AL-FARABI TOKOH FALSAFAH SERBA BOLEH


Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah islam yang amat terkenal pada zamannya. Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu Uzlaq Al-Farabi. Beliau dilahirkan di Transoxia yang terletak dalam wilayah Wasji di Turki pada tahun 874M (260H). Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara. Beliau berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad ibnu Al Sariy. Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanan ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhimat di istana Saif Al-Daulah dengan gaji 4Dirham sehari. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang sederhana, tidak memandang harta dan cinta akan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada kekayaan duniawi. Walaupun Al-Farabi seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli Sufi. Al-Farabi telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 950M (339H).

Al-Farabi merupakan seorang ilmuan yang terkenal kerana hasil kerja dan penulisannya. Beliau berkemampuan menguasai pelbagai bahasa dan cabang ilmu pengetahuan. Beliau terkemuka dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi. Beliau turut memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Beliau juga seorang pemuzik yang handal. Beliau telah mencipta peralatan muzik seperti gambus, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik.
Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang termasuk etika, metafizik, dan perubatan.

EPISTEMOLOGI AL-FARABI
Al-Farabi sebagai pemikir falsafah islam banyak dipengaruhi oleh tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Sebagai ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai `Neoplanonist` yang juga menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle. Kehebatan dalam falsafah menyebabkan beliau digelar Aristotle kedua. Beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logic dan sebagainya. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep kebahagiaan. Beliau juga menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Beliau telah memudahkan logik melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (takhayyul) dan bukti (thubut).

Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungan menghasilkan beberapa kajian dalam perubatan. Beliau mengatakan bahawa betapa jantung lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan. Saya menyokong pendapat Al-Farabi ini. Sememangnya jantung menjadi nadi kepada jasad manusia. Jantung memberikan nyawa kepada manusia. Sebaliknya, otak hanya berfungsi jika jantung masih lagi berdengup dan berfungsi. Jika jantung terhenti maka terhentilah juga otak manusia.

FALSAFAH AL-FARABI
Al-Farabi mendefinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini. Pendapatnya ini sebagaimana pendapat Plato yang menegaskan “Falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya menjadi asas dan intipati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu, apa asasnya, apa esensi, apa zatnya” .

Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Plato bahawa alam ini baru, yang terjadi dari tidak ada. Idea Plato tentang alam pula mirip kepada suatu pengertian alam akhirat dalam dunia islam. Al-Farabi berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah ke dalam ajaran islam. Beliau juga berpendapat bahawa tidak ada pertentangan antara falsafah Plato dan Aristotle yang berlainan pemikirannya tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya.

Pendapat Al-Farabi tentang falsafah ini disokong, yakni sebagaimana takrifan falsafah dalam bidang kajiannya. Ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui kewujudan ini membawa manusia kepada kebijaksanaan dan kebenaran. Ini berupaya untuk manusia mengawal setiap tindak tanduk perlakuannya. Setiap tindak tanduk yang baik memberikan maanfaat kepada manusia. Maanfaat yang dihasilkan mampu menjaga hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan penciptanya, dan manusia dan alam semesta.

FALSAFAH POLITIK AL-FARABI
Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat diteliti. Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal.

Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagian hakiki (sebenar) tidak mungkin dapat diperoleh sekarang (di dunia ini), tetapi sesudah kehidupan sekarang iaitu akhirat. Namun sekarang ini juga ada kebahagian yang nisbi seperti kehormatan, kekayaan, dan kesenangan yang dapat dilihat dan dijadikan pendoman hidup. Kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan yang mulia, kebajikan dan keutamaan. Maka, untuk menuju ke arah itu melalui kepimpinan yang tegak dan benar. Kepimpinan tumbuh dari keahlian dan pembawaan manusia. Hal ini dapat mengarahkan manusia dalam menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan bakal memelihara sebagai kemantapan keahlian yang disebut pemerintahan dan raja.
Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

  1. Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan tindakan yang sedar, cara hidup. Dasar ini dapat dijadikan upaya untuk memperolehi kebahagiaan. Pemerintahan atas dasar ini disebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kota-kota dan bangsa- bangsanya tunduk terhadap pemerintahan.
  2. Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan dan watak-watak dan rangka mencapai sesuatu yang dianggap mendapat suatu kebahagian. Maka, muncul beraneka ragam bentuk pemerintah. Apabila yang dikejar adalah kejayaan semata dapat dianggap sebagai pemerintah yang rendah. Jika mengejar kehormataan, pemerintahan akan bergantung kepada apa yang menjadi tujuannya.

Dipandang dari kemampuan suatu pemerintahan ilmu politik terbahagi menjadi dua:

  1. Kemampuan dalam melahirkan peraturan-peraturan yang bersifat universal
  2. Kemampuan yang disebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik, dengan harapan boleh menjadi kebijaksanaan Sebagai ringkasan pemerintahan dapat menjadi baik, jika ada teoritis dan praktis bagi pengelolaannya. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu.

Al-Farabi menjelaskan bahawa roh dan amalan saja tidak akan mampu untuk mensucikan seseorang dan mengangkatnya ke arah kesempurnaan tetapi juga memerlukan fikiran dan amalan renungan. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan elemen-elemen ini akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sesebuah negara yang kuat, stabil dan makmur.

Meskipun pemikiran falsafah Al-Farabi banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menetang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurutnya, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah tidak akan merasai perbezaan diantaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana kedua-duanya merupakan komponen yang saling melengkapi. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-segalanya dan para ilmuan harus diletakkan pada kedudukan dalam pemerintahan sesebuah negara.

Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara. Pemikiran, idea dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul “Madinah al-Fadhilah”. Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuh dalam karya “Ihsa al-Ulum” dan kitab “al-Jam”.

KESIMPULAN
Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang sangat ulung dan ilmuwan yang hebat. Banyak pemikirannya masih relevan dengan perkembangan kehidupan manusia hari ini. Pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji sebagai panduan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Selain itu hasil kerja dan penulisannya masih lagi digunakan dan menjadi rujukan di pusat-pusat pembelajaran dan institusi pendidikan. Sumbangan Al-Farabi memberikan pengaruh besar dalam bidang sains, falsafah, dan ilmu pengetahuan berkurun lamanya.

Siapa sebenarnya AL-FARABI? Apa sumbangannya terhadap tamadun islam dan dunia? teruskan membaca…

AL-FARABI atau nama penuhnya Abu Nasr Mohammad Ibn Al Farakh al-Farabi dilahirkan di sebuah kampung kecil yang dinamakan Wasij berdekatan Farab di Turkistan pada tahun 870. Beliau merupakan seorang lagi saintis terkemuka Islam dan termashyur kerana hasil kerja dan penulisannya terutamanya dalam bidang falsafah, logik dan sosiologi.

Ilmu pengetahuan yang dimilikinya tidak terhad kepada tiga bidang itu sahaja kerana beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam bidang-bidang lain meliputi sains, perubatan, matematik dan muzik.

Sebagai seorang ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai `Neoplanonist’ yang cuba menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle.Selain buku-buku tulisan sendiri, beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logik dan sebagainya.Kehebatannya dalam bidang falsafah menyebabkan beliau digelar guru kedua (al-Mou’allim al-Thani) iaitu selepas guru pertama dalam bidang falasafah iaitu Aristotle.

Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara, tetapi selepas itu dia berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Di sinilah beliau belajar dan bekerja iaitu dari tahun 901 hingga 942. Sepanjang tempoh ini beliau berjaya menguasai beberapa jenis bahasa dan juga pelbagai cabang ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebagai seorang ahli falsafah dan saintis, beliau menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan.

Beliau juga terkenal kerana kemampuannya menguasai pelbagai jenis bahasa.Beliau banyak mengembara dan membuat kajian terutamanya di Damsyik dan Mesir. Salah satu daripada sumbangan utama Farabi ialah membuat kajian mengenai logik dengan memudahkannya melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (Takhayyul) dan bukti (Thubut).

Dalam bidang sosiologi, beliau menulis buku bertajuk Ara Ahl al-Madina al-Fadila yang merupakan sebuah buku yang terkenal. Beliau juga menulis buku mengenai muzik yang dikenali sebagai Kita al-Musiqa.Tumpuan Al-Farabi bukan sahaja dalam bidang falsafah dan sosiologi semata-mata.Sebaliknya, beliau merupakan pakar dalam kesenian dan sains muzik. Sangat menakjubkan apabila Al-Farabi juga telah merekacipta beberapa peralatan muzik, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik.Dalam bidang fizik pula, beliau menunjukkan kewujudan konsep kekosongan.

 

Kitab Fusus Al-Hikam - Karangan Al-Farabi

Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjayanya dalam bentuk buku.Sayangnya, banyak buku-buku tersebut telah hilang. Hanya 117 buah buku hasil tulisan Al-Farabi yang dapat dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 43 buah adalah buku mengenai logik, 11 buah (metafizik), tujuh buah (etika), tujuh buah (sains politik), 17 buah (muzik, perubatan dan sosiologi) manakala 11 buah lagi adalah dalam bentuk komentar.

Beberapa buah bukunya termasuk Fusus al-Hikam telah menjadi buku teks falsafah selama berkurun lamanya di pusat-pusat pembelajaran dan sehingga kini masih digunakan di beberapa buah isntitusi di Timur. Sumbangan Farabi memberikan pengaruh besar dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan selama berkurun lamanya.

About these ads

2 Responses

  1. thank you (it’s for my project)

  2. terbaikk!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 53 other followers

%d bloggers like this: