AL-KHAWARIZMI PAKAR MATEMATIK & ASTRONOMI


Al-Khwarizmi, atau nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi yang berketurunan Parsi berasal dari kawasan Khwarizm, di kawasan Aral Sea yang hari ini sebahagian daripada Uzbekistan dan Turkmenistan.

Sebuah kitab karangan Al-Khawarizmi

Al-Khwarizmi adalah salah seorang ilmuan matematik di Bait al-Hikmah (House of Wisdom) yang diasaskan oleh Khalifah al-Ma’mun pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah. Dilahirkan disekitar tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun sekitar 850 Masihi. Selain sebagai ahli matematik, beliau juga adalah ahli astronomi dan juga ahli geografi di Bait al-Hikmah.

Sumbangan

Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang matematik, astronomi, astrologi, geografi, dan cartography (tentang peta) serta pengasas kepada perkembangan dalam ilmu algebra dan juga trigonometri. Perkataan Algorithm berasal daripada nama latin al-khwarizmi iaitu algoritmi, manakala istilah Algebra berasal daripada perkataan Al-Jabr dan Al-Muqaabalah yang bermaksud penyempurnaan dan penyeimbangan (pembandingan).

Matematik

Al-Khwarizmi melebih dikenali kepakarannya dalam bidang matematik. Walaupun sejarawan dan ahli matematik berselisih pendapat tentang asal usul Algebra. Namun yang pasti jika pun al-Khwarizmi bukanlah orang yang mengasaskan Algebra, tapi jelas beliau adalah pengembang ilmu Algebra. Beliau menghasil sebuah kitab yang berkaitan dengan algebra iaitu“Al-Kitaab Al-Muhtasar fi hisaab al-jabr wa al-muqaabalah” (Buku keterangan ringkas tentang pengiraan menggunakan Al-Jabr dan Al-muqaabalah (penyempurnaan dan penyeimbangan)) yang menjadi rujukan terkenal dan juga pemula perkembangan ilmu algerba. Pendekatan secara sistematik dan logik beliau dalam menyelesaikan masalah quadratik dan linear memberi acuan baru dalam disiplin ilmu algebra.

Selain daripada algebra, Al-Khwarizmi juga pengembang sistem nombor yang dikenali sebagai Sistem pernomboran Arab dan India yang diguna pakai diseluruh dunia hari ini. Beliau juga antara orang pertama yang menyertakan angka sifar ‘0′ sebagai salah satu digit dalam sistem pernomboran dan memberi nilai kepada angka ‘0′. Beliau juga mengembangkan dan memperkenalkan sistem titik perpuluhan yang ada pada hari ini. Selain beberapa sumbangan lain dalam ilmu matematik.

Astronomi

Beliau adalah salah seorang ahli falak (astronomi) dan menulis sekurang-kurangnya dua buah zij iaitu buku yang mengandungi jadual parameter nilai yang digunakan untuk menentukan kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet-planet. Zij penting dalam perkembangan ilmu astronomi hari ini. Zij al-Sindhind (jadual astronomi Sind dan Hind) adalah zij yang dihasilkan oleh Al-Khwarizmi yang berdasarkan keadah astronomi India yang dikaji beliau.

Geografi

Selain Algebra, al-Khwarizmi juga menghasil beberapa kertas kerja tentang ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk Kitaab surat al-Ard (Buku tentang rupa muka bumi). Buku ini adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang Georgafi.

Kesimpulannya Al-Khwarizmi adalah seorang ahli matematik muslim yang terkenal dan wajar kita jadikan contoh. Sumbangan besar beliau kepada perkembangan ilmu perlu kita jadikan sebagai muhasabah kepada diri kita kerana satu ketika dahulu umat islam adalah pendominasi ilmu pengetahuan. Mereka berlumba-lumba menimba ilmu atas dasar keimanan kepada Allah. Hari ini budaya ilmu kurang menjadi budaya umat islam dan agak jauh terkebelakang dari segi ilmu pengetahuan. Oleh itu janganlah diculaskan diri, sama-sama kita budayakan semula ilmu pengetahuan dalam hidup kita atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: