• SELAMAT DATANG

    Asalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 68 other subscribers
  • KLIK PAUTAN

DAULAH KHILAFAH VS NEW WORLD ORDER



Mungkin ramai yang dah dengar tentang pemerintahan Khilafah dan juga New World Order, tetapi perasankah anda tentang kaitan antara dua perkara ini? Di dalam Islam, nabi Muhammad S.a.w adalah nabi yang terakhir, selepas baginda tiada lagi nabi yang lain melainkan hanya digantikan dengan khalifah-khalifah yang ramai. Pemerintahan khilafah ini secara ringkasnya adalah satu pemerintahan bagi seluruh dunia Islam dan di bawah nanti akan diterangkan definisinya dari segi bahasa dan istilah.

Tetapi ramai yang tidak sedar, betapa dalam diam-diam kerajaan Amerika sekarang pun ingin menandingi konsep pemerintahan itu , dengan mereka mewar-warkan NWO (New World Order) yang merupakan sebuah “Teori Konspirasi” (Conspiracy theory). Perhatian ya, ini bukan NWO yang dalam rancangan gusti tu, tetapi NWO yang betul punya, bukan cobaan! Hehe. Dan dalang-dalang di sebalik NWO ini secara ringkasnya tentu lah gerakan kumpulan Freemason, Jews , Dajjal dan kerajaan Iblis sana. Dan telah dapat kita lihat sekarang Amerika sudah dapat menakluki Iraq, salah satu kuasa besar dunia. Dan targetnya selepas ini mungkin Syiria, dan seluruh wilayah Syam, sebelum akhirnya akan menakluki seluruh dunia dan jadikan seluruh dunia berada di bawah telunjuknya. Itu lah dia matlamat slogan New World Order (Tata Dunia Baru) iaitu satu pemerintahan bagi seluruh dunia yang mana pemerintahnya adalah Amerika Syarikat.

Kenyataan tentang New World Order ini sebenarnya telah dibuat secara rasmi oleh Presiden Russia waktu itu iaitu Mikhail Gorbachev dalam ucapannya di perhimpunan agung PBB pada 7 Disember 1988. Dia menekankan untuk menguatkan peranan pusat PBB dan penglibatan aktif dari semua pihak. Itu antara konsep awal NWO yang diperkenalkan olehnya. Tetapi pada 11 September 1990, George H.W. Bush (ayah kepada presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush), telah mula membicarakan NWO ini dengan ucapannya yang bertajuk “Toward a New World Order” yang bermaksud “Ke arah Tata Dunia Baru”.

Antara isi-isi ucapan itu termasuklah komitmen untuk menguatkan Amerika Syarikat agar ia dapat memimpin dunia dengan undang-undang dan bukannya menggunakan kekuatan fizikal, kerjasama Amerika-Russia ke arah dunia yang selamat untuk demokrasi, jurang masa depan akan menjadi secara ekonomi dan bukannya ideologi dan sebagainya. Dan banyak juga ucapan tersebut yang cakap tak serupa bikin.

Bertitik-tolak dari ini lah kerajaan Amerika Syarikat sudah mempunyai agenda lain lebih-lebih lagi disogok oleh gerakan Freemason, orang-orang yahudi dan sekutu-sekutunya untuk menguasai dunia. Sehinggakan mereka sanggup membuat bermacam-macam propaganda termasuklah mengaitkan pengganas dengan Islam. Kerana mereka tahu Islam boleh menjadi penghalang besar kepada usaha mereka untuk menguasai dunia.

Aaron Russo (seorang ahli perniagaan hiburan, pembuat filem dan aktivis politik bebas Amerika) pernah mengatakan dalam satu temubual bahawa istilah PENGGANAS itu hanya sengaja diada-adakan oleh kerajaan Amerika. Dia juga berkata bahawa David Rockefeller (seorang hartawan Amerika) pernah memberitahunyaawal-awal lagi tentang kejadian-kejadian seperti penyerangan ke atas Iraq, Afghanistan, dan sebagainya. Bermakna penglabelan mereka bahawa Islam itu adalah pengganas adalah propaganda semata-mata agar dunia benci kepada Islam, dan mahu menarik perhatian dunia agar menyokong usaha kerajaan Amerika Syarikat membasmi pengganas.

Ada pendapat mengatakan, kerajaan Amerika Syarikat akan merealisasikan NWO menjelang tahun 2012 di mana tahun itu juga banyak pihak meramalkan akan belaku kemusnahan pada dunia. <– Ini perlu dibicarakan dalam topik lain pula (=

Dan apakah itu pemerintahan khilafah? Mari kita lihat secara ringkas penerangan berkenaan pemerintahan khilafah yang membezakan dari pemerintahan-pemerintahan konsep lain seperti pemerintahan republik atau demokrasi, Monarki, Federasi dan sebagainya.

Definisi Khilafah

1. Khilafah Secara Bahasa.

Khilafah dari segi bahasa merupakan mashdar dari fi’il madhi ‘khalafa’, yang bererti: menggantikan atau menempati tempatnya (Munawwir, 1984:390). Jadi, khalîfah adalah orang yang menggantikan orang yang sebelumnya. Jama’nya (plural), khalâ’if atau khulafâ’. Inilah makna firman Allah Swt. yang bermaksud: Berkata Musa kepada saudaranya, Harun, “Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku.” |QS al-A’raf: 142|.

Menurut Imam ath-Thabari, makna bahasa inilah yang menjadi alasan mengapa as-sulthan al-a’zham (penguasa besar umat Islam) disebut sebagai khalifah, kerana dia menggantikan penguasa sebelumnya, lalu menggantikan posisinya |Ath-Thabari, Tafsir ath-Thabari, I/199|.

Menurut Imam Al-Qalqasyandi pula, secara tradisinya istilah khilafah kemudian digunakan untuk menyebut kepemimpinan agung (az-za’amah al-uzhma), iaitu kekuasaan umum ke atas seluruh umat, pelaksanaan urusan-urusan umat, dan pemikulan tugas-tugas mereka |Al-Qalqasyandi, Ma`atsir Al-Inafah fi Ma’alim Al-Khilafah, I/8-9|.

2. Khilafah Menurut Syariah.

Dalam pengertian syariah, Khilafah digunakan untuk menyebut orang yang menggantikan Nabi SAW dalam kepemimpinan Negara Islam (ad-dawlah al-islamiyah) (Al-Baghdadi, 1995:20). Inilah pengertiannya pada masa awal Islam. Kemudian, dalam perkembangan selanjutnya, istilah Khilafah digunakan untuk menyebut Negara Islam itu sendiri |Al-Khalidi, 1980:226|.

Di dalam AlQuran tidak ada menyebut tentang ‘Khilafah’ atau ‘Imamah’ , tetapi ianya diajar secara praktikal sendiri oleh Nabi Muhammad S.a.w dan khalifah-khalifah selepas baginda.

Kata khilâfah banyak dinyatakan dalam hadis, misalnya:

Sesungguhnya (urusan) agama kalian berawal dengan kenabian dan rahmat, lalu akan ada khilafah dan rahmat, kemudian akan ada kekuasaan yang tiranik. |HR al-Bazzar|.

Kata khilâfah dalam hadis ini memiliki pengertian: sistem pemerintahan, pewaris pemerintahan kenabian. Ini dikuatkan oleh sabda Nabi Muhammad saw.:

“Dahulu Bani Israel dipimpin/diurus oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi wafat, nabi lain menggantikannya. Namun, tidak ada nabi setelahku, dan yang akan ada hanyalah para khalifah, yang ramai jumlahnya”. |HR Bukhari dan Muslim|.

Banyak sekali definisi tentang Khilafah—atau juga disebut sebagai Imamah—yang telah dirumuskan oleh oleh para ulama. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Khilafah adalah kekuasaan umum atas seluruh umat, pelaksanaan urusan-urusan umat, serta pemikulan tugas-tugasnya |Al-Qalqasyandi, Ma’âtsir al-Inâfah fî Ma‘âlim al-Khilâfah, I/8|.

2. Imamah (Khilafah) ditetapkan bagi pengganti kenabian dalam penjagaan agama dan pengaturan urusan dunia |Al-Mawardi, Al-Ahkâm as-Sulthâniyah, hlm. 3|.

3. Khilafah adalah pengembangan seluruh urusan umat sesuai dengan kehendak pandangan syariah dalam kemaslahatan-kemaslahatan mereka, baik ukhrawiyah mahupun duniawiyah, yang kembali pada kemaslahatan ukhrawiyah |Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah, hlm. 166 & 190|.

4. Imamah (Khilafah) adalah kepemimpinan yang bersifat menyeluruh sebagai kepemimpinan yang berkaitan dengan urusan khusus dan urusan umum dalam kepentingan-kepentingan agama dan dunia |Al-Juwaini, Ghiyâts al-Umam, hlm. 15|.


Dengan demikian, Khilafah (Imamah) dapat didefinisikan sebagai: kepemimpinan umum atas seluruh kaum Muslim di dunia untuk menerapkan hukum-hukum syariah dan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Definisi inilah yang lebih tepat. Definisi inilah yang diadopsi oleh Hizbut Tahrir (Lihat: Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, Qadhi an-Nabhani dan diperluas oleh Syaikh Abdul Qadim Zallum, Hizbut Tahrir, cet. VI [Mu’tamadah]. 2002 M/1422 H.

Apakah Sistem Pemerintahan Malaysia Sekarang?

Sekarang kita mengguna-pakai sistem pemerintahan DEMOKRASI atau dengan nama lain sistem republik, langsung tidak berkaitan dengan Islam. Sistem demokrasi ini mengikut suara rakyat. Sebenarnya, kita tidak boleh meletakkan rakyat yang berkuasa, ataupun pemimpin itu sendiri yang berkuasa. Pemimpin dan juga rakyat mesti tertakluk dalam undang-undang itu sendiri. Tetapi kita mesti letakkan Allah yang berkuasa di atas muka bumiNya ini. Pemerintahan di muka bumi ini mesti dikembalikan kepada Allah iaitu dengan melaksanakan undang-undang yang telah ditetapkan olehNya. Dan itulah pentingnya sistem KHILAFAH di muka bumi ini ditegakkan.

Kesimpulan:

Maka kita sebagai orang Islam pilih lah dengan wajar dan berlandaskan syarak, mahukan pemerintahan khilafah ataupun tunduk kepada NWO suatu hari nanti? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah. Umat Islam perlu bersatu demi kesejahteraan sejagat. Hanya Islam yang boleh membawa keamanan sejagat. Ideologi-ideologi lain sudah terbukti boleh membawa keruntuhan moral dan juga fizikal. Wallahu a’lam (=

Sumber: Blog Wakeup Project

SEJARAH EMAS UMAT ISLAM DI BAWAH NAUNGAN KHILAFAH


Artikel Suara Kebangkitan Mykhilafah.com

Sejarah perjuangan dan kegemilangan umat Islam dalam pentas peradaban dunia berlangsung sangat lama iaitu sekitar 13 abad, yang bermula sejak zaman kepemimpinan Rasulullah SAW di Madinah (622-632M), sehinggalah tumbangnya Kekhilafahan Turki Uthmani pada tanggal 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924). Kejayaan Muhammad SAW dalam membangun peradaban Islam yang tiada taranya dalam sejarah dicapai dalam jangka waktu 23 tahun di mana 13 tahun darinya merupakan langkah persiapan ketika zaman Makkah (Makkiyyah) dan 10 tahun terakhir ketika di zaman Madinah (Madaniyah). 23 tahun ini merupakan rentang waktu yang kurang dari satu generasi, dimana bagindaSAW telah berhasil memegang kekuasaan atas bangsa-bangsa yang jauh lebih tua peradabannya saat itu khususnya Rom dan Parsi. Hal ini sudah tidak dapat diperdebatkan lagi baik di kalangan kaum Muslimin mahupun non-Muslim.

Begitu juga kejayaan Islam di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin yang sudah terpateri kukuh dalam lipatan emas sejarah keagungan Islam sehingga ke hari ini. Di abad Rasulullah SAW dan Khulafa’ ar-Rasyidin inilah agama Allah telah diterapkan dengan sempurna dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, yang membenarkan

Firman Allah,

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ

Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Akur edhai Islam itu sebagai agama kamu” [TMQ al-Ma’idah (5):3].

Generasi di masa itu merupakan generasi terbaik sebagaimana dikehendaki oleh Allah SWT,

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿١١٠﴾

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munka, dan beriman kepada Allah” [TMQ Ali Imran (3):110].

Kegemilangan Islam ini diteruskan lagi di era kekhilafahan selepas Khulafa’ ar-Rasyidin dan hal ini turut terbungkus indah dalam sejarah Islam. Namun malangnya, banyak dari bungkusan emas sejarah Islam ini telah dicemari oleh tangan-tangan kotor dari Barat yang hasad dan dengki melihat keagungan kandungannya. Mereka berusaha merubah dan mencemari kandungannya dengan lumpur dan najis dan setelah itu bungkusan inilalu dipersembahkan oleh Barat kepada umat Islam. Sebahagian umat Islam menerimanya dengan pasrah, tanpa dapat lagi melihat kilauankeindahannya dan tanpa mahu membersihkan kekotorannya. Maka, terpalitlah umat Islam dengan kekotoran yang sama. Sautun Nahdhah kali ini Insya Allahcuba membersihkan sedikit debu yang meliputi bungkusan emas ini agar ternampak sedikit sinar keindahannya oleh mereka yang mempunyai penglihatan.

Zaman Khilafah Umayyah (661-750M)

Zaman kekhilafahan Umayyah berlangsung selama lebih kurang 90 tahun. Beberapa orang Khalifah terkenal Bani Umayyah antaranya adalah Muawiyah bin Abi Sufyan (661-680M), Abdul Malik bin Marwan (685-705M), Al-Walid bin Abdul Malik (705-715M), Umar bin Abdul Aziz (717-720M) dan Hasyim bin Abdul Malik (724-743M). Awal Daulah Umayyah lebih difokuskan kepada peluasan wilayah kekuasaan. Pengembangan wilayah yang terhenti sejenak pada masa Khalifah Utsman dan Ali dilanjutkan kembali oleh Daulah Umayyah. Pada zaman Muawiyah, Tunisia ditakluki. Di sebelah Timur, Muawiyah berjaya menguasai daerah Khurasan sehinggalah ke sungai Oxus dan Afghanistan sampai ke Kabul. Angkatan lautnya melakukan serangan ke ibukota Bizantium, Konstantinopel. Pengembangan wilayah ke Timur yang dilakukan Muawiyah kemudian diteruskan oleh Khalifah Abdul Malik. Sang Khalifah mengirim tentera menyeberangi sungai Oxus dan berhasil menundukkan Bukhara, Khawarizm, Ferghana dan Samarkand. Tenteranya malah sampai ke India dan dapat menguasai Balukhistan, Sind dan daerah Punjab sampai ke Maltan.

Gibraltar (Jabal Tariq).

Tentera Sepanyol dapat dikalahkan. Dengan demikian, wilayah Sepanyol menjadi sasaran futuhat selanjutnya. Ibukota Sepanyol, Cordova, dengan cepatnya dapat dikuasai. Menyusul setelah itu kota-kota lain seperti Seville, Elvira dan Toledo yang akhirnya dijadikan ibukota Sepanyol yang baru setelah jatuhnya Cordova. Pasukan Islam memperoleh kemenangan dengan mudah kerana mendapat dukungan dari rakyat tempatan yang sejak lama menderita akibat kekejaman penguasanya.

Pada zaman Umar bin Abdul Aziz, serangan dilakukan ke Perancis melalui pegunungan Pyranees. Serangan ini dipimpin oleh Aburrahman bin Abdullah Al-Ghafiqi yang menyerang Bordeaux dan Poitiers. Dari sana beliau cuba menyerang Tours. Namun, dalam peperangan yang terjadi di luar kota Tours, Al-Ghafiqi terbunuh dan tenteranya mundur kembali ke Sepanyol. Disamping daerah-daerah tersebut, pulau-pulau yang terdapat di Laut Mediterranean juga jatuh ke tangan Islam pada zaman Bani Umayyah.

Dengan keberhasilan futuhat ke beberapa wilayah, baik di Timur mahupun Barat, wilayah kekuasaan Islam di zaman Bani Umayyah ini semakin meluas. Wilayah-wilayahnya meliputi Sepanyol, Afrika Utara, Syria, Palestin, Jazirah Arab, Irak, sebahagian Asia Kecil, Parsi dan Afghanistan, termasuk wilayah yang sekarang dikenali sebagai Pakistan, Uzbekserta Kyrgyz di Asia Tengah.Disamping futuhat, Bani Umayyah juga banyak berjasa dalam pengembangan bahasa Arab sehingga menjadi bahasa pengantar dunia (lingua franca), sekaligus menjadi bahasa diplomatik antarabangsa diantara Barat dan Timur bahkan berkembang menjadi bahasa pertuturansehinggalah ke zaman renaissance. Kemajuan tradisi intelektual dan ilmu pengetahuan pada zaman Daulah Umayyah di Andalusia dirasakan oleh masyarakat Eropah.

Dalam bidang ekonomi, Islam telah menguasai dunia perdagangan sejak permulaan Daulah Umayyah (661-750M) lagi dimana pesisiran lautan Hindi sampai ke Lembah Sind, terjalin kesatuan wilayah yang luas dari Timur ke Barat yang membentuk laluan dagang yang lancar di dataran antara China dengan dunia Barat yang dikenali sebagai Jalan Sutera (silk road) yang terkenal. Kemudian, terbuka pula jalur perdagangan melalui Teluk Parsi dan Teluk Eden yang menghubungkannya dengan kota-kota dagang di sepanjang pesisir Benua Eropah. Ini menyebabkan keperluan Eropah pada saat itu amat tergantung kepada kegiatan dagang di dalam wilayah Islam.

Zaman Khilafah Abbasiyah (750-1258M)

Zaman kekhilafahan Abbasiyah berlangsung selama 508 tahun, suatu rentang waktu yang cukup lama dalam sesebuah peradaban. Tidak seperti pada zaman Umayyah, zaman awal Daulah Abbasiyah lebih difokuskan kepada pembinaan peradaban dan kebudayaan Islam berbanding peluasan wilayah. Fakta sejarah mencatat bahawazamanDaulah Abbasiyah merupakan zamanpencapaian cemerlang dunia Islam dalam bidang sains, teknologi dan pelbagai jenis keilmuan. Pada saat itu, dua pertiga bahagian dunia dikuasai oleh Kekhilafahan Islam. Zaman sepuluh Khalifah pertama dari Daulah Abbasiyah merupakan masa keemasan peradaban Islam dimana Baghdad mengalami kemajuan ilmu pengetahuan yang sangat pesat. Secara politik, para Khalifah benar-benar merupakan tokoh yang kuat dan Khilafah menjadi pusat kekuasaan politik dan agama sekaligus. Di sisi lain, kemakmuran masyarakat mencapai tingkat tertinggi. Puncak pencapaian kemajuan peradaban Islam terjadi pada masa pemerintahan Harun Al-Rasyid (786-809M) di mana banyak pusat pengajian dan perpustakaan yang besar didirikan. Harun Al-Rasyid juga menggunakan kekayaan yang banyak untuk dimanfaatkan bagi keperluan sosial. Hospital, lembaga pendidikan dan perubatan serta farmasi didirikan. Pada masa itu terdapat paling tidak sekitar 800 orang doktor. Pada masa inilah Negara Islam (Khilafah) menempatkan dirinya sebagai negara terkuat yang tak dapat ditandingi, jauh meninggalkan negara-negara yang masih tenggelam dalam kegelapan selama berabad-abad. Pada saat itu terjadiletusan kemajuan di berbagai bidang keilmuan yang telah melahirkan berbagai karya ilmiah yang luar biasa.

Pada masa pemerintahan Abbasiyah inilah lahirnya para imam mazhab fiqh yang empat iaitu Imam Abu Hanifah (700-767M), Imam Malik (713-795M), Imam Syafi’i (767-820M) dan Imam Ahmad bin Hanbal (780-855M), para imam mazhab yang hebat dan terukir indah namanya hingga ke hari ini dengan sumbangan yang luarbiasa di dalam fiqh Islam.Prestasi yang gemilang sebagai implikasi dari ketamadunan Daulah Abbasiyah juga jelas terlihat dengan lahirnya para ilmuwan Muslim yang masyhur dan berkaliber di peringkat antarabangsa seperti Al-Biruni (fizik dan perubatan), Jabir bin Hayyan dalam ilmu kimia, Al-Khawarizmi dalam ilmu matematik, Al-Farazi, Al-Fargani, Al-Bitruji (astronomi), Abu Ali Al-Hasan bin Haythami dalam bidang kejuruteraan dan optik, Ibnu Sina (Avicenna) yang dikenali sebagai BapaIlmu Kedokteran Moden, Ibnu Khaldun (sejarahdan sosiologi), Al-Razi (guru Ibnu Sina)dalam bidang kimia dan perubatan yang telah menghasilkan 224 judul buku, Al-Battani (Al-Batenius), seorang ahli astronomi, Al Ya’qubi, seorang ahli geografi, sejarawan dan pengembara, Al-Buzjani (Abul Wafa) yang mengembangkan beberapa teori penting di bidang matematik (geometri dan trigonometri) dan ramai lagi dengan karya-karya mereka yang hebat. Selain itu, pada masa ini, Islam telah memberikan sumbangan besar kepada dunia dalam bentuk tiga alat penting iaitu kertas, kompas dan bahan letupan (gunpowder).

Pendek kata, bermula dari dunia Islamlah ilmu pengetahuan mengalami cetusan (penyebaran dan penularan) dan pengembangan ke dunia Barat yang sebelumnya diliputi oleh zaman gelap (dark ages) sehingga mendorong munculnya zaman renaissance dan enlightenment (pencerahan) di Eropah selepas itu.Menurut George Barton, ketika dunia Barat sudah mula matangdan merasakan perlunya ilmu pengetahuan yang lebih mendalam, perhatiannya yang utamatidak lagi ditujukan kepada sumber-sumber Yunani, tetapi kepada sumber-sumber Arab (Islam).Sebelum Islam datang, menurut Gustav Le Bon, Eropah berada dalam keadaan kegelapan, tidak satupun bidang ilmu yang maju bahkan mereka lebih percaya kepada perkara yang karut-marut (tahyul). Sebuah kisah menarik pernah terjadi pada zaman Daulah Abbasiyah pada waktu kepemimpinan Harun Al-Rasyid, tatkala beliau mengirimkan jam sebagai hadiah kepada Charlemagne seorang penguasa di Eropah. Penunjuk waktu yang setiap detiknya berbunyi telah dianggap oleh pihak gereja sebagai mengandungi jin, sehingga mereka merasa takut dengannya.

Kemunduran Eropah pada zaman pertengahan (abad 9M) bukanlah hanya pada aspek intelektual, bahkan jugadalam aspek fizikal. Hal ini sebagaimana digambarkan oleh William Draper, “Pada zaman itu, ibukota pemerintahan Islam di Cordova merupakan kota paling bertamadun di Eropah. Terdapat 113,000 buah rumah, 21 kota pertahanan, 70 perpustakaan serta masjid-masjid dan istana yang banyak. Cordova menjadi masyhur di seluruh dunia, dimana jalannya berturap dan diterangi dengan lampu-lampu sementara keadaan di London 7 abad sesudah itu (yakni abad 15M), satu lampu umumpun tidak ada. Di Paris berabad-abad sesudah zaman Cordova, orang yang melangkahi ambang pintunya pada saat hujan, melangkah sampai mata kakinya terbenam ke dalam lumpur”.

Pada pertengahan abad ke-9M, peradaban Islam telah meliputi seluruh Sepanyol. Islam masuk ke Sepanyol setelah Abdurrahman ad-Dakhil (756M) berhasil membangunkan pemerintahan yang berpusat di Andalusia.Melalui Sepanyol, Sicily dan Perancis Selatan yang berada di bawah pemerintahan Islam, peradaban Islam memasuki Eropah. Bahasa Arab menjadi bahasa antarabangsa yang digunakan oleh pelbagai bangsa di dunia. Baghdad di Timur dan Cordova di Barat menjadi dua kota raksasa Islam yang menerangi dunia dengan cahaya yang bergemerlapan.

Semaraknya pengembangan teknologi dan ilmu pengetahuan di dunia Islam dimanifestasikan dengan banyaknya perpustakaan yang terdapat di kota-kota di wilayah Islam yang jumlahnya amat mengagumkan. Sejarah mencatat bahawa perpustakaan di Cordova pada abad ke 10mempunyai lebih 600,000 jilid buku. Perpustakaan Darul Hikmah di Kaherah mempunyai 2,000,000 jilid buku. Perpustakaan Al-Hakim di Andalusia pulamemiliki pelbagai buku dalam 40 bilik di mana setiap bilik tersebutterdapat 18,000 jilid buku. Di perpustakaan Abudal Daulah di Shiraz (Iran Selatan) pula, buku-bukunya memenuhi 360 buah bilik. Sementara ratusan tahun sesudahnya (abad 15M), menurut catatan Ensiklopedia Katolik, perpustakaan Gereja Canterbury yang merupakan perpustakaan dunia Barat yang paling kaya saat itu, jumlah bukunya tidak melebihi 1,800 jilid sahaja. Dari pusat-pusat peradaban Islam yang meliputi Baghdad, Damsyik, Cordova, Sevilla, Granada dan Istanbul inilah, sumbangan besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan peradaban moden di dunia Barat diasaskan.

Zaman Khilafah Utsmaniyyah Dan Runtuhnya Khilafah

Pasca berakhirnya kekuasaan Daulah Abbasiyah, kepemimpinan Islam diteruskan dengan KhilafahDaulah Uthmaniyah. Daulah Uthmaniyah yang selama lebih dari enam abad kekuasaannya (1299-1924M),telah dipimpin oleh 36 orang sultan, sebelum akhirnya runtuh dan terpecah menjadi beberapa negara kecil. Pada zamanKhilafah Uthmaniyyah, sejarawan sepakat bahawa zaman Khalifah Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566M) merupakan zaman kejayaan dan kebesaran yang pada masanya Negara Khilafah terlalu jauh meninggalkan negara-negara Eropahbaik di bidang teknologi, militer, sains, politik dan sebagainya.Kesultanan ini menjadi pusat interaksi antara Barat dan Timur selama lebih kurang enam abad kewujudannya. Pada puncak kekuasaannya, Khilafah Uthmaniyyah terbahagi kepada 29 wilayah dengan Konstantinopel (sekarang Istanbul) sebagai ibukotanya. Pada abad ke-16 dan ke-17, Khilafah Uthmaniyyah menjadi salah satu kekuatan utama dunia dengan armada lautnya yang terbesar dan terkuat. Pendek kata, kekuasaan dan kekuatan Khilafah Uthmaniyyah cukup digeruni dan dihormati kawan dan lawan.

Namun sayangnya, kekuatan Khilafah terkikis secara perlahan-lahan pada abad ke-19, sehingga mengalami kemunduran dan seterusnya runtuh pada abad ke-20. Musuh-musuh Islam telah mengambil waktu selama lebih dari satu abad untuk melepaskan ikatan ideologi Islam dari tubuh umat Islam dan Negara Islam, yang pada akhirnya, pada tanggal 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924M), kuffar Barat, melalui Mustafa Kamal Attaturk laknatullah, yang merupakan ejen British,telah berjaya meruntuhkan Daulah Khilafah dan menggantikannya dengan Republik Turki sekular. Sejak itu, berakhirlah sebuah pemerintahan Islam dan sebuah institusi politik yang selama ini menjaga Islam dan umatnya dan sejak itu jugalah, bermulanya penderitaan umat Islam di bawah penguasa sekular dan sistem pemerintahan kufuryang diterapkan ke atas mereka.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Jika kita mengamati sejarah, sesungguhnya faktor utama kekalahan dan melemahnya umat Islam bukanlah terletak pada kekuatan musuh-musuh Islam, tetapi lebih disebabkan oleh kelemahan umat Islam itu sendiri kerana telah meninggalkan ajaran Islam. Setelah pemikiran Islam ditinggalkan dan digantikan dengan pemikiran kufur Barat, ia bukan sekadar menjatuhkan umat Islam dari kedudukannya yang tinggi, malah telah turut meruntuhkan sebuah Daulah Islam yang telah dibina dengan kukuh sejak sekian lama. Akal yang jernih menjelaskan kepada kita bahawasegala kemenangan, kemajuan dan kemuliaan yang dikecapi oleh umat Islam selama lebih dari 13 abad, adalah kerana umat Islam berada dan bersatu di bawah naungan pemerintahan Islam(Khilafah). Walaupun ada segelintir dari Khalifah yang tergelincir dari jalan yang lurus, namun mereka tetap menerapkan Islam di dalam pemerintahan dan tidak menggantikannya dengan sistem dan undang-undang kufur, tidak sebagaimana pemerintah Muslim yang paling ‘baik’ pada hari ini, yang memerintah dengan sistem dan undang-undang kufur. Justeru, tidak ada cara lain untuk mengembalikan semula keagungan sejarah Islam, kecuali dengan berusaha mengembalikan semula Negara Islam (Khilafah) yang telah runtuh ini.Inilah yang sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia dan Insya Allah dengan usaha yang bersungguh-sungguh dari setiap Mukmin yang ikhlas, Khilafah akan tegak kembali dengan izin Allah dalam masa yang terdekat ini.Amin ya Rabbal Alamin.

KEBANGKITAN KHILAFAH


Ehsan: Sunatun Nadhah Bil. 266 (Hizbut Tahrir Malaysia)

Sejak kehancuran Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), seluruh sistem Islam turut musnah. Sistem pemerintahan Islam yang selama ini telah menguasai dan memerintah hampir dua per tiga dunia kini telah pun lenyap. Sistem Khilafah yang telah menaungi manusia selama lebih dari 13 abad dan yang telah membawa rahmat ke seluruh alam, kini telah berkubur dengan runtuhnya Daulah Khilafah lebih kurang 90 tahun yang lalu,. Justeru, generasi yang hidup selepas itu, hinggalah ke hari ini, sudah tidak lagi dapat merasai hidup di dalam Daulah Islam. Mereka sudah tidak dapat merasakan hidup di dalam sebuah Negara Islam yang benar-benar menerapkan sistem pemerintahan Islam.

Oleh yang demikian, di antara pelbagai kesulitan yang wujud di tengah-tengah umat Islam saat ini adalah bagaimana untuk mendekatkan gambaran sistem pemerintahan Islam di dalam benak mereka. Ini kerana, gambaran yang ada sekarang di dalam pemikiran umat Islam sudah tidak dapat lari dari sistem demokrasi kufur ciptaan Barat. Fikiran umat Islam sudah tidak mampu menggambarkan bentuk sistem pemerintahan Islam yang sebenar sebagaimana yang ada pada zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Rasyidun. Jika ada dalam gambaran mereka sekalipun tentang sistem pemerintahan Islam, mereka tidak dapat lari dari menggambarkannya dalam acuan sistem demokrasi yang ada sekarang. Dengan kata lain, mereka cuba menggambarkan atau menyesuaikan sistem Islam mengikut kehendak/acuan demokrasi yang sedia ada, tanpa dapat keluar darinya.

Kesulitannya tidak hanya berhenti di situ. Terdapat pula kesulitan-kesulitan lain iaitu untuk mengubah pemikiran umat Islam yang telah teracuni oleh tsaqafah Barat. Tsaqafah ini benar-benar telah menjadi senjata utama Barat dalam menghadapi umat Islam. Tsaqafah inilah yang telah Barat hunjamkan ke dalam tubuh Daulah Islam sehingga melahirkan kesakitan yang amat mendalam di dalam kehidupan umat Islam. Barat kemudian membawa senjata ini (tsaqafah) dan memberikannya kepada anak cucu Daulah, di saat senjata tersebut masih menitiskan darah ‘ibunya’ (Daulah Islam) yang baru sahaja di bunuhnya.

Tatkala Barat membawa senjata ini, mereka berkata kepada anak-cucu Daulah dengan angkuh dan sombong, “Sungguh aku telah membunuh ibu kalian yang memang patut dibunuh kerana penjagaannya yang buruk terhadap kalian. Sekarang aku menjanjikan penjagaan yang lebih baik yang akan membuatkan kalian merasakan kebahagiaan hidup dan kenikmatan yang nyata.” Kemudian, anak-anak itu pun menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan sang pembunuh yang mana senjatanya masih terhunus dan berlumuran dengan darah ibu mereka!

Semenjak kematian ibu mereka, umat Islam sesungguhnya telah kehilangan orang yang selama ini mengasuh dan membesarkan mereka. Umat Islam sudah mula lupa akan orang yang selama ini menjaga dan menyayangi mereka. Racun tsaqafah yang dicucuk oleh Barat telah membiuskan mereka dari semua ini, sehingga mereka terus alpa dan tenggelam dalam tsaqafah yang menyesatkan ini. Apabila berlaku sesuatu yang mengetuk dan menghantuk mereka, maka sekali-sekala umat Islam tersentak lalu bangkit untuk menyatakan kemarahannya kepada Barat. Tetapi sayangnya pada masa yang sama mereka masih tetap mengambil tsaqafah Barat.

Tatkala mereka bangkit untuk menentang Barat, dalam masa yang sama mereka masih berpegang erat dengan sistem yang dibawa oleh Barat. Padahal dengan tsaqafah dan sistem itulah yang telah mengakibatkan mereka selama ini terjajah dan berada di dalam kehinaan. Dengan kejahatan yang dilakukan Barat dari masa ke semasa, umat Islam terus terhantuk lagi, lalu mereka bangkit sekali lagi untuk memerangi Barat, namun dalam masa yang sama mereka masih menghulurkan tangan kepada Barat dari arah belakang dengan mengambil racun-racun yang mematikan itu, lalu meminumnya. Hal ini berlaku berulang-ulang kali. Lantaran itu, umat Islam terus tersungkur di dalam kelemahan, kekalahan dan kehinaan di hadapan Barat.

Justeru, pokok persoalannya sekarang adalah umat Islam itu wajib kembali kepada ajaran Islam, bukannya kepada ajaran Barat dan seterusnya menegakkan semula Daulah Islam yang akan menerapkan segala hukum-hakam Islam secara kaffah (menyeluruh). Umat Islam wajib kembali menerapkan sistem Islam di bawah naungan Daulah Khilafah kerana hanya dengan adanya Negara Islam ini, barulah hukum Allah dapat diterapkan dan umat Islam dapat dipersatukan kembali dengan sebuah kekuatan yang luarbiasa.

Kita tidak mahu negeri-negeri umat Islam yang ada sekarang terus-menerus berada dalam keadaan lemah dan terpecah-belah dan menerapkan sistem demokrasi, kerana inilah sebenarnya yang dimahukan oleh Barat. Kita mahukan penyatuan semua negeri umat Islam di bawah seorang Khalifah yang menerapkan sistem yang berasal dari langit. Oleh itu, kita mesti bersatu membangun Daulah Islam yang satu untuk keseluruhan umat Islam. Dalam hal ini, kita bukannya mahu mendirikan sebuah negara yang hanya ‘dikenali’ dengan Negara Islam, namun menerapkan sistem demokrasi, yang nyata-nyata sebuah sistem pemerintahan kufur. Apa yang kita mahukan adalah sebuah Negara Islam (Daulah Khilafah) yang menerapkan sistem-sistem pemerintahan Islam semata-mata.

Sesungguhnya orang-orang yang meniti jalan dakwah untuk mewujudkan Daulah Islam mestilah mempunyai pemikiran dan pengetahuan yang jernih akan segala sistem yang bakal diterapkan di dalam Daulah Islam nanti. Sebagaimana kita meyakini firman Allah bahawa deen Islam ini sempurna, maka kita juga meyakini bahawa sistem pemerintahan Islam adalah sempurna. Justeru, kesempurnaan sistem Islam itu bermaksud sistem itu ‘berdiri sendiri’ tanpa memerlukan ‘pelengkap’ dari sistem yang lain. Dengan kata lain, umat Islam tidak memerlukan sistem demokrasi, baik sebagai ‘pelengkap’, ‘penghias’, ‘penumpang’, apatah lagi sebagai ‘asas’ untuk kita melaksanakan sistem pemerintahan Islam! Kerana itu, Hizbut Tahrir telah memperjelas dan merincikan segala bentuk sistem pemerintahan Islam di dalam kitab-kitabnya, yang kesemuanya disertakan dengan nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunah dan Hizbut Tahrir menawarkan kepada setiap Muslim untuk mengkaji kitab-kitab ini di dalam usaha kita untuk mendirikan sebuah Negara Islam.

Kitab-kitab keluaran Hizbut Tahrir seperti Ajhizah Daulah Al-Khilafah Fi Al-Hukm Wa Al-Idarah (Struktur Negara Khilafah Dari Segi Pemerintahan dan Administrasi), Nidzamul Hukmi Fil Islam (Sistem Pemerintahan Di Dalam Islam), Al-Amwal Fi Daulah Al-Khilafah (Harta-Harta Dalam Daulah Khilafah), Nizamul Iqtisadi Fil Islam (Sistem Ekonomi Dalam Islam) dan lain-lain, membahaskan hal-hal ini dengan terperinci.

Kemenangan Adalah Janji Allah Dan Ia Pasti Datang

Sejak Barat berjaya menghancurkan sistem pemerintahan Islam dengan menghancurkan Daulah Khilafah, golongan kuffar Imperialis ini telah ‘menghadiahkan’ sistem pemerintahan demokrasi kepada umat Islam dan menghiaskannya dengan solekan yang begitu indah agar umat Islam terus terpukau dengan kecantikannya. Dalam masa yang sama, kuffar Barat ini melakukan serangan yang bertubi-tubi terhadap usaha untuk menegakkan semula Khilafah. Mereka akan sokong dan redha dengan perjuangan umat Islam yang menginginkan demokrasi, namun mereka akan benci dan menghalang segala usaha umat Islam yang menginginkan Khilafah. Mereka melontarkan pelbagai kata-kata dan propaganda jahat bagi menggambarkan kepada dunia bahawa gerakan yang ingin menegakkan Khilafah adalah gerakan yang ekstrem, radikal, teroris dan pelbagai macam tohmahan lagi. Mereka berusaha untuk menakutkan dunia, khususnya dunia Islam sendiri bahawa Khilafah merupakan sebuah kekuasaan yang penuh dengan kejahatan dan kekolotan.

Namun, dengan usaha yang bersungguh-sungguh dari setiap golongan yang ikhlas untuk menolong agama Allah, semua propaganda jahat kuffar itu dapat di atasi sedikit demi sedikit. Seruan menegakkan Khilafah yang diseru oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia telah membuka mata umat Islam dari masa ke semasa. Hal ini sesungguhnya semakin menakutkan kuffar Barat (akan kemunculan semula Khilafah). Kaum Muslimin di seluruh dunia mulai sedar dan mengambil perjuangan ini sebagai agenda utama (vital) dan semakin sedar akan kewajipan mengembalikan Khilafah ini. Kaum Muslimin juga mula sedar bahawa Khilafah merupakan satu-satunya alternatif bagi segala kerosakan, kezaliman, penjajahan, perpecahan, kekacauan, pembunuhan dan sebagainya yang kini sedang melanda dunia Islam, yang diakibatkan oleh sistem yang buruk dan penguasa yang buruk.

Kita telah menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri dari masa ke semasa dan sejak beberapa bulan yang lalu di beberapa negeri kaum Muslimin seperti Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain, Libya, Syria dan lainnya, terjadi pergerakan besar-besaran umat Islam menentang para penguasa mereka yang zalim yang sekaligus adalah ejen Barat. Para penguasa ini memerintah dengan kuku besi dan menzalimi rakyat selama puluhan tahun lamanya. Mereka menghisap darah umat dan menerapkan undang-undang kufur mengikut arahan tuan-tuan mereka yang kafir. Mereka merompak kekayaan umat bersama tuan-tuan mereka, melanggar kehormatan umat dan menelantarkan umat, malah sampai ke tahap membunuh umat Islam walaupun rakyatnya sendiri. Ringkasnya, para diktator firaun masa kini telah sampai kepada puncak kejahatan dan melampaui semua batasan, sehingga tahap kesabaran umat telah hilang. Umat lalu keluar ke jalan-jalan di mana tidak ada seorang pun atau sesuatu pun yang akan dapat memalingkan mereka dari jalannya. Umat yang dizalimi ini telah melupakan rasa takut dan sampai kepada tekad bulat bahawa mereka tidak akan meninggalkan medan dan tidak akan kembali ke rumah-rumah mereka sehingga para penguasa zalim itu jatuh. Berdirinya umat ini telah merealisasikan berakhirnya usia para penguasa dengan membenarkan sabda Rasulullah SAW

kemudian akan ada mulkan jabariyyan (kekuasaan diktator) dan akan tetap ada atas izin Allah kemudian Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya” [HR Ahmad].

Para penguasa zalim seperti Ben Ali, Husni Mubarak dan orang-orang lain sebelum mereka, satu demi satu telah dicampakkan ke gaung sejarah yang busuk. Tuan-tuan kafir mereka tidak memperlihatkan belas kasihan sedikitpun terhadap mereka dan membiarkan mereka di akhir hidup mereka yang hitam! Manakala rakan-rakan sejawat mereka di beberapa negeri yang lain, ada yang masih belum sedar dan ada yang masih berusaha mempertahankan diri mereka dari dicampak ke gaung yang sama. Sama ada mereka mahu atau tidak, sesungguhnya sekejap lagi akan tiba hari-hari hitam mereka di mana penduduk langit dan bumi tidak akan menangisi pemergian mereka. Dengan izin Allah SWT, zaman kekuasaan mereka yang penuh kejahatan ini akan segera berakhir dan akan diganti dengan sebuah kekuasaan yang penuh berkat dan rahmat, yang mana kita kini sedang berjalan ke arahnya. Inilah jalan penyudah yang baik untuk kita semua yang diberitakan oleh Rasulullah SAW.

Kemudian akan kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian” [HR Ahmad].

Sesungguhnya kaum Muslimin di belahan mana sahaja dunia ini, adalah sebahagian dari umat yang satu. Maka mereka dengan izin Allah tidak akan ketinggalan dari arus kebangkitan saudara-saudara mereka. Ibarat tubuh yang satu, mereka bersama-sama bangkit dan bersatu untuk menumbangkan rejim yang opresif dan ingin menggantikannya dengan Islam. Para penguasa dan kakitangan mereka yang zalim ini sudah semakin sedar bahawa masa-masa untuk mereka berkuasa dengan kejahatan mereka, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pintu sampah sejarah sedang terbuka luas menunggu mereka. Lebih dari itu, azab yang pedih di sisi Allah sedang menunggu mereka di akhirat yang masanya bukanlah lama sangat dari sekarang!

Wahai kaum Muslimin! Sungguh telah tiba waktunya di mana tembok ketakutan sudah sepatutnya roboh dari diri-diri kalian. Demi menegakkan agama Allah, kalian wajib berusaha menempuh jalan jihad yang lebih afdhal (utama). Rasul SAW bersabda,

“Ketahuilah, sesungguhnya jihad yang paling afdhal adalah kalimat (mengatakan) yang hak dihadapan penguasa yang jahat”.

Maka, berjihadlah kalian dengan kalimah yang hak ini dan janganlah kalian takut kecuali kepada Allah. Usahlah kalian gentar kepada pasukan keselamatan negara yang mematai kalian, kerana mereka itu tidak akan mampu untuk menghalang orang Mukmin dari berjuang menegakkan agama Allah dan amat hinalah mereka yang bersungguh-sungguh menghalang orang Mukmin dari menegakkan kebenaran. FirmanNya,

Maka janganlah kalian takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu” [TMQ al-Baqarah (2):150].

Wahai kaum Muslimin! Hizbut Tahrir menyeru kalian dan menyeru golongan yang mempunyai pengaruh dan kekuatan (ahlul quwwah) untuk bergabung dengan barisannya mulai hari ini, sebelum tibanya hari yang mana kalian diminta persaksian. Oleh kerana keinginan dan kecintaan Hizbut Tahrir untuk mendapatkan kebaikan buat kalian, maka Hizbut Tahrir menyeru kalian, untuk memperlihatkan, mengingatkan dan memberikan khabar gembira.

Pertama: Untuk memperlihatkan kepada kalian kemuliaan yang kalian miliki pada suatu masa dahulu ketika Khilafah masih berdiri dan kehinaan yang sekarang ini menimpa kalian setelah lenyapnya Khilafah.

Kedua: Untuk mengingatkan kalian bahawa kalian berupaya untuk mengalahkan kaum kuffar penjajah dan negara asuhan mereka yakni Yahudi. Bahkan kalian dengan izin Allah akan menjadi umat yang terkuat dan terbaik di dunia ini, dengan mendirikan Khilafah dan seterusnya kalian akan mendapat keredhaan Allah serta kembali kepada kemuliaan.

Ketiga: Berita gembira yang kami serukan adalah bahawa sesungguhnya Hizbut Tahrir telah berjanji kepada Allah dan RasulNya serta kaum Mukmin bahawa ia akan terus berusaha untuk mendirikan Khilafah melalui thariqah (jalan) yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Walau betapa besar badai yang melanda sehingga ruh terpisah dari jasad sekalipun, namun Hizbut Tahrir akan tetap berusaha untuk merealisasikan janji Allah dan RasulNya untuk meraih kemenangan. Semoga Allah memberi kekuatan dan melindungi pejuang-pejuang di jalanNya.

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya dunia ini akan terus berputar, sebagaimana pada zaman pengutusan Nabi SAW, Rom dan Parsi telah dikelilingi oleh orang-orang kuat yang terpedaya dengan kekuatan serta ke-egoan mereka. Mereka tidak memperhitungkan negara lain kecuali negara mereka sebagai negara yang besar dan kuat. Mereka langsung tidak mempertimbangkan kekuatan Islam yang ketika itu telah mula meresapi jiwa umat Islam, bahkan mereka memandang orang Islam seperti sama di zaman Jahiliyyah. Mereka hinakan risalah Islam ke tahap di mana Kisra mengutuskan kepada wakilnya di Yaman dengan berkata kepadanya, “Aku mendengar bahawa ada seorang lelaki di Mekah menganggap dirinya Nabi, pergilah kepadanya dan bawakannya kepadaku!”. Kemudian beberapa tahun selepas itu, setelah berdirinya Daulah Islam, Rasulullah SAW telah mengutus para utusan kepada Raja-Raja dan apabila ia sampai kepada Kisra, Kisra telah mengoyak-ngoyak surat Rasulullah. Selepas itu kerajaan Kisra pun hancur terkoyak-rabak, membenarkan sabda baginda SAW “Allah mengoyak-ngoyakkan kerajaannya”.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kembalinya Negara Islam bukanlah sebuah mimpi. Bukan pula sebuah khayalan atau imaginasi. Daulah Khilafah ini dahulunya pernah wujud dalam bentuk yang nyata. Ia benar-benar wujud dan telah memenuhi relung-relung sejarah selama lebih 13 abad. Apatah lagi kebangkitannya yang akan datang untuk kali yang kedua telah pun dikhabarkan oleh Junjungan yang mulia, Muhammad SAW. Maka dari itu, Daulah Islam yang akan kita dirikan ini juga akan pasti wujud secara nyata dengan izin Allah, sebagaimana wujudnya di masa lampau. Siapa sahaja yang berjuang ke arahnya sudah mulai nampak dan terasa akan kehadirannya. Hari demi hari yang berlalu, ia semakin hampir dan hampir.

Keharumannya sudah mulai tercium dan sinaran cahayanya sudah mulai kelihatan. Betapa panjang dan gelap gelitanya malam, namun dengan kehendak Allah Azza wa Jalla, sinar fajar akan pasti muncul jua. Begitulah kekuasaan Islam, ia pasti akan menjelma dan apabila ia telah muncul, tidak ada satu kekuatan pun yang dapat menghalangnya atas kehendak Allah. Islam telah berkuasa di muka bumi lebih dari 13 abad dengan segala kemuliaan yang Allah berikan kepada penganutnya dan Insya Allah, putaran dunia akan berulang lagi di mana kekuasaan Islam akan kembali semula…dan kali ini, kembalinya kekuasaan Islam bukan sahaja tidak dapat dihalang oleh mana-mana manusia, namun ia akan kembali menguasai seluruh penjuru dunia tanpa kecuali. Sabda Rasulullah SAW,

“Sesungguhnya Allah telah menampakkan (seluruh) bumi di hadapanku, sehingga aku (dapat) menyaksikan bahagian-bahagian timur dan baratnya. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan menjangkau bahagian-bahagian bumi yang ditampakkan kepadaku” [HR Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Tsauban ra].

MUHASABAH TERHADAP HARAKAH ISLAM YANG MENGAKUI SISTEM TAGHUT


Setelah hancurnya Daulah Khilafah pada tahun 1924, banyak harakah (gerakan) Islam yang telah muncul dan bangkit berjuang untuk mengembalikan kejayaan Islam. Pelbagai harakah Islam ini berjuang dengan tujuan, idea dan metode perjuangan masing-masing. Walaupun jalan yang diambil oleh harakah Islam ini berbeza-beza, namun Insya Allah semuanya mendapat ganjaran dari Allah SWT selama mana mereka ikhlas berjuang untuk Islam dan menuruti jalan yang lurus. Namun begitu, tidak semua perjuangan ini relevan dengan qadhiyah masiriyah (masalah utama) umat Islam atau sesuai dengan tuntutan ajaran Islam dalam melakukan taghyir (perubahan). Jadi, ‘ikhlas’ sahaja tidaklah mencukupi meskipun keikhlasan memang tuntutan mendasar dalam amal perjuangan. Keikhlasan mestilah disertai dengan pemahaman dan pelaksanaan HUKUM-hukum Islam secara benar di dalam usaha untuk melakukan perubahan yang dikehendaki oleh syarak. Kebenaran hanya akan dapat dicapai apabila kita berpandu kepada nas (Al-Quran dan Sunnah), bukannya kepada akal.

Sekularime telah memporak-perandakan dunia.

Di dalam perjuangan untuk menegakkan agama Allah dan menegakkan sebuah Negara Islam, maka sudah semestinya kita wajib meneledani perjuangan Rasulullah SAW di dalam menegakkan negara. Sesungguhnya Islam adalah agama yang komprehensif yakni bukan sekadar agama spiritual tetapi juga agama yang mengatur segenap aspek kehidupan, baik secara individu, bermasyarakat mahupun bernegara. Dengan kata lain Islam adalah agama dan sekaligus negara. Maka dari itu, sejak Rasulullah SAW diutus sebagai Nabi dan Rasul, yang menjadi fokus utama perjuangan baginda dan para sahabat adalah bagaimana untuk mengamalkan agama Islam secara menyeluruh, dari kehidupan individu hinggalah kepada kehidupan bernegara dan seterusnya untuk mengatur dunia.

Bermula dari perjuangan di Mekah di mana baginda diutuskan, Rasulullah SAW telah berhasil mewujudkan Islam dalam kehidupan bernegara setelah baginda berjaya menegakkan Daulah Islamiyyah di Madinah. Daulah Islam ini kemudiannya dilanjutkan oleh para khulafa’ sesudah baginda selama lebih 1300 tahun sehinggalah kehancurannya (Khilafah) di Turki pada tahun 1924. Sejak saat itulah umat Islam hidup terpecah belah dalam puluhan negara-bangsa (nation-states) yang memerintah dengan sistem taghut (selain Islam) dan hidup menderita kerana menjadi sasaran penindasan pemimpin mereka sendiri dan juga kuffar Barat.

Oleh kerana Islam adalah agama dan negara, bukan sekadar agama spiritual, setiap perjuangan harakah Islam wajib memperhatikan masalah ini dalam perjuangan masing-masing. Inilah yang disebut sebagai qadhiyah masiriyah (masalah utama / vital issue) umat Islam – untuk mengamalkan keseluruhan ajaran Islam di dalam kehidupan bernegara dalam bingkai Negara Khilafah. Dengan demikian, perjuangan harakah Islam seharusnya terfokus pada dua hal.

Pertama; membebaskan umat Islam dari penjara sistem taghut (sistem sekular, demokrasi, teokrasi, monarki, federasi, diktator dan sebagainya) yang telah memecah belah umat Islam dan menjadikan mereka tidak berdaya menghadapi hegemoni Barat.

Kedua; mengembalikan umat Islam ke dalam satu institusi politik pemersatu umat iaitu Negara Khilafah Islamiyyah. Kuffar Barat dan para penguasa dunia Islam sebagai pemimpin sistem taghut ini sangat memahami akan hal tersebut. Oleh yang demikian mereka senantiasa merancang dan melakukan strategi untuk membendung dan ‘menjinakkan’ harakah-harakah Islam. Mereka telah pun berhasil di dalam misi ini di mana sebahagian besar harakah Islam berjaya dijinakkan. Harakah Islam ini akhirnya menjadi harakah yang pragmatis dan tunduk kepada realiti, malah mereka ‘menundukkan’ pula Islam dengan realiti.

Namun, tidak kesemua harakah Islam berjaya dijinakkan Barat di mana ternyata terdapat harakah Islam ideologis yang tidak tunduk kepada kehendak Barat. Harakah jenis ini sangat faham bahawa satu-satunya jalan yang benar untuk menyelesaikan masalah umat Islam adalah dengan cara taghyir (merombak total) bukannya dengan islah (memperbaiki) sistem taghut/sekular yang sedia ada. Mereka juga faham bahawa  umat Islam perlu dipimpin dengan menerapkan hukum Islam secara kaffah (menyeluruh) melalui tegaknya Negara Khilafah. Malangnya harakah Islam ideologis ini sering diburuk-burukkan dan dilabel dengan negatif oleh Barat dan sering menghadapi tentangan dari penguasa kaum Muslimin itu sendiri. Dalam masa yang sama, Barat berusaha membela dan membelai harakah Islam yang pragmatis dan Barat selalu memuji dan ‘menyanjung’ mereka kerana bersifat moderat. Akhirnya harakah Islam pragmatis ini telah berjaya ‘disesatkan’ oleh Barat hingga tunduk kepada realiti sehingga mereka tidak lagi sedar akan qadhiyah masiriyah umat Islam. Mereka malah mengakui ‘kesahihan’ (validity) sistem taghut yang sedia ada serta berjuang dari dalam sistem taghut itu untuk memperbaiki (islah) sistem kufur tersebut.

Kuffar Barat dan penguasa zalim di dunia Islam sememangnya suka ‘memelihara’ harakah Islam pragmatis. Ini kerana, dari dua jenis harakah Islam yang ada, harakah pragmatis tidak mengajak umat untuk mengubah sistem taghut secara total, sebaliknya mereka mengakui kesahihannya dan tunduk kepadanya. Harakah pragmatis pada prinsipnya memang ‘tidak ada masalah’ untuk hidup dalam sistem taghut baik sistem itu demokrasi, teokrasi, monarki atau apa sahaja. Oleh itu, penguasa di dalam sistem taghut tidak perlu (dan tidak akan) khuatir terhadap harakah pragmatis semacam ini, walaupun harakah ini menggembar-gemburkan slogan-slogan Islam atau slogan ‘Negara Islam’, selama mana slogan (atau Negara Islam) yang diperjuangkan itu adalah di dalam ruang lingkup sistem taghut seperti demokrasi. Semua ini tidak akan merisaukan Barat atau penguasa Muslim di dalam sistem taghut kerana harakah pragmatis ini sesungguhnya masih tetap mengakui kesahihan sistem taghut yang sedia ada. Dengan jalan ini, harakah pragmatis ini sebenarnya telah melakukan ‘penyesatan politik’ yang telah menyimpangkan umat dari perjuangan yang benar untuk menegakkan Islam. Ini kerana, keterlibatan harakah pragmatis dalam sistem taghut bererti mereka telah melegitimasi sistem kufur, yang sekaligus telah mempersulitkan usaha harakah ideologis dan umat Islam lainnya untuk menghancurkan sistem kufur ini.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh harakah Islam adalah mengubah dan menghancurkan sistem taghut ini, bukan mempertahankannya. Pertamanya, perubahan ini hendaklah dilakukan dengan jalan tidak mengakui kesahihan sistem taghut (sekular) ini, kerana sistem  ciptaan penjajah ini hakikatnya adalah musuh Islam dan hanya merupakan kehendak kaum kuffar penjajah. Seterusnya, perubahan ini mesti dilakukan dari luar sistem bukan dari dalam (sebagai contoh cuba memperbaikinya dengan melibatkan diri di dalam kabinet atau parlimen). Perubahan ini juga harus disertai dengan usaha untuk memimpin umat agar memahami dan berjuang secara sahih sebagaimana perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasululah SAW dan para sahabat sehingga tegaknya sebuah Negara Islam berdasarkan jalan wahyu. Umat Islam juga harus difahamkan bahawa Negara Khilafah adalah negara Islam yang sama sekali berbeza dengan negara demokrasi (dan lain-lain bentuk sistem taghut) yang sedia ada. Umat Islam juga perlu dijelaskan bahawa setelah Negara Khilafah berdiri, maka kaum Muslimin yang terpecah belah mengikut negara-bangsa sekarang ini, wajib bersatu di bawah satu bendera dan di bawah satu payung pemerintahan.

Strategi Barat Terhadap Harakah Islam

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama (kanan) bertemu dengan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan (kiri) di Pejabat Oval Gedung Putih 7 Disember 2009 di Washington, DC. Kedua-dua pemimpin dijangka akan membahas dasar-dasar tentang Timur Tengah, situasi saat ini di Iran, dan tahap pasukan dalam perang di Afghanistan.

Barat telah membahagi kaum Muslimin  kepada dua golongan utama iaitu golongan fundamentalis (ekstremis/teroris) dan golongan moderat. Dari keduanya, Barat hanya mendokong golongan moderat bahkan mereka sentiasa berusaha mendudukkan golongan ini ke kerusi kekuasaan. Ini kerana golongan moderat sememangnya tidak akan menimbulkan bahaya bagi sistem politik dunia dan eksistensi Barat di dunia Islam. Inilah strategi umum Barat dalam  ‘menyesatkan’ harakah-harakah Islam. Contoh nyata strategi ini adalah sepeti apa yang terjadi kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (PKP) pimpinan Recep Tayyip Erdogan di Turki. Turki tetap sahaja sekular bahkan menjalankan kebijakan (polisi) AS dan Israel meskipun PKP telah berhasil berkuasa. Inilah bukti nyata bahawa PKP telah menjadi harakah Islam yang disesatkan oleh Barat sehingga PKP justeru menjadi pelaksana kepada hegemoni dan kehendak Barat.

Sayangnya ramai generasi muda umat Islam yang telah terpukau dengan harakah pragmatis seperti PKP. Mereka menganggap PKP yang berhasil meraih kekuasaan telah melayani kepentingan Islam dan umat Islam. Padahal dengan sekilas tinjauan sahaja, akan terlihat PKP sangat jauh dari ajaran dan politik Islam. Buktinya, PKP mengumumkan tidak akan memusuhi Barat (penjajah), mempercayai demokrasi, ingin menjadi bahagian dari Eropah serta menjadi sekutu Israel dan mengadakan perjanjian militer dengannya. PKP juga terlibat dalam operasi militer NATO di Afghanistan untuk memerangi Islam dan umat Islam di sana. Dan lebih dari semua itu, PKP adalah pendukung idea-idea Mustafa Kamal Ataturk laknatullah, manusia hina yang menjadi musuh Islam dan penghancur Daulah Khilafah. Harakah seperti PKP inilah yang amat didambakan Barat, sehingga Barat berusaha mewujudkannya di pelbagai negara di dalam dunia Islam dan menyekat harakah Islam ideologis dari meraih kejayaan.

Mustafa Kamal Attaturk - Pengasas sekularisme di Turki

Memang Barat telah menggariskan karakter tertentu untuk harakah Islam agar sesuai dengan kepentingan mereka. Barat menghendaki agar harakah Islam dapat menerima dan mempertahankan sistem taghut yang dibawa oleh mereka. Agar diterima oleh umat Islam, Barat menyebut aktivis harakah ini sebagai kaum moderat dan golongan yang baik, tidak sebagaimana kaum fundamentalis atau ekstremis yang dikatakan merbahaya. Selain terjebak dengan kehendak Barat dan ‘selesa’ disebut sebagai golongan moderat, hakikatnya golongan Islam moderat ini tidak jauh berbeza dengan puak Islam liberal. Jika dicermati, lontaran idea harakah Islam pragmatis sama sahaja dengan idea kelompok liberal-sekular di mana mereka telah meletakkan Islam sebagai suatu agama yang bersifat ‘anjal’ dan boleh berubah mengikut zaman dan tempat. Sedar atau tidak, mereka telah menundukkan Islam dengan realiti yang ada. Akhirnya, kedua-dua kelompok ini menafsir dan mengaplikasikan Islam sesuai dengan kehendak Barat. Umat Islam tidak seharusnya tertipu dengan permainan istilah dan pengggunaan simbol-simbol Islam yang dibawa oleh kelompok-kelompok ini. Contoh nyata adalah seperti PKP di Turki di mana parti ini sangat sering mengeksploitasi istilah dan simbol Islam. Padahal pelbagai strategi dan langkah politiknya, seribu kali lebih berbahaya bagi umat Islam daripada kelompok-kelompok liberal-sekular.

Setiap harakah Islam seharusnya sedar akan jerat kuffar Barat dan tidak seharusnya terlibat di dalam sistem taghut yang akhirnya memberi kelebihan kepada orang-orang kafir/sekular dan melemahkan diri mereka sendiri. Lebih buruk, mereka sebenarnya telah menggadaikan Islam dan perjuangan mereka sendiri kerana meletakkan hawa nafsu dan kepentingan dunia lebih tinggi dari Islam. Umat Islam pula perlu sedar bahawa ada di antara harakah Islam yang, sama ada sedar atau tidak, sebenarnya telah menjadi pelaksana kepada kehendak Barat di dalam menjaga dan memelihara sistem kufur yang dibawa oleh Barat. Setiap ahli gerakan Islam harus sedar bahawa niat yang ikhlas (untuk memperjuangkan Islam) sahaja tidak cukup, tetapi mesti disusuli dengan langkah perjuangan yang benar menurut syarak.

Karakter Harakah Islam Yang Mengakui Sistem Taghut

Setidak-tidaknya terdapat enam karakter utama harakah Islam yang mengakui sistem taghut dan menjadi pelaksana kepada kehendak kuffar Barat:-

Pertama; menganut sikap pragmatis (waqi’iyyah) iaitu bertindak bukan atas dasar pertimbangan syarak tetapi atas dasar waqi’ (fakta/realiti) yang ada dengan pertimbangan untung-rugi (maslahat/manfaat).

Kedua;
tidak mempunyai pemikiran Islam yang jelas. Mereka menyerukan Islam secara umum sahaja dengan penafsiran yang disesuaikan dengan fakta yang ada demi meraih keridhaan penguasa yang zalim dan kaum penjajah (Barat).

Ketiga; tidak berusaha mengubah secara total (taghyir) sistem sekular yang ada, melainkan hanya memperbaikinya (islah) secara sebahagian pada aspek-aspek tertentu sahaja. Mereka mempunyai anggapan dasar bahawa sistem yang sedia ada ‘sudah sah’ dan ‘sudah final’. Justeru, yang perlu diubah bukanlah ‘sistem’nya melainkan hal-hal tertentu yang memerlukan pembaikan misalnya masalah rasuah, penyelewengan, kehakiman, birokrasi, peraturan pilihanraya dan seumpamanya.

Keempat; mempunyai wawasan dan aktiviti yang hanya bersifat lokal. Mereka tidak menekankan persoalan umat Islam yang bersifat global, misalnya mempersatukan seluruh umat Islam dalam satu negara Khilafah. Malah ada di antara mereka yang tidak mahu menyatukan umat Islam di bawah satu negara dan ada pula yang menganggapnya sebagai idea yang khayal. Mereka lebih suka berjuang atas dasar kebangsaan dan tanahair (assabiyyah dan wathaniyyah).

Kelima; selalu berusaha menampakkan diri sebagai kelompok moden dan moderat dengan dalih bahawa Islam adalah agama yang fleksibel atau anjal dan boleh berubah mengikut masa dan tempat. Mereka mengecam harakah Islam ideologis sebagai kelompok garis keras (mutasyaddidun) yang hanya mencari masalah dengan ‘menentang’ pemerintahan yang sah. Mereka menggembar-gemburkan pemikiran tertentu yang disandarkan kepada Islam seperti fiqh al-waqi’ (hukum fikih yang tunduk kepada realiti), fiqh al-mashalih (hukum fikih yang tunduk kepada kemaslahatan) dan semisalnya. Mereka masuk ke dalam parlimen atau bergabung dengan pemerintahan taghut yang ada dengan dalih untuk menegakkan agama.

Keenam; mementingkan personaliti/tokoh (figure). Mereka adalah harakah yang mengamalkan ‘pensucian’ individu. Kerana itulah mereka senantiasa mengedepankan tokoh pimpinan (qiyadah) daripada mengedepankan fikrah (pemikiran) Islam itu sendiri. Jika berhadapan dengan masalah yang perlu diputuskan, pertimbangannya bukanlah kepada hukum-hakam Islam tetapi kepada keputusan atau kehendak pimpinan, walaupun sudah jelas lagi nyata bahawa si pemimpin telah ‘tertawan’ oleh realiti keadaan dan sistem yang rosak.

Harakah dengan karakter-karakter inilah yang sesungguhnya telah ‘menyenangkan’ Barat dan juga penguasa dalam sistem taghut. Harakah seperti inilah yang selalu dimanfaatkan dan diperalat oleh puak kuffar untuk mengalihkan perhatian umat dari harakah ideologis yang berjuang ‘di luar kotak’ demi menukar sistem taghut kepada sistem Islam. Dengan demikian, di samping telah ‘melarikan’ gambaran perjuangan Islam yang hakiki,  harakah pragmatis ini juga telah mempersulit perjuangan ke arah perubahan total yang dikehendaki oleh Islam. Padahal sudah jelas, keterlibatan harakah pragmatis di dalam parlimen dan dalam sistem yang sedia ada sesungguhnya adalah suatu bentuk ketaatan dan ketundukan mereka kepada sistem taghut dan telah memperpanjangkan umur kebatilan. Hal ini juga telah menyebabkan kekeliruan di dalam kefahaman umat Islam mengenai sistem taghut sehingga sebahagian kaum Muslimin menganggap sistem taghut yang ada adalah ‘ok’ apatah lagi apabila perjuangan harakah Islam pragamatis ini didokong oleh ramai ulama dan tokoh yang terkenal.

Dari seluruh penjelasan di atas, kita berdoa dan mengharapkan agar seluruh harakah Islam pragmatis menyedari kekeliruan langkah mereka dengan membuang sejauh-jauhnya sikap taksub kepada gerakan mahupun pimpinan sehingga mereka terjerumus berjuang untuk menegakkan Islam dengan mengiktiraf sistem taghut yang ada. Sesungguhnya setiap perjuangan yang dilandasi anggapan bahawa sistem taghut (demokrasi dan lain-lain) yang sedia ada sudah ‘sah’ dan tidak perlu diubah, hanya akan sia-sia dan mendatangkan kerugian kepada mereka sendiri serta akan mengundang kemurkaan Allah, meskipun mereka berniat ikhlas. Namun, sama ada mereka mahu berfikir dan keluar dari kepompong pragmatisme, lalu bersedia untuk berjuang di luar sistem taghut, ini  bergantung kepada kesedaran dan keikhlasan masing-masing. Allah SWT bertanya,

“Maka apakah orang yang berjalan dengan wajah terlungkup, lebih berpetunjuk atau adakah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus (lebih berpetunjuk)?” [TMQ al-Mulk (67):22].

Dan Dia mengingatkan,

“Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai orang-orang yang tuli dan buta.” [TMQ al-Furqan (25):73].

Wallahu a’lam.
_________________________________________
mykhilafah.com
[Diterjemah dan disunting dari artikel Amaa Aan li al-Harakat al-Islamiyah allatiy Ta’tarifu bi Syar’iyyah Al-Anzhimah an Tash-huw, oleh Dr. Hazim Badar, Palestine,  Majalah Al-Waie (Arab), no. 282, Edisi Khusus Rajab 1431 H/ Julai 2010].