• SELAMAT DATANG

    Asalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 68 other subscribers
  • KLIK PAUTAN

BERIBU UMAT ISLAM RUSSIA SAMBUT AIDILADHA


Beribu-ribu umat Islam merapatkan bahu sesama bahu dalam menunaikan Solat Aidiladha dalam kedinginan bandaraya Moscow, Russia. Dianggarkan jumlah penduduk Islam yang menetap ataupun bekerja di Ibukota Russia itu sekitar 2 hingga 5 juta, tetapi tidak mempunyai masjid yang mengcukupi.

Polis memberitahu bahawa sekitar 170,000 berjemaah menunaikan Solat Aidiladha di bandar Moscow termasuk 80,000 orang yang bersama-sama menunaikannya di luar masjid utama di Moscow iaitu masjid yang telah mencapai usia 100 tahun pada september lalu, Masjid Cathedral. Sebuah masjid lagi akan dibina untuk menampung keperluan umat Islam yang semakin ramai di bandaraya ini.

Masjid Cathedral, Moscow

Ramai dari kalangan yang sudi mengharungi cuaca sejuk yang mencapai 8 darjah celsius ini untuk bersembahyang terdiri daripada pendatang yang berasal dari bekas tanah jajahan Soviet yang terletak di tengah-tengah benua Asia.

“Sudah tentu beberapa masjid baru diperlukan” kata Muruv, seorang pekerja kedai yang berasal dari Tajikistan. ” Tengok betapa ramai yang berada di luar masjid dan jalanan dan disini amat sejuk. Kami berdiri disini menunggu solat sejak pukul 6 pagi lagi dan disini tidak mempunyai kemudahan”.

“Kami sebagai rakyat Russia Muslim, berbangga dengan tanah kelahiran kami, Russia, dan kami cuba sedaya upaya untuk membuatkan Russia bangga pada kami, kebudayaan kami dan sumbangan kami dalam memajukan negara kami”, Kata Ketua Mufti Russia, Ravil Gainutdin di dalam khutbah Aidiladha.

Ravil Gainutdin

Suasana Pagi Raya Aidiadha Di Moscow
Sumber:http://www.washingtonpost.com)