PROFESSOR JEFFERY LANG TEMUI HIDAYAH MELALUI AL-QURAN


Professor Jeffrey Lang, Temui Hidayah melalui al-Quran

“Saya pernah berkata, saya tidak percaya kewujudan Tuhan! Namun al-Quran telah merubah pegangan dan pendirian saya. Di bilik solat itu saya bersyahadat tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.”

Perjalanan setiap insan di muka bumi Allah ini berbeza-beza. Seperti Prof Jeffrey Lang, kisah pengislamannya agak unik dan menarik untuk dikongsikan. Professor Matematik ini mendapat Hidayah melalui perantaraan mahasiswa bimbingannya di kampus University of San Francisco, AS. Ketika itu dia telah dihadiahkan sebuah kitab al-Quran yang diakuinya sebagai sebuah kitab suci yang sangat mengagumkan.

Suatu hari, secara tidak sengaja dia telah menemui sebuah ruang kecil di tingkat bawah gereja di kampusnya. Setelah diamati, dia mendapati ruang kecil itu sebenarnya digunakan oleh para mahasiswanya yang beragama Islam untuk menunaikan waktu solat lima waktu. Tambah menarik, di ruang yang sama juga Prof Jeffrey Lang telah bersyahadat buat kali pertama. Ikuti kisah selengkapnya.

Prof Dr Jeffrey Lang bertugas sebagai pensyarah dan penyelidik dalam bidang matematik di Universiti Kansas, salah sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga penganut fahaman Katolik Roma di Bridgeport, Connecticut pada 30 Januari tahun 1954.

Kemudian dia mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah beraliran Katolik Roma di tempat kelahirannya.

“Hampir 18 tahun lamanya saya menghabiskan masa kecil saya di sekolah yang berlatar belakangkan ajaran Katolik. Namun, saya belum menemukan jalan untuk menyelesaikan masalah yang selama ini saya hadapi. Terutamanya persoalan tentang Tuhan dan philosophy ajaran Kristian,” tuturnya ringkas.

Jeffrey, dalam catatan hariannya banyak mengisahkan tentang perjalanannya mencari Islam.

“Seperti kebanyakan anak-anak kecil dengan penuh keceriaan. Bezanya, tika itu saya sudah mulai banyak bertanya tentang nilai-nilai kehidupan, politik, sosial dan keagamaan. Bahkan saya sering bertengkar dan bertikam lidah dengan ramai orang terutamanya ketua gereja Katolik,” ungkapnya.

Beranjak ke usia remaja, pendirian Prof Jeffrey mulai berubah. Akuinya lagi, dia sudah mula tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

“Jika Tuhan itu ada, dan punyai belas kasihan dan kasih sayang, mengapa terdapat pelbagai penderitaan di atas muka bumi ini? Mengapa kita tidak dimasukkan terus ke dalam syurga? Dan mengapa dia menciptakan setiap manusia itu dengan pelbagai penderitaan?.” Selama bertahun-tahun pertanyaan itu terus menghantui fikirannya.

Bertemu Mahasiswa Muslim

Persoalan yang terbuku akhirnya terlerai setelah Prof Jeffrey temui jawapannya di kota San Francisco. Ceritanya bermula ketika dia dilantik sebagai salah seorang pembantu pensyarah di Jabatan Matematik, Universiti San Francisco. Pertanyaan tentang wujudnya Tuhan terjawab setelah dia menemui beberapa orang mahasiswa yang beragama Islam.

“Ketika pertama kali saya menyampaikan kuliah di Universiti San Francisco, saya telah bertemu dengan seorang mahasiswa Muslim yang mengambil subjek matematik. Kami menjadi semakin akrab, begitu juga dengan keluarganya. Ketika itu, ‘agama’ belum lagi menjadi topik perbincangan kami. Sehinggalah sampai satu saat, saya dihadiahkan sebuah kitab suci al-Quran,” ceritanya lagi.

Mahmoud Qadeel, jejaka kelahiran Arab Saudi ini telah membuka mata Prof Jeffrey untuk mengenali Islam. Menariknya, setiap perbincagan mereka banyak berkisarkan tentang sains dan teknologi.

“Kami pernah berdiskusi tentang ilmu kedoktoran, dan dia dapat menjawab dengan sempurna sekali. Penguasaan bahasa Inggerisnya juga hebat,” ceritanya kagum.

Hadiah al-Quran

“Ketika majlis perpisahan, semua pensyarah dan mahasiswa diwajibkan hadir. Waktu itu, saya sangat terkejut apabila Mahmoud menghadiahkan saya sebuah al-Quran dan beberapa buah buku agama. Atas inisiatif sendiri, saya cuba mempelajari isi al-Quran tersebut. Bahkan buku-buku agama yang diberikannya itu juga saya baca sehingga habis.”

“Saya begitu kagum dengan al-Quran, dua juz pertama dari al-Quran berjaya membuatkan saya seperti ‘dipukau’. Saban malam, saya terus dihimpit dengan pelbagai pertanyaan, namun saya berjaya menemui jawapannya pada keesokan harinya. Seakan ada yang membaca fikiran saya dan menulisnya di setiap baris al-Quran,” ujar Jeffrey lagi.

Bersyahadah di Surau Kampus

“Sekitar tahun 80-an belum ramai lagi pelajar Muslim yang melanjutkan pelajaran di Universiti San Francisco. Berpeluang bertemu dengan mahasiswa beragama Islam, merupakan sesuatu yang istimewa dan mengejutkan,” akui Prof Jeffrey.

“Ada cerita menarik tatkala saya sedang menulusuri kampus, secara tak diduga saya telah menemui sebuah ruang kecil di tingkat bawah gereja. Rupa-rupanya ruang tersebut digunakan oleh beberapa mahasiswa Muslim untuk menunaikan solat lima waktu,” ceritanya lagi.

Tika itu, benak fikirannya terus disesakkan dengan pelbagai pertanyaan dan perasaan ingin tahu. Dia segera melangkah masuk ke dalam ruang solat tersebut. Waktu itu para mahasiswa sedang bersiap untuk menunaikan solat zohor dan dia juga diajak untuk berjemaah bersama. Dia berdiri di belakang mereka, lalu mengikuti setiap gerakannya. Air matanya menitis perlahan membasahi pipi.

“Kami berdiskusi tentang masalah agama. Saya utarakan semua pertanyaan yang selama ini terbuku dalam kepala. Sungguh luar biasa, saya benar-benar terkejut dengan penjelasan yang diberikan oleh mereka. Masuk akal dan mudah untuk diterima dan difahami. Ternyata jawapannya ada dalam ajaran Islam,” tuturnya.

“Lebih istimewa, melangkahnya aku dari ruang bilik itu, aku sudah pun mengucapkan dua kalimah syahadah!,” tutur Prof Jeffrey jujur.

Kenapa Kita Solat Ayah?

Prof Jeffrey tidak pernah meninggalkan solat lima waktu, bahkan ibadah yang wajib ini memberikan ketenteraman jiwa yang sangat luar biasa. Akuinya lagi, solat Subuh merupakan ritual yang sangat indah dalam Islam, dan dia dapat merasakan kesan yang mendalam dari solat Subuh. Suatu hari anak perempuannya Jameelah bertanya, “Ayah, mengapa kita harus solat?”

“Saya benar-benar tersentak dengan pertanyaan itu. Saya tidak menyangka dengan pertanyaan itu. Saya tidak menyangka anak kecil yang baru berusia lapan tahun itu boleh bertanya tentang solat. Ikutkan hati, mahu sahaja saya menerangkan padanya tentang kelebihan dan kenikmatan solat. Tapi adakah anak kecil itu mampu mengerti? Akhirnya saya menjelaskan padanya bahawa solat itu perintah Allah,” terang Professor.

“Tapi ayah, apa yang boleh kita peroleh dengan menunaikan solat?”

“Anakku, ia begitu sulit untuk kamu fahami. Suatu hari nanti, jika kamu sudah istiqamah dengan solat lima waktu, ayah yakin kamu pasti akan dapat jawapannya,” terang Prof Jeffrey bijak.

“Apakah solat mampu membuatkan kita rasa bahagia ayah?” tanya si kecil Jameelah.

“Sayangku, solat merupakan salah satu penawar penenang jiwa. Sekali kita bersentuhan dengan kasih sayang Allah di dalam solat, maka itulah kenikmatan yang luar biasa. Bahkan segala keletihan bekerja itu hilang selepas ayah menunaikan solat anakku..” jelasnya lagi meyakinkan si anak.

Prof Jeffrey Lang juga telah dilantik sebagai Pembangun Persatuan Mahasiswa Islam, dan ia bertujuan untuk menghubungkan pelajar Muslim ini dengan universiti. Bukan itu sahaja, dia turut diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek agama Islam kepada pelajar.

Sumber: One Ummat.net

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: