• Assalammu'alaikum wbt. Blog ini membicarakan pelbagai topik agama yang merangkumi Artikel Umum, Akhir Zaman, Al-Quran, Hidayah Allah, Kebangkitan Islam, Satanisme, As-Siyasah, Doa & Bacaan, Fiqh Ibadah, Darah Wanita, Haji & Umrah, Korban & Akikah, Puasa, Solat, Toharoh, Zakat, Fiqh Muamalat, Hadis Pilihan, Ilmuwan Islam, Isu Semasa, Budaya Kufur, Islam Liberal, Pluralisme, Sekularisme, Syiah, Wahabiyyah, Kebesaran Allah, Kisah Teladan, Qishosul Anbiya', Sejarah Islam, Sirah Nabawi, Tafsir Al-Qur'an, Tasawwuf & Akhlak, Tauhid / 'Aqidah, Tazkirah, Akhirat, Bulan Islam, Kematian, Kisah Al-Quran, Tokoh Muslim, Ulama' Nusantara, Video Agama dan sebagainya. Semoga pembaca mendapat faedah ilmu dari pembacaan artikel dalam blog ini.. dalam mencari rahmat, keampunan dan keredhaan Illahi. InsyaAllah Ta'ala.

    CURRENT MOON PHASE

  • Pusat Latihan WoodValley Village, Sg. Congkak, Hulu Langat, kini dibuka untuk Penginapan Percutian, Program Hari Keluarga, Team Building dan Penempatan Kursus. Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi:

    1) Arshad: 016-700 2170 2) Fahmi: 017-984 9469 3) Azleena: 012-627 2457

    [[ Download Brochure ]]

    [[Lawat Laman Web]

    -------------------------------------------
  • Klik untuk subscribe ke blog ini dan anda akan menerima email pemberitahuan tentang artikel terbaru. Taipkan email anda di kotak bawah:

    Join 65 other followers

  • KLIK PAUTAN

    • None
  • TERBARU DIMINATI

DAKWAH MELALUI MULTIMEDIA


Sejarah perkembangan manusia cukup mempengaruhi cara penyebaran agama islam sehingga ke hari ini.Bemula dengan pengumpulan ayat-ayat al-quran menggunakan kulit-kulit binatang beralih kepada kertas sehinggalah kepada era penggunaan komputer, islam terbukti tersebar dengan meluas sekali.

Multimedia mula dianggap sebagai wahana penyebaran dakwah yang berkesan.

Sejajar dengan itu multimedia mula dianggap sebagai wahana penyebaran dakwah yang berkesan. Perkembangannya semakin menonjol sejak tahun 1978 iaitu dengan pelancaran cakera-video Laservision oleh sebuah syarikat bernama Philips. Bahkan buat pertama kalinya iaitu bermula tahun 1960an kemudahan multimedia telah digunakan menerusi gabungan slaid dan pita video. Kini aplikasinya semakin menarik dan canggih terutama dalam bidang pengkomputeran dan komunikasi kerana ia boleh dilaksanakan menerusi proses penyatuan atau pengintegrasian media atau maklumat dalam pelbagai jenis (dalam bentuk digital) kepada satu format.

Proses ini boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti sistem pembelajaran dan latihan,program persembahan untuk syarikat korporat, kiosk atau maklumat berinteraksi dan CD-ROM. Menurut Walter Oleksy (1995) dalam bukunya bertajuk The Information Revolution: Education & Learning, beliau menyatakan:

‘Multimedia adalah perkataan teknologi untuk perkakasan (hardware) dan perisian (software) yang membawa bersama-sama berjenis-jenis media teks. Illustrasi-illustrasi,gambar foto-gambar, bunyi, suara, animasi dan video pada sebuah komputer’.

Manakala menurut Nor Iadah Yusop (1995) dalam ceramahnya yang bertajuk:” Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: beliau menyebut:

‘Multimedia adalah kaedah penyebaran maklumat yang direkabentuk khusus untuk menggabungkan bunyi,gambar-gambar pegun dan bergerak,grafik,animasi,data dan teks bersama-sama dengan keupayaan interaktif sesebuah komputer’.

Selain itu, Mashkuri Hj. Yaakub (1999) dalam artikelnya bertajuk ‘Multimedia dari Perspektif al-quran menerangkan definisi multimedia secara yang lebih teknikal iaitu:

“Sistem multimedia dicirikan sebagai dikawal komputer, penghasilan bersepadu, pengolahan, persembahan, penstoran dan komunikasi bagi maklumat bebas yang dikodkan sekurang-kurangnya menerusi perantara selanjar (bersandar pada masa) dan diskrit (tiada sandaran masa)”.

Beliau turut merumuskan petikan di atas dengan menyatakan beberapa contoh.Antaranya, multimedia bersifat digital dan dikawal oleh komputer.Ini bermakna,setiap maklumat yang wujud dalam format yang sesuai berbentuk teknikal diolah oleh komputer. Ciri yang kedua ialah bersifat teragih. Ia membawa maksud setiap maklumat yang disalurkan adalah dalam bentuk terasing,sama ada telah dihasilkan terlebih dahulu atau distorkan. Untuk ciri yang ketiga pula,ia berbentuk interaktif. Iaitu berkemungkinan ia mendatangkan kesan terhadap maklumat yang diterima dan boleh menghantar maklumat sendiri.untuk ciri yang terakhir, multimedia ini berbentuk bersepadu. Walaupun ia dilakukan secara sekata, dipersembahkan secara tersusun, namun ia boleh diolah secara berasingan. Ciri-ciri ini bukan sahaja memudahkan pengguna, malah menunjukkan bahawa antara fungsi utama teknologi multimedia adalah bertujuan memperbaiki kualiti persembahan sesuatu maklumat dan meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat,khususnya untuk maksud pengajaran. Ini menunjukkan bahawa multimedia boleh memberi ruang kepada para pendidik dan pendakwah menyampaikan ilmu dengan pelbagai cara disamping menggalakkan percambahan minda dan pemikiran yang bebas.

Namun begitu multimedia bukanlah sebuah teknologi yang mampu berdiri dengan sendiri. Para pendakwah perlu mempunyai kemahiran untuk menggunakan potensi yang ada pada multimedia dan difabungkan dengan aplikasi teknologi yang lain untuk menarik perhatian golongan sasaran. Kombinasi teknologi yang baik akan memanifestasikan hasil yang menarik dan berkesan kepada pengguna.

Beberapa kombinasi teknologi sebagai sokongan utama membolehkan multimedia menyumbangkan hasil dan kesan yang besar,antaranya ialah komputer peribadi bermultimedia (berkuasa tinggi, bercip kuasa tinggi dengan kelebihan “MMX”, ada kad bunyi,”speaker”, skrin monitor berkualiti dan perisian multimedia yang berkaitan.) Seterusnya perisian yang khusus untuk mengolah dan merekacipta hasil gabungan data seperti teks, bunyi, grafik dan video atau animasi. Disamping itu, bagi memastikan maklumat bermultimedia dapat disalurkan dengan cepat dan lebih pantas kepada komputer-komputer lain, prasarana dan sistem rangkaian atau jaringan yang baik diperlukan. Dan akhirnya, teknologi web amat penting bagi memastikan maklumat multimedia tersebut dapat dipaparkan sekaligus dikongsi dengan mudah pada skrin-skrin komputer dengan pelbagai platform melalui jaringan-jaringan pada laman sesawang atau internet.

Apabila semua aplikasi dan potensi yang ada digabungkan, maka akan terhasillah multimedia yang memberikan kesan kepada masyarakat khususnya dalam penyampaian dakwah. Bidang ini harus dikuasai oleh para pendakwah supaya dakwah islam tidak ketinggalan. Uslub ini perlu diterokai dan didalami oleh setiap pendakwah supaya golongan sasaran boleh mendapat maklumat. Realitinya, pendakwah perlu melakukan anjakan paradigma dalam proses penyebaran dakwah memandangkan masyarakat kini lebih terdedah dengan penggunaan teknologi khususnya multimedia sebagai pemangkin penyebaran maklumat yang bersifat semasa. Ini penting kerana berpotensi dalam mengubah teknik belajar atau mengajar, penyebaran maklumat dan juga menyebarkan ilmu, manakala dalam dakwah, ia boleh dijadikan sebagai salah satu sumber penyaluran dakwah dan boleh dianggap sebagai mekanisme jihad pada masa kini. Medium tegur-menegur, nasihat menasihati dan medium untuk amar makruf nahi mungkar dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Namun melihat kepada hakikat dan realiti yang berlaku,peranan multimedia yang seharusnya menjadi medium kepada para pendakwah adalah kurang diaplikasikan. Puncanya mungkin disebabkan kekurangan kepakaran sama ada dari pertubuhan-pertubuhan atau para pendakwah sendiri yang kurang melibatkan diri dalam dunia multimedia sebagai saluran dakwah. Justeru impaknya, kita ketinggalan dan peluang ini telah diambil dan digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, terutamanya gerakan Misionari Kristian. Mereka bukan sahaja mempunyai kemahiran yang tinggi dalam teknologi, bahkan mereka mempunyai dana kewangan yang kukuh bagi memastikan dakwah mereka tersebar.

Untuk mengelakkan peluang ini berlalu begitu sahaja, sewajarnya setiap individu masyarakat perlu memainkan peranan dalam menguasai teknologi multimedia, bukan sahaja sebagai pengguna, sebaliknya bertindak sebagai pembangunan sistem maklumat dan perisian yang berkonsepkan islam serta menggarapkan tasawwur islam melalui penggunaan multimedia.Realitinya, terlalu sedikit individu atau mana-mana pertubuhan yang sedar akan situasi ini. Justeru tugas ini perlu dipukul oleh para pendakwah serta ulamak yang berkebolehan. Terlebih dahulu mereka perlu tampil kehadapan untuk menjadi contoh sekaligus sebagai perintis untuk menerangkan penggunaan dan perkaitan antara islam dan teknologi. Disamping itu, mereka perlu merancang bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan umat islam seleruhnya.

_______________________________

Petikan Dari : Sinar Rohani, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: