SIKSAAN NERAKA JAHANAM


…Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama. (Surat as-Sajda: 13)

Neraka ialah tempat hukuman yang abadi kepada mereka yang mengingkari Allah, menghabiskan kehidupan mereka tanpa memikirkan Hari Kemudian. Kebenarannya ialah, dunia ini, yang mana mereka yang tidak percaya kepada Hari Kiamat terlalu taksub, akan lenyap tetapi neraka akan wujud selama-lamanya. Para “ahli neraka” akan tinggal didalamnya buat selama-lamanya. Sebagai hukuman, mereka tidak akan dapat lari daripadanya. Hukuman ini tidak sama dengan hukuman-hukuman lain:

Maka pada hari itu tiada seorangpun yang menyiksa seperti siksaNya. (Surah al-Fajr: 25)

Tahukah kamu apa (neraka) Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan. (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia. (Surah al-Muddaththir: 27-29)

Sesetengah manusia berpegang kepada kepercayaan yang tidak berasas iaitu mereka akan masuk syurga selepas memasuki neraka untuk suatu jangka masa. Walau bagaimanapun, realiti yang mengerikan tentang neraka ialah, azab di dalam neraka tidak akan berhenti dan tiada cara untuk keluar darinya. Al-Qur’an menjelaskan bahawa ia suatu kesalahan yang serius untuk berpegang kepada kepercayaan itu:

Dan mereka berkata;”Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberap hari sahaja.” Katakanlah:”Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janjiNya ataukah kamu hanya menyatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?” (Bukan demikian) yang benar, barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itu perhuni syurga, mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqara: 80-82)

Sesungguhnya neraka jahanam itu (padanya) ada tempat pengintai. Lagi menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas, mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya. (Surah an-Naba’ : 21-23)

Sekiranya tidak dikehendaki Allah, ia adalah mustahil untuk meninggalkan neraka. Apabila pesalah memasuki neraka, pintunya akan tertutup untuk selama-lamanya dan api akan menyelubunginya dari setiap sudut:

Dan orang-orang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat. (Surah al-Balad: 19-20)

Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam) juga bersabda bahawa tiada kematian bagi penghuni neraka:

Allah akan memasukkan penghuni syurga ke dalam syurga dan penghuni neraka ke dalam neraka. Selepas itu, pembuat pengumuman akan berdiri di antara mereka dan berkata: “Wahai penghuni syurga, tiada kematian buatmu, wahai penghuni neraka, tiada kematian buatmu. Engkau akan hidup kekal di dalamnya.” [Muslim]

Ingatlah, setiap individu yang menghabiskan masa yang terhad yang dianugerahkan kepadanya dengan cuai ketika di dunia akan mendapat neraka, di mana api akan menyelubunginya untuk selama-lamanya.

Ia sukar untuk memahami betapa pedihnya azab di dalam pintu yang tertutup rapat. Daripada ayat-ayat al-Qur’an, kita faham bahawa neraka ialah tertutup, riuh, suram dan tempat yang berasap. Neraka ialah destinasi terakhir, tempat azab di mana kepanasan menyelubungi setiap sel penghuni-penghuni dan di mana makanan dan minuman adalah menjijikan. Setiap saat di dalam neraka dipenuhi oleh keperitan yang tidak terduga. Penghuni-penghuni neraka akan melihat gambaran yang paling menakutkan dan mengerikan; mereka akan mendengar suara yang mengerikan dan menyedihkan, suara yang kuat, jeritan dan tangisan. Mereka akan menghidu bau yang sangat busuk, rasa yang sangat teruk dan tajam. Tubuh mereka akan kehangusan daripada kepala ke kaki.

Wajah penghuni-penghuni neraka akan dibaluti dengan api; air yang mendidih akan dicurahkan ke atas kepala mereka. Dan, mereka akan dicop pada sisi dan di belakang mereka. Tanpa rehat dan keringanan daripada hukuman, kesengsaraan akan berpanjangan buat selama-lamanya.

Api yang panas akan menyelubungi penghuni-penghuni neraka. Penerangan-penerangan di dalam al-Qur’an, memberi gambaran jelas betapa dahsyatnya azab yang dihadapai oleh ahli-ahli neraka; pakaian daripada api akan dibuat untuk mereka (surah al-Hajj: 19), dan mereka akan memakai baju daripada tar (surah Ibrahim: 50). Setiap kali kulit mereka hangus terbakar, tubuh mereka akan digantikan dengan kulit yang baru (surah an-Nisa': 56) supaya mereka akan sentiasa merasai sakit yang tidak henti-henti daripada api. Mereka akan dirantai dan disebat. Tangan diikat di leher, mereka akan dicampakkan ke dalam lubang neraka (surah al-Furqan: 13). Mereka akan berbaring di atas katil daripada api neraka yang dialas dengan linen daripada api.

Mereka akan menjerit dan merayu untuk dilepaskan, tetapi tidak akan berjaya; tiada sesiapa di sekeliling yang akan menjawab. Mereka akan meminta untuk diringankan hukaman, walaupun untuk sehari, tetapi permintaan mereka akan dijawab dengan penghinaan dan hukuman yang lebih menyeksakan.

Bunyi gemuruh daripada api adalah sangat kuat dan boleh didengar daripada jauh. Penghuni-penghuni neraka akan dicampakkan ke dalam amukan api (surah al-ma’aarij: 15) yang menyala dengan hebatnya (surah al-Layl: 14) dan dibakar ketika mereka menjerit dan menangis.

Ingatlah bagaimana sakitnya apabila kita terbakar walaupun hanya di hujung jari. Jadi, jangan sesekali lupa untuk mengelakkan diri daripada kelakuan buruk yang boleh membawa kita memasuki tempat dimana hukuman daripada api yang sangat dahsyat.

Di dalam tempat tinggal yang kekal ini, manusia tentu sekali akan berasa lapar dan dahaga. Tetapi, sebagai balasan terhadap rasa tidak bersyukur dan perbuatan jahat mereka, mereka akan dibalas dengan buah-buahan yang pahit dan berduri (Surah al-Ghaashiyah: 6) dan pohon Zaqqum. Mereka tidak akan merasa sebarang minuman kecuali air yang mendidih dan nanah yang mendidih. Mereka akan muntah (surah al-Muzzammil: 13), tidak dapat menelan makanan dan minuman (surah an-Naba': 24-25) yang tidak memberi khasiat mahupun melegakan mereka (surah al-Ghaashiyah: 7)

Segala usaha mereka untuk melepaskan diri daripada neraka terbukti sia-sia; apabila mereka masuk ke dalamnya, di mana tiada jalan keluar. Melalui hukuman yang tidak terbendung, mereka akan menjerit  untuk kemusnahan diri mereka sendiri. Walau bagaimanapun, di dalam neraka, seseorang itu tidak akan mati atau hidup. Kematian akan mengelilingi mereka daripada semua sudut, tetapi mereka tidak akan mati (Surah Ibrahim: 17) Ahli neraka hanya menderita kerana apa yang telah mereka lakukan. Tiada rahmat terhadap mereka atau keredaan daripada kesakitan mereka.

Api neraka tidak akan membunuh, tetapi akan menyebabkan kesakitan yang hebat. Menyedari penderitaan adalah untuk selama-lamanya, penghuni neraka akan sedar bertapa buntu, tiada harapan dan lemahnya mereka. Sementara itu, wajah-wajah orang yang sombong dan bongkak yang mereka sanjungi ketika di dunia juga akan berada di dalam api. Dan muka ialah salah satu bahagian badan yang merasai kesakitan yang sangat perit kerana disitulah tempat semua saraf-saraf bertemu:

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata; “Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat pula kepada Rasul.” (Surah al-Ahzab: 66)

Muka mereka dibakar apai neraka, dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat. (Surah al-Muminun: 104)

Sekiranya kita tidak mahu wajah kita ditutupi dengan api, maka jangan sesekali lupa tujuan kewujudan kita di dunia ini, dan kita pasti akan bertemu dengan Hari Kiamat, kecuali jika kita mendapat keredhaan Allah.

Selain daripada seksaan fizikal, penghuni-penghuni neraka juga akan mengalami penderitaan rohani; mereka akan berasa rendah diri, terhina dan malu. Mereka akn diselubungi perasaan menyesal, tidak berdaya dan putus asa. Mereka yang sombong dan terlalu angkuh untuk menyembah Allah ketika di dunia akan memasuki neraka yang hina. Terhina, malu, mereka tidak mampu mengangkat wajah mereka:

(Ingatlah) pada hari mereka diseret ke neraka atas muka mereka. (dikatakan kepada mereka); “Rasakanlah sentuhan api neraka.” (Surah al-Qamar: 48)

Peganglah dia kemudian seretlah dia k tengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya siksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia. Sesungguhnya ini adlaah azab yang dahulu selalu kamu meragu-ragukan. (Surah ad-Dukhan: 47-50)

Pada hari mereka didorong ke neraka Jahanam dengan sekuat-kuatnya. (Surah at-Tur: 13)

Allah berfirman didalam ayat lain, “KepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNyalah aku kembali…” (surah: Ash-Shura: 10)

Maka mereka (semabahan-semabahan itu) dijungkirkan ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang sesat.” (Surah ash-Shu’ara': 94)

Pada hari itu, setiap orang daripada mereka akan mengakui perbuatan jahat mereka. Sebagaimana al-Qur’an memberitahu kita, kata-kata mereka ialah:

Dan mereka berkata: Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Surah al-Mulk : 10),

“Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata:Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman,” (Surah al-An’am: 27),

…Alangkah baiknya andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul,” (Surah al-Ahzab: 66).

Pada hari itu, mereka akan mencela sesama mereka.Mereka akan meminta air dan makanan daripada ahli-ahli syurga, tetapi mereka akan dihalang:

…Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka… (Surah al-Kahf: 29)

Mereka akan menjerit, “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang soleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan!” (Surah Fatir: 37) ) Tetapi semua usaha adalah sia-sia. Tiada pertolongan buat mereka dan nasib mereka yang pahit tidak akan diubah.

Oleh itu, selalulah mengingati ayat ini, “Patuhilah seruan Tuhanmu sebelum datang dari Allah suatu hari yang tidak dapat ditolak kedatangannya. Kamu tidak memperoleh tempat berlindung pada hari itu dan tidak (pula) dapat mengingkari (dosa-dosamu)” (surah -Ash-Shura: 47)

Ingatlah, Allah yang menghakimi manusia secara adil, telah mengutuskan Rasul sebagai memberi amaran kepada semua umat manusia, termasuklah kita, dan telah menganugerahkan setiap manusia masa yang cukup untuk bersiap sedia. Oleh itu, di akhirat, tiada siapa yang akan membantu mereka yang maksudkan di dalam al-Qur’an sebagai ‘pesalah’ (surah Fatir: 37). Kebenaran yang mutlak ialah tiada siapa yang diberi balasan kecuali apa yang dilakukan ketika didunia:

Kemudian dikatakan kepada orang-orang yang zalim (musyrik) itu; “Rasakanlah olehmu siksaan yang kekal, kamu tidak diberi balasan melainkan dengan apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Yunus: 52)

Inilah neraka jahannam yang Allah sentiasa ingatkan hamba-hambanya dengan pelbagai cara. Tiada siapapun di atas muka bumi ini boleh mendakwa bahawa dia tidak pernah diberi amaran tentang azab neraka yang kekal. Allah menceritakan penyesalan yang pahit yang dirasa oleh mereka pada hari itu:

…Dan pada hari itu diperlihatkan neraka jahanam; dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. Dia menyatakan,”Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini,” (Surah al-Fajr: 23-24)

Ingatlah, pada hari itu walaupun kita mengambil amaran, peringatan yang kita terima ketika di dunia, tidak akan membantu kita langsung dan ia adalah mustahil untuk keluar daripada api nereka, tidak selepas setahun, seribu tahun, sejuta tahun dan tidak untuk selama-lamanya.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers

%d bloggers like this: