditawan oleh kaum muslimin. Dunia islam sewaktu pemerintahan Uthman, terbentang luas gagasannya, mencukupi bahagian Benua Asia dan Afrika, di antaranya wilayah-wilayah Uzbekistan, Parsi ,Iraq, Armenia, Azerbaijan, Turki, Syria, Palestin, Jordan, Mesir, Yaman termasuk kawsan-kawasan di teluk dan Semenanjung Arab.

Perkembangan dakwah Islamiah seterusnya menyusur masuk secara aman, tenang dan tenteram, dan diterima baik oleh rakyat di bahagian Tengah dan Timur Afrika, sekalipun kawasan tersebut tidak pernah disentuh oleh pemerintah Islam. Kejayaan gemilang yang diperoleh pada peringkat pertama pemerintahannya, cukup hebat dan mengkagumkan dari pelbagai sudut namun kejayaan gemilang itu tidak dapat menjamin keutuhan dan kekukuhan pemerintahnya apabila kegawatan mula menggugat kedudukannya sebagai khalifah.

Banyak jasa-jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman dalam menyebar dan memperkembangluaskan Islam. Ini termasuklah kejayaannya dalam:

1. Bidang Ketenteraan

Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara-negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini.

2. Pembukuan Al-Quran

Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari Al-Quran. Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.

Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah Al-Quran yang baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana Al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani atau Resm Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian Al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.

3. Kerja-kerja Pembangunan

Bangunan-bangunan pejabat dibina, begitu juga rumah-rumah rehat untuk kegunaan para pegawai yang bertugas di beberapa bandar seperti Kufah, Basrah dan Syria. Bagi kepentingan rakyat umum, jalan raya, jambatan dan telaga air dibina bagi keperluan para pengembara, dan begitu juga tebing-tebing sungai turut dibina bagi mengatasi masalah banjir yang sering dihadapi oleh penduduk Madinah. Manakala Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai, Oleh itu Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29 Hijrah.

4. Menyebarkan Dakwah Islam

Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar keserata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf solat. Beliau juga banyak menggunakan Al-Quran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.

5. Pentadbiran Wilayah

Mereka yang di lantik sebagai pentedbir wilayah pada zaman pemerintahannya adalah Muawiyah bin Abi Sufian di Syria, Ya’ala bin Muhabbah di Yaman, Abdullah bin Hadrami di Makkah, Qasim bin Rabi’ah al-Thaqafi di Ta’if, Abdullah bin Amir, Abdullah bin sa’ad di Mesir, Abu Musa al-asy’ari di Kufah, dan Habib Muslimah Fahmi di Asia kecil, termasuk Armenia dan Antalia.

Al-Fitnah al-Kubra (Zaman Fitnah)

Pada akhir tahun 34 Hijrah, pemerintahan Islam dilanda fitnah. Sasaran fitnah tersebut adalah Saidina Uthman ra. hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya.

Fitnah yang keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang yang datang hendak umrah pada bulan Rejab.

Saidina Ali bin Abi Thalib ra. bermati-matian membela Saidina Uthman dan menyangkal tuduhan mereka. Saidina Ali menanyakan keluhan dan tuduhan mereka, yang segera dijawab oleh mereka,

Uthman telah membakar mushaf-mushaf, shalat tidak diqasar sewaktu di Mekah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat pimpinan dari kalangan generasi muda. la juga mengutamakan segala kemudahan untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain.

Pada hari Jumaat, Saidina Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata,

Ya Allah, aku beristighfar dan bertaubat kepadaMu. Aku bertaubat atas perbuatanku.

Saidina Ali ra menjawab,

Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi perselisihan dan yang ada sekarang ini dan adalah yang disepakati bersama keshahihannya. Adapun shalat yang tidak diqasar sewaktu di Mekah, adalah kerana dia berkeluarga di Mekah dan dia berniat untuk tinggal di sana. Oleh kerana itu shalatnya tidak diqasar. Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk ternakan sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk ternakan unta dan domba miliknya sendiri. Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya. Adapun mengangkat pimpinan dari generasi muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan dalam bidang-bidang tersebut. Rasulullah SAW juga pernah melakukan ini hal yang demikian. Adapun beliau mengutamakan kaumnya, Bani Umayyah, kerana Rasulullah sendiri mendahulukan kaum Quraish daripada bani lainnya. Demi Allah seandainya kunci syurga ada di tanganku, aku akan memasukkan Bani Umayyah ke syurga.

Setelah mendengar penjelasan Ali ra., umat Islam pulang dengan rasa puas. Tetapi para peniup fitnah terus melancarkan fitnah dan merencanakan makar jahat mereka. Di antara mereka ada yang menyebarkan tulisan dengan tanda tangan palsu daripada sahabat termuka yang memburukkan Uthman. Mereka juga menuntut agar Uthman dibunuh.

Fitnah keji pun terus menjalar dengan kejamnya, sebahagian besar umat termakan fitnah tersebut hingga terjadinya pembunuhan atas dirinya, setelah sebelumnya terkepung selama satu bulan di rumahnya. Peristiwa inilah yang disebut dengan “Al-Fitnah al-Kubra” yang pertama, sehingga merobek persatuan umat Islam.

Detik Kisah Pembunuhan Uthman

Nilah binti Furaifisha adalah isteri terakhir  Uthman bin Affan. Nailah lahir dalam keluarga Kristian di kota Kufah sebelum memeluk Islam di atas pelawaan Aishah binti Abu Bakar. Nailah berkahwin dengan Uthman pada tahun 29 Hijrah. Apabila Uthman dilantik sebagai khalifah ketiga, banyak jawatan penting dipegang oleh keturunan Umaiyah. Di antaranya termasuklah Marwan bin al-Hakam sebagai setiausahanya. Beliau selalu mencampuri urusan pemerintahan negara. Ini mengakibatkan mula timbul rasa tidak puas hati pada masyarakat Islam.

Pada suatu hari, Marwan memberitahu ada sekumpulan orang di sebalik pintu rumah Uthman. Uthman membenarkan Marwan berkata apa sahaja kepada kumpulan orang itu. Marwan mengeluarkan kata-kata kesat berbunyi,

Kamu semua datang merebut kerajaan daripada tangan kami. Keluarlah kamu daripada pihak kami. Demi Allah, sekiranya kamu membangkang kami, pasti kamu semua akan menghadapi kesulitan dan tidak suka pada akibatnya.

Perbuatan Marwan mengeluarkan ucapan kasar kepada kumpulan orang yang berkunjung ke rumah Uthman menimbulkan kemarahan Ali. Ali bergegas ke rumah Uthman dan berjumpa dengannya. Ali berkata kepada Uthman dengan nada marah,

Kenapa kamu mengizinkan Marwan berkata apa sahaja kepada kumpulan orang yang datang tadi? Demi Allah, Marwan tidak layak diminta pandangan tentang agama atau dirinya sekalipun.

Nailah yang terkejut mendengar kata-kata Ali terus berlari mendapatkan suaminya yang masih duduk membatu selepas Ali meninggalkan rumah itu.

Saya dengar kata-kata Ali yang dia tidak akan berjumpa kamu lagi kerana kamu mengikut kata-kata Marwan.

Berkata Khalifah Uthman kepada isterinya,

Apa pendapat kamu tentang hal ini?..

Nailah memberikan pendapatnya,

Takutlah kepada Allah kerana tidak sekutu baginya. Ikutlah sunnah kedua sahabat kamu iaitu Abu Bakar dan Umar. Sekiranya kamu mengikut kata Marwan, nescaya dia akan membunuh kamu. Marwan adalah orang yang tidak memiliki maruah di sisi Allah, apatah lagi rasa takut dan cinta. Hantarlah utusan berjumpa Ali bagi berdamai kerana dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kamu. Dia tidak layak dimusuhi .

Khalifah Uthman segera menghantar seorang utusan kepada Ali tetapi Ali menolak kedatangannya lalu berkata:

Saya telah memberitahu Khalifah Uthman bahawa saya tidak akan kembali lagi.

Dalam tahun 35 hijrah, satu rombongan penduduk Mesir sekitar 1,000 orang telah datang ke Madinah untuk berjumpa Khalifah Uthman. Tujuan mereka ialah meminta Khalifah Uthman menggantikan gabenor Mesir. Khalifah Uthman bersetuju dengan permintaan mereka lalu melantik Muhammad bin Abu Bakar. Mereka pulang dengan hati yang gembira.

Namun demikian, ketika berada tiga hari perjalanan dari Madinah, mereka terserempak dengan hamba kulit hitam menaiki unta dengan tergesa-gesa melintas di hadapan mereka. Mereka menahan unta tersebut kerana mengesyaki ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

“Anda mahu ke mana dengan tergesa-gesa?,” soal salah seorang ahli rombongan Mesir itu.

“Saya adalah pembantu Khalifah Uthman yang diutus bagi menemui Gabenor Mesir,” jawab hamba itu dengan pantas.

“Kamu utusan siapa?,” tanya ahli rombongan itu lagi untuk kepastian.

“Saya pembantu Khalifah Uthman”. Jawab hamba itu dengan gagap dan ragu dan kadang kala dia menjawab: “Saya pembantu Marwan”.

Mereka mengeluarkan surat dari beg bawaan hamba itu lalu diserahkan kepada Muhammad bin Abu Bakar untuk membacanya. Semua ahli rombongan terkejut apabila mendengar isi surat yang bercop mohor Khalifah Uthman meminta agar gabenor Mesir sebelum ini mesti terus menjadi gabenor.

Kemudian dia mesti membunuh Muhammad bin Abu Bakar dan rombongan bersamanya dan membatalkan surat pelantikannya sebagai gabenor yang baru. Rombongan itu menjadi marah lalu berpatah ke Madinah untuk menunjukkan surat itu kepada Ali. Ali bersama beberapa sahabat bertemu dengan Khalifah Uthman untuk melihat kebenaran surat itu. Dia menafikan menulis surat itu dan bersumpah dengan nama Allah.

Kemudian mereka menjalankan penyiasatan dan terbongkarlah rahsia, Marwan yang menulis surat itu. Mereka meminta Khalifah Uthman menyerahkan Marwan kepada mereka namun dia tidak bersedia melakukannya.

Mereka mengepung rumah khalifah dan menghalang bekalan air ke rumahnya. Mereka mengepung rumahnya selama 30 hari dan mula kedengaran berita ada orang ingin membunuhnya. Ali meminta anaknya, Hasan dan Husain dan beberapa orang sahabat mengawal pintu rumah Khalifah Uthman daripada dicerobohi oleh pihak pemberontak Mesir.

Cubaan menyerbu masuk ke rumah Khalifah Uthman digagalkan oleh Hasan dan Husain serta sahabat menyebabkan pihak pemberontak mencari jalan lain untuk masuk ke dalam rumah khalifah untuk membunuhnya.  Akhirnya tiga orang pemberontak berjaya masuk ke dalam rumah Khalifah Uthman melalui atap rumah. Ghafiqi terus memukul Khalifah Uthman dengan besi dan menyepak al-Quran yang dibaca olehnya. Khalifah Uthman tidak melepaskan al-Quran dari tangannya dan darah menitis dari mukanya lalu jatuh ke atas muka surat al-Quran yang terbuka itu.

Kemudian Sudan pula menghampiri Khalifah Uthman, lalu dilibas pedangnya ke arah khalifah itu tetapi Nailah menahannya sehingga pedang itu telah memutuskan jarinya. Sudan yang hilang peri kemanusiaan terus menetak Khalifah Uthman beberapa kali sehingga dia gugur syahid. Najih, anak Khalifah Uthman terus menerkam ke arah Sudan lalu membunuhnya. Kemudian Qatirah, seorang lagi ahli pemberontak membunuh Najih. Para pemberontak cuba menganiaya mayat Khalifah Uthman, namun jeritan tangisan Nailah mengejutkan Hasan dan Husain yang mengawal di pintu hadapan.

Mereka meluru masuk untuk melihat apa yang berlaku. Mereka sedih melihat Khalifah Uthman mati terbaring bersama anaknya dan mereka gagal menghalang pembunuhan itu.

Beliau meninggal dunia pada 8 Zulhijah 35 Hijriah. Uthman menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk Al-Quran yang dibacanya. Sejak itu, kekuasaan Islam semakin sering diwarnai oleh titisan darah. Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana ianya merupakan pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa‘ ar-Rasyidin.

— Diadaptasi dari pelbagai sumber

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RA


Saidina Umar al-Khattab (Arab,عمر بن الخطاب ) (c. 581 – November, 644), kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan puak Bani Adi,Quraisy. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidin.

Saidina Umar dilahirkan di Makkah.Bapanya bernama Khattab bin Nufaul Bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.

SEBELUM MEMELUK ISLAM

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w, beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat al-Quran kepada adiknya. Beliau merasa terharu apabila mendengar ayat-ayat al-Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Selepas pengislamannya, beliau melahirkan rasa kesalnya terhadap peristiwa penanaman anak perempuannya secara hidup-hidup dahulu. (perkara seperti ini ialah fenomena biasa di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam).

KEISLAMAN SAIDINA UMAR

Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.

Rasulullah SAW pernah berdoa;

Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam” Hadtih riwayat At-Thabarani

Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa:

Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : “Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : “Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar”

Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : “Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?”

 Jawab Rasulullah SAW : “Benar”

 Aku berkata lagi : “Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?”

 Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq !

 Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan  di BaitulLah   khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

Peristiwa  yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina Umar Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan, berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah secara rahsia.

SIFAT KEBERANIAN

Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani  semasa kafir dan   bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan: Setelah saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa’bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka’abah menyaksikan kehadiran Umar.

Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat.

Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy. kata Umar: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah.”

Kata Umar lagi: “Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini.”

Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan senjata.

Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak Quraisy lemah semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar mengutuk mereka sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah SWT. Dalam keadaan puak Quraisy lemah semangat, Umar mengajaknya adu senjata.

Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.

Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut seruan hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi s.a.w. yang tinggal di Makkah, kecuali Nabi s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Ali bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka yang tidak kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan oleh pihak  Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam.

KEADILAN UMAR TERHADAP RUMAH IBADAT AGAMA LAIN

Kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya.

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya. Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

SIFAT-SIFAT PERIBADI

Seorang yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan kebenaran agama Islam juga seorang yang tegas dan adil. Ditakuti oleh orang ramai kerana keberaniannya taat pada ajaran Allah SWT. Seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan sedia untuk menerima pendapat orang lain. Seorang pemerintah yang bertanggungjawab, adil dan amanah. Pernah penyamar sebagai rakyat biasa walaupun ketika beliau memegnag jawatan khalifah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya, malah beliau sendiri yang mengangkat gandum dan minyak untuk diberikan kepada salah seorang daripada golongan yang memerlukan.

a) Berfikiran terbuka

Menerima pendapat sahabatnya Abu Bakar As-Shiddiq mengenai pembebasan tawanan perang Badar, iaitu mereka dikehendaki membayar wang tebusan atau mengajar anak-anak penduduk Madinah hingga pandai dan orang tua dibebaskan tanpa syarat. Menerima pendapat seorang perempuan yang mencadangkan supaya setiap orang boleh meletakkan maskahwin mengikut kemahuan sendiri, asalkan tidak membebankan kaum lelaki. Beliau bersedia ditegur dan menerima pendapat orang lain walaupun daripada rakyat biasa.

b) Berani

Sebelum memeluk Islam, beliau sangat kuat dan berani menentang Rasulullah SAW sikap beliau sangat ditakuti oleh orang-orang yang memeluk agama Islam. Beliau tidak gentar mengisyitiharkan dirinya telah memeluk Islam secara terbuka di khalayak ramai. Setelah memeluk Islam, beliau berani menunaikan ibadat secara terang-terangan di hadapan orang ramai. Beliau memberi cadangan kepada Rasulullah SAW supaya ajaran Islam disebarkan secara terbuka kepada orang ramai. Beliau mencabar orang kafir Quraisy supaya menghalang Rasulullah SAW daripada berpindah ke Madinah. Oleh kerana ketegasan dan keberaniannya itulah, maka beliau diberi gelaran “al-Faruq”.

c) Adil

Seorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran rakyatnya. Beliau banyak melakukan pembaharuan untuk kemajuan rakyatnya. Beliau sendiri keluar menyamar sebagai rakyat biasa untuk meninjau keadaan rakyatnya. Pada suatu malam, beliau terjumpa seorang kanak-kanak yang sedang menangis kelaparan. Beliau terus kembali mengambil gandum, memasakkan dan menyuapkan sendiri ke mulut kanak-kanak tersebut. Beliau juga pernah menjatuhkan hukuman ke atas anak pesuruhjaya Mesir, iaitu Umar al-Ash, yang telah memukul seorang Qibti yang kalah dalam perlumbaan kuda.

KEPIMPINAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

1. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran

a) Membentuk Majlis Syura

Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.

Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.

Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.

b) Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam

Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah.

Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.

c) Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.

Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

2. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi 

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah.

Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.

3. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

a) Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi

Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan.

Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.

b) Memperbaharui taraf kedudukan hamba

Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.

Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.

c) Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

a) Memajukan Sistem Pertanian

Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah.

Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.

KEWAFATAN SAIDINA UMAR

Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Majusi menyembah api yang bernama Abu Lu’lu’ah atau Fairuz. Abu Lu’lu’ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.

Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya..

Allahu a’lam.

SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ RA


Saidina Abu Bakr (bahasa Arab: أبو بكر الصديق Abū Bakr al-Siddīq) atau nama sebenarnya Abdullah bin Quhaffah merupakan sahabat Nabi s.a.w yang paling rapat dan paling disayangi. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w.,

Perempuan yang paling ku cintai adalah Aisyah r.a manakala lelaki yang paling kucintai adalah bapanya.

Keperibadianya yang begitu mulia, ditambah dengan kemurahan hati serta kebijaksanaanya menyebabkan beliau telah dicalunkan sebagai Khalifah pertama selepas kewafatan junjugan besar Rasulullah s.a.w.Beliau merupakan seorang tokoh perniagaan yang kaya dan datang dari keluarga bangsawan yang dihormati oleh masyarakat Arab Quraisy. Beliau dari segi umur adalah dua tahun lebih muda daripada Nabi s.a.w . Beliau tidak pernah minum arak. Pengorbanannya yang begitu besar begitu dihargai oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya “

Islam tertegak di atas harta Khadijah r.a dan pengorbanan Saidina Abu Bakr r.a.

Beliau merupakan orang ketiga memeluk Islam selepas Saidina Ali Karramallahuwajhah dan Zaid bin Harithah, hamba kepunyaan Nabi pada masa itu. Selepas keislamanya, dia terus berda’wah dan dapat mengislamkan beberapa orang sahabat yang agung (As-Sabiqun Awwalun) termasuk Uthman bin Affan, Abdul Rahman Auf, Zubir AiAwwam Saad bin Waqqas dan ramai lagi. Semasa beliau membeli Bilal Bin Rabah yang telah diseksa oleh tuannya, beliau telah ditanya mengapa beliau membeli Bilal yang sudah tidak dapat bekerja berat akibat seksaan itu. Beliau menjawab:

Aku membeli jiwanya.

Yakni keteguhan Bilal mempertahankan keEsaan Allah. Perbagai cabaran gentir dan siksaan yang pernah beliau hadapi dalam menegakkan agama Allah. Beliau pernah dipukul dan dipijak sehingga dapat dikenali cuma melalui hidungnya, kerana teruknya luka yang dialaminya. Tentang keimanannya yang begitu mantap, pernah Rasulullah s.a.w bersabda;

Jika ditimbang iman Saidina Abu Bakr dengan sekalian ummat, nescaya berat lagi iman Saidina Abu Bakr.

Gelaran As-Siddiq diperolehi beliau lantaran sikapnya yang senantiasa membenarkan kata Nabi s.a.w.  Mengenai gelaran ini pernah ada ulama’ yang mentafsirkannya dengan bermaksud;

Mempercayai Allah dan Rasulnya dengan berpegang pada sifat-sifat kesempurnaan Allah dan sifat-sifat kemulian Rasulnya mengatasi akal fikiran semata-mata.

Pernah Nabi s.a.w bersabda;

Andainya sekelian manusia akan mendustakan Muhammad s.a.w , Saidina Abu Bakr lah yang akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membelaku.

Antara peristiwa dan pengiktirafan oleh sahabat yang membenarkan gelaran ini :-

  • Semasa peristiwa Isra’ dan mi’raj di mana peristiwa yang luar biasa ini tidak dipercayai oleh seluruh masyarakat jahiliyah dan mereka telah datang menemui saidina Abu Bakr. Tetapi Saidina Abu Bakr telah berkata “Sekiranya Muhammad s.a.w yang memberitahu ini maka aku percaya, malah lebih dari itu lagipun aku mempercayai”.

  • Rasulullah s.a.w pernah bersabda ” Tidaklah aku menyeru sesiapa pun kepada Islam melainkan dia teragak-agak dan melewatkannya kecuali Saidina Abu Bakr”.

  • Saidina Umar r.a bertanya pada Saidina Abu Bakr selepas termetrinya perjanjian Hudaibiyah “Wahai Abu Bakr bukankah dia Rasulullah ?. Abu Bakr menjawab “Ya !..  . Umar r.a bertanya lagi ” Bukankah kita ini orang-orang Islam ?. ” Ya “ , jawab Abu Bakr. Lalu umar bertanya lagi ” Kalau begitu mengapa kita menerima cara yang hina ini ?. Bila ditanya oleh Saidina Umar soalan yang sama maka Rasulullah bersabda “Aku ini hamba Allah dan RasulNya ; aku tidak akan sekali-kali menyalahi perintahnya dan aku tidak sekali-kali dipersia-siakan” . Pada masa ini kebanyakan sahabat tidak bersetuju dengan perjanjian Hudaibiyah di mana mereka tidak dibenarkan menunaikan ibadab haji pada tahun itu,sehingga mereka tidak menyembelih binatang dan bersuci setelah disuruh oleh Nabi sebanyak tiga kali, kerana begitu kasih dan sayang pada Rasulullah. Lalu Rasulullah menerima cadangan yang bernas daripada Ummu Mu’minin, Ummu Salamah supaya Rasulullah meneruskan sahaja penyembelihan itu seolah-olah wahyu dari Allah dan ini telah dikuti oleh para sahabat.

  • Aqalah bin Mu’it la’natullah pernah menjerut leher Rasulullah SAW tetapi telah dilihat oleh Saidina Abu Bakar yang segera menghalangnya lalu berkata, “Adakah kamu mahu membunuh seorang yang berkata Tuhanku adalah Allah?”.

  • Saidina Abu Bakar juga telah meneruskan tindakan Rasulullah SAW sebelum kewafatannya menghantar tentera yang dipimpin oleh Usamah keluar berperang walaupun tidak dipersetujui oleh para sahabat kerana perlunya tindakan untuk mengatasi gejala murtad selepas kewafatan Nabi SAW kerana terdapat orang Islam yang tidak ingin membayar zakat atau membayar dengan tidak sempurna. Khalifah Abu Bakar telah melantik Khalid Aw-Walid untuk mengetuai kumpulan memerangi orang-orang yang murtad ini.

  • Saidina Umar pernah berkata “Sesungguhnya di dalam syurga Admin terdapat sebuah mahligai . Ia mempunyai 500 pintu. Setiap pintu ada 5000 bidadari : tidak akan masuk kedalamnya melainkan Nabi-nabi sambil menoleh ke arah maqam Nabi s.a.w atau orang-orang yang benar, sambil memandang ke arah maqam Saidina Abu Bakr, atau orang yang syahid sambil menunjuk ke arah dirinya dengan mengaharapkan dia memperolehi syahid”.

  • Saidina Uthman Affan pernah mengatakan bahawa Saidina Abu Bakr layak mengantikan nabi s.a.w kerana dia As-Siddiq dan menjadi Imam solat sewaktu Rasulullah s.a.w uzur.

Saidina Abu Bakr telah diberi penghormatan untuk menemani Nabi s.a.w untuk berhijrah, beliau begitu gembira sekali mendengarnya sehinggakan Syaidatina Aisyah r.a mengatakan bahawa beliau tidak pernah melihat bapanya begitu gembira sekali melaikan pada hari itu. Dalam keadaan yang penuh gelisah di gua Thur, Allah telah menurunkan ayatnya menceritakan peristiwa ini didalam surah at-Taubah. Saidina Abu Bakr telah berkata;

Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata Tuan sendiri dapat dibunuh, maka hancurlah satu cita-cita yang murni. yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tertegak adalah kezaliman”.

Begitulah cintanya saidina Abu Bakr kepada Rasulallah s.a.w. Saidina Abu Bakr begitu sedih mendengar munajat Nabi s.a.w semasa perang Badar yang begitu mengharapkan kemenagan keatas tentera Islam lalu Beliau berkata “cukuplah Ya Rasulullah”.

Semasa dalam satu khutbah Rasulullah s.a.w ada menyebut bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang disediakan oleh Allah; dan hamba tersebut tidak akan memilih dunia melainkan memilih apa yang di sisi Allah. Mendengarnya, menangislah tersedu-sedu Saidina Abu Bakr kerana beliau faham akan maksud khutbah itu, yakni umur Rasulullah di dunia sudah hampir berakhir.

Saidina Ali penah mengatakan bahawa Saidina Abu Bakrlah sahabat Nabi s.a.w yang paling berani kerana sangup melindungi Nabi s.a.w untuk menghadapi perang Badar di saat para sahabat yang lain berdiam diri bila Nabi s.a.w mengacukan soalan itu. Saidina Abu Bakr telah menyertai hampir semua Ghazwah yang disertai oleh nabi s.a.w. Beliau juga merupakan sahabat yang paling banyak mengeluarkan hartanya untuk Islam. Sewaktu perang Tabuk beliau telah membawa 4000 dirham iaitu semua hartanya yang tinggal. Lalu ditanya oleh Rasulullah;

Apakah yang ditinggalkan untuk keluarga mu?

Lalu beliau menjawab,

Saya tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasulnya.

Saidina Umar pernah berkata,

Tidak kami berlumba-lumba dalam membuat kebaikan melaikan dia Saidina Abu Bakr pasti akan mendahuluiku.

Saidina Umar juga pernah berkata,

Suatu malam dan satu hari Saidina Abu Bakr lebih baik daripada Umar dan keluarganya.

Satu malam semasa Hijrah bersama Nabi s.a.w manakala satu hari adalah di hari kewafatan Rasulullah s.a.w diaman saidina Abu Bakr dengan tenang tetapi tegas mengahadapi saat getir itu, ditambah dengan gejala murtad yang melandai sebahagian umat Islam pada masa itu. Beliau berkata ” Wahai kaum muslimin, barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati, Tetapi barang siapa menyembah Allah,maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati” seraya menyambung lagi dengan ayat Al-Quran, surah Ali-Imran :144.

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ ﴿١٤٤﴾

“Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti Rasul-rasul yang terdahulu darinya, Jika ia mati atau terbunuh, patutkah kamu berundur kebelakang. Sesiapa yang surut kebelakang  dia tidak membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.”  – Surah Ali-Imran 144.

(Ayat ini turun semasa perang Uhud di mana tersebar fitnah bahawa Rasulullah telah terbunuh. menyebabkan tentera Islam hampir putus asa).

Setelah dilantik menjadi Khaifah Rasulullah (atas cadangan saidina Umar r.a dengan dipersetujui oleh sahabat) beliau telah memberi satu ucapan yang mahsyur, antaranya :

Wahai sekelian umat ! aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik diantara kamu. Sebab itu jika pemerintahan ku baik, maka sokonglah ; tetapi jika ianya tidak baik perbaikilah. Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat disisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat diantara kamu adalah lemah disisiku hingga aku harus mengambil hak orang lain padanya untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah aku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku menderhakai Allah, maka kamu sekelian tidak harus lagi patuh kepada ku”.

Saidina Abu Bakr hidup seperti rakyat biasa dan tidak suka didewa-dewakan. Pernah orang memangilnya,

Ya Khalifah Allah ..

Lalu dijawabnya,

Saya bukan Khalifah Allah, saya hanyalah Khalifah RasulNya.

Sehari selepas dilantik, saidina Abu Bakr telah pergi ke pasar dengan membawa barang perniagaannya, lalu ditegur oleh Abu Ubaidah Ibnu Jarrah,

Urusan Khalifah tidak boleh dicampuri dengan perniagaan”.

Lalu Khalifah bertanya,

Habis, apa yang harus saya berikan pada keluarga saya?”.

Semenjak hari itu Kahlifah mendapat peruntukan wang daripada Baitul-mal dan Saidina Abu Bakr pun menghentikan perniagaannya untuk menumpukan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang Khalifah. Namun tidak berapa lama sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah mengembalikan semula wang Baitul-mal kerana berpendapat bahawa tenaga yang dicurahkanya tidak sepadan dengan duit Baitu-mal yang diperolehi itu dengan sebab-sebab keuzurannya.

Saidina Abu Bakr mengalakan sahabat-sahabat keluar berjihad, dengan menyebarkan ajaran Islam ke tempat-tempat baru. Beliau mengarahkan wakilnya menawarkan tiga pekara kepada pemerintah disitu, iaitu samaada memilih Islam, tunduk kepada pemerintahan Islam dengan membayar Jizyah( sekiranya tidak mahu menganut Islam ) atau perang ( sekiranya menulak kedua-dua pilihan yang diberi itu). Di zaman Khalifah Umar r.a beliau yang lebih keras memberi tempuh selama tiga hari untuk memilih sama ada Islam ataupun berperang.

Sebelum meninggal dunia, selepas hampir dua setengah tahun menjadi Khalifah beliau telah berpesan kepada saidina Umar 

Janganlah hendaknya sesuatu bencana walau bagaimana besar pun dapat melupakan kamu dari urusan agama dan wasiat Allah. Engkau telah melihat apa yang aku lakukan tatkala Rasulullah wafat, sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum penah manusia ditimpa bencana sebesar itu. Demi Allah, andaikata pada waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan Rasulnya  tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula Kota Madinah itu telah menjadi lautan api.

Saidiana Abu Bakr meninggal dunia ketika berumur 63 tahun dengan menyediakan tiang-tiang pokok dari kekuatan Islam yang memudahkan lagi kerja-kerja penyebaran da’wah oleh Khalifah seterusnya iaitu Khalifah Umar Al-Khattab, yang mana sebahagian Syam dan Iraq telah berada dibawah pemerintahan Islam ketika hayat beliau.

Rujukan :-

1 . Fiqh Al-Harakah 1 & 2 – Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Hadi Awang
2 . Hayatus-Sahabah 1,2,3 dan 4 – Syeikh Myuhamad Yusuf Al- Kardahlawi.
3 . Tokoh-tokoh Islam dulu dan sekarang edisi 5 – H. Luqman Hakim
4 . Al – Quran , Tafsir Usmani – Allama Shabbir Ahmad Usmani.

%d bloggers like this: