JIHAD MENENTANG AGAMA BATIL (SIRI 1)


Oleh: Harun Yahya

“Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya maka dengan serta merta yang batil itu lenyap.” Surah al-Anbiya: 18

PENGENALAN

Seimbas pandang, anda mungkin berasa keliru mengenai tajuk “Agama Batil” oleh kerana ‘agama’ seperti mana yang difahami umum biasanya dikaitkan dengan wahyu samawi. Selain itu, terdapat juga beberapa kepercayaan lain yang dipanggil sebagai ‘pseudo agama’ seperti Buddhisme dan Hinduisme. Seperti mana yang tertulis ‘Agama Batil’ adalah suatu konsep yang menolak agama sepenuhnya dan menafikan kewujudan Allah s.w.t.

Akan tetapi hari ini, di setiap sudut dunia terdapat beberapa sistem kepercayaan seolah-olah agama yang menjadi anutan walaupun tidak dinamakan sebagai sebuah ajaran ‘agama’. Di dalam buku ini, apa yang kami maksudkan sebagai agama batil adalah ideologi seperti materialisme, komunisme, Darwinisme (asas saintifik bagi ideologi tersebut) dan beberapa sistem lain yang berasaskan kepada kemungkaran. Ini adalah kerana seiring dengan peredaran masa, semua anutan ini bertukar menjadi sebuah konsep yang lengkap dengan sistem dan praktik kepercayaan yang tersendiri. Bahkan, masing-masing memiliki pemimpin idola dan sumber rujukan yang kekal menjadi pegangan para pengikutnya. Agama batil yang tersebar begitu meluas dan menarik jumlah penganut yang besar dengan berusaha menjadikan ‘agama batil’ ini mengatasi dan menentang keadilan dan agama yang hak (iaitu Islam) secara berterusan dengan menerbitkan pelbagai buku dan artikel untuk menyebarkan propaganda dan sentimen sebagai suatu sokongan terhadap agama buatan mereka.

Di antara halangan yang paling besar dihadapi oleh para penganut sistem ini adalah kitab suci Al-Qur’an, iaitu satu-satunya panduan menuju ke jalan benar yang diwahyukan oleh maha suci Allah. Al-Qur’an memperincikan keterangan mengenai jihad besar iaitu menentang agama batil dan mengamanahkan para mukmin dengan tugas yang mulia ini. Hari ini, tugas mendedahkan kepalsuan sistem yang menyeleweng dan seterusnya memberikan komitmen yang tinggi di dalam usaha ini adalah suatu amanat penting yang tersandar di bahu setiap mukmin.

Sepanjang abad ke-20 sehingga ke saat ini, agama batil ini untuk pertama kalinya dalam sejarah tersebar begitu meluas. Di dalam al-Qur’an, pengikut sistem agama yang batil membantah dengan yang batil agar dengan demikian mereka dapat melenyapkan kebaikan dan mereka menganggap ayat-ayat Kami dan peringatan terhadap mereka sebagai olok-olokan. Surah al-Kahfi: 56. ini adalah mengapa khususnya di era kita, adalah merupakan suatu kepentingan yang besar untuk menyertai jihad suci yang disebutkan di dalam al-Qur’an dan membatalkan setiap asas sistem agama ini dari sudut asas ideologi.

Allah s.w.t menyertakan maklumat yang penting kepada para hamba-Nya yang bertanggungjawab memikul tugas mulia ini di pundak mereka:

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. Surah al-Anbiya: 18

Dengan itu, apa yang menjadi tujuan kami adalah untuk memusnahkan kepalsuan dengan mendedahkan asas kebenaran mengenai materi dan juga mengenai teori evolusi Darwin yang akan dibentangkan di dalam lembaran seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: