DUA RAHSIA SULIT TERBESAR KRISTIAN (BAH. 1)


وَقَالُوا لَن يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَن كَانَ هُودًا أَوْ نَصَارَىٰ ۗ تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ ۗ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿١١١﴾

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar. – Surah Al-Baqarah ayat 111.

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَـٰهًا وَاحِدًا ۖ لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ ﴿٣١﴾

Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. – Surah At Taubah ayat 31.

Ini adalah penjelasan tentang masalah Vatican, pembongkaran dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies).


Setiap Pope yang dilantik di Vatican mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja para Pope tetapi para Bishop dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sunber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang tidak mengkaji dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatican dan Dunia Kristian itu sendiri.Ini kerana, dua rahsia ini adalah ‘mantera’ peringkat pencerahan agung’ (Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatican.

Pope Benedict XVI

Setiap Pope telah menempuh jalan-jalan ‘kebenaran’ mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, bishop hinggalah mencapai pangkat Pope sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyk rahsia yang mereka ketahui. Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ni telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah. Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini. Rahsia-rahsia ini adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian. Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kod-kod rahsia serta harta karun terpendam.

Tentu anda ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Pope atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Rahsia yang akan dibongkar ini adalah bertaraf ‘Rahsia Dalam Rahsia’. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Master berpangkat 33 Darjat Freemason atau Commitee 300 (Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).

Struktur Organisasi Committee 300

Para pengikut Freemason sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya ‘Pencerahan’ – Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.


Juga, para pengikut Kristian juga tidak mengetahui akan Dua Rahsia Terbesar yang disorokkan oleh paderi-paderi besar mereka. Pope Vatican di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatican mewujudkan banyak kod, lorong dan bilik rahsia. Segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah (The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, ia akan memimpin anda kepada satu ‘Zikir Agung’.

Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan air matanya. Sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walaupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama ‘takdir’ Sang Iblis?. Ingin saya maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah – Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari ‘makmal’ penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan Kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.

Skrol Nag Hammadi

Nantikan 2 rahsia terbesar ini. Rahsianya tersembunyi di sebalik lambang Papal Vatican ini.

Advertisements

One Response

  1. […] Leo Zagami bergaya diatas lambang The Key to Kingdom of Heaven […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: