BESARNYA GANJARAN JIHAD


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tuhan menjamin bahawa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar (berjihad), semata-mata berjihad untuk jalan (agama) Allah dan kerana membenarkan perintahNya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga, atau mengembalikannya ke tempat kediamannya semula dengan mendapat pahala dan rampasan”. [HR Bukhari – Jilid 3, no. 1395]

Demikianlah Allah SWT mengangkat darjat hambaNya yang mengorbankan diri di atas nama Allah dan agamanya. Terlalu besar ganjaran pahala dan kesenangan dunia yang akan Allah SWT kurniakan kepada mereka yang berjihad di atas jalan ini. Apa lagi yang didamba oleh kita sebagai manusia selain dari keampuan dari dosa-dosa yang kita telah lakukan, itu sudah mencukupi. Tetapi Allah SWT bukan sekadar memberikan pengampunan, bahkan ganjaran syurga di akhirat yang pastinya bonus bagi mereka yang beriman.

Mengapa Allah SWT memberikan ganjaran yang tinggi kepada pejuang-pejuang ini? Kerana tidak mudah untuk mempertahankan agama Allah. Tidak ramai yang sedar bahawa agama Islam kini telah dinodai oleh musuh-musuh Allah. Allah telah menawarkan ‘reward’ yang tinggi untuk mereka yang berlumba-lumba menegakkan agama Allah. Mentaliti umat hari ini masih jauh untuk mendapatkan ganjaran yang lumayan ini.

Walaupun isu Palestin kini reda seketika, namun sebenarnya ini semua hanyalah perancangan musuh-musuh Islam untuk terus menarik perhatian umat Islam seluruhnya. Berjihad di jalan Allah boleh dilakukan dengan banyak cara. Sekalipun tidak mampu mengangkat senjata, namun biarlah sekurang-kurangnya kita tidak menjadi orang yang membeli peluru untuk menghapuskan umat Islam sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: