PENDEDAHAN EKSKLUSIF BEKAS PEMIMPIN ILLUMINATI YANG MEMELUK ISLAM


Menurut Zagami, Illuminati merancang melakukan “Penazian” negara-negara Barat pada tahun 2012 (mungkin juga 2013) dan akan menghukum semua orang beriman, dengan alasan bahawa mereka berperang melawan pengganas serta akan menghancurkan perekonomian dunia.
Zagami yang berasal daripada keturunan keluarga Illuminati, pada bulan Jun tahun 2008 telah menukar agama asalnya kepada Islam sebagai agama baru. Kemudian beliau nekad untuk melakukan counter attack terhadap Illuminati. Sewaktu beliau masih berkhidmat sebagai anggota keluarga Illuminati, beliau mempunyai banyak pengalaman mengikuti pelbagai ritual yang menakutkan, upacara black magic (sihir jahat), pengendalian fikiran (mind control) dan penyeksaan yang dilakukan di dalam lingkungan lodge tertutup.

Sekarang, pada setiap hari Sabtu, beliau menyimpan daftar nama-nama anggota Freemasonry tingkat tinggi dan dipanggil sebagai Illuminati Confessions. Beliau menyatakan persediaan berperang melawan para pengikut setan Illuminati. Di samping melakukan kawalan ketat, beliau juga memberikan nombor telefon peribadi untuk menjawab pelbagai pertanyaan penting mengenai ketulusannya melakukan hal tersebut. Beliau menjelaskan bahawa sekarang adalah akhir zaman, dan ini bukanlah main-main, tegasnya, Hal tersebut disampaikannya pada 3 Januari 2007 dalam sebuah wawancara.

“Perlu diingat bahawa akan terjadi perubahan posisi kosmik pada tanggal 21 Desember 2012, dimana situasi itu memerlukan waktu 6 tahun kepada kita untuk mempersiapkan diri. Jadi, sebaiknya waktu itu dipersiapkan diri kita masing masing, kemudian semuanya bangkit menentang Illuminati dan mempertahankan hak kita di bawah perlindungan dari Allah s.w.t sebelum Illuminati mengambil mengambil alih dan memulakan penganiayaan terhadap orang-orang beriman. Siapkan senjata kamu untuk mempertahankan keyakinan atau kita juga akan hancur binasa. Ini perang melawan Syaitan, jadi, wahai penduduk bumi belahan Barat, (termasuk di Timur juga) sedarlah, atau kamu akan bangun dari mimpi buruk di pagi hari bulan Disember 2012.

“Mulai tahun 2010, anda akan mula merasai perubahan suasana secara besar-besaran, akan tetapi pada tahun 2012, anda akan melihat dengan jelas berakhirnya peradaban ini dengan mata kepala kita sendiri, akan terjadinya ‘penazian‘ negara-negara Barat pada tahun 2010. Sebelum itu, ekonomi akan mula jatuh ke tahap yang teruk yang kesannya (sudah berlaku-Greece, Sepanyol, Itali mengalami kejatuhan ekonomi yang sangat teruk) akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik dalaman pada tahun 2012, iaitu perang saudara.”“Apakah anda bersedia mati untuk Allah SWT dan dengan keyakinan agama Islam untuk melakukan perubahan positif untuk dunia, atau adakah anda semua hanyalah sekumpulan pengecut yang berada di bawah kekuasaan syaitan (al-Wahn), atau hanya tahu cakap saja dengan tidak ada bukti nyata”

Leo Zagami ialah mantan anggota the Comitato Esecutivo Massonico – Masonic Executive Committee (MEC) of Monte Carlo. Beliau juga adalah anggota Freemasonry tingkat 33, dan sebagai salah seorang pimpinan dalam kelompok Lodge P2 (Propaganda 2) Freemasonry. Dia juga adalah seorang ‘pemimpin’ yang dipersiapkan untuk mengambil alih kepimpinan Illuminati daripada ‘raja’ Licio Gelli yang kini sudah tua.

Illuminati adalah seperti kumpulan-kumpulan besar. Tiada masalah jika keluarga Chicago, London atau New York yang melakukan tugas. Mereka merupakan lingkaran keluarga yang hidupnya diabadikan untuk kepentingan tujuan yang sama, iaitu menguasai dunia dengan sistem Luciferian.

‘Pementasan Teater’ Karya Illuminati

Zagami menjelaskan bahawa dunia merupakan pertunjukan boneka global yang dikendalikan oleh tangan-tangan manusia bodoh, yang tidak pernah berubah cara hidupnya selama berabad-abad di bawah naungan ajaran Lucifer (golongan Freemason, Illuminati dll).

Presiden dan mantan Presiden Amerika Syarikat
Barack Obama berjabat tangan dengan Hugo Chavez

Jelas Zagami, golongan tersebut bekerja bersama-sama, dan ini termasuk Hugo Chavez (Presiden Vanuzuela) yang dengan bersungguh-sungguh membantu melaksanakan agenda kepimpinan Amerika Syarikat dengan penampilan ‘theatrical‘ nya. Hugo Chavez dikendalikan oleh Vatican yang sekarang ini telah dipengaruhi oleh Jesuit dan bekerja untuk The New World Order sebagaimana juga dilakukan oleh hampir semua pimpinan pemimpin kerajaan dan agama lain di dunia.“Begitulah cara mereka bekerja bersama-sama diperingkat atas hanya untuk satu tujuan yang mereka fikir merupakan suatu cover-up yang sempurna. Wahabi atau Wahibi [the Saudis] telah diciptakan oleh Zionis dan British secara zahirnya dan oleh Freemason batinnya. Tentu saja Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam) juga yang berada dibelakang kepimpinan Iran dan Iraq. Semuanya hanyalah satu sandiwara untuk mengelirukan orang-orang awam.

“Pertunjukkan yang dicanang oleh pertubuhan rahsia” dan Ahmadinejad dikenali sebagai pengikut aliran syaitan yang tidak jelas hubungannya dengan Islam”. Tidak hairanlah jika puak Sunni di Iran telah di seksa oleh kepimpinan Syiah Iran, lebih teruk daripada bangkai binatang.

Beliau juga mengatakan bahawa konflik Putin dengan Rothschild hanyalah sebuah “permainan”. Putin juga pada hakikatnya dikendalikan oleh Illuminati. Ini terbukti apabila Karl Mark yakni pengasas ideologi komunis sebenarnya adalah salah seorang ahli Freemason.Zagami juga mencabar bekas rakan-rakannya yang merupakan anggota Freemason/Illuminati dan pengamal sihir hitam, untuk berdialog secara terbuka.

Bagi menguasai rakyat disegenap pelusuk, para Aristokrat Eropah dalam melaksanakan pemerintahannya, selalunya akan dibantu dengan sorcery dan sihir hitam. Mereka mempelajari ilmu sihir sembahan syaitan ini daripada para guru di Rome yang diambil ilmunya pula dari Yunani, Mesir, dan Sumeria. Mereka tidak pernah berhenti melakukan penipuan berterusan terhadap umat manusia. Beliau juga menyatakan bahawa George W. Bush adalah anak ‘orang paling berkuasa’ dalam Illuminati dan dia telah dididik oleh ayahnya serta CIA untuk menjadi seorang boneka.

Antichrist Vatican dan Zionist, tidaklah menjadi masalah bagi Illuminati sama ada mereka menjadi presiden atau tidak, kerana keluarga Bush akan selalu tampil berperanan sebagai pemimpin keadaan. Ingat tokoh setan Anton LaVey, pengasas Gereja Setan dan pengendali perang pemikiran (perang saraf) CIA adalah teman rapat George H. Bush. Mereka bersama-sama menyusun rencana untuk menjadikan anak George H Bush iaitu George W. Bush sebagai pengikut syaitan, untuk melakukan peranan penting apabila datangnya ‘era Dajjal’ selepasn trajedi 11 September 2001. Trajedi tersebut dirancang rapi sejak lama dulu, sewaktu Anton LaVey masih hidup lagi.

Ketika ini hampir semua ajaran agama dirosak dari dalam oleh Illuminati, termasuk Islam (melalui mazhab Wahabi yang berjaya jatuhkan Turki Uthmaniyah klik di sini), Yahudi, Evangelis, Protestan, the Born-Again Kristian, semuanya di kuasai secara rahsia oleh Freemasonry, Knight Templar, dan Jesuit. Jadi dialog antara agama secara murni juga sangat mustahil untuk dilakukan.”


Protokol Jesuit

Leo Zagami menganggap dirinya sebagai “the last idealist in the Illuminati.” Beliau juga mengakui bahawa beliau memimpin satu pemberontakkan umat manusia terhadap Illuminati dan telah memperolehi sokongan padu daripada rakan-rakannya yang lain yang turut sedar akan bahayanya Illuminati, Freemason, Skull and Bones, Jesuit, Bohemian dll.

Leo Zagami bergaya diatas lambang The Key to Kingdom of Heaven

Adalah penuh harapan dalam situasi seperti sekarang ini munculnya seorang yang berani dan seperti Leo Zagami. Ingatlah, Illuminati selalu merancang huru-hara dan kemudian mereka juga menjadi penyelamat keadaan. Umpama mereka menghantar satu virus seperti H1N1, dan mereka juga akan berperanan sebagai negara pembekal vaksin. Contoh lain, adalah seperti Hitler yang telah berjaya menjebakkan rakyat Jerman ke dalam perangkap Illuminati. Beliau jugalah yang menjadi hero sebahagian rakyat Jerman.

Sumber: http://zharifalimin.blogspot.com/

Advertisements

MEMBONGKAR PENAMPILAN DAJJAL SEBAGAI MERLIN


Sumber: MacIay.net

Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anonyang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal yang saya maksudkan.

Teks-teks lama ini jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil pencatuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akhirmya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :
Oleh kerana saya tidak dikenali, maka saya akan tetap kekal begini, biarlah sejarah mencatatkan sedemikian dan saya tetap di dalam dunia misteri di mana saya tidak akan menampilkan diri.
Siapakah manusia misteri ini? Watak lelaki misteri ini terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah namun tidak ramai yang mengenalinya. Ya, dialah Merlin The Shaman.
Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dia dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari kita.
Dari mana perkataan ini diperolehi? Susunan ayatnya amat sesuai dengan watak Dajjal. Teks diatas ini dipetik dari teks Inggeris lama yang ditulis pada abad ke-14. Apakah mungkin ia satu kebetulan? Mustahil. Apakah ada alasan lain untuk menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari Dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, apakah mungkin dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihir dan kesaktiannya? Dajjal lahir menerusi pencatuman benih antara manusia dan syaitan.{1} Oleh itu, untuk mengubah penampilannya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Sesuai dengan satu hadith Nabi SAW menyebut bahawa “makhluk halus ini boleh menyerupai apa sahaja tetapi tidak menakutkan.”  John Matthews dalam tulisannya, Merlin : Sharman, Prophet, Magician mengatakan :

Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang,…”

Merlin a.k.a Dajjal 

Merlin dikatakan bertanggungjawap mendirikan bongkah-bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Athur dan perencana zaman keemasan England dan turut merencana kebangkitan rakyat Anglo-Saxon. Dia seolah-olah memuliakan satu bangsa yang hina. Dia dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh magik dan sakti. Ada ketikanya dia diangkat menjadi prophet di kalangan mereka. Watak Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age; ia saling berhubungan. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah ‘penipuan agung’.

Kisah Merlin sememangnya membayangi sejarah Britain. Sejarah hidup Merlin dipenuhi dengan misteri. Jika ada yang mengatakan bahawa ia (kisah Merlin) hanya sekadar epik Britain, ketahuilah, bahawa terdapat bukti nyata bahawa merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.
Walau apa pun sejarah hidup Merlin, walau dari mana pun asal usulnya, dia tidak pernah berhenti mengambil tahu hal dunia dan manusia yang menghuninya. Tugasnya yang penuh rahsia di dalam membangunkan sejarah Britain sejak dari zaman Geoffrey of Mommouth hingga Mary Stewart. Sebagai penerahu utama di dalam membina kerajaan Raja Arthur dan pengasanya Meja Bulat, sebagai nabi, pengawas, dan adakalanya sebagai semangat Britain, kemudiannya adalah benar.”{2}
Kira-kira ratusan teks dan karya mengenai riwayat hidupnya ditulis untuk membuktikan bahawa Merlin benar-benar wujud.

Merlin dan King Arthur

Merlin, tukang sihir dan penasihat kepada King Arthur digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin yang dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru atau mentor kepada King Arthur.

Ketika zaman pemerintahan  King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, pedang Excalibur, the Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum.

Perincian Karekter Merlin

Dalam satu karya Powys, John Cowper, bertajuk The Merlin of Porius, dinyatakan bahawa Merlin adalah seorang manusia yang huge dan slow earth-man.

Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit adalah karekter Merlin pada suatu ketika dahulu, dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculan kembali ke bumi, zaman Satum/Cromos, di mana tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar.

Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-olah merujuk kepada kata Tamim ad-Dari; Dajjal seperti gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menyampaikan ilmu, luas kefahamannya, dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu, huraian di atas amat sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Tamim ad-Dari.

Berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan (pada binaan-binaan), Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali di akhir zaman.

Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman 

Sheikh Imran Nazar Hosein, penulis buku Jerusalem In The Quran pernah mengatakan bahawa di negara inilah (Britain) Dajjal akan menebarkan penipuannya. benarlah kata-katanya bahawa di sinilah Dajjal akan memulakan perancangan kemunculannya (di akhir zaman). 

Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal  sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.

Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel.

John Matthews dalam Merlin Sharman, Prophet Magician pula menyebut ;

Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman…”{3}

Bacalah dengan hati yang terang. Kisah Merlin bukanlah sebuah epik dan bukan dogma atau propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang pernah hidup hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai sebagai mati. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia.{4} Kajilah sejarah kejatuhan pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah dan pembinaan negara Zionis…

______________________________________
1.Lihat Muhammad Isa Dawud, Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda
2.Lihat John Matthews, Merlin : Shaman, Prophet Magician, hlm 132
3.Lihat John Matthews, Merlin : Shaman, Prophet Magician, hlm 126
4.Lihat Muhammad Nurani Maarif, Membongkar Misteri Dajjal

RAHSIA ASTANA, KHAZAKSTAN


Astana, Kazakhstan
Astana adalah bandar pertama yang dibina pada abad ke-21 dan ia menunjukkan kepada kita, siapa  yang mengetuai dunia sekarang ini. Bandar ini diilhamkan dan diinspirasikan oleh seorang lelaki yang bernama Nursultan Nazarbayev, Presiden Kazakhstan. Projek yang disokong oleh berbilion dollar, bandar ini dibina asalnya dari kawasan yang terpencil. Hasilnya adalah menakjubkan. Bandar bersenibina futuristik, mendukung ‘New World Order‘ bertuhankan Matahari. Inilah agama purba yang semakin berani menonjolkan diri dewasa ini. Bandar ini masih dalam pembinaan yang berskala besar, tetapi bangunan yang telah berdiri memberikan gambaran tentang misi Nazarbayev itu.

The Pyramid of Peace


Diilhamkan oleh arkitek terkemuka Britain, Lord Norman Foster, piramid gergasi ini adalah bangunan ganjil yang hadir di tengah-tengah bandar ini. Bangunan ini adalah simbolik untuk “penolakan untuk keganasan” dan “untuk menyatukan agama-agama di dunia”.
Norman Foster berkata bahawa bangunan itu tidak mewakili mana-mana agama dan ini akan memudahkan penyatuan semua agama. Tetapi realitinya, piramid adalah sebuah kuil bagi agama kuno pagan. Iaitu agama yang menyembah Matahari. Pemandangan dan senibina di dalam bangunan ini menunjukkan simbolik-simbolik yang benar-benar mengejutkan. Mari kita jelajah bangunan ini.

Bentuk Piramid

“Penerimaan piramid sebagai satu lambang adalah sebagai doktrin rahsia dan penubuhan ini juga sebagai satu cabang penyebaran idea”-Manly P. Hall, Secret Teachings of All Ages.
Novus Ordo Seclorum = New Order untuk Zaman
Seperti yang dikatakan oleh Manly P. Hall, piramid adalah simbol utama yang menjadi misteri tamadun purba. Mereka agung dalam kesederhanaan, itulah sifat mereka yang membingungkan orang ramai. Para elit yang mengamalkan ilmu ghaib, adalah pewaris tamadun dan kepercayaan purba  ini menggunakan piramid sebagai simbol kuasa di dalam dunia moden.
Capstone (Batu atau penjuru teratas pada bahagian piramid) yang tidak wujud menggambarkan tuhan wujud di dalam alam semesta serta dalam setiap manusia. Satu lagi maksud simbol capstone yang hilang adalah menunjukkan dunia yang belum mencapai pemerintahan yang diinginkan (New World Order). Dikatakan bahawa capstone dari Piramid Besar akan dikembalikan apabila datangnya Dajjal yang membawa New World Order. Puncak piramid itu digambarkan sebagai kekuasaan yang tiada tandingnya mewakili Dajjal yang mereka sembah selama ini.

Berikut adalah piramid-piramid yang terdapat di seluruh dunia, yang mewakili golongan elit berkuasa keatas rakyat jelata.

Memphis Arena

Opera House (Basement)

Apabila memasuki piramid ini di aras tanah (basement), kawasan di dalamnya agak gelap. Terdapatnya opera di ruangan bawah tanah yang mana boleh menempatkan penonton yang ramai.

Underground Opera House
Walaupun gelap, imej besar matahari merangkumi hampir keseluruhan ruangan siling.

Bahagian Tengah

Mengelilingi Meja Matahari
Di sebelah kanan tingkat atas ruangan opera adalah di tengah-tengah piramid. Ruangan ini dijadikan bilik mesyuarat untuk persidangan antara pemimpin -pemimpin agama di dunia ini. Cuba kita renung dan fikir sejenak terhadap simbol-simbol yang wujud di sini. Anda mempunyai pemimpin agama dari seluruh dunia duduk berbincang di kawasan yang berpaksikan tuhan matahari, membincangkan bagaimana untuk menyelesaikan perbezaan antara agama mereka untuk mencapai ‘Zaman Baru’ yang akan datang. Simbolik di sini adalah terang-terangan. Semua ini adalah teologi semata-mata untuk menjauhkan manusia dari kepercayaan agama.

Ruangan tengah ini adalah lebih bercahaya daripada ruangan opera, yang mewakili kemajuan ke arah pencahayaan. Imej matahari di tengah-tengah meja bulat adalah betul-betul di atas matahari dari siling ruangan opera.

Mesyuarat Antara Agama

Jika anda pernah membaca artikel lain mengenai New World Order, Freemason ataupun illuminati di laman web ini, anda mungkin menyedari matlamat New World Order. Salah satu tujuan besar mereka adalah menggantikan semua agama kepada satu bentuk agama neo-paganisme tanpa disedari oleh orang ramai. Inilah yang mereka titik beratkan di dalam mesyuarat. Bandar Astana adalah benar-benar sebuah bandar New World Order.

Puncak Piramid

Puncak piramid ini dihiasi dengan gambaran syurga. Kawasan ini adalah bulat, berkaca dan diterangi cahaya matahari. Imej merpati putih dipersembahkan di dalam kaca, yang mewakili kedamaian, ini adalah simbolik kepada penyatuan kerajaan-kerajaan dunia dan agama di New World Order. Puncak piramid adalah mewakili pencapaian illuminati dan individu pada peringkat tertinggi dunia.Lihatlah siling di puncak piramid (gambar bawah)

Model matahari makin bersinar apabila disimbah cahaya matahari. Bahagian piramid ini (merangkumi semua bahagian yang dibincangkan di atas) menunjukkan wawasan Illuminati terhadap dunia ini.
Di dalam Golden Globe, kita akan menemui “objek” yang membingungkan kita. Objek tersebut adalah segi tiga emas dengan cop tangan presiden Nazarbayev. Kenapa? Secara jujur saya ​​tidak tahu. Apa yang boleh saya katakan ialah objek tersebut kelihatan seperti di dalam filem Total Recall.

Bata Composition

Bata Composition adalah Globe yang ditandatangani oleh wakil-wakil dari 17 agama di dunia. Ya, sekali lagi, bercakap tentang penyatuan semua agama adalah menjadi satu matlamat untuk mencapai agenda mereka.

Pilar Masonic

Dua tiang dan terdapat satu lagi tiang di tengahnya tetapi jauh sedikit jaraknya. Adakah di sini terdapat simbol-simbol Masonic?
Ya, tiang emas berkembar ini mewakili dua rukun Mason iaitu Boas dan Jachin. Saya tidak mahu menghuraikan lebih lanjut tentang simboli ini keseluruhannya, tetapi kami boleh menganggap bahawa Nazarbayev adalah “Menerima Misi Freemason ini”.

Kediaman Presiden

Istana Presiden ini terletak di hujung laluan istiadat yang bermula dari menara Bayterek. Sebuah kubah besar dibina di atas istana itu, yang mewakili prinsip-prinsip wanita, yang bertentangan dengan menara Bayterek yang berbentuk ‘lelaki’. Rancangan dan senibina ini wujud dalam hampir semua bandar-bandar terkemuka seperti Washington dan Paris.

Pusat Hiburan Khan Shatyry (Khemah Terbesar di Dunia)

Banguna pelik ini sekali lagi direka oleh Sir Norman Foster (beliau pada dasarnya mereka keseluruhan bandar). Di dalam khemah tersebut terdapat satu kawasan yang lebih besar daripada 10 stadium bola sepak, akan menjadi bandar di dalam taman, pusat membeli-belah dan hiburan. Kawasan ini juga dihiasi dengan jalan-jalan yang berbatu, sungai yang boleh dilalui oleh perahu, minigolf, pantai buatan dan resort. Struktur ini dibuat untuk kelihatan seperti khemah, yang setanding dengan Kuil Sulaiman.

Tempat-tempat ibadat bergerak (mudah-alih), yang terdiri daripada khemah-khemah, telah digunakan oleh orang-orang Yahudi pada zaman alkitabiah.

Akan Datang di Astana

Astana masih lagi dalam pembinaan, tetapi terdapat beberapa projek yang benar-benar luar biasa. Berikut adalah sebahagian dari projek mereka.

Central Market
Direka oleh Norman Foster.

All-Seeing Eye Stadium (bukan nama rasmi)

Kesimpulan

Sebagai ahli elit dunia yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan untuk menyatukan dunia dalam satu kerajaan yang mereka cipta, mereka menyebarkan simbol sebagai lambang kekuasaan mereka. Hakikatnya penduduk dunia tidak tahu mengenai struktur-struktur yang mewakili golongan elit ini. Inilah sebabnya mengapa rancangan mereka terus berjalan tanpa dipersoalkan dan tanpa disedari. 
Manley P. Hall menulis pada 1918

“Apabila berlakunya rusuhan, manusia diperintah oleh pemimpin yang jahil, institusi keagamaan runtuh, akan wujudnya pemerintahan baru ini yang dipimpin oleh pemimpin yaang jahat yang berselindung di sebalik kebaikan.

Kedengaran amat baik bukan?

DUA RAHSIA SULIT TERBESAR KRISTIAN (BAH. AKHIR)


وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا ﴿٨١﴾

Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.|Al-Israa’17: Ayat 81|

Bahagian 1 – Sila baca di sini. (Artikel Bah. 1)

Dua Rahsia Sulit Terbesar Dua Kunci Rahsia

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Pope Vatican sebagai Ketua Kristian Katolik dan pemerintah negara Vatican. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut ‘Triple Tiara’, salib emas di atasnya dan ‘Crossed Key’ iaitu lambang dua kunci bersilang Satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Pope Vatican. Bagi penganut Kristian yang tidak mengkaji, tiada yang istimewa dari lencana Pope ini. Tapi bagi para pengikut Illuminati peringkat tertinggi, lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga.

The Keys To Kingdom Of Heaven

Rahsia yang telah terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee, Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disembunyikan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dalam tulisan-tulisan, melakarkannya dalam lukisan-lukisan, mengukirnya pada ukiran-lukisan, mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia, petunjuk-petunjuk dan kata kunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.

Dua orang budak kecil melambangkan kunci dan menjunjung tiara/ mahkota. Ini adalah antara kod-kod rahsia yang ditinggalkan.

Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik yang menjadi mangsa ‘pendoktrinan palsu’ oleh para Elit dalam ‘secret societies’ yang mengawal dunia Kristian seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut saja apa jua telunjuk kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan kepada Kristian. Sehingga para Pope sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok rahsia ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta Pope kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason.Para Bishop dan Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik Vatican. APAKAH YANG INGIN ANDA LAKUKAN JIKA ANDA DAPAT MENGAWAL SATU INSTITUSI YANG MEMPUNYAI PENGIKUT BERBILION MANUSIA? Ini adalah kuasa yang amat hebat,dan inilah yang terjadi kepada dunia Kristian hari ini.Amat bodohlah The AntiChrist/ Dajal jika mengabaikan institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan dalam menakluk dunia. KRISTIAN ADALAH MANGSANYA YANG UTAMA UNTUK MENGHADAPI PARA PENGIKUT MUHAMMAD S.A.W YANG DIGERUNINYA.

Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang

“Every great truth begins as a blasphemy.”
|Bernard Shaw|

Dunia Kristian harus dikawal sebaiknya. Jika tidak, dikhuatiri mereka akan mengetahui dan terbaca ajaran-ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa a.s). Jika perkara ini berlaku, mereka beramai-ramai akan mencari agama yang diredhai oleh Allah s.w.t iaitu ISLAM. Oleh itu sesiapa yang menjadi Kardinal dan Pope adalah penting bagi “AntiChrist”. Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi. Ini adalah lanjutan dari Dua Rahsia Sulit Terbesar. Rahsia sulit yang hanya diketahui oleh Pope dan paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib Katolik yang menjadi hamba peringkat tertinggi Illumination of AntiChrist & Azazel.
Ini adalah dua kunci rahsia yang memimpin kita kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar. Dua kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Pope atas arahan Church of Lucifer agar ia tidak diketahui oleh para pengikut Kristian. Sudah tentu anda ingin mengetahui dan ingin melihat kunci-kunci rahsia ini. Apakah petunjuk – petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang. The Papal Crossed Key yang penuh rahsia. Jika anda dapat memegang kunci-kunci bersilang ini, saya akan membawa anda ke Pintu Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed Azazel, untuk membuka ruang khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer. Pada ketika-ketika tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya mengenangkan masa-masa dia terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, KINGDOM OF HEAVEN dan bergurau senda dengan para Malaikat ‘Angels’ yang amat cantik diperbuat dari cahaya yang indah.

Untuk menjejak rahsia The Crossed Key, mari kita sama-sama telusuri apakah yang dimaksudkan dengan di sebalik Dua Kunci Bersilang ini.

The Secret Beyond The Crossed Key

Lambang ini berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa a.s) kepada Saint Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah (Petros dlm bahasa Greek,Cephas dalam bahasa Aramaik Kuno, Bithrus dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai Ben Yonah, Simon Peter, Simon atau Simeon atau dalam sebutan Arab Syam’un). Seorang Yahudi Galilee (arab, al-Jaleel) yang berasal dari Bet’shayid (Bethsaida) sebuah kota di timur sungai Jordan. Beliau bertutur dalam bahasa Aramaik Kuno (satu rumpun dgn bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani). Bahasa yang sama digunakan oleh Isa a.s dan kitab Injil yang asli. Saint Peter (atau Petrus) inilah yang diabadikan namanya pada ibu pejabat Pope Vatican, St. Peter Basilica yang terkenal itu. Beliau termasuk dlam 12 sahabat Nabi Isa a.s (Twelve Apostles of Jesus) atau lebih dikenali sebagai Hawariyyun di dalam AlQuran.

St. Peter Basilica

۞ فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَىٰ مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ آمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ ﴿٥٢﴾

Maka tatkala ‘Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,’Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al Hawariyyun menjawab,’Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri” |Surah Ali Imran 3:52|

وَإِذْ أَوْحَيْتُ إِلَى الْحَوَارِيِّينَ أَنْ آمِنُوا بِي وَبِرَسُولِي قَالُوا آمَنَّا وَاشْهَدْ بِأَنَّنَا مُسْلِمُونَ ﴿١١١﴾

Dan (ingtlah) ketika awhaiytu (Aku wahyukan/ilhamkan) kepada AlHawariyyun,’ Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku’. Mereka menjawab,’Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami adalah orang2 yang patuh (kepada seruanmu)” |Al-Maidah 5:111|

Sudah pasti St. Peter (St.adalah singkatan dari kata Saint yang berasal dari kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam AlQuran itu. Selain Peter,terdapat 11 lagi sahabat Nabi Isa a.s:

The Twelve Apostles

|Peter|
|Andrew|
|James|
|John|
|Philip|
|Bartholomew|
|Matthew|
|Thomas|
|James|
|Thaddeus|
|Simon the Zealot|
|Judas Iscariot|

St. Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Bishop pertama. Beliau dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan ajaran-ajaran Nasrani dan ini menimbulkan situasi tegang di antara para pemerintah Rom yang beragama pagan ketika itu. Ketika era pemburuan ke atas golongan Nasrani, St. Peter telah ditangkap oleh Nero, Maharaja Rom ketika itu dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri yang merasa tidak layak disalib pada posisi yang sama dengan Nabi Isa a.s (Nabi Isa tidak disalib mengikut kepercayaan dalam Islam) di lapangan Nero (Nero’s Circus) berdekatan Obelisk Vatican yang kemudiannya diletakkan di hadapan St. Peter Basilica pada hari ini.


Obelisk Of Vatican City

Crossed Key di dalam lencana Pope adalah perlambangan kepada KUNCI-KUNCI KERAJAAN TUHAN ‘KINGDOM OF HEAVEN’ yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada sahabatnya itu (Peter)

“And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in Heaven.”
– Matthew 16:18-19 |21st Century King James Version|

Maksud dalam Bahasa Melayu, saya terjemahkan.
“Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga.”

Kata kunci di sini adalah KINGDOM OF HEAVEN. Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.

Apakah dia kunci utuk membuka Kingdom of Heaven itu? Adakah Jesus (Isa a.s) telah membukakan rahsianya kepada Peter? Apakah kunci Syurga itu?

Ini adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Pope.Amat penting sehingga ramai paderi diracun dan para Bishop dan Kardinal diugut.Rahsia yang amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana DUA KUNCI RAHSIA BERSILANG INI. Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada Peter? Mengapa kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible? Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea?

APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU?

Untuk menjawab persoalan Ini, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan sorang paderi Katolik. Kisah ni menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatican. Dan apakah fungsi Al Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatican. Kisah ni saya petik dari Mausu’ah al-Qishash al-Waqi’ah.

Paderi & Kunci Syurga.

Ada seorang pemuda Arab yang baru sahaja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.Pada mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu dia ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat para hadirin dan berkata, “Di kalangan kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi itu ingin memanfaatkan keberadaan pemuda dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya adalah untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. “

Si pemuda tersenyum Dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya,

“Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”
|Al-Isra’: 12|

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur Dan al-Qur’an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat |Al-Mulk: 3|

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.”
|Al-Haqah: 17|

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.”
|Al-An’am: 160|

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air.”
|Al-Baqarah: 60|

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. “
|At-Takwir: 18|

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. ” Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, “tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
|Yusuf:98|

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.”
|Luqman: 19|

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.”
|Al-Anbiya’: 69|

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.”
|Yusuf: 28|

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci syurga itu?”

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Saudara islamku sekalian!

Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.

Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan lepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.

DUA KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.

Miftahul Jannah. Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu. Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi Mason dan Illuminist-Christian yangg tidak dapat menerima kehadiran sorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Sedikit rujukan ‘Miftahul Jannah’ dari sumber Islam:

Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah |Riwayat Al-Imam Ahmad|

Rasulullah bersabda :

Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan “La ilaaha illallah” maka ia dimasukkan kedalam surga |HR. Hakim|

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Sahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”

Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi. Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”

‘Gigi’ yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.

Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. |Riwayat Al-Imam Ibnu Majah|

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “

Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. |Riwayat Al-Imam Al-Bukhari|

Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. |Riwayat Al-Imam At-Thabrani|

Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. |Riwayat Al-Imam Al-Hakim|

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. |Riwayat Al-Imam At-Thabrani|

ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter,tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab,tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya.

Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata:

Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).” Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: “Ini adalah sihir yang nyata”.|Al-Saff 61:6|

Juga di dalam kisah Nabi Isa:

Telah sekian lamanya Nabi Isa as melakukan perjalanan untuk menjalankan ibadah. Pada suatu saat, dalam perjalanan beliau melihat sebuah gunung yang tinggi. Kemudian beliau mendaki gunung itu. Sesampainya di puncak gunung, Nabi Isa as melihat batu besar berwarna putih seperti air susu yang sangat indah. Beliau pun menyaksikan batu itu dari dekat dan mengagumi keindahannya.

Ketika sedang mengamati batu indah itu, Allah swt menurunkan wahyu kepada nabi Isa as: “Wahai Isa, senangkah bila Aku menampakkan kapadamu sesuatu yang menakjubkan bila engkau melihatnya?”

“Ya” jawab Isa.

Tiba-tiba batu itu terbuka dengan sendirinya dan membuat nabi Isa terkejut. Di dalam batu itu terdapat seorang syekh yang sudah tua, di tangannya memegang tongkat biru dan di hadapannya ada anggur yang masih segar. Ketika itu ia sedang melakukan solat.

Dengan hairan nabi Isa bertanya, “Ya syekh! Bagaimana anda dapat hidup di dalam batu ini?”
“Tidakkah anda lihat anggur segar di depan mataku ini? Ini merupakan rezekiku sepanjang hari” sahut syekh itu. “Sejak bilakah anda beribadah pada Allah di dalam batu ini?” Tanya Nabi Isa lagi. “Sejak empat ratus tahun lalu” jawab syekh.“Ya Allah. Sungguh aku tidak dapat membayangkan bila ada di antara makhlukMu yang lebih mulia dari orang ini.” Kata Nabi Isa dengan suara agak halus.

Kemudian Allah mewahyukan lagi kepada nabi Isa:
“Sesungguhnya akan datang suatu umat, iaitu umat Muhammad saw. Jika mereka beribadah kepadaKu dengan sungguh-sungguh, maka kedudukan mereka lebih mulia bagiKu daripada orang yang beribadah selama empat ratus tahun ini.”

“Ya Allah, betapa beruntungnya umat Muhammad, dan betapa bahagianya aku jika Engkau jadikan aku umat Muhammad” kata Nabi Isa as.

Terdapat banyak lagi sumber-sumber yang menceritakan seperti perkara-perkara di atas dan sememangnya Nabi Isa a.s (Jesus) adalah rasul yang diutuskan Allah s.w.t untuk membawa agama-Nya.Tetapi setelah Nabi Muhammad s.a.w diutuskan,syariat ajaran Nabi Isa a.s dan lain2 rasul atau nabi (syariat,bukannya akidah atau konsep agama Allah) adalah automatik terbatal (di mana jika kaum Nasrani benar-benar mengikut ajaran Isa a.s/Jesus mereka hendaklah memasuki agama Islam) dan hanya Islamlah sahaja agama yang benar.

Sabda Rasullah s.a.w:
Ertinya: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. |Riwayat Bukhari|

Firman Allah:
Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam. |Ali Imran ayat 19|

Diadaptasi dari sumber : Wake Up Project | Rise Of iSLaM |

DUA RAHSIA SULIT TERBESAR KRISTIAN (BAH. 1)


وَقَالُوا لَن يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَن كَانَ هُودًا أَوْ نَصَارَىٰ ۗ تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ ۗ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿١١١﴾

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar. – Surah Al-Baqarah ayat 111.

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَـٰهًا وَاحِدًا ۖ لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ ﴿٣١﴾

Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. – Surah At Taubah ayat 31.

Ini adalah penjelasan tentang masalah Vatican, pembongkaran dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies).


Setiap Pope yang dilantik di Vatican mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja para Pope tetapi para Bishop dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sunber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang tidak mengkaji dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatican dan Dunia Kristian itu sendiri.Ini kerana, dua rahsia ini adalah ‘mantera’ peringkat pencerahan agung’ (Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatican.

Pope Benedict XVI

Setiap Pope telah menempuh jalan-jalan ‘kebenaran’ mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, bishop hinggalah mencapai pangkat Pope sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyk rahsia yang mereka ketahui. Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ni telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah. Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini. Rahsia-rahsia ini adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian. Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kod-kod rahsia serta harta karun terpendam.

Tentu anda ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Pope atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Rahsia yang akan dibongkar ini adalah bertaraf ‘Rahsia Dalam Rahsia’. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Master berpangkat 33 Darjat Freemason atau Commitee 300 (Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).

Struktur Organisasi Committee 300

Para pengikut Freemason sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya ‘Pencerahan’ – Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.


Juga, para pengikut Kristian juga tidak mengetahui akan Dua Rahsia Terbesar yang disorokkan oleh paderi-paderi besar mereka. Pope Vatican di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatican mewujudkan banyak kod, lorong dan bilik rahsia. Segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah (The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, ia akan memimpin anda kepada satu ‘Zikir Agung’.

Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan air matanya. Sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walaupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama ‘takdir’ Sang Iblis?. Ingin saya maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah – Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari ‘makmal’ penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan Kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.

Skrol Nag Hammadi

Nantikan 2 rahsia terbesar ini. Rahsianya tersembunyi di sebalik lambang Papal Vatican ini.

KONSPIRASI YAHUDI DALAM EARTH HOUR


Artikel Ehsan: MacJay.Net

Earth Hour mulanya adalah sebuah program kempen khas selama 60 minit yang diwujudkan bagi menyedarkan penduduk dunia tentang masalah kepanasan global yang makin meningkat. Kira-kira berpuluh negara mula menyedari kebaikan dan manfaat program ini lantas mengalakkan rakyat mereka untuk bersama dalam menjayakan program ini. Malaysia mula mengikuti program Earth Hour bermula 2009 yang lalu.
Namun, daripada pandangan beberapa pihak, tentunya dari kalangan pemerhati bebas dan penganalisis, mereka sedikit sebanyak merasa ragu-ragu dengan tuntutan sebenar program Earth Hour.

GLOBAL WARMING : SATU PENIPUAN

Ketika Al Gore menerbitkan filem dokumentarinya yang bertajuk “An Inconvenient Truth”, seakan-akan kita mengetahui hanya ada satu kebenaran. Manusia adalah kambing hitam dek kerana lenyapnya gumpalan-gumpalan ais di kutub, setelah berlaku peningkatan suhu bumi dan atas bencana-bencana alam yang terjadi.

Namun, tahukah anda bahawa sebahagian ilmuwan tidak mempercayai itu ? Consensus bersama itu telah mendapat counter consensus dari para ilmuwan yang berprofil tinggi. Dan sekarang saya akan menceritakan kepada anda apa yang disebut teori konspirasi pemanasan global.

Pemanasan global adalah sebuah hoax, dakwa sesetengah golongan profesional yang berkaitan dari kubu kontra Gore. Suhu bumi sesungguhnya hanya berubah sekitar 1 darjah Fahrenheit dalam tempoh satu abad. Tambahan lagi, planet bumi ini telah mengalami ‘period zaman ais’.

Salah seorang yang berpendirian sedemikian ialah Steven Milloy yang memiliki kelulusan dalam bidang Natural Science dan Master dalam bidang Biostatistik dari Universiti of John Hopkins. Beliau ialah salah seorang juri bagi American Association for The Advancement of Science Awards selain pernah diminta oleh kongres Amerika Syarikat untuk menjadi saksi mengenai masalah-masalah berkaitan.

Milloy menegaskan bahawa pemanasan global adalah “Ibu dari segala ilmu pengetahuan sampah”. Ia merujuk kepada perubahan-perubahan suhu bumi yang terjadi secara semulajadi tanpa campur tangan manusia.

Beliau juga merujuk kepada Protokol Kyoto yang dianggapnya sebagai suatu lelucon. Protokol ini bertujuan untuk mengurangi pembebasan gas karbon dunia menjadi 8% pada tahun 2012. 8% adalah tahap bagi pembebasan gas karbon dunia pada tahun 1990. Kita juga tahu, sekali lagi Amerika (ketika dibawah Presiden Bush) menjadi ‘naughty boy’ yang menolak protokol ini, dengan mendapat sokongan negara-negara Eropah.

Tentunya Amerika dan Eropah akan bersikap seperti itu kerana mereka sendiri tahu bahawa ia hanyalah sebuah dongeng global yang sengaja dimainkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sebuah kajian dari Russia (bukan Amerika) menunjukkan bahawa konsentrasi gas rumah kaca di atmosfera berada pada tahap sekitar 370 PPM (per Million) dan bila protokol Kyoto diikuti, maka hal itu hanya akan merubah 1 atau 2 PPM saja pada tahun 2012.

Dengan menggunakan data yang disediakan oleh mereka yang mempromosikan Protokol Kyoto, jika setiap negara meratifikasi protokol tersebut, temperatur global rata-rata hanya akan berkurang sekitar 0,0015 darjah centigrades. Pada tahap ini, diperlukan 667 tahun dan $100 Trillion untuk menurunkan suhu bumi sebanyak 1 darjah centrigades.

Dan satu lagi, ketika kita, manusia dianggap sebagai kambing hitam penyebab pemanasan global, EPA (Environmental Protection Agency) menganggarkan bahawa 25% pembebasan gas metana yang dilepaskan ke Atmosfera berasal dari ‘kotoran ternakan’. Kotoran ini turut menyumbang 65% nitrooksida. Akhbar The New York Times pada 27 Januari 2008 mempunyai laporan lanjut. [klik di sini]

Mungkin ada diantara pembaca pernah menerima email yang menganjurkan anda untuk berhenti memakan daging untuk mengurangi pemanasan global.

Tidak hairan jika banyak orang yang mengatakan bahawa isu pemanasan global adalah salah satu strategi untuk menghasilkan keuntungan bagi pihak-pihak tertentu. Tentu saja bagi mereka, pihak-pihak berkaitan tersebut adalah Al Gore and Friends, dan Gore dituding sebagai pencetus terjadinya konspirasi global ini. Pada tahun 2006, Al Gore terbang (dengan pesawat peribadi) dari rumah mewahnya di Tennesse ke Hollywood dimana beliau menerima Oscar untuk filem dokumentarinya “An Inconvenient Truth” yang memperingati bahaya akan pemanasan global dan bahaya peenggunaan berlebihan bahan bakar fosil. Kita sebagai orang awam, menonton filem itu dan berkata “Wow…saya baru tahu tentang itu.”

Tapi nampaknya para saintis yang bijaksana telah menemui banyak pembohongan dalam filem itu. Gore dengan ‘berhati-hati’ menyatakan bahawa manusialah penyebab pemanasan global. Padahal seperti yang sudah saya katakan sebelumnya, sekelompok saintis berprofil tinggi di dunia turut menolak teori tersebut (termasuk Edwin Aldrin, manusia kedua yang berjalan di bulan). Ramai juga yang mengetahui hakikatnya, Al Gore adalah di antara ‘mereka-mereka’ yang menerima sumbangan besar dari pentadbiran Clinton (ketika Gore menjadi wakil presiden).

Ketika konsert Live Earth Concert 7/7/7 yang diselenggarakan oleh keluarga Rothschild, Al Gore mengumumkan bahawa sebuah pajakan karbon dalam skala Global untuk memerangi pemanasan global akan diwujudkan. Ia tentunya akan memberikan keuntungan kepada beberapa orang pemimpin dunia.

Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, adalah seorang Yahudi. Hubungan Al Gore dengan Yahudi Zionis boleh dilihat apabila anak perempuannya, Karenna Gore berkahwin dengan Paul Schiff yakni keturunan (Yahudi Rothschild) pengarah Wall Street. Dinasti Rothschild seperti juga Rockefeller, Disney dan beberapa lagi dinasti Yahudi Zionis yang lain, sememangnya antara penggerak utama dalam perancangan rahsia Zionis. Sebagai contoh, House of Rothschild merupakan penyumbang utama kewangan untuk Illuminati yang dibangunkan Adam Weishaupt pada 1776. [klik di sini]
Selain itu, Al Gore dan GIM (Generation Investment Management Group) pernah membuat pelaburan sebanyak $10 million kepada Syarikat GreenRoad, yang mempunyai pusat kajian Yehuda, Israel di Beit Dagan Israel dan dua ofis di Amerika Syarikat (Redwood Shores, California) serta London (1 Eversholt Street London).

MITOS GLOBAL WARMING

Dalam artikel ulasan dokumentari “The Great Global Warming Swindle” oleh S. Fred Singer, seorang Atmospheric Physicist menyatakan:

Al Gore’s An Inconvenient Truth has met its match: a devastating documentary recently shown on British television, which has now been viewed by millions of people on the Internet. Despite its flamboyant title, The Great Global Warming Swindle is based on sound science and interviews with real climate scientists, including me. An Inconvenient Truth, on the other hand, is mostly an emotional presentation from a single politician. The scientific arguments presented in The Great Global Warming Swindle can be stated quite briefly: 1. There is no proof that the current warming is caused by the rise of greenhouse gases from human activity. Ice core records from the past 650,000 years show that temperature increases have preceded—not resulted from—increases in CO2 by hundreds of years, suggesting that the warming of the oceans is an important source of the rise in atmospheric CO2. As the dominant greenhouse gas, water vapour is far, far more important than CO2. Dire predictions of future warming are based almost entirely on computer climate models, yet these models do not accurately understand the role or water vapor—and, in any case, water vapor is not within our control. Plus, computer models cannot account for the observed cooling of much of the past century (1940–75), nor for the observed patterns of warming—what we call the “fingerprints.” For example, the Antarctic is cooling while models predict warming. And where the models call for the middle atmosphere to warm faster than the surface, the observations show the exact opposite.

The best evidence supporting natural causes of temperature fluctuations are the changes in cloudiness, which correspond strongly with regular variations in solar activity. The current warming is likely part of a natural cycle of climate warming and cooling that’s been traced back almost a million years. It accounts for the Medieval Warm Period around 1100 A.D., when the Vikings settled Greenland and grew crops, and the Little Ice Age, from about 1400 to 1850 A.D., which brought severe winters and cold summers to Europe, with failed harvests, starvation, disease, and general misery. Attempts have been made to claim that the current warming is “unusual” using spurious analysis of tree rings and other proxy data. Advocates have tried to deny the existence of these historic climate swings and claim that the current warming is “unusual” by using spurious analysis of tree rings and other proxy data, resulting in the famous “hockey–stick” temperature graph. The hockey-stick graph has now been thoroughly discredited.

2. If the cause of warming is mostly natural, then there is little we can do about it. We cannot control the inconstant sun, the likely origin of most climate variability. None of the schemes for greenhouse gas reduction currently bandied about will do any good; they are all irrelevant, useless, and wildly expensive:

  • Control of CO2 emissions, whether by rationing or elaborate cap–and–trade schemes
  • Uneconomic “alternative” energy, such as ethanol and the impractical “hydrogen economy”
  • Massive installations of wind turbines and solar collectors
  • Proposed projects for the sequestration of CO2 from smokestacks or even from the atmosphere

Ironically, even if CO2 were responsible for the observed warming trend, all these schemes would be ineffective—unless we could persuade every nation, including China, to cut fuel use by 80 percent!

3. Finally, no one can show that a warmer climate would produce negative impacts overall. The much–feared rise in sea levels does not seem to depend on short–term temperature changes, as the rate of sea–level increases has been steady since the last ice age, 10,000 years ago. In fact, many economists argue that the opposite is more likely—that warming produces a net benefit, that it increases incomes and standards of living. Why do we assume that the present climate is the optimum? Surely, the chance of this must be vanishingly small, and the economic history of past climate warmings bear this out.

But the main message of The Great Global Warming Swindle is much broader. Why should we devote our scarce resources to what is essentially a non–problem, and ignore the real problems the world faces: hunger, disease, denial of human rights—not to mention the threats of terrorism and nuclear wars? And are we really prepared to deal with natural disasters; pandemics that can wipe out most of the human race, or even the impact of an asteroid, such as the one that wiped out the dinosaurs? Yet politicians and the elites throughout much of the world prefer to squander our limited resources to fashionable issues, rather than concentrate on real problems. Just consider the scary predictions emanating from supposedly responsible world figures: the chief scientist of Great Britain tells us that unless we insulate our houses and use more efficient light bulbs, the Antarctic will be the only habitable continent by 2100, with a few surviving breeding couples propagating the human race. Seriously!

I imagine that in the not–too–distant future all the hype will have died down, particularly if the climate should decide to cool—as it did during much of the past century; we should take note here that it has not warmed since 1998. Future generations will look back on the current madness and wonder what it was all about. They will have movies like An Inconvenient Truth and documentaries like The Great Global Warming Swindle to remind them. “

PENGGUNAAN LILIN

Tentu ramai yang membayangkan malah mungkin merancang untuk menyalakan lilin ketika program Earth Hour ini nanti. Langkah ini sebenarnya langsung tidak efisyen.

Ya, lilin sangat romantik, sangat syahdu dalam kegelapan tapi sedarkah pembaca bahawa kebanyakan lilin diperbuat dari hydrocarbon. Pembakaran lilin pada hakikatnya hanya akan menyumbang ‘greenhouse gas’ dan karbon dioksida berlebihan melebihi dari penggunaan lampu elektrik yang ‘ditutup’ itu sendiri.
Bayangkan ribuan, malah jutaan manusia menyalakan lilin ketika beramai-ramai merayakan simbolik ini, berapa banyak gas yang mencemarkan telah disebarkan keluar, walhal tujuan asal adalah untuk menyelamatkan bumi.

KONSPIRASI ILLUMINATI-FREEMASON DALAM EARTH HOUR?

Dalam artikel Dunia Kembali ke Zaman Lampau Selepas 2038? yang diterbitkan sebelum ini, telah diterangkan tentang ramalan ‘keadaan bumi setelah dilanda Badai Matahari’. Nyalaan besar matahari akan membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. [laporan NASA] Ketika itu manusia akan kehilangan segalanya yang dikecapi pada hari ini.

Dunia pada ketika itu, hidup tanpa teknologi termasuk internet, senjata moden, perkakas elektrik. Jika bekalan elektrik terganggu, ia pastinya akan memberikan kesan pada aliran tenaga elektrik yang akan sampai ke setiap rumah penghuni bumi. Adakah mungkin Yahudi sedang mengkaji betapa faktor cahaya memainkan peranan penting ketika itu?.

Yahudi, seperti juga agama Islam dan Kristian merupakan agama Samawi yang masing-masing mempercayai akan ‘Perang Akhir Zaman’ atau ‘Perang Armageddon’. [klik di sini dan di sini] Bagi umat Islam khususnya bangsa Melayu, ramai yang gemar menggunakan perkataan ‘Perang Islam dan Kafir’. Gambaran Perang Akhir Zaman cuba diterjemahkan ke layar lebar oleh pengarah Kristian, Peter Jackson dalam filem mega Hollywood, Lord of the Ring. [klik di sini] Yahudi sebenarnya telah lama bersiap-sedia untuk menghadapi Laskar Mahdi yang dijanjikan. Lihat gambar di bawah.
Gambar diatas membuktikan bahawa ‘The Hidden Hand’ telah bersiap-sedia untuk menghadapi satu Perang Besar. Berjuta-juta keranda telah disediakan untuk menangani ‘kematian mengejut’ beramai-ramai. Agensi yang bertanggungjawap untuk program ini adalah FEMA.

FEMA merupakan agensi yang bertanggungjawab menguruskan segala krisis. Mereka sungguh berdedikasi dl tugas sehingga telah menyediakan berjuta-juta keranda plastik bagi menangani keadaan “jika” berlaku kematian mengejut beramai-ramai. Lihat pada logo FEMA. Lihat pada gambar sebuah piramid pada logo agensi ini. Kebetulan?.

STRATEGI CFR MENYEKAT IKHWANUL MUSLIMIN DALAM REVOLUSI MESIR


Oleh: IbnYaacob (http://ibnuyaacob.com)

Adalah  sesuatu yang pasti bahawa semua revolusi rakyat yang bergerak di atas platform ‘kesedaran rakyat’ adalah kesan dari permainan catur politik antarabangsa daripada ahli-ahli CFR (Council on Foreign Relation).

Permainan yang digerakkan oleh CFR ini sangat jelas kerana beberapa ahli CFR telah pun mengisyaratkan kebangkitan tersebut dengan satu tajuk yang sangat metafora tetapi takrifan menjelaskan apa yang telah berlaku sekarang dibeberapa buah negara arab.

Untuk memahami apa yang berlaku sekarang di negara Arab adalah lebih baik kita merujuk semula ucapan dasar salah seorang konspirator antarabangsa, Zbigniew Brzezinski pada Mei 2010. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah bagi CFR.


Di dalam video di atas, Brzezinski menjelaskan akan kebimbangannya tentang kebangkitan kesedaran rakyat antarabangsa. Beliau juga cuba menafikan bahawa PBB bukan ‘World Government’ tetapi sebagai organisasi yang memberi hak sama rata dalam bersuara (sebenarnya beliau menipu).

Memahami strategi CFR dalam Revolusi Rakyat Arab?

Umumnya, kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah sedia ada adalah perlu kerana rakyat sangat tertekan. Kenaikan harga barang,  pengangguran, pendapatan per kapita yang rendah sudah pasti mendorong rakyat mendesak kerajaan sedia ada untuk memperbaikinya.

Malangnya, sekian lama mendesak kerajaan hanya membuta tuli, ditambah pula dengan sikap bermewah-mewah pemimpin kerajaan dengan duit rakyat. Inilah yang berlaku di Mesir, Yaman dan Tunisia.

Kezalimanan pemimpin kerajaan yang memerintah secara diktator selama berpuluh-puluh tahun mendorong rakyat membentuk parti baru bagi menjatuhkan kerajaan dari parti sedia ada. Dalam tempoh tersebut juga, wujud golongan ulama yang cuba berjuang melalui politik walaupun tindakan tersebut adalah di luar kehendak mereka. Memandangkan syariat Islam dicemari oleh pemimpin Islam sendiri, maka para ulama menyuntik semangat golongan pemuda untuk berjuang secara berparti tetapi di atas landasan syariat yang betul.

Apabila parti berlandaskan Islam dalam sesebuah negara mula menampakkan peningkatan sokongan setiap kali pilihanraya, maka ia sesuatu yang membahayakan kepimpinan Illuminati. Konspirator dari Illuminati perlu mengekalkan pemimpin-pemimpin Islam yang diktator seperti Zain El Abidine Ben Ali (Tunisia), Hosni Mubarak (Mesir) kerana mereka ini berperanan sebagai modal akhir Illuminati untuk menghalang kebangkitan ulama Islam serta daulah Islamiyah.

Dari kiri; Zbigniew Brzezinski, Mohamed El Baradei dan Hosni Mubarak

Situasi  Revolusi Mesir

Di dalam situasi di Mesir, pilihan raya umum sebenar dijangka berlaku pada September 2011 ini. Sekiranya CFR tidak mewujudkan revolusi dan membiarkan ahli-ahli Ikhwan Muslimin memenangi kerusi parlimen maka dasar luar Mesir akan tidak menyebelahi Amerika dan Eropah. Kemungkinan daulah Islamiyah akan terus berkembang dan mempengaruhi negara-negara Islam seluruh dunia.

Untuk mengatasi pengaruh Ikhawan, CFR bermula mencetuskan demonstrasi melalui NGO-NGO  awam yang sebahagiannya menerima sumbangan kewangan rahsia dari CFR.

Demonstrasi yang diadakan sempena Hari Polis Mesir, 25 Januari 2011 itu berlaku di luar jangkan. Ia dihadiri ramai golongan belia dan masyarakat sehingga tidak dapat dipastikan siapa yang menggerakkan rakyat ke acara demonstrasi itu.

Di dalam kesibukan rakyat menentang kediktatoran Rejim Mubarak, tiba-tiba muncul wira palsu iaitu Muhammed el Baradei yang sanggup turun padang membantu memperjuangkan suara rakyat menentang kerajaan Mubarak.

Kami percaya El Baradei adalah ayam tambatan CFR untuk memikat hati golongan rakyat yang marahkan kezaliman Mubarak. Sekiranya El Baradei berjaya membawa mandat rakyat sehingga menjatuhkan parti Mubarak dalam parlimen maka sudah pasti El Baradei akan dikenang sebagai wira rakyat.

Jika dalam tempoh sebelum Mac 2011 El Baradei berjaya memegang Presiden Mesir sementara, maka beliau hanya mempunyai 5 atau 6 bulan untuk menunjukkan kehebatan kepimpinannya kepada rakyat Mesir sebelum pilihan raya umum negara itu pada September 2011.

Kami yakin dalam tempoh 5 – 6 bulan itu, kerajaan Amerika dan Eropah akan bertungkus-lumus membantu El Baradei menaikkan taraf hidup rakyat Mesir yang masih jauh ketinggalan ke belakang berbanding negara-negara Islam lain.

Kita juga perlu ingat bahawa El Baradei adalah rakan baik George Soros yang mana kedua-duanya adalah ahli lembaga pengarah bagi International Crisis Group. ICG merupakan cawangan proksi bagi organisasi Yahudi elit seperti CFR, Bilderberg Group dan Trilateral Commission.

Adakah 5 hingga 6 bulan cukup untuk mengubah pemikiran rakyat Mesir daripada menyokong calon Ikhwan Muslimin?

Ya, ia cukup. Sekiranya dalam tempoh tersebut gaji pekerja awam berjaya dinaikkan dan aktiviti jemaah Ikhwan diberi ruang seluas-luasnya maka El Baradei akan digelarkan sebagai hero Mesir. Kebebasan yang diberikan El Baradei untuk Ikhwan melaksanakan aktiviti jemaah akan dipandang mulia dan penuh Islamik.

Kesan daripada perubuhan-perubahan besar tersebut, kemungkinan pada pilihan raya calon-calon bebas dari Ikhwan Muslimin akan bermurah hati untuk sama-sama menyokong El Baradei memegang tampuk pemerintahan Mesir.

Maka dari segi ini, CFR telah berjaya dalam misinya memastikan agen-agennya tetap menguasai kerajaan Mesir bukannya ahli-ahli Ikhwan walaupun dengan cara menjatuhkan maruah agen lamanya iaitu Hosni Mubarak.

Desakan Agar Ikhwanul Muslimin Memerintah Mesir

Lanjutan dari ketegangan dan kekenduran sokongan terhadap Mubarak, banyak pertubuhan Islam sedunia majoritinya mengesyorkan agar Ikhwan kembali semula ke pentas politik setelah mereka membuat untuk tidak menyertai politik pada November 2010 lalu. Keengganan menyertai pilihanraya dibuat kerana tidak puas hati dengan sistem berat sebelah kerajaan Mesir dalam pilihanraya umum.

Namun begitu, apakah tindakan yang harus diambil kepimpinan Ikhwan, bertanding atau membiarkan El Baradei menguasai kebangkitan rakyat? Ia sesuatu yang sukar kerana kedua-duanya jalan perangkap. Dalam hal ini kita berserah kepada kebijaksanaan pimpinan Ikhwan untuk menilainya.

Kesimpulan

Jika dilihat pada logiknya, apakah faedahnya Ikhwan menyertai revolusi ini sedangkan ia sudah mampu mencapai 21% kerusi parlimen pada penglibatan pertamanya dalam pilihanraya 2005 lalu? Situasi sekarang membuktikan bahawa CFR tahu Ikhwan mampu mengalahkan parti Mubarak pada September 2011 ini.

Oleh itu, langkah mewujudkan kebangkitan rakyat lebih awal adalah taktik ampuh bagi menyekat penguasaan Ikhwan secara adil. Atau setidak-tidaknya memastikan pentadbiran baru kerajaan Mesir dipenuhi agen-agen asing yang menyamar dalam pentadbiran Ikhwan.

Kami percaya, kepimpinan Ikhwan sebahagiannya mengetahui taktik CFR ini yang cuba mencipta revolusi ‘sintetik’ sebelum ahli-ahli Ikhwan merampas parlimen Mesir.  Namun, sebagai organisasi yang berpengalaman lama,  maka menunggu masa untuk menyingkirkan agen-agen asing dalam Ikhwan adalah lebih utama agar pertubuhan itu tidak menghadapi masalah dalam pilihanraya akan datang.

Wallhu’alam…

%d bloggers like this: