KONSEP ZUHUD DALAM ISLAM


Oleh: Professor Madya Dr. Abdul Halim Muhammady

PENDAHULUAN

Zuhud adalah satu dari sifat kesempurnaan peribadi Muslim. la merupakan tanda kemantapan iman dalam hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Memandangkan zuhud ini penting dalam kehidupan Muslim maka tulisan yang ringkas ini Cuba memberi huraian terhadap perkara-perkara berikut; definisi zuhud, asas-asas idea serta tingkatan-tingkatan zuhud, petanda-petanda dan kepentingannya dalam kehidupan Muslim.

DEFINISI ZUHUD

Perkataan “zuhud’ adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar “zahida” yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya. Perkataan ini ada juga digunakan dalam al-Qur’an dengan ungkapan “al-Zahidin” maksudnya ‘orang yang tidak suka’. Demikian jugs penggunaannya di dalam hadith-hadith dengan ungkapan yang berbeza-beta tetapi mempunyai pengertian yang tidak jauh berbeza. Perkataan Zuhud dalam penggunaan biasa memberi erti sebagaimana di alas. Tetapi pengertian zuhud yang lebih khusus, seperti yang dimaksudkan dalam tulisan ini ialah kebencian hati terhadap perkara-perkara keduniaan dan mengelak diri daripadanya kerana mentaati Allah s.w.t. sedangkan dia mempunyai keupayaan untuk mendapatkannya, tapi is mengelakkan diri dari kegemaran itu dan meninggalkannya.

ASAS IDEA

Analisa tentang zuhud ini adalah berasaskan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Antara ayat-ayat yang berkaitan dengannya adalah sebagai berikut:Terjemahan: Lalu mereka menjualnya dengan harga yang murah iaitu beberapa dirhani yang dihituuzg kerana mereka adalah orang yang tidak suka kepadanya.
Firman-Nya lagi,

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَ‌ٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ ﴿١٤﴾

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Al-‘Imran 3:14)
RasuluLlah s.a.w. juga pernah bersabda tentang zuhud antaranya ialah;
Zahidlah kamu di dunia nescaya ALlah menciniai kurnu, dun zahidluh kanui apa yang ada pada tangan manusia, nescaya kamu dicintai oleh manusia.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
Apabila ALlah menghendaki seseorang itu balk maka dizahidkannya hidup di dunia dan mengemarkannya kepada akhirat dan mempcrlihatkan kekurangun dirinya.

ULASAN TERHADAP DEFINISI DAN NAS

Difahami darn definisi dan nas-nas di alas jclas mcnunjukkan hahawa apa yang dikehendaki dengan zuhud itu ialah mengelak dan menyisihkan diri darn pcrkara-pcrkara kcduniaan kcrana mentaati ALlah dan rnematuhi hukum-Nya.Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dcngan pcrkara-pcrkara keduniaan itu’? Kita t1dak akan dapat mcmahami hakikat h1dupzulucd, tanpa mcmahami terlehih dahulu maksud pcrkara-pcrkara kcduniaan iii. Apa yang dimaksudkan dengan pcrkara-pcrkara kcduniaan itu ialah seperti apa yang dijclaskan oleh al-Our’an. ALlah s.w.t berfirman:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَ‌ٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ ﴿١٤﴾

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak[186] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). – (Al-‘Imran – 3:14)

Dalam ayat yang lain pula Allah berfirman,

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Kesimpulan dari nas di alas mengenai kehidupan dunia itu ialah kecenderungan manusia dan tumpuannya dalam usaha mencari kepuasan yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata tanpa mengambil kira batasan hukum dan adab syara’. Ini termasuklah mencari kepuasan nafsu dengan perempuan, berbangga dengan anak dan keturunan, tamak dan mengumpul harta berpikul-pikul, dalam bentuk emas, perak, binatang-binatang ternakan, kebun-kebun dan sawah ladang. Mereka bukan sahaja berusaha untuk mengumpul harta malah mereka juga turut merasa bangga dengan pencapaian itu. ALlah s.w.t. meletakkan orang yang menumpukan perhatian kepada perkara-perkara itu sebagai mereka yang hidup dalam main- dan kelekaan semata-mata.

Kepuasan yang mereka rasai itu sebenarnya kepuasan yang tertipu, bersifat sementara, merugikan dan melalaikan manusia dari menumpukan kepada hakikat yang lebih bernilai dan lebih tinggi.Sungguhpun perkara ini dianggap sebagai perkara-perkara keduniaan tetapi keperluannya kepada manusia tidak dapat dinafikan. Justeru itu, manusia mengambil manfaat sekadar keperluannya sahaja, dan itu tidak dikira sebagai keduniaan tetapi sebagai memenuhi keperluan (hajat), dan keperluan ini adalah sebagai ketentuan yang mesti dipenuhi (darurat). Maka untuk menentukan pengambilan dan penggunaan perkara-perkara itu secara baik, sifat zuhud ini amat diperlukan untuk membendung diri dari kegelojohan nafsu manusia itu; nafsu syahawat dan nafsu membina rasa, melalui rasa keindahan dalam berbagai bentuknya.

Termasuk dalam perkara keduniaan juga ialah cinta hidup lama dan takut kepada mati. ALlah berfirman:

الَّذِينَ قَالُوا لِإِخْوَانِهِمْ وَقَعَدُوا لَوْ أَطَاعُونَا مَا قُتِلُوا ۗ قُلْ فَادْرَءُوا عَنْ أَنفُسِكُمُ الْمَوْتَ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿١٦٨﴾

Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh. Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar. (Al-‘Imran 3:168)

Cita-cita ingin hidup lama dan takut kepada mati adalah dikira sebagai perkara keduniaan. Ini kerana dengan cita-cita itu kita seolah-olah ingin memanjangkan masa untuk memuankan kecenderungan nafsu yang buas. Kita juga ingin memenulu masa dengan keseronokan yang bersifat sementara, yang mempunyai kemahuan tanpa batasan.

PERKARA KEDUNIAAN DAN KEPERLUAN

Melalui tujuh perkara yang disebut dalam ayat di atas, terdapat di dalamnya dua penilaian hukum, iaitu keduniaan dan keakhiratan. Jika penggunaan perkara-perkara yang disebutkan adalah sekadar keperluannya sahaja maka itu tidaklah dikira sebagai keduniaan tetapi sebagai darurat dan sebagai hajat yang mesti dipenuhi.” Bagi mereka yang zuhud , perkara yang halal itu digunakan tidak lebih dari keperluan asasinya kerana mereka takut terlibat dengan persoalan yang lebih lama dan perkiraan yang lebih panjang di akhirat.

Dalam kita menilai keperluan yang wajib diambil kira sebagai penggunaan dan pengambilan yang tidak dapat dielakkan, maka keperluan itu harm dilihat dari berbagai aspek. Ini kerana keperluan itu adalah berbagai; ada keperluan yang wujud dalam hubungan individu, keluarga, masyarakat dan ada dalam hubungan negara.

Jadi, supaya penyaluran dan penggunaan perkara-perkara di alas tidak membazir dan tidak melampaui batas-batas hukum, maka zuhud dapat memainkan peranan supaya penyaluran dan penggunaannya berlaku dengan sebaik-baiknya. Dengan itu penggunaan perkara-perkara itu bukan lagi bersifat keduniaan tetapi adalah untuk kepentingan akhirat dan keredaan Allah.

TINGKATAN-TINGKATAN ZUHUD

Dipandang kepada pencapaian manusia didapati zuhud itu ada beberapa peringkat;

1. zuhud yang paling rendah ialah zuhud dari perkara-perkara keduniaan, iaitu walaupun pembawaan dan kecenderungan kepada keduniaan itu masih ada dalam dirinya, tetapi is berjihad untuk Cuba menjauhkan dirinya dan Cuba mengelak darinya. Orang yang berada dalam tingkatan ini masih berada dalam bahaya iaitu sekiranya dia dikuasai maka dia akan terjerumus ke dalam lubuk keduniaan itu.

2. zuhud yang pertengahan ialah apabila seseorang itu meninggalkan perkara-perkara keduniaan secara taat kepada hukum Allah s.w.t. Ini adalah untuk mengelakkan kehinaan dari perkara itu di samping kecenderungannya mencari ketaatan dan untuk mendapat keuntungan yang lebih dari Allah.

3. zuhud yang paling tinggi ialah zuhud yang semata-mata taat kepada ALlah dengan tidak ada sebarang pertimbangan yang lain. Bagiuya perkara dunia itu tidak ada nilai langsung. Ada atau tidaknya sama sahaja, jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat, dan dengan meninggalkan perkara itu dia tidak akan merasai apa-apa kesan pun. zuhud dalam peringkat ini akan menyebabkan is merasa aman di dalam dirinya kerana kesempurnaan ma’rifatnya, dan tidak ada sebarang lintasan dalam dirinya terhadap perkara-perkara keduniaan itu.

TANDA-TANDA ZUHUD

Untuk mengetahui zuhud di dalam diri seseorang maka terdapat tiga petanda yang digariskan oleh Imam Ghazali’S iaitu:

1. Tidak merasa gembira dengan apa yang dapat dicapai dan tidak merasa dukacita dengan apa yang hilang, iaitu berdasarkan kepada firman ALlah s.w.t.;

Ini adalah tanda zuhud pada harta.

2. Sikapnya sama sahaja sama ada dipuji atau dicela. Ini adalah tanda zuhud pada pangkat dan kedudukan.

3. Sentiasa mendampingi diri dengan ALlah s.w.t. Hatinya sentiasa dipenuhi oleh kemanisan ketaatannya kepada ALlah kerana sifat hati sememangnya tidak boleh kosong dari kemanisan dan kecintaan sama ada kepada ALlah atau kepada yang lain.

ASAS ZUHUD

Tanda permulaan zuhud itu ialah memasukkan dalam hati ingatan yang patuh kepada akhirat, kemudian timbul kemesraan perhubungan dengan ALlah s.w.t. Ingatan hati secara penuh kepada akhirat tidak boleh berlaku kecuali apabila seseorang itu hilang ingatan hati kepada keduniaan. Kemesraan perhubungan dengan Allah pula tidak boleh berlaku kecuali hilang kecenderungan hawa nafsu. Orang yang bertaubat dari dosa sedangkan is tidak merasa kemanisan taat maka dirinya tidak akan terjamin aman dari mengulangi kembali, perbuatan dosanya, dan orang yang meninggalkan perkara dunia sedangkan is tidak merasa kemanisan zuhud maka is akan kembali pula kepada keduniaan.16

KEPENTINGAN ZUHUD DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Zuhud sebagaimana yang dijelaskan, adalah menimbulkan kecenderungan untuk mengelak dan menyisihkan diri dari perkara-perkara keduniaan kerana taat kepada ALlah, iaitu mengelak diri dari perkara-perkara keduniaan yang menghalang dirinya dari sampai kepada tahap untuk menuju ke arah keridaan ALlah s.w.t.

Zuhud dapat menimbulkan kecenderungan hubungan yang tinggi di antara manusia dengan ALlah s.w.t, iaitu hubungan yang diasaskan kepada rasa cinta dari ma’rifat ALlah yang penuh melalui basirah. Di samping itu kesan yang balk dan menyeluruh berlaku dalam tindak-tanduk seseorang. Ini termasuklah mengambil segala perkara yang ada di hadapannya sekadar keperluan dan yang lebihan disalurkan untuk kepentingan kebajikan masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: