• SELAMAT DATANG

    Asalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 68 other subscribers
  • KLIK PAUTAN

AL-QARADHAWI – “MUBARAK SEMBELIH RAKYATNYA!..”


Dr Yusuf al-Qaradhawi menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar menyertai demonstrasi di Dataran Tahrir, Kaherah bagi merawat luka-luka para penunjuk perasaan dan menuntut agar pihak tentera masuk campur untuk mempertahankan rakyatnya dari serangan curi, dan beliau menuduh Presiden Mesir telah “mula menyembelih rakyatnya sendiri”.

Al-Qaradhawi didalam satu siaran yang dikeluarkan oleh station TV Satelite al-Jazeera, telah memuji penyertaan golongan muda yang tetap pendirian dan tidak berganjak dari tempat demonstrasi dan berkata “samada mereka hidup bahagia atau mati sebagai syuhada'”. Beliau menyeru agar para ahli politik bersatu memberi sokongan kepada mereka.

Tunjuk perasaan anti-Mubarak di Mesir

Presiden Ulama’ Antarabangsa ini menegaskan bahawa, walaupun terdapat perbezaan pandangan diantara ahli politik, akan tetapi mereka hendaklah bersetuju bahawa “pemuda ini adalah pengadil/hakim, dan semua ahli politik hendak tunduk mendengar pandangan mereka, kerana mereka telah menjadi “Tuan” kerana darah mereka dan bukan perkataan mereka”.

Komen beliau terhadap pertempuran yang berlaku diantara penyokong dan penentang Mubarak di Dataran Tahrir, katanya, Presiden Mesir “telah mula menyembelih rakyatnya sendiri”. Beliau bertanya “Bagaimana kalau orang yang beliau sukai menyembelihnya? Kenapa beliau hanya menumpukan perhatian kepada golongan tertentu sahaja, sebagaimana yang dilakukan oleh Firaun keatas kaum Musa apabila ahli bumi “dibahagikan kepada beberapa kumpulan”?.

Tambah al-Qaradawi lagi kepada Mubarak – “Haram keatas kamu membunuh warga negara kamu sendiri”, sebagai amaran kepada tindak balas yang zalim. Beliau menuntut dari Badan-badan Islam, Arab dan pihak Antarabangsa agar campur tangan mempertahankan rakyat Mesir yang menderita akibat ketidak adilan dan kezaliman.

Al-Qaradhawi mengajak para penceramah, Imam-Imam, doktor-doktor, para wartawan dan lain-lain agar menyokong para penunjuk perasaan yang terdiri dari kalangan orang-orang muda, dan turun menyertai mereka dijalanraya pada hari Jumaat.

Beliau mengakhir ucapannya dengan berdo’a kepada Allah agar memberi kekuatan kepada pemuda-pemuda ini dan memberi pertolongan terhadap ketidak adilan keatas mereka, dan mengambil kekuatan dan keupayaan dari musuh-musuh mereka.

sumber : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7875&version=1&template_id=116&parent_id=114

Leave a comment