KISAH AINUL MARDIAH BIDADARI SYURGA


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari-bidadari).

Berjihad / berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar Nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda,

Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya. – (Hadith sahih riwayat Tirmizi).

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. QS. ar-Rahman (55):58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. QS. ar-Rahman (55):70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. QS. ar-Rahman (55):72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. QS. ar-Rahman (55):74

‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi disebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada Nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri, lalu di tanya sahabat ini, di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi), lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat di dunia ini, lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita), saya penjaganya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan, lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi, dan tidak pernah di lihat di dunia, lalu wanita itu berkata, akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku, bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW, tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

___________________________________
Sumber: http://iburok.blogspot.com

Advertisements

KELUASAN NERAKA JAHANAM


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:-

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w. “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”

Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu daripada orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”

Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas).

Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”

Jawab Jibrail: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”

Jawabnya: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.”Kemudian Nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta keampunan kepada Allah. (dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yang Lalai”)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat, iaitu;

  • Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  • Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  • Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  • Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  • Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  • Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  • Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
  • Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
  • Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
  • Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua’lam.

Sumber: http://iburok.blogspot.com

12 BARISAN MANUSIA DI AKHIRAT


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;

Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: “Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris  (Surah an-Naba’:18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada saya, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.

Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…

BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…

BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…

BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…

BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam

_____________________________________________

Sumber: http://www.murabbiy.com/

YAHUDI YANG MENJADI AHLI SYURGA


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu sedang mereka mengenai (salahnya perbuatan yang demikian).” (al-Baqarah: 146)

Pada suatu hari, al-Hashin ibn Salam duduk sambil membaca Taurat, Perjanjian Lama, kitab suci kaum Yahudi. Ia termasuk salah seorang pemuka agama Yahudi dari Bani Qaynuqa yang tinggal di bahagian timur Madinah.

Sebagai seorang Yahudi, al-Hashin mengetahui, menjalankan ajaran agamanyadengan baik, dan mengikuti segala perintah Tuhan yang dituliskan dalam lembar-lembar yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. di Bukit Hawarib.

Al-Hashin mengamati salah satu ayat dalam Taurat yang berbunyi, “Dan Tuhan dari Sinai, terbit dan muncul di Sair, kemudian bercahaya di Gunung Faran.”

Al-Hashin ibn Salam menyedari kurnia dan anugerah dari Allah yang telah memberinya hidayah dan keimanan. Ia sering merenung dan berfikir serius. Dia antaranya ia memikirkan bahawa Allah telah mengutus Nabi Musa a.s. sebagai nabi dan utusan-Nya yang menyeru manusia ke jalan Tuhan.

Setelah datangnya Nabi Isa a.s yang diutus di Palestin. Kini, seorang nabi lain diutus. Namun, ia tidak diutus untuk tidak dan berasal dari kalangan Bani Israil seperti nabi-nabi sebelumnya, termasuk Nabi Daud, Sulaiman, Ishak, Yaakub, bahkan hingga Nabi Zakaria dan Isa a.s. Semuanya berasal daripada Bani Israil. Nabi yang baru ini berasal dari garis keturunan Ismail. Ia pun tidak muncul di Palestin, tetapi di Faran, tempat yang kini disebut Mekah. Nabi baru itu akan berhijrah ke Yastrib – yang kelak disebut Madinah al-Munawwarah.

Melalui pemikiran dan perenungannya yang jernih, al-Hashin sampai pada kesimpulan yang benar dan mencapai hakikat sejati. Kerana itu, ia sering berdoa kepada Tuhan agar memanjangkan umurnya sehingga dapat bertemu dengan nabi baru itu dan mengikuti ajarannya.

Al-Hashin menyibukkan dirinya dalam berbagai-bagai aktiviti sosial serta keagamaan, kerana ia termasuk ulama Yahudi, yang harus menasihati kaumnya. Akidah sebahagian mereka telah rosak dan sesat; mereka tidak lagi mengimani Tuhan dan melupakan ajaran-ajaran-Nya. Jiwa mereka cacat dan dinodai kejahatan, kebencian, dan kedengkian. Mereka mencampuradukkan antara kebaikan dan keburukan, antara yang hak dan yang batil dalam kehidupan mereka sehari-hari.

Meskipun demikian, keburukan dan kerosakan akhlak sebahagian kaumnya tidak membuatnya beralih dari jalan yang benar. Ia tetap kukuh dalam keyakinannya kepada Tuhan, seraya menunggu datangnya khabar tentang nabi baru.

Akhirnya, al-Hashin mendengar khabar tentang seorang bernama Muhammad ibn Abdullah yang mendakwahkan agama baru dan mengajak manusia menyembah kepada Tuhan Yang Esa serta meninggalkan penyembahan berhala. Orang itu mengaku sebagai nabi dan utusan Tuhan. Kini, ia semakin yakin bahawa nabi yang dikhabarkan dalam Taurat itu telah datang. Semakin besar pula keinginan untuk bertemu dan bercengkerama dengannya.

Apakah ia belum mendengar khabar tentang datangnya seorang utusan Muhammad untuk penduduk Yastrib iaitu Mush’ab ibn Umair?

Pada suatu hari…

Ketika sinar matahari mulai meredup dan beranjak menuju peraduannya, al-Hashin baru saja selesai mengerjakan kerja sehari-harinya di kebun kurma. Kelelahan, ia duduk di bawah pohon Kurma seraya menikmati semilir angin yang sejuk membelai tubuhnya. Kenikmatan suasana itu memberati kelopak matanya sehingga lama-kelamaan ia tertidur di bawah naungan pohon kurma itu.

Dalam tidurnya, ia bermimpi cukup aneh…

Dalam mimpinya itu ia berjalan-jalan dengan kepayahan melewati jalan setapak yang sempit. Di kiri kanannya banyak tumbuh semak-semak berduri yang menggoreskan luka-luka kecil pada kakinya. Ada banyak lubang dan bebatuan yang semakin membuatnya sulit berjalan. Ia banyak berhenti untuk menghela nafas, baru kemudian melanjutkan perjalanan. Tiba-tiba, setelah lama berjala, ia melihat di sebelah kanannya sebuah jalan yang mulus, tidak berbatu, dan tanpa duri terpampang di hadapannya … jalan itu begitu mulus dan lapang. Di kiri kanannya tumbuh pepohon yang rimbun menaungi para pejalan. Segera ia beralih ke jalan itu dan merasakan kenikmatan serta kenyamanan … hatinya pun merasa tenang dan bahagia setelah kelelahan sekian lama.

Namun, belum lagi lama berjalan, ia telah terbangun dari tidurnya. Al-Hashin bangkit dengan fikiran masih dipenuhi bayangan mimpinya. Ia putar ulang mimpinya itu dan merenung: makna apakah yang dikandung mimpinya? Ia bertekad untuk menceritakan mimpinya itu kepada kaumnya.

Apakah mimpinya itu merupakan petanda mengenai kehidupan yang akan dijalani al-Hashin?

Al-Hashin pun tidak mengetahui jawapannya. Kerap kali ia putar ulang mimpi itu dalam kepalanya. Sementara itu, ayat Taurat yang selama ini menyibukkan fikirannya pun selalu terbayang dalam benaknya.

Tidak menunggu lama dalam peristiwa itu, al-Hashin mendengar khabar gembira bahawa orang yang dinantikannya itu, Muhammad putra Abdullah sang utusan Tuhan akan tiba di Yatsrib, sebagai Muhajirin bersama sahabatnya.

Nabi Muhammad s.a.w datang ke Yatsrub dan penduduk di sana menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan penghormatan. Dengan gembira menyambut kedatangan Muhammad, setiap orang mempersiapkan diri dan tampil dengan pakaian yang terbaik. Anak-anak dan kaum wanita melantunkan nyanyi puji-puji mengagungkan Muhammad. Setiap lelaki berusaha mengiringi langkah Muhammad dan sahabatnya Abu Bakar sejak memasuki Yastrib seraya berharap bahawa tamu agung itu berkenan singgah dan menjadi tamu di rumah mereka.

Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar berjalan melintasi jalanan Yastrib diringi oleh semua orang yang berjalan di belakangnya dengan sukacita hingga mereka tiba di perumahan keluarga Amir ibn Auf.

Pada saat itu, al-Hashin tengah berada di puncak salah satu pohon kurmanya untuk membersihnya pelepah-pelepah yang kering. Ketika melihat kedatangan Rasulullah dan sahabatnya itu, ia berseru gembira, “Allahu Akbar!”

Sementara itu, di bawahnya berdiri Khalidah bint al-Harits yang, mendengar teriakan al-Hashin, lansung bertanya kepadanya, “Demi Allah, mendengar teriakaknmu, seakan-akan aku mendengar khabar kedatangan Musa ibn Imran. Anak saudaraku, mengapa kau berteriak seperti itu?”

Dengan rona muka yang bahagia al-Hashin segera turun dari pohon itu dan berkata pada bibirnya, “Bibi, ia memang saudaranya Musa, yang diutus oleh zat yang juga mengutus Musa. Itulah yang dikatakan Taurat.”
Khalidah berkata lagi, “Anak saudaraku, apakah ia nabi yang dikhabarkan dalam Taurat, dan ia diutus saat ini, sekarang ini?”

“Benar.”

Al-Hashin ibn Salam segera bergabung dengan penduduk Yastrib lainnya menyambut kedatangan Nabi Muhammad saw. dengan perasaan bahagia kerana mendapatkan limpahan dan kurnia kebaikan dari Allah. Al-Hashin sendiri tidak henti-hentinya bersyukur kerana doanya dikabulkan sehingga dapat bertemu dengan Sang Nabi.

Kedatangannya Nabi s.a.w ke Yatsrib semakin menggelorakan hasrat al-Hashin untuk menemuinya. Ia segera pergi dan bergabung di majlis Nabi s.a.w, dan mendengar beliau menyeru orang-orang, “Wahai manusia, sebarkanlah salam kedamaian, berikanlah makanan, dan sambungkanlah tali kasih sayang (silaturrahim), dan solatlah di malam hari ketika orang-orang tidur nyenyak.”

Sungguh kalimat yang baik, murni, dan suci, kalimat yang bersumber dari hati yang tulus dan murni, hati yang memancarkan rasa aman, damai, dan cinta.

Al-Hashin merasa sangat berbahagia. Ketika memerhatikan wajah baginda Nabi saw., semakin ia yakin bahawa seruan yang didakwahkannya itu benar. Kalimat-kalimat semacam itu hanya akan keluar dari lisan seorang nabi, yang diutus membawa risalah daripada Allah.

Orang-orang yang hadir di sana berebut dan saling berdesakan agar mendapatkan kesempatan untuk menyatakan syahadat dan keislamannya di hadapan Nabi saw. Al-Hashin berhasil mendapat kesempatan bagus untuk masuk dan mengadap kepada Rasulullah, dan lansung menyatakan keimanannya kepada Allah dan Rasullah.

Lautan kebahagiaan lansung memenuhi dan menggelorakan jiwa al-Hashin. Berkali-kali ia ucapkan kalimat syahadat. Rasulullah menanyakan namanya, dan ia menjawab, “Hashin.”

Namun Rasulullah segera mencelah, “Bukan, tetapi Abdullah.”

Sejak hari itu, al-Hashin berubah menjadi Abdullah ibn Salam. Ia tak lagi seorang Yahudi. Kini, ia adalah seorang Muslim tulen. Abdullah ibn Salam kembali pulang ke rumahnya, menemui keluarganya dan mengajak mereka kepada Islam. Mereka semua menyatakan keislaman mereka, termasuk bibinya, Khalidah bint al-Harits.

Abdullah ibn Salam tetap merahsiakan keislamannya itu dari kalangan Yahudi lainnya, kerana ia telah mengenal baik karekter mereka dan keburukan akhlak mereka. Pergaulannya yang lama dengan kaum Yahudi dan kedudukan dirinya sebagai ulama Yahudi membuatnya sangat memahami karakter dan sifat mereka. Sifat dan perilaku buruk itu mereka dapatkan sebagai kesan daripada keburukan dan seksaan yang mereka alami di masa Firaun,serta kekejaman yang ditimpakan oleh Nebukadnezar al-Kaldani, juga kekejaman penguasa Romawi. Kerana itulah kaum Yahudi dikenal sebagai bangsa yang pendendam, pendengki, dan selalu berprasangka buruk kepada pihak lain, bahkan kepada nabi-nabi mereka.

Maksudnya:

Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).” (an-Nisa: 155)

Sejarah juga mencatat akan usaha mereka membunuh nabi mereka sendiri, iaitu Nabi Arami. Mereka juga membunuh Nabi Zakaria, serta menyiksa Nabi Isa a.s. dan menyerahkannya kepada penguasa Romawi.

Al-Hashin atau Abdullah ibn Salam mengetahui betul karakter dan sejarah kaum Yahudi, sejarah kebodohan dan kebengalan mereka.

Pada suatu hari Abdullah ibn Salam menghadap kepada Rasulullah dan berkata,

Wahai Rasulullah, sesungguhnya kaum Yahudi adalah kaum yang bengal. Dusta dan pembangkangan mereka telah dikenal luas, begitupun upaya mereka menyimpangkan manusia dari kebenaran. Seandainya mereka tahu aku telah masuk Islam, tentu mereka akan mencela dan memusuhiku.

Abdullah ibn Salam meminta kepada Rasulullah untuk menyembunyikan di sebuah bilik, kemudian mengabarkan keislamannya kepada kaum Yahudi. Ia ingin tahu bagaimana reaksi kaum Yahudi ketika mengetahui bahawa ia telah masuk Islam, bahawa ia telah menempuh jalan hakikat.

Kemudian Abdullah ibn Salam bersembunyi di sebuah kamar dan Rasulullah mengundang beberapa pemimpin Yahudi ke rumahnya. Setelah mereka tiba, Rasulullah bertanya, “Apakah di antara kalian ada yang bernama al-Hashin ibn Salam?”

Mereka menjawab yakin, “Ia tuan kami, dan anak tuan kami. Ia adalah pemuka agama kami dan seorang alim di antara kami.”

Tidak lama kemudian, Abdullah ibn Salam keluar dari bilik dan menemui mereka. Tentu saja para pembesar Yahudi itu terkejut bukan kepalang. Mereka menarik ucapan mereka dan berkata, “Kami salah, lelaki ini bukan golongan kami, dan bukan pemimpin kami.”
Namun, Abdullah ibn Salam telah memiliki keberaniaan dan kepercayaan diri yang lebih besar. Ia berkata kepada mereka, “Wahai kaum Yahudi, sesungguhnya kalian mengetahui hakikat Muhammad, dan apa yang dibawanya sebagai utusan Tuhan. Semua itu telah tertulis jelas dalam kitab suci kalian, tentang nama dan sifat-sifatnya.”

Orang-orang Yahudi itu masih tidak percaya menyaksikan sesuatu yang tak ingin mereka lihat. Abdullah ibn Salam kembali mengajak mereka, “Wahai kaum Yahudi, bertakwalah kepada Allah. Kenalilah hakikat. Terimalah apa yang disampaikan oleh Muhammad. Ajarannya merupakan petunjuk bagi kamu semua.”

Orang-orang Yahudi itu saling berpandangan di antara mereka, tanpa dapat berkata apa-apa. Ketika mereka masih diliputi keraguan dan ketakjuban, Abdullah ibn Salam menyempurnakan ucapannya, “Sedangkan aku, saksikanlah, aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Dakwahnya adalah kebenaran. Tidakkah kalian berislam?”

Kaum Yahudi itu masih diliputi ketakjuban dan rasa tak percaya. Mereka murka sekaligus tak percaya bahawa guru mereka ternyata telah berubah dan menjadi pengikut Muhammad. Akhirnya mereka pulang seraya berkata mencela Ibn Salam, “Engkau pendusta. Sungguh kau adalah kejahatan di antara kami dan anak kejahatan. Engkau adalah kebodohan dan anak kebodohan.”

Peristiwa ini menunjukkan dusta kaum Yahudi dan kebodohan mereka. Ibn Salam berkata kepada Rasulullah saw., “Wahai Rasulullah, seperti telah kukatakan, kaum Yahudi adalah kaum pembangkang yang bengal. Tidak ada keimanan sejati dalam diri mereka. Dan mereka sama sekali tidak boleh dipercaya. Mereka tak pernah memegang teguh janji mereka.”

Tidak lama menunggu, Allah menurunkan ayat al-Quran yang bermaksud:

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu sedang mereka mengenai (salahnya perbuatan yang demikian). (al-Baqarah: 146)

Mendengar ayat itu dibacakan di hadapannya, dan melihat bagaimana Rasulullah mendapatkan wahyu itu, Abdullah ibn Salam merasa sangat bahagia. Kecerian dan kesenangan memenuhi jiwanya lalu memancar ke seluruh tubuhnya. Ayat Allah itu meneguhkan hakikat yang telah diketahui dan dipegang teguh oleh Ibn Salam, hakikat yang diingkari oleh kaum Yahudi lainnya. Mereka telah mendusta, mendustakan, dan bersikap membangkang terhadap kebenaran. Sebelum pulang, Abdullah ibn Salam berkata kepada Rasulullah, “Demi Allah, aku mengenalmu lebih banyak dan lebih dalam ketimbang anak-anak dan keluargaku.”

Sejak saat itu dimulailah diskusi, perdebatan, dan perbincangan yang seru antara kaum Yahudi dan kaum muslim.

Kehidupan Abdullah ibn Salam berlangsung sebagaimana biasanya. Ia tinggal di Madinah sebagai sebahagian dari umat Islam. Ia bahagia dengan keislamannya. Baginya, tinggal di sisi Rasulullah untuk membela dan membantu dakwahnya adalah kebahagian yang tak berbanding. Ia selalu duduk paling depan di antara sahabat-sahabat lainnya ketika Rasulullah menggelar majlis ilmu.

Tidak ditemui catatan yang jelas tentang keterlibatan Abdullah ibn Salam dalam peperangan yang disertai umat Islam, baik menghadapi kaum Quraisy mahupun ketika mengepung dan mengusir kaum Yahudi, atau ketika mereka menghadapi kedua-dua musuh itu yang bersekutu menyerang kaum Muslim. Namun yang pasti, ia merasa bahagia mendengar khabar kemenangan kaum muslim melawan musuh-musuhnya. Ia senang melihat cahaya Islam semakin jauh menyinari orang-orang dari kawasan yang berbeza-beza di sekitar jazurah Arab. Ia bahagia dengan semakin luasnya wilayah negara Islam sehingga menyentuh kawasan Iraq, Syria, dan Mesir … ia bahagia dengan kemenangan Islam dan Rom dan Parsi. Ibn Salam banyak terlibat dalam berbagai peristiwa historis umat Islam.

Ketika Rasulullah wafat, baginda digantikan oleh Abu Bakar yang menjadi khalifah, pemimpin umat Islam. Kemudian Umar menggantikannya, kemudian Uthman ibn Affan. Mereka semua selalu menghormati Abdullah ibn Salam, mengingat kedudukannya dan kesolehannya.

Pada suatu hari, para sahabat Rasulullah sedang duduk di Masjid Nabi. Di tengah-tengah mereka duduk seorang lelaki tua. Aura wajahnya tampak mengesankan dan memikat setiap orang yang memandangnya. Ia tengah berbicara kepada hadirin menyampaikan nasihat dan ajaran-ajaran keagamaan. Dialah Abdullah ibn Salam.

Ia berbicara kepada orang-orang di sekitarnya dengan gaya tutur yang santun. Lembut, dan berwibawa. Orang-orang duduk mendengarkan dengan khusyuk. Setelah majlis ilmu itu selesai, Abdullah ibn Salam keluar dari majlis untuk berjalan sesuai dengan kehendak hatinya.

Ketika ia keluar masjid, seseorang yang ikut mendengarkan ceramahnya berkata, “Siapa saja yang suka melihat wajah seorang ahli syurga, lihatlah laki-laki itu.” (yang dimaksudkannya adalah Ibn Salam).

Seorang sahabat yang bernama Khursyah ibn al-Hurr, yang ikut menghadiri majlis ini, berkata kepada dirinya sendiri, “Demi Allah, aku akan mengikutinya hingga aku mengetahui rumahnya.”

Khursyah mengikuti Abdullah ibn Salam. Namun di tengah perjalanan Abdullah memanggilnya dan bertanya, “Apa keperluanmu, wahai saudaraku?”

Khursyah menjawab, “Aku mendengar orang-orang berbicara tentangmu ketika engkau keluar dari masjid, “Siap saja yang suka melihat wajah seorang ahli syurga, lihatlah laki-laki itu’. Itulah yang mendorongku untuk mengikutimu.”

Abdullah ibn Salam berkata, “Hanya Allah yang mengetahui tentang ahli syurga. Aku akan bercerita kepadamu tentang hadis yang mereka bicarakan.”

Kemudian Abdullah ibn Salam mulai menceritakan kisahnya.

Ketika aku tidur, aku bermimpi. Seorang lelaki mendatangiku dan berkata kepadaku, “Bangkitlah.” Kemudian ia memegang tanganku. Dan aku pun pergi bersamanya. Kami tiba di hadapan persimpangan. Aku mencuba berjalan ke arah kiri, namun laki-laki itu menahanku dan berkata, “Jangan ambil jalan yang kiri, kerana jalan itu adalah jalan golongan kiri.”

Lalu aku melihat ke jalan sebelah kanan, dan lelaki itu berkata, “Ambillah jalan ini.”

Kemudian kami berjalan hingga tiba di sebuah tiang yang sangat tinggi. Dasarnya tertanam di bumi dan puncaknya menyentuh angkasa. Dari puncak tiang itu tergantung seutas tali. Lelaki itu berkata, “Panjatlah tiang ini.”
“Bagaimana boleh memanjat tiang ini sedangkan puncaknya menembus cakerawala?”

Ia memegang tanganku dan tiba-tiba saja aku telah bergantung pada tali itu berusaha memanjat tiang.

Entah apa yang terjadi berikutnya kerana fajar membangunkanku. Keesokan paginya aku menemui Rasulullah dan menceritakan mimpiku. Rasulullah bersabda,

Jalan yang kau lihat di sebelah kirimu adalah golongan kiri. Jalan yang ada di sebelah kananmu adalah jalan golongan kanan. Sedangkan mengenai gunung, itu adalah tempat para syuhada. Kau tidak akan mendatanginya. Dan tiang tinggi yang puncaknya di angkasa dan dasarnya di bumi adalah tiang Islam. Tali yang kau gunakan untuk memanjat adalah tali Islam. Kau akan terus memegangnya hingga akhir hayatmu.

Khursyah senang mendengar kisah itu dan berharap semoga dirinya termasuk ke dalam golongan ahli syurga. Keadaan berlangsung di Madinah selari dengan harapan semua kaum Muslim. Mereka hidup bahagia dan dipenuhi harapan yang indah mengenai kemajuan agama mereka. Kini, cahaya Islam telah tersebar ke wilayah yang jauh lebih luas. Pasukan Muslim berjaya menewaskan pasukan Parsi di timur dan bersiap-siap menakluk Mesir.

Muaz ibn Jabal termasuk pasukan tentera Muslim yang turut serta dalam misi penaklukan Syria. Namun, ia diserang wabak penyakit di sana. Ia pulang ke Madinah dalam keadaan sakit yang teruk.

Dengan hikmah yang dimilikinya, Abdullah ibn Salam mengetahui apa yang dideritai Muaz ibn Jabal dan menyedari bahawa ajalnya tidak lama lagi. Kerana itu, ia berkata kepada Muaz, “Wahai Muaz, berilah kami wasiat.”

Muaz, yang telah meraih hakikat, berkata kepada para sahabat yang hadir di sekitarnya, “Carikanlah ilmu dari Abu Darda, Salman, Ibn Mas ‘ud, dan Abdullah ibn Salam, seorang Yahudi yang masuk Islam. Aku mendengar Rasulullah bersabda tentangny, ‘Sesungguhnya ia termasuk dari sepuluh ahli syurga.”

Wasiat itu merupakan persaksian yang jelas mengenai kedudukan dan keutamaan Abdullah ibn Salam.

Kehidupan Abdullah ibn Salam berlangsung dengan tenang. Ia diselamatkan daripada konflik sosial-politik yang berlaku di masa-masa akhir kekhalifahan Uthman ibn Affan serta konflik antara Ali ibn Abu Talib dengan Muawiyah ibn Abu Sufyan.

Ketika mengetahui bahawa Ali ibn Abu Talib berniat menghantar pasukan tentera ke Iraq untuk menyerang para pembemrontak, Abdullah ibn Salam memberi nasihat, “Wahai Ali, tetaplah bertahan pada mimbar Rasulullah s.a.w. Jika kau meninggalkannya, kau tidak akan kembali ke sana.”

Tetapi Ali tidak mengikuti nasihat Ibn Salam dan berkata, “Abdullah ibn Salam adalah lelaki yang soleh.”

Dan terjadilah apa yang telah terjadi ke atas diri Ali ibn Abu Talib.

Abdullah ibn Salam meninggal dunia pada tahun 43 Hijrah.

Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Abdullah ibn Salam, kerana Dia telah menunjukinya kepada Islam dan berjuang dengan tulus ikhlas membantu dakwah Rasulullah sehingga Rasulullah memberikannya khabar gembira sebagai salah seorang ahli syurga.

_____________________________
MUHAMMAD IQBAL
ummatanwasatan.net

MUNGKINKAH PALESTIN MENDAPAT HAKNYA SEMULA?


Kisah Palestin amat menyayat hati dan juga boleh membakar kesedaran kita betapa kuasa besar dunia baik Amerika Syarikat (AS) telah menafikan dan memperlambatkan tuntutan terhadap tanah airnya. Negara Israel dicipta oleh Pertu-buhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1948 dengan bantuan kuasa imperialis AS dan Eropah. Israel sebelum itu boleh ditempatkan ke negara seperti Uganda dan Argentina tetapi kelompok zionis Yahudi mahukan tanah Palestin yang konon-nya dalam kitab suci mereka ada tercatat di mana sebenarnya negeri Israel.

AS dan Eropah menghidupkan dan merealisasikan negara Israel kerana mempunyai kepentingan geo-politik strategik kerana di kawasan Dunia Arab sana ada minyak yang boleh mereka membelinya dengan mudah bagi menggerakkan ekonomi imperialisme. Rakyat Palestin tidak bersikap dungu melainkan sentiasa melawan dan selepas Perang Enam Hari 1967 keluasan tanah milik Palestin semakin kurang. Palestin melancarkan Intifada pada tahun 1987 dan 2000.

Israel dengan bantuan militer gagah dari AS meneruskan agenda menakluki tanah Palestin dan kini tanah milik Palestin di Gaza dan Tebing Barat telah banyak berkurangan. Terdapat 1.5 juta rakyat Palestin dibawah pendudukan Israel hidup sebagai rakyat kelas kedua.

Terdapar 4.7 juta rakyat Palestin berdaftar dengan PBB sebagai orang pelarian mengikut statistik 2010. Kesemua pelarian itu mahu pulang ke tanah air mereka tetapi Israel dengan bantuan militer AS setakat ini berjaya menafikan hak itu. Israel telah menjalankan banyak kerja-kerja gila seperti memasang tembok batu setinggi 20 kaki bagi memasung penempatan Palestin, sedangkan Israel di persada dunia melaung-laungkan bahawa orang Palestin adalah orang ganas.

Rakyat Palestin dibawah pendudukan yang sah telah dinafikan berinteraksi dengan dunia luar dan menghadkan seketat-ketatnya bilangan yang boleh ke negara jiran. Malah gerakan antarabangsa yang cuba membawa bantuan kemanusiaan akan diajar habis-habisan oleh pihak militer Israel. Begitu kejam sekali Israel ini. Bayangkan rakyat Palestin tidak sama sekali berputus-asa dan telah berjuang untuk menuntut tanah airnya melalui berbagai-bagai kaedah baik diplomasi, rundingan dan menyuara di PBB selama 6 dekad. Selama lebih dari 6 dekad tiada satu pun yang mendatangkan hasil. Semua Presiden AS sejak 1948 telah gagal dalam mencapai satu persepakatan damai yang berkekalan, sebaliknya berjaya memperbudakkan hampir semua pemimpin Arab mengikut telunjuknya.

Perdamaian Palestin-Israel Di Kaca Media

Media boleh mempengaruhi pandangan umum. Gambaran yang selalu di gembar-gemburkan oleh media Barat milik pemain korporat gergasi imperialisme ialah bagi mencapai perdamaian Israel-Palestin, rakyat Palestin mesti menjamin keselamatan bagi negera Israel dan pemimpin Israel sentiasa sulit untuk berbincang dengan pemimpin Palestin, kononnya pemimpin Israel sahaja berminat tetapi tidak bagi Palestin dalam mencari suatu perdamaian selama ini. Pemimpin Israel terlalu obses yang Palestin tidak mungkin boleh mendapat keselamatan dengan hadirnya Hamas, pemerintah demokratik dan mujahid bagi Jalur Gaza. Pada hal Israel telah banyak mengebom rakyat Palestin. Rakyat Palestin terpaksa melawan secara keras melalui militer untuk menyerang balik serangan Israel.

Ketika itu media dunia dimonopoli oleh BBC, CCN dan banyak lagi yang dikuasai oleh media pemerintah korup negara-negara Arab yang juga dikuasai oleh AS atau Eropah. Imej dan ketrampilan Palestin dilukiskan sebagai pengganas dan tidak suka pada perdamaian. Kini dengan hadirnya jalur luas internet, dunia tidak lagi termakan dengan berita-berita propaganda canggih yang dicernakan oleh media Barat itu.

Dalam konteks perkembangan ini Presiden Barrack Obama dalam satu ucapan yang bergaya dan berkuasa telah melontarkan satu pandangan bahawa bagi menyelesaikan krisis Palestin-Israel, rujukan rundingan harus dibuat pada persempadan 1967, yakni rujukan harus dibuat kepada berpuluh-puluh ketetapan PBB yang mendukung syarat-syarat seperti itu. Pendeknya beliau berucap bahawa Israel harus kembalikan semua tanah Palestin yang diduduki selepas Perang Enam Hari 1967 termasuk Jerusalem Timur. Penempatan baru terhadap tanah-tanah Palestin dalam rangka ‘Greater Israel’ harus juga ditinggalkan.

Bagaimanapun Benjamin Netanyahu menjadi orang pertama melenting yang cadangan Obama itu tidak mungkin boleh diguna pakai. Netanyahu membawa isu itu terus ke Obama dan berkongsi pada satu perjumpaan dengan kumpulan pelobi Yahudi berpengaruh di AS, AIPAC. Netanyahu mengulangi perkara yang sama iaitu Palestin harus menjamin keselamatan bagi Israel dan juga mahukan Hamas membuangkan prinsip atau pegangannya yang tidak mahu langsung mengiktiraf negeri Israel.

Netanyahu bertindak atau bersikap bagaikan Israel itu sebuah negeri yang berdaulat padahal ianya dicipta oleh PBB. la berkeras enggan melepaskan tanah jajahannya walaupun ia selaku perampas tanah Palestin. Hakikat ini telah disiarkan secara meluas oleh siaran Aljazeera di seluruh dunia.

Dahulu Netayahu pernah bengang semasa Hamas (Jalur Gaza) dan Al-Fatah (Tebing Barat) bergaduh. Dia berkata dengan siapa saya hendak berunding kerana kedua-duanya tidak bersatu. Kononnya Palestin yang penuh bermasalah, susah diajak berunding. Kali ini apabila Hamas dan Al-Fatah bersatu, Netanyahu bengang lagi dan berkata dia tidak mahu berunding dengan Palestin dan memaklumkan kepada dunia bahawa rujukan kepada persempadan 1967 tidak mungin boleh dipakai.

Mungkin ramai tidak mendapat maklumat bahawa Palestin selama 60 tahun begitu rindu akan satu perdamaian dan mereka selalu berusaha mencari perdamaian dan sebaliknya Israel sengaja mahu kekalkan status-quo lantaran ada sokongan dari AS yang mahu meneruskan rencana menguasai Dunia Arab. Tetapi Dunia Arab sedang dalam proses menuntut digniti dan melepaskan diri mereka daripada diperbudakkan oleh kuasa luar, khususnya AS dan Eropah. Pada September lalu, Palestin telah membawa isu meminta PBB mengiktiraf negara Palestin yang merangkum Jalur Gaza dan Tebing Barat. Obama tidak mahu memberi sokongan dengan usaha ini dan tergamak mengatakan bahawa inisiatif Palestin untuk membawa kesnya ke PBB tidak akan memberi sebarang kesan positif. Obama pun ada mengatakan bahawa hubungan keramat dan intim Israel-AS selama ini tetap kekal. Maka bolehkah AS berdiam diri dengan bantahan Netanyahu?

Mahukah Obama menerima risiko yang ia akan digambarkan sebagai pengkhianat kepada kewujudan Israel dan bakal kalah nanti dalam pertandingan calon Presiden AS bagi penggal kedua?

Israel adalah anak emas AS kerana seperti disebut awal tadi bahawa Israel menjadi entiti strategik di Dunia Arab bagi AS. Jawapannya Obama sekadar retorik saja dan tidak lebih daripada itu. Israel sebagai negara keganasan terhadap Palestin tidak mungkin dikecam oleh AS.

____________________________________________________________
Sumber: http://www.tarbawi.my – diaksess pada 7 Mac 2012: 3.45PM

MERENUNG KEJUJURAN HUD-HUD DAN KETEGASAN NABI SULAIMAN A.S


20. dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta Dalam tenteranya) lalu berkata: “Mengapa Aku tidak melihat burung hud-hud? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? 21. “Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya Dengan seksa yang seberat-beratnya, atau Aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaKu alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)”. 22. burung hud-hud itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): “Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang Engkau tidak cukup mengetahuinya, dan Aku datang kepadamu dari negeri Saba’ Dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. 23. “Sesungguhnya Aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar. 24. “Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari Dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, 25. “(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan. 26. “Allah! – tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar “. 27. Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, Adakah benar apa yang Engkau katakan itu, ataupun Engkau dari golongan yang berdusta. 28. “Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; Dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka”.

Banyak kisah ditampilkan di dalam Al Quran memiliki pengajaran yang relevan sepanjang zaman dengan kehidupan sosial kita. Al Quran telah menampilkan sejumlah tokoh-tokoh tauladan dan tokoh-tokoh pengajaran agar dijadikan renungan tentang akibatnya kepada masyarakat. Ada kisah pembela kebenaran yang terdiri dari Para Nabi, Rasul dan orang-orang yang soleh, ada juga tokoh pelopor kezaliman seperti Firaun, Tsamud, ‘Ad, dan Abrahah. Selain dari tokoh-tokoh dari bangsa manusia, ada juga kisah yang menampilkan pelajaran dari bangsa haiwan. Kisah Nabi Sulaiman dan burung

Hud-Hud merupakan salah satu contoh kisah pengajaran yang terkandung di dalam Al Quran. Kisah ini dirakamkan di dalam surah An Naml ayat 20 hingga 28 supaya ia menjadi pengajaran kepada manusia, kisah mengenai sebuah kerajaan yang tidak akan dimiliki oleh seseorangpun setelah kewafatan Nabi Allah Sulaiman A.S.

Wahai Tuhanku! Ampuni kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tiada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya”Surah As Shad:35, Al Quranul Karim

Pada satu ketika, Nabi Sulaiman A.S mengumpulkan seluruh pengikut-pengikutnya dan memeriksa mereka baik dari kalangan manusia, jin dan haiwan. Sesudah diteliti, ternyata burung Hud-Hud didapati tidak hadir sehingga menyebabkan Nabi Sulaiman A.S murka kepada Hud-Hud dan bertekad akan menyembelihnya sebagai hukuman. Tidak lama kemudian, Hud-Hud datang menghadap Nabi Sulaiman dengan penuh pengaduan, menjelaskan sebab-musabab keterlewatannya di dalam majlis perhimpunan yang diwajibkan oleh Baginda Sulaiman. Hud-Hud menjelaskan kepada Baginda bahawa ia terserempak dengan seorang wanita bernama Balqis, seorang ratu kerajaan Saba’ yang memiliki singgahsana yang besar, tetapi malangnya ratu tersebut tidak beriman dan tunduk kepada Allah Taala.

Pengaduan Hud-Hud diterima oleh Nabi Sulaiman, lantas Baginda mengarahkan Hud-Hud untuk menyiasat perkara itu dan membawa surat perutusan dari Baginda. Diringkaskan di sini bahawa Hud-Hud adalah seekor makhluk kecil yang memiliki kepekaan dan prihatin terhadap peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Keistimewaan yang dimiliki oleh Hud-Hud adalah taat kepada pemimpin dan dahagakan maklumat. Walaupun Hud-Hud menyedari kelewatannya bertemu Nabi Sulaiman, Hud-Hud tetap hadir dengan membawa amanah untuk dihadapkan kepada pemimpinnya.

Keterlewatan Hud-Hud bukan alasan untuknya tidak hadir bertemu Nabi Sulaiman. Ini menunjukkan Hud-Hud memiliki sifat berani biarpun kemungkinan yang bakal berlaku ialah Hud-Hud akan dihukum oleh Nabi Sulaiman.

Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir) An Naml: 21, Al Quranul Karim

Sekali imbas ancaman yang dituturkan oleh Nabi Sulaiman A.S kepada Hud-Hud tersebut adalah amat menggerunkan, apalagi jika ucapan tersebut ditujukan kepada manusia yang melalaikan perintahnya. Seolah-olahnya Nabi Sulaiman mengeluarkan ‘pekeliling surat berhenti kerja 24 jam’ kepada Hud-Hud, tetapi sambungan ayat selanjutnya menyerlahkan sisi lain yang walaupun disampaikan dalam keadaan murka, namun rasional masih menguasai diri Nabi Sulaiman, “…Kecuali jika dia datang kepadaku dengan alasan yang jelas”.

Apa yang benar, Hud-Hud tidak terbang ke negeri Saba’ untuk bersiar-siar, makan angin ataupun melanggar prinsip-prinsip umum seperti mengabaikan perintah pemimpin dan sebagainya, sebaliknya Hud-Hud terbang dan kembali ke perbarisan Nabi Allah Sulaiman. Kelewatan Hud-Hud adalah kerana ingin mendapatkan maklumat berkaitan keadaan politik di negeri Saba’. Misi yang dibawanya juga adalah misi yang besar, iaitu misi men-tauhidkan umat manusia, bukannya misi-misi berbentuk sekunder seperti masalah khilafiyyah, permusuhan peribadi dan tuduh-menuduh, tetapi misi menyelamatkan manusia dari menjadi ‘parasit’ kekufuran.

Namun, tindakan Hud-Hud pula janganlah dijadikan alasan untuk bersikap tidak Wala’ kepada pimpinan, iaitu wabak ‘meroyan’ dan ‘hilang kawalan’ dan ’emosional‘, atau watak mengutamakan pendapat sendiri berbanding keputusan pimpinan dalam melakukan gerak kerja jamaah sehingga tidak selari dengan dasar dan matlamat gerakan Islam. Kisah ini tidak seharusnya dijadikan sandaran dalil kepada aktivis gerakan Islam untuk buat ‘kepala sendiri’ atau ingin berperanan sebagai Hud-Hud sahaja, iaitu mahu meninjau ‘kawasan’ sahaja tanpa melakukan kerja lain. Ini kerana yang terbang ke sana sini barangkali bukannya Hud-Hud milik Nabi Sulaiman, tetapi mungkin seekor gagak hitam yang merayau-rayau meninjau timbunan sampah.

Hud-Hud tetap meletakkan ketaatan kepada Nabi Sulaiman kerana ketaatan kepada pemimpin adalah perkara dasar (thawabit) dalam berjamaah, bukan mengabaikannya. Sikap yang ditunjukkan Hud-Hud juga memperlihatkan bahawa seorang perajurit Islam mestilah memiliki kepekaan terhadap amanah, sikap mengkaji dan teliti, bersemangat untuk menyedarkan kaum walaupun dengan kemampuan dan peranan yang kecil. Begitulah juga dalam ilmu dakwah, kategori penyampaian boleh dilakukan dengan pelbagai dari setinggi-tinggi kaedah penyampaian sehingga serendah-rendah daya kemampuan, bermula dari kuasa dan arahan, kemudiannya percakapan, penulisan dan seterusnya akhlak yang baik. Baginda Nabi Muhammad S.A.W sendiri sebelum dikenal sebagai pemidato di pentas dakwah dan politik, Baginda S.A.W pada awalnya dikenal melalui akhlak yang mulia sehingga digelar oleh sahabat dan musuh sebagai “Al Amin”.

Manakala dari sisi pengajaran yang dapat kita amati dari sikap Nabi Allah Sulaiman pula, seorang pemimpin mestilah memiliki sifat tegas dan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik, bukannya bertindak semberono dan menuduh tanpa pemeriksaan yang nyata. Ketelitian Nabi Sulaiman dapat dilihat melalui katanya di dalam surah An Naml ayat 27:

Nabi Sulaiman berkata; Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta

Ketegasan ini menunjukkan kepada setiap pemimpin agar jangan segera percaya dengan setiap alasan yang diberikan tanpa penelitian. Dalam lapangan politik, seorang pemimpin memang wajar bersikap buruk sangka kepada barisan yang dipimpinnya, tetapi bukanlah dengan hanya bersikap buruk sangka sahaja tanpa mencari jalan penyelesaiannya. Periksa betul-betul setiap laporan yang dikemukakan, kerana khuatir maklumatnya ditokok-tambah, sedangkan realitinya ‘jauh panggang dari api’. Ini kerana informasi yang tepat & boleh dipercayai sangat penting untuk meneruskan kelancaran organisasi agar visinya mampu bergerak laju tanpa ‘tempang’.

Itulah yang ditekankan oleh Nabi Allah Sulaiman, Baginda tidak terus melulu menerima setiap patah kata-kata Hud-Hud, sebaliknya memeriksa intipati kebenarannya:

Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka” – An Naml:28, Al Quranul Karim

Imam Al Qurtubi di dalam tafsirnya mengatakan,

Ayat ini adalah dalil yang menunjukkan perlunya pengiriman surat-surat kepada orang-orang musyrik dan menyampaikan dakwah tauhid kepada mereka, dan mengajak mereka masuk Islam. Rasulullah S.A.W juga telah menulis surat kepada kerajaan Caesar Romawi dan Kisra Parsi dan kepada beberapa raja yang zalim” [Rujuk Tafsir Qurtubi 13/189]

Di dalam Surah An Naml ayat 28, sikap yang ditunjukkan oleh Nabi Sulaiman juga mengajarkan bahawa seseorang pemimpin itu mestilah merasai kehilangan anggota pengikutnya sekiranya tidak hadir. Seorang pemimpin harus memerhatikan siapa yang tidak hadir dalam setiap pertemuan dan kegiatan kerana ia merupakan tanggungjawab yang mesti dilakukannya sebagaimana seorang imam memerhatikan kehadiran para makmum-nya. Kata Umar Al Khattab R.A,

Selidiklah sahabatmu di waktu solat. Jikalau mereka tidak hadir kerana sakit, engkau jenguklah. Dan sekiranya dalam keadaan sihat-sihat sahaja maka patutlah untuk dicela.

Nabi Sulaiman juga mengajarkan kepada bakal pemimpin negara supaya tidak meremehkan perkara kecil, kerana seringkali sesuatu yang besar bermula dari awalnya nampak kecil. Tugas yang dimainkan oleh Hud-Hud hanya kecil jika dibandingkan dengan jin Ifrit yang menanggung beban berat singgahsana Balqis, tetapi sumbangan jentera kecilnya bernama Hud-Hud tetap direkodkan di dalam Al Quran kerana “kejujuran”nya. Selain itu, sebagai manusia kita perlu merasa malu dengan Hud-Hud, spesis burung yang kecil tetapi hidupnya digunakan untuk misi besar iaitu mengajak manusia mentauhidkan Allah, bahkan dia melakukan tugasan mulia tersebut tanpa menunggu arahan khusus.

Jika kita telusuri dunia penciptaan yang berjaya mewujudkan peradaban di dunia, kita dapat melihat banyak karya-karya penciptaan dan hasil-hasil penemuan awalnya dirintis oleh individu tidak ternama seperti Ibnu Firnas (W.887) yang mencipta bingkai pesawat yang hanya boleh dikendalikan oleh seorang manusia sahaja. Kemudian hasil ujikaji tersebut didukung oleh Wright brothers iaitu Oliver Wright dan Wilbur Wright pada tahun 1903 sehingga berjaya menghasilkan pesawat secanggih kita saksikan pada hari ini. Demikan juga dalam medan dakwah, pada awalnya ia bermula daripada kekentalan seorang individu, kemudian akhirnya nanti ia menjadi garapan organisasi sebagaimana kejayaan dakwah Nabi Muhammad S.A.W yang bermula dari era pembinaan umat di Madinah, tetapi impak mutakhirnya Baginda berjaya mencipta pelbagai versi tamadun kerajaan dan ketokohan manusia yang berkiblatkan dakwah Islam.

Hasil kejayaan itu semuanya terangkum kepada kata kunci “Misi & Visi”. Jika haiwan sekecil Hud-Hudpun memiliki visi dan misi-nya iaitu “MENTAUHIDKAN ALLAH”, maka apatah lagi manusia yang diberikan kudrat menundukkan seluruh makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi ini. Dengan visi dan misi inilah Salahuddin Al Ayyubi dapat menguasai kembali Baitul Maqdis, dengan visi dan misi ini Saifuddin Qutuz berjaya menewaskan tentera Tatar yang dianggap umat Islam waktu itu sebagai Ya’juj wa Ma’juj, dengan visi dan misi ini juga menyebabkan Khalid Al Walid tidak berkecil hati dengan perlucutan jawatannya sebagai panglima perang oleh Khalifah.

Penutup

Marilah kita tanamkan visi dan misi kehidupan kita semata-mata mentauhidkan Allah Taala. Elakkan cara berfikir “ia bukan kerja saya”, sebaliknya bertindaklah seperti Hud-Hud yang walaupun dia hadir dengan ‘lewat’nya, tetapi komitmen-nya, ke-ikhlasannya, kejujurannya dan gerak kerjanya dipertaruhkan semata-mata demi usaha mentauhidkan Allah Taala. Kita belajar ilmu untuk mentauhidkan Allah. Kita bekerja untuk mentauhidkan Allah Taala. Kita menceburkan diri dalam dunia politik dan kepartian untuk mentauhidkan Allah Taala, hatta dalam sekecil-kecil perkara sekalipun seperti menulis di “wall facebook” dan sebagainya juga demi mentauhidkan Allah Taala.

Ini kerana, jika anda benar-benar jujur, kesalahan bukanlah ukuran seseorang itu melakukan kederhakaan, tetapi adalah kejayaan yang akan menjadi renungan pada hari ‘esok’. Kejujuran adalah sifat para pendokong kemenangan. Hal ini dapat kita pelajari dari kekalahan umat Islam di perang Mu’tah, iaitu ketika ketiga-tiga orang panglima perang yang dilantik Rasulullah S.A.W gugur syahid bernama Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib, dan Abdullah bin Rawahah; Khalid al-Walid mengambil alih tempat ketua tentera, atas permintaan beberapa individu di dalamnya. Khalid Al Walid melihat bilangan tentera Islam terlalu sedikit jika dibandingkan dengan tentera Rom. Oleh itu, Khalid membuat keputusan membawa tentera pulang ke Madinah. Apabila mereka hampir dengan Madinah, mereka telah disambut taburan tanah daripada orang ramai sambil berkata, “Wahai orang-orang yang melarikan diri. Kamu telah lari daripada medan jihad di jalan Allah”.

Lantas Rasulullah S.A.W membela Para Sahabatnya yang jujur, “Mereka bukanlah orang yang melarikan diri tetapi mereka adalah orang yang akan mengulangi peperangan, Insya Allah” [ Rujuk Sirah Ibnu Hisyam 4/292 ]

Sumber Rujukan:
[1] Min Fiqhil Aulawiyyat, Dr. Majdi Hilali
[2] Feqh Nasr wa Tamkin, Dr. Mohamad Ali As Solabi

Sumber:http://www.tarbawi.my diaksess:7 Mac 2012:11:05AM)

RAHMAT SELURUH ALAM DI DALAM KITAB-KITAB UMAT DAHULU (BAH. 2)


Saringan Buah Pena Al-Ustadz Dr Ali Jumaat (Mufti Negara Mesir)

Al-Ustadz Dr Ali Jumaat (Mufti Negara Mesir)

Khabar-khabar Gembira Tentang Nabi saw di dalam Perjanjian Baru.

Kitab Perjanjian Baru merupakan baki kitab suci bagi umat Nasrani (Kristian), ia adalah bahagian yang terpenting di sisi mereka. Ia dipanggil dengan nama Injil kerana ia disandarkan kepada Nabi Isa as. Tidak beriman dengan Kitab Perjanjian Baru ini seorang pun di kalangan Bangsa Israel melainkan dari kaum Nasrani. Golongan Nasrani membahagikan Kitab Suci itu dua bahagian, Perjanjingan Lama seperti yang telah lalu dan Perjanjian Baru.

Kitab Injil Perjanjian Baru

Injil atau Perjanjian Baru atau juga dikenali dengan himpunan risalah –risalah ini merupakan bahagian yang baru di dalam kitab suci di mana golongan Nasrani menamakan catatan-catatan sebelum zaman kebangkitan Nabi Isa as dengan panggilan Perjanjian lama dan selepas zaman kebangkitannya dengan panggilan Perjanjian Baru. Ia mengandungi 27 kitab yang mana empat kitab pertama daripadanya dipanggil kitab-kitab Injil secara rambang iaitu Matta, Marqus, luqa dan Yuhana. Andaian yang dapat kita buat berdasarkan nama-namanya jelas bahawa kitab-kitab itu ditulis oleh pengikut-pengikut setia Nabi Isa as.

Kitab Injil Perjanjian Lama

Ianya merupakan himpunan sepuluh kitab-kitab lain yang tersebar pada awal-awal tahun masihi yang kemudiannya dibatalkan oleh perhimpunan Ugama Kristian kali pertama yang terkenal, diadakan di Nicea (Izniq sekarang) di Asia Kecil pada tahun 325 Masihi di bawah kelolaan Maharaja Kaisar Rom yang bernama Qastantien yang agung di mana telah diputuskan bahawa hanya empat buah kitab ini sahaja yang dibenarkan sebagai sandaran dan selain daripadanya diperintahkan supaya dibakar. Oleh yang demikian ianya terkenal dengan nama Injil-injil Induk atau Injil-injil di sisi undang-undang.

Kitab Injil yang disebut di dalam Al-Quran adalah lain daripada Injil-injil terbabit, tetapi yang dimaksudkan dengan Injil di dalam Al-Quran adalah wahyu asal yang diturunkan secara langsung kepada Nabi Isa as yang dikenali di kalangan orang-orang yang sezaman dengannya dengan nama di dalam bahasa Yunani sebagai “Evangelion” yang bermaksud “Khabar Gembira”.

Himpunan kitab-kitab Perjanjian Baru adalah seperti berikut:

  1. Matta
  2. Marqus
  3. Luqa
  4. Yuhana
  5. Tugas-tugas Para Utusan
  6. Risalah Paulus Kepada Rom
  7. Risalah Paulus (1) kepada Korenses
  8. Risalah Paulus (2) kepada Korenses
  9. Risalah Paulus kepada Galaty
  10. Risalah Paulus kepada Efesus
  11. Risalah Paulus kepada Piliey
  12. Risalah Paulus kepada Kolosy
  13. Risalah Paulus (1) kepada Thesaloniky
  14. Risalah Paulus (2) kepada Thesaloniky
  15. Risalah Paulus (1) kepada Themoses
  16. Risalah Paulus (2) kepada Themoses
  17. Risalah Paulus kepada Titus
  18. Rislah Paulus kepada Pilemon
  19. Risalah Paulus kepada Ibrani
  20. Risalah James
  21. Risalah Petros (1)
  22. Risalah Petros (2)
  23. Risalah Yuhana (1)
  24. Risalah Yuhana (2)
  25. Risalah Yuhana (3)
  26. Risalah Yahuza
  27. Mimpi Yuhana

Tidaklah dapat disangkalkan apabila Nabi saw disebut di dalam Kitab Perjanjian Lama yang merupakan Kitab Suci bagi kaum Yahudi, secara tidak langsung ia juga menjadi bukti terhadap kaum Nasrani (Kristian) kerana mereka juga beriman dengannya dan menganggapnya sebahagian daripada kitab suci mereka. Apa yang telah dipaparkan mengenai perkhabaran-perkhabaran tentang Nabi saw di dalam Perjanjian Lama telah cukup untuk menjadi hujah ke atas Yahudi dan Nasrani dengan serentak kerana mereka semua mempercayai bahawa ianya wahyu daripada Allah swt, kecuali mereka berusaha memalingkan maksudnya kepada sebaliknya.

Adapun perkhabaran-perkhabaran dan isyarat-isyarat mengenai Nabi saw di dalam Kitab Perjanjian Baru amatlah banyak. Sesungguhnya Nabi Isa as banyak membawa berita gembira mengenainya kerana tidak terdapat di antara Beliau dengan Nabi saw oleh nabi yang lain. Disebabkan demikian berita-berita mengenainya amat banyak sehinggakan juga terdapat di dalam Kitab-kitab Injil yang sudah diubah. Di antaranya seperti berikut:

1. Di dalam Yuhana (16/7) Isa Al-Masih berkata: “Adalah suatu yang baik bagi kamu bahawa aku akan meninggalkan sekalian kamu jauh, kerana sekiranya tidak aku pergi sesungguhnya orang yang membawa hidayat itu tidak akan mendatangi kamu, tetapi bahawasanya apabila telahku pergi, akanku utuskan beliau kepada kamu”

2. Kemudian Isa Al-Masih menerangkan sifat pembawa hidayat itu dengan katanya: “Sesungguhnya dia tidak sekali-kali mengeluarkan perkataan daripada dirinya sendiri, tetapi dia akan berkata-kata mengikut apa yang dia dengari daripada wahyu”. (Yuhana 16/3)

Ini adalah suatu yang disifatkan oleh Allah swt mengenai Nabi saw di dalam Al-Quran di mana firmanNya bermaksud:

Tidaklah ia melainkan wahyu yang diturunkan kepadanya. (An-Najm;4)

3. Di dalam Yuhana (14/16) berkata Isa Al-Masih: “Akan daku memohon daripada Bapa, dia akan mengurniakan kepada kamu semua Paracietus yang lain yang akan bersama kamu selama-lamanya”.

Perkataan Paracletus dari segi lafaznya bererti Ahmad (Yang Terpuji). Inilah adalah berbetulan dengan apa yang difirmankan oleh Allah swt yang bermaksud:

Daku (Isa Al-Masih) membawa khabar gembira berkenaan rasul yang akan datang selepasku bernama Ahmad (As-Shaf:5)

4. Di dalam Matta (11/14) berkata Isa Al-Masih: “Sekiranya kamu mahu menerima, maka inilah di Iliya yang teguh keazamannya, nanti akan tiba kedatangannya, sesiapa yang mempunyai dua telinga hendaklah dia dengar.”

Kiraan daripada jumlah huruf perkataan Iliya sama dengan kiraan jumlah perkataan Ahmad.

5. Di dalam Matta (17/11) berkata Isa Al-Masih: “Sesungguhnya Iliya akan tiba pertama kalinya dan dia akan mendatangi segala sesuatu.”

6. Di dalam Matta (21/32) Selepas Isa Al-Masih membuat perumpaan seorang tuan rumah yang menanam anggur dan menyerahkannya kepada penanam-penanam anggur, Isa Al-Masih seterusnya berkata: “Adakah tidak kamu baca di dalam kitab-kitab, sesungguhnya batu yang telah dipinggirkan oleh pembina-pembina binaan telah menjadi tapak kepada dinding-dinding bangunan daripada pihak tuhan. Ini merupakan suatu perkara yang pelik dan pelik pada mata-mata kita. Kerana demikian daku menegaskan kepada kamu, sesungguhnya kerajaan Allah akan dicabut daripada kamu dan akan diberikan kepada umat yang mengusahakan buah-buahnya. Barangsiapa jatuh ke atas batu tersebut dia akan hancur dan barangsiapa yang ditimpa batu itu dia akan binasa”.

Batu yand dimaksudkan oleh Isa Al-Masih itu merujuk kepada Nabi Ismail as yang telah dipinggirkan bersama-sama ibunya oleh Sarah (Isteri Nabi Ibrahim as). Adalah suatu perkara yang pelik di sisi BaniIsrael bahawa kerajaan Allah akan dicabut dan diberikan kepada keturunan saudara-saudara mereka iaitu bangsa Arab, sebagaimana juga merupakan perkara pelik bagi mereka bahawa Hajar (Ibu Nabi Ismail as) bukanlah seorang yang merdeka pada mula-mulanya, dia hanyalah hamba kepada Sarah. Nabi saw yang lahir daripada keturunan Nabi Ismail as itulah yang dimaksudkan dengan batu yang menjadi tapak binaan yang Allah swt reda terhadap sesiapa yang mengikutinya dan membinasakan sesiapa yang ingkar terhadapnya di dunia dan di akhirat.

7. Di dalam Yuhana (4/19,20,21) perbualan seorang perempuan dengan Isa Al-Masih di mana perempuan itu berkata kepada Al-Masih: “Wahai penghuluku, aku meyakini bahawa engkau seorang nabi. Sesungguhnya datuk moyang kami telah bersujud (sembahyang) pada bukit ini, dan engkau sentiasa berkata: Sesungguhnya pada Urasyalem merupakan tempat yang mesti dilakukan sujud padanya”. Lalu Al-Masih berkata kepadanya:

“Wahai perempuan, percayalah kepadaku sesungguhnya akan tiba suatu masa yang mana kamu tidak lagi bersujud padanya, tidak pada bukit ini dan tidak pada Urasyalem”.

Ini merupakan isyarat Nabi Isa as berkenaan pemalingan kiblat dan ianya bertepatan dengan apa yang difirmankan oleh Allah swt yang berbunyi:

Akan berkata orang-orang bodoh dari kalangan manusia apakah yang memalingkan mereka (orang-orang yang beriman) daripada kiblat yang telah mereka berhadap ke arahnya (al-Baqarah;142)

hingga firmanNya berbunyi:

Sesungguhnya kerap kali kami telah melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang mengadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah wajahmu kearah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaa’bah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka-muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang telah diberikan Kitab (Yahudi dan Nasrani) megetahui bahawa ia adalah perintah benar dari Tuhan mereka. Dan Allah tidak sekali-kali lalai terhadap apa yang mereka lakukan (Al-Baqarah;144)

8. Di dalam Yuhana (15/26) berkata Isa Al-Masih mengenai Nabi saw, ujarnya: “Sekiranya datang ‘Munhamana’ dialah orang yang Allah swt utuskan kepada sekalian kamu.”

Perkataan ‘Munhamana’ yang merupakan bahasa Siryani secara lafaznya bererti ‘Muhammad’. Perlu diambil perhatian bahawanya perkhabaran Nabi Isa as ini telah digugurkan daripada cetakan-cetakan baru bagi kitab Injil, tetapi ianya masih terdapat di dalam cetakan-cetakan yang lama bagi Kitab Injil.

9. Di dalam Yuhana (16/13) berbunyi: “Apabila tibanya ruh kebenaran itu, maka dia akan memimpin kamu kepada seluruh kebenaran kerana dia tidak mengeluarkan perkataan daripada dirinya sendiri, bahkan dia berkata-kata mengenai apa yang dia dengari dan dia akan memberitahu kamu tentang perkara-perkara yang akan berlaku.”

Perkhabaran di dalam Kitab Injil Barnabas

Apa yang telah lalu merupakan isyarat-isyarat dan perkhabaran-perkhabaran yang terdapat di dalam 4 buah kitab Injil yang rasmi dan diakui di sisi kebanyakkan golongan-golongan Nasrani (Kristian). Kita tidak terdedah sehingga sekarang kepada Injil-injil yang tidak diakui oleh pihak gereja yang mana bilangannya lebih banyak, di antaranya adalah Kitab ‘Injil Barhaba’ yang terdapat di dalamnya khabar-khabar gembira mengenai Nabi Muhammad saw secara terang dan jelas.

Kitab Injil Barnabas berusia lebih 1500 tahun yang ditemui baru-baru ini. Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara, Turki dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Artikel Lanjut Disini

Di dalamnya juga terdapat penegasan bahasa Isa Al-Masih adalah seorang hamba Allah. Di sana terdapat kitab-kitab Injil yang lain yang wujud pada kurun pertama dan ke-dua Masihi tetapi kemudiannya dibatalkan oleh pihak gereja selain Injil Barnaba.

Di antara Injil-injil tersebut:

– Injil Abyon – Injil Tujuh Puluh

– Injil Yaakub – Injil Dua Belas

– Injil Thomas – Injil Peringatan

– Injil Nicodem – Injil Ibrani

– Injil Petros – Injil Mesir

– Injil Yason – Injil Many

– Injil Marqiune. –Injil Kehidupan

Yang menguatkan kewujudan Injil Barnaba dalam usia yang lama bahawa di sana terdapat catatan surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Ketua Gereja Rom yang pertama iaitu Pope Glacius, telah menduduki kerusi Ketua Gereja pada tahun 492 Masihi iaitu 79 tahun sebelum kelahiran Nabi saw., di mana Baginda dilahirkan pada 571 Masihi. Pope berkenaan telah menyenaraikan kitab-kitab Injil yang diharamkan membacanya, di antaranya ialah kitab yang dipanggil Injil Barnaba.

Satu-satunya naskhah yang tekenal sekarang adalah naskah Itali yang terapat di dalam perpustakaan Di Raja Viena. Ia dianggap kesan sejarah yang paling berharga di mana naskhah ini mempunyai 225 muka surat yang tebal daripada kertas yang dibuat daripada kapas dan dijilid dengan kertas yang kukuk serta dibalut dengan kulit. Orang pertama yang menjumpai naskhah ini adalah Kremer, Menteri Raja Prusia sewaktu beliau menetap di Amsterdam. Beliau meminjam naskhah berkenaan pada tahun 1709 Masihi daripada perpustakaan salah seorang orang-orang kenamaan di Amsterdam. Selepas empat tahun kemudian pembesar Holand ini telah menghadiahkan naskhah terbabit kepada Prince Jugend Savoy yang berminat terhadap kesan-kesan sejarah. Naskhah ini kemudiannya berpindah bersama bahan-bahan perpustakaan Prince berkenaan ke perpustakaan di Raja Nemsa.

Barnabas Bible urdu 001 - 487x800px Barnabas Bible urdu 002 - 487x800px
Barnabas Bible urdu 003 - 514x800px Barnabas Bible urdu 003 - 514x800px
Barnabas Bible urdu 005 - 514x800px Barnabas Bible urdu 006 - 514x800px
Klik imej untuk pembesaran.
Manuskrip Injil Barnabas dalam bahasa Urdu yang menerangkan tentang Nabi Muhammad dan Islam. Lihat tanda-tanda merah dan hijau dalam manuskrip. Sumber: 4shared Document

Sesungguhnya telah didapati naskhah yang lain di Spanyol pada awal kurun ke-18 di dalam 220 muka surat yang mengandungi 222 fasal. Naskhah ini telah sampai ke tangan seorang orientalis bernama Sale, kemudiannya berpindah ke tangan Doktor Mancius yang merupakan salah seorang anggota sebuah fakulti di Oxford. Beliau lalu menterjemahkannya ke bahasa Inggeris.

Perkhabaran-perkhabaran di dalam Kitab Injil Barnaba yang menyebut tentang Nabi saw adalah seperti berikut:

  1. Di dalam Barnabas (17/22-23) Isa Al-Masih berkata: “Akan datang selepasku kemegahan sekelian nabi-nabi dan wali-wali, dia akan keluar sebagai cahaya yang menerangi kegelapan-kegelapan yang menyulubungi perkataan para anbiya’, kerana dia adalah Rasulullah (utusan Allah).
  2. Di dalam Barnabas (36/6) Isa Al-Masih berkata: “Sesungguhnya telah datang segala anbiya’ kecuali Rasulullah yang akan datang selepasku, kerana bahawasanya Allah mengkehendaki berlakunya demikian sehinggalah aku yang akan menyediakan jalannya.”
  3. Di dalam Barnaba (42/13) ketika Isa Al-Masih di tanya adakah beliau rasul yang ditunggu-tunggukan itu? Beliau menjawab dengan katanya: “Sesunguhnya mukjizat-mukjizat yang Allah lakukan ke atas dua tanganku menunjukkan bahawa aku berkata-kata mengikut apa yang dikehendaki Allah. Tidaklah sekali-kali aku mengira diriku sebanding dengan orang yang kamu tanya mengenainya, kerana bahawasanya aku tidak layak untuk menghurai ikatan-ikatan kasut atau tali-tali sepatu Rasulullah yang kamu namakannya sebagai Mesiyyah (Utusan) itu. Dia dicipta sebelumku dan akan datang selepasku, dia akan membawa kata-kata kebenaran dan tidak ada bagi ugamanya itu kesudahan.”

Kebanyakan teks-teks di atas dan juga kesemua teks-teks Injil Barnabas menerangkan bahawa nabi yang ditunggu itu adalah Nabi Muhammad saw yang lahir daripada keturunan Nabi Ismail as dan ugamanya akan tersebar luas lagi diikuti, sedangkan kita tidak pernah mendengar tentang ugama yang tersebar serata dunia setelah Nabi Isa as melainkan ugama Islam.

Perkhabaran-perkhabaran Di dalam Kitab-kitab Lain.

Bukanlah kitab-kitab umat dahulu kala hanya terbatas kepada kitab-kitab suci yang diturunkan daripada langit sahaja, bahkan termasuk di dalamnya kitab-kitab yang menjangkau usia yang lama. Diantaranya ialah kitab-kitab suci Ugama Hindu dan bilangannya amat banyak, tetapi secara umumnya ia terbahagi kepada empat bahagian:

  1. Kitab Veda, yang bererti: Pengetahuan
  2. Upanisyad
  3. Purana, yang bererti : Usia Lampau
  4. Brahmana Granat

Sesungguhnya kitab-kitab suci ini ditulis di dalam bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa India Kuno. Tidak mengetahui bahasa ini sekarang melainkan hanya sami-sami Hindu.

Kitab Veda adalah dianggap sebagai kitab yang paling suci di antara segala kitab dan ia juga dikira sebagai kitab yang tertua di mana para ahli cendiakawan mereka berselisih pendapat mengenai tarikh penulisannya. Kebanyakan pendapat rata-rata mengatakan ianya ditulis sekitar 2000 atau 3000 tahun sebelum Masihi. Kitab Veda terbahagi kepada empat iaitu: Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.

Kitab Regweda dalam aksara Dewanagari dari abad ke-19. - Sumber:id.wikipedia.org

Di dalam Sama Veda (2:6,8) terdapat sebutan mengenai Nabi saw secara terang-terangan di mana teks itu berbunyi: “Telah menerima Ahmad syariat ugamanya daripada tuhannya. Syariat ini keseluruhannya adalah hikmat. Sesungguhnya aku akan menerima daripadanya cahaya seperti cahaya matahari yang sempurna”.

Adapun Kitab Purana yang boleh kita terjemahkannya sebagai “Kitab-kitab Orang Dahulu Kala” disebabkan ertinya adalah “Usia Lampau”, ia merupakan kitab yang paling banyak tersebar di antara kitab-kitab suci lain. Ia membicarakan tentang cerita-cerita dongeng yang berkaitan dengan permulaan kejadian makhluk, kehidupan dewa-dewa dan raja-raja. Ia merupakan kitab yang paling banyak bilangannya, hampir empat puluh kitab semuanya.

Salah satu ilustrasi dalam kitab WarahaPurana - sumber:id.wikipedia.org

Di antaranya himpunan kitab yang dinamakan “Maha Purana” yang bererti Kitab Purana yang terbesar di mana ia terdiri daripada lapan belas buah kitab. Di antaranya lagi himpunan kitab yang dinamakan Upa Purana iaitu Kitab Purana tambahan atau yang kedua dan ia terdiri daripada 18 buah kitab juga. Di sana terdapat empat buah kitab yang lain, salah satu daripadanya yang akan kita perkatakan mengenainya iaitu Kitab Pahaveshia Purana yang bererti “Purana Masa Hadapan”. Kitab ini menyebut tentang Nabi Adam as dan Hawa dengan panggilan Adaman dan Haryavati dan juga tentang keturunan mereka.

Kitab ini juga menyebut tentang Nabi Isa as dengan panggilan “Anak Tuhan” dan turut menyebut tentang Nabi Muhammad saw. Golongan Hindu menganggap bahawa teks-teks tersebut suatu pembohongan yang diadakan dan dimasukkan pada zaman Raja India bernama Akbar yang berusaha untuk menyatukan semua ugama, tetapi mereka tidak mempunyai bukti terhadap perkara itu, hanya dakwaan semata-mata. Sedangkan teks tersebut masih wujud sehingga hari ini.

Berikut adalah teks mengenai perkhabaran yang menyebut nama Nabi saw di dalam kitab Pahaveshia Purana (Barti Saraj Barap ke-3: 303 ayat yang ke-5) berbunyi:

Akan muncul Malitsyaha (seorang asing yang bukan berbangsa Hindi) sebagai guru rohani bersama pengikut-pengikutnya. Beliau dikenali dengan nama Muhammad Raja, setelah dianugerahkan Mahadeva berbangsa Arab ini pembasuhan di dalam Panjajavia dan air Janaj (penyucian daripada dosa). Sesungguhnya orang yang mempersembahkan hadiah-hadiah kepadanya menguatkan lagi kebenaran, dan aku melihatnya dengan penuh penghormatan sambil berkata: “Aku jadikan bagi engkau segala kemuliaan, wahai kemegahan padang pasir! Wahai yang mendiami bumi Arab! Demi sesungguhnya engkau telah menghimpun kekuatan yang besar untuk memerangi syaitan dan engkau adalah terpelihara daripada musuh-musuh dari golongan Malitsyaha (orang-orang asing yang bukan berbangsa Hindi, yang dimaksudkan ialah golongan kafir Quraish). Wahai gambaran tuhan yang tertinggi dan tuhan yang terbesar! Aku adalah hamba kepadamu, pimpinlah daku seperti seorang yang tercampak diantara dua kakimu.

Sesungguhnya golongan Malitsyaha telah mengusir syaitan yang sesat (Abrahah berbangsa Habsyi) yang telahku bunuh dan akan muncul pada kali yang lain seorang yang diutuskan daripada musuh yang kuat supaya mereka dapat melihat jalan yang lurus dan supaya diberikan mereka hidayat yang diketahui melalui Muhammad yang aku berikan kepadanya gelaran Brahma. Dia seorang yang bertungkus lumus menarik golongan Bhesaji kepada jalan kebenaran.

Wahai Raja! Tidak perlu engkau pergi kepada bumi golongan Bhesaji yang jahil itu bahkan engkau menjadi sebagai seorang yang menyucikan dengan anugerahku di mana sahaja engkau berada”. Pada suatu malam dengan peraturan daripada langit akan adanya seorang lelaki yang bersangatan kuat. Di dalam rupa seorang Bhesaji dia berkata kepada Raja Yahuja: “Wahai Raja! Sesunggunya Aryadaharmak telah dicipta untuk menguasai seluruh ugama, tetapi sebagai menepati wasiat-wasiat Asywar Barmatama maka sesungguhnya aku akan menguatkan akidah yang teguh bagi golongan yang memakan daging. Sesungguhnya orang yang mengikutiku akan menjadi seorang lelaki yang berkhatan, tidak mempunyai ekor rambut (iaitu rambut yang dibuat oleh sami-sami di bahagian belakang seperti ekor) yang melepaskan janggut, lagi melakukan kebangkitan, yang melaungkan seruan kepada sembahyang dan dia akan menjadi seorang yang memakan yang halal, ia akan memakan semua jenis binatang kecuali khinzir. Mereka tidak mencari kesucian pada tempat-tempat suci tetapi mereka menyucikan diri melalui peperangan dengan memerangi umat-umat yang tidak berugama. Sesungguhnya mereka dipanggil sebagai golongan Muslimani dan aku akan menjadi sebagai penegak kepada ugama ini yang merupakan ugama bagi umat yang memakan daging.

Telah benar Allah Yang Maha Agung di mana dia berfirman:

Sesungguhnya demikian itu ada tersebut di dalam kitab-kitab orang yang dahulu kala. (As-syu’ara : 196).

Seorang pendita hindu bernama Propesor Pandit Vedaprakash Upadhyay telah mengarang sebuah buku yang diberi tajuk: ‘Penjelmaan Kalki’ dan beliau menyebut di dalamnya bahawa kitab-kitab suci mereka menyebut bahawa nama bapa “Kalki” ialah “Bhagath Vishnu” yang bermaksud: “Hamba tuhan” di mana Vishnu bererti “tuhan” dan Bhagath bererti ‘hamba’. Ini menepati nama bapa Nabi saw iaitu Abdullah (Hamba Allah), sebagaimana nama ibu Kalki pula ialah Sumanib yang bermaksud: Ketenangan, kesejahteraan atau keamanan. Ini menepati nama ibu Nabi saw iaiti Aminah. Di antara sifat-sifat Kalki ialah beliau mempunyai kuda yang boleh terbang ke permukaan langit dan ini menepati binatang Buraq, sebagaimana Kalki adalah dilahirkan dikepulauan pada hari yang ke-12. Sesungguhnya Nabi saw juga lahir pada kepulauan Arab pada hari yang kedua belas Rabiul Awal. Disebut juga bahawa makanan Kalki adalah buah tamar dan zaitun dan beliau adalah manusia yang paling benar, paling beramanah dan beliau sentiasa membawa pedang.

Sememangnya penganut-penganut Hindu menyandarkan di dalam kitab-kitab mereka kepercayaan terhadap dewa-dewa dan kepercayaan-kepercayaan karut, mereka juga mempercayai bahawa Kalki itu adalah jelmaan dewa-dewa, dia adalah yang awal dan yang akhir di mana dia adalah dewa yang sangat berkuasa, di lahirkan dari keluarga Hindu.

Tulisan ini merupakan tinjauan terhadap perkhabaran-perkhabaran gembira yang terdapat di dalam kitab-kitab suci di sisi umat-umat yang terdahulu. Semoga Allah memberi hidayat dengannya kepada mereka yang masih tidak beriman dengan Nabi kesudahan yang dijanjikan iaitu Muhammad saw dan Semoga Allah menambahkan keyakinan kepada orang-orang yang mengikutinya terhadap ugama mereka sehingga mereka akan mewarisi bumi keseluruhannya, menepati firman Allah yang berbunyi:

Supaya menjadi yakin oleh mereka yang diberikan kitab dan bertambah keimanan orang-orang yang telah beriman dan supaya tidak merasa ragu oleh orang-orang yang diberikan kitab dan orang-orang yang beriman. (Al-Mudassir : 31)

DARIPADA MAJALAH “AN-NUR AL-MUHAMMADI” Bilangan ke-4,2007M/1428H)

Keluaran : Maktabah Darul Jawamiul Kalim

Penterjemah:
Nik Mohd Shahrail Bin Nik Ibrahim
Jun 2009M / Jumada Akhir 1430H

__________________________________________
Dikemaskini dari sumber: blog khairuummah

%d bloggers like this: