• Assalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

    CURRENT MOON PHASE

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 65 other followers

  • KLIK PAUTAN

    • None
  • TERBARU DIMINATI

SALAM AIDIL FITRI


Advertisements

KOLEKSI PEDANG RASULULLAH


Berikut adalah pedang-pedang yang pernah dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW semasa hidupnya untuk berdakwah, jumlah pedang yang pernah digunakan ada 9 buah kesemuanya.

1. AL MA’THUR


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi (Cairo: Hijr, 1312/1992).

Juga dikenal sebagai ‘Ma’thur Al-Fijar’ adalah pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda menerima wahyu yang pertama di Mekah. Pedang ini diberi oleh ayahnya, dan dibawa sewaktu hijrah dari Mekah ke Madinah sampai akhirnya diberikan bersama-sama dengan peralatan perang lain kepada Ali bin Abi Thalib.

Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk bilah dengan panjang 99 cm. Pemegangnya diperbuat dari emas dengan bentuk berupa 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus. Dekat dengan pemegang itu terdapat Kufic ukiran tulisan Arab berbunyi: ‘Abdallah bin Abd al-Mutalib’.

2. AL ‘ADB


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi (Cairo: Hijr, 1312/1992).

Al-’Adb bererti “memotong” atau “tajam.” Pedang ini dikirim kepada para sahabat Nabi Muhammad SAW sesaat sebelum Perang Badar. Dia menggunakan pedang ini di Perang Uhud dan pengikut-pengikutnnya menggunakan pedang ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di masjid Husain di Kaherah, Mesir.

3. DHU AL FAQAR

 

Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).

Dhu Al Faqar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW iaitu hasil rampasan  sewaktu perang Badar.  Nabi Muhammad SAW memberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Thalib, yang kemudian Ali mengembalikannya ketika Perang Uhud.

4. AL BATTAR


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi (Cairo: Hijr, 1312/1992).

Al Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW iaitu hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Pedang ini disebut sebagai ‘Pedangnya para nabi‘, dan  pada pedang ini terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi :

‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’.

Gambar ukiran nama-nama para nabi di dalamnya :

Padanya  juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala dari Goliath, orang yang memiliki pedang ini pada awalnya. Pada pedang ini juga terdapat tulisan yang diidentifikasi sebagai tulisan Nabataean.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 101 cm. Dikatakan bahawa ini adalah pedang yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika baginda turun ke bumi kembali untuk mengalahkan Dajjal.

5. HATF

 
Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi (Cairo: Hijr, 1312/1992).

Hatf adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW iaitu  hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Dikisahkan bahawa Nabi Daud AS mengambil pedang ‘Al Battar’ dari Goliath sebagai rampasan ketika dia mengalahkan Goliath tersebut pada saat umurnya 20 tahun.

Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud AS untuk ‘bekerja’ dengan besi, membuat baju perisai, senjata dan alat perang, dan dia juga membuat senjatanya sendiri. Dan Hatf adalah salah satu buatannya, menyerupai Al Battar tetapi lebih besar dari itu.

Dia menggunakan pedang ini yang kemudian disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di Musemum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade, dengan panjang 112 cm dan lebar 8 cm.

6. AL MIKHDHAM


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).

Ada yang mengatakan bahawa pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAW yang kemudian diberikan kepada Ali bin Abi Thalib dan diteruskan kepada anak-anaknya. Tetapi ada khabar lain bahawa pedang ini berasal dari Ali bin Abi Thalib sebagai hasil rampasan pada serangan di Syria.

Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 97 cm, dan mempunyai ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Zayn al-Din al-Abidin’.

7. AL RASUB


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).

Ada yang mengatakan bahawa pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudaranya .

Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 140 cm, mempunyai bulatan emas yang didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Ja’far al-Sadiq’.

8. AL QADIB

Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi (Cairo: Hijr, 1312/1992).

Al-Qadib berbentuk blade nipis . Ini adalah pedang untuk pertahanan ketika bermusafir, tetapi tidak digunakan untuk peperangan.

Ditulis pada pedang berupa ukiran perak yang berbunyi syahadat:

“Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah – Muhammad bin Abdallah bin Abd al-Mutalib.”

Tidak ada indikasi dalam sumber sejarah bahwa pedang ini telah digunakan dalam peperangan. Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian hanya digunakan oleh khalifah Fatimid.

Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Panjangnya adalah 100 cm dan memiliki sarung berupa kulit haiwan yang diawet.

9. QAL’A


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).

Pedang ini dikenal sebagai “Qal’i” atau “Qul’ay.” Nama yang mungkin berhubungan dengan tempat di Syria.  “qal’i” merujuk kepada “timah” atau “timah putih” yang ditempa pada pedang itu

Pedang ini adalah salah satu dari tiga pedang Nabi Muhammad SAW yang diperolehi sebagai rampasan dari Bani Qaynaqa. Ada juga yang melaporkan bahawa datuk Nabi Muhammad SAW menemui pedang ini ketika menemukan air Zamzam di Mekah.

Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 100 cm. Padanya terdapat ukiran bahasa Arab berbunyi:

“Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah.”

Pedang ini berbeza dari yang lain kerana pedang ini mempunyai rekabentuk berbentuk gelombang.

SYEIKH ALI FAQIH AL-FATHANI


SYEIKH ALI FAQIH AL-FATHANI
Mufti Kerajaan Mempawah
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

PENYELIDIKAN awal mengenai ulama yang berasal dari Pattani yang akan diriwayatkan ini bermula dari sebuah salasilah dalam simpanan salah seorang keturunannya di Mempawah, Indonesia. Cerita yang terbanyak diperoleh ialah daripada Haji Abdur Razaq, seorang guru agama bebas dan tokoh masyarakat di Mempawah.

Selain itu, daripada Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, Mufti Kerajaan Mempawah terakhir serta daripada beberapa keturunannya yang telah berusia lanjut yang sempat penulis temui di Mempawah, Pontianak, Jakarta dan Pattani.

Tulisan terawal yang disebarkan mengenai Syeikh Ali bin Faqih al-Fatani ialah daripada tulisan penulis sendiri, yang dimuat dalam risalah kecil berjudul, Upu Daeng Menambon Raja Mempawah. Kemudian penulis perkenalkan kembali dalam kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Sejarah dan Kebudayaan Pattani (anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia, 1996) yang berjudul Peranan Orang Pattani Di Dunia Perantauan.

Asal-Usul

Dalam lingkungan tahun 1160 H/1747 M, penduduk Kuala Mempawah, Tanjung Mempawah dan kampung-kampung sekitarnya dikejutkan kerana didatangi oleh sekitar 40 perahu yang besar-besar belaka. Setelah dua orang ulama bernama Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani dan Syeikh Abdul Jalil al-Fathani naik ke darat untuk menghadap Upu Daeng Menambon iaitu Raja Mempawah pada masa itu, barulah diketahui oleh penduduk bahawa perahu-perahu besar itu datang dari Kerajaan Fathani Darus Salam.

Dipercayai bahawa kedua-dua ulama tersebut berasal dari Kampung Sena, Pattani yang datuk neneknya berasal dari Kerisik, Patani.

Pendidikan dan Penyebaran Ilmu

Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani dan Syeikh Abdul Jalil al-Fathani mendapat pendidikan pondok di Pattani dan kemudian melanjutkan pengajiannya ke Mekah. Bagaimanapun, baik gurunya di Pattani mahupun di Mekah, belum diperoleh catatan yang lengkap dan jelas namun tentang ilmu kedua-duanya dikagumi oleh masyarakat di mana saja mereka berada.

Hanya Syeikh Ali al-Fathani dan anak-anak serta anggota/ahli dalam rombongannya yang tetap tinggal di Mempawah dengan mendirikan rumah yang besar di Kampung Tanjung, Mempawah. Sebahagian lagi mengikuti Syeikh Abdul Jalil al-Fathani menyebarkan Islam di Sambas.

Di Sambas, Syeikh Abdul Jalil al-Fathani lebih dikenali dengan sebutan Keramat Lumbang kerana beliau dikeramatkan orang adalah sebagai lambang ketinggian ilmunya hingga kepada ilmu hakikat dan makrifat.

Demikian halnya dengan Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani, setelah beliau meninggal dunia disebut orang dengan Keramat Pokok Sena.

Kehebatan ilmu yang berupa karamah yang pernah disaksikan oleh penduduk, di antaranya Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani adalah seorang ulama yang berpengetahuan lengkap. Disebabkan alimnya beliau dapat mengetahui helaian daun kelapa dalam satu pelepah yang jatuh dengan tepat tanpa perlu dihitung terlebih dulu.

Bukan itu sahaja, kalau hari akan hujan beliau dapat mengetahui bahawa akan hujan dengan melihat tanda-tanda kelakuan binatang seperti semut, binatang melata dan serangga lainnya. Memperhatikan ketepatan yang diperkatakan oleh Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani, sehingga orang-orang Mempawah pada zaman itu mengatakan bahawa Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani mengetahui percakapan binatang, selain itu beliau adalah seorang Wali Allah juga seperti Habib Husein al-Qadri.

Ketentuan-ketentuan hukum keIslaman yang terutama sekali pada persekitaran tiga jurusan, iaitu fiqh menurut Mazhab Syafie, akidah menurut faham Ahli Sunah wal Jamaah Mazhab Abul Hasan al-Asy’ari dan tasawuf mengikut imam-imam sufi yang muktabar adalah terletak pada Habib Husein al-Qadri dan Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani.

Sejak kedatangan kedua-dua ulama itu telah mulai berkembang Barzanji, Nazham, Burdah dan yang sejenis dengannya setiap malam Jumaat dan di tempat-tempat yang digunakan sebagai upacara rasmi sering mendengungkan lagu-lagu zikir tersebut untuk memperoleh pahala, bukan dipandang sebagai kesenian atau kebudayaan.

Tarekat yang diamal oleh Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani ialah Tarekat Syathariyah, Tarekat Naqsyabandiyah dan beberapa tarekat yang muktabar lainnya. Namun ia berbeza dengan Habib Husein al-Qadri lebih suka mengamalkan Ratib al-Haddad dan Tarekat Qadiriyah.

Murid-Murid

Sebahagian besar tokoh yang pernah belajar dengan Habib Husein al-Qadri juga pernah belajar atau sebagai murid kepada Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani. Beberapa ilmu yang bercorak khusus, yang diperoleh dalam bentuk sistem pondok lebih banyak diajarkan oleh Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani jika dibandingkan dengan Habib Husein al-Qadri yang lebih menekankan berupa amalan dan bercorak memberi keterangan atau syarahan.

Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani lebih menekankan pelajaran yang bercorak hafalan matan-matan sesuatu ilmu menurut tradisi pondok di Pattani, sedangkan Habib Husein al-Qadri perkara itu tidak begitu dikuatkan, yang diutamakan oleh Habib Husein al-Qadri ialah penguasaan lughah Arabiah.

Oleh itu, Gusti Jamiril putera Upu Daeng Menambon menguasai ilmu nahu, saraf dan ilmu-ilmu Arabiah yang lainnya adalah diperolehnya daripada Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani. Faktor yang membolehkannya bertutur dalam bahasa Arab adalah kerana pergaulannya dengan Habib Husein al-Qadri.

Dilantik Sebagai Mufti

Sebagaimana telah diceritakan dalam artikel sebelum ini bahawa Mufti Kerajaan Mempawah yang pertama ialah Habib Husein al-Qadri yang memperoleh gelar Tuan Besar Mempawah. Diceritakan pula, sewaktu Habib Husein al-Qadri/Tuan Besar Mempawah telah berwasiat, bahawa yang layak sebagai pengganti beliau ialah Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani yang tinggal di Kampung Tanjung Mempawah.

Oleh itu, untuk melaksanakan wasiat itu pihak pemerintah Mempawah telah melantik Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani sebagai Mufti Kerajaan Mempawah dengan gelar Maharaja Imam Mempawah. Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani adalah orang yang pertama di Mempawah yang memperoleh gelaran sedemikian. Ini bererti Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani itu adalah Mufti Mempawah yang kedua selepas Mufti yang pertama iaitu Habib Husein al-Qadri.

Setelah Syarif Abdur Rahman al-Qadri mendirikan Kerajaan Pontianak, Sultan Pontianak itu mengajak beliau pindah ke Pontianak, lalu beliau tinggal di Kampung Bugis/Kampung Pedalaman Pontianak yang berdekatan dengan istana Sultan Pontianak itu. Ini bererti Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani berkhidmat di kedua-dua tempat itu dengan berulang-alik antara Mempawah-Pontianak melalui pelayaran perahu.

Keturunan

Daripada catatan Tuan Guru Haji Abdur Razaq, bahawa keturunan Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani adalah empat orang, iaitu:

  • Hajah Fathimah
  • Abdur Rahman/Wak Tapak
  • Ismail
  • Muhammad Dumyati

Anak yang pertama, Hajah Fathimah berkahwin dengan Muhammad Thahir, memperoleh anak bernama Maidah dan Basuk. Abdur Rahman, yang lebih dikenal dengan sebutan Wak Tapak memperoleh beberapa orang anak, ialah; Mustafa, Patik, Hasan, Husein dan Muhammad Nur. Seterusnya Ismail, memperoleh anak bernama Saad. Muhammad Dumyati pula memperoleh anak iaitu; Muhammad Shalih, Musa dan Haji Daud.

Di antara mereka yang paling terkenal ialah Abdur Rahman/Wak Tapak, adalah seorang pahlawan Mempawah. Sewaktu terjadi perbalahan antara orang-orang Cina dengan Melayu di Mempawah, Mandor dan tempat-tempat lainnya, Wak Tapak al-Fathani dan Tengku Simbob yang berasal dari Riau berhasil mengalahkan orang-orang Cina tersebut.

Salah satu tempat di Pulau Temajoh, Kecamatan Sungai Kunyit, Mempawah nama beliau dikekalkan dengan nama Tanjung Wak Tapak. Menurut riwayat tempat itu adalah sebagai perhentian beliau untuk mengintip lanun-lanun yang melalui perairan Mempawah.

Kesinambungan kedatangan orang-orang dari Semenanjung ke Mempawah/Kalimantan Barat. Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani dan Syeikh Abdul Jalil al-Fathani dapat dianggap sebagai perintis kepada kedatangan orang-orang Patani dan tempat-tempat lain dari Semenanjung, seperti Kedah dan Kelantan ke Kalimantan Barat.

Dari kedatangan yang pertama oleh Syeikh Ali al-Fathani hingga yang terakhir oleh Haji Abdur Rahman Kelantan, ternyata ada hubungan erat, baik dari segi kekeluargaan mahupun pertalian sanad/salasilah pengajian ilmu-ilmu keIslaman.

Kedatangan ke Kalimantan Barat tersebut adalah secara berkesinambungan kecuali terhenti setelah Indonesia merdeka kerana sistem pemerintahan telah jauh berubah coraknya. Tokoh-tokoh yang terkemuka yang berasal dari Pattani yang masih bersangkutan dengan keluarga besar Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani yang datang menyebarkan Islam di Kalimantan Barat, ada tiga adik-beradik iaitu Haji Wan Abdul Lathif, Wan Nik dan Hajah Wan Mah.

Ada pun Haji Wan Abdul Lathif itu alim dalam ilmu fiqh, manakala Haji Wan Nik adalah tokoh sufi. Haji Wan Abdul Lathif berkahwin di Kampung Tanjung Mempawah dengan salah seorang keturunan yang juga berasal dari Pattani.

Beliau memperoleh tiga orang anak: Haji Abdul Hamid, menyebarkan Islam di Kepulauan Tambelan dan meninggal dunia di sana. Anak beliau yang kedua bernama Mahmud, meninggal dunia di Singapura dan yang ketiga bernama Muhammad telah pulang ke Pattani. Ada pun anak Haji Wan Nik al-Fathani iaitu Haji Usman pulang ke Pattani. Manakala menantu Haji Wan Nik al-Fathani adalah seorang ulama, iaitu Haji Hasan al-Fathani. Beliau adalah sebagai Imam Masjid Jamek Pemangkat (Kabupaten Sambas).

Haji Hasan al-Fathani sahabat kepada Syeikh Basiyuni Imran yang lebih dikenali dengan gelaran Maharaja Imam Sambas.

Selanjutnya yang datang dari Kedah pula ialah Syeikh Muhammad Yasin yang membuka pondok pengajian di Kuala Mempawah. Dari Kelantan pula ialah Haji Ismail bin Abdul Majid yang pernah menjadi Mufti Pontianak.

Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani pula adalah Mufti Mempawah yang terakhir. Ketiga-tiga orang yang tersebut itu walaupun bukan berasal dari Pattani tetapi ada hubungan dakwah dan pendidikan Islam dengan Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani. Ini kerana sebelum mereka mendapat kedudukan di sana, semuanya tinggal di rumah keturunan Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani.

Keturunan yang terakhir ialah penulis sendiri, dari keturunan Pattani-Johor yang dilahirkan di Kepulauan Riau datang ke Kalimantan Barat, menjejakkan kaki pertama sekali di Singkawang (Daerah Sambas) pada 18 Januari 1968 dan selanjutnya ke Mempawah 1970-1988.

Penulis sempat mencatat hampir semua peristiwa mulai Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani hingga Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani dari mulut Haji Abdur Rahman Kelantan sendiri. Ini kerana penulis pernah beberapa tahun tinggal di rumah beliau dan sempat beberapa kali menadah kitab daripada ulama Kelantan murid Tok Kenali peringkat terawal itu. Selain itu, semua peristiwa juga dicatat daripada keturunan mereka dan orang tua-tua di Mempawah. Percubaan-percubaan untuk mendirikan pendidikan sistem pondok sejak zaman Upu Daeng Menambon bersambung terus, namun selalu diakhiri dengan kegagalan.

Setelah sekian lama sesudah Upu Daeng Menambon, datang seorang ulama Kedah bernama Haji Muhamad Yasin yang menampung murid-muridnya di Kuala Secapah, namun hanya dapat bertahan beberapa tahun saja.

Setelah itu, disambung pula dengan Haji Abdur Rahman bin Husein Kelantan dengan mendirikan pondok Darul Ulum di Mempawah. Dengan terdirinya pondok tersebut, sempat melahirkan beberapa orang tokoh di antaranya, dua orang anak beliau sendiri iaitu Haji Muhaamad Aziq L.C. dan Drs. Abdul Malik.

Seterusnya pondok yang terakhir sekali pula adalah diasaskan daripada penulis dan kawan-kawan yang diberi nama Pondok Pesantren Al-Fathaanah, yang pertama terdirinya di Sungai Bundung, Kecamatan Sungai Kunyit tahun 1974.

Turut serta sebagai pengasas ialah beberapa orang murid daripada Haji Abdur Rahman Kelantan tersebut. Di antara mereka ialah seorang ustaz dan Ketua Kampung Munzir Kitang, Udin Sadul, Hamdan Bochari dan ramai lagi.

Sehingga kini Al-Fathaanah masih wujud dengan berkonsepkan seperti sistem pengajian sekolah-sekolah umum, namun masih mengekalkan sistem pondok. Namun mudah-mudahan ia dapat kekal sampai ke akhir perjuangan.

* Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah.

SAINTIS PERANCIS MEMELUK ISLAM SETELAH MENGKAJI MAYAT RAMSES II


Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mumia Ramesses II

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Prof. Dr. Maurice Bucaille

Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu. hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.




Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih.

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu.

Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firaun yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

Adakah masuk akal, di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” kata hatinya sendirian. Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:

Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”.  (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata:

Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini (muat turun di sini), Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

(sumber: http://fitrahworld.blogspot.com/)

SERANGAN MISIONARIS KE ATAS UMAT ISLAM


Sumber: mykhilafah.com (SN Keluaran 12 Ogos 2011)

Nampaknya bulan Ramadhan kali ini telah dicemari dengan politik kotor pihak tertentu yang begitu ghairah memainkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan menjemput 12 orang Muslim ke majlis makan malam (berbuka puasa) anjurannya. Ekoran serbuan tersebut, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim dikecam hebat oleh media dan kumpulan penyokong kerajaan kerana tindakannya yang dikatakan tidak berpihak kepada JAIS, manakala tindakan Datuk Dr. Hasan Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, yang menyokong tindakan JAIS, dipuji habis-habisan oleh media dan penyokong UMNO.

Tanpa melepaskan peluang keemasan ini, UMNO terus menggunakan akhbar dan kumpulan penyokong mereka untuk terus melaga-lagakan PAS dengan PKR dan DAP dalam isu ini. PAS pula melihat isu ini sebagai sengaja dibangkitkan UMNO bagi menutup kes-kes penyelewengan yang dibongkar oleh PAS berkenaan pendaftaran mykad oleh JPN dan SPR menjelang pilihan raya umum ke-13. PAS bagaimanapun sedang berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan JAIS dan juga pihak gereja sebelum menyatakan apa-apa pendirian berkenaan isu ini.

 

Pada 3 Ogos lalu, akhbar melaporkan yang Gereja Methodist ini telah menganjurkan majlis makan malam dengan menjemput 12 orang Islam yang, selain dilakukan secara tertutup, terdapat banyak perkara lain yang mencurigakan yang menunjukkan ada usaha-usaha dari pihak gereja untuk memurtadkan umat Islam. Namun, hingga kini masih belum ada kenyataan dari pihak gereja atau pengakuan dari mereka yang hadir berhubung apa yang sebenarnya telah berlaku. JAIS diberitakan sedang menyiapkan laporan rasmi mengenainya. Persoalan ini pada hakikatnya bukanlah suatu yang rumit untuk diselesaikan sekiranya pihak kerajaan benar-benar serius dalam menanganinya. Masalahnya, pihak kerajaan UMNO-BN hanya lebih berminat mengapi-apikan isu ini dalam usaha untuk menjatuhkan kredibiliti dan pemerintahan kerajaan negeri, kalau boleh!

Serangan Misionaris Di Dunia Islam

Jika benar ada usaha untuk memurtadkan orang Islam oleh pihak gereja, hal ini walaupun serius, tetapi tidaklah memeranjatkan kita. Al-Qur’anul Kareem telah pun menjelaskan kepada kita bahawa

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan senang kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti milah mereka” [TMQ al-Baqarah (2):120].

Sejarah telah membuktikan bahawa kumpulan mubaligh Kristian (misionaris) ini sememangnya amat aktif dalam usaha mereka untuk menjauhkan umat dari akidah dan ajaran Islam. Malah salah satu sebab rosaknya pemikiran umat Islam sehingga jatuhnya Daulah Islam (Khilafah) suatu waktu dahulu adalah hasil usaha misionaris ini. Serangan misionarris telah berlaku seawal abad ke-16 di mana mereka memulakan gerakan penyesatan dengan mengatasnamakan ilmu pengetahuan dan kemanusiaan. Untuk memastikan kejayaan program ini, mereka telah menyediakan belanja yang sangat besar. Mereka bergerak untuk mencapai dua target utama:-

(i) Memisahkan dunia Arab dari Daulah Uthmaniyah dalam rangka membunuh Daulah Islam, dengan menggunakan istilah ‘Negara Turki’ untuk Daulah Uthmaniyah bagi membangkitkan fanatisme kesukuan

(ii) Menjauhkan kaum Muslimin dari ikatan yang hakiki, iaitu ikatan akidah Islam. Dari dua tujuan ini, tujuan pertama telahpun dicapai manakala tujuan yang kedua tetap diteruskan hingga ke hari ini. Faktor yang memotivasi orang-orang Eropah membentuk pusat perguruan misionaris di dunia Islam adalah pengalaman mereka pada Perang Salib. Pengalaman-pengalaman itu menyedarkan mereka bahawa kaum Muslimin sangat kuat dan tidak dapat dikalahkan di medan perang.

Barat lalu mengkaji rahsia kekuatan umat Islam dan mereka menemui jawapannya iaitu ‘akidah Islam’-lah yang selama ini menjadi pemberi kekuatan yang luar biasa pada tubuh umat Islam. Hukum-hakam Islam yang diterapkan oleh Daulah Khilafah telah menjalin kerjasama yang erat di antara warganegara Islam dan juga non-Muslim. Oleh yang demikian, setelah berfikir keras, kuffar penjajah ini menemui jalan untuk menghancurkan umat Islam iaitu melalui perang pemikiran. Perang pemikiran ini dijalankan melalui program misionaris. Langkah awalnya adalah dengan menarik para pemeluk agama Kristian agar bekerjasama dengan Barat. Seterusnya, menanam keraguan ke dalam diri setiap Muslim terhadap agama Islam serta menggoncangkan akidah mereka. Projek mega ini diwujudkan dengan langkah-langkah yang cukup tersusun dan konkrit oleh mereka.

Di akhir abad ke-16M mereka mendirikan markas misionaris di Malta. Markas itu dijadikan pengkalan serangan misionaris terhadap dunia Islam di mana dari sinilah kekuatan misionaris dikerahkan. Setelah menetap cukup lama di Malta dan mulai merasa keperluan memperluaskan gerakan, mereka berpindah ke Syam pada tahun 1625M. Gerakan mereka pada mulanya masih sangat terbatas tetapi sudah mampu mendirikan sekolah-sekolah kecil dan menyebarkan sebahagian dari buku-buku keagamaan kepada penduduk setempat. Mereka bersikap simpati dengan membantu menyelesaikan kesusahan-kesusahan masyarakat yang timbul akibat penindasan, pengusiran dan peperangan.

Para misionaris ini tinggal di sana hingga tahun 1773M, sehinggalah perguruan-perguruan misionaris kaum Kristian Jesuit dihapuskan dan lembaga-lembaga mereka ditutup, kecuali beberapa perguruan misionaris yang lemah seperti Perguruan Misionaris ‘Azariyyin. Pengaruh dan misi para misionaris terputus dan kedudukan mereka tidak tampak kecuali di Malta hingga tahun 1820M, iaitu ketika mereka berhasil mendirikan pusat gerakan misionaris yang pertama di Beirut. Setelah mula bergerak di Beirut, mereka menghadapi banyak kesulitan, akan tetapi mereka tetap konsisten dan terus melanjutkan gerakannya. Perhatian mereka yang utama masih terfokus pada misi keagamaan manakala perhatian terhadap masalah pendidikan masih lemah.

Pada tahun 1834M, delegasi-delegasi misionaris sudah tersebar luas ke seluruh Syam. Di Desa ‘Antsurah, Lebanon, telah dibuka satu pusat misionaris. Kemudian dari Malta dikirimkan delegasi-delegasi Amerika ke Beirut untuk mencetak buku-buku sekaligus menyebarkannya. Seorang misionaris Amerika yang sangat terkenal, Eli Smith, menggerakkan misi ini dengan bersungguh-sungguh. Di Malta, aktiviti misionarisnya mendapat sambutan dari penduduk setempat. Pada tahun 1827M, Smith datang ke Beirut tetapi dia tidak tinggal lama dan pulang semula ke Malta kerana bimbang dengan keselamatannya di samping tidak mampu bersabar dengan cabaran di sana. Kemudian pada tahun 1834M, dia kembali lagi ke Beirut dan bersama isterinya, telah membuka sekolah untuk perempuan. Dia bertekad memusatkan hidupnya untuk bekerja di Beirut secara khusus dan di Syam secara umum.

Seluruh aktiviti ini saling membantu dalam membangkitkan gerakan misionaris. Ibrahim Pasha yang menerapkan program-program pendidikan tahap pertama (dasar) di Syria – yang diilhamkan dari program pendidikan di Mesir, yang diambil dari program pendidikan dasar di Perancis – telah membuka peluang keemasan bagi para misionaris untuk mengembangkan sayap mereka. Mereka segera memanfaatkannya dan masuk ke dalam bidang pendidikan bersandarkan visi misionaris.

Kemudian gerakan ini berkembang ke bidang percetakan dan tumbuh sebagai sebuah ‘gerakan pendidikan’. Dengan gerakan ini, mereka mampu mempengaruhi hati rakyat Daulah Islam (Muslim mahupun non-Muslim) atas nama kebebasan beragama. Di antara kaum Muslimin, Nasrani dan Druze, mula diadakan aktiviti keagamaan yang berkaitan dengan akidah. Tidak puas hanya dengan gerakan melalui sekolah-sekolah dan dakyah yang dibawa melalui penerbitan dan persoalan kemanusiaan, mereka menyiapkan langkah yang lebih maju dengan mendirikan kelompok-kelompok pengkajian.

Pada tahun 1842M sebuah lembaga yang bertugas mendirikan kelompok pengkajian ilmiah di bawah pimpinan delegasi Amerika telah dibentuk. Kelompok ini bekerja sesuai dengan program-program para delegasi tersebut. Selama lima tahun, hingga tahun 1847, lembaga ini memantapkan posisinya dengan mendirikan kelompok pengkajian yang diberi nama Jam’iyyatu al-Funuun wa al-’Uluum (Kelompok Kajian Sastera dan Pelbagai Ilmu). Anggotanya adalah Nashif al-Yazji dan Butrus al-Bustaniy. Keduanya merupakan Nasrani Lebanon yang direkrut atas nama Nasrani Arab. Anggota lain adalah Eli Smith dan Cornelius van Dyke dari Amerika, serta Kolonel Churchill dari Britain.

Pada mulanya, tujuan kelompok pengkajian ini masih samar, akan tetapi, dalam perkembangan berikutnya objektif lembaga pengkajian ini sedikit demi sedikit mulai tampak. Mereka cuba  menyebarkan ilmu dan tsaqafah asing (Kristian dan Barat) kepada tokoh-tokoh masyarakat, sebagaimana mereka menyebarkan ilmu dan tsaqafah asing di sekolah-sekolah untuk kalangan masyarakat bawahan. Semuanya dibawa dan dididik dengan pemikiran Barat serta dipandu secara khusus sesuai dengan strategi misionaris mereka.

Meskipun para penggerak kelompok pengkajian ini bekerja keras dan berjuang habis-habisan selama lebih kurang dua tahun, namun mereka masih belum mampu merekrut anggota, kecuali hanya 50 individu yang berasal dari seluruh Syam. Mereka semuanya adalah orang Nasrani dan sebahagian besar adalah penduduk Beirut. Tidak ada dari kaum Muslimin atau kaum Druze atau masyarakat umum yang menyertainya. Setelah lima tahun berjalan sejak penubuhannya, kelompok pengkajian ini mati tanpa meninggalkan apa-apa pengaruh selain keinginan kuat kaum misionaris untuk tetap mendirikan banyak lagi kelompok pengkajian. Atas keinginan yang kuat ini, pada tahun 1850M, didirikan pula kelompok pengkajian lain yang dinamakan al-Jam’iyyatu al-Syarqiyyah (Kelompok Kajian Ketimuran) yang didirikan oleh kaum Jesuit di bawah pimpinan seorang Paderi Jesuit berbangsa Perancis, Henri Debrenier. Semua anggotanya adalah dari kaum Nasrani dan asas jalannya adalah sama seperti kelompok pertama. Akan tetapi, kelompok ini juga tidak mampu hidup lama dan akhirnya terkubur sebagaimana kelompok pengkajian yang pertama.

Pada tahun 1857M, sebuah lagi kelompok pengkajian baru ditubuhkan, kali ini dengan teknik yang baru pula. Dalam kelompok ini tidak ada satu pun warga asing yang menjadi anggotanya. Seluruh pendirinya diambil dari bangsa Arab. Ini membolehkan sebuah  koridor dibuka yang akan menyelaraskan dan menyatukan anggota-anggotanya antara kelompok Muslimin dan kelompok Druze. Mereka semua direkrut dan diberi platform Arab. Kelompok itu diberi nama al-Jam’iyyatu al-’Ilmiyyah al-Suriyyah (Kelompok Kajian Ilmiah Syria). Dengan kelebihan aktivitinya dan platform Arabnya serta tidak adanya anggota dari orang-orang Barat, maka kelompok ini mampu mempengaruhi warga Syria, sehingga ramai penduduk yang bergabung dengannya. Jumlahnya mencapai 150 orang. Di antara pengurusnya yang terkenal adalah Muhammad Arselan dari kaum Druze dan Hussain Behm dari kaum Muslimin. Demikian juga kelompok Nasrani Arab, mereka juga ikut bergabung dengan kelompok ini. Di antara mereka yang terkenal adalah Ibrahim al-Yazji dan Ibnu Butrus al-Bustaniy.

Kelompok ini mampu bertahan lebih lama daripada kelompok-kelompok yang sebelumnya. Di antara program-programnya adalah menyelaras dan mengimbangkan ahli dan membangkitkan rasa nasionalisme Arab dalam jiwa mereka. Namun hakikatnya, tujuan sebenar kelompok ini yang terselindung adalah serangan misionaris terhadap Daulah Islam atas nama ‘ilmu’.

Kemudian pada tahun 1875, di Beirut, dibentuk kelompok pengkajian yang sangat eksklusif (rahsia). Kelompok ini terfokus kepada gerakan pemikiran politik dan banyak menghembuskan idea nasionalisme Arab. Para pendirinya adalah lima pemuda yang pernah dibina dan memperoleh ilmu Protestan di Beirut. Mereka semua adalah orang Nasrani yang menguasai visi-visi misionaris yang mengakar dalam jiwa mereka. Setelah beberapa waktu, mereka mampu menghimpun ramai individu yang bersimpati dengan usaha mereka. Pendapat dan artikel-artikel mereka disebarkan untuk membentuk pandangan yang mengarah pada kebangkitan nasionalis dan kemerdekaan Arab, khususnya di Syria dan Lebanon. Meskipun tujuan gerakan ini terlihat jelas dalam gerakerjanya, namun program  dan berita-beritanya masih tersembunyi dan cita-citanya terus terselindung dan terpendam.

Kelompok atau organisasi (jam’iyah) ini menyeru kepada assabiyyah serta membangkitkan permusuhan orang-orang Arab terhadap Daulah Uthmaniyah yang mereka namakan Negara Turki. Di samping itu, mereka juga berusaha memisahkan agama dari negara dan menjadikan assabiyyah Arab sebagai asas ideologi. Selain memakai ‘baju’ ‘arubah (pan Arabisme), mereka juga banyak merujuk kepada penulisan-penulisan yang mencurigai Turki, yang menurut mereka telah merampas kekhilafahan Islam dari tangan orang-orang Arab. Turki juga dituduh telah melanggar syariat Islam yang mulia dan melanggar batas-batas agama. Tuduhan-tuduhan itu telah membuktikan tujuan mereka dengan jelas, iaitu membangkitkan gerakan melawan Daulah Islam, meragukan kaum Muslimin dalam beragama dan memunculkan gerakan-gerakan politik yang berdiri di atas landasan selain Islam. Mereka juga banyak menerbitkan pelbagai risalah yang disebarkan ke segenap wilayah Arab sesuai dengan misi mereka untuk menjauhkan umat dari agama Islam dan memecah-belahkan kesatuan umat serta meruntuhkan Daulah Islam dari dalam.

Inilah misi mereka yang dijalankan dengan licik sejak dulu hingga kini dalam menyebarkan agama Kristian, mengeksport pemikiran Barat ke Dunia Timur, meragukan kaum Muslimin dalam beragama, merendahkan sejarah Islam dan memuliakan Barat dan peradabannya. Semua itu dilakukan seiring dengan kebencian mereka yang amat sangat terhadap Islam dan kaum Muslimin, untuk menghina Islam dan menganggap umat Islam sebagai kaum ‘barbarian moden’. Gerakan missionaris ini akhirnya berjaya memperolehi hasil mereka dengan terpecah-belahnya kesatuan kaum Muslimin dan Negara Khilafah hasil dari racun assabiyyah yang mereka susupkan ke jiwa setiap Muslim. Usaha mereka tetap berterusan sehingga kini bagi memastikan akidah umat Islam terus melemah dan umat Islam tidak kembali bersatu di bawah naungan satu Negara. Justeru, tidak hairanlah jika usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam terus berlangsung hingga ke hari ini dan ia bukanlah suatu yang rahsia [lihat perbincangan lanjut dalam kitab ad-Daulah al-Islamiyyah, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani].

Peranan Negara Dalam Menjaga Akidah

Sebuah Negara Islam tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan usaha untuk merosakkan akidah umat Islam walaupun Negara sangat menjaga kedudukan warganegara non-Muslim sesuai dengan akad dzimmah yang berlaku. Hal ini kerana Negara Islam ditegakkan atas dasar akidah Islam dan adalah menjadi tanggungjawab Negara untuk membina dan menjaga kemurnian akidah umat Islam. Selain berkewajipan mendidik warganegara dengan kurikulum yang berasaskan akidah Islam, Negara juga wajib membasmi sebarang bentuk penyebaran idea mahupun usaha-usaha yang akan merosakkan akidah umat Islam seperti penyebaran ideologi kapitalisme, sosialisme (termasuk komunisme), pluralisme, sekularisme, kristianisasi dan sebarang bentuk ajaran sesat lainnya. Menurut Syeikh Abdurrahman al-Maliki, hukuman takzir kepada setiap orang yang melakukan aktiviti penyebaran ideologi atau pemikiran kufur adalah dipenjara dari 2-10 tahun, jika dia adalah seorang non-Muslim. Tetapi jika dia adalah seorang Muslim, maka kepadanya dikenakan hukuman murtad yakni dibunuh. Dan setiap orang yang melakukan penyebaran agama kufur di tengah-tengah kaum Muslimin, maka ia akan dikenakan uqubat yang serupa [Nidzamul Uqubat Fil Islam, bab Takzir].

Justeru, di dalam isu ini, apa yang sewajibnya dilakukan oleh pemerintah adalah memanggil dan membicarakan semua pihak yang terlibat, bukannya dengan menuding jari atau mengadu-domba pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik kotor. Jika terbukti terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam, maka pihak yang berkenaan wajib dikenakan takzir yang berat. Kepada orang Islam yang terlibat, jika mereka mengaku bahawa mereka telah murtad dan melakukannya dengan sedar dan sukarela, maka mereka wajib disuruh bertaubat dan kembali ke pangkuan Islam. Jika mereka tidak mahu kembali, maka hukuman ke atas mereka adalah bunuh, sesuai dengan sabda Nabi SAW,

Barangsiapa yang menukar agama (Islam) mereka, maka bunuhlah dia.  [HR Bukhari].

Begitulah sepatutnya Negara menjaga akidah umat Islam dan mengekang sebarang usaha untuk menyesatkan umat Islam. Namun realiti pemerintah sekular Malaysia hari ini hanyalah lebih kepada berlagak hero yang kononnya menjaga Islam, walhal merekalah perosak Islam dan umat Islam. Mereka adalah pemerintah yang telah mencampak hukum Islam dari perundangan negara dan menerapkan undang-undang kufur serta membiarkan kekufuran dan kemaksiatan merajalela! Masihkah kalian tidak melihat semua kerosakan yang dilakukan pemerintah ini wahai kaum Muslimin?

PERISTIWA-PERISTIWA BESAR DALAM BULAN RAMADHAN


Dipetik dari buku Ramadhan: Tetamu Yang Dirindui (Karangan: Ybhg, Tuan Guru Hadi Abdul Hadi Awang)

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.

Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.

Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.

Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah. Baca juga di sini. (klik)

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.

Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.

Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.

Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.

Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Bar Lev Line, Israel

Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.

Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.

Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

SEMAKIN BANYAK GEREJA MENJADI MASJID DI EROPAH


Di Peace Street 20 Bolton, berdiri sebuah bangunan besar berkubah yang amat bermakana, yang lengkap dengan menara. Tempat itu ramai dikunjungi warga Bolton, terutama yang memeluk Islam, ribuan umat Islam hadir di tempat ini, melaksanakan untuk menunaikan solat Jumaat. Bangunan itu tidak lain adalah Masjid Zakariyya.(lihat peta di sini)

Sejarah berdirinya masjid ini, bukanlah kisah yang singkat. Kala itu antara tahun 1965 hingga 1967 umat Islam Bolton dan Balckburn belum memiliki tempat untuk melaksanakan solat. Untuk melakukan solat Jumaat, mereka melaksanakannya di The Aspinal, sebuah tempat menari yang digunakan di waktu malam, sedangkan siangnya di hari Jumaat, tempat itu dibersihkan para sukarelawan untuk dijadikan sebagai tempat melaksanakan solat Jumaat.

Kerana jumlah jama’ah semakin bertambah, maka diperlukan tempat yang lebih besar untuk beribadah. Dan bermulalah pencarian bangunan yang boleh digunakan sebagai masjid dan pusat islam. Pada tahun 1967, ada penawaran pembelian bangunan bekas gereja komuniti Metodis, yang terpaksa dijual kerana terbakar. Dengan dana sebesar 2750 pound sterling dari komuniti Muslim tempatan, akhirnya bangunan itu menjadi milik umat Islam. Bangunan itulah yang kini disebut Masjid Zakariyya itu.

Tidak hanya Masjid Zakariyya, beberapa masjid Inggeris pun memiliki kisah yang hampir sama dengan kisah masjid kebanggan Muslim Bolton itu, yakni sama-sama berasal dari gereja yang dijual, baik kerana kehilangan pengikut, atau kerana sebab lainnya. Berikut ini masjid-masjid yang dulunya merupakan gereja:

Masjid Jami’ London

Tempat ibadah ini juga dikenal dengan sebutan masjid Brick Lane, kerana posisinya di Brick Lane 52. Bangunan berdinding bata merah ini merupakan masjid terbesar di London, yang mampu menampung 4000 jama’ah. Walau demikian luas, masjid ini belum dapat menampung seluruh anggota jama’ah solat Jumaat, hingga sering kali jama’ah melebar ke jalan raya.

Masjid ini memiliki sejarah yang sangat unik dan panjang. Awalnya, bangunan yang didirikan sejak tahun 1743 ini adalah gereja Protestan. Dibangunkan oleh komuniti Huguenot, atau para pemeluk Protestan yang lari dari Prancis untuk menghindari kekejaman penganut Katolik. Akan tetapi, kerana jama’ahnya menurun, maka gereja ini dijual.

Di tahun 1809, bangunan ini digunakan masyarakat London untuk mempromosikan Kristen kepada para pemeluk Yahudi, dengan cara mengajarkan Kristen dengan akar ajaran Yahudi. Tapi, program ini juga gagal. Dan bangunan diambil oleh komuniti Metodis pada tahun 1819.

Komuniti Metodis cukup lama “memegang” gereja ini. Walau demikian, pada tahun 1897, tempat ini diambil oleh komuniti Ortodok Independen dan berbagi dengan Federasi Sinagog yang menempati lantai dua.

Tapi tahun 1960-an komuniti Yahudi menyusut, kerana mereka berpindah ke wilayah utara London, seperti Golders Green dan Hendon, sehingga bangunan ditutup sementara, dan hal itu berlanjut hingga tahun 1976. Setelah itu bangunan itu dibuka kembali, dengan nama barunya, Masjid Jami’ London.

Masjid Didsbury

Masjid Didsbury ini terletak di Burton Road, Didsbury Barat, Manchester. Bangunan yang digunakan sebelumnya merupakan bekas gereja komuniti Metodis, yang bernama Albert Park. Gedung ini tergolong bangunan kuno, kerana telah beroprasi sejak tahun 1883. Akan tetapi, pada tahun 1962 gereja ditutup, dan beralih menjadi masjid dan pusat islam. Masjid ini, kini mampu menampung 1000 jama’ah, dan yang bertanggung jawab sebagai imam dan khatib hingga kini adalah Syeikh Salim As Syaikhi.

Masjid Brent

Masjid Brent terletak di Chichele Road, London NW2, dengan kapasiti 450 orang, dan dipimpin oleh Syeikh Muhammad Sadeez. Awalnya, bangunan itu merupakan gereja. Hingga kini ciri bentuknya tidak banyak berubah. Hanya ditambah kubah kecil berwarna hijau di beberapa bagian bangunan dan puncak menara.


Masjid New Peckham

Masjid New Peckham didirikan oleh Syeikh Nadzim Al Kibrisi. Terletak berhampiran Burgess Park, tepatnya di London Selatan SE5. Kini masjid ini berada di bawah pengawasan Imam Muharrim Atlig dan Imam Hasan Bashri. Sebelumnya, masjid ini merupakan bekas gereja St Marks Cathedral.

Masjid Sentral Wembley

Masjid Sentral Wembley ini terletak di jantung kota Wembley, dekat dengan Wembley Park Station. Daerah ini memiliki komuniti Muslim yang besar dan banyak kedai-kedai Muslim yang berada di sekitarnya. Bangunan masjid ini sebelumnya juga merupakan bekas gereja. Walau sudah terpasang kubah di puncak menaranya, tapi ciri-ciri bangunan gereja masih nampak jelas. Dengan demikian, siapa saja yang melihatnya, akan mengetahui bahwa bangunan itu dulunya adalah gereja.

Selain masjid-masjid di atas, sebuah gereja bersejarah di Southend juga sudah dibeli oleh Masjid Jami’ Essex dengan harga 850 ribu pound sterling. Gereja itu dijual, kerana jama’ah berkurang, sehingga kegiatan peribadatan dipusatkan di Bournemouth Park Road. Gereja ini sudah tidak beroprasi sejak tahun 2006 yang lalu. Rancangan asal gereja akan dijadikan apartemen, tapi rancangan itu ditolak oleh Dewan Southend. Akhirnya, gereja kosong itu dibeli oleh komuniti Muslim yang tinggal di kota itu, yang juga sedang mencari tempat untuk melaksanakan ibadah.

Ketika itu jumlah komuniti ini mencapai 250 orang, “bekas gereja” itu merupakan tempat yang sesuai, kerana mampu menampung 300 jama’ah. Tidak banyak dilakukan perubahan pada bentuk bangunan yang telah berumur 100 tahun lebih itu, hanya perlu menambah tempat untuk berwudhu dan sebuah menara.


Sumber: http://mosques.muslimsinbritain.org

%d bloggers like this: