CABARAN AKIDAH – PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL


Di karang Oleh: Hj.Mohammad Ariffin bin Ismail

Diterbitkan oleh:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Jabatan Perdana Menteri.

Mukadimmah

Dalam rekomendasi Rand Corporation kepada kerajaan Amerika sebagaimana tertulis dalam buku “Civil Democratic Islam: Partners, Resources, and Strategies” (Cheryl Benard, 2003, m.s. 61-64) dinyatakan bahawa untuk menghadapi umat Islam maka mereka perlu memecah-belahkan umat Islam dengan memberikan sokongan kepada golongan Islam fundamentalis yang bakal melahirkan Islam radikal, akibatnya timbul pertentangan dengan golongan Islam tradisional. Di bahagian yang lain kerajaan Amerika memberikan sokongan kepada kelompok Islam liberal. Dengan pembahagian umat Islam kepada golongan “Islam Fundamentalis” dan “Islam Liberal”, di samping menghidupkan semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang, maka gambaran majoriti umat Islam sebenar yang mengikuti manhaj ahli sunnah waljamaah dan menjadi umat pertengahan (tidak ekstreem-fundamentalis dan tidak ekstreem-liberal) tidak dapat dilihat dengan jelas. Pada awalnya umat Islam tidak memerlukan suatu manhaj akidah sebab sejak zaman Rasulullah dan sahabat, umat Islam tidak menghadapi kelompok-kelompok pemikiran. Akan tetapi dengan munculnya kelompok Khawarij, Syiah Rafidhah, Muktazilah, Qadariyah, Jabariyah, maka para ulama memandang perlu menyusun sebuah manhaj akidah yang bersumber daripada akidah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, dan dikuti oleh para sahabat dan tabiin serta majoriti umat Islam. Manhaj akidah tersebut disepakati dengan nama manhaj akidah Ahli sunnah waljamaah.

Muat turun artikel dalam format pdf di sini. (MUAT TURUN)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: