AL-QURAN DAN ASTRONOMI


(Rujukan : Al-Qur’an dan Sains oleh Dr. Hj. Jamnul Azhar b. Hj. Mulkan)

_______________________

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah taqdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. (Surah Yaa sin : 38 )

Pandangan Ulama Tafsir Mengenai Ayat ini

Tanda yang tersendiri yang menunjukkan kekuasaan Allah Ta’ala dalam ayat tersebut adalah perjalanan matahari pada orbitnya sehingga ke penghujung pusingannya. Pusingan tersebut adalah satu ketentuan dan ketetapan daripada Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Menguasai setiap sesuatu. Terdapat dua pendapat ulama tafsir di dalam mentafsirkan maksud orbit iaitu:

  1. Satu tempat yang berada di bawah ‘Arasy yang hampir dengan bumi pada satu arah di mana kedudukan matahari dan sekelian makhluk masih tetap berada di bawah ‘Arasy.
  2. Tahap akhir perjalanannya iaitu hari qiamat. Ini telah dibuktikan oleh ahli astronomi bahawa terdapat pertambahan putaran matahari secara jelas di tengah-tengah bintang disebabkan pusingan bumi di sekeliling matahari setahun sekali. Bagi matahari terdapat dua pergerakan yang lain iaitu pusingan di atas paksi dan pusingan beserta dengan pengiringan planet-planet yang bergerak di sekitar sistem solar dan galaksi dengan kecepatan yang amat tinggi.

‘Mustaqir’ pada pandangan ulama yang pertama adalah merupakan paksi yang tetap manakala ulama kedua berpendapat ia merupakan pergerakan sistem solar bersama-sama kumpulan planetnya.

(Rujukan : tafsir al-Munir, jld. 23, hlm. 15-17)

Perbahasan

Bagi bulan terdapat satu orbit yang tetap iaitu mengelilingi bumi dan berputar di atas paksinya. Ia juga bergerak mengiringi bumi mengelilingi matahari. Matahari pula mempunyai dua gerakan iaitu:

  1. Gerakan di atas paksinya sendiri.
  2. Pergerakan menuju ke bintang Vega. Ia mengorbit di dalam suatu orbit yang terlalu besar sehingga tidak diketahui luas orbitnya. Oleh yang demikian, matahari dan bulan sebenarnya tidak mungkin bertembung atau berlanggar antara satu sama lain kerana masing-masing memiliki orbit yang tersendiri yang tidak mungkin akan bertembung antara keduanya. Bulan seolah-olah berpusing di dalam dua pusingan iaitu satu pusingan menglilingi bumi dan satu pusingan mengiringi bumi mengelilingi matahari.

Demikianlah kekuasaan Allah Ta’ala mencipta, mengatur dan mentadbir jagat raya ini. Maha Suci Allah dan segala puji-pujian hanya layak untukNya jua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: