HAIWAN MENYEDIAKAN PERSIAPAN RAPI UNTUK MIGRASI


Oleh : Harun Yahya

Banyak haiwan migrasi secara berkumpulan tetapi ianya amat jarang diketahui bahawa migrasi haiwan menjadi simbol kepada perancangan, semangat dan ketepatan yang menakjubkan. Skill melepasi jangkauan kebijaksanaan haiwan dapat dilihat daripada persediaan ini. Haiwan migrasi tidak pernah memilih laluan yang berliku untuk menuju destinasi mereka. Mereka sentiasa meneruskan haluan yang lurus dan laluan yang paling singkat. Mereka ada deria pelayaran yang sempurna.
Itulah Allah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia yang memberi deria ini kepada mereka. Mereka boleh menentukan segalanya dengan sempurna di mana manusia memerlukan pengiraan dengan bantuan pelbagai peralatan teknikal yang khusus, menerusi kajian dan pengiraan tertentu. Semua ini sudah tentu dari Tuhan kita yang mencipta setiap hidupan dengan pelbagai trait menakjubkan.
Dalam keterbatasan kondisi cuaca, haiwan-haiwan mempunyai ketetapan waktu yang sempurna untuk migrasi. Waktu migrasi ini adalah sangat sesuai untuk keadaan sama ada buat perjalanan dan juga destinasi. Mereka membuat persediaan sebelum mengembara. Sebagai contoh, sebelum migrasi yang memerlukan beribu batu kilometer jaraknya, mereka menjalani diet khusus dan mengumpul lebih lemak daripada  keperluan biasa sebagai bekalan lemak yang akan diperlukan sepanjang perjalanan.

Semasa mereka terbang, mereka juga mengawalatur tenaga mereka dalam keadaan yang terbaik dan memastikan penerbangan jarak jauh itu menjimatkan tenaga. Seterusnya, didapati bahawa ketika dalam perjalanan ke destinasi, mereka tidak diganggu dengan sesuatu yang biasanya menjadi tarikan buat mereka. Seekor ‘camar artik’ ketika dalam perjalanan dari Tierra del Fuego ke Alaska, sebagai contoh, akan mengabaikan bauan lazat ikan herring dari bot seorang pemerhati burung di Teluk Monteray. Ketika camar di situ menyerbu dengan lahap untuk ikan itu, camar artik meneruskan penerbangan.

Naluri Adalah Inspirasi dari Allah buat Makhluk Hidup

Ketika berusaha keras untuk menjelaskan kejadian ini, ahli biologis Hugh Dingle berkata; “Haiwan migrasi tidak bertindakbalas kepada input deria dari sumber yang mungkin menarik tindakbalas dalam keadaan lain. Camar artik mengabaikan segala gangguan kerana ketika itu ianya tertarik kepada deria naluri yang biasanya kita lihat ianya sebagai terpuji: tujuan yang lebih besar.

Ahli Darwinis khususnya juga menggelar perilaku haiwan yang menakjubkan itu sebagai ‘naluri’ dan tidak mengambil berat lebih dari itu. Dengan istilah ‘naluri’ ahli Darwinis merasakan bahawa mereka telah memberi nama itu kepada kebijaksanaan unggul yang ditunjukkan dalam perilaku ini dan telah berusaha keras untuk memberi gambaran bahawa segala perilaku ini hanyalah kejadian semulajadi. Walaubagaimanapun kuasa unggul yang kita panggil ‘naluri’ ini adalah manifestasi menakjubkan hasil kebijaksanaan Allah Maha Besar yang inspirasikan semua itu kepada makhluk hidup.

Charles Darwin, insan yang pertama mengeluarkan teori evolusi, menyedari bahawa perilaku dan naluri haiwan menjadi satu ancaman kepada teorinya. Dalam “The Origin of species”, beberapa kali, dia secara terbuka mengakui:

“Banyak naluri sangat menarik di mana perkembangan mereka itu mungkin muncul memberi kesukaran buat pembaca cukup untuk menggulingkan keseluruhan teori saya.”(Charles Darwin, The Origin of Species, Onur Publishing, Press Five, Ankara 1996, p.273)

Ahli Darwinis yang mengemukakan bahawa makhluk hidup berubah secara kebetulan, juga tiada penjelasan untuk naluri, seperti kes dalam perilaku haiwan lain. Makhluk hidup di mana terhasil secara kebetulan itu mesti, berdasarkan pandangan Darwin, menggunakan segala apa yang mereka jumpa di sepanjang jalan, bergelut dengan makhluk hidup lain untuk terus hidup dan tidak pernah terlepas peluang keemasan untuk tujuan ini. Walaubagaimanapun haiwan migrasi secara jelas mempunyai ketahanan, pengorbanan-diri dan tujuan. Ini amat mustahil buat haiwan untuk menunjukkan disiplin dalam usaha mereka untuk menghabiskan program migrasi dalam waktu tertentu, untuk memiliki kesedaran bahawa ini adalah penting untuk kesinambungan generasi dan menunjukkan pengorbanan-diri untuk ini. Sudah tentu Allah Maha Besar yang menjadi inspirasi mereka tentang apa mereka perlu buat. Mereka adalah hasil manifestasi teragung dari Allah yang menyerahkan diri mereka untuk Pencipta. Allah mengaitkan semua ini dalam sebuah ayat Al-Quran :

Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (Surah An-Nur, 41)

Menjangkau kerikil di garis pantai Artik, di mana camar artik lain bertemu, mencari tempat yang sesuai untuk bertelur dan membesarkan anak-anak dan melakukan semua ini dalam keadaan terbaik dan di bawah suasana yang amat sesuai mendedahkan kewujudan kebijaksaan unggul. Amatlah jelas bahawa kebijaksanaan ini tidak boleh dicirikan kepada burung. Kebijaksanaan unggul dan kesedaran yang memanifestasikan dirinya dalam haiwan ini adalah kepunyaan Allah, Penguasa kepada semua makhluk hidup. Semua ini menunjukkan kesempurnaan ciptaan Penguasa kita.

Daripada susunan galaksi yang menakjubkan hingga organisma kecil di bawah bumi, segalanya mendedahkan kepada kita tentang kehalusan infiniti Penguasa kita. Segala maklumat berhubung semua makhluk hidup adalah sentiasa di bawah pantauan Allah. Setiap makhluk hidup di atas Bumi meneruskan hidup mereka dengan trait yang Allah beri kepada mereka dan mendapat kelengkapan yang telah ditentukan oleh Penguasa kita. Tuhan kita mengaitkan semua ini dalam Surah Al-Mulk :

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Mulk, 19)

Rujukan : National Geographic Turkey/ November 2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: