• Assalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

    CURRENT MOON PHASE

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 65 other followers

  • KLIK PAUTAN

    • None
  • TERBARU DIMINATI

IBN AL-NADIM – ILMUAN YANG HAMPIR DILUPAKAN


Ibn Al-Nadim atau nama sebenar Abu’l-Faraj Muhammad bin al Is’haq-Nadim Dari Puak Syiah, anak kepada Al-Warraq , Al-Nadim Berasal dari Baghdad dan merupakan seorang penjual buku dan juga pakar kaligrafi yang menyalin naskah untuk dijual, pekerjaan tersebut diwarisi dari bapanya. Al-Nadim yang bermaksud ”Sahabat Orang orang yang terkemuka” juga dikenali sebagai Ibn Ya’qub al-Nadim al-Baghdadi.

Gelaran Al-Nadim diberikan pada beliau kerana beliau amat dikenali oleh berbagai golongan kerana pergaulannya yang amat luas, beliau juga merupakan seorang yang amat mencintai buku dan juga seorang “warraq” (Penyalin Naskah) yang mashur dan terbaik, Beliau juga memiliki kedai buku yang sangat terkenal di tengah kota Baghdad.

Disebabkan kehebatan beliau dalam dunia ilmiah, membuatkan beliau mempunyai kenalan dari berbagai golongan, baik di kalangan para pembesar, cendekiawan, ahli Falsafah, ahli kaligrafi, pengarang, seniman, penyair dan profesor. Meskipun demikian, ini tidak bermakna Al-Nadim seorang yang hanya pandai menyalin dan menjual buku semata mata, kerana pada usia mudanya beliau pernah berguru kepada beberapa guru terkemuka seperti Al-Sirafi (w. 978 M), ‘Ali b. Harun b. al-Munazhzhim (w. 963 M), dan Ahli Falsafah Abu Sulayman al-Mantiqi. Bahkan dia juga sering bergabung dalam kumpulan pengkaji dan pemikir(Khalaqah) Isa Ibn Ali (914-1001) di kota Baghdad.

Kitab Al-Fihris

Al-Nadim juga terlibat secara aktif dalam perbincangan denga ahli Falsafah Ibn al-Khammar dalam membincangkan masaalah masaalah yang berkaitan Falsafah hakikat kebenaran. Keterlibatannya dalam dunia ilmiah tersebut telah menjadikan dirinya menjadi seorang yang berpengetahuan luas tentang falsafah dan berbagai ilmu pengetahuan terutama ilmu-ilmu kuno seperti ilmu-ilmu Yunani, Mesir, Persia, India, dan Cina .

Disebabkab minat beliau yang amat mendalam dalam pada buku, Al-Nadim telah membuat catatan untuk semua buku buku yang pernah dimiliki di perpustakaannya dan juga untuk buku yang dijual di kedai buku beliau, bahkan catatannya bukan saja merangkumi Tajuk dan nama pengarang bahkan beliau juga turut mencatat keterangan mengenai isi kandungan serta riwayat hidup serta karya yang ditulis oleh pengarang tersebut, Bahkan beliau juga mengkelaskan buku buku tersebut dalam kelompok  yang tertentu mengiktu bidang dan jenis perbincangan buku tersebut.

Catatan Al-Nadim kemudianya diterbitkan dalam bentuk buku yang diberi Judul “Kitab Al-Fihris” atau dikenali sebagai buku Indeks / ensaiklopedia kebudayaan dan ianya merupakan Yang pertama di dunia, dam masih lagi digunakan sebagai rujukan sehinggalah sekarang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: