• SELAMAT DATANG

    Asalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 68 other subscribers
  • KLIK PAUTAN

    • None

FATWA MEMBOIKOT BARANGAN MUSUH ISLAM


Penterjemah: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Fatwa oleh Al-Syeikh Hamud bin ‘Uqala al-Syu’aibi R.H.

Beliau ialah salah seorang ulama Saudi yang tidak asing lagi. Salah seorang guru kepada Mufti Saudi sekarang al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah ‘Ali al-Syeikh, Dr. Abdullah ‘Abdul Muhsin al-Turki, Fadhilah al-Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan al-Fauzan, al-Syeikh ‘Abdul Rahman bin ‘Abdullah bin al-‘Ajlan dan ramai lagi.

_______________________________________________

Soalan:

Saya telah menghadiri kuliah sebahagian ulama yang diadakan di Masjidil Haram, Mekah. Telah ditanya tentang hukum boikot (barangan) Amerika dan Yahudi. Ulama itu menjawab:

Boikot (barangan) mereka (Yahudi dan Amerika) tidak dibenarkan di dalam Syara’, kerana Rasul s.a.w. tidak memboikot (barangan) Yahudi yang berada di Madinah.

Disebabkan saya memiliki pandangan dalam sebahagian hukum-hakam syarak, maka jawapan syeikh tersebut telah menimbulkan kemusykilan terhadap saya. Maka apakah hukum (sebenarnya) memboikot Yahudi dan Kristian berdasarkan kandungan ajaran Syariat Islam?

Jawapan:

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Selawan dan salam ke atas semulia-mulia para Nabi dan Rasul, iaitulah nabi kita Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya. Amma ba’d:

Pertama: Jika anda pasti, Syeikh tersebut memberi jawapan seperti yang anda nyatakan, maka dia tidak terkeluar dari dua jenis org:

Samada dia jahil tentang sejarah Syariah Islamiah, hukum-hakam dan hikmah-hikmahnya, ataupun dia ada tujuan atau maksud tertentu yang dia sahaja mengetahuinya.

Apapun, Nabi s.a.w. tidak memboikot Yahudi di peringkat awal dakwah kerana mereka orang-orang yang diberi perdamaian, disebabkan tidak terbukti mereka memiliki hasrat memerangi Islam dan kaum muslimin. Apabila Nabi s.a.w. mengetahui hasrat mereka (memerangi Islam) dan baginda bimbangkan kejahatan dan kemudharatan mereka, dan mereka juga telah merungkaikan (mengkhianati) perjanjian. Nabi memboikot mereka dan memulau perkampungan mereka. Baginda telah memulau perkampungan Yahudi Bani Nadzir dan memboikot mereka, baginda juga menebang pokok-pokok yang ada di perkampungan Yahudi termasuk pokok kurma mereka. Dan pemulauan Nabi s.a.w. terhadap Yahudi ini berterusan sehinggalah mereka menyerah kalah dan meminta dibiarkan mereka keluar dari Madinah. Imam Muslim telah meriwayatkan kisah ini di dalam kitab Sahihnya. Oleh yang demikian apabila mereka mengkhianati janji, Nabi s.a.w. melakukan pemulauan terhadap mereka, menebang dan membakar pohon-pohon tamar kepunyaan mereka. Lantaran itu mereka menghantar utusan kepada Nabi s.a.w. dan menyatakan mereka akan keluar dari Madinah. Maka baginda menundukkan mereka dengan peperangan/serangan ekonomi. Bersempena peristiwa ini turunnya ayat al-Quran:

ما قطعتم من لينة أو تركتموها قائمة على أصولها فبإذن الله وليخزي الفاسقين

Maksudnya:

“Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya, maka semua itu adalah dengan izin Allah kerana dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik.” (al-Hasyr: 5)

Sesungguhnya tindakan boikot dan merosakkan tanaman dan kurma mereka yang merupakan tulang belakang kekuatan ekonomi mereka, merupakan kaedah yang paling utama untuk memberi tekanan kepada mereka dan menundukkan mereka dan mengeluarkan mereka dari Madinah.

Demikinlahlaj juga yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w. terhadap Yahudi Bani Quraizhah, apabila baginda mengetahui pengkhianatan dan bantuan mereka (kepada tentera kuffar) dalam peperangan al-Ahzab. Baginda memulau mereka sehinggalah mereka dikenakan dengan hukuman Allah, tentera mereka dibunuh, perempuan dan anak-anak mereka ditawan.

Selain itu, membandingkan keadaan Amerika, Yahudi, Kristian dan syarikat-syarikat mereka pada hari ini dengan Yahudi Madinah yang sedikit jika dinisbahkan dengan umat Islam Madinah, dan mereka tidak mengistiharkan peperangan adalah Qiyas yang Fasid. Ini kerana Amerika, Yahudi, Kristian dan syarikat-syarikat mereka sentiasa melancarakan peperangan ke atas umat Islam di Palestin dan Irak, dan mereka menyokong musuh-musuh Islam dalam peperangan menentang para mujahidin, seperti sokongan mereka kepada Russia yang memerangi Mujahidin di Chechnya, demikian juga sokongan mereka kepada Filipina yang memerangi umat Islam di sana, sama juga dengan sokongan mereka kepada Macedonian memerangi umat Islam di sana.

Mereka adalah golongan yang memerangi Islam kerana kebersamaan mereka dengan musuh-musuh umat Islam Zionis di Palestin. Mereka menyokong dengan harta, senjata dan kepakaran. Kalaulah bukan dengan sokongan mereka yang berterusan sejak 50 tahun lalu untuk negara Zionis, Zionis tidak mampu untuk menduduki Palestin, ini kerana Yahudi adalah makhluk yang paling pengecut seperti yang dicerikan oleh Allah s.w.t. tentang mereka di dalam kitabnya al-Quran al-‘Aziz, ketika Dia berfirman:

لا يقاتلونكم جميعا إلا في قرى محصنة أو من وراء جدر ..

Maksudnya:

“Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu-padu, melainkan di dalam kampung-kampung yang berbenteng atau dari balik tembok..” (al-Hasyr: 14)

Demikian juga Allah s.w.t. menceritakan tentang mereka ketika Nabi Musa berkata kepada mereka:


ادخلوا الأرض المقدسة التي كتب الله لكم ولا ترتدوا على أدباركم فتنقلبوا خاسرين

Maksudnya:

“Wahai kaum-ku, masuklah ke tanah suci yang telah ditentukan Allah untuk kamu semua, dan janganlah kamu semua lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), nanti kamu akan menjadi orang-orang yang rugi.” (al-Maidah: 21)

Lalu Allah mengkhabarkan jawapan mereka kepada Nabi Musa a.s. dengan berkata:


قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

Maksudnya:

“Mereka menjawab (kepada Musa), sesungguhnya kami tidak akan masuk ke dalamnya selama-lamanya, selagi mereka (musuh-musuh) ada di dalamya. Maka pergilah engkau (wahai Musa) dengan tuhan engkau, dan berperanglah kamu berdua dengan mereka, dan kami akan duduk menanti di sini sahaja.” (al-Maidah: 24)

Maka jika bukan kerana sokongan Amerika, British dan kerjasama Yahudi dan Kristian terhadap Zionis, mereka tidak akan mampu untuk menduduki Palestin.

Oleh itu membandingkan mereka yang memerangi Islam dan menaruh dendam terhadap umat Islam dengan segelintir Yahudi di Madinah yg berada di bawah kawalan umat Islam adalah kiyas yang fasid seperti yang saya sebutkan sebelum ini.

Maka apabila umat Islam hari ini tidak mempunyai kekuatan untuk berjihad dengan senjata untuk menentang mereka disebabkan perbezaan yang ada diantara pemimpin umat Islam, dan kelemahan mereka dari mengistiharkan jihad, dan kebanyakan mereka pula ada hubungan dengan negara kuffar, maka sekurang-kurangnya boikot ekonomi berupa serangan kepada mereka dan kepada syarikat-syarikat dan barang-barangan mereka.

Berdasarkan ini semua, maka saya menggalakkan saudara-saudara seislam kita untuk saling tekun dan bersabar dalam melaksanakan jihad ini. Allah s.a.w. berfirman:

يا أيها الذين أمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا ..

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkan kesabaran dan tetaplah bersedia (di perbatasan negeri)…” (Ali Imran: 200)

Dan jangan kamu semua merasa jemu dan malas, kerana sesungguhnya bantuan (Allah)itu bersama orang-orang yang sabar. Dan hendaklah kamu semua bersungguh-sungguh dalam memboikot syarikat-syarikat dan barangan-barangan Amerika, Britain dan Yahudi dengan boikot yang tegas, kuat dan menyeluruh. Allah s.w.t. berfirman:

وتعاونوا على البر والتقوى

Maksudnya:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan taqwa.” (al-Maidah: 2)

Sabda Nabi s.a.w.:

المؤمنون تتكافأ دماؤهم وهم يد على من سواهم

Maksudnya:

“Orang-orang yang beriman itu darah mereka sama, mereka bersatu menghadapi musuh mereka.” (al-Albani menghukumkan hadith ini sebagai Sahih di dalam Sahih Ibn Majah) Hadith riwayat Ahmad daripada hadith ‘Ali bin Abi Talib.

Dan segala puji bagi Allah apa yg telah kita lalui dan berdasarkan apa yang dinukilkan oleh media tentang kesan boikot yang lalu terhadap ekonomi Amerika, Britain dan Yahudi.

Kesimpulannya bahawa Amerika dan Britain adalah di belakang peperangan disetiap tempat, mereka juga di belakang membantu Zionis di Palestin, mereka di belakang sekatan ekonomi terhadap negara Islam Toliban di Afghanistan. Mereka di belakang sokongan Russia melawan para mujahidin di Chechnya, menokong Kristian melawan saudara kita para mujahidin di Filipina, Indonesia, Kashmir dan di tempat yang lain. Mereka juga di belakang setiap sokongan kepada usaha melemahkan perjuangan jihad islam dan melemahkan umat Islam. Mereka juga di belakang sekatan ekonomi terhadap rakyat Muslim Iraq , dan melancarkan serangan berterusan ke atas Iraq sejak lebih 10 tahun dengan secara zalim dan melampaui batas.

Benarlah firman Allah s.w.t:

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم

Maksudnya:

“Dan orang-orang Yahudi dan Kristian sama sekali tidak ada redha terhadap mu, sehinggalah kamu mengikut agama mereka.” (al-Baqarah: 120)

Ya Allah kenakan tindakan ke atas Amerika, Britain, Yahudi, Kristian dan penokong-penyokong dan puak-puak mereka. Ya Allah jatuhkan balasan yang keras terhadap mereka seperti balasan terhadap kaum Nabi Yusuf. Demikian juga saya memohon kepada Allah s.w.t. untuk memberikan taufik kepada ulama umat Islam agar mereka menyatakan kebenaran dan mereka tidak bimbangkan celaan orang yang mencela.

Selawat Allah kepada Nabi kita Muhammad s.a.w., kepada para sahabat dan keluarga baginda.

___________________________________________

Teks asal fatwa:


فتوى الشيخ حمود بن عقلاء الشعيبي
على تأكيد مقاطعة أعداء الإسلام ،
ورد على فتوى بعض العلماء في تحريم ذلك .
________________________________

فضيلة الشيخ حمود بن عقلاء الشعيبي

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته أما بعد
فقد حضرتُ درسا في الحرم المكي لبعض العلماء وقد سئل عن حكم مقاطعة الأمريكان واليهود فأجاب : بأن مقاطعة هؤلاء لا تجوز شرعا ، لأن الرسول صلى الله عليه وسلم لم يقاطع اليهود الذين كانوا في المدينة .

ولأن لدي إلمام ببعض الأحكام الشرعية فقد أشكل علي جواب هذا الشيخ ، فما حكم مقاطعة اليهود والنصارى حسب ما تقتضيه الشريعة الإسلامية ؟

الجواب :
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين أما بعد

أولا : إن كنت متأكدا من أن هذا الشيخ أجاب بهذا الجواب الذي ذكرته فهو لا يعدو أحد رجلين

إما أن يكون جاهلا بتاريخ الشريعة الإسلامية وأحكامها وحِكَمِها ، وإما أن يكون له قصد واتجاه هو أدرى به .

وعلى كلٍ فالنبي عليه الصلاة والسلام لم يقاطع اليهود في أول الأمر حين كانوا مسالمين لأنهم لم تظهر لهم نوايا ضد الإسلام والمسلمين ، فلما علم صلى الله عليه وسلم نواياهم وخاف من شرهم وضررهم وقد نقضوا عهودهم قاطعهم وحاصر قراهم ، فقد حاصر بني النظير وقاطعهم وقطّع أشجارهم ونخيلهم ، واستمر حصاره لهم صلى الله عليه وسلم إلى أن سلّموا وطلبوا الجلاء عن المدينة ، وقد ذكر الإمام مسلم رحمه الله تعالى في صحيحه قصتهم ، وذلك أنهم لما نقضوا العهد حاصرهم صلى الله عليه وسلم وقطّع نخيلهم وحرقها ، فأرسلوا إليه أنهم سوف يخرجون ، فهزمهم بالحرب الاقتصادية ، وفيها نزل قوله تعالى ( ما قطعتم من لينة أو تركتموها قائمة على أصولها فبإذن الله وليخزي الفاسقين ) .

فكانت المحاصرة وإتلاف مزارعهم ونخيلهم التي هي عصب قوة اقتصادهم من أعظم وسائل الضغط عليهم وهزيمتهم وإجلائهم من المدينة .

وكذلك فعل صلى الله عليه وسلم مع بني قريظة لما علم خيانتهم وتمالئهم مع الأحزاب ، حاصرهم حصارا محكما حتى نزلوا على حكم الله ، فقتل مقاتلتهم وسبا نسائهم و ذراريهم .

ثم إن قياس حالة الأمريكان واليهود والنصارى وشركاتهم في وقتنا الحاضر على يهود المدينة الذي هم قلة بالنسبة للمسلمين ، مع أنهم لم يعلنوا الحرب قياس فاسد ، لأن الأمريكان واليهود والنصارى وشركاتهم لا يفتأون يشنون الحروب على الشعوب المسلمة في فلسطين وفي العراق ، ويدعمون أعداء الإسلام في حروبهم ضد المجاهدين ، كدعمهم الروس في قتالهم ضد المجاهدين في الشيشان ، وكدعمهم الفلبين في قتالهم ضد المسلمين هناك ، وكدعمهم للمقدونيين في قتالهم ضد الألبان المسلمين .

فهؤلاء حربيون لوقوفهم مع أعداء المسلمين الصهاينة في فلسطين ، فهم يدعمونهم بالمال والسلاح والخبرات ، ولولا دعمهم المتواصل منذ خمسين عام لدولة الصهاينة لما ثبتت لهم قدم في فلسطين ، لأن اليهود من أجبن خلق الله كما حكى الله سبحانه وتعالى عنهم ذلك في كتابه العزيز ، حيث قال ( لا يقاتلونكم جميعا إلا في قرى محصنة أو من وراء جدر .. ) الآية ، وكذلك حكى سبحانه وتعالى عنهم أنهم لما قال لهم موسى عليه الصلاة والسلام ( ادخلوا الأرض المقدسة التي كتب الله لكم ولا ترتدوا على أدباركم فتنقلبوا خاسرين ) ذكر الله سبحانه انهم أجابوه فقالوا ( يا موسى إن فيها قوما جبارين وإنا لن ندخلها حتى يخرجوا منها فإن يخرجوا منها فإنا داخلون . . ) إلى قوله تعالى ( قالوا يا موسى إنا لن ندخلها ماداموا فيها فاذهب أنت وربك فقاتلا إنا هاهنا قاعدون ) الآية .

فلولا دعم الأمريكان والإنجليز والشركات اليهودية والنصرانية للصهاينة لما تمكنوا من الإقامة في فلسطين .

إذن قياس هؤلاء المحاربين للإسلام الحاقدين على المسلمين على حفنة من اليهود كانوا في المدينة تحت موادعة المسلمين قياس فاسد كما تقدم .

فإذا كانت الشعوب الإسلامية في الوقت الحاضر ليس لديها قوة في الجهاد المسلح ضدهم بسبب الخلاف القائم بين حكام المسلمين وتخاذلهم عن إعلان الجهاد وارتباط أكثرهم بالدول الكافرة فلا أقل من المقاطعة الاقتصادية ضدهم وضد شركاتهم وبضائعهم .

وبناءا على ما قدمته فإنني أحث إخواننا المسلمين في المثابرة والمصابرة على هذا الجهاد ، قال تعالى ( يا أيها الذين أمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا .. ) الآية ، وأن لا يملوا أو يتكاسلوا فإن النصر مع الصبر ، وأن يجتهدوا في مقاطعة الشركات والبضائع الأمريكية والبريطانية واليهودية مقاطعة صارمة وقوية وشاملة ، قال تعالى ( وتعاونوا على البر والتقوى .. ) الآية ، وقال عليه الصلاة والسلام : ( المؤمنون تتكافأ دماؤهم وهم يد على من سواهم ) رواه أحمد من حديث علي بن أبي طالب .

وقد لمسنا ولله الحمد فيما سبق وفيما تناقلته وسائل الإعلام أثر المقاطعة الشعبية السابقة على الاقتصاد الأمريكي والبريطاني واليهودي .

والحاصل أن أمريكا وبريطانيا وراء محاربة الجهاد في كل مكان ، وهم وراء دعم الصهاينة في فلسطين ، ووراء الحصار الاقتصادي على دولة طالبان الإسلامية في أفغانستان ، ووراء دعم الروس ضد المجاهدين الشيشان ، ودعم النصارى ضد إخواننا المجاهدين في الفلبين وإندونيسيا وكشمير وغيرها ، وهم وراء دعم أي توجه لإضعاف الجهاد الإسلامي وإضعاف المسلمين ، ووراء محاصرة شعب العراق المسلم وشن الغارات اليومية عليه منذ أكثر من عشر سنين ظلما وعدوانا ، مع قطع النظر عن حكامه .

وقد صدق فيهم وفي غيرهم قوله تعالى ( ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم ) الآية .

اللهم عليك بالأمريكان والبريطانيين واليهود والنصارى وأعوانهم وأشياعهم ، اللهم اشدد وطأتك عليهم واجعلها سنين كسني يوسف ، كما أسأله سبحانه أن يوفق علماء المسلمين إلى أن يصدعوا بالحق وألا يخشوا في الله لومة لائم .

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين .
أملاه فضيلة الشيخ
أ. حمود بن عقلاء الشعيبي
4 / 4 / 1422 هـ

MENYAMAK (MENYUCIKAN) KULIT BINATANG


ARFTIKEL 1 : SUMBER JABATAN MUFTI MELAKA

1. Tujuan menyamak ialah untuk menyucikan kulit yang najis (bangkai).

2. Hukum menyamak kulit adalah harus.

3. Menyamak tidak tertentu kepada orang Islam sahaja bahkan orang kafir pun boleh menyamak asalkan ia mengikut cara yang dilakukan oleh orang Islam.

4. Hubungan menyamak kulit dengan kehidupan manusia:

  • Untuk menambahkan ekonomi bagi mereka yang melakukannya.
  • Untuk mengelakkan daripada pembaziran.

5. Hanya kulit sahaja yang boleh disamak, tidak boleh pada kuku, gigi dan tulang.

6. Takrif dan pengenalan bangkai :

  • Binatang yang halal dimakan yang mati tidak disembelih mengikut cara-cara Islam.
  • Binatang yang haram dimakan yang mati sama ada disembelih atau tidak, tetap ia menjadi bangkai.

7. Binatang-binatang yang mati termasuk dalam jumlah bangkai:-

  • Binatang yang disembelih dengan menggunakan tulang.
  • Binatang yang disembelih oleh orang Majusi (orang yang menyembah api)
  • Sembelihan orang-orang yang berihram (Ihram haji atau umrah)

8. Binatang yang tidak suci kulitnya walaupun disamak:

  • Babi
  • Anjing
  • Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan di antara anjing dan babi
  • Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan binatang yang halal dengan anjing atau babi.

9. Alat-alat yang digunakan untuk menyamak kulit iaitu sesuatu yang tajam rasanya atau kelat seperti tawas, cuka, asam, limau dan sebagainya.

10. Cara menyamak kulit binatang :

  • Terlebih dahulu hendaklah disiat kulit binatang daripada anggota badan binatang (setelah disembelih)
  • Dicukur semua bulu-bulu dan dibersihkan segala urat-urat dan lendir-lendir daging dan lemak yang melekat pada kulit.
  • Kemudian direndam kulit itu dengan air yang bercampur dengan benda-benda yang menjadi alat penyamak sehingga tertanggal segala lemak-lemak daging dan lendir yang melekat di kulit tadi.
  • Kemudian diangkat dan dibasuh dengan air yang bersih dan dijemur.

11. Kulit yang disamak itu haram dimakan kerna boleh mendatangkan mudarat pada anggota badan manusia.

12. Maksud perkataan suci zahir dan batin pada menyamak kulit binatang:

  • Suci pada zahir itu ialah ialah sebelah luar tempat tumbuh bulu yang telah dicukur dan kulit itu melekat pada daging.
  • Suci pada batin ialah di sebelah dalam kulit yang bermakna kulit itu dibelah maka bekas belahan itu suci.

13. Bulu-bulu binatang yang telah disamak dan terlekat pada kulit kiranya sedikit adalah dimaafkan.

14. Hubungan menyamak kulit binatang dengan ilmu-ilmu yang lain:

  • Pada Ilmu Muamalat kulit yang telah disamak boleh dijualbeli.
  • Pada Ilmu Jinayat kulit yang telah disamak boleh dipotong tangan apabila dicuri.
  • Pada Ilmu Faraid kulit yang telah disamak boleh dipusakakan

15. Kesimpulan ialah menyamak kulit binatang adalah bertujuan menyucikan kulit.

______________________________
Rujukan: (Kitab Matlaal Badrain – Syeikh Daud Fattani)

ARFTIKEL 2 : SUMBER PEJABAT MUFTI, BRUNEI DARUS SALAM

MEMBERSIH KULIT BINATANG SEBELUM DIMANFAATKAN

Penggunaan barang-barang yang diperbuat daripada kulit binatang, lebih-lebih lagi binatang yang terkawal, dianggap oleh setengah orang sebagai barang-barang berjenama, walaupun ia sebenarnya bertentangan dengan undang-undang dan pencinta alam. Penggunaan barang-barang daripada kulit binatang itu telah pun wujud lama sebelum zaman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri pernah minum air dalam geriba (tempat menyimpan air daripada kulit binatang). Namun demikian adakah semua kulit binatang boleh dijadikan barang-barang pakaian, perhiasan dan sebagainya?

Agama Islam sebagai agama yang syumul mempunyai pandangan tersendiri dalam perkara ini. Para ulama telah mengutarakan dan membincangkannya di dalam kitab-kitab fiqh secara mendalam dengan berpandukan kepada dalil-dalil syarak sebagai sandaran. Menyedari akan hal ini, tidak syak lagi ia merupakan di antara perkara yang penting untuk diketahui oleh setiap orang. IRSYAD HUKUM kali ini akan menjelaskan beberapa pekara yang berhubungkait dengan kulit binatang, antaranya kulit binatang apa yang dibenarkan oleh Islam, bagaimana cara menyamak dan isu-isu yang berhubungkait dengan nya serta hukum penggunannya.

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN

Kesemua anggota binatang yang tidak halal dimakan seperti buaya, singa, kucing, monyet dan sebagainya, jika terpisah anggota binatang tersebut daripada badannya sama ada ketika binatang itu masih hidup ataupun sudah mati adalah bangkai. Ini termasuk juga kulit binatang tersebut. Walaubagaimanapun menurut hukum syarak kulit-kulit seperti ini akan menjadi suci jika ia disamak dan boleh dimanfaatkan melainkan kulit anjing dan babi.

BINATANG YANG HALAL DIMAKAN

Kesemua anggota binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, ayam dan sebagainya, jika terpisah anggota tersebut daripada badannya sama ada ketika binatang itu masih hidup atau mati bukan kerana disembelih, adalah bangkai melainkan bulu binatang itu. Maka kulit binatang tersebut juga adalah najis. Namun jika ia disamak, kulit itu menjadi suci dan boleh dimanfaatkan.

Sementara kulit binatang yang halal dimakan jika terpisah daripada badan binatang itu setelah disembelih adalah suci dan boleh dimanfaatkan tanpa perlu menyamaknya lagi. Ini kerana ia suci selepas matinya disebabkan sembelihan (Fath al-‘Allam) Kitab ath-Thaharah, Tathhir al-Julud Bi ad-Dabigh: 1/85).

HUKUM DAN DALIL-DALIL MENGHARUSKAN SAMAK

Perbuatan menyamak itu merupakan suatu jenis kerja yang dilakukan bagi faedah dan kepetingan manusia. Banyak faedah dan manfaat yang dapat dinikmati dan digunakan oleh manusia daripada kulit-kulit yang telah dibersihkan dengan cara menyamaknya. Maka syariat Islam memandangnya sebagai suatu kerja atau usaha yang diharuskan.

Terdapat beberapa jumlah dalil syarie yang memperuntukkan berkenaan kulit bangkai boleh menjadi suci setelah disamak, diantaranya :

1)Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radiallahuanhuma beliau berkata yang maksudnya:

Hamba sahaya milik Maimunah diberi sedekah seekor kambing, lalu kambing itu mati. Tidak berapa lama Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam berjalan melintasi bangkai kambing itu mati. Baginda bersabda:

“Mengapa tidak kamu ambil kulitnya, kemudian kamu samak supaya kamu dapat memanfaatkannya.”Mereka berkata: “Ia sudah menjadi bangkai.” Baginda bersabda: “Yang haram itu hanyalah memakannya.” (Hadis riwayat Muslim).

2) Di dalam riwayat yang lain daripada salamah bin Al Muhabbaq yang maksudnya :

Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika peperangan Tabuk berkunjung ke sebuah rumah. Tiba-tiba Baginda mendapati sebuah geriba (tempat menyimpan air daripada kulit binatang)bergantung, lalu Baginda bertanya meminta air. Mereka berkata : Wahai Rasulullah, geriba itu bangkai. Baginda bersabda: “Penyamakannya mensucikannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan An Nasa’i).

Berpandukan kepada kedua-dua dalil di atas jelas bahawa kulit bangkai di mana pada asalnya dihukumkan sebagai najis boleh menjadi suci dan boleh dimanfaatkan jika ianyaa disamak.

CARA MEMBERSIHKAN KULIT BINATANG

Cara membersihkan kulit binatang yang najis ataupun bangkai selain kulit anjing dan babi adalah dengan menyamaknya, iaitu menhilangkan segala lendir dan kelembapan yang melekat pada kulit di mana jika dibiarkan akan merosakkan kulit tersebut.

Bahan yang digunakan ialah sesuatu yang kesat/kasar di lidah jika terkena lidah seperti daun akasia (qarazh), manjakani (afsh), kulit delima (qusyur ar-rumman), tawas (asy-Syabb) dan seumpamanya.

Tidak semestinya bahan yang digunakan itu terdiri daripada benda-benda yang suci, malahan tidak menjadi halangan menurut hukum syarak jika bahan yang digunakan untuk menyamak itu terdiri daripada benda yang najis seperti tahi burung merpati.. Apa yang penting, bahan yang digunakan itu dapat mengeringkan kelembapan kulit, menghilangkan kotoran dan baunya yang busuk.

Tidak sah menyamak dengan hanya menjemur kulit binatang itu di bawah panas terik cahaya matahari, melumurnya dengan tanah, membekukan dan memasingkannya, kerana cara-cara tersebut tidak mampu membuang segala kotoran yang ada pada kulit, sekalipun kulit itu kering dan harum baunya. Tanda yang menunjukkan bahawa kotoran itu tidak hilang ialah jika kulit itu direndam atau terjatuh ke dalam air, pasti bau busuk akan kembali semula.

Semua kotoran dan najis yang ada pada kulit mestilah dihilangkan. Sesuatu yang ada di atas kulit bangkai seperti bulu tidak akan menjadi suci sekalipun ia disamak. Oleh itu, bulu tersebut hendaklah dicabut atau dihilangkan daripada kulit tersebut. Walau bagaimanapun jika bulu itu ada tertinggal sedikit dan susah hendak menghilangkan keseluruhannya maka ia adalah dimaafkan. (Fiqh Dan Perundangan Islam, Kitab ath-Thaharah, Samak : 1/86-88).


BIJANA EMAS DAN PERAK


1. Bijana bermaksud alat perkakas kegunaan kita setiap hari seperti pinggan, mangkuk, gelas, sudu, pisau dan lain-lain lagi .

2. Penggunaan bijana daripada emas dan perak hukumnya adalah haram.

3. Sebab dihukumkan haram adalah :

  • kerana tegahan – Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“ Jangan kamu minum pada segala bijana emas dan perak dan janganlah kamu makan pada semua pinggannya “. ( Riwayat Al-Hakim ).
  • kerana akan menjadi beku tidak dapat menambah atau mengembangkan ekonomi.
  • kerana boleh menimbulkan rasa kecil hati dari kalangan fakir miskin.

4. Haram menggunakan bijana emas dan perak seperti pencelak mata bekas celak, sikat dan lain-lain.

Haram menggunakan peralatan makan minum yang diperbuat dari emas atau perak.

5. Haram seseorang itu mengupah dan mengambil upah membuat sesuatu bijana daripada emas dan perak. Dan tidak wajib ganti apabila memecahkan alat permainan yang diperbuat daripada emas dan perak.

6. Hukum menyimpan bijana emas dan perak hukumnya adalah haram begitu juga hukum menyadurkan bijana besi atau tembaga dengan emas atau perak juga adalah haram.

7. Bijana emas dan perak yang disadurkan dengan tembaga atau sebagainya tidak haram.

8. Hukum bijana yang ditimpal dengan perak:-

  • Jika besar tampalannya pada kebiasaan kerana perhiasan hukumnya adalah haram.
  • Jika besar tampalannya pada kebiasaan kerana hajat atau keperluan hukumnya harus beserta makruh.
  • Jika kecil tampalannya pada kebiasaannya kerana perhiasan hukumnya makruh.
  • Jika kecil tampalannya kerana hajat hukumnya tidak makruh.

9. Hukum menampal bijana dengan emas hukumnya adalah haram.

10. Makanan atau minuman yang ada di dalam bijana emas atau perak hukumnya adalah halal di makan atau diminum kalau ia bukan daripada makanan yang haram, yang diharamkan hanyalah menggunakan bijana-bijana tersebut.

11. Dihukumkan haram menggunakan bijana itu adalah terhadap ke semua manusia sama ada lelaki atau perempuan.

12. Bersuci dengan menggunakan bijana emas atau perak itu hukumnya adalah sah.

__________________________
Rujukan: (Kitab Matlaal Badrain – Syeikh Daud Fattani)
(Kitab Fiqh Syafi’I – Al-Ustaz Hj. Idris Ahmad S.H)