• SELAMAT DATANG

    Asalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 68 other subscribers
  • KLIK PAUTAN

ZAID BIN HARITHSAH R.A.


Bapanya bernama Abdul Uzza bin Imri’ Al-Qais, ibunya bernama Sa’di binti Tsa’laba. Ketika masih kecil, ia diajak ibunya menengok kampung. Tiba-tiba datang pasukan Bani Al-Qayn menyerang kampung tersebut. Mereka juga menawan serta membawa pergi Zaid. Kemudian ia dijual kepada Hakim bin Hizam, dengan harga 400 dirham, yang kemudian dihadiahkan kepada bibinya, Khadijah binti Khuwailid. Ketika Khadijah menikah dengan Rasulullah SAW, Zaid bin Haritsah dihadiahkan kepada Rasulullah SAW.

Haritsah, bapa Zaid sedih kehilangan anaknya. Ketika beberapa orang dari Ka’ab menunaikan haji, mereka melihat dan mengenal Zaid sebagaimana Zaid mengenal mereka. Kepada mereka Zaid berkata : “Sampaikan beberapa bait syairku ini kepada keluargaku, kerana sesungguhnya aku mengerti bahwa mereka sedih kerana kehilanganku”. Lalu ia melantunkan beberapa bait syairnya. Setelah Haritsah mengetahui khabar anaknya, ia berangkat ke Mekkah bersama Ka’ab bin Syarahil sebagai jaminan.

Di hadapan Rasulullah SAW, mengajukan permohonan agar anaknya, Zaid dibebaskan, dan ia akan memberikan Ka’ab bin Syarahil sebagai jaminannya. Oleh Rasulullah SAW dikatakan bahawa apabila Zaid memilih untuk ikut ayahnya, maka mereka tidak perlu memberikan jaminan. Tetapi seandainya Zaid memilih untuk ikut bersama Rasulullah, sungguh tidak ada paksaan untuk itu. Lalu dipanggillah Zaid. Dikatakan kepadanya: “Apakah kamu mengenal mereka?” “Ya, ini bapaku dan ini pamanku” jawabnya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “

Aku telah mengenalmu (Zaid), dan kau pun telah mengetahui kecintaanku kepadamu. Sekarang pilihlah, aku atau mereka berdua”. Dengan tegas Zaid menjawab : “Aku sekali-kali tidak akan memilih orang selain Engkau (ya Rasulullah), Engkau sudah kuanggap sebagai bapa atau pamanku sendiri”.

Setelah itu, Rasulullah SAW mengumumkan kepada khalayak, bahwa Zaid diangkat sebagai anaknya. Ia mewarisi Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW pun mewarisinya. Setelah mengetahui demikian, bapa dan paman Zaid pergi dengan hati lapang. Zaid akhirnya masuk Islam, dan dinikahkan dengan Zainab binti Jahsy. Ketika Zainab dicerai Zaid, ia dilamar oleh Rasulullah SAW. Maka tersebarlah fitnah orang-orang Munafiq, bahwa Muhammad telah menikahi anak perempuannya.

Ketika itu turun ayat 40 surah Al-Ahzab yang membatalkan ‘tabanni’ (mengangkat anak angkat), sekaligus penjelasan bahawa anak angkat, secara hukum tidak boleh dianggap sebagai anak kandung. Anak angkat tidak boleh saling waris mewarisi dengan bapak angkatnya. Demikian pula, isteri yang telah dicerai halal untuk dinikahi bapak angkatnya. Dalam ayat tersebut tercantum langsung nama ‘Zaid’, yang dengan demikian, ia adalah satu-satunya shahabat yang namanya tercantum dalam Al-Qur’an.

مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَـٰكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا ﴿٤٠﴾

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Surah Al-Ahzab – Ayat 40

Zaid bin Haritsah r.a gugur sebagai syahid dalam perang Mu’tah, pada Jamadil Awwal 8 H. Pada waktu itu usianya 55 tahun.

Sumber: http://www.fadhiri.com

NAJD SELAMATKAN AMERIKA


Ibu pejabat konglemerat Kingdom Holding dipusat bandar Riyadh (Najd) di miliki olehAlwaleed bin Talal Al Saud – Mercu tandanya tanduk setan!

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan umat Islam antara bahaya yang besar di akhir zaman adalah munculnya fitnah dan syaitan dari Najd, sekarang ini dinamakan Riyadh iaitu pusat pemerintahan kerajaan Saud di Saudi Arabia.

Kemunculan Saudi Arabia itu sendiri merupakan satu episod kelam umat Islam kerana ia secara rasminya menumbangkan kerajaan khalifah yang telah tertegak hampir 1000 tahun. Pengasas kerajaan tersebut, Abdul Aziz Ibn Al Saud bersama dengan pemimpin kabilah yang lain, semuanya telah diberi habuan rasuah, menyokong dan memberi bantuan sepenuhnya kepada British dan Zionist bagi menumbangkan kerajaan Othmaniyyah di Turki dan menghapuskan Islam dari sana (penguasaan Atartuk). Sebagai balasannya, British melalui perjanjian Treaty of Friendship pada 1916, telah menobatkan Abdul Aziz Ibn Al Saud sebagai pemimpin dengan penguasaan terhadap Najd dan penawanan Riyadh.

Sebelum kita melihat lebih jauh akibat yang kita telah lihat (secara fakta) fitnah yang keluar bersama tanduk syaitan tersebut di sini dipaparkan hadis-hadis sahih dari Rasulullah yang menceritakan secara terperinci tentang sifat-sifat kaum tersebut.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ الْحَسَنِ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna yang berkata telah menceritakan kepada kami Husain bin Hasan yang berkata telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Nafi’ dari Ibnu Umar yang berkata [Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda “Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah muncul tanduk setan” [Shahih Bukhari 2/33 no 1037]

Selain menunjukkan nama tempat tersebut, Rasulullah s.a.w juga menyebutkan ciri-ciri orang atau penduduk di tempat tersebut. Diantaranya Rasulullah s.a.w menyebutkan kalau orang-orang disana [tempat munculnya fitnah] adalah orang yang berhati sombong dan angkuh termasuk pengembala unta atau dikenal dengan sebutan Ahlul wabar.

حدثنا يحيى بن يحيى قال قرأت على مالك عن أبي الزناد عن الأعرج عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رأس الكفر نحو الشرق والفخر والخيلاء في أهل الخيل والإبل الفدادين أهل الوبر والسكينة في أهل الغنم

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya yang berkata qara’tu ala [aku membacakan kepada] Malik dari Abi Zanad dari Al A’raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “sumber kekafiran datang dari timur, kesombongan dan keangkuhan adalah milik orang-orang pengembala kuda dan unta Al Faddaadin Ahlul Wabar [arab badui] dan kelembutan ada pada pengembala kambing [Shahih Muslim 1/71 no 52]

حدثنا عبدالله بن عبدالرحمن أخبرنا أبو اليمان عن شعيب عن الزهري حدثني سعيد بن المسيب أن أبا هريرة قال سمعت النبي صلى الله عليه و سلم يقول جاء أهل اليمن هم أرق أفئدة وأضعف قلوبا الإيمان يمان والحكمة يمانية السكينة في أهل الغنم والفخر والخيلاء في الفدادين أهل الوبر قبل مطلع الشمس

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman yang berkata telah mengabarkan kepada kami Abul Yaman dari Syu’aib dari Az Zuhri yang berkata telah mengabarkan kepadaku Sa’id bin Al Musayyab bahwa Abu Hurairah berkata aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Penduduk Yaman datang, mereka bertingkah laku halus dan berhati lembut iman di Yaman, hikmah di Yaman, kelembutan ada pada penggembala kambing sedangkan kesombongan dan keangkuhan ada pada orang-orang Faddadin Ahlul Wabar [arab badui] di arah terbitnya matahari [Shahih Muslim 1/71 no 52]

Kedua hadis di atas menyebutkan tempat munculnya fitnah adalah tempat pada arah timur matahari terbit dimana orang-orang disana dikenal sebagai pengembala unta, orang yang berhati kasar sombong dan angkuh yang merupakan tabiat kebanyakan dari ahlul wabar atau arab badui. Ahlul wabar boleh ditakrifkan sebagai orang arab badui kearana tempat tinggal mereka terbuat dari al wabr atau bulu. Di masa Nabi s.a.w Ahlul wabar tinggal di Najd.

Selain menyebutkan ciri-ciri mereka, Rasulullah s.a.w juga menyebutkan kabilah mereka yang dikenal sebagai Rabiah dan Mudhar. Rabi’ah dan Mudhar dikenal sebagai Ahlul Masyriq [penduduk timur] di masa Nabi s.a.w

حدثنا مسدد حدثنا يحيى عن إسماعيل قال حدثني قيس عن عقبة بن عمرو أبي مسعود قال أشار رسول الله صلى الله عليه وسلم بيده نحو اليمن، فقال الإيمان يمان هنا هنا، ألا إن القسوة وغلظ القلوب في الفدادين، عند أصول أذناب الإبل، حيث يطلع قرنا الشيطان، فيربيعة ومضر

Telah menceritakan kepada kami Musaddad yang berkata telah menceritakan kepada kami Yahya dari Isma’il yang berkata telah menceritakan kepadaku Qais bin Uqbah bin Amru Abi Mas’ud yang berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengisyaratkan tangannya kearah Yaman dan berkata “Iman di Yaman disini dan kekerasan hati adalah milik orang-orang Faddadin [arab badui atau pedalaman] yang sibuk dengan unta-unta mereka dari arah munculnya tanduk setan [dari] Rabi’ah dan Mudhar [Shahih Bukhari no 3126]

Mereka sibuk menghabiskan wang berpesta semata-mata kerana unta padahal saudara Islam mereka sedang dibunuh dibumi Palestin!

qXjJgBlJPH_pTpcwQTf_DQ
http://www.blinkx.com/watch-video/saudi-arabia-saudi-tribe-holds-camel-beauty-pageant/qXjJgBlJPH_pTpcwQTf_DQ

Saud Selamatkan Ekonomi Amerika

Salah seorang lelaki terkaya didunia sekarang ini ialah Putera Alwaleed bin Talal bin Abdulaziz Al Saud, kerabat diraja Saudi. Kisah beliau memperolehi kekayaan secara tiba-tiba adalah sukar dipercayai dan misteri. Beliau menubuhkan syarikat sendiri pada umur 14 tahun, billionaire umur 31 tahun dan sekarang ini 56 tahun dalam senarai Forbes ke 26 terkaya didunia. Beliau menjadi perhatian masyarakat pelaburan antarabangsa apabila beliau menyelamatkan Citibank (Bank Riba Terbesar didunia – mempunyai kepentingan yahudi) dari bangkrap yang mengancam ekonomi Amerika. Beliau mendapat mandat untuk menambahkan sahamnya dalam bank tersebut ketika Saudi berkerjasama dengan tentera Amerika menakluk Iraq dalam perang teluk tahun 1991.

Selepas itu beliau bekerjasama erat dengan penyangak-penyangak ekonomi yahudi mengembangkan perniagaannya tanpa mengira halal haram dari perbankan riba-kapitalis hinggalah rangkaian hotel perjudian terkemuka, Grand Monte Carlo Casino.
http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Waleed_bin_Talal
http://www.kingdom.com.sa/en/InvP_InvPortTable.asp#BFS

Antara syarikat-syarikat mempunyai kepentingan yahudi yang menjadi penyumbang besar kepada Israel yang diselamatkannya dengan wang pelaburan saud ialah; AOL, Apple Inc., MCI Inc., Motorola, Fox News, Citigroup Inc., The Plaza Hotel (New York), Fairmont Hotel, Four Seasons Hotels Inc., Mövenpick Hotels & Resorts AG,PepsiCo Inc, The Walt Disney Company, Time Warner Inc..

Kita hairan kenapakah ulamak-ulamaknya yang begitu berkira dengan isu remeh-temeh tetapi mendiamkan diri terhadap tindak-tanduk golongan atasannya yang terang-terang terlibat dengan bukan sahaja dengan pekerjaan yang mungkar tetapi secara langsung bersama dengan musuh Islam!

Keluarga Saud melalui Putera Alwaleed ini belum lagi merasa berpuas hati dengan pembangunan di Riyadh (Najd) sekarang ini. Benarlah ingatan Rasulullah s.a.w dalam satu hadis panjang mengenai Iman, Islam, Ehsan dan tanda-tanda kiamat; berlumba-lumbanya Arab Badui membina bangunan pencakar langit sebagai menunjukkan keangkuhan. Mereka sekarang ini merancang untuk membina bangunan pencakar langit di Riyadh (Najd) yang tiada lagi tolak bandingnya didunia ini yang dinamakan Kingdom Tower. Sekali lagi pembinaan yang memberikan kepentingan kepada kapitalis dan juga penyangak ekonomi yahudi. Inilah cara yang terselindung oleh yahudi mendapatkan sumber kewangan bagi meningkatkan kekuatan Israel melalui pembiayaan kewangan secara riba-kapitalis melalui projek mega tersebut. http://www.msnbc.msn.com/id/43988244/ns/world_news-mideast_n_africa/t/worlds-tallest-building-coming-saudi-arabia/#.TsowtHOzUwR

Bangunan pencakar langit tiada tolak bandingnya lagi!

Dari manakah kekayaannya?

Satu persoalan yang ditimbulkan oleh penganalisis ekonomi antarabangsa ialah dari manakah datangnya sumber kewangan Putera Alwaleed kerana dari segi pulangan pelaburannya tidak memungkinkan beliau menguasai syarikat-syarikat gergasi tersebut. Mengikut kenyataannya beliau memulakan perniagaannya pada tahun 1979 adalah menggunakan sumber peribadinya yang diberikan oleh bapanya sebanyak $30,000. Beliau juga mendakwa menggadaikan rumahnya sebanyak $400,000 dan juga hasil elaun di raja sebanyak $15,000 sebulan. Padahal dengan jumlah sedemikian untuk sara hidup sebagai putera raja sahaja tidak mencukupi apatah lagi untuk modal empayar perniagaan berbilion dollar.

Apakah beliau hanyalah orang perantara sahaja bagi pelaburan dinasti Saud? Para penganalisis ekonomi membuat analisa dan unjuran dengan segala pelaburannya diluar negara dan dalam negara Saudi hanyalah menyumbangkan 1/10 dari pendapatannya, inilah menimbulkan misteri dikalangan penganalisa. http://www.economist.com/node/187913

Sebenarnya tidak ada rahsia, kekayaannya adalah bersumber dari jutaan jemaah haji yang bertandang setiap tahun ke Mekah dan Madinah, dan tentu sekali hasil minyak yang melimpah ruah yang menjadi millik keluarga di raja saud itu sendiri. http://www.forbes.com/profile/abdullah-bin-abdul-aziz-al-saud/

Umat Islam diabad ini dilalaikan dan terkeliru dengan isu sunnah-syiah hingga tidak nampak segala bahaya yang telah diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w. Kita terutamanya mengira bahawa bahaya itu akan datang dari syiah Iran yang akan menolong yahudi satu ketika nanti tetapi tidak nampak apakah gerakan yang sedang dilakukan oleh yahudi di keliling tanah suci umat Islam sendiri. kita tidak nampak bahawa revolusi Iran pada tahun 1979 yang lalu merupakan satu tamparan kepada yahudi yang ingin menjadikan Israel Raya dengan kerjasama Shah Iran. Yahudi setelah berjaya menjadikan Turki sebagai negara rahsia Zionis melalui Kamal Atartuk menerima kesan yang hebat membantutkan rancangan perluasannya. Kalaulah tidak ada pertolongan Allah menegakkan revolusi Islam Iran nescaya kehidupan kita sebagai Umat Islam tidak lagi aman seperti sekarang ini, padahal dengan segala propaganda Amerika dan Zionis sekarang inipun umat Islam sudah menerima pelbagai tekanan.

Dengan takdir Allah tabir tipudaya fitnah ini semakin tersingkap, rahsia semakin terbongkar. Siapakah musang berbulu ayam yang membuatkan dunia Islam bercelaru ketika ini akan terbongkar. Sila baca kajian yang mendedahkan tipudaya yahudi dilaman berikut;

  1. http://www.strategic-culture.org/news/2011/10/25/the-doenmeh-the-middle-easts-most-whispered-secret-part-i.html
  2. http://www.strategic-culture.org/news/2011/10/26/the-doenmeh-the-middle-easts-most-whispered-secret-part-ii.html

Sumber: Blog Petunjuk Zaman – http://petunjukzaman.blogspot.com

TANDA KEBESARAN ALLAH DALAM PENBENTUKAN HUJAN


Berlaku perselisihan pandangan di antara dua tamadun mengenai topik kejadian hujan, awan, dan angin di antara dua tamadun kemanusiaan:

Tamadun Pertama: Tamadun Zaman Kegelapan

Ia merupakan tamadun di mana manusia masih mempunyai tahap pemikiran yang tidak berkembang, kefahaman yang sempit, dan dikuasai pemikiran mendatar. Oleh kerana tenggelam dalam pemikiran tersebut maka mereka hanya menggambarkan hujan hanya turun dari lubang-lubang tangki air yang banyak di langit dan gambaran ini telah menafikan bahawa ada kitaran awan dan dan angin yang disebut oleh ayat-ayat Al-Quran.

Tamadun Kedua: Tamadun Zaman Penjajahan

Ia adalah satu tamadun yang bermula dengan perkembangan sains dalam bentuk kajian yang meluas, dan ia wujud dalam suasana ethis yang beruasaha menyelewengkan fakta-fakta tentang kejadian alam dan mentafsirkannya dalam gambaran yang jauh dari petunjuk iman. Kerana setiap kali terdedah satu-persatu rahsia kejadian tuhan, mereka mengaburkannya dengan apa yang buruk seperti unsur dalam ajaran ethis dan kesesatan! Dan oleh kerana mereka ini adalah orang yang sentiasa mengkaji, maka manusia mempercayai tafsiran mereka. Mereka mentafsirkannya dengan apa sahaja yang diingini dan didorong oleh kejahilan mereka dan permusuhan mereka terhadap agama-agama serta penganut-penganutnya.

Di antara kata-kata mereka : bahawa hujan adalah suatu kejadian semulajadi, sedangkan ia adalah seperti kepanasan yang memanaskan air laut. Bahagian-bahagian panas yang berada di permukaan laut itu disebabkan perhubungan di antara zarah-zarah air yang kuat lalu ia menjadi menjadi ringan dan terbang di udara, kemudiannya datang angin meniup wap ini dan membawanya ke tempat yang sejuk cuacanya lalu ia membeku dan menjadi awan, kemudiannya ketulan-ketulan itu menjadi berat dengan bertambah besar saiznya lalu menurunkan hujan.

Dan keputusan kajian sains ini mengatakan terjadi cas-cas elektrik lalu menjadi kilat dan guruh. Mereka bercakap tentang perkara ini bahawa semuanya adalah suatu yang semulajadi? Maka ini tafsiran kepada ketetapan tuhan yang mana orang-orang Islam mula mengambil pendirian gopoh dengan menerimanya dan setengah yang lain berpendirian menolaknya secara umum dan khusus, maka mari kita sama-sama melihat ayat-ayat Al-Quran dan apa yang ditunjuk oleh hakikat sebenar dan bukti-bukti.

PEMBENTUKAN AWAN:

Kepanasan matahari menyejatkan air laut lalu ia naik ke langit dalam keadaan baik, yang boleh diminum. Tetapi wap ini tidak terus naik untuk menurunkan air ke bulan atau Marikh, dimaksudkan menurunkan air dengan maksud menurunkan hujan ke atas hamba-hamba Allah di tengah-tengah benua dan semua penjurunya, kerana keperluannya ada di sana. Allah Taala telah menetapkan satu undang-undang dan ketetapan yang hebat pada kepanasan ini yang mengubah air laut menjadi hujan untuk hamba-hambanya, jika terlebih sedikit kepanasan matahari pasti tersejat air laut kesemuanya.

Tetapi kepanasan tersebut ditetapkan pada satu kadar.  Dan jika keluasan laut kurang dari jumlah yang ada sekarang iaitu (3/4 daratan) sudah pasti hujan akan sedikit dari kebiasaan kerana kadar hujan akan berkurangan apabila kurang jumlah keluasan lautan. Setiap tahun bertambah kepanasan matahari, dengan izin Allah lebih kurang 400.000 kilometer persegi permukaan kering, turun satu pertiga air hujan di laut-laut ketika ia hampir sampai ke daratan dan keadaan hujan, salji, embun atau titisan.

KETETAPAN ALLAH DALAM PROSES CIPTAAN AIR HUJAN YANG BAIK

1. Proses Mengangkat Awan, Menghentikannya, Dan Menguraikannya

Allah Taala telah menjadikan kepanasan matahari dan angin menjadi sebab terangkat wap air dari laut sehingga ke tahap melepasi bukit-bukit dan demikian itu supaya bukit-bukit tidak menghalang peralihan air dari atas laut sehingga ke tengah-tengah benua, dan supaya bercantum bahagian-bahagian lain membentuk awan. Dan Allah Taala menetapkan had bagi pengewapan air ini di mana ia akan berhenti apa sampai di tahapnya dan tidak melebihinya sehingga ke penjuru alam yang tinggi supaya ia tidak meninggalkan bumi tanpa kembali kepadanya. Berfirman Allah Taala :

وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ وَإِنَّا عَلَى ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ﴾-(المؤمنون:18)

Maksudnya: “Dan Kami turunkan dari langit itu air dengan kadar yang ditetapkan dan Kami masukkannya ke dalam bumi dan Kami berkuasa menghilangkannya (air hujan)”.

Allah taala mengangkat wap air dan tidak mengangkat bersamanya garam yang bercampur dengannya dalam laut supaya tidak memudaratkan manusia, haiwan, dan tumbuhan. Jika kita minum air tersebut sedangkan ia masin dan siram tanaman kita dengannya pasti ia merosakkan tubuh kita dan memusnahkan tanaman dan haiwan. Al-Quran telah menyebut perkara tersebut dalam firman Allah Taala :

أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ(68)ءَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ(69)لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ(70) (الواقعة:68-70)

Maksudnya: “ Adakah kamu tidak melihat kepada air yang kamu minum. Adakah kamu yang menurunkannya dari awan atau kami yang menurunkannya? Jika kami mahu kami akan jadikan ia masin maka jika kamu tidak bersyukur”.

أجاجاً bermaksud masin.

2. Proses Pengumpulan Wap Air :

Wap air itu ringan dan mudah naik ke tempat yang tinggi dan tidak dapat dilihat melainkan semasa ia membentuk menjadi awan. Allah Taala menghantar angin yang membawa zarah-zarah debu, tanah, benih-benih tumbuhan, dan semua jenis zarah-zarah yang membentuk awan. Juzuk-juzuk kecil wap air diterbangkan angin lalu ia menggerakkannya, berkumpul bersama juzuk-juzuk kecil tersebut dan membentuk kelompok air dan menjadi ketulan-ketulan air yang kecil yang boleh dilihat oleh kita iaitu awan. Apabila bertambah besar ketulan-ketulan tersebut ia akan menjadi ketulan yang berat dan menurunkan hujan.

Allah Taala berfirman :

اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ – (الروم:48).

Maksudnya: “Allah taala mengutuskan angin-angin lalu ia menggerakkan awan lalu membentangkan ia di langit sebagaimana dia kehendaki dan menjadikannya berkelompok, kemudian kamu melihat hujan turun dari celah-celahnya. Maka apabila air hujan turun ke atas orang yang dikehendakinya di kalangan hambaNya maka mereka akan bergembira”.

3. Proses Pergerakan Awan

Di sana terdapat satu ketetapan tuhan iaitu peralihan air dari atas permukaan laut ke tengah-tengah benua dan proses ini dibantu oleh angin yang menggerakkan awan tanpa meminta dari manusia sebarang bayaran atau gaji, kerana ia ditugaskan untuk mereka dengan perintah Allah Azzawajalla. Allah Taala berfirman :

وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ –  (الأعراف:57)

Maksudnya: “Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati (tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan.

Ayat ini mengkhabarkan kita bahawa angin menggerakkan awan, dan sesungguhnya ia menggerakkannya dengan perintah dari Allah s.w.t “سقناه لبلد ميت”. Telah terbukti bahawa di sana terdapat kawasan-kawasan gurun kering-kontang menjadi kawasan pertanian. Sama juga sebagaimana Allah Taala mengubah suatu kawasan yang kontang menjadi kawasan yang subur itu, begitu dia membangkitkan orang yang mati dengan menurunkan hujan dari langit yang menumbuhkan jasad-jasad manusia. Allah Taala berfirman :

…فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ –  (الأعراف:57)

Perhatilah pada perumpamaan tersebut sekali, dua, dan tiga dan perhatikanlah kepada hikmah di sebalik ketetapan kadar angin. Ia bergerak mengikut kadar yang ditetapkan dan ditepati dimana kadar dan kelajuannya amat sesuai untuk peralihan awan dan ia tidak menyebabkan kemusnahan. Allah Taala telah memperlihatkan kepada kita ibarat dengan beberapa angin kencang dan puting beliung yang memusnahkan mencapai kelajuannya sehingga 75 batu sejam.

Apabila kelajuan angin mencapai 200 batu sejam pasti tiada hidupan yang wujud di muka bumi melainkan kesemuanya telah dimusnahkan oleh angin tersebut. Untuk mengetahui tanda-tanda rahmat Allah Taala terhadap kamu maka ketahuilah bahawa angin yang berskala laju ini ada di bumi di atas kepala kamu dengan jarak antara kamu dengan angin tersebut hanyalah lima batu sahaja, yang dipanggil sebagai zon gelombang angin. Angin-angin yang bergerak dengan kelajuan 200 batu sejam pada ketinggian lima batu di atas permukaan laut itu jika ia hampir kepada permukaan bumi pasti akan musnah sistem ekosistem, turut musnah juga sistem hujan. Jika tempat itu nombor tiga menggantikan tempat nombor satu di atas muka bumi pasti air tidak akan bergerak ke tengah benua dan hujan sentiasa turun di atas permukaan laut sekaligus manusia, haiwan, dan tumbuhan akan mati kerana kehausan. Maka perhatilah pada pentadbiran yang bijaksana di bumi ini.

4. Proses Penurunan Hujan

Awan yang berarak di antara langit dan bumi mempunyai keseimbangan graviti yang menariknya turun ke bawah dengan wujudnya kekuatan yang mengangkatnya ke atas. Jika berterusan keseimbangan di antara dua proses ini sudah pasti tidak akan turun hujan dalam bentuk setitis yang besar tetapi Allah Azzawajalla mengutuskan angin-angin untuk membawa awan-awan ke bahagian yang tinggi yang lebih sejuk suhunya kemudian ia menjadi awan bertambah besar dan bertambah saiz titisan. Bertambah air dalam titisan itu dan menjadi berat dan graviti mula menariknya dengan kuat mengatasi kekuatan mengangkat lalu ia menurunkan hujan dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Allah Taala berfirman :

وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ -(الأعراف:57)

Maksudnya: “Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati (tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan”.

Supaya hujan itu tidak turun dalam keadaan seketul maka Allah Taala menjadikan proses penguraian ([11]) pada titisan-titisan hujan menjadi sebab hujan turun dalam bentuk titisan kecil sehingga tidak berlaku kemusnahan di atas muka bumi.

5. Proses Pergerakan Air Hujan Dan Taburannya Di Muka Bumi

Allah Taala menjadikan proses pembentukan sungai sebagai cara mengalirkan air hujan di muka bumi dan menyebarkannya ke tempat-tempat yang jauh supaya dapat dimanfaatkan di seluruh kawasan. Maka air ini ada yang mengalir menjadi sungai di atas muka bumi, mata air, dan tali air yang tersebar seperti mengalir peluh dan darah darah dalam badan manusia, Allah Taala berfirman :

أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ بِقَدَرِهَا – (الرعد:17)

Maksudnya: …. Dia (Allah) menurunkan dari langit itu air lalu ia mengalir di lembah-lembah mengikut kadarnya.

Dan firmanNya lagi :

وَسَخَّرَ لَكُمُ الْأَنْهَارَ –  (إبراهيم:32)

Maksudnya: ……. Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada kamu(manusia).

Sebagaimana air mengalir di dalam perut bumi di laluan-laluanyang tertentu di celah batu-batan seperti bekas apabila ia pecah mana bahagian ia akan mengeluarkan mata air, maka manfaatnya boleh diambil dari air yang tersimpan dalam bumi tersebut sehingga kawasan-kawasan gurun yang jauh menjadi subur dan lain-lain kawasan. Berfirman Allah Taala :

وَسَخَّرَ لَكُمُ الْأَنْهَارَ – (الزمر:21).

Maksudnya: ……. Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada kamu(manusia).

6. Proses Muka Bumi Meresap Air

Jika air hujan itu kekal di atas muka bumi pasti akan terbentuk laut-laut kecil dan banjir-banjir besar yang memusnahkan kehidupan manusia. Maka mereka tidak boleh berjalan, bercucuk tanam atau membina di atas muka bumi yang dilimpahi air, tetapi Allah Taala menjadikan muka bumi secara khusus yang membolehkan air masuk ke dalamnya dan meresap air ke lapisan di bawah kerak bumi di mana ia boleh bergerak di dalam laluan-laluan dan berkumpul di satu tempat pengumpulan di dalam perut bumi yang jauh dari dihindari kuman-kuman. Air ini meninggalkan muka bumi dalam keadaan bersih untuk hidupan di atasnya tanpa ada yang tercemar. Allah Taala berfirman :

… فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ… –  (المؤمنون:18) .

Maksudnya : “…….maka kami tetapkannya (air) di dalam bumi…..”

7. Proses Penyimpanan Air Dalam Perut Bumi

Jika berterusan proses air meresap ke dalam bumi dan berkumpul di dalamnya pasti air itu hilang dari kita dan berada dalam perut bumi yang dalam dan kita tidak mampu memanfaatkannya secara berterusan. Tetapi Allah Taala menjadikan pada lapisan yang hampir dengan permukaan bumi beberapa tempat pengumpulan air yang dilindungi batu-batan dan pasir yang menghalangnya dari terus meresap ke dalam bumi. Ia menjadikannya dekat kepada manusia supaya mudah dimanfaatkan dengan air yang mengalir. Allah Taala berfirman :

﴿قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ ﴾  (الملك:30).

Maksudnya: “Katakanlah wahai Muhammad : adakah kamu melihat jika air meresap ke dalam bumi maka siapa yang mengeluarkan air yang keluar dari bumi”.

KELEBIHAN RUKUK DAN SUJUD DALAM SOLAT


SOLAT adalah kewajipan yang perlu ditunaikan sejak Nabi Muhammad s.a.w selepas melalui peristiwa besar yang dinamakan Israk dan Mikraj.

Sebelum itu, umat Islam menunaikan solat sebanyak 50 kali sehari semalam. Akan tetapi, apabila Allah S.W.T memerintahkan Rasulullah s.a.w hanya bersolat lima kali sehari semalam.

Ia adalah berita yang menakjubkan di mana manusia diberikan keringanan begitu banyak. Hampir 10 kali ganda solat dikurangkan semata-mata kerana Allah sangat kasih pada hamba-Nya, yakni Nabi Muhammad S.A.W.

Namun, masih ramai di kalangan masyarakat Islam mengabaikan solat yang adalah kefarduan kepada mereka. Mereka menganggap solat membuang masa dan tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat.

Padahal, apa yang mereka lakukan di dunia sebenarnya jauh lebih leka dan terpesong daripada landasan Islam yang sebenar. Solat dipandang enteng dan ramai mengambil langkah mengabaikannya kerana sibuk dengan kehidupan dan kesibukan duniawi.

Allah tidak mensia-siakan apa yang diperintahkan, dan manusia perlulah mengkaji keindahan dan kehebatan Maha Pencipta. Jika tidak, masakan manusia tahu erti bersyukur kerana tidak mencintai Tuhan melebihi dari segala-galanya jika tidak mengetahui kehebatan-Nya.

Ibarat solat selama 5 minit akan merugikan mereka, dan pada waktu itu sahajalah dianggap masa itu emas. Sedangkan terdapat banyak perkara lain lagi yang mengakibatkan masa emas itu tidak bernilai lagi akibat tidak menunaikan solat.

Oleh yang demikian, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan bertindak merungkai persoalan solat berkaitan sains melalui ‘Program Sains Solat: ‘Kebaikan Dari Perspektif Sains’ pada 27 Februari 2011 lalu bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Selayang, Selangor.

Penyelaras Program, Muhammad Farhan Tee Abdullah, program itu mendapat kerjasama Perkim Cawangan Selayang Baru menjemput pakar penyelidik berkenaan tajuk program berkenaan sebagai pembentang kajian. “Antara pembentang pada program itu ialah Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

“Begitu pula halnya dengan Saudara Muslim yang kadangkala tidak mengetahui kaifiat solat yang diperoleh. Kadangkala, mereka hanya mengikut apa yang dilihat. Kesannya, dibimbangi apa yang dipraktikkan tersebut adalah bertentangan dan terlibat pula dengan bid’ah,” kata Farhan.

Farhan yang juga selaku Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim berkata, perkara ini pastinya menyebabkan Saudara Muslim tidak khusyuk dan kurang konsisten semasa bersolat. Ia dianggap ritual dan adat sahaja, bukannya ibadat. Pandangan sebegini perlu diubah kerana menyembah Tuhan, yakni Allah bukan perkara yang perlu diambil mudah.

“Dia adalah raja kepada segala Raja dan pastinya segala tumpuan perlu dilebihkan agar pengabdian diri menjadi lebih fokus. Di samping itu, hamba-Nya yang beriman akan memperoleh fadhilat solat tanpa disedari. Terdapat banyak kelebihan dari sudut sains jika kajian terhadap pergerakan solat dikaji,” jelas Farhan.

“Tugas yang dilakukan Dr. Fatimah di UM ialah memantau dan mengenalpasti penyakit, pengukuran dan model fisiologi, Sistem Mikro Elektro Mekanikal Biologi (BIOMEMS) dan aplikasi kecerdikan buatan dalam perubatan,” kata Farhan.

Jelasnya lagi, Dr. Fatimah menggunakan kaedah pembentangan multimedia kepada 250 peserta yang terdiri daripada kalangan masyarakat awam Selayang, saudara Muslim, guru-guru sekolah, dan pelajar-pelajar sekolah bagi memudahkan pemahaman berkesan kepada peserta.

Pembentangan kajian pertama iaitu aktiviti interaktif 1 yang bertajuk “Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat”. Dr. Fatimah turut menjelaskan bahawa pergerakan di dalam solat amat mempengaruhi kondusi tubuh badan.

Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu ialah dalam keadaan rehat. Jika dilihat dari sudut ahli fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.

Di dalam posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang peha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan. Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang. Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu sebelum diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud. Kedudukan begini adalah cara terbaik untuk menjadikan otot besar dan kuat.

Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.

Artikel : albakriah.wordpress.com

SEMBILAN KESAN BAHAYA AKIBAT DOSA


Oleh Zawawi Yusoh

MELAKUKAN dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.

Tidak betul kata-kata itu kerana kubur kita nanti orang lain gali sementara kubur orang lain kita juga yang kena uruskan. Maknanya dosa yang kita lakukan boleh menyusah­kan orang lain.

Contohnya, peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhuyung-hayang. Memanglah benar duit dia tetapi jika sudah mabuk mereka terdorong melakukan perkara di luar batasan seperti melang­gar orang ketika memandu di jalan raya, berzina atau sumbang mahram.

Lihatlah betapa pelakuan dosa kita itu amat keji. Berikut adalah kesan bahaya kepada seseorang jika banyak melakukan dosa antaranya:

1. Dicabut daripadanya cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk boleh hilang serinya. Wajah itulah yang bakal menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.

2. Tertutup daripada kebenaran. Maknanya seseorang yang melakukan dosa tahu mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.

3. Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Mereka tidak meng­inginkan syurga dan apabila disebut neraka mereka tidak berasa takut malah mengejek pula mereka masuk neraka bukan seorang.

4. Berat dan payah beramal sebaliknya mudah apabila diajak melakukan dosa dan maksiat.  Sesiapa yang melakukan dosa ketika malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.

5. Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Mereka amat susah untuk mendengar nasihat. Mereka boleh menasihati dan menegur orang tapi sangat berat apabila ditegur. Suka berbalah dan tidak menghormati orang lain dan bahasa yang digunakan kasar serta tidak menghormati perasaan orang lain.

6. Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah pasti membalas dengan tindakan anak yang menyakitkan hati­nya sebagaimana dia menyakiti ibu bapa suatu ketika dulu.

7. Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.

8. Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.

9. Dosa penyebab turunnya bala Allah. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.

Sumber: http://albakriah.wordpress.com

IMAM ABU HANIFAH (80H – 150H)


Imam Abu Hanifah An-Nu’man bin Tsabit al-Kufiy merupakan orang yang faqih di negeri Irak, salah satu imam dari kaum muslimin, pemimpin orang-orang alim, salah seorang yang mulia dari kalangan ulama dan salah satu imam dari empat imam yang memiliki madzhab. Di kalangan umat Islam, beliau lebih dikenal dengan nama Imam Hanafi.

Nasab dan Kelahirannya bin Tsabit bin Zuthi (ada yang mengatakan Zutha) At-Taimi Al-Kufy. Beliau adalah Abu Hanifah An-Nu’man Taimillah bin Tsa’labah. Beliau berasal dari keturunan bangsa Parsi. Beliau dilahirkan pada tahun 80H pada masa shigharus shahabah dan para ulama berselisih pendapat tentang tempat kelahiran Abu Hanifah.

Menurut penuturan anaknya Hamad bin Abu Hadifah bahwa Zuthi berasal dari kota Kabul dan dia terlahir dalam keadaan Islam. Adapula yang mengatakan dari Anbar, yang lainnya mengatakan dari Turmudz dan yang lainnya lagi mengatakan dari Babilonia.

Perkembangannya

Ismail bin Hamad bin Abu Hanifah cucunya menuturkan bahwa dahulu Tsabit ayah Abu Hanifah pergi mengunjungi Ali Bin Abi Thalib, lantas Ali mendoakan keberkahan kepadanya pada dirinya dan keluarganya, sedangkan dia pada waktu itu masih kecil, dan kami berharap Allah subhanahu wa ta’ala mengabulkan doa Ali tersebut untuk kami. Dan Abu Hanifah At-Taimi biasa ikut rombongan pedagang minyak dan kain sutera, bahkan dia punya toko untuk berdagang kain yang berada di rumah Amr bin Harits.

Abu Hanifah itu tinggi badannya sedang, memiliki postur tubuh yang bagus, jelas dalam berbicara, suaranya bagus dan enak didengar, bagus wajahnya, bagus pakaiannya dan selalu memakai minyak wangi, bagus dalam bermajelis, sangat kasih sayang, bagus dalam pergaulan bersama rakan-rakannya, disegani dan tidak membicarakan hal-hal yang tidak berguna.

Beliau disibukkan dengan mencari atsar/hadits dan juga melakukan rihlah untuk mencari hal itu. Dan beliau ahli dalam bidang fiqih, mempunyai kecermatan dalam berpendapat, dan dalam permasalahan-permasalahan yang samar/sulit maka kepada beliau akhir penyelesaiannya.

Beliau sempat bertemu dengan Anas bin Malik tatkala datang ke Kufah dan belajar kepadanya, beliau juga belajar dan meriwayat dari ulama lain seperti Atha’ bin Abi Rabbah yang merupakan syaikh besarnya, Asy-Sya’bi, Adi bin Tsabit, Abdurrahman bin Hurmuj al-A’raj, Amru bin Dinar, Thalhah bin Nafi’, Nafi’ Maula Ibnu Umar, Qotadah bin Di’amah, Qois bin Muslim, Abdullah bin Dinar, Hamad bin Abi Sulaiman guru fiqihnya, Abu Ja’far Al-Baqir, Ibnu Syihab Az-Zuhri, Muhammad bin Munkandar, dan masih banyak lagi. Dan ada yang meriwayatkan bahwa beliau sempat bertemu dengan 7 sahabat.

Beliau pernah bercerita, tatkala pergi ke kota Bashrah, saya optimis kalau ada orang yang bertanya kepadaku tentang sesuatu apapun saya akan menjawabnya, maka tatkala diantara mereka ada yang bertanya kepadaku tentang suatu masalah lantas saya tidak mempunyai jawabannya, maka aku memutuskan untuk tidak berpisah dengan Hamad sampai dia meninggal, maka saya bersamanya selama 10 tahun.

Pada masa pemerintahan Marwan salah seorang raja dari Bani Umayyah di Kufah, beliau didatangi Hubairoh salah satu anak buah raja Marwan meminta Abu Hanifah agar menjadi Qodhi (hakim) di Kufah akan tetapi beliau menolak permintaan tersebut, maka beliau dihukum cambuk sebanyak 110 kali (setiap harinya dicambuk 10 kali), tatkala dia mengetahui keteguhan Abu Hanifah maka dia melepaskannya.

Adapun orang-orang yang belajar kepadanya dan meriwayatkan darinya diantaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Syaikh Abul Hajaj di dalam Tahdzibnya berdasarkan abjad diantaranya Ibrahin bin Thahman seorang alim dari Khurasan, Abyadh bin Al-Aghar bin Ash-Shabah, Ishaq al-Azroq, Asar bin Amru Al-Bajali, Ismail bin Yahya Al-Sirafi, Al-Harits bin Nahban, Al-Hasan bin Ziyad, Hafsh binn Abdurrahman al-Qadhi, Hamad bin Abu Hanifah, Hamzah temannya penjual minyak wangi, Dawud Ath-Thai, Sulaiman bin Amr An-Nakhai, Su’aib bin Ishaq, Abdullah ibnul Mubarok, Abdul Aziz bin Khalid at-Turmudzi, Abdul karim bin Muhammad al-Jurjani, Abdullah bin Zubair al-Qurasy, Ali bin Zhibyan al-Qodhi, Ali bin Ashim, Isa bin Yunus, Abu Nu’aim, Al-Fadhl bin Musa, Muhammad bin Bisyr, Muhammad bin Hasan Assaibani, Muhammad bin Abdullah al-Anshari, Muhammad bin Qoshim al-Asadi, Nu’man bin Abdus Salam al-Asbahani, Waki’ bin Al-Jarah, Yahya bin Ayub Al-Mishri, Yazid bin Harun, Abu Syihab Al-Hanath Assamaqondi, Al-Qodhi Abu Yusuf, dan lain-lain.

Penilaian Para Ulama Terhadap Abu Hanifah

Berikut ini beberapa penilaian para ulama tentang Abu Hanifah, diantaranya:

1. Yahya bin Ma’in berkata, “Abu Hanifah adalah orang yang tsiqoh, dia tidak membicarakan hadits kecuali yang dia hafal dan tidak membicarakan apa-apa yang tidak hafal”. Dan dalam waktu yang lain beliau berkata, “Abu Hanifah adalah orang yang tsiqoh di dalam hadits”. Dan dia juga berkata, “Abu hanifah laa ba’sa bih, dia tidak berdusta, orang yang jujur, tidak tertuduh dengan berdusta, …”.

2. Abdullah ibnul Mubarok berkata, “Kalaulah Allah subhanahu wa ta’ala tidak menolong saya melalui Abu Hanifah dan Sufyan Ats-Tsauri maka saya hanya akan seperti orang biasa”. Dan beliau juga berkata, “Abu Hanifah adalah orang yang paling faqih”. Dan beliau juga pernah berkata, “Aku berkata kepada Sufyan Ats-Tsauri, ‘Wahai Abu Abdillah, orang yang paling jauh dari perbuatan ghibah adalah Abu Hanifah, saya tidak pernah mendengar beliau berbuat ghibah meskipun kepada musuhnya’ kemudian beliau menimpali ‘Demi Allah, dia adalah orang yang paling berakal, dia tidak menghilangkan kebaikannya dengan perbuatan ghibah’.” Beliau juga berkata, “Aku datang ke kota Kufah, aku bertanya siapakah orang yang paling wara’ di kota Kufah? Maka mereka penduduk Kufah menjawab Abu Hanifah”.

Beliau juga berkata, “Apabila atsar telah diketahui, dan masih membutuhkan pendapat, kemudian imam Malik berpendapat, Sufyan berpendapat dan Abu Hanifah berpendapat maka yang paling bagus pendapatnya adalah Abu Hanifah … dan dia orang yang paling faqih dari ketiganya”.

3. Al-Qodhi Abu Yusuf berkata, “Abu Hanifah berkata, tidak selayaknya bagi seseorang berbicara tentang hadits kecuali apa-apa yang dia hafal sebagaimana dia mendengarnya”. Beliau juga berkata, “Saya tidak melihat seseorang yang lebih tahu tentang tafsir hadits dan tempat-tempat pengambilan fiqih hadits dari Abu Hanifah”.

4. Imam Syafii berkata, “Barangsiapa ingin mutabahir (memiliki ilmu seluas lautan) dalam masalah fiqih hendaklah dia belajar kepada Abu Hanifah”

5. Fudhail bin Iyadh berkata, “Abu Hanifah adalah seorang yang faqih, terkenal dengan wara’-nya, termasuk salah seorang hartawan, sabar dalam belajar dan mengajarkan ilmu, sedikit bicara, menunjukkan kebenaran dengan cara yang baik, menghindari dari harta penguasa”. Qois bin Rabi’ juga mengatakan hal serupa dengan perkataan Fudhail bin Iyadh.

6. Yahya bin Sa’id al-Qothan berkata, “Kami tidak mendustakan Allah swt, tidaklah kami mendengar pendapat yang lebih baik dari pendapat Abu Hanifah, dan sungguh banyak mengambil pendapatnya”.

7. Hafsh bin Ghiyats berkata, “Pendapat Abu Hanifah di dalam masalah fiqih lebih mendalam dari pada syair, dan tidaklah mencelanya melainkan dia itu orang yang jahil tentangnya”.

8. Al-Khuroibi berkata, “Tidaklah orang itu mensela Abu Hanifah melainkan dia itu orang yang pendengki atau orang yang jahil”.

9. Sufyan bin Uyainah berkata, “Semoga Allah merahmati Abu Hanifah karena dia adalah termasuk orang yang menjaga shalatnya (banyak melakukan shalat)”.

Beberapa Penilaian Negatif Yang Ditujukan Kepada Abu Hanifah

Abu Hanifah selain dia mendapatkan penilaian yang baik dan pujian dari beberapa ulama, juga mendapatkan penilaian negatif dan celaan yang ditujukan kepada beliau, diantaranya :

1. Imam Muslim bin Hajaj berkata, “Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit shahibur ro’yi mudhtharib dalam hadits, tidak banyak hadits shahihnya”.

2. Abdul Karim bin Muhammad bin Syu’aib An-Nasai berkata, “Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit tidak kuat hafalan haditsnya”.

3. Abdullah ibnul Mubarok berkata, “Abu Hanifah orang yang miskin di dalam hadits”.

4. Sebagian ahlul ilmi memberikan tuduhan bahwa Abu Hanifah adalah murji’ah dalam memahi masalah iman. Yaitu penyataan bahwa iman itu keyakinan yang ada dalam hati dan diucapkan dengan lisan, dan mengeluarkan amal dari hakikat iman.

Dan telah dinukil dari Abu Hanifah bahwasanya amal-amal itu tidak termasuk dari hakekat imam, akan tetapi dia termasuk dari sya’air iman, dan yang berpendapat seperti ini adalah Jumhur Asy’ariyyah, Abu Manshur Al-Maturidi … dan menyelisihi pendapat ini adalah Ahlu Hadits … dan telah dinukil pula dari Abu Hanifah bahwa iman itu adalah pembenaran di dalam hati dan penetapan dengan lesan tidak bertambah dan tidak berkurang. Dan yang dimaksudkan dengan “tidak bertambah dan berkurang” adalah jumlah dan ukurannya itu tidak bertingkat-tingkat, dak hal ini tidak menafikan adanya iman itu bertingkat-tingkat dari segi kaifiyyah, seperti ada yang kuat dan ada yang lemah, ada yang jelas dan yang samar, dan yang semisalnya.

Dan dinukil pula oleh para sahabatnya, mereka menyebutkan bahwa Abu Hanifah berkata, ‘Orang yang terjerumus dalam dosa besar maka urusannya diserahkan kepada Allah’, sebagaimana yang termaktub dalam kitab “Fiqhul Akbar” karya Abu Hanifah, “Kami tidak mengatakan bahwa orang yang beriman itu tidak membahayakan dosa-dosanya terhadap keimanannya, dan kami juga tidak mengatakan pelaku dosa besar itu masuk neraka dan kekal di neraka meskipun dia itu orang yang fasiq, … akan tetapi kami mengatakan bahwa barangsiapa beramal kebaikan dengan memenuhi syarat-syaratnya dan tidak melakukan hal-hal yang merusaknya, tidak membatalakannya dengan kekufuran dan murtad sampai dia meninggal maka Allah tidak akan menyia-nyiakan amalannya, bahklan Insya Allah akan menerimanya; dan orang yang berbuat kemaksiatan selain syirik dan kekufuran meskipun dia belum bertaubat sampai dia meninggal dalam keadaan beriman, maka di berasa dibawah kehendak Allah, kalau Dia menghendaki maka akan mengadzabnya dan kalau tidak maka akan mengampuninya.”

5. Sebagian ahlul ilmi yang lainnya memberikan tuduhan kepada Abu Hanifah, bahwa beliau berpendapat Al-Qur’an itu makhluq.

Padahahal telah dinukil dari beliau bahwa Al-Qur’an itu adalah kalamullah dan pengucapan kita dengan Al-Qur’an adalah makhluq. Dan ini merupakan pendapat ahlul haq …,coba lihatlah ke kitab beliau Fiqhul Akbar dan Aqidah Thahawiyah …, dan penisbatan pendapat Al-Qur’an itu adalah makhluq kepada Abu Hanifah merupakan kedustaan”.

Dan di sana masih banyak lagi bentuk-bentuk penilaian negatif dan celaan yang diberikan kepada beliau, hal ini bisa dibaca dalam kitab Tarikh Baghdad juz 13 dan juga kitab al-Jarh wa at-Ta’dil Juz 8 hal 450.

Dan kalian akan mengetahui riwayat-riwayat yang banyak tentang cacian yang ditujukan kepada Abu Hanifah -dalam Tarikh Baghdad- dan sungguh kami telah meneliti semua riwayat-riwayat tersebut, ternyata riwayat-riwayat tersebut lemah dalam sanadnya dan mudhtharib dalam maknanya. Tidak diragukan lagi bahwa merupakan cela, aib untuk berashabiyyah madzhabiyyah, … dan betapa banyak dari para imam yang agung, alim yang cerdas mereka bersikap inshaf (pertengahan) secara haqiqi. Dan apabila kalian menghendaki untuk mengetahui kedudukan riwayat-riwayat yang berkenaan dengan celaan terhadap Abu Hanifah maka bacalah kitab al-Intiqo’ karya Al-Hafizh Ibnu Abdil Barr, Jami’ul Masanid karya al-Khawaruzumi dan Tadzkiratul Hufazh karya Imam Adz-Dzahabi. Ibnu Abdil Barr berkata, “Banyak dari Ahlul Hadits – yakni yang menukil tentang Abu Hanifah dari al-Khatib (Tarikh baghdad) – melampaui batas dalam mencela Abu Hanifah, maka hal seperti itu sungguh dia menolak banyak pengkhabaran tentang Abu Hanifah dari orang-orang yang adil”

Beberapa Nasehat Imam Abu Hanifah

Beliau adalah termasuk imam yang pertama-tama berpendapat wajibnya mengikuti Sunnah dan meninggalkan pendapat-pendapatnya yang menyelisihi sunnah. dan sungguh telah diriwayatkan dari Abu Hanifah oleh para sahabatnya pendapat-pendapat yang jitu dan dengan ibarat yang berbeda-beda, yang semuanya itu menunjukkan pada sesuatu yang satu, yaitu wajibnya mengambil hadits dan meninggalkan taqlid terhadap pendapat para imam yang menyelisihi hadits. Diantara nasehat-nasehat beliau adalah:

a. Apabila telah shahih sebuah hadits maka hadits tersebut menjadi madzhabku

Berkata Syaikh Nashirudin Al-Albani, “Ini merupakan kesempurnaan ilmu dan ketaqwaan para imam. Dan para imam telah memberi isyarat bahwa mereka tidak mampu untuk menguasai, meliput sunnah/hadits secara keseluruhan”. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh imam Syafii, “maka terkadang diantara para imam ada yang menyelisihi sunnah yang belum atau tidak sampai kepada mereka, maka mereka memerintahkan kepada kita untuk berpegang teguh dengan sunnah dan menjadikan sunah tersebut termasuk madzhab mereka semuanya”.

b. Tidak halal bagi seseorang untuk mengambil/memakai pendapat kami selama dia tidak mengetahui dari dalil mana kami mengambil pendapat tersebut. dalam riwayat lain, haram bagi orang yang tidak mengetahui dalilku, dia berfatwa dengan pendapatku. Dan dalam riwayat lain, sesungguhnya kami adalah manusia biasa, kami berpendapat pada hari ini, dan kami ruju’ (membatalkan) pendapat tersebut pada pagi harinya. Dan dalam riwayat lain, Celaka engkau wahai Ya’qub (Abu Yusuf), janganlah engkau catat semua apa-apa yang kamu dengar dariku, maka sesungguhnya aku berpendapat pada hari ini dengan suatu pendapat dan aku tinggalkan pendapat itu besok, besok aku berpendapat dengan suatu pendapat dan aku tinggalkan pendapat tersebut hari berikutnya.

Syaikh Al-Albani berkata, “Maka apabila demikian perkataan para imam terhadap orang yang tidak mengetahui dalil mereka. maka ketahuilah! Apakah perkataan mereka terhadap orang yang mengetahui dalil yang menyelisihi pendapat mereka, kemudian dia berfatwa dengan pendapat yang menyelisishi dalil tersebut? maka camkanlah kalimat ini! Dan perkataan ini saja cukup untuk memusnahkan taqlid buta, untuk itulah sebahagian orang dari para masyayikh yang diikuti mengingkari penisbahan kepada Abu Hanifah tatkala mereka mengingkari fatwanya dengan berkata “Abu Hanifah tidak tahu dalil”!.

Berkata Asy-sya’roni dalam kitabnya Al-Mizan 1/62 yang ringkasnya sebagai berikut,

Keyakinan kami dan keyakinan setiap orang yang pertengahan (tidak memihak) terhadap Abu Hanifah, bahwa seandainya dia hidup sampai dengan dituliskannya ilmu Syariat, setelah para penghafal hadits mengumpulkan hadits-haditsnya dari seluruh pelosok penjuru dunia maka Abu Hanifah akan mengambil hadits-hadits tersebut dan meninggalkan semua pendapatnya dengan cara qiyas, itupun hanya sedikit dalam madzhabnya sebagaimana hal itu juga sedikit pada madzhab-madzhab lainnya dengan penisbahan kepadanya. Akan tetapi dalil-dalil syari terpisah-pisah pada zamannya dan juga pada zaman tabi’in dan atbaut tabiin masih terpencar-pencar disana-sini. Maka banyak terjadi qiyas pada madzhabnya secara darurat kalau dibanding dengan para ulama lainnya, karena tidak ada nash dalam permasalahan-permasalahan yang diqiyaskan tersebut. berbeda dengan para imam yang lainnya, …”. Kemudian syaikh Al-Albani mengomentari pernyataan tersebut dengan perkataannya, “Maka apabila demikian halnya, hal itu merupakan udzur bagi Abu Hanifah tatkala dia menyelisihi hadits-hadits yang shahih tanpa dia sengaja – dan ini merupakan udzur yang diterima, karena Allah tidak membebani manusia yang tidak dimampuinya -, maka tidak boleh mencela padanya sebagaimana yang dilakukan sebagian orang jahil, bahkan wajib beradab dengannya karena dia merupakan salah satu imam dari imam-imam kaum muslimin yang dengan mereka terjaga agama ini. ….

c. Apabila saya mengatakan sebuah pendapat yang menyelisihi kitab Allah dan hadits Rasulullah yang shahih, maka tinggalkan perkataanku.

Wafatnya

Pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah tepatnya pada masa pemerintahan Abu Ja’far Al-Manshur yaitu raja yang ke-2, Abu Hanifah dipanggil kehadapannya untuk diminta menjadi qodhi (hakim), akan tetapi beliau menolak permintaan raja tersebut – karena Abu Hanifah hendak menjauhi harta dan kedudukan dari sultan (raja) – maka dia ditangkap dan dijebloskan kedalam penjara dan wafat dalam penjara.

Dan beliau wafat pada bulan Rajab pada tahun 150H dengan usia 70 tahun, dan dia dishalatkan banyak orang bahkan ada yang meriwayatkan dishalatkan sampai 6 kilometer.

(diambil dari majalah Fatawa)

Rujuakan:

  1. Tarikhul Baghdad karya Abu Bakar Ahmad Al-Khatib Al-Baghdadi cetakan Dar al-Kutub Ilmiyah Beirut
  2. Siyarul A’lamin Nubala’ karya Al-Imam Syamsudin Muhammad bin Ahmad bin Utsman Adz-Dzahabi cetakan ke – 7 terbitan Dar ar-Risalah Beirut
  3. Tadzkiratul Hufazh karya Al-Imam Syamsudin Muhammad bin Ahmad bin Utsman Adz-Dzahabi terbitan Dar al-Kutub Ilmiyah Beirut
  4. Al-Bidayah wa an-Nihayah karya Ibnu Katsir cetakan Maktabah Darul Baz Beirut
  5. Kitabul Jarhi wat Ta’dil karya Abu Mumahhan Abdurrahman bin Abi Hatim bin Muhammad Ar-Razi terbitan Dar al-Kutub Ilmiyah Beirut
  6. Shifatu Shalatin Nabi karya Syaikh Nashirudin Al-Albani cetakan Maktabah Al-Ma’arif Riyadh

KISAH LIMA PERKARA ANEH


Sumber: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh  yang masyhur. Suatu ketika beliau pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat,

  • Pertama – apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,

  • Kedua – engkau sembunyikan,

  • Ketiga – engkau terimalah,

  • Keempatjangan engkau putuskan harapan

  • Kelima  – larilah engkau daripadanya.”

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai

Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.” Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia  bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,

Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. 

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”

Maka berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri.

Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

“Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah  ia kekal selama-lamanya.

Wallahua’lam.