• Assalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

    CURRENT MOON PHASE

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 65 other followers

  • KLIK PAUTAN

    • None
  • TERBARU DIMINATI

PEMIMPIN ARABLAH YANG MUSNAHKAN PALESTIN


kezaliman_israel-2.jpg
Kezaliman Rejim Yahudi seterusnya di bumi Palestin

Pada 7 Disember 2008, telah masuk hari yang ke 11 Israel menyerang bumi Palestin tanpa henti. Maklumat dari saluran media Barat, AP melaporkan, sejak serangan dilakukan pada 27 Disember lalu hingga saat artikel ini ditulis, Rejim Israel telah membunuh 585 orang rakyat Palestin termasuk 94 orang kanak-kanak, serta mencederakan 2,500 rakyat biasa .

Akibat serangan udara tentera Israel yang bertubi-tubi itu memusnahkan begitu banyak bangunan di Bandaraya Gaza serta Genting Gaza, mengakibatkan terputusnya bekalan air dan elektrik , manakala bekalan makanan semakin terdesak dan membimbangkan.

palestin-2.jpg
Keganasan Israel ke atas Palestin seterusnya

Serangan tentera Israel ini dilihat seperti tidak ada tindakbalas langsung dari pihak tentera Palestin , bahkan ia tak ubah seperti perlawanan bola sepak di mana hanya satu pasukan sahaja yang menyerang dan menyumbat gol tak henti-henti , sedangkan pihak lawan, walaupun kelihatan ada pemainnya tetapi tidak mampu mempertahankan serangan pasukan penyerang, apa lagi untuk menyumbat gol !

Ini terjadi ialah lantaran tidak ada bekalan senjata yang canggih untuk menyekat atau menyerang balik bagi pihak tentera Palestin. Pertama kemampuan membina senjata sendiri yang terhad untuk mengatasi senjata termoden pihak Israel. Kedua tidak ada bantuan senjata dari umat Islam khususnya umat Arab yang ada di sekeliling Palestin.

Bahkan jika ada senjata lama Amerika yang habis tempoh jaminan kualitinya, maka senjata itu tidak dibuang dengan percuma atau dimusnahkan begitu sahaja, namun segala senjata lama itu diberikan kepada pihak Israel untuk dilontarkan ke bumi Pelstin agar ia dapat membunuh beberapa orang Palestin, dengan ertinya senjata lama Amerika itu tidak membazir !

Begitu juga sekiranya pihak Pentagon di Amerika Syarikat ingin menguji senjata baru ciptaannya, maka senjata itu diunjukkan kepada tentera Israel untuk mengujinya terhadap rakyat Palestin, yang boleh dilihat secara terus oleh pihak tentera Rejim Yahudi itu samada ia berkesan untuk membunuh musuh seperti yang di programkan terhadap senjata berkenaan.

Yang mendukacitakan, bila setiap kali Israel menyerang di mana-mana saja bumi Palestin, semua pemimpin negara Arab membisu seribu bahasa, tak seorang pun yang bersuara mengutuk Israel, apa lagi untuk mengutuk negara pelindung Israel, iaitu Amerika Syarikat. Keadaan ini seolah-olah para pemimpin Arab sendirilah yang memusnahkan Kerajaan dan Rakyat Palestin.

Mengapa terjadi demikian? Saya pernah bertanya soalan yang sama kepada seorang sahabat saya di Jordan, iaitu salah satu negara Arab yang bersempadan dengan Israel . Nama sahabat saya ini ialah Freddie , seorang lelaki berbangsa Arab Jordan beragama Kristian. Beliau ialah seorang anggota tertinggi NASYO (Non Aligned Students And Youth Organization atau Pertubuhan Belia Dan Pelajar Negara-negara Berkecuali dianggotai oleh 105 buah negara) yang mewakili negara Jordan, pada bulan Ogos 1997 lalu, yang kebetulan saya juga salah seorang anggota Majlis Tertinggi NASYO mewakili Malaysia dan Asia Tenggara (1986 hingga sekarang).

Pada mulanya Freddie hanya menjawab dalam Bahasa Arab dengan cara ‘Lepas Batuk Di tangga’ sahaja dengan katanya; “Qad hadatha ma hadatha” ertinya“ Telah terjadi apa yang dah terjadi” sambil mengangkat bahu dua kali , kemudian terus menghembus asap rokok dan semakin merebahkan badannya disofa disatu sudut rehat sebuah restoran berhampiran Pusat Persidangan dipinggir Bandaraya Amman, semasa mesyuarat Ahli Majlis NASYO berhenti rehat untuk makan tengahari dan Solat Zohor .

Saya tidak jemu mengganggu Freddie dengan melontarkan pertanyaan lagi menggunakan Bahasa Pasar Arab “Ya’ni esy ya akhi…ya’ni esy..” (apa maksudmu saudaraku apa maksudmu) dan sambil menghembuskan asap rokoknya dengan panjang Freddie menjawab, “Qa-idul arab majnun” (Pemimpin Arab gila). Saya dapat merasakan teman saya dari NASYO Jordan itu amat kecewa dengan sikap para pemimpin negara Arab yang bersikap tidak mengambil tahu terhadap apa yang terjadi di Palestin itu.

Beliau tidak lagi mahu bercakap selepas itu, dan mula menutup mata pura-pura tidur bila saya bertanya lanjut apa maksudnya dia berkata pemimpin Arab gila . Tetapi saya tidak serik, terus mengasaknya dengan pertanyaan yang sama.

“a akhi, ayyu qa-idul arab, ayyu baladul arab? Olli ya akhi !” (Saudaraku pemimpin Arab yang mana satu.. dan dari negara mana? katakan kepada saya!) saya menekannya dengan suara tinggi , membuatkannya tersentak dan membetulkan duduknya dan tidak lagi bersandar separuh terlentang, serta mematikan rokoknya didalam bekas habuk rokok yang ada di atas meja di hadapan kami. Saya benar-benar berjaya membuat provokasi terhadap Freddie, dia mula naik marah, mukanya merah .

Dan perlu saya gambarkan , rupa dan rangka Freddie serta gerak-gerinya yang menampakkan seorang yang agresif, adalah hampir sama dengan pelakon Hollywood, Harrison Ford, cuma bezanya Freddie mempunyai warna biru gelap di kiri kanan pipinya tanda orang Arab yang bercukur. Lalu dengan suara yang tinggi Freddie meluahkan isihatinya menjawab soalan saya dengan kata;

“Kullu qa-idul arab ya akhi !..kulluhum mustawa wakulluhum yuhibbunalfulus wakulluhum ya’budun amerikiah ! wakulluhum syaitan ya akhi… !” (Semua pemimpin Arablah …semua mereka sama saja ..semua mereka gilakan wang dan semua mereka menyembah Amerika!…semua mereka itu syaitan!)… selepas berhenti sejenak untuk menarik nafas, Freddie menambah :

“Aktharuhum yuhibbunalkhamar..yuhibbunalmaisir..yuhibbunalnisa..alakullihal , asra-rihim fi yadi CIA..liajli zalik hum yakhafuna Amarikiyah abadan” (Kebanyakan mereka sukakan arak..sukakan judi..sukakan perempuan..pendek kata segala rahsia mereka berada dalam tangan CIA.. oleh kerana itu mereka jadi takut kepada Amerika buat selama-lamanya !)

Seorang penganut Kristian di Timur Tengah bukan sahaja begitu marahkan Israel dan Amerika yang sentiasa menzalimi rakyat Palestin , tetapi juga para pemimpin Arab yang tidak pernah membela bangsa yang sebangsa dan seagama dengan mereka itu. Seorang Pensyarah kami semasa di Nilam Puri ,Ustaz Mohammad Daud Iraqi (kini seorang ahli Exco Kerajaan Kelantan) pernah berkata kepada kelas kami satu hari dalam tahun 1972 dengan berkata: “Ada para cendikiawan Arab berkata, sekiranya Bangsa Arab bersatu, alamat kiamat akan tiba”.

Mendengar suara Freddie yang tinggi itu, Dr.Abdul Ghafuri , dari NASYO Iraq segera ke tempat berbual itu dengan bertanya apa yang berlaku dan saya menjelaskannya apa percakapan yang berlaku antara saya dan Freddie, dan Dr.Abdul Ghafuri tiba-tiba terdiam dan berlinang airmatanya seraya berkata;

“Muta- assif jiddan ya akhi Yazid …ana aqulu..bi i’maqi qalb, lahum uzunun walakinla yasmaun, ya’ni aswatu sya’bu falastini..walahum a’yunun walakinla yubsirun ya’ni mahadatha fi Falastin , walahum lisanun, walakinla yatakallamun sawa-un fi umami muttahidah au ghairiha…” (Dukacita wahai saudaraku Yazid…saya nyatakan ini dari lubuk hati saya sendiri, mereka punyai telinga tetapi mereka tidak mendengar segala rintihan rakyat Palestin…dan mereka punyai mata tetapi tidak melihat apa yang berlaku di Palesrtin, dan mereka punyai lidah tetapi mereka tidak bercakap , samada di PBB atau sebagainya…)

Untuk menghibur Dr.Abdul Ghafuri dan Freddie itu saya menambah “Nahnu fi malizi da-iman lifalastini” (Kami di Malaysia sentiasa menyokong Rakyat Palestin).

Sebenarnya Amerika , Britain dan beberapa negara Eropah yang bertanggungjawab mencipta satu penempatan kaum Yahudi yang berselerak di negara mereka masing-masing serta yang ada di seluruh dunia ke suatu tempat khusus yang mereka boleh mentadbir diri mereka sendiri. Akhirnya kaum Yahudi itu sendiri yang memilih mahu di tempatkan di kawasan berhampiran Masjidul Aqsa di Bumi Palestin, yang kononnya pada masa dahulu kala penduduk Yahudi pernah hidup di kawasan ini sebelum mereka dihalau keluar dari situ kerana kejahatan mereka sendiri.

Walaupun pemilihan untuk penempatan haram di bumi Palestin ini dibantah keras oleh seluruh negara Islam dan negara Arab, namun pihak Negara Barat tetap menyokong kehendak kaum Yahudi tersebut.

Pada tahun 1948, Amerika, Britain dan Perancis bersetuju dengan pemilihan tempat ini yang akhirnya diberikan nama Israel oleh mereka sendiri. Bila saja kaum Yahudi ini mula bertapak, mereka terus merangka Protokol untuk kelangsungan bangsa mereka itu dengan mencipta Fahaman Zionis yang mencipta fahaman halal dibunuh sesiapa saja untuk kepentingan dan keselamatan bangsa Yahudi terus hidup dan direstui oleh Tuhan mereka (kononnya).

Sejak itulah kaum Yahudi ini mula mengganas untuk memperluaskan lagi kawasan pendudukan haram mereka itu menghalau penduduk di Palestin itu untuk keluar dari tempat kediaman mereka secara kekerasan dan akhirnya ramai yang terpaksa tinggal dalam khemah pelarian.

Pada mulanya Amerika dan Britain memberi jaminan kepada dunia bahawa kaum Yahudi ini tidak akan mengganggu jiran-jiran mereka disekelilingnya. Tetapi jamainan itu hanayalah ‘Ibarat Menanam Tebu Dibibir Mulut’ sahaja , bagi mengelakkan bantahan umat Arab sewaktu awal penempatan itu. Sampai ke hari ini pun negara-negara Arab dan negara Umat Islam lainnya tidak mengiktiraf negara Israel ini, dan sebab itu ia dipanggil ‘Rejim Israel’ dan bukannya ‘Negara Israel’.

Amerika, yang ramai mempunyai cerdikpandai serta ahli koprat Yahudi yang besar-besar menguasai ekonomi mereka , kini terpaksa melindungi kaum Yahudi dan Israel kerana pengaruh politik para pemimpin Amerika itu berada dalam kocek kaum Yahudi di negara itu. Presiden Kennedy dan Robert Kennedy dibunuh kerana cuba menunjukkan simpati terhadap penderitaan Rakyat Palestin yang dizalimi oleh Israel. CIA digunakan oleh pentadbiran Amerika memerangkap para pemimpin Arab agar masuk ke dalam kocek Amerika! itu lah yang berlaku !.

___________________________________
Sumber: yazidothman.com

Advertisements

One Response

  1. talut
    Kemelut dunia yang semakin kalut, dibalut watak jalut penghasut, jumut, kelamkabut, kecut, pak turut, ragut, takut. Mencarut, biar pecah buntut jangan robek mulut. Entah apa sedapnya buntut, terikut-ikut budaya ‘makkalihamput’, tak takut Malaikatmaut jengah mencabut, dedahan reput tiada lagi tempat berpaut, umah ramai tapi umpama melukut. Tak patut. Kaputttttttt. Pada Tuhan saja kita melutut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: