JIHAD MENENTANG AGAMA BATIL (SIRI 3)


Oleh: Harun Yahya

“Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya maka dengan serta merta yang batil itu lenyap.” Surah al-Anbiya: 18

MATERIALISME: ASAS KEPADA AGAMA BATIL

Seperti yang telah disebutkan di dalam bahagian terdahulu, materialisme adalah sebuah pergerakan ideologi merbahaya yang berusaha menghancurkan nilai-nilai spiritual dan menjauhkan manusia daripada pegangan agama. Majoriti besar masyarakat hari ini, samada sedar atau tidak, kekal di dalam belenggu psikologi materialisme. Bagaimanapun, seperkara yang harus difikirkan; kesetiaan terhadap pegangan materialisme bukanlah penyebab kepada penafian terhadap kewujudan Tuhan. sebilangan besar masyarakat tetap mengakui akan kewujudan-Nya namun tetap berpegang kepada fahaman materialisme. Al-Qur’an menjelaskan golongan yang berfikiran seperti ini:

Katakanlah: ‘Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?’ Maka mereka akan menjawab: ‘Allah’. Maka katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak bertakwa?’. Maka itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya; dan tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan? Surah Yunus: 31-32

Katakanlah: ‘Kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak beringat?’ Katakanlah: ‘Siapakah yang empunya langit yang tujun dan yang empunya ‘Arasy yang besar?’ Mereka akan menjawab: ‘Kepunyaan Allah’. Katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak bertakwa?’. Katakanlah: ‘Siapakah yang ditangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu yang Dia lindungi tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab-Nya) jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab: ‘Kepunyaan Allah’. Katakanlah: ‘(Kalau demikian) maka dari jalan manakah kamu ditipu?’. Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta. Surah Mukminun: 84-90

Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’, nescaya mereka menjawab: ‘Allah’. Katakanlah: ‘Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudaratan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudaratan itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya?’. Katakanlah: ‘Cukuplah Allah bagiku’. Kepada-Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri. Surah Az-Zumar: 38

Seperti yang dapat difahami dari ayat di atas, golongan ini mendakwa bahawa mereka percaya kepada Tuhan dan agama-Nya. Akan tetapi, mereka tidak menunjukkan rasa pengagungan mereka terhadap kebesaran-Nya bahkan dalam diam-diam menyekutukan-Nya. Mereka adalah penganut agama batil yang terhasil akibat prinsip pegangan hidup yang jauh dipalingkan daripada agama yang benar. Seperti mana juga di masa lalu, betapa ramai manusia hari ini yang berpegang kepada agama yang batil dan menjauhkan diri mereka dari kebenaran agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Selain daripada golongan yang disebutkan di atas, di sana juga terdapat golongan yang secara terbuka mengisytiharkan penafian terhadap Allah dan Hari Kemudian. Mereka berusaha mempengaruhi orang ramai untuk melakukan kekufuran dan sekaligus menyertai mereka. Metodologi yang digunakan oleh para materialis di dalam masyarakat yang mengamalkan pemahaman agama yang terpesong (masyarakat di mana pemahaman tentang Tuhan adalah menyeleweng) adalah berbeza jika dibandingkan dengan kaedah di mana individunya cenderung terhadap fahaman ateisme. Materialis menjerumuskan manusia ke lembah syirik dengan mereka-reka agama bagi setiap masyarakat dan menyebatikannya dengan inspirasi yang diperolehi daripada kepercayaan tentang kemutlakan alam kebendaan.

Sudah pasti golongan yang menyimpangjauh daripada ajaran agama yang sebenar tidak mampu berjuang menentang kekufuran apatah lagi untuk memusnahkannya. Kekeliruan dalam memahami agama, sedar atau tidak, akan menyediakan suatu sokongan terhadap sistem kekufuran. Ini adalah mengapa, sekiranya seseorang ingin berjihad menentang kekufuran, kemampuan untuk menggarap pemahaman agama yang benar dan tepat mengenai konsep agama batil yang didirikan di atas tunjang fahaman materialisme dan menguasainya dengan sempurna adalah amat penting.

Di dalam lembaran berikutnya, perbincangan mengenai beberapa ciri-ciri agama materialis dan evolusionis akan diterangkan. Persamaan yang menarik di antara sistem yang diwariskan di dalam kepercayaan agama yang batil dan kepercayaan syirik yang diisyaratkan di dalam al-Qur’an akan dibincangkan secara khusus.

Jahiliyyah Abad 20

Allah s.w.t. memaklumkan di dalam kitab-Nya mengenai manusia yang menyembah makhluk selain daripada Dia, dan mengambil patung dan berhala sebagai dewa semabahan begitu juga dengan kisah-kisah mengenai perjuangan gigih para utusan-Nya ketika berhadapan dengan kaum tersebut. Sebahagian besar individu menganggap bahawa masyarakat zaman lalu yang menyembah patung memiliki cara hidup yang primitif dan disebabkan itulah mereka berpegang kepada amalan tersebut. Akibatnya, mereka menganggap sesetengah kaum asli Afrika yang sehingga hari ini menyembah patung adalah kerana keprimitifan mereka.

Namun begitu, pemerhatian yang lebih teliti ke atas pemahaman dan sudut pandangan masyarakat lalu yang dikenali sebagai jahiliyyah di dalam Al-Qur’an mendedahkan bahawa mereka memilik banyak persamaan dengan golongan tertentu yang ada hari ini. Seperti mana masyarakat pagan lalu menjadikan patung dan objek kayu dan batu sebagai tuhan, rasional yang menganggap materi yang tidak bernyawa sebagai suatu bentuk pemujaan juga turut menjadi anutan yang dominan di zaman kita ini. Sebelum meneruskan perbandingan di antara rasional masyarakat pagan lalu dan hari ini, kita akan memerhatikan beberapa ayat Qur’an berkenaan masyarakat ini.

Salah satu daripada kaum yang dikenal pasti di dalam al-Qur’an ialah kaum Nabi Ibrahim:

Ingatlah ketika ia berkata kepada ayahnya: ‘Wahai ayahku! Mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikit pun?’. Surah Maryam: 42

Ketika Ibrahim berkata kepada ayahnya dan kaumnya: ‘Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadah kepadanya?’. Mereka menjawab: ‘Kami mendapati ayah-ayah kami menyembahnya’. Surah al-Anbiya: 52-54

Seperti yang tersebut di atas, bapa Nabi Ibrahim a.s dan kaumnya menjadikan material kaku yang dihasilkan dengan tangan mereka sendiri malah tidak mempunyai sebarang kuasa mencipta sebagai tuhan sembahan. Dengan menganggap apa sahaja sebagai tuhan adalah bererti menyifatkannya (samada separuh atau seluruhnya) sebagai kuasa yang bertanggungjawab ke atas penciptaan, memberi rezeki, memberi rahmat, menyembuhkan, merancang dan mengawal proses alam semesta. Para musyrikin di zaman Nabi Ibrahim a.s percaya bahawa setiap bentuk patung yang diukir oleh mereka sendiri memiliki kekuasaan yang disebutkan di atas dan sekaligus mengangkatnya sebagai tuhan sembahan.

Amalan Syirik yang Dominan Masyarakat Hari Ini

Golongan kufur zaman lalu mendakwa bahawa patung-patung yang diukir dengan batu dan kayu, yang tidak berkuasa untuk bergerak atau berbicara, memiliki sejenis kuasa bahkan mencipta alam semesta dan menguasainya, dan mereka menyembahnya dan memohon kesihatan, rezeki dan anugerah rahmat darinya. Dengan keterangan ini, kita dengan jelas dapat membandingkan di mana majoriti besar manusia hari ini juga turur mengamalkan rasional serupa seperti yang dilakukan oleh para musyrikin silam. para materialis dan evolusionis percaya bahawa unsur tidak bernyawa yang tersusun melalui himpunan dan longgokan atom yang kaku sebagai suatu kuasa. Mereka mendakwa bahawa sebagai suatu hasil kebetulan, materi yang tidak bernyawa berupaya mencipta dirinya sendiri untuk menghasilkan variasi hidupan yang sempurna dan begitu kompleks.

Bahkan, mereka menganggap semua kejadian did alam alam semesta adalah di bawah kekuasaan atom-molekul yang kaku dan mati ini. Sebagai contoh, mereka menganggap bencana alam akibat gempa bumi (yang mereka sifatkan sebagai ‘kemurkaan alam’ atau ‘bencana alam’) adalah terjadi kerana kehendak ‘alam semulajadi’. Walau bagaimanapun, mereka gagal untuk menerangkan hakikat sebenar kuasa atau asal usul kuasa yang dipanggil alam ini. Unsur yang dipanggil alam pada hakikatnya adalah tidak berbeza dengan tuhan sembahan yang digelar oleh masyarakat kufur silam sebagai ‘dewa bumi’ atau ‘dewa pemberi rezeki’. Perbezaan di antara keduanya hanyalah bentuk simbol; ketuhanan kini disifatkan sebagai materi yang mati dan tidak mampu dicapai dan juga kuasa kebetulan, yang mereka yakini bertanggungjawab terhadap kuasa penciptaan.

Pierre Paul Grasse, seorang ahli zoologi Perancis dan evolusionis yang bersemangat, menerangkan konsep ketuhanan yang tersembunyi bagi golongan evolusionis dan materialis sebagai berikut:

Kebetulan menjadi suatu pengurnia rezeki, di mana, di sebalik tirai ateisme, tidak dijolokkan dengan nama tetapi disembah secara rahsia.

Penyifatan kuasa penciptaan terhadap material yang tidak berjiwa dan atom yang mati adalah kecacatan logik akal yang sangat serius. Seperti mana kepercayaan para musyrikin zaman silam bahawa patung sembahan mereka adalah berkuasa mencipta makhluk hidupan, maka begitu jugalah halnya bagi para materialis dan evolusionis di zaman in ibahawa materi secara spontan berevolusi menjadi makhluk hidupan yang memberi suatu pengertian di mana elemen dan sejumlah unsur bahan sebagai kuasa hidup dan sedar yang membolehkannya memutuskan dan bertindak di atas sesuatu keputusan. Daripada sudut pandangan ini, mereka sebenarnya menyifatkan segala-galanya sebagai suatu sifat ketuhanan.

Sebagai contoh, evolusionis menganggap sekuntum bunga mawar dengan warna merahnya yang memukau yang tumbuh di permukaan tanah yang kotor sebagai tuhan kerana mereka percaya bahawa bunga mawar tersebut wujud dengan sendiri atau bahan dan unsur yang membinanya secara spontan mencipta dan membentuknya. Begitu juga halnya, mereka melihat buah limau, epal, strawberi, pisang, anggur, bebunga, rusa, singat, gajah, semut, lebah, lalt, ikan dan ringkasnya, seluruh makhluk hidupan termasuk bukan hidupan memiliki kemampuan mencipta diri sendiri kerana mereka mendakwa bahawa semuanya membentuk struktur fizikal yang ada hari ini melalui kehendak dan kekuasaan yang tersendiri.

Dalam sebuah contoh lain, evolusionis mendakwa bahawa seekor lebah yang dahulunya adalah haiwan lain tidak semena-mena memutuskan untuk menjadi seekor lebah dan kemudian mula membentuk mekanisme tubuh badan yang berupaya menghasilkan madu. Mereka mendakwa bahawa lalat pada mulanya tidak berupaya untuk terbang, tetapi kemudiannya membentuk sepasang sayap dan dengan itu memulakan penerbangan. Bahkan, lalat ini menyiapkan diri mereka dengan mekanisme penerbangan yang sempurna dengan teknologi yang jauh lebih canggih berbanding kapal terbang dan helikopter yang ada hari ini.

Para evolusionis amat mahir mereka-reka cerita yang sama ke atas berjiwa juta hidupan lain di atas muka bumi. Semuanya berkongsi asas yang sama iaitu; susunan atom mati yang membina organisma hidupan atau alam di mana mereka berada memiliki semacam suatu fungsi sedar dan kebijaksanaan. Istilah-istilah seperti pilihan semulajadi, mutasi rawak dan pemisahan geografi yang memberi sedikit sentuhan saintifik menghiasi cerekarama yang dihasilkan oleh evolusionis. Apa yang mereka agungkan pada hakikatnya adalah material kaku di dalam alam secara spontan berkuasa mencipta makhluk hidupan iaitu pisang, lalt, kucing, ikan paus, zirafah, rama-rama, semut, gajah dan generasi mereka seterusnya.

Berdasarkan kepada evolusionis, atom-atom ini jugalah yang mencipta ruang atmosfera dengan begitu sempurna, mentadbir dan mereka bentuknya. Dan dengan itu, atmosgera mampu menjadi sebuah atap protektif bagi planet bumi dan membentuk segala keperluannya. Ini bermaksud, mereka yang mengagungkan materi yang menyifatkan kekuasaan mutlak kekuasaannya. Menurut mereka, karbon, hidrogen, nitrogen dan besi semuanya adalah kuasa pencipta.

Sekali lagi, menurut keperacyaan pelik ini, atom yang sama juga mula berhimpun dan tidak semena-mena menyusun dirinya untuk membentuk sepasang mata yang mampu melihat. Tingkahlakunya begitu rapi dan sempurna yang memastikan bahagian lain mata akan membentuk rongga mata dan dengan begitu sabar menunggu sebarang akibat kebetulan yang akan membentuk rongga sebelum membentuk organ mata. Evolusionis melihat bahawa atom yang membina mata adalah pencipta kerana mereka percaya bahawa semuanya itu ‘berkemampuan untuk mencipta organa sesempurna itu’. Seperti mana masyarakat musyrikin silam menganggap hujan sebagai tuhan, para evolusionis juga turut mengangkat atom yang membina organ mata sebagai tuhan mereka.

Dari sudut pandangan ini, setiap individu dapat menyimpulkan bahawa agama bagi materialis dan evolusionis memiliki berjuta-juta tuhan untuk disembah. Dengan mendakwa bahawa setiap makhluk di dalam alam semesta wujud dengan sendirinya melalui sesiri kebetulan adalah bererti mengakui setiap satu daripada hidupan dan kuasa ini sebagai pencipta. Hal ini tidaklah jauh berbeza jika dibandingkan dengan logik yang mendorong seseorang itu menyembah berhala atau memohon kesihatan dan kebaikan kepada patung yang diukir. Pada hakikatnya, era zaman penyembahan berhala ini kembali dipraktikkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: