PERANAN GURU DAN PEMBANGUNAN AKHLAK ISLAMIAH


Oleh : Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin. PUM

MUQADIMMAH

Dalam mencapai aspirasi pembangunan manusia adalah unsur yang paling menentukan. Pembangunan akan tidak bererti kalau manusia itu sendiri runtuh. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menerangkan; “Anak Adam itu ialah binaan/bangunan Allah.”

Sudah pasti yang dimaksudkan. dengan perbuatan meruntuh ini bukan sekadar membunuh atau merosak hakikat jasmaniahnya sahaja, malah merangkumi usaha merosakkan pemikiran, hati nurani, akhlak dan aqidahnya.

Manusia yang runtuh kemanusiaannya tidak dapat menjadi sendi ketenteraman dan kesajahteraan masyarakat. Ia kabur tentang hakikat dan tujuan hidupnya sendiri. Pembangunan itu menurutnya tidak lain dari usaha mencurahkan aspirasi dan khayalan cita-cita yang tidak berteraskan nilai dan norma samawi. Ia menbina gedong, institusi, rancangan-rancangan yang pada hakikatnya menghakis dan meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan dan ketuhanan. Pada hal nilai- nilai abadi ini lebih penting ditekankan untuk kesejahteraan jangka panjang manusia itu sendiri. Apabila nilai-nilai, kesedaran. dan komitment terhadan nilai semakin lemah dan longgar , manusia mula berhadapan dengan persoalan keruntuhan keperibadian, akhlaq dan peradabannya.

Oleh sebab itu soal membangun manusia merupakan soal asas bagi agama samawi. Para Rasul diutus untuk membanqun kemanusiaan yang semakin pudar dan larut dihanyutkan oleh badai nafsu dan godaan syaitan. Pudar lantaran mengikut pimnpinan manusia munafiq dan tidak punya pegangan. Apabila rasul-rasul yang diutus untuk mendidik manusia telah pulang ke rahmat Allah tugas ini dipikul oleh para alim ulama’ Mereka mendidik umat rasul dengan ajaran-ajaran yang diwarisi oleh Tuhan Pencinta manusia yang mereka warisi dari para rasul. Dekikianlah, pula terus berkembang. Perkembangan membawa kemajuan dan kesan-kesannya.

Perkembangan ledakan ilmu pengetahuan membawa berbagai perubahan dalam berbagai bidang kehidupan . Antara yang datang dengan kemajuan ialah penjajahan .

Penjajahan yang datang silih berganti menguasai negara Islam bukan sahaja menjajah kekayaan umat tetapi juga merosakan keperipadian dan meninggalkan pendekatan keilmuan yang sekular. Golongan apa yang dipanggil agamawan bukan sahaja diketepikan tetapi juga diruntuhkan imej mereka sebagai golongan ulama’ atau ustaz dakwaan yang dikatakan sebagai palsu. Institusi agama dikembirikan.

Ilmu-ilmu yang tidak bertitik tolak dari agama tetapi kerap didorong menentang nilai-nilai agama. Gejala kemunduran yang lahir daripada kemiskinan dan hasil pemunggahan penjajahan terhadap kekayaan umat atau hasil tidak keadilan sosial …

Pergertian akhlaq dalam tasawur Islam tidak difahami dan ‘dihayati. Persoalan ketuhanan atau ibadah tidak ada kena mengena dengan masalah akhirat. Seseorang boleh dianggap contoh insan berakhlaq atau bermoral meski ia tidak pernah mengenal dan menyembah Tuhan atau mengindahkan nilai agama Akhlaq tidak ada kena mengena dengan keadilan sosial dan kemestian mematuhi undang-undang Allah.

Demikianlah, perubahan demi perubahan dilalui. Kini pendidikan tidak lagi merupakan golongan ustaz atau ulama. Sifat’ dan pesatnya perkembangan ilmu itu sendiri tidak lagi memungkinkan demikian. Yang mungkin ialah para pendidik ilmu diserapkan dengan pendekatan Islam dalam bidang ilmu takhassus yang mereka pelajari. Dengan penyerapan ini diharapkkan unsur-unsur akhlaq akan membajai pengajaran mereka dalam berbentuk keperibadian bangsa dan warganegara.

Di samping proses Islamisasi ilmu-ilmu. yang bercorak sekular. Para pendidik tersebut perlu memperdalamkan pencapaian dan peningkatkan bentuk penghayatan mereka terhadap ajaran Islam Dengan demikian berkuranglah perbedaan dalam kesan pembelajaran yang ditinggalkan oleh para guru terhadap murid-murid. Mereka perlu didampingkan dengan para ulama untuk merujuk pandangan Islam dalam hal-hal yang mereka sendiri kurang arif. Hubungan ini perlu demi mamastikan pertautan semula pemikiran Islam di kalangan umat Islam Dalam waktu yang sama para ulama harus meningkatkan daya penggarapan mereka terhadap ilmu umum demi meneguhkan kepercayaan umat terhadap kecendikiawanan mereka.

Berkait dengan peranan guru dalam bidang akhlak maka peranan yang paling. Penting ialah memahamkan pengertian akhlak yang sebenar menurut perspektif Islam. Akhlak dalam Islam mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Rasulullah diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia. Rasulullah menerangkan “Addin atau agama ialah akhlaq yang baik. Orang yang paling hampir di sisiku pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaqnya.” Banyak lagi hadith-hadith dan ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan tentang akhlaq tidak dapat kita perturunkan di sini.

Apakah yang dimaksudkan dengan akhlak? Adakah persoalan- persoalan pokok yang menjadi topik-topik perbicaraan ilmu akhlaq ? Bagaimana membangunkan akhlaq ? Inilah soalan-soalan yang perlu difahami sebelum seseorang guru berjaya dalam melaksanakan tugas murni mereka.

PENGERTIAN

Dari segi bahasa, “Akhlaq ialah kata jama’ dari “Al Khulq”. Dalam lisan ‘l Arab ia bermakna tabiat atau watak Ia juga bermakna maru’ah, ADDIN atai FITRAH menurut Qamus ‘l Muhit.

Pada hakikatnya ia adalah penyifatan tentang gambaran batin seseorang. Gambaran jiwa, ciri-cirinya dan kandungannya yang tersendiri. Ini mencerminkan lahiriah , sifat seseorang dan segala kandungan sifat itu. Gambaran ini samada yang zahir atau batin boleh disifatkan dengan sifat yang terpuji dan sebaliknya yang tercela.

Menurut Imam Al Ghazali, Al-Khulq ialah suasana kejiwaan yang mantap yang menerbitkan perbuatan, perbuatan itv terbit begitu sahaja tanpa berfikir dan merenung panjang. Sekiranya suasana kejiwaan yang menjadi sumber perbuatan itu memerlukan tindak-tanduk yang baik. Tetapi kalau muncul yang sebaliknya, maka suasana kejiwaan itu dinamakan sebagai akhlaq yang buruk.

Para failasuf dari aliran sosialisme positif seperti Livi Brill menerangkan tiga pengertian akhlaq :

  • Gagasan yang mengandungi konsep, hukum dan adat istiadat. Iaitu yang berkait dengan hak-hak manusia, kewajiban manusia antara satu sama lain yang diakui dan diterima oleh tiap-tiap individu pada umumnya pada masa tertentu atau peradaban tertentu.
  • Perkataan akhlak juga dipakai untuk menunjukkan ilmu yang mengkaji fenomena ini.
  • Kadang-kala juga digunakan ungkapan ini untuk menunjukkan penerangan-penerangan tentang ilmu ini.
Menurut Durkheim sifat-sifat akhlaq yang terpenting ialah soal kewajiban atau kebaikan ditinjau sebagai sistem dan kaedah tingkah-laku sosial. Juga ditinjau dari sudut penentuannya tentang tujuan yang baik bagi tingkah-laku manusia dan peranannya mendorong manusia melakukan kebaikan.
Kewajipan-kewajipan ini menurut beliau digariskan oleh masyarakat sendiri untuk kesejahteraannya. Aliran falsafah yang serba ruh pula menafsirkan bahawa akhlaq adalah sistem ruhaniah dalam suatu kerajaan ruhani Ilahi seperti yang tertera dalam pandangan seorang Failusuf German Leibniz (1646-1716), Kerajaan ruhani ini dihuni oleh ruh manusia dan malaikat. Pemilik tunggalnya ialah Allah sebagai ruh yang paling agung. Di mana ruh-ruh lain mendapat kewujudan dariNya Dalam kerajaan ruhani ini tidak ada kesalahan tanpa ganjaran. Tidak ada keutamman tanpa pahala . Yang mengubal undang-undang akhlaq untuk makhluk yang mempunyai ruh ialah Allah, . Untuk makhluk lain yang mertabat ruhaniahnya tidak seperti mertabat ruhaniah manusia, yang mengetahui kewujudan pencipta, Allah gariskan undang-undang alam atau tabi’i

AKHLAK-DALAM PANDANGAN FAILASUF MUSLIM

Aliran rasional dalam kalangan failasuf muslim seperti Ibnu Maskawaih menakrifkan akhlaq seperti berikut :

“Sesuatu keadaan (sika) diri yang mendorong sesorang bertindak melakukan perbuatan yang serasi dengannya tanpa merenung dan berfikir panjang.

Keadaan atau sikap ini terbahagi kepada dua :

  • Yang tabi’i dan semula jadi
  • Yang diperoleh melalui kebiasaan dan latihan sehingga menjadi sebati dan sifat diri

Aliran ruhaniah dalam Islam pula pada umumnya diwakili oleh segolongan sufism. Golongan tasauf memang mengganggap akhlaq sebagai pokok persoalan yang penting. Malahan segolongan dari meraka menerangkan bahawa tasauf itu tidak lain dari akhlaq itu sendiri.

Imam Quraisi memberikan definasi tasauf sebagai :

“Masuk dalam sifat dan akhlaq yang sunnah dan menjauhkan diri dari sifat yang rendah”.

Al-Junaid pula menjelaskan erti tasauf dengan takrif yang mirip benar dengan makna akhlaq. Beliau menjelaskan:

“Membersihkan hati dari menurut kehendak orang, meninggalkan perangai semulajadi (yang buruk) mereda atau memadamkan sifat manusiawi, menolak ajakan nafsu, menghayati sifat-sifat ruhaniah bersandarkan ilmu yang sebenarnya, sentiasa beramal dengan yang lebih utama, sentiasa menasihati ummah, setia dengan Allah dalam berpegang kepada kebenaran dan menurut Rasul dalam syariah (undang-undang Islam).”

  • Keimanan kepada Allah, pencipta alam jagat, manusia dan kurniaan Tuhan yang lain.
  • Keimanan kepada hari Akhirat.
  • Keimanan bahawa undang-undang akhlak ialah undang-undang Illahi, lahir dari kehendakNya untuk mengatur hidup manusia demi kesejahteraannya. (An-Nisaa’ : 174-175).

ILMU AKHLAQ

Menurut Dr. Taufiq at Tawil :

“Ilmu akhlaq ialah ilmu yang menggariskan modul contoh utama yang wajar diikuti oleh manusia dalam tingkah-lakunya.” Atau seperti yang dijelaskan oleh Dr. Zakaria Ibrahim bahawa ahli falsafah hampir sepakat mengatakan bahawa ilmu akhlaq ialah ilmu yang berusaha menemukan atau mendedahkan contoh-contoh tingkah laku manusia yang utama, menggasaskan konsep dan pengertian , menentukan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dalam tingkah lakunya.

Menurut Prof. Dr. Omar Attoumi Asy-Syaibini:

“Ilmu akhlaq ialah ilmu yang mengkaji hakikat atau sifat tingkah laku yang berakhlak, hakikat kebaikan (al-khair) dan keburukan (asy-syar), hak dan kewajipan, hati -nurani (conscience), hukum-hukum aahklaq, tanggung jawab akhlaq, motivasi dan tujuan tingkah laku. Ilmu ini juga meneliti asas-asas teori yang mendaji dasar keyakinan akhlaq, menentukan contoh-contoh utama, kaedah umum yang seharusnya menjadi pedoman tingkah laku manusia.”

Menurut Prof. Dr. Omar Attoumi Asy-Syaibani :

“Ilmu akhlak ialah ilmu yang mengkaji hakikat atau sifat tingkah-lakunya yang berakhlak, hakikat kebaikan (al-khair) dan keburukan (asy-syar), hak dan kewajipan, hati nurani (conscience), hukum akhlak, tanggungjawab akhlak, motivasi dan tujuan tingkah laku. Ilmu ini juga meneliti asas-asas teori yang menjadi dasar keyakinan akhlak, menentukan contoh utama, kaedah umum yang seharusnya menjadi pedoman tingkah laku manusia.”

Lebih jelas Dr. Miqdad Yalchin menakrifkan akhlak sebagai ‘prinsip’ dan kaedah yang mengatur tingkah laku (perangai) manusia yang ditentukan oleh wahyu dalam konteks mengatur kehidupan manusia di dunia untuk mencapai matlamat wujudnya yang paling sempurna.

Huraian-huraian yang diberikan oleh para ulama membayangkan bahawa akhlak Islam mengatur empat perhubungan dasar :

  1. Hubungan manusia dan jin dengan Allah (Pencipta).
  2. Hubungan manusia dan jin sesamanya.
  3. Hubungan manusia dan jin dengan alam.
  4. Hubungan manusia dan jin terhadap dirinya sendiri.

Dalam hubungan akhlak dengan amal maka akhlak menurut Dr. Mohd Abdullah Darraz boleh dikategorikan kepada :

  1. Akhlak al-Fardiyah — perseorangan.
  2. Akhlak dalam bidang kekeluargaan.
  3. Akhlakdalam bidang kemasyarakatan.
  4. Akhlak  dalam bidang kenegaraan.
  5. Akhlak keagamaan dalam erti kata sempit.

Pembahagian ini tidak bermakna antara suatu bidang dengan bidang yang lain terdapat tembok pemisah yang jelas. Sebaliknya terdapat jalinan yang rapat dan sukar untuk dapat dipisahkan antara suatu dengan yang lain. Bidang kenegaraan umpamanya melengkapkan bidang-bidang yang lain. Perjuangan untuk mendaulatkan keadilan adalah perjuangan akhlakUsaha-usaha untuk memantapkan asas-asas kesejahteraan masyarakat adalah usaha-usaha akhlak.

AHKLAK DAN PEMBANGUNAN HATI NURANI

Cita-cita untuk membangun keluarga, masyarakat dan negara yang baik bergantung kepada wujudnya individu yang baik. Individu yang baik ialah individu yang subur hati nuraninya dengan kesedaran dan penghayatan akhlak yang tinggi. Sebab itu pembangunan hati nurani juga merupakan tugas akhlak.

Menurut asy-Syaibani; “Matlamat pokok ilmu akhlak ialah membangun ‘conscience’ atau hati nurani manusia yang berakhlak, menghaluskan jiwa, membersihkan hati, menyepuh budi, menguatkan hubungan manusia dengan Allah, mengelokkan perangai, menilai perilaku, mengukuhkan semangat ukhuwah, kasih sayang, gotong royong, menegakkan yang benar dan yang baik.”

Bertitik tolak dari ini, para guru harus meningkatkan hati nurani berakhlak di kalangan murid-murid. Hati nurani dibentuk dengan akidah atau pegangan agama yang berkesan. Iman dan akidah yang mantap mencorakkan rasa kasih dan benci yang membina dalam diri seseorang. Rasulullah menerangkan;

Tidak beriman atau tidak sempurna iman seseroang dai kamu hinggalah Allah dan RasulNya lebih disayanginya dari yang lain.

Kant berpendapat; “Penghayatan akhlak tidak mungkin berkembang sempurna tanpa keyakinan kepada Allah.” Watson pula berpendapat; “Tanpa iman manusia akan hidup dalam arus serba boleh melakukan apa sahaja. Tidak tunduk kepada mana-mana undang-undang moral kecuali yang sesuai dengan nafsu dan keinginan peribadi.”

HUBUNGAN AKHLAK DAN AKIDAH

Di sini jelas adanya hubungan rapat antara iman atau akidah dengan akhlakSoalnya; apakah semua pegangan agama membawa kesan akhlak yang sama ? Tentu tidak.

Pegangan akidah (keagamaan) yang boleh menimbulkan kesan menyeluruh bukanlah sebarang akidah tapi ialah yang unggul dan mempunyai ciri-ciri yang mampu menimbulkan kepekaan keagamaan yang tinggi dan menerbitkan semangat perjuangan yang kukuh. Ciri yang mesti ada antara lain ialah :

  1. Keimanan kepada Allah, pencipta alam jagat, manusia dan kurniaan Tuhan yang lain.
  2. Keimanan kepada hari Akhirat.
  3. Keimanan bahawa undang-undang akhlak ialah undang-undang Illahi, lahir dari kehendakNya untuk mengatur hidup manusia demi kesejahteraannya. (An-Nisaa’ : 174-175).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: