• Assalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

    CURRENT MOON PHASE

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 65 other followers

  • KLIK PAUTAN

    • None
  • TERBARU DIMINATI

TAWAKKAL DAN IKHLAS (BHG 2)


Adapun ikhlas dalam perkara ketaatan kepada Allah SWT, adalah dengan meninggalkan sikap riak. Ikhlas adalah termasuk amalan hati yang tidak dapat diketahui oleh sesiapa, melainkan seorang hamba dan Tuhannya. Sama ada ikhlas atau tidak, kadang-kadang sangat samar dan membuat seseorang itu keliru, sehingga ia meneliti kembali dan tertanya-tanya pada dirinya, di samping berulang kali berfikir kenapa ia melaksanakan ketaatan itu atau kenapa ia melibatkan dirinya dalam ketaatan. Jika ia mendapati bahawa dirinya melaksanakan ketaatan itu semata-mata kerana Allah, bererti ia ikhlas. Jika ternyata ia mendapati dirinya melaksanakan suatu ketaatan kerana tujuan selain Allah, maka bererti ia telah menjadi orang yang riak.

Nafsiyah (pola sikap) seperti ini memerlukan penyelesaian secara serius. Kemungkinan ia akan mengambil masa yang panjang untuk mengatasinya. Jika seseorang telah sampai pada keadaan yang mana ia lebih suka menyembunyikan segala kebaikannya, maka itu menandakan dirinya telah bersikap ikhlas. Al-Quthubi berkata; al-Hasan pernah ditanya tentang ikhlas dan riak, kemudian ia berkata,

“Di antara tanda keikhlasan adalah jika engkau suka menyembunyikan kebaikanmu dan tidak suka menyembunyikan kesalahanmu.” Abu Yusuf berkata dalam al- Kharaj; Mas’ar telah memberitahukan kepadaku, daripada Sa’ad bin Ibrahim, ia berkata, “Mereka (para sahabat) menghampiri seorang lelaki pada perang al-Qadisiyah. Tangan dan kaki lelaki itu putus, ia sedang memeriksa pasukan seraya membacakan firman Allah:

“Mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.(TMQ. an-Nisa [4]: 69)

Seseorang bertanya kepada lelaki itu, “Siapa engkau wahai hamba Allah?” Ia berkata, “Aku adalah seorang dari kaum Anshar.” Lelaki itu tidak mau menyebutkan namanya.

Ikhlas hukumnya wajib. Dalilnya sangat banyak, baik dari al-Kitab maupun as-Sunnah. Allah Swt. berfirman:

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) Dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah Engkau menyembah Allah Dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.” (TMQ. az-Zumar [39]: 2)

Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari syirik)”. (TMQ. az-Zumar [39]: 3)

Katakanlah lagi (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan segalaiIbadat kepadanya.” (TMQ. az-Zumar [39]: 11)

Katakanlah lagi: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya”. (TMQ. az-Zumar [39]: 14)

Ayat-ayat di atas merupakan seruan kepada Rasulullah SAW, tetapi seruan itu juga terkena kepada umatnya. Adapun dalil tentang kewajipan ikhlas berdasarkan as-Sunah ialah:

Hadis dari Abdullah bin Mas’ud riwayat at-Tirmidzi dan asy- Syafi’i dalam ar-Risalah dari Nabi SAW, beliau bersabda: Allah akan menerangi orang yang mendengar perkataanku, kemudian ia menyedarinya, menjaganya, dan menyampaikannya. Kadang-kadang ada orang yang membawa pengetahuan kepada orang yang lebih tahu darinya. Ada tiga perkara yang menyebabkan hati seorang muslim tidak dirasuk oleh sifat dengki, iaitu ikhlas beramal kerana Allah, menasihati para pemimipin kaum Muslim, dan senantiasa berada di dalam jemaah al-muslimin. Kerana dakwah akan menyelimuti dari belakang mereka.

Dalam pembahasan bab ikhlas ini terdapat pula hadis yang senada daripada Zaid bin Tsabit riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya.

Juga dari Jubair bin Muth’im riwayat Ibnu Majah dan al- Hakim. Ia berkata, “Hadis ini sahih memenuhi syarat al-Bukhari Muslim.” Juga dari Abu Sa’id al-Khudzri riwayat Ibnu Hibban dalam kitab Sahih-nya dan al-Bazzar dengan isnad yang hasan. Hadis ini dituturkan pula oleh as-Suyuthi dalam al-Azhar al-Mutanatsirah fi al-Ahadits al-Mutawatirah.

Hadis dari Ubay bin Ka’ab ra. riwayat Ahmad, ia berkata dalam al-Mukhtarah, isnadnya hasan; Rasulullah SAW. bersabda: Berikanlah khabar gembira kepada umat ini dengan kemegahan, keluhuran, pertolongan, dan keteguhan di muka bumi. Siapa sahaja daripada umat ini yang melaksanakan amal akhirat untuk dunianya, maka kelak di akhirat ia tidak akan mendapatkan bahagian apa pun.

Hadis dari Anas riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim, ia berkata hadis ini sahih memenuhi syarat al-Bukhari Muslim, Rasulullah SAW. bersabda:

Barangsiapa yang meninggalkan dunia ini (wafat) dengan membawa keikhlasan kerana Allah SWT sahaja, ia tidak menyekutukan Allah sedikit pun, ia melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, maka ia telah meninggalkan dunia ini dengan membawa redha Allah SWT.

Hadis dari Abu Umamah al-Bahili riwayat an-Nasai dan Abu Daud, Rasulullah SAW. bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah SWT. (al-Mundziri berkata, “Isnadnya sahih”)

Sumber: mykhilafah.com

Advertisements

TAWAKKAL DAN IKHLAS (BHG 1)


Ada beberapa perkara yang berkaitan tentang tawakal kepada Allah, iaitu:

Pertama:
Tawakal adalah perkara yang berkaitan tentang masalah akidah. Meyakini Sang Pencipta, iaitu  Allah, sebagai satu-satunya tempat bergantung bagi setiap Muslim ketika berharap suatu manfaat dan menghindari daripada kemudaratan. Orang yang mengingkari perkara ini bererti dia kafir.

Kedua: Setiap hamba wajib bertawakal hanya kepada Allah dalam segala urusannya. Tawakal ini termasuklah di dalam hati, iaitu jika seorang hamba mengucapkannya tapi tidak meyakini dengan hatinya, maka ia tidak dianggap sebagai seorang yang bertawakal.

Ketiga: Jika seorang hamba mengingkari dalil-dalil kewajipan untuk bertawakal yang bersifat qath’i (pasti), maka ia telah menjadi orang kafir.

Keempat: Tawakal kepada Allah tidak sama dengan hukum perbuatan ketika beramal (al-akhdzu bil asbab). Ini kerana, ia adalah dua perkara yang berbeza. Dalil-dalilnya juga berbeza. Rasulullah SAW. senantiasa bertawakal kepada Allah SWT, dan pada waktu yang sama baginda juga beramal dengan berpegang kepada hukum sababiyah. Baginda telah memerintahkan kepada para sahabat agar melakukan kedua perkara tersebut, baik yang ada di dalam al-Quran atau al-Hadis. Misalnya baginda telah menyiapkan kekuatan yang mampu dilakukan, seperti menutup sumur-sumur semasa perang Badar dan menggali parit semasa perang Khandak. Baginda pernah meminjam baju besi daripada Sofwan untuk berperang, mengirim pengintip, memutuskan air dari Khaibar, dan mencari maklumat tentang kaum Quraisy ketika peristiwa fathul Makkah. Baginda juga memasuki Makkah dengan mengenakan baju besi. Di samping itu, baginda juga pernah melantik beberapa orang sahabat sebagai pengawal peribadinya sebelum turun Firman Allah:

Dan Allah memelihara kamu daripada (gangguan) manusia. (TMQ. al- Maidah [5]: 67)

Begitu pula dengan aktiviti-aktiviti baginda yang lainnya ketika berada di Madinah setelah berdirinya Daulah Islam. Adapun ketika di Makkah, baginda telah memerintahkan para sahabat untuk berhijrah ke Habsyah. Baginda menerima pula perlindungan dari bapa saudaranya, Abu Thalib. Baginda tinggal di Syi’ib (lembah) ketika terjadi pemboikotan daripada kafir Quraisy. Pada malam peristiwa hijrah, baginda memerintahkan Ali bin Abi Thalib untuk tidur di tempat tidurnya. Baginda tidur di gua Tsur selama tiga hari. Lalu baginda mengupah seorang penunjuk jalan daripada Bani Dail. Semua itu menunjukkan bahawa Baginda telah melakukan suatu amal sesuai dengan kai’dah sebab-akibat. Tetapi pada saat yang sama Baginda tetap tidak meninggalkan tawakal, kerana tidak ada kaitan antara tawakal dengan menggunakan kai’dah sebab-akibat ketika beramal. Mencampur adukkan keduanya akan menjadikan tawakal hanya sekadar formaliti belaka yang tidak ada kesannya dalam kehidupan. Dalil-dalil tentang kewajiban bertawakal adalah:

Firman Allah:

(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan, “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” (TMQ. Ali ‘Imran [3]: 173)

“Dan bertawakallah kepada Allah Yang Hidup (Kekal) Yang tidak mati…”
(TMQ. al-Furqan [25]: 58)


“Dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.”
(TMQ. at-Taubah [9]: 51)

“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.”
(TMQ. Ali ‘Imran [3]: 159)


“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.”
(TMQ. at-Thalaq [65]: 3)


“Maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepadaNya.”
(TMQ. Hud [11]: 123)

“Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah, “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada- Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung”.(TMQ. at-Taubah [9]: 129)

“Barangsiapa yang tawakal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (TMQ. al-Anfal [8]: 49)

Dan masih banyak ayat-ayat yang lainnya yang menunjukkan wajibnya bertawakal.

“Dari Ibnu Abbas ra., dalam hadis yang menceritakan tujuh puluh ribu golongan yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa diseksa terlebih dahulu, Rasulullah SAW. bersabda: Mereka adalah orang-orang yang tidak melakukan amalan ruqyah, dan minta diruqyah, juga tidak melakukan amalan tathayyur dan mereka sentiasa bertawakal kepada Tuhan-nya.”
(Mutafaq ‘alaih)

Dari Ibnu Abbas ra., sesungguhnya Rasulullah SAW. Ketika bangun malam untuk bertahajjud suka membaca: ….Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah diri, hanya kepadaMu aku beriman, hanya kepada-Mu aku bertawakal. (Mutafaq ‘alaih).

Dari Abu Bakar ra., ia berkata; ketika kami berdua sedang ada di gua Tsur, aku melihat kaki-kaki kaum Musyrik, dan mereka ada di atas kami. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, jika salah seorang dari mereka melihat ke bawah kakinya, maka pasti ia akan melihat kita.” Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Abu Bakar, apa dugaanmu terhadap dua orang manusia, sementara Allah adalah yang ketiganya (untuk melindunginya). (Mutafaq ‘alaih)

Dari Ummi Salmah ra., sesungguhnya Nabi SAW. ketika akan keluar dari rumah, Baginda suka membaca: Dengan menyebut nama Allah, aku bertawakal kepada Allah… (HR. at-Tirmidzi, ia berkata, “Hadis ini hasan shahih.” an-Nawawi dalam Riyadhus ash-Shalihîn berkomentar, “Hadis ini shahih”).

Dari Anas bin Malik sesungguhnya Rasulullah SAW. bersabda: Jika seseorang hendak keluar dari rumahnya kemudian membaca, “Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan kekuasaan Allah”; maka akan dikatakan kepadanya, “Cukup bagimu, sungguh engkau telah diberi kecukupan, engkau pasti akan diberi petunjuk dan engkau pasti dipelihara.” Kemudian ada dua syaitan yang bertemu dan salah satunya berkata kepada yang lain, “Bagaimana engkau dapat menggoda seorang yang telah diberi kecukupan, dipelihara, dan diberi petunjuk.” (HR. Ibnu Hibban dalam kitab Shahih-nya. Ia berkata dalam al-Mukhtarah, “Hadis ini telah dikeluarkan oleh Abu Dawud dan an-Nasai, Isnadnya shahih”)

Dari Umar bin al-Khathab bahawa Rasulullah SAW. bersabda: Jika kalian benar-benar bertawakal kepada Allah, sungguh Allah akan memberikan rezeki kepada kalian, sebagaimana Allah telah memberikan rezeki kepada burung. Burung itu pergi dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perutnya penuh makanan. (HR. al-Hakim; Ia berkata, “Hadis ini shahih isnadnya”, dan Ibnu Hibban dalam kitab Shahih-nya, dan dishahihkan oleh al-Maqdisi dalam al-Mukhtarah).

Sumber: mykhilafah.com

%d bloggers like this: