• Assalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

    CURRENT MOON PHASE

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 65 other followers

  • KLIK PAUTAN

    • None
  • TERBARU DIMINATI

KEHEBATAN AIR ZAM-ZAM


MUKADDIMMAH

AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.

Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:

Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.

Disebutkan dalam hadis riwayat Ibnu Majah , Jabir bin `Abdullah, katanya:

Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.

Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.

Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam. Rasulullah pernah bersabda:

Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ulama’ hadis meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: “Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai. “Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka, pertolongan seperti itu juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.

Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam. Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

TELAGA ZAM-ZAM

Telaga Zamzam ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam. Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.

Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter. Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.

PENGURUSAN AIR ZAM-ZAM

Air zamzam asli tidak boleh dieksport secara sah dari Arab Saudi untuk dijual secara komersial. Oleh itu jemaah mengisi botol dan bekas air mereka untuk dibawa pulang serta diagihkan kepada sanak saudara. Setiap jemaah dihadkan membawa lima gelen (kira-kira 20 liter).

Tempat mengambil air zamzam berhampiran Masjidil Haram mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama dilengkapi 14 pili yang boleh digunakan secara percuma oleh orang ramai manakala yang kedua pula dipasang pili tiga kali ganda daripada jumlah itu dan dikendalikan oleh syarikat swasta berlesen yang mengenakan sedikit bayaran untuk mengisi botol dan tong air jemaah.

Air zam-zam disediakan untuk para jemaah di Masjidil Haram

Biasanya syarikat ini mengenakan bayaran hanya SR10 untuk botol 10 liter untuk keselesaan jemaah dari berebut-rebut. Kaedah ini lebih baik dan jarang yang berani menipu.

Namun akhbar Arab News melaporkan ahli “zamzam mafia” yang terdiri dari orang Mynamar, Bangladesh dan Afrika beratur di pili awam sejak awal pagi. Mereka lengkap dengan tong dan ambil masa lama. Sedangkan jemaah lain menyediakan tong kecil sahaja. Mereka tidak rasa bersalah melakukannya dan merupakan rezeki halal bulan Ramadan.

Tangki-tangki berisi air zam-zam berserta gelas minuman untuk kegunaan para jemaah di Masjidil Haram

Bagi memastikan pengeluaran dan pengurusan berjalan lancar, pemerintah mewujudkan The Zamzam Studies and Research Center. Pusat ini bertanggungjawab terhadap pembekalan ( daripada segi kualiti dankuantiti ) serta melaksanakan kajian, penyelidikan dan memantau sumber air zam zam dalam memenuhi permintaan sama ada oleh penduduk tempatan atau jemaah haji dan umrah.

KAJIAN SAINTIFIK

Pada Mei lalu, satu temu bual telah dijalankan di Arab Saudi dengan Dr. Knut Pfeiffer dari Jerman, menyatakan tentang kekagumannya terhadap air zam-zam. Idea untuk menguji air yang dianggap suci oleh umat Islam itu muncul apabila dia menerima sebotol air zam-zam dari seorang kawan lama yang baru pulang menunaikan haji. Dia mengambil masa dua minggu untuk menjalankan uji kaji ke atas 60 orang reponden yang aktif.

Dia membandingkan air di Munich, Jerman dengan air zam-zam. Semua orang tahu, air di Munich adalah paling asli dan bersih. Menurut Dr. Knut, air di Munich dari segi kimianya memang sempurna tetapi dari segi tenaganya hancur.

Katanya setelah melalui perjalanan yang jauh dari Jeddah ke Munich kemudian melalui tempoh yang panjang berada di dalam simpanan dan mengalami perubahan cuaca tetapi air zam-zam tidak berubah langsung. Itulah hasil yang dapat dibuktikan melalui gambar sel 40 orang yang diberi minum air tersebut.

Di dalam temu bual itu, Dr. Knut menjalaskan, zam-zam mampu membekalkan tenaga jauh lebih banyak berbanding minuman biasa.

Ujian sel badan yang diberi minum air zam-zam menunjukkan kesan yang positif. Sel-sel di dalam badan menjadi lebih segar dan menyukai air zam-zam. Apa yang saya lihat inilah jawapannya, jika sistem sel badan memberikan kesan positif maka tenaga akan bertambah kerana tenaga datangnya dari sel yang sihat.

Ibaratnya seperti menerima ciuman dari orang yang kita suka dan cinta. Perasaan gembira di dalam hati itu sukar digambarkan. Bila lahir di dalam senyuman yang kita balas untuk orang yang memeberikan ciuman itu, ia penuh bermakna. Begitulan juga sel yang diberi minum air zam-zam, macam rasa cinta. Kalau sel itu boleh bersua mungkin ia akan kata, “Wow! Aku menyukainya.”

Ia adalah air pemberi tenaga yang paling hebat dan boleh membuatkan anda sihat. Jika ada peluang minum setiap hari anda akan lebih sihat kerana ia adalah terapi semula jadi. Di masa hadapan mungkin kita boleh hentikan kebergantungan kepada ubatan kimia kerana ianya memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh. Air zam-zam bukan sekadar mengenyangkan, menambah lagi tenaga, tetapi juga sebagai penawar segala penyakit.

Air Zam-Zam adalah minuman yang mengenyangkan dan ubat bagi penyakit” (HR.Bukhari Muslim)

“Saya hanya mengupas sedikit sahaja tentang air zam-zam tetapi ia telah mebongkar banyak rahsianya. Dari mana sumbernya? Berapa banyak tenaga yang air itu miliki semasa di Mekah dan berapa yang tinggal apabila dibawa terbang jauh dari kota. Dengan mengkaji lebih mendalam, kita dapat mengetahui lebih banyak lagi khasiatnya,”

Jelas Dr. Knut yang juga membuat kajian tentang kekuatan sembahyang orang islam dan semabahyang orang kristian. Baginya sembahyang orang Islam member kesan positif dan boleh mengekalkan tahap tenaga untuk jantung.

Sedangkan doktor Kristian pun kagum dengan kehebatan air zam-zam, apatah lagi sebagai orang Islam yang memang ada peluang untuk menikmati air itu. Itulah tanda kekuasaan Allah yang diberikan kepada Umat Islam.

Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu.

Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti.Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga).
Struktur kristal air zam-zam
Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.

AIR ZAM-ZAM & PENGUBATAN

Disebut pengarang kitab al-’Aqdus Sameen bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Makkah meminum air zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu, dengan izin Allah, beliau sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian itu dikhabarkan sendiri gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi. Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: “Maknanya, barang siapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya itu.

Hal ini, dicuba ulama dan orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun dunia. Alhamdulillah, semuanya memperolehnya. (Lihat Tahzibul Asma Wal-Lughat 3/139).

Al-’Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata:

Saya dan juga orang lain mencuba berubat dengan air zamzam. “Saya berubat dengannya dalam banyak penyakit dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air zamzam hampir setengah bulan atau lebih, tetapi tidak lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa.

Al-’Allamah seterusnya berkata: “Sudah berlaku kepada diri saya sewaktu di Makkah, saya sakit. Pada masa itu, saya benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. “Maka, saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air zamzam dan bacakan di atasnya berulang kali. Kemudian, saya minum lalu mendapati kesembuhan yang sempurna.

Sejak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat. (Lihat Zadul Ma’ad 4/718)

Berkata pula Al-Hakim:

Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar bercerita mengenai Ibnu Khuzaimah (Ibnu Khuzaimah ialah seorang ilmuwan besar), katanya: “Saya mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: “Daripada manakah tuan memperoleh ilmu?” Jawab lbnu Khuzaimah: “(Bukankah) Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan? (Lihat Sairul A’Iam an-Nubala 14/370).

AI-Jalal as-Suyuti juga menceritakan mengenai dirinya, katanya:

Dengan memuji Allah, saya sudah musafir ke negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. “Apabila saya menunaikan haji, saya minum air zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: Agar saya mahir dalam ilmu fiqah hingga mencapai martabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.

Dalam ilmu hadis hingga saya mencapai martabat al-Hafiz lbnu Hajar. Ada pun, semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah.

Apalah yang ada untuk dimegahkan di dunia ini, sedangkan saat kembali semakin dekat dan uban pun mulai subur.” (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).

Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyata, yang amat mustahak itu adalah niat dan keimanan yang seikhlas- ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu.

Berikut adalah di antara FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam

  • Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
  • Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  • Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
  • Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.
  • Antara mata air syurga.
  • Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
  • Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
  • Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
  • Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
  • Minuman orang mulia (al-abrar).
  • Menambah kekuatan badan.

ADAB MEMINUMNYA

Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:

Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya:

Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: “Tuan datang dari mana?” Lelaki itu menjawab: “Saya baru lepas minum air Zamzam”. Tanya lbnu Abbas lagi: “Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya’?” Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: “Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?” Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: “Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: “Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam.” (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

Daripada ‘Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas r.a. apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) :

Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.” (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.

Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya ‘al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah’ dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:

Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu s.a.w. bahawa baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk …………. (sebutkan hajat apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.

Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya. Wa Allahu ‘alam.

________________________________________________________________
Diolah dari pelbagai sumber.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: